Tuesday 31 December 2013

2013 - JOHOR : JOHOR BAHRU, MASAI, MUAR DAN KLUANG

Tahun 2013 banyak Program yang dijalankan di Negeri Johor. Antaranya ialah di AEON Bukit Indah, Johor Bahru, Kluang Mall, Taman Rinting Masai, Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan juga di MRSM Muar. 



TAMAN RINTING, MASAI, JOHOR
14 APRIL 2013
Program pertama kami di Negeri Johor bagi tahun 2013 ialah di Dewan SJK (Cina) Masai, Johor pada 14 April 2013. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke T.S.Hotel di Masai adalah sejauh 342 km dan mengambil masa selama 3 jam 29 minit perjalanan. 





Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Masai atau nama ringkasnya SJK(C) Masai, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Sekolah.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Masai memiliki 1123 pelajar lelaki dan 1040 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2163 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.




T.S. Hotel di Masai, disini kami menginap sepanjang program.


T.S Hotel Sdn Bhd
7,9,11,Jalan Sena 2
Taman Rinting
81750 Masai, Johor
Tel:07-386 1588   Faks: 07-386 5688
Masai adalah sebuah bandar terletak di timur Daerah Johor Bahru dan dianggap menjadi bahagian tertua Johor Bahru. Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Masai terletak di jalan J10 yang menghala ke Kong Kong, satu perkampungan di sepanjang Sungai Johor.
Banyak bangunan-bangunan lama sebelum perang yang masih kukuh. Masai, seperti kebanyakan pekan di daerah Johor Bahru, mempunyai penduduk luar bandar, pekerja-pekerja, kaum petani dan peladang getah sepanjang awal dan pertengahan abad ke-20.
Masai terkenal ketika 70-an sebagai satu emporium yang murah, dengan barangan elektronik dan barang-barang pengguna. Kerana berhampiran dengan Pasir Gudang, kini kedainya dipernuhi oleh pembeli dari Pasir Gudang serta penduduk yang sedang membangun dengan pantas seperti dari kawasan perumahan berdekatan seperti Kota Masai, Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Taman Megah Ria, Nusa Damai, Taman Scientex, Kota Puteri dan Taman Bukit Dahlia.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Masai telah hilang alunan pembangunannya dan terus berubah menjadi bandar kecil iaitu satu daripada banyak bandar-bandar di Johor. Sekolah Rendah Cina Masai kini telah menerima lebih daripada 5000 orang murid. Pasar raya besar seperti Todays dan Tesco kini boleh dijumpai di Masai.
Rujukan: Wikipedia

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya di Pekan Masai ini. Ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia, ketika kapal berada di Malaysian Shipyard and Engineering di Pasir Gudang Johor, saya sering ke Bandar Masai ketika kelepasan. Pekan Masai banyak meninggalkan kenangan manis ketika dalam TLDM dulu. 



BERTEMU SAHABAT LAMA
Alhamdullillah semasa berada di Masai saya telah berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya satu intake dalam TLDM iaitu Samad yang kini menetap di Masai, Johor. Samad adalah bekas Jurulatih Jasmani dalam TLDM. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah tahun 1995 ketika bertugas di SKTLDM Kuantan. 

MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU
16-17 APRIL 2013
Saya dan team telah menjalankan program Kesihatan di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru pada 16-17 April 2013. 

Rujuk: Program Kesihatan : Maktab Sultan Abu Bakar JB 2013





MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU
Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru atau dikenali juga dengan nama English College (EC) ditubuhkan pada 21 Mac 1914. 
Lokasi pertama sekolah ini pada mulanya ditempatkan berdekatan dengan Istana Sungai Chat dan berhadapan dengan Pantai Lido. Bekas tapak sekolah ini masih boleh diperhatikan sehingga sekarang. Seramai 21 orang pelajar ditempatkan di EC dibawah tunjuk ajar dua orang guru yang dibawa khas dari England, iaitu Mr. Morrison and Mr. Holman. 21 orang pelajar ini boleh dianggap sebagai pengasas atau permulaaan untuk EC berkembang menjadi institusi pendidikan Inggeris di Johor Bahru.
Pada 1928 juga, En. T. Drury yang telah menyertai Perkhidmatan Pendidikan Malaya semenjak daripada tahun 1921, dilantik sebagai Pengetua EC yang pertama.
Pada akhir tahun 1930, lokasi sekolah ini berpindah ke lokasi yang ada sekarang. Tapak sekolah yang asal hanya meninggalkan batu-batu blok dan sebuah tangga untuk pergi ke batu-batu blok tersebut, dan kesannya boleh dilihat sehingga sekarang. EC yang baru secara rasminya dibuka pada tahun awal tahun 1931. 
Salah dua daripada pelajarnya yang termasyhur ialah Tun Hussein Onn, bekas Perdana Menteri Malaysia, dan Tan Sri Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pada tahun 1960, nama EC ditukar selepas tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu kepada Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) sempena mengambil nama Bapa Pembangunan Negeri Johor, iaitu Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.
Kenangan bersama Guru MSAB JB dan Jururawat dari Puteri Specialist Hospital Johor Bahru yang telah turut membantu kempen kami. 

AEON BUKIT INDAH JOHOR BAHRU

7-9 JUN 2013




Saya dan Team YJM berada di AEON Bukit Indah, Johor Bahru dari 7 - 9 Jun 2013 untuk Minggu Jantung Johor Bahru 2013
AEON Bukit Indah Shopping Centre yang terletak di Bukit Indah, Johor Bahru telah dibuka pada Disember 2008.  Bangunan 3 tingkat ini hanya beberapa minit sahaja dari Johor Bahru bersaing dengan Sutera Mall dan Nusa Bestari di JB. 



Kami menginap di Princeton Hotel di Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, Johor Bahru sepanjang program dijalankan di AEON Mall Bukit Indah. Jaraknya ke AEON Mall Bukit Indah adalah 500 meter sahaja. 

Princeton Hotel
No. 47, Jalan 15/2
Bukit Indah 
Johor Bahru, Johor
Tel: 07-232 6313





MRSM MUAR, JOHOR

22 OKTOBER 2013


Program kami seterusnya di Johor ialah di Maktab Rendah Sains MARA di Muar Johor pada 22 Oktober 2013. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke PPT Hotel Muar 184 km mengambil masa perjalanan selama 2 jam 6 minit. 

MRSM Muar terletak kira-kira 10 km dari bandar Maharani,Muar di mukim Bakri daerah Muar, Johor. Ia dibuka pada tahun 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang.
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM adalah merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihampir setiap negeri di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil. 20 tahun 1966 sebagai usaha MARA untuk melatih bumiputera dalam bidang latihan dan pendidikan. 
Terdapat 48 buah MRSM di seluruh Malaysia. 43 buah di Semenanjung manakala bakinya 5 buah MRSM di Sabah dan Sarawak.

Maktab Rendah Sains MARA Muar
Km 10, Jalan Bakri
84200 Muar
Johor
Tel: 06-986 6201     Faks: 06-986 6300

 MUAR, JOHOR
Daerah Muar terletak di Barat Laut negeri Johor. Daerah Muar terdiri daripada daerah Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, Segamat di Timur dan Batu Pahat di Selatan. 
Perkataan 'Muar' dikatakan berasal dari perkataan 'Muara' . Sejarah Muar dikatakan telah bermula lebih awal dari Sejarah Melaka, namun kerana tiada catitan sejarah yang sempurna dan bukti arkeologi, sejarah silam Muar kurang diketahui umum. 
Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Bandar Muar juga tercatat dalam sejarah negara dimana di sini pernah berlaku pertempuran hebat (Battle of Muar) antara Tentera Imperialis Jepun dengan Briged ke 8 Tentera Australia di Jambatan Gemensah dan Sungai Muar. Ianya berlaku pada 14 - 22 Januari 1942.


UmpCABKYXM0.jpg








Semasa program di MRSM Muar kami menginap di PPT Muar Hotel yang jaraknya 9 km ke MRSM Muar. Perjalanan mengambil masa hanya 14 minit. 

PPT Muar Hotel
41-3, Jalan Bakri
84000 Muar, Johor
Tel: 06-953 9999    Faks: 06-962 3377



KLUANG MALL, KLUANG, JOHOR

8-10 NOVEMBER 2013




Yayasan Jantung Malaysia bersama Kluang Mall Management menganjurkan Program Minggu Jantung Kluang 2013 pada 8 hingga 10 November 2013 bertempat di Ruang Legar, Kluang Mall, Kempen ini mendapat kerjasama dari Lions Club of Kluang dengan bantuan tenaga jururawat dari Kluang Utama Specialist Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.

Kluang Mall telah dibuka kepada orang ramai pada 24 Disember 2008. Ia merupakan kompleks membeli belah yang terbesar di bandar Kluang, Johor. Kompleks setinggi 5 tingkat ini dibangunkan oleh Tenaga Nusantara Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Majupadu Development Sdn Bhd.



KLUANG, JOHOR
Kluang adalah merupakan sebuah Bandar di Johor yang terletak kira-kira 105 km dari utara Johor Bahru. Kluang merupakan Bandar ketiga terbesar di Johor selepas Johor Bahru dan Batu Pahat.
Nama Kluang berasal dari perkataan Melayu “Keluang” iaitu sejenis kelawar besar atau kelawar buah. Haiwan ini dikatakan wujud dengan banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu.
Bandar Kluang telah wujud seawall tahun 1910. Lembaga Bandaran Kluang ditubuhkan pada tahun 1920 dengan mempunyai 5,000 orang penduduk. Lembaga Bandar Kluang telah dinaiktaraf menjadi Majlis Bandar Kluang pada tahun 1957 dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang DiPertua.
Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan, maka pada 1.1.1997 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 m persegi dengan penduduknya melebihi 65,000 orang.
Majlis Daerah Kluang Utara dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kluang pada 31 Januari 2001.



Sepanjang program di Kluang Mall, kami menginap di Extreme Boutique Hotel yang terletak lebih kurang 3.5 km dari Kluang Mall. 

Extreme Boutique Hotel
No. 2, Jalan Intan 1/1
Taman Intan
86000 Kluang, Johor
Tel: 07-773 9999

Bersolat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Melayu Kluang, Johor
Program di Kluang Mall adalah program terakhir kami di Negeri Johor bagi tahun 2013. 





12.1.2015 - 1.45 am




No comments: