Tuesday 31 December 2013

2013 - PAHANG : MARAN DAN JENGKA

SRI JAYA, MARAN , PAHANG
23 JUN 2013



Pada 23 Jun 2013, dengan kerjasama The Lions Club of Kuantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Maran, saya dan team Awareness Yayasan Jantung Malaysia telah menjalankan Program Kesedaran Penyakit Jantung di Dewan JKKK Sri Jaya Maran, Pahang. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sri Jaya, Maran mengambil masa 2 jam 7 minit dengan jarak perjalanan sejauh 184 km. 



Gambar Kenangan bersama The Lions Club of Kuantan dan Jururawat dari Klinik Kesihatan yang berdekatan. 


Maran merupakan sebuah daerah di Negeri Pahang yang terletak diantara Temerloh dan Kuantan. Banyak tempat - tempat di Maran diantaranya ialah Sungai Berkelah dan Lubuk Yu. Antara pekan-pekan yang terdapat di daerah Maran ialah Pekan Tajau, Pekan Awah, Pekan Chenor dan Pekan Sungai Jerik. Bandar Jengka juga terletak di daerah Maran. 


Maran dikenali juga dengan nama "BANDAR AYAM KAMPUNG" yang merupakan strategi Kerajaan Negeri Pahang yang mahukan imej Maran terus lekat dihati pengunjung di daerah ini sebagai Temerloh yang sinonim dengan nama "BANDAR IKAN PATIN". 

Maran sebenar tidak asing bagi ku kerana ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia aku pernah bertugas di Kuantan, Pahang. Maran ketika itu adalah laluan dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebelum sebelum terbinanya Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuantan. Ini adalah antara laluan yang pernah aku lalui suatu ketika dulu.

JEREBU DI MARAN
Ketika program Kesihatan Penyakit Jantung dijalankan, negara telah dilanda oleh jerebu akibat kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia. 
Kelihatan gambar dibawah ini ialah keadaan jerebu yang agak teruk melanda pekan Sri Jaya, Maran ketika itu. 




Masjid As Syakirin , Maran PahangAku berpeluang solat Zohor di Masjid ini ketika menghadiri mesyuarat di Sri Jaya, Maran pada 12 Jun 2013. 


SUNGAI JERIK, MARAN, PAHANG

11 SEPTEMBER 2013

Saya dan rakan sekerja sekali lagi ke Maran, Pahang untuk menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program di Dewan JKKKB Sungai Jerik, Maran, Pahang. 


PEKAN SG.JERIK 



Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Ianya dahulu dikenali dengan nama Pekan TongKiat bersempena nama seorang tauke Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Majoriti penduduknya berbangsa Cina.Kawasan ini dahulunya adalah kawasan hitam akibat dari ancaman komunis suatu ketika dahulu. 















Selepas mesyuarat kami telah dijamu dengan durian yang cukup cantik isinya dan enak rasanya. Jarang sekali aku dapat merasakan durian seenak durian Sungai Jerik .


Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kesesakan berlaku di Kilometer 31.8 kerana berlakunya kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah bas Ekspress dan beberapa kenderaan lain. 

SUNGAI JERIK, MARAN PAHANG
16 OKTOBER 2013
Saya dan rakan sekerja sekali lagi ke Sungai Jerik pada 16 Oktober 2013. Kali ini untuk program Kesihatan di Dewan JKKKB Sungai Jerik, Maran, Pahang. 


BANDAR TUN ABDUL RAZAK, JENGKA, PAHANG

Bandar Tun Razak Jengka dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka merupakan sebuah Bandar utama di Pahang. Ianya menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan FELDA yang merupakan projek Kerajaan Malaysia.
Bandar ini dinamakan sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada 7 Julai 2011 sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas FELDA.
Terdapat 2 lagi Bandar di Malaysia yang menggunakan nama yang sama iaitu Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur dan Bandar Tun Razak d Keratong, Pahang.
Disini juga terdapat kampus UiTM Cawangan Pahang - kampus Bandar Jengka. 



Issoria Hotel di Bandar Tun Razak, Jengka dimana kami menginap semasa Program di Sungai Jerik, Jengka. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hotel Issoria di Bandar Tun Razak,Jengka mengambil masa 2 jam dengan jarak perjalanan sejauh 162 km. 






ZULHEIMY MAAMOR
LEMBAH KERAMAT, KL
8.2.2015 : 12.00 PM

UPDATE: 12 DECEMBER 2017 : 11.46 PM









No comments: