Friday, 6 December 2013

NAFSU DAN AKAL

1. Akal itu ada 10 bahagian: 5 bahagian nampak secara lahiriah dan 5 lagi tidak nampak (secara bathiniah). 

2. Yang nampak:
  • Diam
  • Sabah
  • Merendah diri (Tawadhuk)
  • Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
  • Berbuat amal kebaikan.
3. Yang Tidak Nampak:
  • Berfikir
  • Memberi contoh dan pengajaran
  • Menganggap dosa sebagai masalah besar
  • Takut kepada Allah
  • Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya. 
4. Pada diri manusia terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia berpaling dari melakukan ibadah. Faktor itu adalah: 
  • Nafsu syahwat
  • Amarahnya
  • Keperluan hidupnya menyita seluruh waktunya. 
5.  Manusia itu diciptakan antara susunan Malaikat dan Haiwan. Malaikat mempunyai akal tetapi tidak dilengkapi dengan nafsu syahwat sedang Haiwan mempunyai nafsu syahwat tetapi tidak dilengkapi dengan akal. Sedangkan manusia mempunyai kedua-duanya iaitu Nafsu dan Akal. 

6.  Manusia dengan akalnya mempunyai peribadi seperti yang dipunyai oleh Malaikat dan dengan perilakunya untuk menyalurkan nafsunya akan mempunyai bahagian dari tingkahlaku yang dimiliki oleh haiwan. Apabila tabiat perilaku nafsu syahwatnya mengalahkan akalnya, maka dia akan lebih jelek daripada haiwan. Manakala orang yang akalnya dapat mengalahkan nafsu syahwatnya maka dia lebih baik daripada Malaikat. 

7. Manusia itu tidak sama dengan Malaikat baik kemuliaannya serta dekatnya bahkan kemuliaanya manusia itu lebih banyak dan kedudukannya lebih tinggi. 

EimyZie
Lembah Keramat, KL
6.12.2013 : 12.01 am

No comments: