Thursday, 8 August 2013

Sunnah-Sunnah di Hari Eid.


1. Mandi Sebelum Melakukan Solat Eid


Dari Malik dari Nafi’, ia berkata bahawa Abdullah bin Umar dahulu mandi pada hari Eid sebelum pergi ke musolla (lapangan).” (Sahih, HR Malik dalam Al-Muwaththa` dan Al-Imam Asy-Syafi’e dari jalannya dalam Al-Umm)

2. Memakai Wangian

Dari Musa bin ‘Uqbah, dari Nafi’ bahwa Ibnu ‘Umar mandi dan memakai wewangian di hari Eid.” (HR Al-Firyabi dan Abdurrazzaq)

3. Memakai Pakaian Bagus

Dari Abdullah bin Umar bahawa Umar mengambil sebuah jubah dari sutera yang dijual di pasar maka dia bawa kepada Rasulullah SAW, lalu Umar radhiallahu ‘anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah SAW pun berkata: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan dapat bahagian (di akhirat)….” (HR Bukhari)

4. Makan Sebelum Berangkat Solat Eid

Adalah Rasulullah tidak keluar di hari fitri sebelum beliau makan beberapa kurma. Murajja‘ bin Raja‘ berkata: Abdullah berkata kepadaku, ia mengatakan bahwa Anas berkata kepadanya: “Nabi memakannya dalam jumlah ganjil.” (HR Bukhari)

5. Pulang Dari Solat Berbeza Jalan

Nabi SAW apabila di hari Eid, beliau mengambil jalan yang berbeza. (HR Bukhari) 

6. Ucapan Selamat Semasa Hari Raya
Ibnu Hajar mengatakan: ‘Para shahabat Nabi SAW bila bertemu di hari Eid, sebahagian mereka mengatakan kepada sebahagian yang lain:

TAQQABALLAHU MINNA WA MINKA
Semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu. (Majmu’ Fatawa, 24/253, Fathul Bari karya Ibnu Rajab, 6/167-168)

Selamat Hari Raya Eidul Fitri.

Copied from Facebook: 8.8.2013 / 1 Syawal 1434H

No comments: