Thursday, 1 August 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : 31 JULAI 2013 / 22 RAMADHAN 1434H


TAZKIRAH RAMADHAN : 31 JULAI 2013 / 22 RAMADHAN 1434H
Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Dr. Idris Ibrahim

Intisari Tazkirah:

1. Rasulullah SAW bersabda, “Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan.“

Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".
Para ulama menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat amal soleh samada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.
Dalam hal ini kita harus gerun dengan hadis Rasullullah S.A.W yang bererti "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari puasa melainkan lapar dan dahaga".
Mengambil sempena keagongan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan harga dirinya sendiri.
2. Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasullah s.a.w bersabda :
‘Tiga orang yang doa mereka tidak akan di tolak. Pertama orang puasa ketika berbuka. Kedua Pemimpin yang adil. Ketiga doa orang yang kena zalim, maka Allah taala akan mengangkat doanya ke atas awan dan membukakan baginya akan pintu langit dan Ia berfirman: Demi kebesaranKu. Pasti ia akan Aku tolong walaupun setelah beberapa masa nanti.” [hadis riwayat Tirmidzi]

3 orang atau golongan yg disebutkan di sini mendapat keistimewaan dengan doa mereka dikabulkan oleh Allah. Pertama orang yg puasa bila ia berbuka kerana ia telah menjalani satu latihan panjang maka diberikan kepadanya keistimewaan ini. Kedua pemimpin yang adil selama ia dalam keadilannya. Ketiga orang yg kena zhalim mengambil haknya.

No comments: