LOKASI: DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH
TARIKH: 24 - 25 OGOS 2013
PERJALANAN KOTA KINABALU KE KOTA MARUDU
Dari Kota Kinabalu, kami bertolak ke Kota Marudu pula untuk kempen "Go Red for Women" dengan kerjasama PEWANIS Kota Marudu, Sabah.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu mengambil masa perjalanan 2 jam 13 minit dengan jarak perjalanan sejauh 119 km dengan melalui beberapa buat bandar dan pekan seperti Inanam, Telipok, Tamparuli, Tuaran dan Kota Belud.
Dari Kota Kinabalu, kami bertolak ke Kota Marudu pula untuk kempen "Go Red for Women" dengan kerjasama PEWANIS Kota Marudu, Sabah.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu mengambil masa perjalanan 2 jam 13 minit dengan jarak perjalanan sejauh 119 km dengan melalui beberapa buat bandar dan pekan seperti Inanam, Telipok, Tamparuli, Tuaran dan Kota Belud.
Sepanggar merupakan salah satu
subdaerah yang terletak di tepi pantai barat bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya cukup
cantik, menarik dan strategik kerana terdapat kawasan bukit di tepi pantai
Teluk Sepanggar. Ahli Parlimen bagi Sepanggar (P.171) ialah Eric Enchin Majimbun dari Parti Maju
Sabah (SAPP). Kawasan
parlimen Sepanggar dibahagi kepada dua DUN, iaitu Karambunai (N.12) dan Inanam
(N.13).
Di sini terdapat kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Latihan simulasi kapal selam TLDM ditempatkan di kem ini. Dua buah kapal selam jenis Scorpene yang dibina di Sepanyol ditempatkan di limbungan Teluk Sepanggar. Kapal selam ini diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.
Tamparuli merupakan sebuah
bandar kecil yang terletak di Tuaran, Sabah. Kebanyakan penduduk
di sini berbangsa Kadazan-Dusun.
Di samping itu, terdapat juga komuniti berbangsa Cina yang berniaga di sini.
Tamparuli terkenal
dengan daya tarikannya iaitu mempunyai jambatan gantung terpanjang, dengan
terciptanya lagu 'Jambatan Tamparuli', yang kini menjadi lagu kegemaran bagi
kaum Kadazan Dusun.
Tuaran tertelak di Daerah Pantai Barat, Barat Laut
Sabah berkeluasan kira 1.116 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 94,100
orang. Kaum terbesar di daerah ini adalah kaut Dusun diikuti dengan etnik Bajau
dan Cina.
Bandar ini terkenal sebagai Bandar persinggahan yang
popular kepada pelancong dan masyarakat yang berulang alik dari Kota Kinabalu
ke Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.
Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan bahasa Melayu yakni tawaran yang
beerti 'jualan' atau 'tawar' atau 'diskaun' atau 'promosi'. Nama ini dipercayai
berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari
perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke Tuaran untuk menjual hasil
tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.
Kota Belud terletak lebih kurang 70 km dari Kota
Kinabalu terkenal dengan jolokan sebagai Daerah “Koboi Timur” kerana kehebatan
penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.
Nama Kota Belud berasal daripada bahasa Bajau yang
iaitu “Kota” bermaksud kubu pertahanan manakala “Belud” bermaksud bukit. Maksud
Kota Belud adalah Kubu Pertahanan di atas Bukit.
KEMPEN "GO RED FOR WOMEN", DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDI, SABAH
YJM telah mendapatkan bantuan jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu untuk membantu membuat ujian saringan kesihatan.
Semasa di sini kami menginap di Hotel Season 2 yang terletak lebih kurang 300 meter dari Dewan Komuniti Kota Marudu.
Semasa di sini kami menginap di Hotel Season 2 yang terletak lebih kurang 300 meter dari Dewan Komuniti Kota Marudu.
Gambar Terbaru dari Internet
Hotel Season 2, Kota Marudu, Sabah (Gambar terbaru menunjukkan Bank Simpanan Nasional sudah tiada digantikan dengan Pasar Mini Speedmart).Sebelah BSN sudah ada Restoran, semasa saya menginap di Hotel ini pada 2013, restoran ini tidak ada lagi.
Hotel Season 2
89100 Kota Marudu
Sabah
Tel : 088-662 555
Jururawat dari Pej. Kesihatan Kota Marudu turut membantu dalam kempen tersebut |
UJIAN DARAH Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.
Nasihat Kesihatan dan Pemakanan dari Jururawat Pejabat Kesihatan Daerah
Kota Marudu
Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah.
MAJLIS MAKAN MALAM
Majlis Makan Malam dianjurkan oleh PEWANIS Kota Marudu diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu Sabah.
Puan Hjh Ainon Bt Kuntom, Pengarah Yayasan Jantung Malaysia sedang memberi ucapan di Majlis Makan Malam anjuran PEWANIS Kota Marudu
KOTA MARUDU, SABAH
Kota Marudu adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Kudat, Sabah.
Marudu berasal dari bahasa salah satu kaum di Sabah iaitu
orang Balanini. Ia berasal dari kata “MAIRUDU” yang bermaksud “Suatu kedudukan
di situ-situ juga”. Orang Balanini yang dulu berkerja menangkap ikan sering
ditanya datang dari mana , maka mereka akan menjawab “di situ juga” (merujuk
kpd Kota Marudu) maka akhirnya tempat ini dikenali dengan nama Kota Marudu.
Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli
pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari Brunei melalui
Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu.
Kota
Marudu asalnya bernama Bandau. Nama
ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan
melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah
terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku Momogun Rungus [Kadazandusun] yang
bermaksud "ketua semua binatang buas" yang rupanya seakan-akan musang.Mondou dipercayai pada suatu
masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau.
Selesai program di Kota Marudu, keesokan harinya kami pulang semula ke Kota Kinabalu untuk urusan penghantaran balik barang-barang Pemeriksaan Kesihatan ke Kuala Lumpur melalu Pos Laju Kota Kinabalu.
Kami tidor semalam lagi di Kota Kinabalu sebelum meneruskan penerbangan balik ke Kuala Lumpur keesokan harinya.
Demikianlah selesainya program kami di Sabah pada tahun 2013, satu kenangan yang tak dapat saya lupakan kerana kami berada di Sabah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri... lagu lagu raya masih lagi berkumandang di Sabah ketika kami menjalankan program kesihatan di sini.
Zulheimy Bin Maamor
YJM
2.11.2013 : 2.00 pm
No comments:
Post a Comment