Monday, 27 November 2023

NOTA ALAM MELAYU : KEHEBATAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

NOTA DI SUSUN OLEH HJ ZULHEIMY MAAMOR

Armando Cortesao (1944) : 
  • "The Suma Oriental of Tom Pires An Account of East, From the Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues.Hlm 287" > "Barang siapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher (dapat menguasai) Venice."
  • Melaka merupakan sebuah kota yang lebih baik daripada kota-kota lain di dunia.
  • Penggunaan 84 bahasa di Melaka. 
Arndt Graf (Prof.) : Pensyarah Pengajian Melayu di University Goethe, German menyatakan Hang Tuah mengusai 12 bahasa asing. Namun beliau masih berbahasa ibundanya iaitu Bahasa Melayu.

Artur Basilio De Sa Insulinda
  • Dalam "Documents On The History of the Portuguese Patronage in the Far East" 
  • Kapal-kapal besar berlabuh di Kota Melaka 
  • Di Melaka terdapat 2 lombong emas.
Barry Fell (Dr.) : menemui tentang kehadiran Katib Melaka Haji Mi Malaya di El Salvador, diyakini seorang pelayar dari Melaka. Bukti bahawa orang Melaka telah ada pengetahuan tentang Amerika. 

Catatan Alfonso de Albuquerque yang menyebut Hang Tuah berada di Temasik semasa Portugis menyerang Melaka pada 1511 dan berusia 80 tahun.

Catatan Fei-Hsin (Hsing-Ch'a Sheng-lan) pada tahun 1436M mengenai keadaan sosioekonomi di negeri Melaka yang makmur pada zaman itu.

"Comentarios do Grande Afonso de Albuquerque" bahawa ada lebih kurang 3,000 senjata api dirampas oleh Portugis selepas tentera Melaka berundur. Ada catatan lain yang mengatakan 8,000 senjata api.

D.G.E Hall : dalam bukunya “ A History of South-East Asia “ yang mengatakan Parameswara ialah pengasas kerajaan Melayu Melaka.

Damian De Goes : dalam "The Chronicle of the Most Happy King Dom Manuel of Glorious" menyatakan Melaka dikenali sebagai Kota yang terkaya di dunia.

Diogo de Couto : Sejarawan Barat yang menyatakan bahawa nama Raja Melaka yang pertama yang juga Raja terakhir Singapura ialah Raja Sabu.

Dr. Rohaidah Kamaruddin & Dr. Hashim Musa > dalam "Wacana Manuskrip Melayu - Hang Tuah: Dari Mitos kepada Fakta Sejarah" mencatatkan didalam buku "Notes of Leonardo da Vinci" mengenai pertemuan antara da Vinci dengan seorang kaya dari Melaka pada 1503 hingga 1506.

Duarte Barbosa
  • mencatatkan dalam "The Book of Duarte Barbosa: tentang status Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan yang tersibuk dan terkaya di dunia.
  • Terdapat 2,000 kapal berlabuh di Pelabuhan Melaka untuk berdagang.
E.H. Schafer (1957) : "terdapat catatan bahawa pada tahun 554, juak-juak Melayu telah ditugaskan Kerajaan Maharaja Fei dari Wei Barat (China) untuk mengembala 2 ekor Gajah Perang dari Lingnan (kini China Selatan & Vietnam).

Ernest Small: Menulis dalam catatan China bahawa bangsa India,Arab, Parsi dan Turki belajar tentang ilmu pelayaran dari orang-orang Melayu.

Fernao Lopes De Castanheda
  • dalam "History of the Exploration & Conquest of the Indies by the Portuguese" menyatakan :Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan komoditi yang paling kaya dan dikenali di dunia.
  • Tentera Melaka adalah tentera terbaik yang pernah dihadapi oleh Portugis.
  • Di Melaka terdapat lebih ramai umat Islam, lebih banyak kekayaan dan lebih ramai pedagang yang kaya berbanding di India. 
Gaspar Correia : "Landas da India" > Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Kepulauan Hindia.

Giovani Da Empoli : mengesahkan tentera Melaka menggunakan lancara dan Perahu api untuk memunaskah kapal Perang Portugis. Perang di Melaka tidak berlaku dalam masa yang singkat.

Godinho de Eredia
  • Dalam buku "Asia Portugeuza" karya Manuel de Faria Y Souza dalam E.Koek, Portuguese History of Malacca menyatakan Kerajaan Melaka mempunyai 3,000 pucuk meriam yang dijumpai oleh Portugis di Istana Melaka dan dipercayai 5,000 lagi berjaya dibawa lari sewaktu pengunduran tentera Melaka.
  • Melakarkan peta menunjukkan Buquet Malaca (Bukit Melaka) iaitu kawasan pentadbiran Melaka sejak zaman Parameswara. 
Graham W. Irwin :
  • dalam Pengkisahan Melaka 2003 - 2006 anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada 2006 menyatakan kota Pertahanan yang pertama dibina di Melaka adalah oleh orang-orang Melayu. " The first fort built at Melaka was constructed by Malays. 
  • It consisted of a system of earthworks,surmounted by wooden stockades and, by the early 16th century, was well provided with guns. Within it defence line lay the Royal Palace of Melaka Sultans. During Alfonso de Albuquerque's attack of 1511 these Malay were much damaged, through traces of them could still be seen in 1641."
Henk M.J. Maier : Daripada Leiden University,Belanda mengatakan mengenai Hikayat Hang Tuah (2004: 127) "An epic perhaps, but certainly not an epic."

Hsing-Ch'a Sheng-Lan : Catatan Fei-Hsin pada tahun 1436 mengenai keadaan sosioekonomi negeri Melaka yang makmur pada zaman itu.

Hsuan-tsung (Hsuan-te) Shih-lu (Rekod Kerajaan China) menyebut tentang Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 115 chuan.

Isabella L. Bird: dalam bukunya "The Golden Chersonese and the Way Thither." > mencatatkan pengembaraannya ke Timur Jauh pada tahun 1879 menyatakan selepas kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar Melayu Aceh telah cuba menawan kembali Melaka dengan kapal-kapal perang yang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari kapal-kapal yang pernah di bina di Eropah.

Jaoa de Barros : dalam 'On the Deeds & Discoveries & Conquests made by Portuguese in the Seas and Eastern Lands' bahawa orang Melayu di Melaka telah menggunakan minyak tanah sebagai bahan bakar.

Jen-tsung (Hung-hsi) Shih lu : (Catatan Rekod China) menyebut mengenai Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 10 chuan.

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya 'A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries' bahawa ketika Portugis menawan Melaka, mereka berjaya merampas sehingga 8,000 unit senjata api. Orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum orang Eropah.

Kaushik Roy (2011) dalam 'War Culture and Society in Early Modern South Asia 1740-1849' menyatakan bahawa meriam yang ditemui oleh Portugis di Melaka itu berasal dari Turki Uthmaniyyah.

Kurayoshi Takara (Prof.Dr.) : menyatakan bahawa keris yang ditemui di Kuil Enkakuji di dasar lautan Pulau Okinawa, Jepun adalah berasal dari Kerajaan Melayu Melaka kerana Kerajaan Ryukyus (Okinawa sekarang) telah mula berdagang dengan Melaka pada kurun ke-15. (The Patriots)

Liang Liji (1996) : menyentuh hubungan Melaka-Dinasti Ming abad ke 15 : "Hubungan antara China dan Alam Melayu sudah lama wujud, iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117SM).

Liaw Yock Fang : Dalam "Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan" , 2007, beliau telah mengkaji teks Undang-Undang Melaka selama 35 tahun. Beliau menyatakan ada lebih 50 naskah Undang-Undang Melaka dan dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Luc Baudouin & Patricia Lebrun
  • Dalam makalah 'Coconut (Cocos Nucifera L) DNA studies support the hypothesis of an Ancient Austronesian migration from Southeast Asia to America" 
  • kedua penulis ini mencadangkan bahawa antara faktor utama yang membuatkan kelapa boleh berada sehingga jauh Ecuador dan Benua Amerika kerana dibawah oleh suku-suku Austronesia/Melayu-Polinesia daripada Asia Tenggara kira-kira 2000 tahun yang lalu
Ludovico di Varthema : (1470-1517) :
  • dalam pelayaran ke Melaka dan Kepulauan rempah pada 1505, beliau mencatatkan seorang Nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang beliau tumpangi belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet.
  • Ketika beliau pergi ke Mekah dengan menyamar sebagai orang Islam pada 1503 hingga 1508, beliau bertemu ramai jemaah Haji datang dari Alam Melayu di Mekah.
  • Ketika singgah di Melaka, beliau menyatakan pakaian orang Melaka menyerupai pakaian orang Mesir.
Luis Filipe Ferreira Reis Thomas: 1993: The Malay Sultanate of Malacca. Dim Anthony Reid : Southeast Asia in the Early Modern Era: Trade, Power and Belief. Hlm.81): Hubungan diplomasi Melaka dengan pelbagai Kerajaan di seluruh dunia.

M.J. Pintado
  • "Portuguese Documents on Malacca from 1509 - 1511" (2012) > Portugas menjadi kuasa besar dunia disebabkan kejayaan mereka menawan Kota Melaka.
  • Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming telah menubuhkan 'Balai Bahasa-Bahasa Asing' (Siyi Guan) pada tahun 1405. Siyi Guan telah menerbitkan menerbitkan Kamus Terjemahan Bahasa Melaka (Melayu).
Ma Huan : seorang pelayar China beragama Islam yang mengiringi pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Melaka dalam catatanya bertajuk 'Ying Ya Shen La' mencatatkan tentang keindahan Kota Melaka dan menara-menaranya.

Manuel de Faria Y Souza : Dalam buku "Asia Portugueza" dalam E.Koek. Portuguese History of Malacca ada mencatatkan 3,000 meriam ditemui di Istana Melaka.

Manuel Godinho (Padre) : penduduk tempatan yang tinggal di Melaka pada zaman Portugis kebanyakannya adalah orang bukan Islam, kebanyakan mereka masih jahil (pagan) dan beragama Hindu-Buddha (Bragmanes).

Manuel Joaquim Pintado : Portuguese Documents on Malacca - 213 (1509-1511) : Sumber yang kukuh tentang Kesultanan Melayu Melaka > "Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya, dan dinding Jong setebal 4 lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam."

Manlajia Guo Yiyu : Kamus Terjemahan Bahasa Melaka diterbitkan oleh Siyi Guan (Balai Bahasa-Bahasa Asing) yang ditubuhkan pada 1405 oleh Maharaja Yongle dari Dinasti Ming.

Mao Qiling : dalam 'A Comprehensive Record of the Aboriginal Chieftains' , Taipei:Guangwen Shuju (1968) > Melaka mempunyai bala tentera yang kuat. Tentera Melaka telah berjaya mengalahkan 30,000 tentera Annam yang lengkap dengan Istinggar dan rentaka di Lanxang sekitar tahun 1483.

Meilink-Roelofsz : Melaka telah muncul sebagai antara pusat Perdagangan utama di Asia.

Michael W. Charney : dalam "Southeast Asian Warfare, 1300-1900" menyatakan bahawa Alfonso de Albuquerque pada 1511 sangat teruja dengan pembuatan meriam di Melaka yang disifatkannya setanding setanding dengan pembuatan meriam di Jerman.

Ming Shih Lu : (veritable records of the Ming Dynasty) a Collection of records on events happening in Ming Court.It is the earliest reference to Malacca written anywhere.Malacca was mentioned more than 100 times.
the last visit of Srivijaya (San Fo Qi) to China was in 30.11.1377

Nayef R.F. al-Rodhan: dalam "The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of the West." > Melaka memperluaskan perdagangannya ke Gujerat, Dhabol, Bengal dan Coromandel di India, ke China dan Ryukyu dan Empayar Uthmaniyah.

"Oud en Nieuw Oost-Indien" oleh Francois Valentijn (1666-1727) , Rekod Belanda > penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan Maritim dikatakan bermula pada tahun 1160M dan berpusat di Singapura. '

Pieter Van Der Aa (1706) > Lakaran beliau yang bertajuk 'Royal Carriage of thirty wheels pulled by twelve Elephants' menggambarkan istana bergerak Melaka yang saiznya adalah seluas rumah teres moden hari ini.

R.J. Wilkinson : didalam 'The Capture of Malacca, A.D. 1511' telah menyebut "Malay gun-fire" atau "Heavy-fire" yang menunjukkan kehebatan tentera Melaka ketika serangan Portugis pada 1511.

Rekidai Hoan > Warkah Raja Melayu Melaka kepada Raja Kerajaan Ryukyu (Okinawa sekarang) ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan bertarikh 11 April 1480 yang di akhir watikah dinukilkan nama darjat penulisnya dengan nama "Le-Zuo-ma-na" membuktikan kewujudan seorang Laksamana bernama Hang Tuah, berdasarkan kajian pakar Sejarah dan Bahasa dari UPM.

Rui de Araujo :
  • perisik Portugis di Melaka menyatakan bahawa Melaka mempunyai lebih kurang 8,000 laras senjata api. Beliau juga menyatakan bahawa 8 sehingga 10 Jong besar dari China akan berlabuh di Melaka setiap tahun untuk bertukar barangan dengan hasil bumi Nusantara.
  • Pelabuhan Melaka terdapat kira-kira 100 jong dan sekurang-kurangnya 30 darinya dimiliki oleh Sultan dan Pedagang Melayu.
Salman Reis : Laksamana Turki Uthmaniyyah pada 1525 melaporkan mengenai Pelabuhan Melaka yang ditawan oleh Portugis.

Simon Elegant : dalam 'Far Eastern Economic Review' bertarikh 10 June 1999: 45 > Lima kurun dahulu Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari, salah satu dari 3 pelabuhan terbaik di dunia ketika itu.

Sulalatus Salatin
  • (versi Tun Seri Lanang), dizaman Kesultanan Melayu Melaka telah wujud sistem Kumbahan dan Pembentungan serta tandas untuk pembuangan najis serta tempat mandian.
  • (versi Raja Bongsu) > tercatat Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 660H bersamaan 1262M. Nama Bukit Melaka pada kisah Sultan Alau'd-Din Riayat Shah bersama Hang Isap pergi mengejar pencuri.
Suma Oriental:
  • Written by Tom Pires in 1512.The first European account on Malay Archipelago and Malacca.
  • The 6th Book of Suma Oriental gave details descriptions regarding Malacca.
T'ai-Tsung (Yung Lo) Shih-Lu, catatan China yang menyebut Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 130 chuan.

Tom Pires
  • dalam "Suma Oriental > Merupakan catatan Eropah pertama menulis mengenai orang laut, yang juga dikenali orang Seletar, salah satu sub-etnik Melayu Asli.
  • Mengakui bahawa Kota Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka terkenal diseluruh dunia.
  • Kemudahan Hospital telah pun wujud di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • The vessel of Malacca were usually to anchor far from the harbour. This is because their big size could be dangerous to Chinese ships which were mostly smaller.
  • "Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice"
Thomas John Newbold :seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan dalam "Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, Volume 2" bahawa ada banyak kilang milik bangsa Melayu yang menghasilkan senjata api seperti meriam. Terengganu menjadi hub di Semenanjung, manakala Gerisik di Jawa dan Minangkabau ialah hub untuk Sumatera.

Wang Gungwu : Sejarawan Profilik Australia telah mengkaji dan mengesahkan rekod Dinasti Ming berkenaan Empayar kesultanan Melayu Melaka.

Xian Zhong Shu Lu :
  • Jilid 59 : Melaka mengutus Menter Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha menghadap Maharaja China pada 1468.
  • Jilid 65 : Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha dan pendampingnya seramai 12 orang menghadap dan menyerahkan barang ufti kepada Maharaja China pada tahu 1469.
Ying Yai Sheng-Lan : Catatan Ma Huan pada tahun 1451 mengenai keadaan sosioekonomi Melaka yang makmur pada zaman itu.

Ying Zhong Shi Lu:
  • Jilid 306 : Maharaja China mengiktiraf Sultan Mansur Syah sebagai Raja Melaka.
  • Jilid 326 : Menteri Protokol China Shi Mao melaporkan bahawa Chen Jia You dan Peng Sheng yang diutus ke Melaka untuk mengiktiraf Raja Melaka dimana kapal mereka rosak dilanda angin taufan.
Zafer Ozcan: Penulis dari Turki > Hubungan Perdagangan terjalin antara Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1471 iaitu semasa zaman Pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Mansur Syah.


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
Updated: 12/11/2025: 2.10 pm 

NOTA ALAM MELAYU : KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU TERAWAL

NOTA SUSUNAN: HJ ZULHEIMY MAAMOR

  • Abdul Hamid Zamburi : beliau mengkaji buku "Geographike Huphegesis" oleh Ptolemy sekitar 150 Masehi  yang ada menyebut tentang sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas, merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan menyamai  sebutan Gangga Negara
  • Abu Dulaf: Kedah merupakan pelabuhan entrepot yang menjadi pusat kepada perdagangan kayu manis, kapur barus, cendana, gading, timah, rempah ratus, emas, rotan dsb. 
  • Abu Raihan Al-Biruni : Ahli Geografi Parsi yang mengunjungi Srivijaya pada 1030 Masehi ada mencatatkan bahawa  Srivijaya terletak di Pulau Suwarandib, Pulau Emas yang menakjubkan. 
  • Abu Zaid as-Sirafi : mencatatkan tentang Kerajaan Srivijaya pada abad ke 9 Masehi. Istana Maharaja Srivijaya terletak di atas kolam (istana terapung). Jika kolam air itu surut, maka kelihatan jongkong-jongkong emas yang berkilau-kilau disinari cahaya matahari. 
  • Al-Biruni : dalam catatannya menyatakan bahawa Srivijaya dipanggil sebagai "Negara Emas" kerana emas boleh didapati di mana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan tiada satu pun Kerajaan di dunia sekaya Srivijaya ketika itu. 
  • Al-Idrisi : mencatatkan kehadiran orang Melayu dari Kerajaan Srivijaya di Timur Afrika.
  • Al-Mas'udi: Kedah atau Kallah merupakan pelabuhan yang berjaya menarik tumpuan kapal-kapal Islam dari Siraf dan Oman.  
  • Avalokitesvara: Patung Buddha yang ditemui di Bidor, Perak pada tahun 1936 membuktikan terdapatnya sebuah penempatan atau Kerajaan di kawasan ini. 
  • Beruas: Sumber terawal mengenai kewujudan Kerajaan Beruas ialah dalam Sejarah Melayu dan juga dari Catatan Tom Pires. 
  • Buddha Hinayana: Agama dan kepercayaan terawal yang tiba di negeri Kedah sekitar abad ke 2 Masihi dengan bukti penemuan patung Buddha Amarawati dan Gupta. 
  • Catatan Dinasti Sui : mengenai Kerajaan Melayu bernama Chi Tu > hubungan pertama yang dibuat oleh negara Kota Melayu ini dengan Kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-618 M. 
  • Catatan Zhu Yu iaitu 'Pingzhou Ketan' (Canton Stories) sekitar tahun 1118-19 mencatatkan betapa pentingnya San-fo-ch'i (Srivijaya) yang makmur dan kuat. 
  • Champa : Kerajaan Melayu abad ke 12-13 Masihi yang kini menjadi milik Vietnam. 
  • Chen-la : diasaskan pada abad ke 6 M oleh Bhavavarman setelah menumbangkan Kerajaan Funan. 
  • Chieh-cha - Kerajaan Kedah Tua seperti yang dirakam oleh I-Tsing, seorang rahid Buddha yang terkenal yang pernah singgah di Tanah Melayu dalam perjalanan ke Universiti Nalanda di India. 
  • Chi'en Han Shu  : 
    1. sumber penulisan China, telah wujud hubungan diantara Kerajaan-Kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Kerajaan Fu-Kan-Tu-Lu dan Shen-Li dengan Maharaja Wu-Ti dari Dinasti Han antara tahun 141 SM hingga 87 SM. 
    2. Bab 28 - tahun 80 Masihi : lokasi seperti Shen-Li, Fu Kan-tu-lu, P'i-Tsung dan Huang-Chih merujuk kpd tempat-tempat yang terletak di Asia Tenggara. 
  • Chih-Tu : Kerajaan Melayu yang dikatakan wujud di Lembah Sungai Kelantan pada abad ke 7 Masihi. Chih-Tu bermaksud Tanah Merah. 
    1. Inskripsi Buddhagupta menyatakan Buddhagupta belayar ke Tanah Merah (Chih Tu). Lokasi Tanah Merah masih menjadi persoalan samada ianya Tanah Merah di Kelantan sekarang ini. 
    2. Dalam Catatan Liang Shu > Negara Chih Tu adalah sama bangsanya dengan orang Funan. Terletak di Nan Hai (Laut Selatan). 
    3. Catatan Faxian > sami Buddha yang sekembalinya dari India dalam menuntut Ilmu telah singgah di Chih Tu. 
  • Chih Tu Guo Ji : Catatan China dihasilkan dari Kerajaan Sui menggambarkan Chih Tu sebagai sebahagian dari Kerajaan Funan
  • Claudius Ptolemy: peta beliau pada abad ke-2 Masehi mengandungi rekod nama 'Maleu-Kolon' (Bahagian dari Melayu).
  • Coconagara : Ptolemy sekitar 150M ada menyebut sebuah tempat bernama Coconagara dalam buku Geographike Huphegesis yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas yang merujuk kepada Tanah Melayu). 
  • Colonel James Low adalah orang yang pertama menjalankan penyelidikan mengenai Kerajaan Bruas pada tahun 1849. Satu abad kemudian H.G.Qlaritch-Males juga menjalankan penyelidikan yang sama. Keduanya bersetuju bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud cuma tidak dapat dipastikan dimana lokasinya. 
  • Daoyi Zhilue : Buku tulisan Dinasti Yuan (1271 - 1368) seorang pengembara bernama Wang Dayuan menyatakan Langkasuka dikenali dengan nama "Long-ya-xi-jiao". 
  • Derbar Raja: Raja pertama Kedah mengikut 'Attarikh Salasilah Negeri Kedah' .
  • Dr. Quaritch Wales dalam 'Indian Act and Letters' Vol. IX No. 1 menegaskan bahawa ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai Timur Selatan Thailand. 
  • Dr. Stephen Oppenheimer dalam buku 'Eden in the East, The Drowned Continent to Southeast Asia' (1999) : Lagenda Kota Atlantis yang tenggelam akibat banjir besar adalah tinggalan benua Melayu Sunda
  • Dudley Francis Amelius Hervey (1849-1911) : Penasihat British di Tanah Melayu menyatakan pernah melihat Kota Gelanggi pada tahun 1881. 
  • Ekspedisi Pamalayu : sebuah ekspedisi diplomasi ketenteraan yang dilakukan oleh Kerajaan Singhasari pada masa Raja Kertanagara pada tarikh 1275-1293 terhadap Kerajaan Melayu yang dikenali juga sebagai Kerajaan Dharmasraya. 
  • Folo-an: dikatakan wujud di daerah Kuala Berang, Terengganu abad ke 12 M (Paul Wheatley). Terdapat dalam catatan China seperti Ling Wai Ta Ta yang ditulis pada tahun 1178 semara era Dinasti Song oleh Chou Ch'u-fei. 
  • FUNAN : 
    1. Sebuah lagi Kerajaan Melayu lama yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Kewujudannya terdapat dalam sumber China. Pada abad ke 6-7 Masihi, Kerajaan Funan berpecah menjadi Kerajaan Chenla. 
    2. Rekod China menyebutkan Kerajaan ini sebagai Funan atau B'iu-nam dan kewujudan disedari seawal abad pertama masehi. 
    3. L.P.Briggs (1999) > ada kemungkinan Kerajaan Funan hilang sekitar 627 Masehi. 
    4. D.G.E. Hall (1979) : bangsa Funan dikenalpasti dari rumpun Melayu.
    5. Laporan K'ang T'ai (977-983M) dikutip oleh T'Pai P'ing Yu Lan - Raja pertama Funan adalah Houen-Chen atau nama sanskritnya Kaundinya
    6. Rekod Dinasti Chin juga ada menyebut tentang Kerajaan Funan. 
  • Gabriel Ferrand menyatakan Kerajaan Srivijaya telah wujud sejak tahun 391M. 
  • Gangga Negara : di Lembah Kinta, Perak > Kerajaan Melayu terawal di lembah Kinta, tapak arkeologi Lembah Kinta hingga ke Daerah Dinding adalah kawasan Kerajaan Gangga Negara. Namanya disebut dalam Sejarah Melayu antara Kerajaan -Kerajaan Melayu yang diserang oleh Raja Suran @ Chola pada 1025M. 
  • George Coedes: dalam "The Indianized State of Southeast Asia." (1968) > Pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis yang menyedari tentang sebutan "Sanfotsi" adalah Kerajaan Melayu Srivijaya. 
  • Gerald Gardner (1884-1964) Seorang pengembara yang mendakwa pernah melihat Kota Gelanggi di Johor. 
  • H.B Sarkar: dalam "A Geographical Introduction to Southeast Asia:THe Indian Perspective" > menyatakan tentang nama-nama tempat seperti Takkola, Java dan Suvannabhumi yang muncul dalam teks-teks purba India boleh dipastikan terletak di Asia Tenggara. 
  • H.G. Ouaritch-Wales : orang yang memulakan kajian terhadap Lembah Bujang di Kedah sejak 1840-an lagi. 29 Tapak candi yang ditemui ketika itu membuktikan bahawa wujud sebuah Kerajaan yang masyhur yang menerima pedagang dari seluruh Asia. 
  • Ibn Al-Faqih dalam Kitab Al-Buldan menyatakan bahawa antara Benua India ke Benua China (Alam Melayu) terdapat 30 buah Kerajaan. Raja yang paling miskin memiliki apa yang dimiliki oleh Raja Arab pada masa itu. Kerajaan yang besar ialah Kerajaan Srivijaya (Al-Zabaj dalam bahasa Arab). 
  • Ibnu Abd Rabbih (860-840M) menulis dalam bukunya "Al-Iqd Al-Farid" bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah Hind yang mengutus surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang meminta baginda menghantar seseorang untuk mengajarkan agama Islam kepada beliau. Prof. Q.S.Fatimi menjelaskan wilayah Hind yang dimaksudkan dalam surat itu adalah Srivijaya. 
  • Ibnu Muhalhal (941M) : Kalah atau Kedah merupakan destinasi terakhir persinggahan kapal-kapal yang berlabuh disebelah timur.  
  • Ibn Batuttah dalam Kitab ar-Rihlah - beliau singgah di Kailukari dalam pelayaran ke China. Pemerintah negeri itu seorang wanita bernama Puteri Udruja yang fasih berbahasa Arab dan Turki. Para pengkaji sejarah yakin bahawa Kailukari adalah Kuala Krai di Kelantan
  • Ibnu Kordadhbeh (844-848 M) ada mencatatkan mengenai Srivijaya > Pemerintah Zabag (nama bangsa Arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai Maharaja dan sabah hari, Maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man."
  • James Low (Colonel): Orang yang pertama menjalan penyelidikan mengenai Kerajaan Bruas pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Kedua mereka bersetuju bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud cuma tidak pasti dimana lokasinya. Beliau juga menemui candi dan patung di Gunung Jerai dan juga Batu Bersurat di Cherok Tok Kun. 
  • John Anderson : dalam "Mission to the East Coast of Sumatra, 1826) , menyebut tentang 'kota batu purba' di kawasan hutan Johor, dipercayai Kota Gelanggi, kota purba yang hilang di Johor
  • Kalasapura: Kerajaan Melayu Kuno yang wujud sejak zaman Dinasti Han lagi. Antara Kerajaan Melayu terawal yang wujud dalam rekod bertulis sejak zaman Dinasti Han (206 SM - 220 SM). 
  • Kedah Tua: dikenali dengan pelbagai nama mengikut lidah orang asing seperti Qataha, Quedah, Kadaram, Kidaram, Kalah, Kalah Bar, Chieh Cha, Kalagam, Qalha, Kheddah dsb. 
  • Konkanegara: Sebuah Kerajaan Melayu yang terletak di Sungai Bernam yang terdapat dalam buku 'Geographike Huphegesis' oleh Ptolemy. Dipercayai adalalah Kerajaan Gangga Negara yang terletak di daerah Bruas, Perak. 
  • L.P. Briggs menyebut bahawa nama Kerajaan Funan disebut dalam catatan China sekitar tahun 221M - 280M dan berakhir pada 627M. 
  • Langkasuka : Muncul abad ke 2 Masehi, terletak di kawasan Pattani, Thailand. Namun lokasi sebenar Kerajaan ini tidak dapat dipastikan. Nama Kerajaan ini terdapat dalam catatan Dinasti Liang dan dalam Prasasti Tanjore disebut Ilangasogam.  
  • Liangshu > (Perpustakaan Dinasti Liang)
    1. 'The Book of Liang" iaitu buku Rekod Sejarah Dinasti Liang (502-557M) adalah merupakan rekod terawal mengenai Kerajaan Langkasuka dari catatan China > "The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the Southern Sea (南海).Its frontiers are thirty days’ journey from east to west and twenty from north to south. It is twenty-four thousand li (里) distant from Canton. Its climate and products are somewhat similar to those of Funan. Eagle-wood, Agar-wood and Barus camphor are especially abundant. It is customary for men and women to go with the upper part of the body naked, with their hair hanging disheveled down their backs, and wearing a cotton kan-man.
    2. Jilid 54 > pada 503 dan 535 Kerajaan Tan Tan mengirim utusan bagi menghantar surat dan hadiah kepada China. 
    3. Terdapat juga catatan mengenai Kerajaan Chih Tu yang di Nan Hai (Laut Selatan). 
    4. Perluasan Langkasuka mengikut panjang pantainya perjalanan arah timur ke barat memakan masa selama 30 hari, dari utara ke selatan sejauh 20 hari perjalanan. 
  • Mataram: kerajaan Maritim danagaria yang berdiri di Jawa Tengah pada abad ke-8. 
  • Merong Mahawangsa: pengasas Kerajaan Negeri Kedah mengikut Hikayat Merong Mahawangsa
  • Ming Shih Lu iaitu rekod Dinasti Ming mencatatkan lawatan terakhir Kerajaan Srivijaya ke China ialah pada 30.11.1377. 
  • Mpu Prapanca : penyair Jawa di Kraton Majapahit dalam karyanya "Desawarnama" pada tahun 1365M telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenalpasti sebagai daerah-daerah Melayu seperti Jambi, Palembang, Siak, Minangkabau, Kampar, Rokan, Kedah, Langkasuka, Kelantan, Pahang dsb. 
  • Muhammad al-Idrisi (1154 M) > dalam "Tabula Rogeriana" - mengandungi rekod "Gezira al-Kamar Wahija Gezira Malai" (Semenanjung Khmer-Melayu) .
  • Negarakertagama : The first time the place called Barus mentioned was in Negarakertagama written in Java during Majapahit Kingdom in 1365AD. Kapur Baru or Camphor as mentioned in the Quran was one of the ingredients in Pharaoh mummification. 
  • O.W. Wolters dalam "Early Indonesian Commerce:The Origin of Srivijaya", Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masihi lagi. Kerajaan Tambralinga pernah menghantar utusan ke China sekitar tahun 616M semasa pemerintahan Dinasti Tang. 
  • Pan-Pan: Kerajaan Melayu yang penuh misteri > terdapat dalam catatan China Kerajaan Pan-Pan telah menghantar utusan ke Negara China sekitar tahun 424 - 453 Masehi. Pengkaji Barat seperti Coedes dan Quaritch Wales pernah menyebut tentang kerajaan ini. 
  • Patani: Kerajaan ini dikatakan adalah kesinambungan dari Kerajaan Langkasuka. Diasaskan oleh Phya Tu Intira atau Phya Tu Nakpa
  • Pattinappalai: Sebuah Puisi Tamil abad ke 2 atau ke 3 Masehi yang ada menyebut menyebut mengenai Pelabuhan Kalagam dipercayai Kedah. 
  • Paul Wheatley : dalam "The Golden Khersonese" menyatakan bahasa Kerajaan Tan Tan terletak di Besut, Terengganu. 
  • Peta Mao Kun / Wubei Zhi: nama Kuala Pahang disebut dalam peta lama China sebagai "Penghang Gang" dan Pulau Tioman dicatit sebagai "Ningma Shan". 
  • Peter Bellwood >  telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar 1000 S.M. sehingga 100 S.M.(M.A. Ishak , 2009) yang merupakan permulaan kepada Tamadun Melayu Champa
  • Phra Ong Mahawangsa: Raja Kedah yang memeluk Agama Islam kemudian memakai nama Sultan Muzaffar Shah. 
  • Pingzhou Ketan (Canton stories) : catatan Zhu Yu sekitar tahun 1118-19 mencatatkan betapa pentingnya San-fo-ch'i (Srivijaya) yang makmur dan kuat. 
  • Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Seberang Prai, P.Pinang membuktikan bahawa Kerajaan Chih-tu memang wujud di Utara Malaysia sekitar abad ke 4-5 Masihi. Sejarawan J.Laidlay pada tahun 1848 menterjemahkan teks prasasti itu yang ditulis dengan huruf Pallava (400-500M) dan bahasa Pali yang mengandungi ajaran Buddha dan menyatakan tentang kejayaan nakhoda kapal yang bernama Buddhagupta, seorang penduduk Chih-tu (Tanah Merah). 
  • Prasasti Dong Yen Chau : ditemui di Teluk Tourane, Selatan Vietnam menggunakan tulisan Pallava >  rekod bertulis terawal Bahasa Melayu pada abad ke 4 Masihi melalui Tamadun Melayu Champa. 
  • Prasasti Grahi, Thailand : ditemui di Thailand namun ditulis dalam bahasa Khmer, mengisahkan tentang seorang Raja Melayu dari Kerajaan Dharmasraya
  • Prasasti Han Cey :  Batu Bersurat di Kemboja bertarikh abad ke 6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II Raja Chenla. Terdapat ayat "Mala Malayu iva Malayam Raja" yang bermaksud "Raja Mala dari Negeri Melayu". 
  • Prasasti Kedukan Bukit, Sumatera: adalah antara dokumen fisikal tertua yang merekodkan bahasa Melayu Kuno. Prasasti ini ditemui oleh pegawai Belanda bernama M.Batenburg di Kampung Kedukan Bukit di Sumatera, Indonesia. Didalam prasasti ini tercatat nama "Srivijaya", sebuah empayar Maritim legenda terkenal di Asia Tenggara. 
  • Prasasti Kepingan Leiden Besar: Kurun ke-11 Masihi, ditulis dalam bahasa Sanskrit , Pemerintah Srivijaya disebut sebagai 'Srivisayadhipatina Katahadhipatyam atavanta" yang bermaksud "Pemerintah Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah."
  • Prasasti Laguna Copperplate: ditemui di Laguna de Bay, Manila, Filipina pada tahun 1989 menunjukkan tarikh yang tetera 822 Saka atau 21 April 900M menggunakan bahasa Melayu kuno.
  • Prasasti Matari Singa Jaya Himat : Prasasti yang diperbuat daripada tembaga ditemui di Palembang, Indonesia, menggunakan tulisan rencong dan diperkirakan berusia sekitar abad ke 13 hingga 15M. 
  • Prasasti Padang Roco  : ditemukan di Padang Roco, Siguntur, negeri Dharmasraya, Sumatera Barat pada 1911  bertarikh 1286M, istilah "Bhumi Malayu" merujuk kepada Pulau Sumatera. 
  • Prasasti Sojamerto, Jawa Tengah: mengandungi nama pengasas Dinasti paling agung Asia Tenggara iaitu Dapunta Sailendra dan nama keluarganya ditulis dalam bahasa Melayu kuno, bertulisan Kawi ditemui di daerah Batang, Jawa Tengah, Indonesia. 
  • Prasasti Sungai Mas: menyebut tentang Raktamrttika (Bahasa Sanskrit) yang bermakdus Tanah Merah telah menyumbang kepada kepada kajian sejarah lampau Kerajaan Ch'ih Tu. 
  • Prasasti Talang Tuwo :  ditemui pada 1920 oleh di Palembang,Indonesia oleh Louis C. Westenenk > mencatatkan tarikh "tahun Saka pada hari kedua bulan terang Chaitra" yang bersamaan dengan 23 Mac 684 M. Prasasti ini menyebut nama seorang Raja bernama Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang dianggap pengasas Kerajaan Srivijaya abad ke-7 Masihi.
  • Prof. Dr. Slamet Muljana menyatakan bahawa Palembang merupakan lokasi tepat sebagai Ibukota Kerajaan Srivijaya. 
  • Prof. Dr. Suzuki Takashi dari Universiti Kobe, Jepun menulis buku yang bertajuk 'History of Srivijaya' menyatakan bahawa sebenarnya Jayavarman II pengasas Empayar Angkor itu adalah Gebenor Melayu yang memerintah Kemboja dan Khmer dan mewakili Empayar Srivijaya disana. 
  • Ptolemy: dalam "Geographike Sintaxis" > Istilah 'Meleu-kolon' dianggap berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Malayakolam atau Malaikurram yang merujuk kepada sebuah tempat di Malaysia iaitu Tanjung Kuantan. 
  • Quaritch Wales (Dr.) : "Indian Art and Letters" vol. IX no. 1 menegaskan bahawa ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai Timur Selatan Thailand
  • R.C. Majumdar seorang Dekan Sejarah di India pada tahun 1933 mengemukakan teori  bahawa ibukota Srivijaya ialah di Semenanjung Tanah Melayu semasa kunjungan I-Ching (I-Tsing)
  • Reman: Sebuah Kerajaan Melayu yang wujud di kawasan Hulu Perak. Sumber terawal ialah tahun 1818 apabila Tuan Long Mansur mengadakan perjanjian dengan Gabenor Pulau Pinang yang bernama John Alexander Bannerman. Kerajaan ini telah dibubarkan oleh Siam pada tahun 1902 dan menyerahkan Kerajaan Reman kepada Kerajaan Negeri Perak. 
  • Richard Olaf Winstedt > 
    • pernah melawat Kota Gelanggi di Johor pada tahun 1920 dibawa oleh Orang Asli. 
    • Menulis buku "The Malay Grammar" pada 1913 untuk pegawai-pegawai British yang akan bertugas di Tanah Melayu. Namun ada pegawai British lain yang telah lebih awal lagu menulis buku panduan dengan fungsi yang sama. Misalnya di bawah, “Dictionary of the Malay Tounge” oleh James Howison M.D. 1801.
  • Saiburi: Nama Kerajaan Melayu yang diberi nama oleh Siam , nama Melayunya ialah Teluban atau Selindung Bayu. Dikatakan wujud pada 1816 semasa pemisahan wilayah Patani kepada 7 negeri yang kecil. 
  • Senggora: Kerajaan ini dikatakan bersempadan dengan Kerajaan Patani. Dipercayai adalah Songkhla sekarang. 
  • Slamet Muljana (Prof.Dr.) : Palembang merupakan lokasi yang tepat sebagai ibukota Kerajaan Srivijaya. 
  • Srivijaya: empayar Maritim Buddha yang berpusat di Palembang, Sumatera. Seorang Sami Buddha, I-Tsing pada abad ke-7 pernah menulis tentang lawatannya ke Srivijaya pada tahun 671M. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 M juga pernah menyebut Kerajaan Srivijaya. 
  • Sung Shih (Dinasti Song) > Sejarah Kerajaan Song,  nama Kerajaan Tambralinga muncul dengan nama Tan Ma Ling atau Tan Mei Lieou.
  • Suzuki Takashi (Prof.Dr. ) : dari Universiti Kobe, Jepun. Beliau menulis buku yang bertajuk "History of Srivijaya" mengatakan bahawa sebenarnya Jayavarman II  pengasas Empayar Angkor itu adalah gabenor Melayu yang memerintah Kemboja dan Khmer dan mewakili Empayar Melayu Srivijaya disana. 
  • Taiping Huanyu Ji (Ensiklopedia Kerajaan China) menyatakan bahawa jarak antara Chi Tu dan sebuah lagi Empayar Melayu ketika itu iaitu Srivijaya dikatakan dalam lingkungan 1500 li. 
  • Tambralinga : terletak di utara Langkasuka pada abad ke 11-13 Masehi dan merupakan pusat agama Buddha-Theravada. Rajanya yang termasyur ialah Dharmaraja Chandrabanu (1230-1294).  
  • Tan-Tan : pada abad ke 6 dan 7 Masehi, wujud Kerajaan Tan-Tan dipercayai adalah Kelantan. Dikatakan Kerajaan Tan-Tan pernah menghantar utusan beserta hadiah kepada kerajaan Dinasti Liang di China. 
  • Tatsuo Hatsuno menyatakan bahawa Chi Tu telah diingati sejak zaman Dinasti Tang lagi. Beliau menyatakan bahawa permulaan Kerajaan Srivijaya adalah bermula di Chi Tu
  • Temasek: didirikan oleh Sang Nila Utama, Temasek adalah Singapura sekarang ini. 
  • Ting Chia Lu: dipercayai Terengganu > muncul dalam catatan Wang-Ta-Yuan iaitu Tao-I-Chih-Lioh  pada tahun 1349. 
  • Tong Dian  : Buku Sejarah Dinasti Tang > Penerangan mengenai Kerajaan Tan Tan dalam Jilid 188, Bahagian 4). 
  • T'ungTien > Pedagang China abad ke 8 Masehi mencatatkan mengenai Kerajaan Langkasuka terletak berdekatan dengan Laut Selatan (Laut Cina Selatan). 
  • Tun Sun: Kerajaan Melayu Segenting Kra. Terdapat dalam catatan Dinasti Liang tentang kewujudan Kerajaan ini. 
  • Van Bemmelen adala orang pertama mencadangkan nama Benua Sunda (Sundaland) pada tahun 1949.
  • Vayu Purana : Kitab Hindu Purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 M. Terdapat istilah 'Malaya Dvipa" yang bermaksud "Tanah yang dikelilingi air" . Para pengkaji sejarah beranggapan bahawa Malaya Dvipa ialah Pulau Sumatera. 
  • Wang Ta Yuan : catatan China pada 1349M yang ada menyebut Temasik (Singapura). 
  • Ye Tinggui: dalam catatan beliau pada 1151M yang bertajuk Nanfan xianglu (Treatise On Southeast Asia Aromathics) menyatakan bahawa setiap tahun Sriwijaya akan menghantar beberapa buah kapal besar yang berisi kemenyan ke Guangzhou dan Quanzhou. 
  • Yuan Shih : Catatan China yang menyatakan bahawa sekitar tahun 1295M, Maharaja Dinasti Yuan mengeluarkan satu 'Imperial Order' bagi mengarahkan Hsien (Siam) supaya tidak mengganggu Ma-Li-Yu-Erh (Melayu) serta perlu berpegang dengan janji mereka. 
  • Zhu fan Zhi : Karya Dinasti Song Abad ke-13 oleh Zhao Rukuo (1170-1231) memberikan penerangan tentang Langkasuka sebagai Ling-ya-si-jia. Negara itu memberi penghormatan kepada sebuah negara Sanfoqi yang biasanya ditafsirkan sebagai Srivijaya.    
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
Updated: 3 Ogos 2025: 

NOTA ALAM MELAYU : KEDAH TUA

NOTA DISUSUN OLEH : HJ ZULHEIMY MAAMOR

  • Abu Dulaf al-Muhalhil telah singgah di Kedah dan mencatatkan mengenai kehebatan Negeri Kedah (Paul Wheatley).Dalam Majmu'Fil Jughrafiyya salah satu daripada 8 koleksi Pedang Rasulullah s.a.w. berasal dari Kedah Tua iaitu Pedang Qala'i.
  • Abu Zayd : dalam Kitab Al-Sirafi (915-916 CE) dikatakan Kalaha (Kedah) terletak di Laut Kalaha diantara Laut Anwaq yang terletaknya di negeri Ajaib (Maldive) dan Laut Kemboja. 
  • Al-Kindi dan Al-Biruni: Rekod bertulis keduanya mengesahkan kewujudan industri besi di Sungai Batu,  menonjolkan Kalah (Kedah purba) sebagai salah satu daripada tiga pengeluar besi utama dunia, di samping Yaman dan Hindi (Hoyland & GA).
  • Al-Mas'udi : menulis dalam "Muruj az-Zahab" bahawa di negeri Kedah terdapat gunung-gunung  dan lombong-lombong bijih timah dan perak,  juga lombong emas. 
  • Bronson (1985), Higham (1989), dan Rispoli (2022) mencadangkan tarikh abad ke-5 SM untuk artifak besi tertua di Asia Tenggara, berdasarkan tarikh radiokarbon untuk arang yang berkaitan.
  • Buzurg al-Ramhurmuzi dalam 'Aja'ibul Hind' mencatatkan bahawa seorang Nakhoda bernama Ismailuyah telah belayar dari Kalah (Kedah Tua) menuju ke Oman pada 929M. 
  • Catatan Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke Istana China pada 638M. Beliau juga menyatakan seorang pencatat Yunani bernama Martianus Haraclea mencatatkan didalam 'Periplus of the Outer Sea' tentang kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) yang terletak antara Benua China dan India. 
  • Ferano Mendez Pinto : mencatatkan pada 1539, beliau telah singgah ke Perlis. Pembantunya Maurice Collis telah menulis, " We sailed two day and half with favorable wind by means we got to the river of Parles in the Kingdom of Queda… being departed from the river of Parles on a Saturday about sunset….” “anchored at the mouth of the Perleys River near Alor Setar to trade 1539”
  • GARC:  the recent finding by  the Universiti Sains Malaysia's Global Archaelogical Research Centre (GARC) that the Malay Maritime trade with India should have started at least approximately 1,900 years ago., especially involving the Kingdom of Kedah Tua. The Kingdom was known as Kadaram to ancient Indians, Kalaha to ancient Arabs and Cheh-Cha to ancient Chinese. Its name was mentioned early in Sanskrit literally works, such as the famous Kathasaritsagara(Ocean of Stories), later in the 12th century as recorded by Al-Idrisi, an Arab traveller and Geographer in his book Ar-Rujjar (1154). 
  • H.G. Ouaritch-Wales telah memulakan kajian terhadap Lembah Bujang di Kedah sejak 1840-an lagi. 29 Tapak candi yang ditemui ketika itu membuktikan bahawa wujud sebuah Kerajaan yang masyhur yang menerima pedagang dari seluruh Asia. 
  • I-Tsing 
    1. Sami Buddha dizaman Dinasti Tang ketika dalam perjalanannya ke Nalanda di India bagi mendalami agama Buddha telah menyebut Kedah sebagai Chieh Cha
    2. Beliau mendokumentasikan pertukaran jongkong besi Kedah purba bersaiz tiga jari dengan lima hingga sepuluh biji kelapa di Kepulauan Nicobar.
  • Kitab al Sirafi Abu Zayd, selitan kedua, dikarang pada 915-916 CE, dikatakan Kalaha (Kedah) terletak di Laut Kalaha diantara laut Anwaq yang terletaknya di negeri ajaib (Maldive) dan Laut Kemboja. Menurut Sulaiman al Tajiri (850-851 CE) Maharaja Kalaha menemui Maharaja Dinasti Tang, dan Maharaja Kalaha berasal dari jalur keturunan Umar Al Khattab r.a. 
  • Ma Tuan Lin  : Dalam catatan Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke negara China pada tahun 638M. 
  • Mohd Supian Sabtu: dalam buku "Tamadun Awal Lembah Bujang" (2002) halaman 5-7 : 
    1. Kerajaan Kedah Tua dipercayai telah wujud sekurang-kurangnya sejak 500 tahun Sebelum Masihi.
    2. Kerajaan Kedah Tua menghasilkan besi antara terbaik di dunia.
    3. Orang Arab merujuk Kedah dengan Qala'i atau Kalah, Orang Cina pula menyebut Kedah sebagai Chia Cha atau Chieh Cha, manakala orang India menyebut Kedah sebagai Kadaram. 
  • Muhammad al-Idrisi menulis dalam "Nuzhat al-Musytaq" bahawa di Kedah Tua terdapat lombong bijih timah dan juga terdapat banyak permata yang asli. 
  • Orang Arab merujuk Kedah Tua sebagai 'Qala'i' atau 'Kalah', Orang China pula merujuk Kedah Tua sebagai 'Chia Cha' atau 'Chieh Cha', manakala orang India memanggil Kedah Tua sebagai 'Kadaram."
  • Parunkathai > Sebuah syair yang menyatakan bahawa Kataraththu Irumpu yang bermakna "Besi dari Kataram" merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat kereta kuda Puteri Vacavathaththai. Kataram adalah merujuk kepada Kedah Tua. 
  • 'Pattinappalai' : 
    1. Puisi Tamil yang ditulis oleh Katiyalur Urutti pada abad 1-2 Masihi yang menyatakan bahawa pedagang India telah mengeskpot besi dari 'Kataram' untuk membuat pedang. Kataram adalah Kedah Tua (Note: The only text that mentioned iron of Kedah Tua was Indian Source of Sangam period). 
    2. Puisi Pattinapalai menyebut barang dagangan dari Kazhagam (Kedah kuno) yang didagangkan di pelabuhan Puhar Kaveripattinam (Thilakavathy, 2019).
  • Paul Wheatley : dalam bukunya 'The Golden Khersonese':
    1. Kerajaan Kedah Tua telah didapati didalam catatan China pada awal 638M
    2. Halaman 41-45 : Pada tahun 940 M, seorang pelayar Islam dari Bukhara bernama Abu Dulaf al-Muhalhil telah singgah di Kedah
  • Penulisan Prakrit (Kurun 7 M) Kedah Tua disebut sebagai Kadahadipa iaitu sebuah pelabuhan yang terletak di seberang laut dan dihubungkan dengan Pelabuhan Tamralipti. 
  • Peradaban Zaman Besi terawal di Tanah Melayu dianggar pada 788 SM di Sungai Batu, Kedah. Kerajaan Kedah Tua dikenali sebagai pengeluar besi terulung di dunia selewat-lewatnya sejak kurun ke-3 Masehi. Kerajaan Kedah Tua telah wujud sekurang-kurangnya sejak 500 tahun Sebelum Masehi. 
  • Prasasti-prasasti dari Raja Kulotungga I, Rajendra, Virarajendra dan Kulotungga II pada kurun ke 11 M menyebut tentang hubungan diplomatik antara Kedah Tua dan Chola. Konflik cuma berlaku pada zaman pemerintahan Rajendra I, tetapi pada 1068, di bawah pemerintahan Virarajendra, hubungan dipulihkan.
  • Sastera Kathasaritsagara dan Kaumudimahotsava (karya Sanskrit) pada kurun ke 7-8 Masehi menyebut Kedah Tua sebagai sebuah Pelabuhan yang besar. 
  • Sastera Sanggam kurun ke 2 Masihi menyebut Kedah Tua sebagai Kazhagam yang memiliki hubungan perdagangan dengan Mandurai. 
  • Sheikh Daud Al-Fatani: Menulis kitab Asal Melayu > Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman.
  • Sherard Osborn  : Naval officer in one of the British warship blockading Kedah in 1883, dalam "Like spaniels, the native of the whole sea-board of the Indian Peninsula lick the hand that chnatises them: not the Orang Malayau (Melayu) , and we Englishmen should be the first to honour a race who will not basely submit to abuse or tyranny." - Quedah or Stray Leaves from a Journal in Malayan waters, Longman, London, 1857. 
  • Sillappadikaram :
    1. (Syair Kurun ke 2 M) menyebut bahawa komuniti dari Kedah (Kazhagam) telah diperdagangkan di Kaveripattinam. 
    2. menyebut sebuah kapal dagang dari Tondi yang datang ke Madurai dengan membawa rempah ratus seperti cengkih dan lada hitam, bersama-sama dengan lidah buaya dari Kidaravan, iaitu Kidaram (Kedah purba) (Braddell, 1947).
  • Sumber Arab kurun ke-8 hingga 14 M menyebut Kedah Tua (Kalah Bar) sebagai pelabuhan yang besar.
  • Sumber China kurun ke-6 dan 7 M juga menyebut Kedah Tua (Cheh Cha) sebagai pusat perdagangan.
  • Sumber Jakata pada kurun ke 4 - 5 masehi menyatakan bahawa Kedah Tua dan Langkasuka merupakan 2 buah kerajaan besar di Semenanjung Tanah Melayu. 
  • Thomas Bowrey : Wakil Syarikat French East India Company yang menulis tentang Kuala Perlis pada tahun 1670 : Send 5 or 6 more (men) to goe to Pullo Lada or Purles,which are place are belonging to this King (Of Kedah) where Tin and pepper may be bough at cheaper rates then here.
  • Tong Dian iaitu Ensiklopedia Chia telah menyebut bahawa nama Kalah (Kedah) atau Kalah Besar sudah kedengaran sejak era Dinasti Han (206-220 SM). 
  • Ya'qub ibn Ishaq al-Kindi: Kualiti produk besi Kedah purba adalah antara tiga teratas di dunia, berkongsi tempat kebanggaan dengan Yaman dan India (Hoyland dan Gilmour, 2006).

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27/11/2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 10.43 am

NOTA ALAM MELAYU : MELAYU BUKAN PENDATANG

Nota di susun oleh : Hj Zulheimy Maamor

  • Abdullah Hassan: dalam buku "Penghijrahan Melayu di Dunia" (2005) terbitan PTS Publication menyatakan penghijrahan orang Melayu dari Yunan ke Nusantara sejak 2,500 S.M. telah melahirkan bangsa Melayu Proto yang merupakan kelompok pertama nenek moyang orang Melayu. 
  • Anthony Dosset (Dr.)  : dari University Wollongong > dalam kajian terbaru beliau pada 2013 di Gua Moros, Sulawesi mendapati bahawa sekitar 39,000 tahun lalu sudah ada manusia di wilayah ini dan mereka sudah hebat membuat stensil tangan dan lukisan rusababi di dinding gua. 
  • G.K. Nieman & R.M. Clark: Daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. 
  • Kajian Arkeology UKM selama 38 tahun (1972-2000) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak 40,000 tahun (Prof. Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman). 
    Bangsa Melayu sudah berada di Nusantara sejak 75,000 S.M (Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh). 
  • M.W. Tweedie: dalam bukunya "Pre-History" menyatakan mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Negrito dan telah ada sejak tahun 8000 S.M. 
  • Masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu pada hari ini. (Puan Zaharah Sulaiman).
  • Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (Prof. Datuk Dr. ) : dalam Kajian Arkeologi UKM dari 1972 - 2010 > Membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak 40,000 tahun
  • Penemuan Kapak di Lenggong, Perak yang berusia 1.8 juta tahun 
  • Penemuan Rangka 'Perak man' dianggar berusia 11,000 tahun
  • Prof. Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Penyelaras Operasi, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS),USM menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari Kepulauan Melayu dan bukanlah pendatang.
  • Prof. Dr. De Silva Penyelidik Arkeologi dan Ahli Sejarah Sri Lanka telah menganalisis bahan arkeologi dan mendapati sudah wujud tamadun di alam Melayu sejak 15,000 S.M
  • Tom Harrison Kurator Muzium Sarawak, beliau dan isterinya menemui tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak pada tahun 1959 menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.     
  • Wan Hashim Wan Teh (Datuk Dr.) : Bangsa Melayu sudah berada di Nusantara sejak 75,000 tahun S.M.
KAJIAN DNA
  • Kajian DNA di UKM terhadap 86 lelaki Melayu terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus Sains DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel. Kajian DNA Mitokondria (2015) > DNA Melayu di Kepulauan Melayu berusia antara 50,000 hingga 60,000 tahun 15,000 tahun lebih tua dari orang China.  (Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin)
  • Zafarina Zainuddin (Prof.Dr.) : Kajian DNA Mitokondria (2015) > DNA Melayu di Kepulauan Melayu berusia antara 50,000 hingga 60,000 tahun 15,000 tahun lebih tua dari orang China. 
  • Melayu adalah bangsa yang tergolong dalam kelompok manusia moden iaitu "Homo Sapiens Sapiens". 
  • Kajian DNA juga menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA Mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun (Nur Haslindawaty Abd Rashid     - Tesis PhD 2013).
  • Melalui penemuan DNA mendapati masyarakat di alam Melayu adalah tamadun kedua tertua di dunia mencecah 70,000 tahun selepas Afrika (Dr. Stephen Oppenheimer)
  • Bukti DNA Mitokondria > bangsa manusia moden hari ini (Homo Sapiens Sapiens) bermula di Afrika Timur seawal 200,000 tahun dahulu. Genetik Melayu juga dari juraian yang sama. Setelah bangsa Melayu keluar dari Afrika mereka tiba di Tanah Melayu seawal 74,000 tahun dahulu, sebelum berlaku letupan Gunung Berapi Toba mengorbankan 70% penghuni bumi. 
  • Nur Haslindawaty Abd Rashid: Teisi PhD (2013) > Kajian DNA Mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA Mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun
  • Tatiana M. Kafaret (2015) mendapati bahawa haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang yang berada di Austronesia dan ia bermula di Kepulauan Melayu, sebelum tersebar ke seluruh arah. 
  • Rabbai Jacobovici dalam Kajian Genome Project telah mengesahkan hipotesis Dr.Ralph Olssen berkenaan DNA Israel dalam bangsa Mala (Melayu). 
  • Kaum Semang adalah nenek moyang orang Melayu melalui kajian Mt DNA oleh USM Kubang Kerian, usia Semang dalam lingkungan 59,000 tahun. 
  • Ibu orang Melayu telah berada di kepulauan Melayu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan Bapa orang Melayu pula 40,000 tahun dahulu (Melalui Haplogroup K).
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27/11/2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 10.36 am

Sunday, 26 November 2023

Tragedi Helikopter Nuri Yang Terhempas Akibat Ditembak Pengganas Komunis !!

Posted by :     Habidah Hj Nordin >     FB PEMINAT SEJARAH LAMA

Tahukah kalian ..
Pengganas komunis telah melakukan serangan di Kem Gubir, dan diberi nama Ops Gubir kerana terdapat markas pengganas komunis di Gubir, Kedah semasa berlakunya darurat.Tempat ini menjadi saksi berlakunya peristiwa tragis dan sejarah hitam buat negara kita, lebih-lebih lagi bagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ).
Ini kerana, susulan daripada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis.Peristiwa Gubir yang berlaku pada 26 April 1976 ini telah dilaksanakan oleh sepasukan anggota keselamatan yang dinamakan sebagai ' Operasi Kota.'
Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap pengganas komunis di sebuah kawasan yang disyaki tempat kubu mereka.Pengganas komunis yang dianggarkan seramai 400 anggota itu, juga disyaki telah memasang hampir 3, 600 jerangkap samar di kawasan sekitarnya.
Taktik yang digunakan untuk menyerang kemaraan pengganas komunis adalah dengan menggunakan helikopter pada waktu malam.Ini disebabkan perkampungan tersebut dipercayai dikawal ketat oleh pengganas komunis, selain dengan ribuan jerangkap samar.
Bagaimanapun, sebuah Helikopter Nuri ( Helikopter Sikorsky S - 61A - 4 Nuri ), yang membawa bekalan peluru, bahan letupan dan 11 orang anggota tentera untuk membantu misi, telah terhempas !!, akibat ditembak oleh pengganas komunis pada pukul 10.00 hingga 10.00 pagi di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir.Mereka dikatakan dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia - Thailand.Namun, bekalan peluru dan bahan lain dapat dihantar kemudiannya, walaupun dengan jumlah yang tidak sama.
Antara 11 anggota tentera yang terlibat dalam tragedi Helikopter Nuri terhempas itu, ialah ;
1.Allahyarham Major Haris Rejab.
2.Allahyarham Kapten ( U ) Mustapha Kamal Bin Mohamad Shafie.
3.Mendiang Kapten ( U ) Choo Yeok Boo.
4.Allahyarham Kapten Sulaiman Bin Abdullah.
5.Allahyarham Leftenan Ibrahim Bin Zakaria.
6.Allahyarham Leftenan ( Udara ) Wan Munsiff Wan Salim.
7.Mendiang Leftenan ( Udara ) Chung Ming Teck.
8.Mendiang Sarjan ( Udara ) Leong Yee Heong.
9.Allahyarham Sarjan Khamis Bin Dolmat.
10.Allahyarham Koperal Kamarulzaman Zakaria.
11.Allahyarham Lans Koperal Suandi Bin Saim.

Berdasarkan pengalaman TI4040 Ssjn.( B ) Yusof Bin Abu, X Skuadron Rejimen Gerak Khas ( RGK ), selepas mendapat maklumat daripada anggota tentera di kem musuh yang telah ditinggalkan.Mereka mendapat tahu sebuah helikopter yang membawa bekalan perang dan penumpang telah ditembak oleh pengganas komunis.Beliau kemudiannya terpaksa berpatah-balik ke Kem Gubir.
Setelah lebih setengah jam berlalu dan helikopter tersebut masih lagi tidak sampai ke Kem Gubir dan terputus hubungan.Satu pasukan terdiri daripada 4 anggota tentera dan Yusof sendiri telah diarahkan untuk membuat tinjauan, dan melakukan operasi menyelamat.
Mereka telah diterbangkan menaiki sebuah helikopter Nuri lain untuk tugasan itu dan tidak berapa lama kemudian, kelihatan kepulan asap hitam di udara semasa menghampiri kawasan tersebut.Dan jelas kelihatan sebuah helikopter Nuri sedang terbakar, lalu mereka menghantar maklumat ke Kem Gubir mengenai situasi yang berlaku.
Kami telah menemui satu mayat mangsa yang masih sempurna tersandar dibanir pokok dan satu mayat mangsa lagi di tempat duduk pilot sebelah kanan separuh terbakar.Sementara mangsa-mangsa yang lain berada di dalam pesawat yang sedang terbakar dengan maraknya api.' Ssjin.( B ) Yusof Bin Abu, petikan dari Malaysia Military Power.
Yusof selepas itu didatangi dengan 5 anggota tentera lain yang diketuai oleh Sarjan Hussin dan mereka bermalam di tempat kejadian, serta membuat siasatan pada hari esoknya.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat keadaan mayat yang sungguh ngeri dan menyayat hati, ada antara mayat mangsa yang telah terputus tangan juga kaki.Malah, ada juga yang telah terpisah kepala dari tubuh.
Mana-mana anggota yang terpisah dan terputus itu kami masukkan ke dalam satu beg dan mana yang masih sempurna keadaannya, kami asingkan satu-persatu.Lebih kurang pukul 11.30 pagi semuanya telah selesai dan kami semua telah dinaikkan dengan winching ke helikopter yang datang mengambil kami.
Saya dan Sarjan Hussin adalah yang terakhir naik dan tiada sesiapa lagi yang tinggal.' Ssjn.( B ) Yusof Bin Abu, petikan dari Malaysia Military Power.
Manakala, bagi Sarjan ( B ) Haris Dan pengalamannya bertempur dengan pengganas komunis dan tragedi helikopter Nuri itu, memberikan kesan yang mendalam buat bekas prajurit negara itu.Ini kerana, beliau juga terlibat dalam serangan hendap itu, tetapi menaiki helikopter yang lain.Pada waktu itu, beliau berumur 27 tahun dan tidak pernah sesekalipun melupakan peristiwa ketika helikopter yang membawanya bersama anggota X Skuadron Rejimen Gerak Khas ( RGK ) dihujani peluru di kawasan sempadan Malaysia - Thailand.
Kami berada di Gubir sudah lama, seingat saya sudah dua hingga ketiga minggu ditugaskan membersihkan kawasan berkenaan daripada ancaman pengganas komunis.'
Hari berkenaan, sewaktu diserang komunis adalah hari terakhir kami disana sebelum pulang ke Kem Sungai Udang, Melaka.Segalanya berjalan lancar ketika helikopter mendarat untuk mengambil kami sebelum tiba-tiba ditembak.' Sarjan ( B ) Haris Dan, petikan dari Harian Metro.
Haris Dan, yang berkhidmat selama 18 tahun bersama ATM, mengakui peristiwa itu masih segar dalam ingatannya dalam mengenangkan kekejaman komunis, walaupun sudah 42 tahun berlalu.
Alhamdulillah, kami semua selamat, nyawa kami bagaikan dihujung tanduk .. tembakan bertalu-talu itu boleh menyebabkan helikopter terhempas, sekiranya tembakan mengenai juruterbang.
Walaupun kami terselamat, ada anggota keselamatan lain maut pada hari yang sama apabila helikopter dinaiki mereka terhempas akibat ditembak pengganas komunis.' Sarjan ( B ) Haris Dan, petikan dari Harian Metro.
Bissirril al-fatihah buat ruh para prajurit negara dan salam takziah buat keluarga mereka, yang mempertaruhkan nyawa, keringat dan darah demi memelihara keamanan dan kedaulatan pertiwi.
Sumber : Harian Metro 12 November 2020.
Copy and paste:
26/11/2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 9.24 pm