Sunday, 8 April 2018

2018 - KUALA PILAH

Pada 14 Mac 2018, saya dan seorang setaf Yayasan Jantung Malaysia, Puan Nor Riddah telah bertolak dari Pejabat kami di Jalan Sultan Yahya Petra (Dahulunya Jalan Semarak) di Kuala Lumpur menuju ke Kuala Pilah di Negeri Sembilan. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kg Dioh Kecil adalah sejauh 106 km dan mengambil masa perjalanan 1 jam 35 minit. 


Gambar semasa menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di Kg Dioh Kecil, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 14 Mac 2018

Mesyuarat Penyelarasan berlansung di Telapak Adat & Budi, Kg Dioh Kecil yang terletak di Kuala Pilah. 
Kg Dioh merupakan sebuah kampung Melayu tradisi yang terletak di selatan Pekan Kuala Pilah yang berkeluasan lebih kurang 5 km persegi. Antara industri penduduk di sini yang terkenal ialah Kilang Roti Azan. 
Selesai mesyuarat kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. 

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN
KG DIOH KECIL, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
8 APRIL 2018
Pada 7 April 2018, saya dan Awareness Team, Yayasan Jantung Malaysia telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kg Dioh Kecil, Kuala Pilah untuk program Kesihatan yang akan berlansung keesokan harinya. Kami ke Kg Dioh Kecil adalah untuk menghantar banner kepada AJK Kg Dioh Kecil. 
Kami bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk menginap di One Garden Hotel yang terletak di Pusat Bandar Senawang, Seremban, Negeri Sembilan kerana telah biasa dengan hotel ini. Jarak One Garden Hotel ini dari Kuala Lumpur adalah 77 km sahaja. 
Sebelum ke Hotel kami singgah makan tengahari di sebuah warong yang terletak tidak jauh dari Hutan Lipur Ulu Bendul. 









ONE GARDEN HOTEL
No. 279, Jalan Bandar Senawang 15
Pusat Bandar Senawang
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-679 3939

Kami menginap di One Garden Hotel yang terletak di Pusat Bandar Senawang semasa program di Kg. Dioh Kecil. Perjalanan dari Hotel kami di Senawang ke Kg. Dioh Kecil adalah sejauh 34.8 km mengambil masa perjalanan selama 43 minit. 



KUALA PILAH
Kuala Pilah terkenal sebagai pusat Pelancongan Kebudayaan dengan seni warisan adat Perpatihnya selain dari tempat rekreasi dan gelaran "Bandar Di Raja Negeri Sembilan".
Penduduk Kuala Pilah boleh dikatakan masih berpegang kuat pada Adat Perpatih dan nilai-nilai budaya Melayu yang kuat dengan adat resam Minangkabau. 
Banyak tempat rekreasi dan menarik terdapat di Kuala Pilah diantaranya ialah Istana Seri Menanti, Hutan Lipur Ulu Bendul,Hutan Lipur Jeram Tengkek, Makam Tuan Tulis, Tugu Lister dan banyak lagi. 

Program Pemeriksaan Kesihatan Yayasan Jantung Malaysia berlansung kali ini di Kg. Dioh Kecil, iaitu sebuah perkampungan Melayu Tradisi di Kuala Pilah. 




Rumah Tradisi Minangkabau di sebelah kiri. 

 TELAPAK ADAT DAN BUDI, KG DIOH KECIL


 Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia yang terlibat dalam Program Kesihatan





Prof Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak  yang merupakan anak tempatan Kg. Dioh Kecil turut menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan hari tersebut. 

 

Kami turut dibantu oleh Jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital pada hari tersebut....

 Ibu Bapa Puan Nor Riddah (Setaf YJM) turut hadir






 Setaf YJM menjamu selera bersama Setaf SALAM Senawang Specialist Hospital


Program yang berlansung dari jam 9 pagi berakhir pada jam 2 petang. Seramai 65 orang penduduk Kampong telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan. 

Selesai program kami meneruskan perjalanan pulang ke Hotel kami di Senawang. 
Demikian selesai program kami di Kg Dioh Kecil, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seterusnya program kami ialah di Sek. Men. Keb. Seremban 2 pada 10 dan 11 April 2018. 


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
8 April 2018: 4.24 p.m

Friday, 6 April 2018

Bersabar ketika ditimpa Musibah

" Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun daunnya" [HR Bukhari] 
Ada lagi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit yang berpanjangan, kesusahan, kesedihan, gundah gulana sehingga duri yang menusuknya, melainkan Allah ampunkan dosa dosanya dengan sebab tersebut" [HR Bukhari"
Ketahuilah olehmu bahawa musibah juga adalah tanda bahawa Allah ingin memberikan kebaikkan kepadamu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Siapa sahaja yang Allah kehendaki kebaikkan padanya, Allah akan menimpakan musibah kepadanya."
[HR Bukhari]

Ada tiga kebaikkan apabila seseorang itu diuji dengan musibah oleh Allah, lalu dia beruntung kerana mendapatkan salah satu darinya atau mendapat kesemuanya.
(1) Diampunkan dosa dosa kecilnya.
(2) Ditambahkan pahala baginya.
(3) Dinaikkan darjat kemuliaannya di sisi Allah.

Jangan engkau hilang sabar! Kerana ada yang hilang sabar dengan musibah yang menimpanya, lalu menyalahkan Allah yang menyebabkan derita sakitnya itu. Wal'iyyazubillah!

Oleh kerana itu, ketika engkau diuji dengan musibah, mohonlah kepada Allah agar sentiasa diberikan RahmatNya untuk terus mampu bersabar ketika berhadapan dengan musibah.


19 Rejab 1439H
6 April 2018
Copy and paste: Whatsapp Group Skot Intake 139/80

KISAH BENAR DISEBALIK SELAWAT KEATAS RASULULLAH

Selawat ialah bahasa Arab yang ertinya "doa",rahmat dari Tuhan,memberi berkat dan ibadat". Kalau selawat itu diamalkan oleh hamba kepada Allah, maka maksudnya bahawa hamba itu menunaikan ibadat atau berdoa (memohon kepadaNya). Tetapi kalau Allah berselawat atas hambanya, maka selawat dalam ini ertinya adalah bahawa Allah mencurahkan rahmatNya-Allah melimpahkan berkatNya. Pengertian "Berselawat atas nabi SAW ialah "Mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan nya" Pengertian selawat malaikat kepada Nabi SAW adalah memohon kepada Allah supaya mencurahkan perhatianya kepada Nabi (kepada perkembangan agama).

Kesimpulannya:

Kalau selawat dari Allah - Allah memberi rahmat:

Kalau selawat dari malaikat - meminta keampunan 

Kalau selawat orang mukmin - berdoa supaya diberi rahmat sepertri perkataan " Ya Allah limpahkan rahmat atas Nabi Muhammad SAW"

DALIL AL QURAN DAN HADIS NABI

Surah Al-Ahzab ayat: 56 maksudnya, 

“sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya berselawat untuk Nabi . Hai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". 

Hadis hadis nabi SAW maksudnya: 
" Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat (penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu" 
(diriwayatkan Ibnu Murdawaih). 

"Setiap doa adalah terlarang,  sehingga berselawat atas nabi SAW"  (diriwayatkan ad dailami). 

“Bahawasanya seutama utama manusia (orang yang terdekat) dengan aku pada hari kiamat ada lah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (diriwatkan an -Nasai dan ibnu Hibban).

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT

Sufyan As Sauri menceritakan: 

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Saya mendekatinya lalu bertanya: 

"Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. 
Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi. Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi. "Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohon kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim" (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.)

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali. Maka wanita itu sangat sedih ketika mengingatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon Allah agar diampunkan dosa anaknya itu. Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi SAW, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan Allah. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya? Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang soleh yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi SAW, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.

Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UNTUK MALAIKAT UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim" (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.)

Pada saat Rasulullah SAW dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh Allah SWT. Nabi bertanya kepada Jibril as, "Mengapa ia dibakar?" Dijawab oleh Jibril as, "Allah mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. Allah lalu menghukumnya." "Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi. "Bukankah Allah menurunkan ayat kepadamu, bahawa Dia Maha Pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.

Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada Allah untuk malaikat itu. Dan Allah menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman. Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa Allah SWT telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad SAW.

KELEBIHAN SELAWAT

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim" (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.)

Kelahiran Rabiatul Adawiah - Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi SAW. Nabi SAW berkata, "Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada orang ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal."

Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi SAW kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana. "Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."

Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"

#Ustaz Iqbal Zain...

Copy and Paste : Whatsapp Group Haji 2/2017
6 April 2018 : 09.33 am

Monday, 2 April 2018

2018 - MSU COLLEGE KUALA TERENGGANU

Selesai Program di University College Bestari di Setiu, Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu untuk satu lagi program Pemeriksaan Kesihatan pada 2 April 2018.

Perjalanan dari University College Bestari di Setiu ke Kuala Terengganu adalah sejauh 59 km mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam. 

Di Kuala Terengganu kami menginap di Batu Burok Beach Resort yang terletak di Kg. Batu Burok Kuala Terengganu. Ini bukan kali pertama saya menginap di sini, rasanya dah hampir 4 kali...


Batu Burok Beach Resort
906, Jalan Pantai Batu Burok
Kampung Batu Burok
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-622 1410

Batu Burok Beach Resort merupakan sebuah penginapan tepi pantai yang strategik di Kuala Terengganu. Pada tahun 2018, ia menjadi tumpuan ramai pelancong kerana lokasinya yang sangat dekat dengan pusat bandar dan pelbagai gerai makanan tempatan. Ianya terletak sekitar 2.3 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. 

** Resort ini sekarang dikenali sebagai DSH Batu Burok Beach Resort






Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Pantai Batu Burok merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu. Nama Batu Burok ini merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul didalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar batu Burok. 
Di Pantai Batu Burok ini juga terdapat nilai sejarah kerana disinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui pada tahun 1964. Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. 
Gendang Gangsa merupakan sejenis artifak peninggalan masyarakat zaman Logam. 

 

  

Warong Pak Maidin yang terletak di sebelah Batu Burok Beach Resort ini dimiliki oleh bekas jaguh lompat jauh Negara, Kamaruddin Maidin, anak tempatan Terengganu yang pernah mewakili negara di Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2009. 

MSU COLLEGE KUALA TERENGGANU
2 APRIL 2018
Pada 2 April 2018 kami menjalankan program pemeriksaan Kesihatan di MSU College Kuala Terengganu (dulunya dikenali sebagai Kolej PTPL). MSU College Kuala Terengganu terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. 



 






Selesai program di MSU College Kuala Terengganu, sebelum pulang ke Hotel kami mengambil kesempatan untuk bersiar- siar di sekitar Kuala Terengganu. Antara yang kami kunjungi ialah Pasar Payang yang memang terkenal di sini. 




Telur Penyu antara yang dijual di Pasar Payang



Kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada 3 April 2018 setelah selesai 2 program di Terengganu pada 2018. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
2 April 2018 : 4 22 p.m