Showing posts with label AGAMA - SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label AGAMA - SEJARAH. Show all posts

Friday, 13 June 2025

APA ITU KOTAK TABUT SAKINAH?

Sumber: The Patriots Studios

Oleh: Muqri Nizam
Anda pernah dengar tak tentang Tabut Sakinah? Apa itu Tabut Sakinah? Tabut merupakan sebuah peninggalan lama bagi Bangsa Bani Israil. Peninggalan ini telah diletakkan di dalam sesebuah peti yang dikatakan bertatahkan emas dan mempunyai sayap dikiri dan kanannya. Di dalam kotak ini mengandungi tongkatnya Nabi Musa AS dan beberapa relik suci bagi kepercayaan Yahudi.
Bagi Orang Yahudi, kotak ini amat berharga buat mereka kerana bagi mereka jikalau relik ini mereka kuasai nescaya mereka amat yakin untuk memenangi sesebuah peperangan bagi memerangi musuh mereka. Mereka juga mengusung peti ini kemana sahaja demi menjaga kemuliaan peti ini daripada jatuh ke tangan musuh.
Pembuatan peti ini pula dikatakan telah mengikuti arahan Nabi Musa AS dengan bantuan tukang kayu yang mahir daripada Bani Israil pada ketika itu. Dengan peti ini, setiap kali ia diusung, ia akan diiringi dengan tiupan trompet bagi menandakan kemuliaan dan ketinggian peti tabut ini.
Peti ini kemudiannya dibawa oleh Nabi Yusya Bin Nun untuk menakluk Baitul Maqdis semula bersama Bani Israil untuk ke tanah Filistin. Dalam ketika ini juga, Allah SWT telah mengurniakan mukjizat buat nabi Yusya Bin Nun untuk menahan matahari daripada terbenam sehingga baginda bersama pasukan Bani Israil berjaya menundukkan musuh mereka.
Peti ini juga dikatakan pernah dirampas oleh Jalut dan akhirnya dimunculkan semula dengan Izin Allah di hadapan pemuka Bani Israil. Peti ini kemudiannya dibawa oleh Bani Israil untuk memerangi pasukan Jalut dibawah pimpinan Raja Talut.
Peti ini kemudiannya dibawa ke Al-Quds dan diletakkan di bawah jagaan Raja Raja Bani Israil sehinggalah zaman pemerintahan Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS. Usai itu, Kerajaan Bani Israil ini terpecah kepada dua iaitu Kingdom of Israel dan Kingdom of Judah. Dua kerajaan ini saling bermusuhan antara satu sama lain.
Muncul sebuah kuasa baru meranapkan kedua dua kerajaan ini iaitu Nebuchadnezzar II (605 BC – 562 BC). Nebuchadnezzar II telah merampas Tabut ini. Usai daripada serangan ini, lokasi sebenar Tabut ini masih tidak diketahui sehingga kini. Beberapa pendapat menyatakan bahawa ia telah dirampas oleh pasukan Babylon ini. Sesetengah pendapat yang lain menyatakan bahawa ia ada di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa dan pendapat yang lain ia telah dimusnahkan oleh pasukan Babylon sewaktu penaklukan mereka ke atas kerajaan Israil ini.
Sebenarnya sejarah Bani Israil ini telah dicatat berulang kali bahkan di dalam Al-Quran kisah mereka ini sering diulang ulang supaya menjadi pengajaran agar tidak diulangi oleh bangsa bangsa yang terkemudian. Nak tahu lebih lanjut tentang bangsa ini? Jom dapatkan buku Palestin: Dari Sungai ke Segara terbitan baharu The Patriots. Buku ini merupakan karya terbaru saudara Ayman Rashdan Wong yang menggalurkan konflik, kesan daripada geopolitik terhadap pengilhakan tanah Filistin ini kepada kestabilan rantau tersebut. Jadi, nak tahu lebih lanjut, jom dapatkan buku ini.

Copy and paste:
13 June 2025: 8.19 p.m

Tuesday, 18 March 2025

Musailamah Al-Kazzab: Penipu Terbesar dalam Sejarah Islam

Posted by : Patih Karma Wijaya
KISAH & SEJARAH

Di sebuah padang pasir yang luas, di tengah-tengah panas yang membakar dan debu yang berterbangan, berdiri seorang lelaki yang mengaku sebagai nabi. Lidahnya manis, kata-katanya penuh tipu daya, dan dia berani berdiri menentang kebenaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah ﷺ. Dia bukan sebarang lelaki, dia adalah Musailamah Al-Kazzabpendusta terbesar dalam sejarah Islam, lelaki yang berani mendakwa dirinya sebagai utusan Tuhan walaupun hakikatnya, dia hanyalah seorang yang dahagakan kuasa dan pengaruh.
Musailamah Al-Kazzab berasal dari Bani Hanifah, sebuah kabilah yang kuat di Yamamah, wilayah Najd (sekarang di Arab Saudi). Ketika Rasulullah ﷺ masih hidup, Musailamah awalnya berpura-pura menerima Islam dan menjadi sebahagian daripada umat Islam. Namun, hatinya penuh dengan muslihat. Dia melihat Islam sebagai peluang untuk meraih kuasa dan bukannya sebagai jalan menuju kebenaran. Pada suatu ketika, dia datang kepada Rasulullah ﷺ dan meminta agar diangkat sebagai pemimpin bersama dalam kerasulan. Rasulullah ﷺ menolaknya dengan tegas dan menggelarnya "Al-Kazzab" (Si Pendusta), satu gelaran yang melekat pada dirinya sehingga ke hari ini.
Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Musailamah melihat peluang untuk menegakkan pengaruhnya. Dia mula mengumpulkan pengikut dan mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, mendakwa bahawa dia juga menerima wahyu daripada Allah seperti Muhammad ﷺ. Namun, wahyu-wahyu rekaan Musailamah jauh berbeza daripada al-Quran. Ia penuh dengan kata-kata pelik dan tidak masuk akal, seperti ayat yang berbunyi tentang katak dan lintah – satu usaha terdesak untuk meniru mukjizat al-Quran yang agung. Namun, ada yang mempercayainya, terutama mereka yang mencari alasan untuk menolak kepimpinan Abu Bakar As-Siddiq selepas kewafatan Rasulullah ﷺ.
Musailamah bukan sekadar seorang pembohong, tetapi juga seorang ahli strategi yang licik. Dia tahu bahawa dakwaannya tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri, jadi dia mencari sokongan melalui perkahwinan politik. Dia mengahwini Sajah, seorang wanita dari puak Tamim yang juga mengaku sebagai nabi. Perkahwinan mereka bukan kerana cinta atau ketaatan kepada Tuhan, tetapi sebagai perjanjian politik untuk mengukuhkan kuasa masing-masing. Namun, walaupun perkahwinan ini pada awalnya memberi manfaat kepadanya, Sajah akhirnya meninggalkan Musailamah dan kembali kepada Islam.
Pengaruh Musailamah semakin meluas di kalangan Bani Hanifah dan sekitarnya. Dia memiliki tentera yang besar dan pengikut yang setia, menjadikannya ancaman utama kepada pemerintahan Islam di Madinah. Abu Bakar As-Siddiq, sebagai khalifah pertama, tidak membiarkan penipuan ini berterusan. Beliau mengisytiharkan jihad terhadap Musailamah dan menghantar tentera Muslimin yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid untuk menumpaskan gerakan sesat ini.
Perang Yamamah menjadi medan pertempuran paling berdarah dalam sejarah awal Islam. Tentera Muslimin menghadapi tentangan sengit daripada pengikut Musailamah, yang berperang habis-habisan untuk mempertahankan pemimpin palsu mereka. Peperangan ini menyaksikan ramai sahabat Nabi gugur sebagai syahid, termasuk lebih 700 huffaz (penghafal al-Quran), yang menjadi faktor utama dalam keputusan untuk menghimpunkan al-Quran dalam bentuk mushaf selepas perang.
Di medan perang yang berdebu dan berlumuran darah, Musailamah akhirnya bertemu ajalnya. Beliau dibunuh oleh Wahsyi bin Harb, seorang sahabat yang dahulunya pernah membunuh Sayyidina Hamzah dalam Perang Uhud sebelum memeluk Islam dan bertaubat. Dengan sekali lontaran lembing, Wahsyi menamatkan hayat Musailamah, si penipu yang berani menentang kebenaran. Kematian Musailamah menandakan berakhirnya salah satu pemberontakan terbesar terhadap Islam, dan Yamamah kembali di bawah kekuasaan Islam yang sebenar.
Kisah Musailamah Al-Kazzab bukan sekadar sejarah seorang lelaki yang menipu dan akhirnya dihancurkan, tetapi satu peringatan bahawa pembohongan tidak akan bertahan selamanya. Seberapa kuat pun muslihat dan tipu daya, akhirnya kebenaran akan menang. Sepanjang sejarah, ramai yang cuba meniru jejak Musailamah – muncul dengan ajaran sesat, mengaku mendapat wahyu, atau berpura-pura membawa kebenaran – tetapi akhirnya, kesemua mereka lenyap ditelan zaman.
MasyaAllah, atas ilmu dan akal yang diberi oleh Allah, kita dapat melihat bagaimana kebenaran dan kebatilan tidak akan pernah seiring. Sejarah ini mengajar kita untuk berhati-hati dengan mereka yang membawa ajaran yang menyimpang, yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi, dan yang cuba menyesatkan umat dengan kata-kata manis tetapi penuh dusta. Semoga kita semua dijauhkan daripada fitnah pembohong dan sentiasa berada di atas jalan yang benar, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat yang setia.
___
Copy and paste:
18/3/2025 @ 17 Ramadan 1446H: 9,29 p.m

Monday, 25 November 2024

Mengapa Mereka Takut Kepada Mendam Berahi?

SUMBER: FB SRIKANDI

Apabila kerajaan negeri Melaka bercadang membina semula replika kapal Mendam Berahi yang pernah menjadi kebanggaan zaman Kesultanan Melayu Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 sekitar Jun tahun lalu, nampaknya berita ini sangatlah mencemaskan saka penjajah semua.
Maka mereka bangkit mendakwa bahawa kapal Kesultanan Melaka yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah itu adalah sejenis 'anakronisme' yakni kesilapan menempat­kan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat dan lain-lain pada zaman yg sebenarnya.
Yakin ke Mendam Berahi itu fiksyen semata-mata disebabkan dakwaan ianya adalah 'anakronisme'?
Sebenarnya ia bukan isu anakronisme, tetapi isu kata pinjaman semata-mata dan 'trend' penulisan ketika itu.
Apakah 'ghali' dalam ayat "ghali kenaikan raja" itu (Hikayat Hang Tuah)? Ghali ini dikatakan adalah kata pinjaman dari kata 'galé' (Portugis) atau dalam bahasa Inggeris-nya, 'galley'. 'Galley/galé' pula ditakrifkan sebagai kapal yang bergantung terutamanya pada dayung, tetapi ada juga yang menggunakan layar apabila perlu dan kapal jenis ini biasanya dibina di sekitar Mediterranean.
Kononnya kapal jenis ini hanya diketahui oleh orang Melayu selepas kedatangan Portugis dan hanya muncul di perairan sini selepas tahun 1530-an. Adakah ini benar? Adakah orang Melayu hanya melihat jenis kapal yang didayung beramai-ramai hanya selepas kedatangan Portugis?
Realitinya tidak. Sebelum munculnya 'kapal yang didayung beramai-ramai versi Mediterranean', orang Melayu sudah ada versi sendiri bagi kapal jenis begitu... sebelum kedatangan orang Eropah. Sebelum itu, sebelum kedatangan Portugis, 'kapal yang didayung beramai-ramai versi Mediterranean' itu telah pun pernah dilihat di pelabuhan Melaka oleh orang-orang Melayu.
Ia dibawa oleh orang Arab, Parsi, Turki, Armenia dan sebagainya yang menggunakan kapal jenis itu. Tom Pires mencatatkan tentang para pedagang di pelabuhan Melaka:
"Moors from Cairo, Mecca, Aden, Abyssinians, men of Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, Christian Armenians, Gujaratees, men of Chaul, Dabhol, Goa, of the kingdom of Deccan, Malabars and Klings, merchants from Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siamese, men of Kedah, Malays, men of Pahang, Patani, Cambodia, Champa, Cochin China, Chinese, Lequeos, men of Brunei, Lufoes, men of Tamjompura, Laue, Banka, Linga (they have a thousand other islands), Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Java, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta, Menangkabau, Siak, Arqua (Arcatl), Aru, Bata, country of the Tomjano, Pase, Pedir, Maldives."
Apakah ada 'kapal yang didayung beramai-ramai' versi Melayu, sebelum kedatangan Portugis? Ya ada, orang Melayu telah lama menggunakan kapal yang didayung beramai-ramai. Yang paling terkenal adalah Lancaran. Di sana ada juga namanya Penjajap dan Kelulus. Ada jenis kapal lebih lama dari itu, Lancang juga pada awalnya menggunakan dayung untuk bergerak sebelum penggunaan layar.
Ini bermaksud 'kapal yang didayung beramai-ramai' bukanlah sejenis teknologi perkapalan yang khas dari Portugis dan terlampau canggih kepada orang Melayu yang sememangnya bangsa pelaut dan pedagang maritim.
Ada pendapat yang mengatakan Lancang berasal dari 'Lancha', sejenis perahu Portugis. Ini salah kerana Lancang telah pun disebut dalam Prasasti Sembiran A I (922 M):
Contohnya: pangrama mā 1 di hadiri, me yanāda taban karang ditu, parahu, lañcang jukung talaka, anak banwa katahwan di ya, kajadyan wrddhi kinwaña
Maksud: pajak desa 1 masaka setiap orang. Dan bila ada tawan karang (pajak penawan) di sana terhadap perahu, lancang, jukung, bila diketahui oleh penduduk desa maka hasil tawanannya dijadikan wrddhi (untuk kemakmuran penduduk)
Ada juga pendapat yang mengatakan 'Lancaran' berasal dari 'lançar' (Portugis) tetapi istilah Portugis itu berkaitan tombak (lance, juga serumpun) dan melontarnya.
Manakala 'lancaran' berasal dari maksud cepat, bergerak pantas atau laju. Pierre-Yves Manguin mencatatkan pada notakaki (Lancaran, Ghurab and Ghali: Mediterranean Impact on War Vessels in Early Modern Southeast Asia): See also the long etymological footnote on lanca, lancang and lancaran by Louis-Charles Damais (1957: 647, n. 3), where it is demonstrated that the last two terms cannot be of Portuguese origin, as often claimed, but that the contrary holds true. Only Malay lanca — attested only once in the Sejarah Melayu to refer to a Portuguese boat — may have originated in Portuguese lancha. As the term lancang is not attested in Old Javanese, Damais suggested that, because it appears in inscriptions of coastal north Bali, in a maritime-oriented context, lancang may well have entered Balinese via the Malay lingua franca. The phonetic closeness of the originally unconnected terms built upon Portuguese “lançar” (to launch), which probably gave birth to “lancha”, and upon Malay/Javanese lancar (swift), which gave birth to (la)lancaran and possibly lancang, is probably responsible for the contamination of the two series and the ensuing confusion.
Jadi penulis Hikayat Hang Tuah menulis tentang 'ghali kenaikan raja' itu merujuk kepada kapal 'flagship' Sultan Melaka yang cenderung seperti jenis 'lancaran bertiang tiga' yang sering disebut dalam Sulalatus Salatin menggambarkan sejenis Lancaran yang besar. Penggunaan kata 'ghali' tidaklah pelik untuk menggantikan 'Lancang/Lancaran' kerana kata-kata pinjaman Portugis telah menyerap ke perbendaharaan bahasa Melayu ketika naskhah itu ditulis.
Ini adalah seperti 'minggu' (dari dominggo; Portugis) padahal kita ada istilah 'sepekan' untuk menggambarkan tempoh seminggu. Penggunaan kata 'ghali' ini juga boleh dijangka penggunaannya seiring dengan merosotnya pembuatan kapal tempatan sekelas 'galley' itu dan popularnya pembuatan kapal bergaya 'galley' Mediterranean itu di perairan Selat Melaka ketika abad ke-17 ketika naskhah Melayu ini ditulis.
Sebagai maklumat selingan, Kesultanan Melaka juga membina kapal-kapalnya sendiri selain membelinya seperti catatan Tom Pires:
This king Madafarxa (Sultan Muzaffar Syah) had many wives, the daughters of neighbouring kings. They say that he was a better king than all those who had gone before. He greatly strengthened his ties with Siam and with Java and with the Chinese and Lequjos. He was a great man of justice; he devoted much care to the improvement of Malacca; he bought and built junks and sent them out with merchants, for which even today the old merchants of the said king's time praise him greatly, especially as a very just man.
Kesimpulannya, tidak salah pun siapa yang berpendapat bahawa kapal Mendam Berahi pernah wujud. Pendapat yang mengatakan terdapat isu anakronisme adalah disebabkan kekeliruan tentang trend dan gaya penulisan ketika itu serta sejarah pelayaran di Selat Melaka.
Cumanya, Srikandi berminat untuk melihat replika Mendam Berahi itu dibina (saka penjajah pasti sakit jantung terus). Barulah jadi tanda ingatan kepada kekayaan dan kegemilangan Kesultanan Melaka. Srikandi percaya ini akan meningkatkan lagi pendapatan negeri Melaka melalui pelancongan. Pelancong luar terutamanya dari Barat tak terliur sangat tengok Flor de la Mar tu, bersepah kat tempat mereka. Tapi kapal kenaikan raja 'The Venice of the East' itu.
Foto: HMetro dan Utusan
~Srikandi
For Justice in History
*dapatkan alter terahsia di sini: https://shope.ee/5V7PUbI6fy

Tuesday, 4 July 2023

MUTIARA ISLAM > Ada Apa Pada Sejarah?

By Zaki Sapuan Al-Hafiz : 8 Jun 2018
Posted by Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH

Apa perlunya kita mempelajari sejarah? Mengapa tidak kita lupakan saja?
Sejarah membantu kita faham bagaimana sesebuah tamadun itu bisa bangun atau jatuh.
Syed Naquib al-Attas mengungkapkan bahawa kelemahan ummat masakini ialah the loss of adab (kekurangan adab).
Jika secara teknikalnya pula, tamadun kota bermula apabila sesebuah komuniti mempunyai surplus (lebihan pengeluaran makanan) lalu membolehkan mereka mengusahakan peningkatan pada seni bina, sains, seni dan sebagainya.
Melihat secara material kelemahan ekonomi kita kini, kita boleh katakan bahawa kita ketinggalan dalam era perindustrian jika dibandingkan dengan barat. Ya, barat ada kelebihan dari colonialization apabila mereka dapat memonopoli sumber. Akan tetapi umat Islam ketika itu juga punya kelebihan iaitu Khilafah. Bukankah Khilafah juga memiliki sumber yang banyak merujuk kepada keluasan empire.
Boleh jadi kekurangan ketika itu yang sebenarnya ialah kekurangan ilmu kemahiran. Masalah inilah yang dijawab oleh Bediuzamn Said Nursi; “Kita terbelakang dari barat oleh kerana kita ketinggalan dari ilmu sains, oleh itu Sains dalam dunia Islam harus kita majukan”. Sains tidaklah pula antonim kepada agama.
Dialog antara Said Nursi dengan Kamal Attaturk merupakan suatu pertembungan idealism:
MUSTOFA KAMAL: Saya kagum terhadap ucapan Hodja. Kata-kata Hodja yang menyentuh kepentingan Sains dan Ilmu pengetahuan menarik perhatian saya.
SAID NURSI: Pasha, Minda merasa puas dengan Sains, manakala jiwa merasa puas dengan Agama. Apabila dua perkara ini menyatu, akan kita temui kebenaran. Kekuatan mental dan material sangat penting sekarang. Kerana kini Eropah menindas kita dengan kekuatan mereka pada Sains dan Industri. Sebab itulah harus kita melawan mereka melalui Sains dan Seni dengan memperbaiki diri kita dari masalah kejahilan, kemiskinan dan konflik dimana masalah-masalah ini ialah musuh kepada manifestasi penyatuan terhadap tuntutan Allah.
MUSTOFA KAMAL: Hodja, saya kagumi perjuangan, akhlak dan kejujuran kamu. Kita akan lakukan reformasi dan kami perlukan sokongan bantuan kamu. Misalnya kami akan mengubahsuai kebiasaan pada arak (dibolehkan minum arak) dan etika pemakaian (serban dan tudung dilarang pemakaiannya).
*merenung tajam pada Kamal.
SAID NURSI: Hak mahupun janji Allah tidak pernah berubah. Surahnya ialah kebahagiaan terbesar.
MUSTOFA KAMAL: Tuhan memberikan bumi ini kepada pengelolaan kita. Untuk kita berjalan di atasnya dengan keadilan dan makan makanan yang Allah berikan.
*bediuzzaman berdiri dan meninggikan suara.
SAID NURSI: Pasha! Pasha! Lakukanlah reformasi terhadap sains dan seni. Tapi ingat jangan ringankan hukum Quran!
MUSTOFA KAMAL: Kami sentiasa perlukan Hodja yang berani seperti kamu. Kami menjemput kamu ke sini untuk mendapat maslahah dari pemikiran tinggi kamu.
*Said Nursi membelakangi Kamal kemudian berjalan ke pintu keluar.
MUSTOFA KAMAL: Hodja! Hodja! Saya kagumi kamu sejak hari kamu berucap di Thessalonica. Jangan halang reformasi kami. Hiduplah bebas
*Said Nursi terus keluar pergi.
Mungkinkah Kamal Attaturk tidak mempelajari sejarah? Atau mempelajarinya tetapi gagal memahami?
Sejarah tradisi Islam berbeza dengan tradisi Barat. Kemajuan dalam Sains mengikut tamadun Islam bersendikan agama. Seruan Iqra’ dan semangat pencerahan dalam menyingkap rahsia sunnatullah sentiasa menyuluh abad keilmuan islam. Tidakkah Kamal mempelajari sejarah kemuncak agama dan sains abad Andalusia dan Abbasiah?
Bagi tradisi barat, memanglah agama dilihat sebagai hijab kepada Ilmu dan Sains. Saintis seperti Bruno dan Campanella diseksa oleh gereja apabila mempertahankan Copernicus dalam dakwaan matahari ialah center of the solar system. Meskipun gereja ketika itu menguasai 30% hak tanah di negara eropah dan menyumbang kepada penjagaan balu, anak yatim serta faqir miskin, pengabaian terhadap ilmu pengetahuan berserta sains telah merugikan umat barat ketika itu.
Memahami sejarah membantu kita mengenalpasti nilai apakah yang harus diangkat dan nilai apakah yang harus disisihkan menerusi pengalaman ketamadunan yang kita lalui.
Memahami sejarah dan tamadun ialah langkah pertama Ibnu Khaldun dalam menyusun prakata bagi ensiklopedia al-Ibar, dimana alMuqaddimah itu lebih popular dari ensiklopedia itu sendiri. Faktor yang menyebabkan ia begitu tekenal ialah kerana ia mendakwa bisa menjangka jatuh bangun sesebuah tamadun, sepertimana dalam sains kita boleh menjangka hipotesis melalui pembolehubah.
Dakwaan ini begitu radikal ketika itu kerana ia mengiyakan satu dakwaan bahawa tiada suatu tamadun pun yang akan selama-lamanya di atas. Melalui penawar yang didiskripsi oleh Ibn Khaldun, dapat kita membina Tamadun yang lebih baik, bercerminkan ibrah sejarah tamadun lampau.
Memahami sejarah membantu kita meramal masa hadapan (tanpa menafikan masa hadapan itu dalam tangan Allah). Dan bagaimana kita menjangka masa hadapan menunjukkan bagaimana keadaan masakini. Seperkara lagi tentang sejarah ialah kita sedang mencoraknya. Bahawa sejarah tidak semestinya dicorak oleh tokoh-tokoh besar tetapi kita juga punya signifikan nan tersendiri.
“The past is not really the past. We are living it today”.
Apa saja yang kita alami kini, adalah kesan peristiwa di masa lampau.
*Pasha ialah gelaran tuan biasanya bagi yang berjawatan tinggi. *Hodja ialah gelaran tuan yang biasanya merujuk kepada ilmuwan.
Sumber artikel : thepatriots
Copy and paste:
4 Julai 2023 > 15 Zulhijjah 1444H: 6.02 pm

Saturday, 10 June 2023

MEKAH TAK WUJUD MENURUT SEJARAWAN BARAT SEKULAR

Ilmu sejarah boleh digunakan untuk menjatuhkan atau menidakkan serta memperlekehkan sesuatu tamadun, tokoh malah agama sesuatu ummah dan bangsa. Caranya mudah yakni seseorang ahli sejarah terkemuka itu boleh menulis dalam bukunya atau makalah ilmiahnya bahawa tokoh itu diragui kewujudannya, atau sejarah itu diragui kesahihannya atau kota itu diragui kewujudannya kerana tiada bukti arkeologi atau bukti catatan sezaman dari bangsa lain atau bukti-bukti dari sumber primer.

Hal ini berlaku kepada kita umat Islam sendiri, kerana wujud sejarawan sekular barat yang mengaku sebagai pakar dalam sejarah Islam atau sejarah Asia Barat yang mengatakan bahawa Bandar Mekah itu tidak wujud. Menurut mereka seperti Tom Holland mengatakan bahawa gambaran tentang Mekah sebagai salah sebuah bandar yang berada di laluan perdagangan diantara Yaman dengan Syria adalah tidak benar dan sengaja dibuat-buat oleh sejarawan Islam. Malah beliau kata Mekah mungkin hanya sebuah kampung biasa sahaja yang tak ada aktiviti perdagangan atau pusat sembahan (zaman jahiliah) dan bukan sebuah kota penting pon di Semenanjung Tanah Arab pada zaman Rasulullah.

Alasan beliau berkata begini kerana kononnya tidak dijumpai catatan sezaman dari bangsa-bangsa lain tentang sebuah bandar yang bernama Mekah pada zaman jahiliah. Dan catatan tentang Mekah menurut beliau hanya bermula setelah zaman Islam. Dan beliau juga kata sebab tiada bukti arkeologi seperti bangunan, atau patung atau sebagainya yang fizikal bermakna bandar itu mungkin tidak wujud! Nampak tak kejahatan sejarah sekular dalam hal ini? Padahal kita tahu semua bukti fizikal boleh dimusnahkan malah memang telah dimusnahkan sedikit demi sedikit bermula dari zaman Rasulullah memusnahkan patung berhala di Kaabah sehinggalah zaman sekarang dimana kerajaan Arab Saudi meruntuhkan segala jenis bukti fizikal tentang Nabi Muhammad SAW dan keluarganya seperti rumah, tempat lahir, tempat sembahyang dan lain-lain tempat bersejarah milik Rasulullah kecuali Masjid dan Makamnya. Itu pon telah diubah suai dan dibina semula.

Pendek kata kalau nak cari bukti fizikal memang sukar. Lagipun siapa pula nak benarkan ahli arkeologi bukan Islam buat penggalian dekat TANAH HARAM atau dalam Masjid Nabawi? Memang takkan berlaku. Pendek kata kalau tak ada bukti arkeologi atau catatan sezaman belum tentu sesebuah tempat atau kota itu tidak wujud. Sama kes la dengan sejarah Melayu juga, kalau belum dijumpai lagi bukti fizikal jangan kata kerajaan seperti Chih Tu atau Pan-pan atau Pahang Kuno, Langkasuka dan sebagainya tidak wujud, nak pula ia memang dah ada catatan sezaman.

Lagipun sejarawan Islam dah cakap yang mungkin tiada catatan sezaman sebab tidak ada sejarawan dari bangsa asing ketika itu yang pernah sampai ke Mekah atau mereka sekadar terlepas pandang kerana kebanyakan pedagang luar pada zaman itu lebih suka menggunakan jalan laut dan pantai jika berdagang di Semenanjung Tanah Arab kerana mereka takut untuk menggunakan jalan perdagangan padang pasir yang hanya mahir dilalui oleh orang-orang Arab Badwi.

Selain itu sejarawan sekular juga menuduh sejarawan Islam dan pengumpul Hadith sebagai melebih-lebih dalam menggambarkan kepentingan Mekah pada zaman Rasulullah dengan tujuan untuk menaikkan prestij baginda SAW sebab tak mahu orang luar tengok baginda lahir dari kawasan yang tiada kepentingan atau mudah kata kampung atau pekan biasa di tengah padang pasir. Sejarawan barat juga kata yang sejarawan Islam berbuat begitu untuk menunjukkan yang Rasulullah lahir bebas dari pengaruh tamadun atau agama Yahudi dan Kristian. Jadi menurut mereka ia semata-mata untuk memberikan gambaran suci kepada baginda.

Nampak tak bahayanya jika kita percaya cakap sejarawan barat ini. Jika kita guna method sejarah yang sekular ini maka kita perlu meragui Hadith sahih yang menyebut tentang aktiviti perniagaan baginda di Mekah hingga ke Syria. Kita juga perlu meragui tentang wujudnya pasar-pasar di Mekah, dan meragui bahawa Mekah adalah sebuah pusat berkumpulnya kabilah Arab untuk menyembah 360 berhala setiap tahun pada zaman jahiliah, dan meragui bahawa Mekah itu wujud sebagai sebuah bandar. Ini semua asas kepada sejarah wujudnya Islam. Jadi menurut mereka jika asas atau foundationnya boleh diragui maka Agama Islam secara keseluruhannya akan dianggap sebagai agama yang kabur dan meragukan serta tidak berasas kukuh.

Bagi sejarawan sekular Al Quran hanyalah sebuah manuskrip Arab yang mencedok kisah-kisah tentang Nabi-nabi Bani Israel dan sebuah kitab undang-undang yang diambil dan disadur dari kitab orang Majusi, Yahudi dan Kristian. Manakala Hadith pula bagi mereka tak lebih daripada catatan lisan atau petitih penglipur lara Arab tentang seorang tokoh lagenda tempatan.

Malah kalau ikut sejarawan sekular, peristiwa seperti penerimaan wahyu pertama Rasulullah di Gua Hira' dan penampakan rupa sebenar malaikat Jibril, atau peristiwa baginda membelah bulan, peristiwa baginda naik Israq Mikraj, peristiwa baginda dibedah sebelum naik ke langit dan lain-lain peristiwa kemukjizatan dan keajaiban yang berlaku pada baginda akan dianggap sebagai fairy tales, dongeng, mitos atau penambah sedap rasa dalam cerita lisan orang Arab sahaja dan tak akan diambil serius sebagai sumber sejarah!

Atau mereka akan cuba untuk menjelaskan ia dengan pemikiran logik dalam setiap peristiwa tersebut. Contohnya peristiwa baginda mendapat wahyu pertama di Gua Hira' akan dikata berlaku kerana baginda telah terlalu lama bersuluk atau bermeditasi berseorangan dalam gua dan akibatnya baginda berhalusinasi. Atau peristiwa Israq dan Mikraj akan cuba dijelaskan oleh mereka sebagai salah satu peristiwa halusinasi juga akibat kesedihan melampau yang baginda hadapai setelah kematian Siti isteri baginda yang tercinta. Akhirnya baginda akan dituduh atau difitnah sebagai mengalami Midlife crisis, Depression atau Bipolar disorder yang menyebabkan baginda mendengar suara-suara atau berhalusinasi. Nauzubillah, saya beristighfar dari pemikiran-pemikiran huduh dan fitnah buruk begini kepada junjungan kita Rasulullah SAW. Sekarang anda nampak tak betapa jahatnya sekularisme ilmu sejarah.

Sekularisme sejarah inilah yang menjadi konflik dalam benak saya masa mula menuntut ilmu sejarah di Uni dahulu. Sebab di Universiti kami diajar ilmu sejarah dan method kajian sejarah yang sekular. Kalau ikutkan kami perlu meragui setiap manuskrip atau cerita lisan atau catatan sejarah yang kami terima. Dan ini termasuklah Al Quran dan Hadith. Jadi dalam ilmu dan method sejarah Hadith Sahih pon tak boleh diambil sebagai sumber primer sebab ia tetap sumber lisan dan dalam ilmu sejarah semua sumber lisan wajib diragui tak kiralah perawinya itu jujur atau zuhud ke tidak. Hal ini menyebabkan wujud golongan anti Hadith dalam masyarakat kita sebab bagi mereka sumber lisan turun-temurun dari manusia tak boleh dipercayai tak kiralah samaada ia dari Ulama mahupun para Sahabah. Ternyata cara ini bertentangan dengan Islam.

Jadi pendek kata disini ialah kita sebagai orang Islam perlu berhati-hati dengan sekularisme Ilmu sejarah dan ilmu-ilmu lain juga. Ia boleh mengundang bahaya kepada akidah jika kita tak bersedia dengan ilmu agama yang cukup. Al Quran dan Hadith adalah pegangan hidup kita sampai mati dan jangan sesekali meraguinya walau apa sebab sekalipun. Walau segenius mana pon anda pasti tidak akan dapat menulis sebuah kitab sehebat dan sebenar-benarnya seperti Al Quran. Dan walau setinggi mana pun anda belajar ilmu undang-undang, anda tak akan dapat gubal undang-undang yang paling sempurna dan paling berkesan sepertimana undang-undang yang Allah telah tetapkan dalam Al Quran untuk kita. Sekian.

~ASJ~

Copy and paste: 10 Jun 2023 > 22 Zulkaedah 1444H: 8.54 pm


Monday, 13 March 2023

Manna & Salwa, Makanan dari Langit untuk Bani Israil

By Zaki Sapuan Al-Hafiz
MUTIARA ISLAM : 11 February 2023
(Posted by Rozza Zainal > FB PERISTIWA N' SEJARAH
Katalah korang tersesat dalam hutan. Lapar-lapar pulak, ada orang bagi makan free. Apa korang ucap? Mesti la terima kasih kan.
Beza benor dengan Bani Israil. Diorang bukan order foodpanda tau. Allah turunkan Manna & Salwa istimewa dari langit! Dah la tak bagi 5 star, tu pun banyak complain?!
Nabi Muhammad pernah diturunkan satu ayat Quran yang buat ramai Rabbai Yahudi tercengang. Macam mana tahu pasal ni??
یَـٰبَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ ٱذۡكُرُوا۟ نِعۡمَتِیَ ٱلَّتِیۤ أَنۡعَمۡتُ عَلَیۡكُمۡ وَأَوۡفُوا۟ بِعَهۡدِیۤ أُوفِ بِعَهۡدِكُمۡ وَإِیَّـٰیَ فَٱرۡهَبُونِ﴿ ٤٠ ﴾
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
(Al-Baqarah, Ayat 40)
PERJANJIAN. Allah ungkit balik tentang perjanjian Bani Israil dalam Taurat yang telah Rabbai Yahudi sembunyikan. Patutnya, diorang mesti beriman dengan Nabi akhir zaman, yakni baginda Rasulullah. Diorang tak puas hati lahir Rasul dari bangsa Arab, bukan bangsa Yahudi. Ini menjadi sebab Rabbai menafikan kenabian Rasulullah. Dengan turunnya ayat di atas, terbongkarlah muslihat mereka selama ini.
Tafsir Tabari sebut, sampai 6 nikmat besar Allah bagi pada diorang:
Demi sebesar-besar nikmat iman, diutuskan ramai Rasul serta diturunkan kitab-kitab suci seperti Zabur, Taurat dan Injil. Kaum Yahudi tak dibiarkan merana, Allah selamatkan diorang daripada penindasan Firaun. Manjanya diorang, sampaikan bila berjalan merentasi padang pasir yang panas terik, diorang redup dinaungi awan. Bila lapar sewaktu sesat 40 hari, Allah turunkan Manna & Salwa dari langit. Tak cukup dengan itu, bila dahaga Nabi Musa ketuk batu dan keluarlah 12 pancuran mata air. Tu pun complain lebih.
Manna & Salwa ni apa? Special tau Allah turunkan dari langit.
Manna:
Ada yang kata Luban (Arabic Gum). Tabsir Ibn Katsir sebut Manna turun pada diorang macam salji, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Turun time subuh sampailah terbit matahari. Makan masa tu, mencukup untuk seharian. Ada yang kata likatnya macam madu dan kena campur dengan air, baru diminum. Pendapat lain kata Manna ni roti. Ada yang bandingkan dengan madu yang kita biasa makan, Manna 70 kali ganda lagi lazat. Macam manisan halawiyat. Bani Israil minta ni dengan Nabi Musa bila kelaparan.
Salwa:
Sejenis burung macam puyuh. Burung made in paradise, dari syurga kau! Saiznya besar sikit daripada burung biasa. Ada yang kata serupa burung merpati. Bani Israil minta nak makan daging dengan Nabi Musa, lantas bertiuplah angin kepada mereka sambil membawakan Salwa.
Bila dah dapat makan Manna & Salwa, diorang tanya lagi nak minum apa? Tu yang Nabi Musa ketuk batu dan memancarlah mata air segar sedia diminum.
Tapi perangai Yahudi, memang kuat complain.
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Surah Baqarah, Ayat 61)
Sumber artikel : thepatriots
 
Copy and paste:
13 March 2023 > 20 Syaaban 1444H: 12.49 pm

Saturday, 4 February 2023

CHEROKEE MUSLIM

CREDIT: SHEIKH YUSUF ESTES

Many people don't know this Islam was in North America before Christianity was.

My name is Mahir Abdal-Razzaaq El and I am a Cherokee Blackfoot American Indian who is Muslim. I am known as Eagle Sun Walker. I serve as a Pipe Carrier Warrior for the Northeastern Band of Cherokee Indians in New York City.
There are other Muslims in our group. For the most part, not many people are aware of the Native American contact with Islam that began over one thousand years ago by some of the early Muslim travelers who visited us. Some of these Muslim travelers ended up living among our people.
For most Muslims and non-Muslims of today, this type of information is unknown and has never been mentioned in any of the history books. There are many documents, treaties, legislation and resolutions that were passed between 1600s and 1800s that show that Muslims were in fact here and were very active in the comunities in which they lived. Treaties such as Peace and Friendship that was signed on the Delaware River in the year 1787 bear the signatures of Abdel-Khak and Muhammad Ibn Abdullah. This treaty details our continued right to exist as a community in the areas of commerce, maritime shipping, current form of government at that time which was in accordance with Islam. According to a federal court case from the Continental Congress, we help put the breath of life in to the newly framed constitution. All of the documents are presently in the National Archives as well as the Library of Congress.
If you have access to records in the state of South Carolina, read the Moors Sundry Act of 1790. In a future article, Inshallah, I will go in to more details about the various tribes, their languages; in which some are influenced by Arabic, Persian, Hebrew words. Almost all of the tribes vocabulary include the word Allah. The traditional dress code for Indian women includes the kimah and long dresses. For men, standard fare is turbans and long tops that come down to the knees. If you were to look at any of the old books on Cherokee clothing up until the time of 1832, you will see the men wearing turbans and the women wearing long head coverings. The last Cherokee chief who had a Muslim name was Ramadhan Ibn Wati of the Cherokees in 1866.

Copy and paste:
4 February 2023 : 4 Rejab 1444H: 1.45 pm






Tuesday, 27 September 2022

ANAK-ANAK NABI ADAM A.S

SUMBER: PROF.DR. SOLEHAH YAACOB

Anak-anak Nabi Adam a.s. kesemuanya dilahirkan kembar. Catatan maklumat tidak sependapat tentang jumlah generasi pertama anak-anak Nabi Adam a.s ini. Ada yang berpendapat Hawa bersalin 9 kali setiap kali bersalin melahirkan kembar empat. Ada pula yang berpendapat tujuh kali setiap kali bersalin melahirkan kembar empat. Ada yang berpendapat 12 kali bersalin dan setiap kali bersalin melahirkan kembar empat.

Saya dapati bahawa pendapat pertama lebih tepat iaitu anak-anak Nabi Adam a.s. adalah seramai 36 orang tidak termasuk Seth.

Catatan sejarah tidak menceritakan kisah anak-anak Nabi Adam as yang lain kecuali Habil dan kembarnya Liyouta atau Labuda, Qabil dan kembarnya Iqlima atau Ashouth dan Seth dan kembarnya Hazoura yang juga merupakan isterinya (Namun ada pendapat yang menyatakan Seth telah diahirkan berseorangan tanpa pasangan).

Anak-anak Nabi Adam a.s. berkahwin dengan adik beradik mereka sendiri kerana umat manusia belum berkembang biak pada ketika itu. Terdapat catatan sejarah menyebut bahawa Nabi Adam a.s. melarang Seth dan anak-anaknya berkahwin dengan anak-anak Qabil. Justeru Seth berkawin dengan kembarnya sendiri iatu Hazoura. Kenyataan ini memberi kefahaman kepada kita bahawa keturunan manusia (Homo Sapien) ini membiak melalui dua keturunan anak nabi Adam as iaitu dari keturunan Seth dan Hazoura yang mana dari keturunan ini maka terlahirlah nabi-nabi yang dilantik oleh Allah Azzawajalla.

Manakala anak cucu Qabil pula terdiri dari golongan yang kasar dan gasar namun ada juga anak cucu Nabi Idris berkahwin dengan keturunan Qabil ini seperti Nabi Nuh yang berkahwin dengan Amzarah yang merupakan anak kepada Bahwil/Barakil anak kepada Mahwil cucu kepada Khanukh dan Azbun yang merupakan satu-satunya keturunan Qabil. Selain dari Nabi Nuh as, Mathuselah anak kepada Enouch atau Nabi Idris as telah berkahwin dengan Araban merupakan anak perempuan kepada Izrail yang merupakan adik beradik Mahwil anak kepada Khanukh dan Azbun.

Catatan juga menyebut bahawa Nabi Idris as juga telah berkahwin dengan keturunan Qabil iaitu Adanah anak kepada Bahwil/Barakil. Begitu juga Lamech/Lamik ayah kepada Nabi Nuh as telah berkahwin dengan anak perempuan Batnush di mana Batnush adalah anak perempuan Bahwil/Barakil juga adik beradik Adanah. Kenan anak kepada Enos/Yanish telah berkahwin dengan Dinah anak kepada Bahwil/Barakil. Adapun anaknya Kenan iaitu Mahilalel telah berkahwin dengan Sam`an juga anak kepada Bahwil/Barakil. Manakala anak Mahilalel Jared/Yarid berkahwin dengan Barakna yang merupakan anak perempuan Darmasil adik beradik Bahwil/Barakil anak Mahwil. Setakat ini boleh dikatakan perkahwinan generasi ini berlaku sekitar anak Bahwil/Barakil kecuali Jared/Yarid yang telah berkahwin dengan anak Darmasil iaitu Barakna.

Seth a.s telah berkahwin dengan kembarnya Hazoura, yang telah dikuniakan beberapa orang anak tapi yang tertulis di dalam dokumentasi adalah Noam (Ni`mat) dan Enos(Yanis). Kemudian diikuti oleh Kenan an lain-lain sebelum sampai ke Nabi Idris a.s. Perkahwinan keturunan Seth a.s. kebanyakannya dengan kembar mereka atau sepupu dari keturunan Qabil. Ini termasuklah anak cucu Qabil dari Khanah dan Azbun dan anak-anak mereka seperti Izrail, Arad, Mahwil, Anush dan Moolisht. Walaupun terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Adam a.s melarang Seth a.s dan anak cucunya berkahwin dengan keturunan Qabil. Namun, sesudah kewafatan Nabi Adam a.s seruan InI tidak dituruti lagi.
Copy and paste: 27/9/2022 > 30 Safar 1444H: 7.45 am