SUBANG, SELANGOR
Subang ialah salah satu kawasan paling dinamik dan berkembang pesat di daerah Petaling, Selangor. Bersebelahan dengan Kelana Jaya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,terletak antara Subang Jaya dan Shah Alam.
Seminar "Tunnelling & Trenchless Technology" yang berlansung pada 6-8 Mac 2006 di Subang Sheraton Hotel & Towers, Subang Jaya, Selangor. Seminar dianjurkan oleh The Institution of Engineers, Malaysia dimana saya bekerja ketika itu.
Persidangan "International Conference on Concrete Engineering and Technology (CONCET 2006) yang berlansung di Subang Sheraton Hotel & Towers dari 9 hingga 11 Mei 2006 anjuran The institution of Engineers, Malaysia" (IEM).
Subang Sheraton Hotels & Towers kini dikenali sebagai Dorsett Grand Subang.
Makan tengahari di Restoran Windmill Subang Jaya pada 6 Mac 2006 sehari sebelum seminar teknologi terowong bermula di Hotel Subang Sheraton.
Terletak di Jalan SS 12/1B, Subang Jaya, berhadapan dengan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan hanya beberapa langkah sahaja dari hotel Subang Sheraton (kini Dorsett Grand Subang).
Foto Kenangan ketika "16th Southeast Asian Geotechnical Conference" SEAGC yang berlansung di Subang Sheraton Hotel & Towers dari 8 - 11 Mei 2007.
Majlis Makan Malam The Institution of Engineers, Malaysia yang ke-49 berlansung di Sheraton Subang Hotel & Towers (kini Dorsett Grand Subang) pada 19 April 2008.
Tetamu VVIP malam itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Kelihatan TPM berdiri disebelah Presiden IEM ketika iaitu Dato' Paduka Ir. Keizrul bin Abdullah.
Berhenti rehat di Hentian Rehat USJ di Lebuhraya ELITE semasa menghantar bank balik ke Kolej Komuniti Kuala Langat pada 12 April 2016.
Canai 15 Cafe, SS15/4 Subang Jaya
Urusan Tanah Pusaka di Majlis Bandaran Subang Jaya pada 14 Januari 2025.
BANDAR SUNWAY
Bandar Sunway terletak dalam negeri Selangor di dalam pentadbiran Daerah Petaling.Berdekatan dengan UEP Subang Jaya (USJ) dan Subang Jaya. Dibangunkan oleh Sunway City Group of Companies pada 1986.
Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) yang berlansung pada 16 April 2005 di Sunway Conventional Centre. Tetamu Kehormat malam itu ialah Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis (Allahyarham) yang ketika itu adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO 24) berlandung dari 29 November hingga 2 Disember 2006 di Sunway Lagoon Resort Hotel manakala Majlis Makan Malam Penutup (Farewell Dinner) pada 2 Disember 2006 berlansung di Sunway Pyramid Convention Centre.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
16 Jun 2026: 12.00 a.m
No comments:
Post a Comment