Sunday, 30 June 2024

TAMADUN CHAMPA

Oleh: Prof. Dr. Solehah Yaacob

Tamadun Champa berusia 1500 BC adalah catatan dalam sebuah peta terpencil yang mengisahkan tarikh-tarikh dan tempat-tempat tamadun dunia. Maka tamadun yang paling awal di Asia Tenggara adalah Tamadun Champa.
Berdasarkan beberapa kajian antaranya Professor Graham Thurgood dalam bukunya menyebut hakikatnya kewujudan Homo Sapiens di Asia Tenggara ini semenjak 22 ribu tahun Sebelum Masihi yang silam namun kesan-kesan yang dijumpai hanyalah bertarikh dalam lingkungan 10 ribu Sebelum Masihi. kesan-kesan banyak dijumpai di gua-gua di sekitar Kemboja, Selatan Thailand, Burma, Kelantan dan Kedah.
Mereka ini bertubuh kecil dikenali sebagai Hobihian. Mereka ini Homo Sapiens atau manusia atau dikenali sebagai 'modern man'. Gelaran Hobihian ini berdasarkan nama yang diambil seorang ahli arkeologi perancis yang telah menjumpai kesan relik-relik tersebut.
Bagaimana Champa menjadi Tamadun?
Champa atau Vietnam sekarang merupakan kawasan pantai yang mempunyai lautan terbuka, maka banyak kapal-kapal datang berlabuh di champa pada ketika itu sehingga ia menjadi pelabuhan yang paling sibuk pada ketika itu. Hubungan kerajaan Champa dengan Maharaja China amat rapat ini kerana beras Champa merupakan hasil bumi yang amat dikehendaki oleh Maharaja China ketika itu.
Maka tidak mustahil banyak kapal-kapal datang berlabuh di pelabuhan Champa ini termasuklah kapal-kapal orang Phonecian dari Palestin atau dari bumi Kan'an. Justeru penghijrahan Keturah ke bumi Kan'an melalui kapal-kapal besar ini ia berkaku sekitar 2000 BC. (perlu dingat 1500 BC itu Champa diiktiraf sebuah Tamadun oleh ahli sejarah, namun sebelum itu Champa sudah wujud dan terkenal)
Orang Champa pada awalnya berbangsa Melayu?
Ya, ini kerana banyak aksara-aksara yg masih berselerak ditulis dalam bahasa sanskrit merupakan sebutan dan makna dalam bahasa melayu. Namun kekalahan demi kekalahan dilalui oleh orang Melayu, maka mereka melarikan diri turun ke bawah iaitu ke Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Justeru kita dapati Jambi dan Palembang pusat kerajaan melayu Srivijaya.
Apakah sebelum Kerajaan Srivijaya?
Data ini tidak terdapat di tangan kita. Ia telah disembunyikan.
Namun kuasa Allah tidak sesiapa yg boleh halang, pada tahun 1927 sebuah artikel telah ditulis seorang orientalist telah disokong oleh 13 orang profesor yg dijadikan rujukkan dalam makalah tersebut, bahawa orang-orang Phonecion (Arab yg datang dari bumi Kan'an setelah berasimilasi dgn orang Kan'an) telah sampai ke Toba, Sumatera dan berhubung baik dengan orang batak sehingga telah mengajar orang-orang batak tulisan berbentuk rencong yg telah berubah 90 degree clockwise.
Hakikatnya orang2 Phonecion adalah bangsa yg pertama mencipta tulisan Latin. Di mana menjadi rujukkan kepada bahasa eropah dan anglo saxon.
- Prof. Dr. Solehah Yaacob -

Copy and Paste:
30 Jun 2024 > 23 Zulhijjah 1445H: 9.20 a.m

No comments: