Monday, 17 June 2024

2024 : SENDAYAN & LUBOK CHINA, N.SEMBILAN

Pada 17 Jun 2024 (10 Zuljijjah 1445H) saya, isteri, Kakak saya, Anak saudara perempuan dan Cik Timah (Adik ipar Kakak saya) bertolak menuju ke Kg. Semin, Lubok China, N.Sembilan untuk menghadiri majlis kesyukuran, Tahlil dan meraikan pasangan anak saudara saya Mohd Sufiyan bersama isternya. 

Kami singgah di Masjid Seri Sendayan untuk bersolat sunat Aidiladha. Kebetulan hari itu adalah hari Raya Aidiladha. 











Masjid Seri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan merupakan sebuah masjid tercantik di Malaysia. Dirasmikan pada20 September 2019, masjid ini mampu menampung 5000 jemaah pada satu-satu masa.Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain.

Selesai solat sunat Aidiladha di Masjid Sri Sendayan, kami meneruskan perjalanan ke Kg. Semin, Lubok China, N.Sembilan. Kami terus ke Tanah Perkuburan Kg. Semin untuk menziarahi pusara Abang Sulong kami Allahyarham Norajelan Bin Maamor yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 April 2024 yang lalu. 





Selesai bacaan Yasin dan doa, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pundok Omak Den yang dimiliki oleh adik Ipar kepada arwah abang Sulong Saya, iaitu Datuk Nasir. Kami hadir adalah adalah untuk majlis Kesyukuran dan juga meraikan Pernikahan anak sulong arwah Abang saya, iaitu anak saudara saya Mohd Sufiyan yang bertemu jodoh dengan gadis dari Jakarta, Indonesia. 













Selamat pengantin Baru Mohd Sufiyan dan Fara semoga berkekalan hingga ke Jannah, cuma rasa sedikit terkilan dan sedih ialah Arwah abang sulong kami tidak dapat bersama meraikan pernikahan anak lelakinya kerana telah pergi menyambut seruan Ilahi 2 bulan yang lepas. Semoga Allah mencucuri Rahmat atas roh Allahyarham Norajelan Maamor dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman... Aamiin.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
24 Jun 2024 > 18 Zulhijjah 1445H: 7.42 p.m




No comments: