Saturday, 18 May 2024

2024 - KG.SEMIN, LUBOK CHINA, N.SEMBILAN

Pada 18 Mei 2024 saya bersama isteri bersama Kakak dan Abang Ipar saya telah ke Kg.Semin, Lubok China, N.Sembilan untuk menziarahi pusara arwah Abang Sulong kami yang meninggal dunia pada 24 April 2024 yang lalu. 

Jarak Lubok China dari Kuala Lumpur adalah 111 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam 28 minit. 


Kami telah singgah untuk bersarapan pagi di Hentian Rehat Nilai, Negeri Sembilan. 





KG.SEMIN
LUBOK CHINA, N.S
Selesai sarapan kami meneruskan perjalanan ke Lubok China, Negeri Sembilan. Lubok China adalah sebuah daerah yang bersempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Oleh kerana itu terdapat Lubok China di Melaka dan Lubok China di Negeri Sembilan. 
Kg. Semin terletak disebelah Negeri Sembilan adalah kampung halaman Kakak Ipar saya (isteri arwah Abang Sulong saya) dan juga kampung asal isteri saya. 
Tiba di Kampung Semin kami terus ke pusara arwah Abang Sulong kami, Allahyarham Norajelan Bin Maamor yang telah kembali ke Rahmatullah pada 28 April 2024 yang lalu. 





Pusara Allahyarham Norajelan B Maamor (Abang Sulong saya)

Isteri saya turut membaca doa di pusara Bapa Saudaranya Allahyarham Abd Rahman bin Jali (adik kepada ibunya)

Selesai baca Yasin dan doa arwah kami singgah di rumah Ibu Kakak Ipar kami  yang terletak tidak jauh dari Tanah Perkuburan Kg.Semin. 








Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Seremban 2 untuk mengunjungi Kakak Ipar kami di sana. 



Oleh:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
24 June 2024: 17 Zulhijjah 1445H: 6.44 p.m






No comments: