Wednesday, 29 January 2020

TAZKIRAH... KEBAHAGIAN ORG MUKMIN DISYURGA

Credit to Ahmad Shukri
FB Veteran Angkatan Tentera Malaysia

Firman Allah yg bermaksud :
Wahai hamba2 Ku! Tidak ada ketakutan bagimu pada hari itu dan tidak pula kamu bersedih hati (Iaitu) org2 yg beriman kpd ayat2 Kami dan mereka berserah diri Masuklah kamu kedalam syurga, kamu dan pasanganmu akan digembirakan Kpd mereka diedarkan piring2 dan gelas2 dari emas dan dlm syurga itu terdapat apa yg diinginkan oleh hati dan segala yg sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal didalamnya Didalam syurga itu terdapat byk buah2an utkmu yg sebahagiannya kamu makan.
(Az Zukhruf ayat 68 ---73)


Drp Abu Hurairah ra bahawa ia berkata Rasulullah saw bersabda :
Allah swt telah berfirman ; Aku telah menyediakan utk para hamba2 Ku yg soleh kenikmatan yg tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pula terdengar oleh telinga dab tidak pernah terbesit didalam hati seorang manusia pun. Kalau engkau suka maka bacalah olehmu ayat alQuran ayat As Sajadah ayat 17 yg bermaksud :
Maka tidak ada seseorg pun mengetahui apa yg disembunyikan utk mereka iaitu (bermacam2 nikmat) yg menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan
(Muttafaq Alaih)

Ayat2 tentang pelbagai nikmat Allah dlm syurga byk dirakamkan dlm alQuran. Allah swt menjadikan syurga Firdaus sebagai tempat tinggal utk para hamba Nya yg beriman dan bertaqwa. Allah menjadikan syurga sebagai suatu yg tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah tersirat hati seorangpun. Namun begitu Allah swt telah menerangkan tentang syurga kpd manusia didalam Kitab Nya sehingga kita dpt melihatnya dgn mata hati yg sebenarnya. Allah swt telah memberikan kita berita gembira dgn apa yg telah dipersiapkan Nya utk kita melalui Rasul Nya dan ini merupakan benar2 berita gembira buat org2 yg beramal soleh.
Perumpamaan gambaran syurga ini ibarat barang dagang yg hanya diketahui melalui pembelinya, harga yg yg dikeluarkan utk mendapatkannya dan pihak yg mengiklankanya. Apabila pembelinya byk, harganya tinggi dan pengiklannya luar biasa maka jelaslah bahawa barangan tersebut pasti sgt berharga. Justeru ketahuilah bahawa barang dagangan Allah adalah mahal yakni syurga. Oleh kerana itu jual lah diri kita dgn barang dagangan Allah ini kerana akan datang satu hari kita tidak akan memperolehinya lagi kerana pada hari itu akan ditampakkan akan kesalahan2.

SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR. AMAT RUGI BAGI ORG2 YG TIDAK MAHU MEREBUT PELUANG YG DISEDIAKAN OLEH ALLAH SWT KPD KITA
RENUNG2KANLAH
Copy and paste:
29 January 2020: 11.51 pm

No comments: