Monday 17 December 2018

SIAPAKAH MEREKA?

SIAPAKAH MEREKA?
1. Ahlul Bayt 
Keluarga Rasulullah s.a.w. yang utama iaitu Fatimah Az-Zahra r.a (puteri Rasulullah s.a.w). , Ali bin Abi Talib r.a. (Menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w.) dan 2 cucu lelaki Rasulullah s.a.w iaitu Hassan dan Hussein yang juga digelar 'Ahlul Kisa'" (golongan yang mendapat selimut kenabian.

2. Aalul Bayt 
Kaum kerabat besar Rasulullah s.a.w. dari garis lelaki Bani Hasyim dan Bani Mutalib iaitu bapa saudara serta Ibu Saudara Rasulullah s.a.w seperti Hamzah bin Abdul Mutalib, Saffiyah, Ummul Hakim dsb. termasuk juga sepupu-sepupu Rasulullah s.a.w yang Islam .

3. Usratun Nabiy 
Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. (Ummahatul Mukminin) dan puteri-puteri baginda iaitu Zainab, Ummu Kalthum dan Ruqayyah (Fatimah termasuk dalam Ahlul Bayt).

4. Zuriyyatun Nabiy 
Sekelian keturunan Rasulullah s.a.w. yang muslim tidak kira daripada garis lelaki maupun perempuan.

5. 'Itratun an-Nabiy
Keturunan Rasulullah s.a.w dari garis lelaki.

6. Maula an-Nabiy
Pembantu, anak angkat dan bekas hamba Rasulullah s.a.w seperti Zaid bin Harithah, Anas bin Malik, Abdullah bin Mas'ud , Bilal bin Rabah dan Uqbah bin Amir al-Juhni r.a.

7.Golongan Hunafa'
Golongan yang hidup dan beriman dengan para nabi dan Rasul terdahulu (Sebelum Rasulullah s.a.w. diutus menjadi Nabi), mereka pernah bersemuka dengan Rasulullah s.a.w. secara lansung seperti Zaid bin mru bin Nufayl (pengikut ajaran sebenar Nabi Ibrahim a.s.) dan juga Waraqah bin Naufal (pengikut ajaran sebenar Nabi Isa a.s). Mereka meninggal dunia sebelum Rasulullah s.a.w menyebarkan dakwah Islam kepada umat manusia.

8. Golongan Mukhadramun
Mereka ini hidup dizaman Rasulullah s.a.w diutus menjadi Rasul dan beriman kepada Allah dan Rasulnya namun mereka tidak pernah bertemu dan berjumpa Rasulullah s.a.w. semasa hayat baginda. Terdapat 20 orang daripada golongan ini antaranya yang masyur ialah Uwais al-Qarni r.a. dan Raja Habsyah iaitu an-Najasyi (As-hamah bin Abjar r.a.). Kedua mereka ini diketahui keislaman mereka oleh Rasulullah s.a.w. sendiri melalui wahyu dan dimuliakan oleh baginda.

9. Golongan Munafiqun
Orang yang secara lisannya menyatakan keislaman mereka di hadapan Rasulullah s.a.w. tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk menghancurkan Islam dari dalam contoh Abdullah bin Ubay bin Salul.

10. Khulafa' al-Rasyidin
4 sahabat utama Rasulullah yang dipilih memimpin umat Islam selepas kewafatan baginda iaitu Abu Bakar as-Siddiq r.a. , Umar bin al-Khattab r.a., Uthman bin Affan r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a.

11. Al-Mubasysyirun bil Jannah - 10 sahabat Nabi s.a.w yang dijanjikan syurga.
12. Ahlul Badr al-Kubra - 313 orang yang terlibat dalam Peperangan Badar pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah (624M).
13. Ahlul Uhud - 700 orang yang menyertai Peperangan Uhud pada 6 Syawal tahun ketiga Hijrah (625M).
14. Muhajirin dan Ansar
Muhajirin ialah Para sahabat Rasulullah s.a.w yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan Ansar iaitu penduduk asal Madinah daripada kabilah Aus dan Khazraj).

15. Ahlul Bai'atur Ridwan - para sahabat Rasulullah s.a.w yang terlibat dalam Perjanjian Ridwan di Hudaibiyyah sebelum pembukaan kota Makkah .
16. As-Sabiqunnal Awwalun - 40 sahabat terawal memeluk Islam.
17. Tabi'in
Golongan ulama yang pernah bertemu dan belajar dengan para sahabat Rasulullah s.a.w., mereka tidak pernah melihat dan bertemu Rasulullah s.a.w sewaktu hayat baginda kerana mereka lahir selepas kewafatan baginda. Antara yang terkenal ialah Hassan al-Basri dan Imam Abu Hanifah.

18. Tabi'ut Tabi'in
Anak didik para Tabi'in yang meninggal dunia dalam keadaan muslim. Mereka tidak pernah bertemu dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. keranak mereka lahir selepas zaman para sahabat. Antara yang terkenal ialah Imam Malik bin Anas, Sufyan ath-Thauri dll.

19. Salafussoleh - generasi umat terdahulu yang soleh yang wajib kita kita ikuti selepas Al-Quran dan Hadith.
Rujukan Kitab Ibnu Hibban Tarikh as-Sihabah ruwiya anhum al-Akhbar.


17.12.2018: 9.23 pm

No comments: