Wednesday, 21 November 2018

SEGITIGA BERMUDA, ILLUMINATI DALAM HADIS


Illuminati adalah sebuah organisasi (secret society) penyembahan syaitan terbesar didunia yang dibiayai Rothschild.
Penubuhan Illuminati ini telah dinyatakan secara jelas oleh Rasulullah SAW dalam hadith ketika baginda bertanyakan tentang perkara ghaib yang dinampakkan Allah SWT kepada Ibn Sayyad.
Berikut adalah hadith yang dimaksudkan:
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;
Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mendengkur di balik selimut. 

Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu;
"Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. ''Saya juga melihat 'Arsy di atas air.."

Rasulullah SAW bertanya, "Apakah kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang."
(Perhatikan ayat ''Saya juga melihat 'Arsy di atas air..'')

Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." 

Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia."

(Perhatikan pada ayat "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut.)

Dalam ayat berikut Ibnu Sayyad memberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa dia ternampak sebuah singgahsana di atas air. Kenyataan Ibnu Sayyad itu kemudiannya dijawap pula oleh Baginda SAW dengan menyatakan bahawa singgahsana yang dikatakan oleh Ibnu Sayyad itu sebenarnya adalah ''singgahsana iblis diatas laut.''
Dalam menyentuh soal Illuminati, kita semua sedia maklum mengenai simbol-simbol organisasi tersebut. Dan pastinya kita mengenali logo Illuminati seperti didalam wang dollar Amerika.

SEGITIGA PIRAMID PADA LOGO ILLUMINATI
Kenyataan Baginda SAW yang menyebut singgahsana syaitan merujuk kepada organisasi Illuminati yang mana logonya jelas menunjukkan imej 'sebuah piramid dengan puncaknya bermata satu'. Piramid tersebut pula dikelilingi oleh lautan.
"Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan dalam riwayat lain di ataa air dan kemudian dia pun mengutus pasukannya. (HR. Muslim: 2813).
(Gambar) Logo Illuminati pada wang kertas dollar Amerika

Ibn Sayyad memiliki nama ahli Shafi, ada yang menyebutnya Abdullah bin Sayyad (Shayyad) atau Shaid.
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Ibnu Sayyad adalah satu 'perlambangan' sifat Dajjal yang ditunjukkan oleh Allah SWT.
Bagi melihat betapa dalamnya kebenaran hadith ini maka perlu untuk kita melihat kembali (secara ringkas) sejarah Ibnu Sayyad, Rothschild dan sedikit berkaitan Illuminati.

ROTHSCHILD, IBNU SAYYAD & ILLUMINATI
Rothschild adalah berasal dari keturunan Ibn Sayyad atau nama sebenarnya Saff atau Abdullah bin Said.

Beliau adalah penduduk Madinah berbangsa Yahudi ketika zaman Rasulullah SAW. 
Ibn Sayyad pernah hendak dipancung oleh Saidina Umar Al-Khattab kerana mengaku sebagai nabi di depan Rasulullah.

Ungkapan Rothschild itu mempunyai makna tersembunyi yang menunjukkan tanda hubungkaitnya dengan Dajjal. Ilmuwan islam percaya bahawa nama itu diberi sendiri oleh Dajjal kepada keturunan cucu-cicit Ibn Sayyad sebagai satu Kod Rahsia agen-agennya di masa depan.
(Kebanyakan ulama berpendapat bahawa keturunan Ibn Sayyad ini bersambung kepada keturunan Saud yg memerintah Arab Saudi sekarang ini)

MAKSUD ISTILAH ROTH
Rothschild adalah nama dalam bahasa Jerman dan terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu Roth dan Schild. Menurut kamus nama Jerman, Roth bermaksud rambut merah atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa Yahudi suku Ashkenazi yang mempunyai rambut merah.
Manakala dalam kepercayaan klasik Eropah, Roth adalah gelaran kepada kanak-kanak hasil sumbang mahram atau “anak sumbang mahram”.
Sepertimana yang kita ketahui, keturunan2 firaun hari ini masih mengamalkan cara hidup Firaun iaitu kahwin sesama adik beradik untuk mengekalkan pertalian darah dan kuasa memerintah dunia bagi menjayakan konspirasi agung Al Masih Ad Dajjal.
Maka jelaslah disini bahawa Roth itu bermaksud “anak sumbang mahram”.
*Firaun moden iaitu Queen Elizabeth Of England adalah ibu saudara kepada Bush dan Obama

MAKSUD ISTILAH SCHILD
Schild adalah ungkapan yang dalam kamus Jerman membawa maksud seseorang yang hebat yang tinggal di dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tanda-tanda ketokohan yang tiada tolak bandingnya. Jika diteliti pada bunyi ungkapan Schild, bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.
Dalam menterjemahkan teori ini, para ilmuwan islam mengambil hipotesis bahawa maksud nama Schild sebenarnya merujuk kepada Dajjal yang tinggal di dalam sebuah biara yang mana dirinya dijumpai oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan di dalam hadith riwayat Imam Muslim.

DAJJAL ADALAH ANAK SUMBANG MAHRAM
Rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.
Keluarga Dajjal berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
Kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.
Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

Info :

Berdasarkan ketetapan takrifan tersebut, para ilmuwan islam menyimpulkan nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud “Dajjal si anak haram yang berambut kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.”
Kajian lanjut tentang rahsia nama Rothschild berserta hadith-hadith boleh dilihat pada Bab 22 buku Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal. Ms 232 – 241.
Bukti hadith-hadith Rasulullah SAW telah memberi amaran tentang kewujudan Rothschild pada akhir zaman.

MISTERI KELUARGA ROTHSCHILD
Rothcshild adalah keluarga Yahudi yang paling misteri dalam dunia. Segala gerak-gerinya adalah bermotif meruntuhkan umat dunia khususnya umat Islam.
Revolusi Perancis, Revolusi Bolshevik Rusia, kejatuhan Amerika Syarikat, NAZI dan Holocaust, kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah, penubuhan negara haram Israel, semuanya mempunyai kaitan dengan keluarga elit Yahudi ini.
Penyiasat-penyiasat konspirasi Barat dan Muslim yang celik minda mereka sering mempersoalkan sebab mengapa keluarga elit Yahudi ini seringkali 'diketepikan' media arus perdana daripada menyiarkan berita-berita mengenai mereka di media. Seolah-olah, keluarga ini cuba untuk meletakkan mereka di posisi selamat dari tumpuan awam.
Rothschild adalah keluarga yang mengasaskan dan mengamalkan pemujaaan syaitan melalui organisasi Freemason dan Illuminati. Jika Rothschild adalah seteru/masalah utama penduduk dunia hari ini, adakah Islam tidak memberi amaran terlebih dahulu kepada umatnya melalui hadith-hadith Rasulullah SAW sepertimana amaran yang diberikan oleh Baginda berkaitan Dajjal dan Yajuj Majuj.? Jawapannya ya. Ada.

IBNU SAYYAD BAKAL MEMILIKI HARTA DAN ANAK YANG SANGAT BANYAK!
Hadith ini menjelaskan kepada kita beberapa perkara utama yang memungkinkan bahawa Rothschild adalah dari susur galur keturunan Ibnu Sayyad yang tinggal di Madinah.
Hadith berikut berbunyi:
Telah berkata Ibn Umar, "Aku pernah bertemu Ibn Sayyad dua kali. Aku bertemu dengannya kemudian aku bertanya kepada sebahagian sahabat, "Apakah kamu bercerita bahawa dia itu Dajjal?" Mereka berkata, "Tidak demi Allah." sebahagian dari kamu telah bercerita kepadaku bahawa dia (Ibn Sayyad) tidak akan mati sehinggalah ia menjadi orang paling banyak harta dan anaknya di antara kamu, demikian pula dugaanmu pada hari ini.

Dua fakta penting yang boleh kita lihat di dalam hadith diatas, pertama (1) Ibn Sayyad bakal memiliki banyak harta dan, keturunan yang banyak melebihi para sahabat. Menjelaskan hal demikian Rasulullah menggunakan kalimah ( أكتر ) bagi menerangkan ciri-ciri harta ( مال ) dan anak ( وَلَدًا ) yang membawa makna paling banyak. Dalam nahu Arab, aksara Isim Tafdil yang memberi makna terlebih banyak dari orang lain. Kalimah أكتر berasal dari kalimah madhi أكتر bermaksud 'banyak atau melebihi.
Dalam penggunaan kalimat أكتر bagi menerangkan kekayaan yang melampau dan anak-beranak yang sangat ramai boleh dikaitakan dengan situasi keluarga Rothschild kini. Teori ini sangat rasional, tambahan pula pada zaman ini hanya keturunan Rothschild mempunyai kemewahan harta yang melampaui batas kemampuan manusia.
Imam Nawawi menjelaskan dalam syarahnya bahawa hal demikian (kekayaan dan anak) telahpun diperkatakan oleh ramai para sahabat. Ini bermakna sebahagian besar para sahabat mengetahui bahawa Ibnu Sayyad sememangnya akan ditakdirkan memiliki kekayaan dan keturunan yang banyak.
Keduanya (2), berkenaan kekayaan luar biasa Rothschild. Selain mempunyai rumah-rumah agam yang besar di Eropah, kemewahan melampau Rothschild boleh dilihat melalui barangan dirumahnya.

Tidak cukup dengan itu, Rothschild juga menguasai bank-bank utama di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Dubai, Britain, Perancis, German, dan beberapa buah lagi di seluruh dunia.
Kekayaan sebenar keluarga Rothschild ini membuatkan seorang penulis - St Berbe cenderung untuk menggelar keluarga Rothschild sebagai The Money's Prophets.
Sabda Rasulullah SAW itu benar bila mana kita melihat kekayaan Rothschild sekarang yang tiada bandingnya sehingga mampu menguasai seluruh dunia dengan mencetuskan kemelesetan ekonomi, mencetuskan revolusi-revolusi dunia, perang-perang dunia, menubuhkan PBB, NATO dan sebagainya. Allahuakbar. Rasulullah SAW sangat benar dalam sabdanya!

SIAPAKAH 'MAKHLUK' DI BELAKANG KELUARGA ROTHSCHILD???
Mengapa seluruh keluarga Rothschild ini bertungkus-lumus mencetuskan masalah dunia? Bagaimanakah ia boleh mampu menyerap masuk ke semua negara dunia yang dipenuhi dengan pelbagai bangsa ,agama dan budaya?
Ia bukanlah percaturan Rothschild sendiri ,ia adalah hasil rancangan Dajjal yang berada di belakang keluarga ini.
Dajjal adalah manusia yang bertanggungjawab ke atas segla gerak-geri ahli-ahli keluarga Rothschild dan perkara ini cuba ditutup oleh ahli-ahli sejarah dengan tidak memasukkan nama Rothschild di dalam setiap krisis dunia.
Bagaimana keluarga kecil Yahudi ini bangkit dengan cepat, memiliki kekayaan yang melimpah ruah dan dalam masa yang sama memusnahkan negara-negara Islam serta membunuh jutaan umat Islam?
Manakala perkara yang lebih membingungkan para sejarawan ialah bagaimana Rothschild menyusun strategi ke seluruh dunia dalam masa yang singkat sedangkan pergerakannya terbatas ke beberapa negara Eropah sahaja?
Maka di sinilah kita mengesyaki ada 'orang belakang' yang membantunya dari segi penyebaran strategi dan orang belakang itu sudah pasti bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya. Bagi menjelaskan lagi maksud, adalah lebih baik kita memahami dahulu susur-galur keturunan Rothschild yang sentiasa bersifat kontroversi.
Istana Rothschild di London yang digelar Waddesden Manor. Rothschil memiliki istana-istana bersaiz luarbiasa di seluruh Eropah .Akhbar lebih cenderung mendedahkan istana raja-raja dan artis Hollywood tetapi tidak pernah pun menhebahkan kemewahan istana Rothschild,mengapa?
Ini kerana Rothschild adalah pengawal media.
Associated Press (Rothschild) adalah media yang paling berpengaruh didunia kerana syarikat ini memilih dan menentukan berita apa yang masyarakat dunia perlu ketahui.
Satu-satunya keluarga yang sentiasa dielakkan untuk diletakkan di dalam buku sejarah ialah keluarga Rothschild. Ini kerana, keluarga ini adalah keturunan yang bertanggung jawab ke atas semua masalah dunia sehingga ke hari ini .
Ringkasnya semua revolusi dan perang-perang yang berlaku di seluruh dunia 90 peratusnya berpunca dari percaturan ahli-ahli keluarga Rothschild.

Hadis riwayat Muslim (Hadis No.2946), Rasulullah SAW bersabda:
ما بين خلق آدم عليه السلام إلى قيام الساعة أمر أكبر من الدجال
Mafhumnya:
''DI ANTARA PENCIPTAAN ADAM DAN TERJADINYA KIAMAT, TIDAK ADA FITNAH (DUGAAN) YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA FITNAH DAJJAL".
Copy and paste: FB Info Akhir Zaman
21.11.2018: 12.08 pm

No comments: