Tuesday 20 November 2018

Ijtimak KL 2018 - Bayan zohor

05/11/2018 - Hj Man (syura Thailand)
Syukur pd Allah kerana Allah telah pilih kita jadi umat nabi s.a.w, nabi yg terakhir, yg termahsyur. Dari nabi adam a.s hingga nabi isa a.s, adalah umat ibadat.
Tapi kita umat muhammad s.a.w 
di beri 2 kerja, ibadat dan kerja dakwah. Dakwah mengajak manusia kpd Allah. inilah kelebihan umat akhir. Walaupun umat terdahulu siang hari puasa, mlm hari beribadat, tapi Allah tak pernah puji mereka. Kita yg dtg kemudian, umat terakhir, umur pendek, 60-70 thn, tapi Allah puji kita sebagai umat terbaik dan akan dimasukkan dahulu ke dlm syurga.

Nabi s.a.w adalah imamul ambiya dan saidul mursalin (ketua semua rasul2). Allah muliakan nabi s.a.w lebih dari nabi2 yg lain.
Dlm quran, nabi2 yg lain Allah panggil nama, adam, nuh, ibrahim, musa, isa, dsbnya. Tapi nabi s.a.w, sebagai penghormatan dan kemuliaan, sebanyak 217 kali, Allah tak panggil dgn nama muhammad. 500 kali nama nabi musa disebut, tapi dipanggil sebayai, ‘ya musa’. Nabi s.a.w dipanggil dgn ‘ya aiyuhan nabi’, ‘ya aiyuhan rasul’, ya aiyuhan muddassir’, ‘ya aiyuhan muzammil’, dan banyak lagi, inilah kemuliaan nabi s.a.w. Allah jadikan kita umat kpd nabi yg termulia. Allah tinggikan kita.
Ada 5 nisbah bagi umat ini yg diberitahu dlm quran utk bagitahu bahawa umat ini adalah mulia dan tinggi.
1. Allah adalah ‘robbunnas’. Rob bagi semua manusia. Bukan hanya utk org islam.
2. nabi s.a.w adalah ‘kaffatanlinnas’. Nabi s.a.w adalah utk seluruh umat. Bukan utk kaum tertentu.
3. baitillah adalah ‘wudialinnas’, utk seluruh manusia. Bukan hanya utk org hijaz
4. quran adalah ‘hudanlinnas’. Petunjuk utk seluruh manusia.
5. umat nabi s.a.w adalah ‘ukhrijatlinnas’. Dikeluarkan utk kebaikan seluruh manusia

Umat nabi s.a.w begitu mulia walaupun ummiyun, tak pandai baca, tak pandai tulis. Umat yg terakhir. Allah pilih utk buat usaha agama. Allah yg utus dan Allah sendiri yg ajar bagaimana nak buat usaha dakwah. Allah turunkan quran. hanya quran dpt sembuhkan kita dari penyakit kesesatan. Dlm quran banyak cerita dakwah sebab umat ini dihantar utk buat dakwah. Supaya umat ini belajar bagaimana sifat yg ada pd nabi2 utk buat dakwah.
Satu org hafiz quran boleh bagi syafaat 10 org dikeluarkan dari neraka. Satu org ulamak dari umat ini boleh bagi syafaat utk 70 org. Satu org haji yg mabrur boleh bagi syafaat utk 400 org/400 keluarga. Berapa ramai yg boleh dpt syafaat melalui mereka? sangat sedikit jika nak dibandingkan dgn penduduk dunia.
Allah telah jadikan umat ini umat dakwah. Walaupun tak boleh jadi hafiz, ulamak, tak dpt haji mabrur, tapi boleh buat dakwah. Setiap org boleh jadi da’i. Seorang da’i boleh bagi syafaat ribuan manusia, tiada had.
Setiap lapisan umat boleh buat dakwah, lelaki, wanita, kanak2, org alim, org hafiz, org buta, org bisu. Bila buat dakwah, iman jadi kuat. Bila iman kuat, mudah utk buat amalan2 lain.
Bila keluar di jln Allah, Allah islah fikir, akan dpt fikir nabi s.a.w. apa fikir nabi s.a.w?
1. fikir agama yg sempurna dtg dlm kehidupan
2. fikir umat seluruh alam
3. fikir akhirat, umat dpt selamat dari azab

Bila keluar di jln Allah, Allah akan islah iman. Iman kita turun naik mengikut usaha yg kita buat. Bila buat dakwah iman meningkat.
Bila keluar di jln Allah, Allah akan islah amal. Solat boleh cegah fahsyak dan mungkar. Usaha atas amal sehingga dpt bantu kita di dunia dan akhirat. Dgn iman boleh tunaikan perintah Allah tapi dgn taqwa baru boleh tinggalkan larangan Allah. dgn taqwa baru boleh tinggalkan perkara yg haram.

Bila keluar di jln Allah, Allah akan tarbiyah. Tarbiyah melalui 12 usul dakwah. 
8 perkara ijtimai. tarbiyah dari amer, bayan hidayat, bayan wafsi.
Bila keluar di jln Allah, Allah akan bagi hidayat. Siapa yg Allah bagi hidayat, maka tiada sesiapa yg boleh sesatkan dia. Allah bagi hidayat dgn sebab dakwah. Allah janji. Siapa yg bermujahadah di jln Allah, pasti dan pasti akan dpt hidayat.

Apa itu hidayah?
nur dlm hati. Tahu mana bidaah, mana dolalah, mana syirik, mana kufur, mana amalan yahudi, mana amalan nasrani, mana amalan sunnah. Bila ada nur hidayat, baru akan duduk di jln mustaqim. Jln mustaqim ialah jln yg Allah beri nikmat, siapa? Nabi2, siddiqin, syuhada, solihin. Allah akan betulkan kita bila keluar di jln Allah.

Nabi kata, inilah jln aku, jln dakwah, ajak manusia kpd Allah. dakwah dgn yakin. Nabi buat dakwah dan yg ikut nabi juga kena buat dakwah. Bila buat dakwah, Allah akan buang syirik drp hati. Ini jaminan dari Allah. kalau tak buat dakwah, syirik tak akan keluar dari hati kita.
Islam tersebar dgn dakwah. Allah tanya, adakah lagi perkataan yg lebih baik drp perkataan yg mengajak manusia kpd Allah. sudah tentu tidak ada. Hasil drp dakwah utk hidupkan kembali amal2 soleh. Kerja dakwah ini nak bentuk kita jadi org soleh.

5 tanda org soleh;
1. jaga solat jemaah 5 waktu
2. jaga solat sunat isyrak, dhuha, awwabin, witir, tahajjud
3. jaga tilawah quran setiap hri
4. jaga tasbihat zikir pagi dan ptg
5. jaga akhlak. Hasanah, karimah, azimah

Semua org islam adalah sama. Kerja org islam adalah buat dakwah. Ibadat bukan kerja. ibadat memang kena buat. Dgn kerja dakwah, agama hidup. Jika tinggalkan dakwah, agama mati.
Kita kena berani iklan pd semua org di dunia, wahai yahudi, wahai nasrani, wahai majusi, wahai org2 kafir, aku tak akan pakai sebagaimana kamu pakai, aku tak akan makan sebagaimana kamu makan, aku tak akan tidur sebagaimana kamu tidur, aku tak akan kahwin sebagaimana kamu kahwin, bila kita berani kata? Bila iman kita kuat. Iman kuat bila buat dakwah. Barulah kita boleh buang cara hidup org lain.
Kita yg rugi bila tak buat dakwah. Dgn dakwah ilmu akan bertambah. Sifat malu bertambah. Sifat lemah lembut bertambah.
Bila umat bagi kepentingan pd dunia, maka Allah cabut kehebatan islam. Bila umat tinggal amal makruf nahi mungkar, Allah cabut keberkatan wahyu. Bila umat mencaci satu sama lain, maka Allah tak pandang lagi dia. Doa tak diterima.
Niat utk buat dakwah ke seluruh alam. semoga Allah qabul. Aamiin.

kredit:group whtspp usaha atas iman dan amal
Copy and paste: FB Info Akhir Zaman
19.11.2018: 1.19 am

No comments: