Sunday, 25 February 2018

KEMBARA TURKI 25 FEBRUARI 2018

25 FEBRUARI 2018 (BOLU - ISTANBUL)

Sambungan:

KEMBARA TURKI 24 FEBRUARI 2018 (CAPPADOCIA - ANKARA - BOLU)


Perjalanan dari Bolu ke Istanbul sejauh 292 km mengambil masa perjalanan 4 jam 24 minit



Selepas sarapan rombongan meneruskan perjalanan ke Istanbul, Turkey yang mengambil masa 4 jam lebih.

ISTANBUL, TURKEY
Istanbul sebelum ini dikenali sebagai Constantinople atau Byzantium adalah bandaraya yang terbesar di Turki. Istanbul menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus merangkumi pelabuhan Golden Horn. 
Istanbul mengikut sejarah pernah menjadi ibu kota bagi 3 buah Empayar yang berbeza iaitu:
1. Empayar Rom (330-395)
2. Empayar Rom Timur (395 - 1453)
3. Empayar Turki Uthmaniyyah (1453 - 1923)

Selepas kejatuhan Constantinople kepada Tentera Turki Uthmaniyyah dibawah Sultan Muhammad Al Fateh pada 1453M, kota Constantinople telah ditukar nama kepada Islambol sehinggalah Mustaffa Kamal Atartukr menukar namanya kepada Istanbul sekarang. 












BOSPHORUS
Bosphorus juga dikenali sebagai Selat Istanbul yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah dan bahagian Asia. 
Terdapat 2 jambatan yang menyeberangi Selat Bosphorus iaitu Jambatan Bosporus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet. 
Di Selat Bosphorus inilah ketika Sultan Muhammad Al Fateh menakluk Constantinople (Sekarang Istanbul), tentera Turki Uthmaniyyah telah mencatat sejarah dengan menarik 72 kapal perang ke atas bukit bagi melepasi Rantai Besi yang dipasang merentasi Golden Horn. 
Inilah yang digambarkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w 800 tahun sebelum penaklukan Constatinople bahawa Constantinople akan ditakluk oleh Islam dimana Rajanya adalah sebaik Raja dan Tenteranya sebaik tentera... dialah Sultan Muhammad Al Fateh yang dimaksudkan oleh baginda itu bersama Tentera Turki Uthmaniyyah yang dulu memang amat digeruni oleh Tentera Salib. 

HAGIA SOPHIA (AYASOFIA)
Terletak di Fatih/Istanbul, Turki asalnya dibina pada tahun 347 oleh Maharaja Kontatinus. Ia asalnya juga adalah merupakan sebuah gereja besar kerajaan Byzantium. 
Selepas Sultan Muhammad Al-Fateh (Penakluk Konstaninople) pada tahun 1453, beliau telah menukar gereja ini menjadi sebuah masjid. Bangunan ini tidak dimusnahkan, namun beliau telah menutup segala lukisan dan patung-patung dengan plaster simen. 
Selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924, Mustapha Kamal Ataturk telah menukar Negara Turki menjadi sebuah republik. Masjid Hagia Sophia telah ditutup dan dijadikan sebuah muzium. 







  



GRAND BAZAAR
Grand Bazaar di Turki adalah sebuah pasar teduh yang terbesar dan tertua di dunia. Dibuka pada tahun 1461, terkenal dengan pelbagai barangan seperti tembikar, rempah, permaidani dan sebagainya. 










HOTEL PENGINAPAN






Golden Way Hotel Giyimkent
Oruç Reis Mahallesi Vadi Caddesi Giyimkent Sitesi Katlı İş Merkezi No:274, Esenler İstanbul Türkiye, 34235, Turkey

Tel: +90 212 438 68 88

No comments: