Saturday, 14 February 2015

2015 : DEWAN PERHIMPUNAN TIONG HUA, KUALA TERENGGANU

Tempat: Dewan Perhimpunan Tiong Hua, Kuala Terengganu
Tarikh: 14 Februari 2015

Pada 13 Februari 2015, saya dan team Awareness dari Yayasan Jantung Malaysia membuat perjalananan dari pejabat kami di Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu mengambil masa 4 jam 51 minit sejauh 447 km. Kami terus menuju ke hotel penginapan kami iaitu di Batu Burok Beach Resort di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu. 

Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu adalah tempat untuk beriadah bersama keluarga. Di Pantai ini jugalah dimana Gengang Gangsa atau Gengang Dong Son ditemui pada tahun 1964.  Penemuan ini membuktikan bahawa Pantai Batu Buruk telah didiami sejak zaman Mesolitiik. 












Batu Buruk Beach Resort terletak di sepanjang pantai terkenal Kuala Terengganu, merupakan hab yang menawan untuk pelancong, menawarkan percutian tepi laut yang tenang. Mempunyai kemudahan dengan kolam renang luaran, tempat letak kenderaan persendirian percuma, taman dan restoran.Terletak lebih kurang 7.6 km dari Muzium Negeri Terengganu dan 8.3 km dari Masjid Kristal, resort ini menyediakan kawasan pantai persendirian.

PEMERIKSAAN KESIHATAN JANTUNG 
Pada 14 Februari 2015 bertempat di Dewan Perhimpunan Tiong Hua, Kuala Terengganu, Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama Lion Heart of Terengganu telah menganjurkan pemeriksaan Kesihatan Penyakit Jantung untuk orang ramai. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk berhampiran. 

No comments: