Sunday 24 November 2013

2013 - AEON MALL SERI MANJUNG PERAK

LOKASI: AEON MALL SERI MANJUNG SHOPPING CENTRE, SERI MANJUNG, PERAK
TARIKH : 22 - 24 NOVEMBER 2013

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Manjung Perak

Yayasan Jantung Malaysia meneruskan program Minggu Jantung 2013 , kali ini di Pusat Membeli Belah AEON Seri Manjung, Bandar Seri Manjung, Perak dengan kerjasama dari AEON Seri Manjung Shopping Centre dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. 

Seramai 203 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang 3 hari program ini berlansung. 



UJIAN SARINGAN KESIHATAN

Kaunter Pendaftaran

Pameran Poster



Bantuan Tenaga Kerja Jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung,Sitiawan, Perak


Ujian Kolesterol dan Glukosa


 Mengisi butir-butir diri yang diperlukan untuk Rekod
Mengukur Ketinggian sebelum menjalani ujian Kesihatan

BERTEMU BEKAS ANGGOTA TLDM

Alhamdullillah sepanjang 5 hari berada di Seri Manjung saya telah berkesempatan bertemu dengan beberapa orang bekas anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia yang kini menetap di sekitar Seri Manjung, Perak. Walaupun ada diantara mereka yang saya tidak kenal semasa dalam perkhidmatan dulu kerana berlainan cawangan, namun semangat setia kawan tetap ada kerana kami pernah menyarung uniform yang sama suatu ketika dulu. 

Bersama Sahir Karim, bekas anggota TLDM
(**Sahir Karim telah kembali Ke Rahmatullah kerana Penyakit Kanser beberapa tahun selepas ini...saya tidak ingat tahun nya)

Bertemu dengan Bekas Anggota TLDM (Laskar dan Laskarwati)


SEPANJANG PERJALANAN



Seri Iskandar adalah sebuah bandar baru yang terletak di daerah Perak Tengah, lebih kurang 40 km dari bandar Ipoh. Bandar yang berhampiran adalah Tronoh dan Bota. Mengambil sempena nama Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari 1918 hingga 1938. 
Di sinilah terletaknya Universiti Teknologi Petronas yang mula beroperasi pada tahun 2003. 
 
Stesen Komunikasi Tentera Laut DiRaja Malaysia, Parit

BANDAR SERI MANJUNG
Daerah Manjung sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Di zaman era Penjajahan British, daerah Manjung ketika itu hanya meliputi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor. 
Pada tahun 1973, daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama itu kekal sehingga kini. 
Pusat Pentadbiran Daerah Manjung terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada tahun 1980'an. 
Daerah Manjung kini meliputi beberapa kawasan bandar iaitu Sitiawan, Lumut, Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir, Pulau Pangkor dan Beruas. Daerah Manjung kini dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.
Majlis Daerah Manjung telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seri Manjung sejauh 241 km (3 jam 18 Minit perjalanan)





Sepanjang Program dijalankan di AEON Seri Manjung, kami menetap di Hotel Lead View (sekarang Sfera Hotel) di Jalan Dato Yu Neh Huat, Taman Samudera, Seri Manjung. Ia terletak lebih kurang 3.6 km ke AEON Seri Manjung. 


(Latest Update: Hotel ini telah ditukar nama kepada Hotel Sfera)

Hotel Sfera
2479, Taman Samudera
Jalan Dato' Yu Neh Huat
32040 Seri Manjung
Perak
Tel: 05-688 1000
Fax: 05-688 5000





Gambar ini saya ambil dari tingkap bilik hotel saya. 

SITIAWAN / LUMUT

Bandar Sitiawan dan Lumut adalah pekan yang memang tidak asing bagi saya yang pernah berkhidmat dengan TLDM. Kali pertama menjejakkan kaki ke bandar ini ialah pada tahun 1980 dan saya adalah antara kumpulan pertama TLDM yang dilatih di Pengkalan TLDM Lumut, Perak yang sebelum itu berpengkalan di Woodlands dan Sembawang di Singapura. 
33 tahun telah berlalu...  dari sebuah pekan yang kecil ketika mula menjejakkan kaki di sini , kini telah muncul Bandar Seri Manjung yang semakin pesat membangun. 

Aku beruntung kerana aku adalah antara beberapa insan yang dapat melihat pembangunan pesat sekitar Bandar Lumut, Sitiawan dan Seri Manjung.





Nama Bandar Sitiawan makin tenggelam semenjak munculnya Bandar Baru Seri Manjung. Sebelum itu Sitiawan adalah bandar utama di daerah Lumut. 
Mungkin ramai yang tidak tahu bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924. 

Chin Peng.jpg
Ong Boon Hua @ Chin Peng


Mesyuarat Penyelaras Program di AEON Sri Manjung
Sebelum berlansungnya program Heartweek di AEON Seri Manjung, saya dan En. Mohd Salehuddin (Program Manager) telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program di AEON Seri Manjung pada bulan September 2013. 
Gambar kenangan ketika di Seri manjung :

 Bertemu sahabat lama, ex Navy Mohd Noor Ishak yang berniaga Kedai Makanan di Seri Manjung. Beliau pernah satu kapal dengan saya di KD Lekir, Lumut Perak sekitar tahun 1990'an. 

** Catatan terkini : Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun selepas ini, saya tak ingat tahunnya...ini adalah pertemuan terakhir saya dengan beliau...


Kenangan bersama arwah LK KMR Mohd Noor ketika di KD Lekir tahun 1989 di Lumut, Perak












Pekan Lumut meninggalkan banyak kenangan pahit manis bagi ku kerana di sini bermulanya kehidupan ku sebagai seorang anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia dari tahun 1980 - 1996. 
Aku bersama pengambilan 139/80 adalah merupakan pengambilan pertama Perajurit muda yang dilatih di Lumut, Perak dimana sebelum ini anggota TLDM dilatih di Sembawang, Singapura.
Jauh berbeza bandar Lumut pada tahun 1980 dengan sekarang... banyak pembangunan pesat di Lumut...ketika aku mula menjejakkan kaki pada tahun 1980, ianya hanyalah sebuah pekan kecil sahaja... 


No comments: