Friday, 15 November 2013

10 PERKARA SIA-SIA

Sufyan al-Tsauri seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada 10 hal yang termasuk dalam kategori sia-sia iaitu:
  1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum Muslimin. 
  2. Orang yang kaya membaca Al Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. 
  3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid. 
  4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka. 
  5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah. 
  6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama tetapi dia tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan. 
  7. Dua orang laki-laki yang bersabahat, tetapi mereka tidak saling bertanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarga. 
  8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu. 
  9. Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih kerana kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. 
(Majalah NUR - April 2004)

Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
15.11.2013 : 11.53 pm

No comments: