Lokasi : SJK (Cina) Chong Hwa II, Kluang, Johor
Tarikh: 9 June 2012

ZENXIN ORGANIC PARK
Tarikh: 9 June 2012
Jarak dari Kuala Lumpur ke Kluang : 268 km
KEMPEN GO RED FOR WOMEN
Kempen “Go Red for Women” adalah kempen yang dijalankan di peringkat
antarabangsa khusus untuk mencegah, diagnosis dan mengawal penyakit kardiovaskular
di kalangan wanita. Kempen ini turut dianjurkan oleh pihak YJM memandangkan
setiap tahun lebih 8.6 juta wanita diseluruh dunia meninggal dunia akibat
penyakit jantung dan strok. Jumlah ini melebihi jumlah wanita yang mati akibat
kanser, batuk kering, HIV/AIDS dan malaria.
Kempen ini juga bertujuan meningkatkan pengetahuan para wanita mengenai
penyakit jantung dan strok supaya mereka boleh berusaha untuk mencegah serangan
penyakit jantung dan strok.
SJK (CINA) CHONG HWA II, KLUANG , JOHOR
Kempen "Go Red for Women" telah dijalankan di S.J.K (Cina) Chong Hwa II di Daerah Kluang , Johor dengan Kerjasama Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kluang Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada 9 June 2012. Seramai 94 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang hari kempen dijalankan.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa 2 90, Jalan Lambak 86000, Kluang Johor, Malaysia Telefon = 6077712831 Fax = 6077764496
Kempen ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Hjh Fatimah bt Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Turut hadir ialah Puan Hjh Ainon bt Kuntom, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia yang juga adalah Pengarah Kempen "Go Red for Women".
Puan Hjh Ainon menyambut ketibaan Dr.Hjh Fatimah bagi merasmikan kempen "Go Red for Women" peringkat Daerah Kluang, Johor.
Puan Hjh Ainon bt Kuntom selaku Pengarah Kempen "Go Red for Women" sedang memberikan ucapan
Ucapan dan Perasmian oleh Y.Bhg. Dr.Hjh Fatimah bt Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Sebahagian dari hadirin
Antara gerai Jualan yang terletak di luar dewan.

BANDAR KLUANG
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 300,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandaraya ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru & bandaraya kedua terbesar Johor, Batu Pahat. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T
Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Pada tahun 1920, dengan mempunyai 5 000 orang penduduk, Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Mulai tahun 1932, Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang. Dalam tahun 1957, Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Lima tahun kemudian pada tahun 1962, 5 buah Majlis Tempatan telah di tubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampung Paya, Majlis Tempatan Kampung Gajah, Majlis Tempatan Sri Lalang, Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh.
Semasa Program ini kami menginap di Chinatown Hotel yang terletak berhadapan dengan Dewan.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM "GO RED FOR WOMEN"
Mesyuarat penyelarasan kempen telah diadakan pada 10 Mei 2012 di Pejabat Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kluang di Bangunan Persekutuan, Kluang,Johor.
ZENXIN ORGANIC PARK
Salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Kluang ialah Zenxin Organic Park iaitu sebuah Taman Organik yang pertama dibuka kepada orang ramai. Aku pernah mengunjungi Ladang seluas 100 ekar ini pada 1 November 2008 semasa Lawatan Sambil Kerja The Institution of Engineers, Malaysia.
Plot 47A & 47B, Batu 9,
Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, Johor.
Tel: +60 (7) 7595196, 019-7738985
Fax: +60 (7) 7595193
Email: zenxinorganicpark@gmail.com
Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, Johor.
Tel: +60 (7) 7595196, 019-7738985
Fax: +60 (7) 7595193
Email: zenxinorganicpark@gmail.com
Opens daily from 9.00am to 6.30pm
Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
19.10.2013 : 10.33 am
Update : 22/12/2017 : 5.17 pm
Update : 22/12/2017 : 5.17 pm






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
-tile.jpg)
-tile.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)









No comments:
Post a Comment