Sunday 17 June 2012

Alam Persekolahan

SRJK (INGGERIS) GOMBAK 2, KUALA LUMPUR 
(1968-1973)
Darjah 4A1, SRJK (Inggeris) Gombak 2, KL
 

SEK. MEN. TINGGI (INGGERIS) SETAPAK
KUALA LUMPUR (1974-1978)


Aku lost contact dengan kawan-kawan semasa di Tingkatan 3... cuma yang terbaru aku dengar ialah sahabat yang berada di sebelah kiri aku tu dah bergelar Dato' dan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia... Nama dia Syeikh Mohsen bin Syed Hassan... syabas dan tahniah...


Memulakan alam persekolah pada tahun 1968.. sekolah pertama aku adalah SRK Jalan Temerloh Kuala Lumpur... namun disebabkan sekolah itu terlalu jauh dari tempat kediaman kami sekeluarga yang ketika itu tinggal di Gombak , KL... keluarga aku telah memohon pertukaran dan aku meneruskan persekolahan di SRJK (Inggeris) Gombak 2, KL dari darjah 1 hingga darjah 6. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Menengah di Sek. Men. Tinggi (Inggeris) Setapak, KL dari Tingkat 1 hingga Tingkatan 5.....

BERTEMU KEMBALI RAKAN-RAKAN SEKOLAH
Antara saat yang paling gembira dalam hidup ini adalah dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan zaman persekolahan Rendah dan Menengah. 
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang dapat saya abadikan setelah hampir berpuluh tahun tidak bertemu. 












Inilah saat manis yang tidak dapat aku lupakan... in sya Allah jika diizinkan Allah suatu masa nanti kami akan adakan pertemuan atau gathering bersama-sama rakan-rakan sekolah.

No comments: