Sunday, 20 August 2023

Sheikh Daud al Fathani, ulama dan pemimpin jihad melawan Siam


Kredit : Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH

admin Julai 31, 2022

Kejatuhan Pattani ke tangan Siam dan syahidnya Sultan Mohamad Pattani (1776 -1786M) pada 1786M telah membawa petaka kepada bumi ulama yang menjadi “Cermin Mekah” ini. Sebelum ini, Siam telah telah melancarkan berpuluh kali serangan ke atas Pattani sejak 1603M, tetapi mereka gagal. Sejak Pattani menjadi taklukan Siam, negeri ini tidak lagi mempunyai raja yang berdaulat, bahkan tempoh antara 1786M hingga 1842M, raja-raja Pattani dilantik mengikut kehendak Siam.
Raja-raja Pattani seperti Tengku Lamidin (1786-1791M), Datu Pengkalan (1791-1808M), Nai Kwan Sai (1808-1815M), Nai Phai (1815-1816M), Tuan Sulong (1816-1832M) dan Nik Yusof (1832-1842M) adalah “raja-raja patung” yang tidak berdaulat.
Jika mereka membantah atau melawan Siam seperti Tengku Lamidin dan Datu Pengkalan, mereka akan dipecat dan dibunuh oleh Siam. Bahkan, ekoran pemberontakan Datu Pangkalan pada 1808M, Siam telah melantik orang Cina-Siam, Nai Kwan Sai dan Nai Phai sebagai raja di negeri Melayu.
Peranan Pattani sebagai kerajaan dan pusat perdagangan terbesar di Teluk Siam telah hancur dengan penaklukan Siam ini. Lebih teruk lagi apabila para ulamak tidak lagi dapat berfungsi dalam pentadbiran kerajaan dan juga pendidikan di pondok-pondok dengan berkesan. Kerana itu, ulama mendukung pemberontakan Tengku Lamidin pada 1891M dan Datu Pengkalan pada 1808M. Kesan dari itu, pada 1816M Siam telah memecahkan Pattani kepada dua. Pertama, tujuh wilayah utara dipecahkan dari Pattani dan diletakkan di bawah Ligor bermula dari Tiba (Thepa) hingga ke Singgora (Songkhla). Kedua, tujuh wilayah di selatan pula dipecahkan menjadi tujuh negeri iaitu Pattani, Nongcik, Teluban, Jalor, Jering, Reman dan Legeh dengan raja masing-masing tetapi di bawah kawalan Raja Jering berbangsa Cina-Siam, Nai Phai.
Dalam keadaan orang Melayu lemah kerana negeri mereka dipecah-pecahkan oleh Siam dan setiap negeri mempunyai raja sendiri, para ulamak berusaha membangkitkan semula semangat orang Melayu untuk menentang Siam. Di antara ulamak yang terkehadapan ialah Sheikh Wan Mustafa yang pernah menjadi Wazirah al-Harbi (Menteri Pertahanan) Pattani dari kalangan ulama kerajaan. Beliau selalunya dikenali sebagai Hulubalang Wan Pa. Manakala di kalangan ulama rakyat pula, tokoh utama ialah Sheikh Daud al-Fathani. Ulamak-ulamak lain juga tidak kurang yang terlibat walaupun pergerakan politik mereka sangat terhad kerana dikawal oleh Siam. Kerana sekatan-sekatan politik ini, sudah ada ulama Pattani yang mula berundur ke Kelantan dan Seberang Prai yang tidak dikuasai oleh Siam.
Dalam suasana tegang ini, Raja-raja terpaksa mengikut kehendak Siam dan tidak dapat bergerak bebas secara bersendiri. Pada ketika inilah, Mufti Kedah, Sheikh Abdul Qadir al-Mahdani mengutuskan surat kepada ulama Mekah memaklumkan keadaan negeri Kedah dan Pattani yang terjajah oleh Siam.
Beberapa ulama termasuk Sheikh Daud al-Fathani telah menyertai Sheikh Abdul Samad al-Falembani telah balik ke Tanah Melayu untuk memimpin gerakan ke atas penjajah Siam. Hasilnya, satu gerakan telah dilancarkan dari Kedah untuk menyerang Siam pada 1831M dengan dipimpin oleh Tunku Kudin.
Melihat gerakan Tunku Kudin ini, Siam telah mengarahkan Nai Phai, Raja Jering untuk mengumpulkan orang Melayu Pattani bagi membantu Siam. Raja-raja Melayu, para ulamak dan rakyat jelata dari lima negeri iaitu Pattani, Yala, Nongcik, Jering dan Teluban telah dipaksa bergerak ke Singgora dengan dipimpin oleh Nai Phai. Ketika sampai di Tiba, ulama-ulama telah mempengaruhi raja-raja Melayu supaya belot dan menyokong Tunku Kudin. Mereka telah bergabung dengan Kedah di Chenok dan menyerang Singgora pada 1832M. Antara tokoh utama yang memimpin pergerakan ulamak ini ialah Sheikh Daud al-Fathani, pengarang kitab Munyatul Musolli yang terkenal itu.
Nama Sheikh Daud al-Fathani tidak asing bagi orang Melayu kerana beliau dianggap ulama terbesar yang pernah lahir di Alam Melayu ini. Sheikh Daud mempunyai pertalian darah dengan pendakwah terkemuka, Syed Hussein Jamadil Kubra melalui jalur ayah dan ibunya. Ibu beliau adalah cicit kepada Tok Kaya Ratna Diraja Patani (Wan Yusof), manakala ayahnya adalah cicit kepada Tok Kaya Pandak (Wan Ismail). Sedangkan, kedua-dua pembesar Patani ini – Tok Kaya Pandak dan Tok Kaya Ratna di Raja – adalah adik-beradik, anak kepada Perdana Menteri Patani, Datuk Maharajalela Faqih Ali yang selalu disebut sebagai Andik Ali atau Nakhoda Wangkang itu. Sedangkan Datuk Faqih Ali sendiri adalah anak kepada Raja Jambu, Nik Mustafa yang terkenal sebagai Sultan Abdul Hamid (Po Rome), Raja Champa.
Sheikh Daud dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisik pada sekitar 1740M dan belajar di Pondok Pauh Bok beberapa tahun bersama Sheikh Abdul Samad al-Falembani yang jauh lebih tua daripadanya.
Setelah itu, beliau belajar di Tanah Rencong, Aceh Darussalam selama dua tahun. Kemudian beliau terus ke Mekah dan Madinah untuk belajar selama lebih 30 tahun. Guru terbesarnya ialah Sheikh Mohamad Abdul Karim as-Saman yang terkenal. Setelah tamat belajar, beliau pulang ke Pattani beberapa ketika, kemudian kembali ke Mekah dan menjadi guru di sana. Selain mengajar, aktiviti utama beliau ialah menulis kitab dan menjadi sheikh haji. Wan Mohd Saghir menyenaraikan hampir 60 karya yang dihasilkannya, sedangkan Ismail Che Daud mengatakan jumlahnya melebihi 130 buah.
Di sebalik kegiatan akademik yang begitu hebat, Sheikh Daud terlibat juga dengan politik Pattani. Beliau begitu terkesan dengan kejatuhan Pattani pada 1786M dan mula menyuarakan pandangan politiknya lewat kitab-kitab yang ditulisnya. Antaranya Tuhfatul Raghibin I (1233H), Tuhfatul Raghibin II (1234H), Jam’ul Fawaaid (1239H) dan Munyatul Musolli (1242H), selain Furu’ul Masa’il (1254-1357H). Melalui Munyatul Musolli yang ditulis pada 1242H (1827M), beliau menyebut tentang isu kepemimpinan dalam Islam, satu sindiran terhadap raja-raja patung yang dilantik sejak 1786M yang menjadi punca kelemahan umat.
Menurut Wan Mohd Saghir juga, ketiga-tiga kitab yang disebut di atas membahaskan panjang lebar tentang masalah penjajahan bangsa kafir ke atas umat Islam. Hal yang sama juga disebut di dalam fatwa-fatwanya yang tercantum di dalam Furu’ul Masa’il. “Tulisan Sheikh Daud Abdullah al-Fathani yang panjang mengenai jihad beliau tulis dalam dua buah karyanya, Jam’ul Fawaid dan Tuhfatul Raghibin,” kata Wan Mohd Saghir.
Ketika beliau ditanya tentang hukum jihad, di dalam Furu’ul Masa’il beliau mengatakan hukumnya fardhu ain jika orang kafir menceroboh negeri Islam, erti setiap individu Islam di negeri tersebut dan sekitarnya wajib berjihad. Jika tiada kesanggupan pun, ia tetap wajib juga sehingga negeri itu kembali ke tangan Islam. Jika ada orang Islam yang ditawan oleh kafir, wajib orang Islam menolak pencerobohan ke atas para muslimat. Membebaskan orang Islam adalah kewajiban dan membebaskan negeri Islam yang dirampas oleh kafir juga kewajipan. Fatwa yang serupa juga disebut oleh Sheikh Daud dalam Jawahirus Saniyah (1252H).
Di dalam Bughyatut Tulab pula, Sheikh Daud menjelaskan:
“Dan setengah daripada perang sabil bagi (ke atas) kuffar yakni wajib Imam (raja atau pemimpin) itu pergi kepada negeri mereka itu (untuk berperang), maka iaitu fardhu kifayah dengan ijmak…Tetapi jika ia (tentera kuffar) datang kepada negeri Islam, maka jadilah ia fardhu ain atas tiap-tiap orang (berjihad menentang mereka).” Demikian itulah tegasnya pandangan Sheikh Daud terhadap suasana politik negeri Patani ketika ini".
Di samping fatwa-fatwa jihad tersebut, Sheikh Daud telah menerima panggilan jihad daripada Mufti Kedah, Sheikh Abdul Qadir al-Mahdani ekoran pergolakan politik terbaru setelah jatuhnya Kedah ke tangan Siam pada 1821M. Beliau bersama beberapa ulamak telah kembali ke Patani pada 1829M dan terlibat dalam perperangan yang telah disebutkan di atas di Singgora pada 1832M. Beberapa ulamak seperti Tunku Muhammad Saat, Sheikh Abdul Samad al-Falembani, Sheikh Nik Abdul Wahab, Sheikh Mas’ud al-Banjari dan lain-lain telah syahid.
Kekalahan tentera Patani dan Kedah pada 1832M telah memaksa Sheikh Daud bersama sejumlah ulamak berundur. Bukan ke Pattani, tetapi keluar dari wilayah yang dikuasai oleh Siam. Raja-raja Patani seperti Tuan Sulong (Pattani), Tuan Nik Dah (Legeh), Tuan Kundur (Jalor) dan Tuan Kecik (Nongcik) telah diburu oleh Siam. Tuan Kecik dan Tuan Nik Dah berundur ke hulu, di mana Tuan Kecik mangkat dalam pelarian ini, manakala Tuan Nik Dah terpaksa menyamar menjadi orang awam dan keturunannya telah melucutkan gelaran diraja. Tuan Sulong dan Tuan Kundur yang berundur ke Kelantan terpaksa diserahkan kepada Siam setelah Kelantan diugut untuk diserang juga.
Turut diserahkan ialah sejumlah panglima perang seperti Panglima Damit, Panglima Mahmud, Panglima Pik dan Panglima Ahmad. Sebahagian yang lain terpaksa bersembunyi dan manyamar di Kelantan dan Terengganu, termasuk keluarga Hulubalang Sheikh Abdul Wahab (cucunya, Tuan Konok adalah ulamak terkenal di Kelantan). Sheikh Daud sendiri bersama ahli keluarganya berundur ke Terengganu bersama Tok Sheikh Duyung, Tuan Hassan Besut, Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan lain-lain. Selain Kelantan dan Terengganu, banyak juga yang berhijrah ke Kedah, Perlis, Seberang Perai dan Perak.
Dari Terengganu, Sheikh Daud kembali ke Mekah. Di Tanah Suci itu, beliau mengembleng tenaga untuk melahirkan ulama-ulama Melayu bagi meneruskan perjuangan ke atas penjajah sehingga lahir generasi baru ulama yang berjiwa politik. Mereka bergabung pula dengan ulamak Indonesia seperti Sheikh Ahmad Khatib Minangkabau dan ulamak India, Maulana Rahmatullah Khan untuk membina kesedaran jihad ke atas penjajah pada generasi selepas Sheikh Daud. Sheikh Daud sendiri terus kembali ke Mekah. Di Tanah Suci itu, beliau mengembleng tenaga untuk melahirkan ulama-ulama Melayu bagi meneruskan perjuangan ke atas penjajah sehingga lahir generasi baru ulamak yang berjiwa politik. Mereka bergabung pula dengan ulama Indonesia seperti Sheikh Ahmad Khatib Minangkabau dan ulamak India, Maulana Rahmatullah Khan untuk membina kesedaran jihad ke atas penjajah pada generasi selepas Sheikh Daud. Sheikh Daud sendiri terus memperkatakan tentang kewajipan jihad melalui karya-karyanya selepas perang seperti Jawahirus Saniah, Bughyatut Tulab dan Furu’ul Masa’il. Sheikh Daud wafat di Taif pada 1847M dan dikebumikan di sana.
Nota : Jika mahu ke Selatan Thailand jika sekadar mahu melancong tanda ada kesedaran jihad, itu sesuatu yang sangat mengaibkan dan kehinaan. Ketahuilah sesungguhnya Pattani adalah adik bongsu Tanah Melayu yang dirampas dan masih dijajah kaum kafir.

Copy and paste:
20 Ogos 2023 > 4 Safar 1445H: 9.18 pm





Dipaksa masuk Kristian, Datu Lapu Lapu bangkit menentang Sepanyol

Kredit: Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH

admin Oktober 30, 2022
Seorang tokoh pahlawan Mindanao yang ulung dalam penentangannya terhadap penjajahan kafir Kristian Katolik Sepanyol pada awal abad ke-16.
Pada bulan Mac tahun 1521 masihi, seangkatan tiga buah kapal perang Sepanyol tiba di Cebu. Pasukan soldadu-soldadu kafir Katolik Sepanyol ini disambut dengan gembiranya oleh pemerintah Cebu, iaitu Datu Humabon @ Hamubon. Mengikut sumber Sepanyol, Humabon dan beratus-ratus penduduknya telah berjaya di Kristian kan. Humabon juga bersetuju menerima ketuanan Kristian Katolik Sepanyol.
Wizurai Ferdinand Magellan kemudian memaksa dengan jalan kekerasan kepada semua datu-datu ( Ketua ) yang berkuasa di pulau-pulau Mindanao yang berhampiran untuk di Kristian kan. Datu-datu ini juga diminta menerima Humabon sebagai datu tertinggi mereka. Tindakan kafir Kristian Katolik Sepanyol ini berjaya apabila sebahagian datu di Cebu dan pulau-pulau berhampiran bersama masyarakat Islam yang lain terpaksa menuruti kehendak Sepanyol. Mereka berbuat demikian kerana takut dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup oleh soldadu-soldadu Kristian Katolik Sepanyol yang sebelum itu telahpun membakar berpuluh-puluh penduduk muslim yang tidak berdosa yang tidak mahu dikristiankan.
Bagaimanapun, seorang datu di Pulau Mactan, yang berhadapan dengan Pulau Cebu tidak mahu tunduk dan melawan paksaan kafir Katolik Sepanyol. Pulau Mactan mempunyai dua orang datu yang sentiasa berhubungan iaitu Datu Zula dan Datu Lapu-Lapu.
Ferdinand Magellan mengambil keputusan dendamnya untuk menyerang Lapu-Lapu. Si wizurai kafir Katolik Sepanyol ini bukan sahaja mahu membunuh Datu Lapu-Lapu kerana berani menentang Sepanyol, tetapi mahu menjadikan serangannya itu sebagai titik noktah penghapusan Syiar Islam dibumi Mindanao. Ferdinand Magellan juga menolak bantuan Humabon yang telah murtad itu namun mengajaknya menyaksikan soldadu-soldadu Sepanyol bagi mengalahkan askar-askar Datu Lapu-Lapu itu nanti.
Pada pagi 26 April 1521, Ferdinand Magellan bersama-sama 890 orang soldadunya berlepas ke Pulau Mactan. Si murtad Humabon dan pengikutnya yang lain ikut serta. Setelah Datu Lapu-Lapu menolak paksaan terakhir Sepanyol untuk dikristiankan, Ferdinand Magellan bersama-sama 740 orang soldadu Sepanyol dengan 4 buah kapal perangnya mendarat.
Mengikut laporan Sepanyol, pada suatu pagi air laut sedang surut menyebabkan kapal perang Sepanyol terpaksa berlabuh jauh di tengah laut. Datu Lapu-Lapu membahagikan laskar-laskarnya kepada tiga pasukan yang menyerang dari arah kiri, kanan dan hadapan musuh kafir Katolik Sepanyol, sebaik sahaja Ferdinand Magellan dan soldadu-soldadunya sampai ke pantai. Setiap pasukan Datu Lapu-Lapu hanya terdiri daripada 260 orang Islam. Oleh kerana serangan Datu Lapu-Lapu dan laskar-laskarnya begitu kuat, Wizurai Ferdinand Magellan mengarahkan soldadu-soldadunya lari ke kapal perang mereka. Ferdinand Magellan berharap Datu Lapu-Lapu dan laskar-laskarnya mengejar hingga ke tengah laut dan meriam di kapal-kapal perang Sepanyol bersedia untuk memuntahkan peluru-pelurunya bagi menghancurkan Datu Lapu-Lapu dan laskar-laskar Islam.
Namun begitu, Tuhan telah menghuru-harakan pasukan perang kafir Kristian Katolik Sepanyol dengan disebabkan baju besi yang dipakai oleh soldadu-soldadu Sepanyol menjadikan pergerakan pasukan kafir Katolik ini sangat berat di dalam air laut yang sampai ke paras paha. Dalam keadaan genting inilah, Wizurai Ferdinand Magellan telah ditetak bertubi-tubi oleh laskar-laskar muslim Datu Lapu-Lapu. Si wizurai perang kafir Katolik Sepanyol ini dan 500 soldadu-soldadunya yang lain telah dapat dibunuh oleh angkatan perang Datu Lapu-Lapu dalam pertempuran tersebut. Sisa-sisa soldadu-soldadu kafir Kristian Katolik Sepanyol yang terselamat telah lari ke kapal perang mereka dengan meninggalkan mayat-mayat soldadu-soldadu yang lain beserta mayat Ferdinand Magellan. Mereka ini telah berlindung di Pulau Cebu.
Pada keesokan harinya, atas rayuan soldadu-soldadu kafir Katolik Sepanyol yang terselamat, si murtad Humabon menghantar utusan berjumpa Datu Lapu-Lapu. Utusan itu memberitahu Datu Lapu-Lapu bahawa orang Sepanyol akan memberi apa sahaja yang diminta asalkan Datu Lapu-Lapu memulangkan mayat ketua mereka, Ferdinand Magellan dan 500 mayat soldadu-soldadu Sepanyol yang lainnya. Tetapi permintaan itu ditolak oleh Datu Lapu-Lapu dengan tegas pahlawan Mactan ini berkata bahawa mayat-mayat perang kafir Katolik Sepanyol itu akan dijadikan kenangan kemenangan oleh penduduk Zula dan Mactan.
Sehingga kini masyarakat muslim tempatan Filipina mengatakan Datu Lapu-Lapu telah mempertahan Syiar Islam di bumi Mindanao dan tokoh ini telah belayar menaiki perahu yang besar meninggalkan Pulau Mactan untuk mengerjakan rukun haji dan tidak pulang lagi selepas itu.
Sumber : LOK TALU Dari Sejarah Tokoh-Tokoh Para Pahlawan Urang Suluk, Bajau Dan Orang Laut.

Copy and paste:
20 Ogos 2023 > 4 Safar 1445H: 9.06 pm

Abbas Ibnu Firnas : Manusia Pertama Yang Terbang

Kredit : Nizam Ali > PERISTIWA N' SEJARAH

Tokoh polymath dan jurutera ini berani untuk mencipta mesin terbang (lebih berat dari angin) seribu tahun sebelum kapal terbang bermotor diciptakan.
Walaupun gandingan adik beradik Wright telah mencipta pesawat udara bermotor yang pertama, tetapi jurutera abad ke- 9 Abbas Ibnu Firnas dianggap sebagai manusia pertama yang terbang dengan bantuan dua pasang sayap yang diciptakan dari sutera, kayu dan bulu burung.
Menurut para sejarawan, apabila Ibnu Firnas berumur di antara 65 dan 70 tahun, beliau telah terjun dari sebuah bukit di Jabal Al – Arus Yaman dan meluncur di udara, dan kekal dalam keadaan terbang lebih kurang 10 minit.
Penerbangan jangka masa pendek itu menyebabkan beliau tercedera dan juga kecewa pada masa yang sama. Beliau mendapati bahawa beliau telah mengabaikan mekanisma untuk mendarat, beliau tidak dapat menyeimbangkan penerbangan di atas udara dan mengakibatkan beliau terpaksa mendarat dalam keadaan yang cemas.
Ibnu Firnas berjaya hidup untuk 12 tahun yang seterusnya. Beliau mendapati bahawa pendaratan perlahan dapat dicapai melalui pergerakan ekor dan sayap yang berhubung di antara satu sama lain, satu konklusi yang beliau telah capai setelah hampir berdekad lamanya dalam mengkaji cara burung terbang dan mendarat.
Ibnu Firnas ialah sebenarnya tokoh yang berjaya mencipta satu teori yang menjadi tulang belakang kepada penciptaan “ornithopter”, sebuah pesawat udara yang meniru gaya bagaimana seekor burung terbang dengan mengepakkan sayapnya. Kebanyakan diagram – diagram mesin terbangnya telah menjadi rujukan di dalam kejuruteraan aviasi pada akhir abad ke 20.
Terbang di udara merupakan impian umat manusia untuk beberapa abad sebelum ianya dapat direalisasikan. Sejarah manusia telah dipenuhi dengan mitos yang menceritakan bagaimana manusia bersayap mampu melakukan perkara yang luar biasa di atas langit.
Dalam mitos Greek, Icarus dipercayai telah terbang sangat hampir ke matahari walaupun dinasihati bapanya, sayapnya yang dibuat daripada lilin telah cair, mengakibatkan Icarus jatuh dari langit dan akhirnya tenggelam di lautan.
Apabila menyentuh tentang perbangan secara praktikal, percubaan yang pertama di mana sebuah objek “terbang” di udara, sebenarnya telah dilakukan oleh dua orang ahli falsafah Cina, Mozi dan Lu Ban, yang juga dikatakan sebagai orang yang telah mencipta layang – layang. Hasil projek –projek perintis mereka dalam abad ke 5, mereka berjaya mendapatkan informasi ketenteraan dari musuh kerajaan mereka.
Walaupun begitu, Ibnu Firnas masih dianggap sebagai orang yang terkedepan dalam bidangnya dan juga dianggap aviator pertama yang terbang menggunakan mesin yang ( lebih berat dari angin ).
Dilahirkan pada abad ke-9 di Izn-Rand-Onda Al Andalus, dikenali sekarang dengan nama Ronda, Sepanyol, Beliau telah menghabiskan kebanyakan masa dewasanya di Cordova, salah sebuah pusat ilmu sewaktu zaman pemerintahan Umayyah.
Ada juga berpendapat bahawa Ibnu Firnas dipengaruhi oleh Armen Firman, individu yang dikatakan bukanlah seorang saintis mahupun polymath tetapi seorang pemerhati alam. Firman merupakan orang pertama yang telah membina sayap yang diciptakan dari papan kayu diselaputi sutera dan bulu burung. Pada awal 850 masihi, Firman telah memanjat sehingga ke puncak sebuah minarat masjid di Qurtuba dan telah lompat dengan memakai sayap. Walaupun percubaannya gagal dan dia tersungkur ke tanah, mesin terbangnya berjaya melambung pada waktu yang tepat dan memperlahankan daratannya. Beliau bernasib baik kerana tidak mengalami apa – apa kecederaan yang serius. Penangguhan dalam pendaratannya adalah sebab mengapa beliau terselamat.
Ibnu Firnas adalah salah seorang yang telah menyaksikan aksi Armen Firman pada waktu itu, semua hadirin yang terpukau melihat ke atas langit dengan penuh perhatian, kagum dengan aksi Firman, Ibnu Firnas mula menyedari perlunya banyak lagi kajian dalam hal penerbangan
Beliau telah mengulangkaji corak penerbangan burung dan pelbagai jenis objek selama 23 tahun. Beliau kemudiannya telah membina mesin terbangnya sendiri dan telah terjun dari Jabal Arus di Yaman walaupun ketika itu beliau sudah berumur.
Beberapa abad kemudian, Seorang warga Turki Uthmaniah bernama Ahmed Celebi telah berjaya untuk terbang sepanjang selat Bosphurus dan mendarat dengan selamat pada tahun 1630.
Ciptaan Ibnu Firnas yang lain
Minat mendalam Ibnu Firnas di dalam sains dan teknologi telah membawa beliau untuk menghasilkan jam kuasa air. Beliau juga telah bereksperimen dengan pasir dan kristal quartz supaya dapat lebih memahami sifat bahan – bahan ini. Ramai sejarawan memujinya kerana telah menciptakan kaca lut sinar yang menggunakan bahan – bahan tersebut. Beliau juga telah dikatakan perintis dibelakang penciptaan kaca Andalusia yang terkenal, di mana ia masih mempunyai permintaan yang tinggi sehingga ke hari ini. Golongan yang mempunyai masalah penglihatan juga mendapat manfaat daripada Ibnu Firnas, kerana beliau dikatakan orang yang telah mencipta lensa yang membantunya untuk membaca.
Ibnu Firnas berketurunan Barbar. Asal usul namanya adalah Afernas, yang di mana sekarang merupakan nama yang banyak digunakan di Morocco dan Algeria. Beberapa lapangan terbang, jambatan, bukit, taman dan pelbagai lagi telah dinamakan sempena namanya, terutamanya di negara majoriti Muslim. Sebuah patung yang terletak di airport Baghdad dan jambatan di sungai Guadalquivir, Cordoba, Sepanyol juga diberi nama sempena nama Ibnu Firnas.
Beliau dikatakan telah meninggal dunia di antara tahun 890 dan 895, ramai sejarawan mengatakan bahawa kematiannya kemungkinan adalah disebabkan kecederaan yang dialaminya.
Penulis,
Hazmi Azman

Copy and paste:
20 Ogos 2023 > 4 Safar 1445H; 9.00 pm

Saturday, 12 August 2023

A FAMOSA HASIL RUNTUHAN BATU ISTANA DAN MASJID?

Posted by Luqman NulHakim > PERISTIWA N' SEJARAH

Ketika ini, kerap berlegar mengenai isu pembinaan kota A'Famosa berasal daripada runtuhan masjid, makam dan istana Melaka. Maka, saya suka menjelaskan beberapa hal dan fakta:
1. Menurut, Munsyi Abdullah (1849),Tembok kota Melaka yg dibina daripada batu telah dihancurkan British sekitar tahun 1820an. Ia dihancurkan kerana British risau kekebalan tembok itu jika dikuasai musuh kelak.
2. Sebahagian pakar sejarah memberikan pandangan bahawa kewujudan tembok kota Melaka sebenarnya dibina pada zaman kesultanan Melaka lagi. Pihak portugis hanya membina gerbang yg baharu dan gereja di atas bukit.
3. Hal ini terbukti, terdapat kesan2 takik di jata yg berada di depan dan belakang gerbang mempunyai ukiran seakan-akan keris yg disilang tarakol (sejenis pistol Melayu). Dan sangat mustahil sebuah kota yg ampuh dan kebal mampu disiapkan kurang setahun walaupun dikerah seluruh orang Melaka membinanya. Melaka ditakhluk sekitar Ogos 1511 dan serangan balas dibuat sekitar awal 1513.
3. Diceritakan org2 tua Melaka, ketika istana Melaka dibakar Portugis, api yg membakar istana mengambil masa satu minggu untuk menghanguskan istana dan cahaya apinya kelihatan sehingga ke seberang (Dumai).
4. Dalam catatan Alfonso, mereka memang menggunakan runtuhan2 batu dari makam pembesar, raja, ulamak, dan istana sebagai bahan membina gerbang dan gereja.
5. Namun, bukan gerbang itu yg dipersoalkan tetapi bekas gereja St Paul itu yg patut dirobohkan kerana itu lah kawasan sebenar istana dan Masjid Agung Melaka.
6. Lima orang Raja/Sultan pernah Syahid ketika peperangan merebut Kota Melaka iaitu
i. Tengku Raja Ahmad Shah Ibni Sultan Mahmud Shah. Putera Mahkota Kerajaan Melaka (1511) - (Melayu)
ii. Raden Yunus menantu Sultan Ageng Raden Demak - Tengku Mahkota Kerajaan Demak (Jawa) berserta dua puteranya. - (1521)
iii. Raja Haji Fisabilillah - Tengku Mahkota kerajaan Riau Lingga (Bugis) - 1784.
7. Ketika mendengar kota Melaka ditawan oleh Portugis, maka terpacul dimulut Sultan Demak:
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Jiwa dan badan kami serahkan.
8. Ketika Raja Haji ditemukan syahid, tangan kanan beliau masih memegang kitab Dalail Khairat (kitab selawat) dan ditangan kirinya badik pusaka milik keluarganya.
9. Bagi menghina kemangkatan Raja Haji, Belanda telah meletupkan 21 das tembakan meriam atas bukit St Paul sbg tanda kemenangan. Abdullah Munsyi, menceritakan penghinaan terbesar adalah diatas makam Raja Haji dibina kandang babi. Lalu org Melayu telah menyelamatkan jenazah almarhum (masih utuh) dan dihantar ke kg baginda.
10. Sepanjang peperangan merebut kota Melaka, orang Minangkabau dibawah pimpinan Naning banyak menyerang dari bahagian daratan.
11. DAP membantah penukaran nama Bukit St Paul kembali kepada Bukit Seri Melaka.
12. Sunan Ampel (ketua wali songo) adalah ulamak besar Nusantara yg mula2 mengistiharkan jihad untuk merampas semula kota Melaka.
Ketika pimpinan lemah dan mempunyai para pembesar dari kalangan pembelot maka tuhan menghukum Melaka selama 446 tahun. Namun, selama 446 tahun itu bangsa Melayu tidak duduk diam untuk menebus maruah mereka dan menegakkan kembali agama Allah.
Kalau nak jatuh, jatuhlah nangka,
Jangan ditimpa si batang pauh,
Jika kerana agama, bangsa dan negara,
Hamba sanggup berkecai tubuh.
Wallahuallam. Jangan plak ade makhluk perli aku dtg dari masa lepas plak
🤣
Copy and paste:
12 Ogos 2023 > 25 Muharram 1445H: 5.16 pm



BELENGGU DAN KEGILAAN PENSABOTAJ BUATKAN BANGSA MELAYU BERDEPAN CABARAN!

Posted by Ibn Kamal > PERISTIWA N' SEJARAH

*Penulisan ini telah disiarkan pada 7 Ogos 2022*
Amat sukar untuk sesuatu bangsa itu berjaya dan sejahtera sekiranya disabotaj berkali-kali.
Inilah yang berlaku pada suatu bangsa yang dinamakan Melayu di tanahnya sendiri.
Sabotaj yang termasyhur sekali sudah tentulah jatuhnya kota Melaka yang agung itu.
Empayar yang dibina tidak sampai 150 tahun akhirnya tumbang kepada Penjajah Portugis yang membawa misi God, Gold dan Glorynya.
Sampai ke hari ini kita gagal membawa rumus yang tepat kerana kita gagal mencapai faham. Kenapa kita tidak faham?Kerana kita tidak membuka jiwa, hati, perasaan dan ihsan kita untuk memahami sisi batin dan tersirat atau aspek kelabu (grey area) kepada sinis dan sadisnya kejahatan yang membelenggu Tanah Melayu ini.
Melayu dahulu gemar berkosa kata, bercereka, bersajak, berperibahasa dan berpantun dalam menyampaikan maksud tersirat lebih banyak daripada tersurat.Sedangkan Melayu kini lebih sukakan tersurat maka kerana itu kita telah ditimpa bencana demi bencana.Kebendaan dan kuasa yang dipuja akhirnya memakan diri dan menyebabkan kekecewaan yang berpanjangan.
Entah kenapa bangsa misteri ini disabotaj berkali-kali.Daripada Kejatuhan Kerajaan Kedah yang pernah diislamkan oleh Sheikh Abdullah Al-Qumairi, hangusnya kota Melaka yang dijajah 3 penjajah besar dunia, jatuhnya Kota Kuala Muda kepada Angkatan perang Siam yang kejam.Jatuh pula satu persatu lombong-lombong bijih timah dan emas kepada kapitan-kapitan cina terutama di kawasan Pasir Salak.
Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan kekalahan Dol Said dan Tentera Tebuannya kepada Armada Perang British.Tumbangnya kubu terakhir orang-orang Melayu di Bukit Nenas kepada Kapitan Yap Ah Loy yang dibantu British sehingga Bukit Nenas dikelilingi gereja-gereja besar.
Seterusnya, sehinggalah berita terbunuhnya Dato Maarof yang membuka Bank Pertama untuk orang Melayu.Bangsa yang lemah lembut ini berterusan dibuli dengan kaum cina pula apabila ekonomi, kekayaan dikuasai mereka ditambah pula dengan berleluasanya sekolah-sekolah pendidikan cina.
Belum lagi dikira politik dan kartel serta kongsi gelap Cina yang merosakkan hati budi orang-orang Melayu.Pernah kita korbankan tulisan Jawi kita hanya untuk memberikan keselesaan kepada pendatang Cina ini berbahasa Melayu tetapi anehnya selepas 60 tahun mereka lebih berbangga berbahasa Inggeris pula.
Selama puluhan tahun, Kita hanya mampu memandang sebuah pusat judi terbesar di Genting tanpa dapat kita berbuat apa-apa.
Betapa malunya kita kepada Allah serta Rasulnya.Kita telah gadaikan tanah, tulisan, bahasa sehinggalah maruah dan harga diri.
Kini, setelah habis kita korbankan atau dikorbankan, kita bakal kehilangan warisan terakhir kita iaitu Allah itu sendiri apabila puak Kristian pula ingin berkongsi nama tuhan bangsa Melayu turun temurun itu.
Apa lagi yang tinggal bersama kita?
Semoga didatangkan cahaya tertinggi untuk kita merobohkan dinding-dinding fitnah ini.
Creadit kepada NADIA AZIZ

Copy and paste:
12 Ogos 2023 > 25 Muharram 1445H: 2.31 pm

SEJARAH DUIT MALAYSIA YG ANDA PERLU TAHU.

Posted by Bob Mala Xada > PERISTIWA N' SEJARAH

Apa Anda Perlu Ketahui Tentang Ringgit Malaysia
Apa Anda Perlu Ketahui Tentang Ringgit MalaysiaRinggit Malaysia, yang secara tidak rasmi juga dikenali sebagai “Malaysia Dollar”, telah menempuh pelbagai rintangan sebagai mata wang rasmi Malaysia sejak 1975. Tidak ramai yang tahu bahawa perkataan “ringgit” adalah istilah usang untuk “bergerigi” dalam bahasa Melayu – ia pada mulanya digunakan untuk merujuk kepada sisi bergerigi wang perak Sepanyol (sisi bergerigi pada dolar Sepanyol direka untuk mencegah pencuri dengan memotong bahagian kecil logam berharga untuk membuat duit syiling baru).
Simbol mata wang tersebut adalah RM, manakala kod mata wang adalah MYR. Simbol RM telah diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Kerajaan Malaysia untuk menggantikan simbol $ atau M$ bagi menandakan mata wang. Ringgit boleh dibahagikan kepada 100 sen dan denominasi yang digunakan adalah 5, 10, 20, 50 sen untuk syiling, serta RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100 untuk wang kertas.
Sejarah Ringkas Ringgit Malaysia
Malaysia mengguna pakai mata wang dolar Sepanyol apabila ia menjadi sebahagian daripada naungan kolonial Eropah sejak abad ke-16. Rupee India menggantikan wang perak Sepanyol di Malaysia pada tahun 1837 namun wang perak Sepanyol diperkenalkan semula 30 tahun kemudian. Pada tahun 1903, Straits Dolar (mata wang Selat) menggantikan mata wang itu dan ia disandarkan kepada dua syiling British Pound. Ringgit Malaysia kemudiannya diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada 1967 di mana mata wang tersebut pada mulanya dikenali sebagai Malaysia dollar. Sebelum Ringgit Malaysia diperkenal, Dollar Malaya merupakan mata wang rasmi, yang turut digunakan oleh Singapura serta Brunei.
Bank Negara Malaysia
Bank Pusat Malaysia atau Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 (ABN 1958). Seperti namanya, BNM merupakan badan pengawal selia dengan peranan utama yang mencakupi pengawasan dasar kewangan yang berhemat, menjaga kestabilan sistem kewangan serta memajukan sektor kewangan yang progresif. Di samping itu, BNM juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan infrastruktur sistem kewangan (dengan memberi tumpuan kepada pembinaan negara melalui sistem pembayaran yang cekap dan terjamin), serta membangunkan sistem kewangan yang komprehensif, mantap dan berdaya tahan. Selain itu, Bank Negara memainkan pelbagai peranan penting lain termasuk menjadi jurubank dan penasihat kepada Kerajaan serta merupakan pihak berkuasa tunggal dalam penerbitan mata wang serta pengurusan rizab antarabangsa negara
TAMBATAN DAN PENARIKAN RINGGIT KPD USD
Ringgit kemudiannya disandarkan kepada dolar AS pada AS$1.00 = RM3.8010 dalam usaha menstabilkan mata wang Ringgit sejak 2 September 1998. Selepas hampir dua dekad ditambat berbanding dolar AS pada RM3.8, BNM menarik balik tambatan Ringgit Malaysia kepada dolar AS pada 21 Julai 2005, sejurus selepas pengumuman China berhubung penarikan tambatan renminbi kepada dolar AS. Menurut BNM, keputusan tersebut membenarkan mata wang untuk mencatat prestasi berdasarkan permintaan dan penawaran sebenar tanpa campur tangan aktif oleh BNM, lantas menghadkan peranan bank pusat dalam menguruskan turun naik mata wang Ringgit menurut kadar tukaran asing.
Wang Kertas dan Syiling
Kali pertama BNM mengeluarkan syiling dan wang kertas ialah pada tahun 1967. Duit syiling diperkenalkan dalam denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, diikuti dengan pengenalan duit syiling 1 ringgit (yang menggunakan simbol $ dan adalah syiling terbesar dalam siri itu) pada tahun 1971. Wang kertas Ringgit Malaysia diperkenalkan dalam denominasi $1, $5, $10, $50 dan $100.
Denominasi $1000 diperkenalkan pada tahun 1968 di mana ia juga merupakan wang kertas pertama yang menampilkan imej Tuanku Abdul Rahman (yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Pertama) dengan ditandatangani Tun Ismail bin Mohamed Ali (Gabenor Bank Negara Malaysia yang pertama). Apabila mata wang Ringgit Malaysia baharu diperkenalkan dan menggantikan Dolar Malaya dan British Borneo pada nilai setara, denominasi $10,000 dihentikan.
Nota-nota dengan nilai RM500 dan RM1000 telah ditamatkan dan tidak lagi menjadi nilai wang sah pada tahun 1999 berikutan Krisis Kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997. Semasa Krisis Kewangan Asia, sejumlah ringgit yang besar dibawa keluar dari negara untuk diniagakan dalam nilai RM500 dan RM1000. Berikutan krisis tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dasar kewangan untuk melindungi nilai mata wang dan menggunakan prinsip “dirty float” yang juga bertujuan mengelakkan turun naik mata wang. Rejim tersebut berterusan sehingga Julai 1997.
Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’ atau ‘Distinctively Malaysia’, siri terkini wang kertas Malaysia mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang boleh mendefinisikan budaya, warisan, dan sifat Malaysia yang berbeza-beza. Siri wang kertas Malaysia keempat menampilkan ungkapan tradisional dalam seni dan kraf, keindahan alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.
Ringgit Malaysia Hari ini
Sehingga kini, Ringgit Malaysia telah mempamer prestasi yang baik berbanding mata wang lain di ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara). Ekonomi Malaysia yang berkembang dan berdaya tahan telah menjadi faktor yang membantu Malaysia mendepani masa yang sukar.
Copy and paste:
12 Ogos 2023 > 25 Muharram 1445H: 2.19 pm

Wednesday, 9 August 2023

Menjejak Manusia Prasejarah Nenggiri, Lebih Tua Dari Perak Man?

RESOURCE: BERNAMA
OLEH: NOR LIYANA ZULKIFLI
14 JUNE 2023

Berbaki lima tahun sahaja lagi, sebahagian Lembah Nenggiri yang kaya dengan khazanah warisan purba serta tapak arkeologi dijangka tenggelam sepenuhnya sehingga menyukarkan kerja ekskavasi untuk dijalankan pada masa akan datang.

Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2027 akan menenggelamkan gua yang mempunyai warisan arkeologi seperti Gua Cha, Gua Chawan, Gua Kecil (Batu Tambah), Gua Lubang Kelawar (Batu Tambah), Gua Keledung, Gua Rahmat, Gua Gemalah dan Gua Kelew.

Namun, usaha sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak September 2022 berjaya menemui dan menyelamatkan pelbagai jenis artifak prasejarah termasuk yang terbaharu, penemuan rangka manusia lengkap di Gua Keledung Kecil yang sekali gus menyelamatkan khazanah terpenting sejarah tamadun dan kebudayaan manusia.

Ini kerana, rangka manusia yang ditemui dalam kedudukan melipat sepenuhnya dan menghadap ke arah barat daya, dipercayai mendiami lembah tersebut sejak 14,000 tahun lalu iaitu lebih tua daripada Perak Man yang sebelum ini dianggarkan wujud sejak 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.

“Kerja-kerja ekskavasi ini adalah salah satu langkah mitigasi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk projek pembinaan empangan Nenggiri yang melibatkan 14 buah gua secara keseluruhannya. Kerja ekskavasi menyelamat ini dijalankan oleh Pakarunding UKM dengan melibatkan lebih 30 orang yang terdiri daripada pakar arkeologi, pembantu penyelidik, mahasiswa UKM serta dibantu penduduk kampung berdekatan.

“Sepanjang tempoh itu, kami menemui ribuan artifak dan ekofak yang terdapat di sekitar Lembah Nenggiri seperti serpihan tembikar tanah, alat batu, peralatan batu seperti alat penetak, alat pengetuk dan alat repeh yang digunakan untuk meraut serta sisa makanan seperti cangkerang siput dan tulang binatang,” kata Ketua Penyelidik Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli kepada Bernama.

Untuk rekod, penulis dan juru video Asan Ahmad berpeluang berada di tapak ekskavasi untuk membuat liputan eksklusif penemuan di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri.

Menurut Zuliskandar yang juga Felo Kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, berdasarkan daripada penemuan pelbagai jenis alat batu serpihan tembikar tanah serta sisa makanan di Gua Keledung Kecil, masyarakat yang mendiami gua berkenaan sudah bermula sejak zaman pra-Neolitik lagi iaitu kira-kira 14,000 tahun yang lalu dan berterusan ke zaman kebudayaan Neolitik, kebudayaan logam dan pasca prasejarah.

TERLEPAS PANDANG

Mengulas kerja ekskavasi di Lembah Nenggiri, beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang arkeologi berkata, penemuan rangka manusia prasejarah di Gua Keledung Kecil ini hanya dapat ‘dibongkarkan’ setelah mereka mengambil keputusan untuk membuka petak ekskavasi baharu di Gua Keledung Kecil setelah ekskavasi menyelamat di Gua Keledung Besar tamat.

Gua itu sebelum ini tidak menjadi tumpuan berikutan saiznya yang kecil berbanding gua lain memandangkan dalam ilmu arkeologi, biasanya gua yang lebih besar digunakan untuk dijadikan tapak perkuburan zaman prasejarah, namun mereka berubah arah apabila pasukannya gagal menemui sebarang lapisan budaya pra-Neolitik di Gua Keledung Besar.

“Sebenarnya, kami hanya tertumpu di Gua Keledung Besar kerana amat jarang gua kecil (Gua Keledung Kecil) dijadikan tapak perkuburan prasejarah. Biarpun begitu, sebelum itu saya memang selalu juga pergi ke Gua Keledung Kecil kerana menyedari bahawa gua ini sebenarnya bersambung dengan Gua Keledung Besar dan kawasannya lebih tinggi.

“Firasat hati saya ketika itu, kerja ekskavasi perlu dilakukan di sini untuk melihat kronologi zaman prasejarah di kawasan Bukit Keledung yang saya berpendapat seharusnya wujud juga kebudayaan pra-Neolitik di kawasan ini. Firasat saya betul di mana kami menjumpai lapisan budaya zaman pra-Neolitik dan apabila ekskavasi mencapai kedalaman lebih dua meter, salah seorang daripada kami terjumpa tengkorak manusia, dan ini memang sangat memeranjatkan.

“Gua ini kecil, tapi saya tidak menyangka ada rangka manusia. Memang rasa seronok sangat akhirnya berjaya jumpa satu-satunya rangka lengkap yang mana ia merupakan prasejarah pertama yang kami jumpa di kawasan lebih hilir,” katanya

Tengkorak manusia itu adalah temuan pertama kali di kawasan sekitar Pos Pulat yang menjadikan misi penyelamatan warisan khazanah purba ini bertambah menarik sekali gus membuatkan mereka meneruskan dan meluaskan lagi kerja penyelamatan itu dengan membuka sebuah lagi petak ekskavasi berkeluasan 2 meter x 2 meter bersebelahan tapak penemuan tengkorak.

Berkat usaha dan kesabaran selama sebulan menjalankan ekskavasi di petak baharu ternyata tidak sia-sia apabila penemuan tengkorak pada awalnya membawa mereka kepada jumpaan satu lagi rangka manusia lengkap yang posisinya hampir sama dengan kedudukan fetus dalam kandungan ibu yang sedang mengandung.

Bertambah menarik apabila asosiasi artifak di sekeliling rangka berkenaan yang berfungsi sebagai alat bekalan kubur yang mana tapak tangan kanan si mati memegang mineral hematit manakala tapak tangan kiri pula memegang lutut kaki kanan.

Di sekelilingnya juga terdapat alat batu yang dikebumikan bersama-sama dengan si mati seperti batu pelandas dengan alat grind-pounding, kapak genggam dan alat repeh yang diperbuat daripada batu sabak serta kristal yang sering digunakan dalam ritual pengembumian masyarakat prasejarah.

Para penyelidik mendapati, cara pengebumian rangka manusia prasejarah yang ditemui itu merupakan amalan masyarakat prasejarah yang terawal mendiami Lembah Nenggiri sejak 14,000 tahun yang lalu.

PENGALAMAN BERHARGA

Berkongsi kegembiraan sama, Amir Ridhuan Ahmad, 30, pembantu penyelidik yang mengikuti kerja ekskavasi cari gali sejak sembilan tahun lepas sama sekali tidak menyangka akan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menemui dan menyelamatkan khazanah di situ.

Menyifatkannya sebagai pengalaman berharga, beliau berkata, negara akan ketinggalan sekiranya golongan muda tidak ambil peduli dengan peninggalan khazanah negara berbanding negara barat yang sangat memberi tumpuan pemeliharaan warisan berharga termasuklah berlumba-lumba mempamerkan barangan artifak mereka.

“Apabila Dr (Zuliskandar) beritahu penemuan kami ini mungkin lebih lama dari Perak Man, sukar untuk digambarkan kerana semua ini akan tenggelam tidak lama lagi. Kalau bukan kita yang selamatkan, siapa lagi,” kata Amir Ridhuan.

Sebelum ini, pada tahun 2018, di lembah yang sama turut ditemui rangka manusia prasejarah berusia antara 6,000 hingga 8,000 tahun di Gua Chawan oleh penyelidik dari ATMA, UKM dan Jabatan Sejarah, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Ia sekali gus adalah jumpaan sangat penting bagi merungkai budaya masyarakat primitif dan kehadiran manusia prasejarah. Lembangan sungai di Lembah Nenggiri pernah diduduki masyarakat prasejarah dan sungai adalah sumber penting buat mereka untuk mendapatkan makanan serta menjadi laluan perhubungan utama ke mana-mana lokasi.

Hakikatnya, kerja cari gali artifak bukanlah mudah kerana melibatkan pelbagai proses seperti menyemak dahulu kajian lepas sebelum mengenal pasti sesuatu lokasi, melakukan penilaian tapak sama ada sesuai untuk menjalankan ekskavasi atau sebaliknya selain melakukan tinjauan pembukaan tanah, tinggalan sisa makanan, tembikar tanah serta alat batu.

Biarpun berhadapan cabaran tapak gua ‘diganggu’ peneroka haram yang mencari baja tahi kelawar, namun artifak dikambur keluar dari tanah oleh mereka membolehkan penyelidik mengesan potensi besar arkeologi di sesuatu kawasan untuk memulakan proses ekskavasi sepertimana di Lembah Nenggiri.

PENENTUAN TARIKH

Bagi menentukan tarikh sesebuah tapak arkeologi yang tepat pula, pelbagai kaedah digunakan dan penyelidik arkeologi negara ini lebih cenderung menggunakan sama kaedah pentarikhan radiokarbon ataupun pentarikhan pendar kilau.

“Saya lebih gemar menggunakan pentarikhan radiokarbon berbanding pentarikhan pendar kilau kerana kesesuaian dengan sampel yang hendak dipertarikhkan.

“Namun untuk penemuan rangka yang dijumpai di Gua Keledung Kecil ini, pihak kami akan menghantar sampel yang bersesuaian dan berasosiasi dengan rangka manusia yang ditemui ke Makmal Beta Analytic di Florida, Amerika Syarikat untuk mendapatkan pentarikhan kronometrik di tapak ini. Pentarikhan kronometrik merupakan amalan biasa penyelidik arkeologi untuk mendapatkan pentarikhan tapak. Pentarikhan pun sudah kami perolehi di mana rangka manusia ini berusia lebih kurang 14,000 tahun yang lalu, ” kata Zuliskandar.

Beliau turut bekerjasama dengan pakar dari Fakulti Perubatan UKM yang diketuai oleh Prof Dr Ima Nirwana Soleiman, Ketua Kumpulan Penyelidikan Projek ‘Bone Quality of Prehistoric Human in the Malay Peninsula’.

Prof Dr Ima dengan Prof Madya Dr Elvy Suhana Mohd Ramli, Prof Madya Dr Gabriel Chin Kok Yong dan Dr Wong Sok Kuan terlibat dalam melakukan kajian dan analisis terhadap rangka manusia prasejarah melalui ketumpatan tulang, usia berdasarkan rahang bawah dan mengenal pasti jantina.

Pasukan ini juga turut melakukan kajian untuk mengesan sebarang penyakit manusia prasejarah itu, misalnya kaedah Dual-Energy X-Ray Absorp-Tiometry untuk mengenal pasti penyakit osteoporosis selain kaedah anatomi bagi menentukan jantina rangka manusia tersebut melalui tulang pelvisnya.

“Kami sangat gembira apabila melihat satu rangka manusia lengkap di tapak ekskavasi yang ditunjukkan oleh Dr Zuliskandar. Apa yang kami lakukan adalah mengambil tulang femur dan tibia sedikit dari rangka manusia tersebut untuk kami scan dan menentukan ketumpatan tulang selain melihat struktur dalaman tulang rangka itu, ” kata Ima.

GALERI MINI

Selain kaedah berkenaan, kajian forensik pergigian bagi menentukan anggaran umur turut dilakukan kerana sifat gigi manusia yang kekal selama bertahun-tahun selepas kematian sesuai digunakan untuk mengesan anggaran umur menerusi tiga lapisan utama iaitu enamel (lapisan luar pada gigi), dentin (bahagian gigi yang berkalsium yang terdapat di bawah lapisan enamel) dan pulpa (bahagian gigi paling dalam yang lembut dan mengandungi saraf dan salur darah).

Menurut pakar odontologi forensik, Fakulti Pergigian UKM Dr Atika Ashar yang turut terlibat dalam pengecaman identiti manusia prasejarah itu, pasukannya akan mengeluarkan tulang rahang bawah rangka berkenaan bagi mengenal pasti sama ada rangka tersebut lelaki atau perempuan.

“Selain mendapatkan gigi, kami juga dapat menjangkakan umur rangka manusia ini berdasarkan permukaan gigi dengan membuat analisis seterusnya di makmal,” katanya sambil menambah, kaedah morfomik, radiologi dan biokimia akan digunakan dalam kajian itu.

Buat masa ini, rangka manusia prasejarah itu akan dibawa keluar dari Gua Keledung Kecil dan ditempatkan di makmal konservasi Jabatan Warisan Negara untuk kerja-kerja pemuliharaan secara menyeluruh.

Kerja ekskavasi juga giat dilakukan bagi menyelamat khazanah negara sebelum sebahagian Lembah Nenggiri yang dijangka ditenggelamkan pada pertengahan 2027 untuk projek empangan yang memberi pelbagai manfaat dalam menyelesaikan beberapa isu demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion dijangka mula menjana elektrik pada pertengahan 2027 serta meningkatkan kapasiti elektrik Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, sebuah galeri mini juga akan dibangunkan oleh TNB berhampiran dengan empangan Nenggiri bagi menempatkan segala jumpaan arkeologi di Lembah Nenggiri termasuk rangka yang ditemui di Gua Keledung Kecil.

Disunting oleh Melati Mohd Ariff

Copy and paste:
9 Ogos 2023 > 22 Muharram 1445H: 12.44 am

Tuesday, 8 August 2023

Bujang Valley: revised dating, narrative towards Unesco listing of ancient maritime site

SOURCE: THE VIBES

Archaeologist says diversity, multiculturalism among key lessons from Ancient Kedah

By Maria J. Dass

KUALA LUMPUR – A recent news report by a regional television station has reignited debate on the progress involving archeological findings in Ancient Kedah.

Questions are being raised on the development of the Bujang Valley as a heritage site that encompasses what was once a large iron smelting industry, and a thriving port city that hosted a multi-cultural and multi-religious society.

The report, which claimed that progress and development at the site had stalled, caught Universiti Sains Malaysia’s (USM) Centre for Global Archeological Research (CGAR) researchers, currently working on the historical site, by surprise.

Post-pandemic, the team has been busy re-examining past narratives and findings, ahead of moves to list Bujang Valley or Lembah Bujang, as a United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (Unesco) World Heritage Site (WHS).

This includes narratives based on findings supported by more current data analysis techniques endorsed by peer reviews, coupled with supporting written records and ancient texts.

USM CGAR senior lecturer and archaeologist Nasha Rodziadi Khaw said recent findings – based on analysis of available data – indicate that the iron smelting site in Sg Batu may not be as old as it was previously thought to be. 

It was earlier reported to date back to 788 BC.

The Bayesian Chronological Modelling online application used in 2019 to analyse radiocarbon data via a two-dimensional model – which gives a detailed analysis of a site – showed that a majority of samples collected from the Sg Batu iron smelting site were dated between 2nd and 10th century AD. 

These were consistent with the tangible cultural structures, written historical accounts and have been endorsed by peer reviews.

Dynamic research

Speaking at a training programme for content creators and travel agents held in early June, Nasha said the earlier sample dated between 788 BC an 537 BC is for now deemed to be an “outlier” – unless more evidence of samples with the same dating are found.

“We may find more samples in the future to prove that Sg Batu existed in 788 BC, but for now the findings are insufficient to stand against evidence that points to the existence of that civilisation between 2nd and 10th century AD,” he said. 

He added that research is dynamic, and changes all the time with new findings which we need to keep up with.

The training programme in early June was aimed at addressing misconceptions, presenting updated narratives, interpretation, and new data based on recent findings. 

It was also aimed at building a strong network between travel agents and content creators to facilitate exchange of knowledge and academic discussions towards boosting interest in cultural heritage. 

The programme supported by ThinkCity Sdn Bhd was also aimed at linking heritage sites all over the country, creating positive visitor experiences at these sites and boosting opportunities for small and medium enterprises in these areas.

Outstanding universal value

Nasha said that while the new dating might seem a little less impressive as compared to the previous one, there is no point in arguing whether the Malay peninsula was home to the greatest kingdoms or the oldest kingdoms in ancient times.

What we know for sure is that Ancient Kedah was a maritime society built on multiculturalism, respect and acceptance of foreign ideas, knowledge, technologies and innovations – (all of) which is relevant to us even today as we move forward as a nation,” he said.

He said that this was the outstanding universal value (OUV) that the USM CGAR opines makes Ancient Kedah unique.

Bujang Valley was a part of Ancient Kedah which is believed to have spanned the entire west coast of Peninsular Malaysia, while Sg Batu located within the valley was the site of a large iron smelting industry and port city through which iron ingots were exported.

Geophysical studies show that the sea was closer to Gunung Jerai, a beacon for sailors entering the Straits of Melaka, but a drop in sea levels caused the shoreline to move further west making the river leading to a bay that was the port shallow, and thus inaccessible to ships in later years.

USM CGAR is currently working closely with the National Heritage Department to list Ancient Kedah as a Unesco World Heritage Site.

Nasha said: “We are moving towards this listing which has to start with a dossier that clearly states the OUV for the site, hence we need to ensure that our findings are up to date and on par with international standards.”

Little done for historical park plan

“In addition to that, we have to address some obstacles – namely land development issues. It is imperative for sites to adhere to and uphold the OUVs as any threat or reversal of value might result in being delisted as a WHS,” he said.

A technical report published by Unesco in 1987 stated that although the federal government of Malaysia made a proposal for establishing a national historical park in the Bujang Valley as far back as 1968-1989, as a start to their programme for developing a cultural heritage policy, little has been done to bring this proposal to realisation. 

The report made recommendations for both short- and long-term situations. 

The long-term objectives were: 

- For the Bujang Valley: to establish a National Historical Park within the Bujang Valley with a view to protecting, preserving and presenting the archaeological sites found therein and thereby creating a national and international tourist destination; and

- For the Kuala Kedah Fort: to undertake the excavation, conservation and presentation of the Kuala Kedah Fort as a national and international tourist destination.

The short-term objectives were:

- to prepare a master plan for the excavation, conservation and presentation of the monuments of the Bujang Valley National Historical Park and the Kuala Kedah Fort;

- to augment and train professional staff in the present Bujang Valley Museum;

- to expand the existing museum and visitor facilities at the Bujang Valley Museum complex;

- to develop suitable museum and visitor facilities at the Kuala Kedah Fort.

Narratives

The three common narratives when interpreting heritage sites and ancient civilisations are:

- The official narrative: the narrative that the government or administrators of the day would like to further;

- The popular narrative: the version of the story that appeals to a wider audience because of the romanticised appeal it affords a person or place; and

- The scholarly narrative: one that is based on years of data collection, evidence, peer-reviews and comparative studies.

The most accurate of these is the scholarly narrative, bearing in mind that this may change over time as research is dynamic, and any new discoveries might shift the facts in a different direction altogether, Nasha said.

The key lessons we can learn from Ancient Kedah are the narrative of a tolerant, diversified and multicultural maritime civilisation, he opined.

Nasha added that these were qualities that set it apart from other more monocultural civilisations in the region.

What the future holds

A total of 97 archeological sites have been discovered in the Bujang Valley, of which 54 have been excavated. 

There are, however, many candi and temples located in the forest that have yet to be discovered or excavated.

Findings that suggest the existence of about seven ancient boats buried in the swamp in Sg Batu have also not been conclusive.

“The cost of verifying this can reach up to RM20 to 30 million – just to excavate the ships – which we aren’t sure are there in the first place. 

“We have to ensure that the money we have is spent prudently on more conclusive findings instead of being wasted on things we are not sure of,” he added.

There are no likely conclusions to the bigger story behind Ancient Kedah yet, due to the simple fact that the archeological sites of this ancient civilisation are still active archeological sites.

“We may not find all the answers in our lifetime as there is so much more to be discovered out there,” Nasha said.

While human remains or a burial site may hold answers to the type of people or society that inhabited Ancient Kedah, this was a highly unlikely discovery, as human remains rarely survive the hot and humid tropical weather, he added.

In addition to this, a society that practised Hinduism and Buddhism probably cremated their dead instead of burying them, Nasha said. – The Vibes, July 6, 2023

Copy and paste: 8 August 2023 > 22 Muharram 1445H: 11.28 pm