Wednesday, 17 May 2023

SURAQAH BIN MALIK: BIODATA & KISAH HIDUPNYA

Posted by: Rozza Zainal > FB PERISTIWA N' SEJARAH

Siapakah Suraqah bin Malik? Artikel ini akan membincangkan salah seorang sahabat nabi SAW yang anda perlu ketahui.
Siapakah Suraqah Bin Malik?
Pada masa jahiliyahnya, Suraqah merupakan seorang tokoh yang terkenal dikalangan masyarakat Arab dan juga merupakan salah seorang pemimpin di sebuah kabilah yang bernama Kinanah. Masyarakat Arab pada saat itu memandang beliau sebagai seorang yang berwibawa dan juga sangat dihormati serta disayangi oleh mereka disebabkan kebiasaan beliau yang selalu memberi makan orang-orang fakir dan miskin yang sedang kelaparan, suka memberikan perlindungan keamanan kepada orang-orang yang sedang ditindas, dan selalu menjaga siapa pun yang memerlukan penjagaan dari beliau.
Nasab Dan Keturunan
Nama lengkap beliau adalah Suraqah bin Malik bin Ju’syum bin Malik bin ‘Amr bin Taim bin Mudlij bin Murrah bin Abdi Manat bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan yang berada pada garis keturunan Isma’il bin Ibrahim ‘alaihimas salam. Suraqah juga biasa dipanggil dengan panggilan Abu Sufyan.
Masuknya Suraqah Kedalam Islam
Pada waktu kemenangan serta keberhasilan umat Islam dalam pembukaan kota Mekah di bulan Ramadan pada tahun ke 8 hijriah dan tidak lama setelah itu pada bulan Syawal 8 Hijrah berakhirnya peperangan Hunain , Suraqah bin Malik dengan membawa surat jaminan keamanan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya pergi untuk bertemu dengan baginda. Suraqah bertemu dengan Rasulullah SAW di sebuah tempat yang bernama Ji’ranah, tempat tersebut terletak di bahagian timur laut kota Mekah dengan jarak sekitar 20 kilometer. Pada saat itu Rasulullah SAW sedang membahagikan ghanimah hasil daripada peperangan Hunain.
Suraqah diam-diam menyelinap masuk ke pasukan berkuda kaum Anshar namun pada akhirnya kaum Anshar menyadarinya. Mereka pun mengepungnya serta mengacung tombak kepadanya lalu salah seorang dari mereka mengatakan, “Pergilah! Apa yang kau mahukan di sini?” Hinggalah beliau datang mendekati Rasulullah SAW yang sedang berada di atas untanya. Suraqah menunjukkan semula kepada Rasulullah SAW surat jaminan keamanan yang pernah baginda berikan kepadanya seraya berkata, “Wahai Rasulullah! Ini adalah surat yang anda berikan padaku dulu. Aku adalah Suraqah bin Malik bin Ju’syum.” Rasulullah SAW pun menjawab, “Ini adalah hari membalas semula budi dan memenuhi janjiku padamu. Mendekatlah!” Suraqah pun mendekat dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim.
Kisah Suraqah Memburu Rasulullah Saw Pada Saat Baginda Hijrah
Ketika kaum Quraisy mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah berjaya meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah, mereka pun mengeluarkan surat perintah untuk memburu Rasulullah SAW dan bagi yang berjaya membunuh atau menangkap Rasulullah SAW akan diberi ganjaran yang besar. Ganjarannya adalah hadiah sebanyak seratus ekor unta. Ramai kaum musyrik yang terpesona dengan ganjaran yang akan diberikan tersebut, sehingga ramai di antara mereka yang ikut serta dalam pemburuan tersebut dan salah satu diantara mereka adalah Suraqah bin Malik.
Sebelum Suraqah pergi untuk memburu Rasulullah SAW beliau sedang duduk di sebuah majlis yang diadakan kaumnya iaitu Bani Mudlij, tiba-tiba datang salah seorang menghampiri majlis tersebut lalu berkata, “Wahai Suraqah! Sungguh waktu perjalanan aku menuju kesini aku melihat beberapa orang sedang melakukan perjalanan jauh. Aku merasa bahawa itu adalah Muhammad bersama sahabatnya.’ Suraqah meyakini benar bahawa apa yang dikatakan orang tersebut. Namun dia menjawab sebaliknya, “Mereka bukan Muhammad dan sahabatnya. Tapi mereka adalah Fulan dan Fulan, kami melihat mereka keluar untuk mencari harta mereka yang hilang.’ Kemudian Suraqah diam sesaat dan bergegas menuju ke rumahnya. Beliau perintahkan hamba perempuannya untuk keluar dan membawa kudanya ke belakang sebuah bukit kecil lalu menahannya . Suraqah pun mengambil tombaknya dan keluar secara sembunyi-sembunyi menuju ke tempat di mana kudanya disiapkan lalu segera memulakan pemburuannya.
Suraqah dengan cepat mengekori perjalan Rasulullah SAW sehingga pada suatu ketika beliau pun berjaya mendekati baginda bersama sahabatnya, namun tiba-tiba kuda yang ditunggangi Suraqah pun tersandung lalu beliau pun terjatuh dari kudanya. Kemudian Suraqah berniat untuk mengambil anak panah dan menembakkannya, dan serta merta pada saat itu muncul bisikan dalam hatinya yang mengatakan “Apakah aku akan terus berusaha mencelakakan mereka ataukah tidak.” Lalu dia memutuskan untuk membatalkan tindakannya.
Suraqah menunggang kudanya kembali dan segera mengejar Rasulullah SAW. Pada saat itu kudanya berlari dengan cepat sehingga pada saat itu Suraqah dapat mendengar apa yang sedang dibaca oleh Rasulullah SAW, baginda tidak menoleh sama sekali kearah Suraqah hanya Abu Bakar sahaja yang banyak menoleh, tiba-tiba kedua kaki depan kuda yang ditunggangi Suraqah terjerumus ke dalam tanah sehingga mencapai kedua lututnya lalu beliau pun tercampak darinya. Kemudian beliau memaksa kudanya untuk berdiri. Kudanya berusaha bangkit namun sama sekali tidak dapat mengeluarkan kedua kakinya.
Lalu pada akhirnya Suraqah pun memanggil Rasulullah SAW dengan mengatakan, “Aku adalah Suraqah bin Malik bin Ju’syum. Tunggulah aku wahai Muhammad. Aku mahu berbicara dengan kalian. Demi Allah, aku tidak akan melakukan apa pun yang dibenci kalian.” Kemudian Rasulullah pun berhenti.
Suraqah kembali menaiki kudanya dan mendatangi Rasulullah SAW. Lalu Suraqah pun berkata kepada baginda, “Sungguh kaummu telah menjanjikan atas dirimu sebuah hadiah sebesar diyat.” Suraqah memberitakan kepada Rasulullah SAW apa yang kaum musyrikin lakukan terhadap mereka dan Suraqah menawarkan bekal makanannya kepada baginda. Namun Rasulullah SAW tidak menerima dan tidak pula meminta sesuatu pun kepadanya, baginda hanya mengatakan, “Rahasiakanlah tentang kami!” Lalu Suraqah pun meminta kepada baginda untuk menuliskan kepadanya sesuatu yang dapat menjadi tanda perdamaian antaranya dengan Rasulullah SAW. Kemudian baginda memerintahkan ‘Amir bin Fuhairah untuk menuliskannya di atas sebuah lembaran dari kulit. Setelah itu Rasulullah SAW pergi melanjutkan perjalanannya.
Suraqah memenuhi permintaan Rasulullah SAW untuk merahsiakan perjalanannya. Tidaklah Suaraqah menjumpai sesiapa pun yang sedang mencari baginda kecuali beliau mengajaknya untuk membatalkan pemburuannya, beliau mengatakan kepada mereka, “Aku telah mencukupkan untuk kalian pencarian di arah sini.”
Janji Rasulullah Saw Kepada Suraqah
Terdapat hadis yang meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada Suraqah, “Bagaimanakah perasaanmu ketika engkau memakai dua gelang milik Kisra, tali pinggangnya, dan mahkotanya?” Kemudian pada zaman kehalifahan Umar bin Al Khaththab, dikirimlah kepada Umar dua gelang milik Kisra, tali pinggangnya, dan mahkotanya. Lalu Umar pun memanggil Suraqah untuk menghadapnya. Kemudian Umar pun memakaikannya kepada Suraqah lalu mengatakan kepadanya, “Angkatlah kedua tanganmu! Dan ucapkanlah: Allahu akbar! Segala puji hanya bagi Allah yang telah mengambilnya dari Kisra bin Hurmuz yang menyatakan dia adalah tuhan manusia, lalu Allah pakaikan kepada Suraqah bin Malik seorang Arab Badui dari Bani Mudlij.” Maka terbuktilah apa yang dikatakan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Suraqah.
Wafatnya Suraqah Bin Malik
Suraqah bin malik wafat tahun ke-24 Hijrah dan pada saat itu kekhalifahan berada dibawah kepimimpinan sahabat Utsman bin Affan.
Sumber artikel : AkuMuslim
Copy and paste:
17/5/2023 > 26 Syawal 1444H: 6.36 pm

Sunday, 14 May 2023

Zikir Power Sebelum Berhajat Apa Sahaja InshaaAllah Semua Akan Termakbul

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Bagus sekali jika diamalkan bacaan 7 zikir ini dalam kehidupan seharian. Tambahnya, in sha Allah kalau diamalkan anda akan terkejut rezeki datang tanpa disangka-sangka.

Saratkan hati dengan zikir adalah lebih baik daripada membiarkan hati dibelenggu perasaan iri hati dan dengki. Dari situlah kebahagiaan hati akan terserlah menerusi wajah indah berseri-seri. Jom semak cara menjemput rezeki suami isteri ini. Kalau diamalkan berdua tentu lebih murah dan lapang rezeki dan keberkatannya.

7 Zikir Yang Di Amalkan

1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah'.
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu. 
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Bacalah Surah Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
(HR. AtTabrani)

5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” 
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. 
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHFAR
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan
kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.

Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Copy and paste: 14/5/2023 > 23 Syawal 1444H: 9.22 am

Friday, 12 May 2023

1 MEI HARI BURUH : Cuti hari pekerja cetusan dari peristiwa berdarah



MASTIKA > 1 MAY 2023
Posted by Rozza Zainal > FB PERISTIWA N' SEJARAH

Pada tanggal 1 Mei. Cuti umum yang dikhaskan sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja Antarabangsa yang diraikan di seluruh dunia.
Tahukah anda, bagaimana tarikh 1 Mei ini diiktiraf menjadi Hari Buruh?
Jika anda rasa Hari Buruh adalah hari untuk meraikan pekerja, anda silap. Maksud ‘hari pekerja’ itu sebenarnya adalah untuk memperingati pengorbanan berdarah golongan ahli kesatuan pekerja yang terkorban, demi untuk menuntut waktu bekerja hanya selama lapan jam sehari.
Pada tahun 1880-an, ekonomi Amerika ketika itu berkembang pesat, namun ia dikawal sepenuhnya oleh golongan kapitalis. Kerajaan pusat tiada kuasa untuk menguasai dan mengawal ekonomi.
Ketika itu, syarikat-syarikat besar akan memaksa para pekerja kilang untuk bekerja antara 12 hingga 16 jam sehari, tanpa cuti. Ya, tiada cuti langsung. Tenaga mereka dikerah setiap hari, tanpa henti. Bukan hanya orang dewasa, malah golongan kanak-kanak juga dipaksa untuk bekerja. Disebabkan itu juga, ribuan pekerja baik lelaki, wanita dan kanak-kanak meninggal dunia akibat dikerah kerja sehingga 16 jam sehari.
Daripada keadaan yang menekan itu, golongan pekerja bawahan ini berjuang untuk satu idealogi, iaitu bekerja hanya lapan jam sehari atau prinsip ‘8 hours labor, 8 hours recreation, 8 hours rest’.
Untuk menjayakan rancangan itu, mereka melakukan perarakan jalanan dan mogok bagi memperjuangkan idea bekerja lapan jam sehari. Apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka akan dipukul atau ditembak oleh polis.
Kemuncaknya ialah pada 3 hingga 4 Mei 1886, di mana berlakunya peristiwa berdarah Haymarket.
Ketika itu, ribuan golongan pekerja melakukan demonstrasi jalanan di Haymarket Square di Chicago dan berlaku letupan yang membuat keadaan huru hara dengan pihak polis dan golongan pekerja saling berbalas serangan yang menyebabkan banyak kecederaan dan kematian.
Disebabkan itu juga, ramai pemimpin kesatuan pekerja ditangkap, dibicarakan dan ada yang dijatuhi hukuman bunuh.
Dua tahun selepas tragedi hitam itu, Persatuan Buruh Amerika akan berarak pada tarikh 1 Mei sebagai tanda memperingati insiden berdarah Haymarket. Pada hari itu, mereka hanya akan bekerja selama lapan jam saja sebagai tanda protes.
Dan tahun berikutnya, tarikh 1 Mei diiktiraf oleh ‘Second International’ (sebuah organisasi sosialis antarabangsa) sebagai Hari Pekerja (International Workers Day).
Pun begitu, nasib golongan pekerja bawahan di Amerika hanya terbela setelah Teddy Roosevelt menjadi presiden (1901-1909). Presiden itu menguatkuasakan arahan waktu bekerja lapan jam sehari, termasuk mengharamkan pekerja kanak-kanak.
Sejak itu, negara-negara lain mula menurut langkah tersebut dengan menjadikan 1 Mei (juga disebut sebagai May Day) sebagai cuti umum bagi memperingati perjuangan pekerja bawahan yang menuntut hak mereka sewaktu zaman revolusi industri berkembang di barat. Memasuki abad ke-19 Masihi, tarikh 1 Mei diiktiraf di seluruh dunia sebagai ‘Hari Pekerja Sedunia.
Malaysia turut mengiktiraf 1 Mei pada tahun 1972 apabila Tun Dr. Ismail mengumumkan 1 Mei sebagai cuti umum Hari Pekerja.
Begitulah kisah ringkas di sebalik peristiwa 1 Mei yang kita raikan sebagai Hari Buruh pada hari ini. Ingatlah, cuti yang kita nikmati pada tarikh ini adalah daripada perjuangan berdarah golongan pekerja buruh zaman dahulu yang ditindas oleh golongan kapitalis bagi mendapatkan tempoh waktu bekerja selama 8 jam sehari.
Jika tidak kerana perjuangan mereka, mungkin hari ini kita masih dikerah dan dipaksa bekerja 10 jam, 12 jam atau lebih daripada itu, tanpa ada cuti langsung apatah lagi bayaran tambahan dan hak pekerja tidak diendahkan langsung.
Selamat hari pekerja untuk anda semua.
___________
Sumber artikel : UtusanTV
Copy and paste:
12.5.2023 > 21 Syawal 1444H: 12.54 pm


Wednesday, 10 May 2023

ISTERI RASULULLAH SAW- BIODATA DAN SEJARAH RINGKAS

Posted by: Rozza Zainal > FB PERISTIWA N' SEJARAH

Siapakah isteri Rasulullah SAW? Apakah nama-nama mereka? Artikel ini akan menerangkan nama-nama isteri Rasulullah SAW dan beberapa kisah berkaitan dengan mereka.
PENGENALAN
Isteri-isteri Rasulullah SAW dikenali sebagai wanita Muslimah terbaik dan memberikan keteladanan kepada seluruh kaum Muslimah. Sikap lemah lembut dan disiplin dalam mengurus rumah tangga menjadikan mereka sebagai contoh ikutan terbaik.
Walaupun isteri Rasulullah SAW lebih daripada satu orang, namun baginda SAW merupakan sosok yang adil, contoh suami yang terbaik dan mampu memberikan kasih sayang secara sama rata kepada semua isteri-isterinya.
SENARAI NAMA-NAMA ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zama’ah
3. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq
4. Hafshah binti Umar bin Alkhattab
5. Zainab binti Khuzaimah
6. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umayyah
7. Zainab binti Jahsy bin Rayyab
8. Juwairiyah binti Al-Harits
9. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan
10. Shafiyah binti Huyai bin Akhthab
11. Maimunah binti Al-Harits
12. Jamilah
13. Jariyah
BIOGRAFI RINGKAS ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah binti Khuwailid
Tahun kelahiran : 555 M
Tahun kewafatan : 619 M
Wafat pada usia : 65 tahun
Dimakamkan di :
Keturunan : Bani Hasyim
Nama bapa : Khuwailid ibn Saad
Nama ibu : Fatimah binti Za’idah
Menikah dengan Rasulullah SAW pada umur : 40 tahun
Umur Rasulullah SAW ketika menikah dengannya : 25 tahun
Anak-Anak Rasulullah SAW bersama Khadijah:
Al-Qasim bin Muhammad
Abdullah bin Muhammad
Zainab binti Muhammad
Ruqayyah binti Muhammad
Ummu Kaltsum binti Muhammad
Fatimah binti Muhammad
Kisah pernikahan : Khadijah melamar Rasulullah SAW dikeranakan akhlak baginda yang sangat terpuji. Pada masa itu Rasulullah SAW bekerja dengan Khadijah dan kejujuran Rasulullah SAW selama bekerja dengannya membuatkan beliau tertarik padanya. Kesemua anak Rasulullah SAW dilahirkan olehnya sementara istri- istri Rasulullah SAW yang lain tidak.
2. Saudah binti Zama’ah
Tahun kelahiran : 589 M
Tahun kewafatan : 54 Hijrah atau 674 M
Nama bapa : Zama’ah bin Qois bin Abdu Syams
Nama ibu : Samusy binti Qois bin Zaid An Najjariyah
Keturunan : Bani Quraisy dan Suku Najjar
Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Ramadhan tahun ke-10 kenabian.
Kisah pernikahan : Beliau adalah wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah wafatnya Sayyidatina Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya istri Rasulullah SAW selama 3 tahun sebelum baginda menikah dengan Aisyah binti Abu Bakar.
3. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq
Tahun kelahiran : 613/ 614 M
Tempat kelahiran : Mekah, Hijaz
Tahun kewafatan : 17 Ramadhan 58 hijrah atau 13 Julai 678 M
Wafat pada usia : 67 tahun
Dimakamkan di : Jannatul Baqi, Madinah
Nama Bapa : Abu Bakar As-Shiddiq
Nama Ibu : Ummi Ruman
Menikah dengan Rasulullah pada usia : 6 atau 7 tahun
Usia Rasulullah saat menikah dengannya: 50 tahun.
Kisah pernikahan : Rasulullah SAW menikahi Aisyah pada tahun Ke-2 Hijrah dan pada waktu itu beliau masih berumur 9 tahun. Sebelumnya Rasulullah SAW telah melaksanakan akad nikah dengannya pada tahun ke-3 sebelum Hijrah dan pada waktu itu beliau masih di usia 6 tahun. Baginda memberi kepadanya mahar sebesar 400 dirham.
4. Hafsah binti Umar bin Al-Khattab
Tahun Kelahiran : 605 M
Tempat kelahiran : Mekah
Tahun kewafatan : Tahun ke-47 Hijrah atau 665 M
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Nama bapa : Umar bin Al-Khattab
Nama ibu : Zainab binti Madh’un
Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Tahun ke-3 Hijrah
Menikah dengan Rasulullah SAW pada usia : 20 tahun.
Kisah pernikahan : Rasulullah SAW melamar Hafsah melalui bapanya iaitu Umar bin Al-Khattab dan baginda menikahinya pada tahun ke-3 hijrah. Pada suatu hari, Rasulullah SAW sempat berfikir untuk menceraikan Hafsah akan tetapi datang malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW dan mengatakan, “ Janganlah kamu menceraikannya, sesungguhnya dia adalah wanita yang rajin berpuasa dan menunaikan solat malam, dan dia adalah istrimu kelak di syurga.”
5. Zainab binti Khuzaimah
Tahun kelahiran : Tahun ke-13 sebelum kenabian / 595 M
Tempat kelahiran : Mekah
Wafat pada usia : 30 tahun
Tahun kewafatan : Rabiul Akhir tahun ke-4 hijrah / September 625 M
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Mempunyai gelaran : Ummul Masakin
Nama bapa: Khuzaimah bin Haris
Nama ibu : Hindun binti Auf.
Kisah pernikahan : Rasulullah SAW menikahinya pada tahun ke-3 Hijrah setelah suaminya yang bernama Ubaidah bin Harits syahid di perang badar pada tahun ke-2 Hijrah.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umayyah
Tahun kelahiran : Tahun ke-24 sebelum hijrah / 580 M
Tempat kelahiran :
Wafat pada usia : 84 tahun
Tahun kewafatan : 61 hijrah / 680 M
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Nama bapa : Abu Umayyah bin Al Mughirah
Nama ibu : Atikah binti Amir
Rasulullah tinggal bersamanya pada: Tahun ke-4 Hijrah.
Kisah pernikahan : Ummu Salamah menikah dengan Rasulullah SAW pada usia 29 tahun. Hanya isteri baginda yang keenam dan ketujuh (iaitu Ummu Salamah dan Zainab) yang merupakan sepupu baginda yang beliau kenal sejak kecil. Ummu Salamah merupakan seorang janda dan mempunyai tiga anak kecil dan mengandungkan pula anak keempat semasa perkahwinan dengan Rasulullah SAW
7. Zainab binti Jahsy bin Rayyab
Tahun kelahiran : Tahun ke-33 sebelum Hijrah
Tempat kelahiran : Mekah
Tahun kewafatan : Tahun ke-20 Hijrah
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Nama asal : Barrah (terdapat pada HR. Muslim)
Nama bapa : Jahsy bin Ri’ab
Nama ibu : Umaimah binti Abdul Muthalib.
Kisah pernikahan : Sebelum menikah dengan Rasulullah SAW , beliau telah dinikahkan oleh Rasulullah SAW dengan anak angkat baginda yang bernama Zaid. Sebelumnya, Rasulullah telah mendapat wahyu dari Allah SWT bahwa Zaid akan menceraikan istrinya dan Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW untuk menikahkan Zaid dengan Zainab. Lalu tidak lama selepas itu Zaid pun menceraikan Zainab dan Rasulullah SAW pun menikahinya.
8. Juwairiyah binti Al-Harits
Tahun kelahiran : Tahun ke-15 sebelum Hijrah / 608 M
Tempat kelahiran :
Tahun kewafatan: Tahun ke-56 Hijrah / 676 M
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Keturunan : Bani Al-Musthaliq
Nama bapa : Al-Harits bin Dharar
Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Tahun ke-5 / ke-6 ( dua pendapat).
Kisah pernikahan : Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, Rasulullah SAW hendak membangun hubungan antara kaum muslimin dan non-muslim. Salah satu kaum di Madinah yang bernama Bani Al-Mustholiq ini membuat hubungan dan suku-suku Arab untuk menyerang kaum muslimin dan pada akhirnya terjadilah peperangan. Rasulullah SAW memerintah kaum muslimin untuk terus menyerang hingga pasukan musuh kocar kacir. Pada saat itu Juwairiyah merupakan salah satu tawanan perang. Beliau mengajukan pembebasan diri agar menjadi merdeka kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menawarkan dirinya untuk menikahi beliau dan akhirnya beliau menikah dengan Rasulullah SAW. Dari pernikahan tersebut Juwairiyah telah memerdekakan 100 keluarga dari bani Musthaliq.
9. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan
Tahun kelahiran : Tahun ke-25 sebelum hijrah / 589 M
Tempat kelahiran : Mekah
Tahun kewafatan : 666 M
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Nama bapa : Abu Sufyan ibn Harb
Nama ibu : Safiyyah binti Abi Al-Ash.
Menikah dengan Rasulullah pada : Tahun ke-7 Hijrah.
Kisah pernikahan : Sebelum menikah dengan Rasulullah SAW beliau adalah istri kepada Ubaidillah bin Jahsyin. Mereka ikut berhijrah ke Madinah dan mengikuti gelombang yang ke-2. Pada saat di Madinah, suaminya berpindah ke agama Nasrani dan meninggal sebagai seorang yang berpegang kepada agama Nasrani dan dia tetap beragama Islam. Pada suatu hari Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada Ummu Habibah untuk menyatakan bahwa baginda mahu menikahinya dan pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Ummu Habibah pun terjadi pada tahun ke-7 Hijrah. Pada saat itu Ummu Habibah berusia 37 tahun.
10. Shafiyah binti Huyai bin Akhthab
Tahun kelahiran : Tahun ke-9 sebelum Hijrah / 613 M
Tempat kelahiran: Madinah
Tahun kewafatan: Tahun ke-50 Hijrah / 670 M
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Nama bapa : Huyai binti Kaab
Nama Ibu : Barrah binti Samaual
Keturunan : Bani Israil dan merupakan keturunan Nabi Harun bin Imran AS
Menikah dengan Rasulullah SAW pada usia : 17 tahun.
Kisah pernikahan : Shafiyah merupakan salah seorang tawanan perang pada saat perang Khaibar. Pada suatu hari Rasulullah SAW memberikan tawaran kepada Shafiyah sama ada masuk Islam dan menikah dengan baginda atau tetap beragama yahudi dan dibebaskan. Shafiyah pun memilih untuk memeluk agama Islam dan menikah dengan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW menikahinya ketika pulang dari perang Khaibar menuju Madinah.
11. Maimunah binti Al-Harits
Tahun kelahiran : Tahun ke-29 sebelum Hijrah / 593 M
Tempat kelahiran: Mekah
Tahun kewafatan: Tahun ke-51 Hijrah / 671 M
Dimakamkan di : Jannatul Baqi
Nama bapa : Al-Harits bin Hazn
Nama Ibu : Hind binti Auf bin Zuhair
Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Tahun ke-7 Hijrah.
Kisah pernikahan : Beliau merupakan ibu saudara kepada Khalid bin Walid dan Abdullah bin Abbas. Saudara perempuannya bernama Ummu Fadhl dan merupakan isteri kepada Abbas bin Abdul Muthalib yang merupakan bapa saudara Rasulullah SAW. Beliau adalah wanita pertama yang memeluk Islam selepas Khadijah. Rasulullah SAW menikahinya pada tahun ke-7 Hijrah. Baginda memberikan emas kahwin sebesar 400 dirham kepada Maimunah.
Sumber Rujukan
Wanita-wanita terkemuka- m.republika.co.id
Mengenal istri nabi Muhammad- m.merdeka.com
Kisah pernikahan Nabi Muhammad dengan Khadijah- m.republika.co.id

Copy and paste:
10.5.2023 > 19 Syawal 1444H: 11.32 am
ll reac

"DAMASCUS - Pedang Paling Tajam di Muka Bumi dan Terkuat Sepanjang Sejarah

Posted by : Rozza Zainal > FB PERISTIWA N'SEJARAH

KETIKA berlangsungnya Perang Salib, pasukan tentera Eropah telah dikejutkan dengan kehebatan pedang yang dimiliki oleh pasukan tentera yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayubi. Pedang tersebut bukan sahaja mampu menembusi baju zirah tentera Salib, bahkan turut berupaya memotong pedang pihak musuh. Ini lah pedang Damascus, senjata legenda yang dikisahkan sebagai pedang paling tajam dan sempurna di dunia.
Sebelum meriam dicipta, sebelum pistol dan senapang menjadi teman manusia, pedang adalah senjata yang digunakan sejak zaman berzaman oleh pahlawan terdahulu. Pada ketika itu, memiliki pedang diibaratkan seperti memiliki maruah bagi seorang lelaki.
Nyawa seorang kesateria zaman silam lebih banyak bergantung pada mata pedang. Justeru, senjata ini telah menjadi sesuatu yang sangat bernilai pada zaman itu. Dengan kata lain, pedang yang kuat dan tajam akan sentiasa menjadi rebutan kerana ia adalah penentu hidup mati seorang pahlawan perang dan salah satu pedang yang di anggap sebagal legenda dalam sejarah peradaban manusia ialah pedang Damascus. la diakui sendiri oleh kebanyakan pakar metalurgi dunia sebagai pedang paling tajam di muka bumi.
Antara ilmuwan moden yang turut mengiktiraf kehebatan pedang ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari Jabatan Kejuruteraan dan Sains Bahan, lowa States University Amerika Syarikat, Profesor John D. Verhoeven. Beliau telah menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan pedang Damascus dalam majalah Scientific American yang telah diterbitkan pada edisi Januari 2001.
Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus ini merupakan senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika Perang Salib Ketiga sekitar penghujung kurun ke-12. Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jerusalem dari pada cengkaman puak salib selama hampir seratus tahun lamanya.
Dikatakan, salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan hanya sekali libasan. la berupaya untuk menembusi baju zirah, memotong pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya. Pedang ini dianggap lebih hebat daripada pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Bahkan, ketajamannya turut ditafsirkan mampu untuk membelah sutera mahupun rambut ketika di udara.
Ia berupaya untuk menembusi baju zirah, memotong pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya
Secara fizikalnya, pedang Damascus ini nipis dan boleh lentur dengan sedikit bengkok di bahagian hujungnya. Seni pembuatannya be gitu halus dan pada permukaan bilah terdapat corak alunan mengufuk yang menunjukkan ia diperbuat daripada beberapa material. Alunan ini telah di percayai menjadikan pedang tersebut benar-benar kukuh dan tajam.
Pedang buatan Damsyik yang turut dikenali sebagai pedang Persia ini telah membuatkan peradaban Barat ketika itu terdiam dan kagum. Mereka cuba mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kehebatan pedang Damascus. Setelah beberapa siri kajian dilakukan, mereka percaya bahawa pedang ini dihasilkan daripada material istimewa yang diimport khas dari India sehingga membuatkan ia benar benar kuat dan tajam. Bagaimanapun, teknik pembuatannya begitu rahsia dan hanya beberapa orang sahaja tukang besi di Damsyik yang mampu menghasilkan pedang Damascus.
Menjelang kurun ke-21, pedang ini terus tercatat sebagai salah satu senjata legenda zaman silam. Disebabkan status legenda itu sendiri, ramai pengkaji moden telah tampil untuk meneliti sendiri sejauh mana keistimewaan pedang ini.
Pada tahun 2006, kehebatan pedang Damascus telah dibongkar oleh Profesor Dr. Peter Paufler dan pasukan penyelidiknya dari Universiti Teknikal Dresden, Jerman apabila mereka menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan Salib. Tiub karbon nano inilah yang telah menjadikan pedang pedang pejuang Islam ini sangat istimewa dengan kelebihan sangat tajam tetapi mudah lentur. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal saintifik Nature pada tahun yang sama.
Menurut Dr. Peter Paufler, kunci kepada teknologi nano pedang ini terletak kepada teknik pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon yang memberikannya sifat rapuh.
Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi sekitar 800 darjah Celcius, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan, yakni tajam dan lentur.
Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap selepas kurun ke-18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi. Penempa-penempa pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan dua asas penting kepada permulaan sains bahan moden. Pertama, campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan kedua, teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan sebilah pedang.
Bagaimanapun, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, mata tombak dan pisau buatan Damsyik yang kini sekadar menjadi bahan pameran muzium di seluruh dunia.
Artikel ini ditulis Oleh Mohd Hafiz Mohamed Sakmi
Sumber artikel : JAGADITA
Copy and paste:
10.5.2023 > 19 Syawal 1444H: 11.26 am