Sunday, 9 April 2023

Gunung Jerai asal sebuah pulau

SUMBER: HARAKAH DAILY > 27 OGOS 2021

GUNUNG Jerai setinggi 1,217 meter 18 Ogos lalu menarik perhatian seluruh negara bersebab dengan amukannya yang telah memakan enam korban nyawa. Dalam sejarah pengislaman Raja Kedah Tua, Phra Ong Mahawangsa pada 1136 Masihi oleh seorang ulamak dari Yemen, Syeikh Abdullah Al Qumairy, diceritakan bahawa sebuah menara azan telah dititahkan untuk dibina di puncak Gunung Jerai.

Syeikh Abdullah al Qumairy sebenarnya adalah utusan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang turut mengutuskan sahabat-sahabatnya ke Eropah dan Afrika bagi tujuan dakwah Islamiyyah. Selain sebagai tanda syiar Islam, menara itu juga dikatakan akan berfungsi sebagai rumah api atau penunjuk arah bagi kapal-kapal yang berlayar di Selat Melaka.

Bukankah pelik lagi meragukan untuk sebuah menara azan dibina di puncak Gunung Jerai sedangkan istana atau pusat pentadbiran kerajaan ketika itu berpusat di Bukit Meriam, Kota Kuala Muda hari ini. Jika mahu dikira perjalanan melalui laut, jarak dari Kuala Muda (yang pada zaman dahulu dikenali sebagai Kota Arung Arungan) ke Tanjung Jaga atau Singkir Laut di kaki Gunung Jerai bukanlah dekat.

Ini yang memusykilkan sedangkan banyak catatan sejarah menyatakan bahawa Raja Phra Ong Mahawangsa atau Maharaja Derbar Raja yang setelah diislamkan bertukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah menitahkan Syeikh Abdullah mendirikan menara azan di puncak Gunung Jerai. 

Jika dilihat pada situasi hari ini, memang meragukan, namun Gunung Jerai pada zaman itu bukanlah seperti sekarang. Gunung Jerai asalnya adalah sebuah pulau. Pulau itu — Pulau Serai — pada masa terpisah daripada tanah besar Semenanjung oleh sebuah selat yang kini sudah tidak wujud. Selain selat, kawasan sekitar Merbok dan Bedong juga pada zaman dahulu terdapat banyak teluk, antaranya Teluk Merbok dan juga sungai-sungai.

Sungai Merbok (dikenali sebagai Sungai Merpah pada zaman dahulu) adalah sungai yang paling besar selain terdapat juga Sungai Merbok Kechil dan beberapa sungai lain. Selat itu dikatakan merentasi sungai-sungai di sekitar Bedong dan memasuki aliran anak-anak sungai di Utara sekitar Gurun dan Guar Chempedak sekarang.

Dalam tempoh ribuan tahun, selat itu kemudiannya lenyap digantikan dengan dataran berpaya. Bukti pernah wujudnya selat ini kata pengkaji Nabil Nadri dapat dilihat pada aliran Sungai Bongkok dan taburan tasik-tasik semulajadi di lereng Timur kaki Gunung Jerai.

Lama kelamaan, apabila berlaku mendapan dan paras air semakin lama semakin tohor, akhirnya laut mengering meninggalkan dataran berpaya yang kemudian ditebus guna menjadi kawasan sawah hari ini. Seorang sami China dari Dinasti Tang, I Tsing mencatatkan bahawa ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Serai dalam Kerajaan Kedah masa itu. Dalam catatannya, I Tsing menyebut Pulau Serai dengan panggilan Pu Lo Shi. Sami itu singgah di Kedah pada 671 Masihi dalam pelayaran ke India.

Di sebelah Selatan, Sungai Muda yang jadi sempadan Kedah – Pulau Pinang hari ini, suatu ketika dahulu tidak wujud kualanya sebagaimana sekarang. Bahagian hilir yang mengalir ke kuala terbentuk daripada pengorekan (buatan manusia), bukan semulajadi.

Dalam buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah tulisan Muhammad Hassan Dato’ Kerani Arshad, halaman 15, dinyatakan bahawa kali pertama kerja pengorekan dilakukan ketika era pemerintahan Sri Paduka Maharaja Kerma. Laluan baharu itu dikorek bermula dari Permatang Pasir melalui Kota Arung Arungan (Kota Kuala Muda hari ini).

Tujuan sungai baharu itu dibentuk adalah bagi memudahkan urusan orang ramai kerana fungsi sungai sebagai pengangkutan utama sedangkan Kota Arung Arungan asalnya berjarak jauh dari sungai atau laut.

Sebelum itu, aliran asal Sungai Simpor daripada aliran Sungai Muda mengalir terus ke Sungai Merbok dan berkualakan di Kuala Sungai Merbok. Apabila aliran baharu yang ketika itu dinamakan Sungai Kuala Muda (mengikut Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah, sekarang Sungai Muda), aliran Sungai Simpor ditutup dengan batu.

Berbalik pada cerita yang menyatakan Gunung Jerai berasal daripada sebuah pulau, maka munasabahlah untuk diterima kebenaran titah Sultan Muzaffar Shah kepada Syeikh Abdullah untuk didirikan sebuah menara azan yang juga rumah api di Pulau Serai (bukan Gunung Jerai).

Selain itu, jika diambil kira soal jarak dengan kewujudannya sebagai sebuah pulau (tidak perlu mendaki), tidaklah jauh mana dari Bukit Meriam ke Pulau Serai melalui laluan laut. Untuk melihat Gunung Jerai tertegak sebagai paras kedua tertinggi muka bumi di Kedah (selepas Gunung Bintang Hijau) hari ini, pelbagai perubahan telah berlaku yang mengubah rupanya daripada sebuah pulau kepada sebuah gunung.

Bukanlah cerita asing juga mengenai penemuan fosil daripada kerangan laut yang dijumpai di gunung itu (bukan kulit kerang orang berkelah) sebagai bukti asal Gunung Jerai sebuah pulau. Justeru ada kemungkinan kawasan sekitar Yan hari ini, Singkir, Merbok, Pengkalan Kakap, Pengakalan Bujang sama ada berada di dasar laut ketika itu ataupun mungkin berupa tanjung atau pulau.

Satu cerita lagi mengenai Gunung Jerai, banyak diceritakan orang mengenai kononnya terdapat harta karun yang disumpah Sang Kelembai. Cerita ini dikaitkan dengan kewujudan bongkahan batu berupa kapal dikenali sebagai Batu Kapal. Mengikut periwayat cerita legenda yang dikatakan Sang Kelembai itu ialah seorang ulamak sufi bernama Syed Hussin Jamadil Kubra. 

Syed Hussin adalah keturunan Rasulullah S.A.W yang berasal dari India, telah berhijrah ke Nusantara untuk berdakwah. Beliau memulakan kerja dakwah di Kerajaan Samudera Pasai, kemudian berhijrah ke Kota Jiddah, Kelantan pada 1350 Masihi.

Semasa dalam pelayaran ke Kota Jiddah, kapal dinaikinya hampir karam lalu beliau berdoa kepada Allah. Kemudian datang ikan kacang-kacang telah menyumbat lubang yang bocor itu. Sebagai tanda syukur, Syed Hussin membuat keputusan untuk mendirikan masjid berhampiran tempat kejadian. Itulah Masjid Kampung Laut Tumpat, yang dibina tanpa paku. 

Dalam peristiwa itu Syed Hussin bersama rombongannya juga telah diperlihatkan dengan peristiwa aneh seekor tupai putih memakan umbut buluh betong. Daripada keluarga beliaulah lahir ulamak-ulamak besar Nusantara termasuk Maulana Sheikh Ibrahim, salah seorang daripada Wali Songo dikenali sebagai Sunan Gresik, Sunan Ampel, Sunan Kalijaga dan Sunan Giri. Syed Hussin juga dikatakan pengasas kesultanan Brunei Darussalam.

Dikatakan semasa dalam pelayaran, kapal dinaiki Syed Hussin singgah berlabuh di Pulau Serai. Malangnya kapal itu telah ‘tersangkut’ atau mengalami kerosakan yang menyebabkannya tak dapat keluar dari situ. 

Setelah beberapa lama tersadai, penduduk tempatan berebut mengambil barangan yang ditinggalkan. Bagi mengelak orang ramai berpusu-pusu dan berebut-rebut, Syed Hussin dengan karamahnya telah menyumpah kapal itu dengan seluruh isinya menjadi batu. Wallahua’lam.

Semasa bekerja mendirikan menara azan sebagaimana dititahkan Sultan Muzaffar Shah, Allah S.W.T telah mentakdirkan berakhirnya hayat Syeikh Abdullah Al Qumairy. Diriwayatkan bahawa meninggalnya Syeikh Abdullah telah diziarahi oleh wali Allah dari Baghdad, Syeikh Abdul Qadir Jailani (mungkin hadir secara kerohanian).

Syeikh Abdul Qadir Jailani juga telah menyampaikan watikah kepada Sultan Muzaffar Shah selaku Khalifah Islam bagi Negeri Kedah. Jika anda berkunjung ke Gunung Jerai dan dengar disebut orang mengenai Telaga Tok Syeikh atau lain-lain yang dikaitkan dengan Tok Syeikh, ketahuilah bahawa itu semua ada kaitan dengan Syeikh Abdullah. Batu Kapal pula ada kaitan dengan Syed Hussin Jamadil Kubra, bukan Sang Kelembai.

Sekian.

Wallahua’lam.

Kapsyen.

1. Gambar Gunung Jerai dari rumah saya. Setiap kali melihat puncak gunung dilitupi awan tebal, saya berasa bimbang kalau kalau kejadian tidak diingini berulang. Moga dilindungi Allah.

2. Gambar puncak Gunung Jerai atau Kedah Peak yang berbalam dilitupi awan dan kabus tebal dari Kelab Golf Permaipura, Bedong pagi tadi.

MUHAMAD MAT YAKIM – HARAKAHDAILY 27/8/2021


Sumber Asal: https://www.facebook.com/596018318/posts/10159796916938319/

Pedang Rasulullah SAW Dari Kedah Tua

SUMBER: INSTITUTE OF TRADITIONAL ISLAMIC STUDIES
16 APRIL 2022

Di dalam Istana Topkapi di Turki, terdapat sebilah pedang milik Rasulullah S.A.W. Ianya adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa itu dan merupakan pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain dari segi pembuatannya berasaskan teknologi pamor keris (teknologi campuran aloi besi) yang juga dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat.
Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya. Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang bergelombang’.
Pedang itu bernama Qala’i, berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua yang disebut oleh Idrisi. Ahli geografi Arab era Abbasiyah dalam kitabnya Al-Rujjar (Nuzhat Al-mushtaq Fi’khtiraq Al-afaq) dan Abu Dulaf Iaitu Pengembara dan pemuisi dari Bukhara yang catatannya (al-Risalah) terkumpul dalam Majmu’ fil-jughrafiyya pada tahun 940 Masehi.
Pedang ini asalnya dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa, iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah. Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah?
Mengapa dalam banyak-banyak pedang, Pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi S.A.W ? Lantas Nabi S.A.W sendiri memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu.
Cuba kaji asal-usul ‘mereka’ itu dan anda akan terkejut kerana perdagangan orang Melayu melepasi 300 tahun Sebelum Masehi. Bagi yang mengkaji dan meminati sejarah mungkin tidak hairan, kerana usia tapak arkeologi Sungai Batu kini sudah mencapai 500 tahun sebelum Masehi dan ia masih ‘mengira’.
Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak menyebutkan bahawa Abdul Muttalib telah menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i ketika menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail A.s.
Setelah mendapat alamat melalui mimpi. Riwayat-riwayat itu termasuk:
1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi
Di sini kita menemui item yang sama, Pedang Qala’i buatan dari Kedah Tua, yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan tapak pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.
Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.
Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf dan dikomentar oleh al-Biruni, terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia!
Pertama pedang Yaman. Yang kedua pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.
Namun ahli geografi terkenal Iaitu Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.
Dan seorang lagi sarjana tersohor Islam Iaitu Al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab, sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’.
“Apabila saya sampai di Kalah (Kedah), saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…” - Abu Dulaf 940 Masehi.
"..when a sword is made from Qala'i and tempered in Yemen,beware it!.. (al-Jahiz)
Masih banyak lagi rahsia di alam Melayu ini yang belum dirungkai dan dijumpai. Itu tugas kita bersama demi mengungkap dan mencari kebenaran kehebatan Alam Melayu yang telah ditutup dan dimanipulasi banyak pihak termasuk penjajah.
Kita bongkarkan sama-sama dan tunjukkan kepada anak cucu cicit kita betapa hebatnya orang Melayu dahulu...
Kredit: Firqah Najiyah

Copy and paste: 9/4/2023 : 18 Ramadan 1444H: 12.39 pm


SUNGAI BATU PAGE

RESOURCE: SUNGAI BATU 788 BC : THE GREAT KINGDOM OF KEDAH TUA
18 MAY 2022

This Page was established as to bring the history of Sungai Batu thru archaeological, historical , literature, research paper etc. As independent writer and enthusiast we are not bind to any academic discipline, but we bow to the intellectual principle. The archaeologist will present their case accordingly to the material culture found. If any historical record found, but it does not supported by material culture or physical evidence, the archaeologists are reluctant to comment in depth or to give any conclusion. The classic example is Kota Gelanggi. Historian might found several different records and narrative that supported each other, and they might conclude that the existence of particular entity was real and absolute, but not for archaeologist. As a writer and enthusiast, we appreciate both.
Although our spectrum is about Kedah Tua but our thread is Sungai Batu, Bujang Valley circa 5th BCE and earlier. With abundant of material culture left in Sungai Batu Archaeological Complex, there were so many aspects to be uncover and it has force us to turn to various aspects of civilisation. Therefore, in certain aspects we have to refer to later era as to understand what was happened 2500 years ago. For example, we can’t find how the port of Sungai Batu operated and their taxes mechanism or how those tuyeres were made in Sungai Batu iron smelting industry. Therefore we have to refer to later era such Kedah Law, Undang-Undang 1060 Hijri, Tembera’ Dato Seri Paduka Tuan 1078 Hijri, Hukum Kanun Dato Kota Setar etc to obtain significant clue how was the ports and other laws operated in ancient time. We also found how the traditional African iron smelter fabricate their tuyere where they claim that was how their ancestors produced the tuyere thousands of years ago. Although we had no evident of the link between ancient African smelter with Sungai Batu smelter, but since both have showed the similar design of tuyere, thats allowed us to speculate how was the tuyere in Sungai Batu were made.
(Although this Page is one man show, but Admin prefer to use ‘we’ since its not only represent Admin’s interpretation, but also came from the academic discourse)
Despite lacking of written evidence pertaining to Sungai Batu, it is our obligation to establish the narrative. The earliest carbon dating was 788 BC (8th century BC). Some academician have doubt about it that seems does not fit the earlier findings or narratives. It is more on academic issue but not of carbon dating or lab result which is straight forward and clear cut. Therefore, in order to establish the narrative, we need to know the major reasons that lead human to travel from one point to another, from one continent to another, from north to south, from west to east and so on. We found out that the major reason was trade and wealth. It was known that Spice Route began 5000 years ago, Maritime Silk Route more than 2000 years ago, Cinnamon Route about 4000 years ago. All those route was about trade and wealth, and one thing in common, it was all about Southeast Asia and Straits of Malacca while Bujang Valley, Teluk Kedah Tua, Sungai Batu was the strategic zone as entry and exit point.
Almost hundred years ago, Shroder (1928), a German scholars have shown an evidence of Phoenician contact in north Sumatera in 7th century BC. Shroder wrotes about the the identical of Phonecian letters and the Bataks. Phoenician was a great seafarer who control almost all trading ports in Meditterranean. What have made the Phoenician traces found in north Sumatera if not because of trades and wealth. Years ago,an Indonesian personality talk about Armenian in Sumatera, but we think what he meant was Aramean, the people who spoke Aramaic, not Armenian. Aramaic language rooted from Phoenician where both were Semitic. Rejang letters in Sumatera also said to have semitic influence. We are not the expert, and still searching for strong clues and evidence pertaining to the subject.
Taylor (1976) also explained how the Phoenician involve in commodity that came from South East Asia and bring them into Red Sea, Levant and Meditteranean. Cassia, clove, camphor, agarwood was among popular commodity from South East Asia that reached as far as Levant and Mesopotamia. Seland (2014, 2016), Hoogervorst (2015) also mentioned the significant of Spice Route, Cinnamon Route and SeAsia maritime supremacy thousands of years ago in trans-oceanic and inter-continent trade.
Seland (2005), explainimg the influence of Malayo-Polinesia language that spoken by Malagasy people, the native of Madagascar Island. People from South East Asia came to Madagascar in two waves, first, during the establishment of Cinnamon Route in 2nd millenium BC and second wave during Srivijaya time. The Srivijaya armada came to Madagascar as invasion campaign but only to found out that the people of the island speaks the similar language with theirs.
Therefore, to uncover the hidden history of Sungai Batu, Bujang Valley, we have to look from broader perspective, it was not a strange thing to realise that Kedah Tua, Bujang Valley played an important role 3 or 4 thousand years ago.
As we know Sungai Batu producing iron ingot, the searching could lead us to find out what was actually happened 2800 years ago in Malay Peninsula.
As we know, Sungai Batu was an iron ingot exporter, the searching could lead to other civilised nation that requires great amount of iron for their armament.
As we know the existence of wharves, large bay and ports in Kedah Tua, the searching could lead to inter continental maritime trade that involved several renowned polities, countries and civilisations. The searching also lead us to navigation knowledge and ship building.
As we know the Malay Peninsular and Islands of South East Asia rich with spices, aromatic and exotic item, the searching could lead to the pharaoh, kings, emperor, kaiser, kisra courts. The searching could also lead to diplomatic affair, alliance and hostile among the states and nation.
It was no strange to acknowledge that Kedah Tua was a great kingdom, there was a civilisation exist at least 2800 years ago. Civilisation that begins in Sungai Batu was the birthplace of Kedah Tua kingdom.

Copy and paste: 9/4/2023 > 18 Ramadan 1444H: 12.21 pm


Saturday, 8 April 2023

Tentera Jepun Yang Benar-Benar Terakhir Menyerah Kalah

Oleh : The Patriots > 29 Mac 2023
Posted by Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH


Selalu kita dengar cerita mengenai Leftenan Hiroo Onoda yang menyerah diri selepas 29 tahun bila pegawai atasan dia datang semula untuk perintahkan Onoda menyerah diri. Ada lagi seorang tentera yang jarang kita dengar nama dia disebut. Yang terakhir daripada yang terakhir, Prebet Teruo Nakamura menyerah diri pada 18 Disember 1974.
Teruo Nakamura dilahirkan pada 8 Oktober 1919 di Taiwan, berketurunan Amis, salah satu suku orang Asli Taiwan. Dibesarkan dalam kemiskinan. Beliau menyertai Unit Sukarelawan Tentera Imperial Jepun pada November 1943. Nakamura ditugaskan di Pulau Morotai di Hindia Belanda (kini Indonesia).
Pada 15 September 1944, berlaku pertempuran berdarah apabila tentera Amerika dan Australia menyerang dalam misi yang dipanggil sebagai Pertempuran Morotai dan Nakamura telah dianggap terkorban sebab takde rekod beliau serah diri. Tapi sebenarnya beliau bersama beberapa askar Jepun yang lain bersembunyi di dalam hutan. Bersedia untuk melakukan perang gerila seperti yang diperintahkan oleh pegawai atasan.
Beberapa bulan kemudian, ramai askar Jepun yang telah ditangkap, menyerah diri dan mati akibat penyakit serta kebuluran. Nakamura dan sekumpulan kecil askar yang lain tetap terus mengikut arahan walaupun takde cara berkomunikasi dengan dunia luar.
Selama 12 tahun, mereka tak tahu perang dah tamat. Bila risalah-risalah yang isytiharkan Jepun dah menyerah kalah, Nakamura ingat ni semua propaganda musuh. Kapal terbang perang selalu terbang atas pulau tu membuatkan diorang lagi yakin perang masih tak tamat. Padahal ada pangkalan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia dekat sana dan yang Nakamura tengok hari-hari tu hanyalah latihan terbang harian.
Pada 1956, Nakamura bergerak sendirian. Beliau bina pondok, tanam ubi keledek dan makan pisang untuk survive. Nakamura berkawan dengan orang tempatan bernama Baicoli. Baicoli ni banyak bantu dia dengan bagi keperluan asas.
Bila Baicoli ni meninggal dunia, dia wasiat supaya Nakamura jaga anak dia. Lama-kelamaan kesihatan Nakamura merosot, anak Baicoli ni memaklumkan dekat pihak berkuasa tentang lokasi Nakamura. Kebetulan, seorang juruterbang nampak pondok Nakamura yang ada atas pulau tu.
Kerajaan Indonesia bekerjasama dengan Kedutaan Jepun untuk laksanakan misi pencarian. Pasukan mencari dan menyelamat kibarkan bendera Jepun dan nyanyi lagu kebangsaan Jepun untuk tarik perhatian Nakamura. Nakamura muncul di usia 55 tahun dalam keadaan telanjang dan letih. Mungkin sebab penat cari sumber bunyi lagu tu.
Nakamura dibawa ke hospital di Jakarta dan kemudiannya dihantar pulang ke Taiwan bertemu keluarganya semula. Bila beliau pulang je, barulah dia tahu mak bapak dia dah meninggal dunia, anak lelaki dia yang dia tinggalkan masa bayi dah ada 4 anak dan bini dia pun dah kahwin lain sebab fikir Nakamura dah mati.
Timbul pula isu pasal pencen Nakamura ni. Taiwan yang dulunya bawah jajahan Empayar Jepun dah berada bawah tadbir urus Republik China. Kerajaan Jepun tak rasa yang Nakamura perlu dapat pencen sebabnya dia bukan warganegara Jepun secara teknikal.
Ramai orang yang bantah sebab masa Hiroo Onoda serah diri beberapa bulan sebelum, macam-macam manfaat beliau dapat. Kerajaan Jepun beralasan yang Onoda ni warganegara Jepun dan berpangkat pegawai. Sedangkan Nakamura ni tak lain hanyalah seorang sukarelawan.
Kerajaan Taiwan mendermakan sejumlah 4,250,000 Yen Jepun kepada Nakamura. Jumlah dia menghampiri apa yang diterima Onoda. 4 tahun kemudian, Nakamura menghembuskan nafas terakhir disebabkan oleh kanser paru-paru.
Artikel dikirimkan oleh Azizul Farhan untuk The Patriots.
Sumber artikel : The Patriots

Copy and paste:
8/4/2023 > 17 Ramadan 1444H: 11.23 am

Friday, 7 April 2023

MISTERI MARY CELESTE

Oleh Mastika > 28 Mac 2023
Posted by Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH

MARY CELESTE merupakan nama sebuah kapal yang masih menimbulkan misteri sehingga ke hari ini. Kehilangan kesemua anak kapal yang ghaib entah ke mana terus menjadi tanda tanya.
Mary Celeste adalah sebuah kapal dagang yang didaftarkan di bawah kerajaan British pada tahun 1861. Pada saat ia mula dilancarkan, kapal ini bernama Amazon. Setelah ia bertukar pemilik, kapal ini diubah suai dengan imej baru dan dinamakan sebagai Mary Celeste.
Pada 7 November 1872, Mary Celeste belayar dari New York menuju ke Genoa, Itali. Diketuai oleh Kapten Benjamin Brigss, kapal ini membawa 10 orang kru termasuk kapten bersama isteri dan anaknya, dengan lebih 1,700 tong arak. Namun, Mary Celeste tidak pernah sampai ke lokasi yang ditujui.
Hampir sebulan kemudian iaitu pada 4 Disember, Mary Celeste ditemui terapung tanpa arah berdekatan antara Azores dan pesisir pantai Portugal. Kapten David Morehouse yang mengemudi kapal Dei Gratia menemui kapal ini semasa melalui perairan tersebut.
Berasa hairan dengan keadaan Mary Celeste yang mencurigakan, Kapten David dan krunya mendekati kapal tersebut. Apa yang aneh, tiada sesiapa di dalam Mary Celeste. Tidak ada sebarang tanda kapal itu diserang atau dirompak. Tiada kerosakan, malah susun atur barangan atas kapal itu juga tersusun dan kemas. Jadi, ke mana penghuni kapal Mary Celeste menghilang?
Teori paling logik yang dikaitkan ialah berkemungkinan kru kapal Mary Celeste telah keluar dari kapal tersebut menaiki bot keselamatan. Ini kerana, hanya bot tersebut yang didapati hilang dari kapal itu.
Namun, mengapa mereka keluar dari kapal tersebut? Apa yang telah berlaku? Sekiranya mereka menyelamatkan diri dengan menaiki bot tersebut, sudah tentu mereka masih hidup. Tetapi anehnya, seorang pun daripada anak kapal itu tidak pernah ditemui. Ini termasuk nakhodanya, Kapten Benjamin Brigss bersama isteri dan anaknya yang berusia dua tahun yang turut sama dalam pelayaran itu, juga didapati hilang.
Disebabkan itu, banyak teori lain turut dikaitkan dengan kehilangan misteri ini. Antaranya, berlaku kebocoran yang berisiko menyebabkan letupan membuatkan nakhoda mengarahkan mereka semua meninggalkan kapal itu. Namun, teori itu ditolak kerana tiada sebarang tanda letupan atau kebakaran pada Mary Celeste.
Teori lain menyatakan Kapten Briggs mengarahkan untuk meninggalkan kapal tersebut kerana takut ia tenggelam, mungkin kerana berlaku kerosakan dan cuaca buruk seperti yang tertulis dalam buku log. Namun, itu masih tidak dapat menjelaskan ke mana mereka semua pergi setelah meninggalkan Mary Celeste.
Tak kurang juga yang mengaitkan kru kapal Dei Gratia yang membunuh penghuni kapal Mary Celeste. Namun teori itu tidak masuk akal. Tambahan pula kapal Dei Gratia yang menemui Mary Celeste dalam keadaan terumbang ambing di lautan.
Spekulasi lain mengatakan kru diserang wabak penyakit lalu mereka terjun ke dalam laut. Ada pula yang mengaitkan misteri kehilang kru Mary Celeste ini dengan penculikan makhluk asing atau serangan sotong gergasi.
Apa pun teori yang dikemukakan, sehingga kini kehilangan anak kapal Mary Celeste masih menjadi misteri walau sudah 150 tahun peristiwa itu berlalu. Tiada jawapan pasti, ke mana mereka semua menghilang.
______
Sumber artikel : UtusanTV
Copy and paste:
7/4/2023 > 16 Ramadan 1444H: 3.42 pm

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ZIKIR DAN WIRID?

Guest

tuan,

1 Apa itu zikir?

2 Apa itu wirid?

3 Apa beza antara kedua-duanya? 

sekian

*******
Izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1- Zikir dari segi istilah digunakan dengan makna mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau perbuatanNya atau hukumNya atau dengan membaca kitabNya atau dengan memohon dan berdoa kepadaNya atau dengan memujiNya dengan segala jenis puji-pujian. (Mausu'ah Feqhiah Kuwaitiah: 22/221)

2- Wirid ialah amalan zikir harian yang ditetapkan oleh seseorang pada dirinya seperti pembacaan ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran yang tertentu atau zikir-zikir tertentu. (Mausu'ah Feqhiah Kuwaitiah: 22/263, Lisanul Arab oleh ibn Mandzur)

3- Perbezaannya umum dan khusus; kerana semua jenis wirid adalah berasal dari zikir dan amalan wirid pula adalah khusus kepada seseorang dengan zikir yang tertentu.

Wallahu a3lam

Wednesday, 5 April 2023

Keturah, Isteri Ketiga Nabi Ibrahim AS yang dikaitkan sebagai nenek orang Melayu?

SUMBER: THE PATRIOTS

Oleh: Helmi Effendy dan Nornizam Jamal

Terdapat banyak penulisan di internet yang telah dibaca sejak awal 2000 berkenaan dengan Keturah sebagai nenek moyang orang Melayu. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan pelbagai kuliah yang disampaikan oleh orang-orang akademik berkenaan dengan Keturah sebagai nenek moyang orang Melayu. Namun begitu, admin cuba menyelusuri sejarah Keturah ini dan adakah tepat telahan mengatakan bahawa Melayu berasal daripada Keturah?
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa Keturah ialah ibu angkat Nabi Ishak AS yang berasal daripada Champa Kuno yang mana baginda merayu kepada bapanya, Nabi Ibrahim AS untuk menikahi Keturah setelah ibunya, Siti Sarah meninggal dunia. Benarkah begitu?
Menurut Kitab al-Muluk wa ar-Rusul, karya Imam Tabari bahawasanya terdapat tiga pendapat berkenaan dengan asal-usul Keturah ini. Menurut Ibnu Humayd-salamah-ibnu Ishaq, selepas kewafatan Siti Sarah, Nabi Ibrahim AS mengahwini seorang wanita Kanaan yang bernama Qaturah binti Yaqtan. Bersama baginda lahirlah enam orang putera iaitu Yagsan b. Abraham, Zamran b. Abraham, Madyan b. Abraham, Yasbaq b. Abraham, Suh b. Abraham, and Basar b. Abraham.
Manakala dua lagi pendapat yang tertulis dalam Kitab Imam At-Tabari ini ialah berasal daripada bangsa Arab iaitu Qantura binti Maftur daripada Kaum Aram Aribah (Kaum Arab sebelum Arab Ismailiah atau Musta’ribah) dan satu lagi pendapat namanya ialah Qantura binti Yaqtan iaitu Kaum Arab kebiasaannya. Setelah itu baginda Nabi Ibrahim AS berkahwin lagi dengan seorang wanita Arab yang bernama Hajur bin Arhir.
Daripada penulisan tersebut, ternyata imam tafsir ini tidak pernah mengaitkan Keturah berasal daripada Champa kuno, malahan beliau ialah wanita Kanaan ataupun Arab purba, yang mana kedua-dua bangsa Semitik ini masih ada keturunan mereka. Kajian DNA di antara mumia Kanaan dengan manusia moden mendapati peratus tertinggi DNA dalam bangsa Kanaan ialah dalam bangsa Arab Jordan hari ini.
Selain Imam At-Tabari, kitab sirah lain yang sering disebut-sebut ialah Kitab al-Kamil fi at-Tarikh karya Ibn Athir, walaupun hampir keseluruhan kitab itu berkisarkan tentang peristiwa di zaman Kerajaan Seljuk, Atabeg dan Ayyubi. Buku pertama karya Ibn Athir turut mengisahkan sirah dari Nabi Adam AS sehingga ke Kerajaan Seljuk dan Ayyubi, di mana beliau berkhidmat sebagai periwayat. Kisah Keturah dalam kitab Ibn Athir ini turut senada dengan Kitab at-Tabari iaitu Qaturah binti Yaqtan ialah wanita Kanaan.
Riwayat Keturah dalam Kitab Perjanjian Lama (Genesis) pula hanya satu frasa sahaja iaitu dinyatakan bahawa setelah kewafatan Sarah, Abraham mengahwini Keturah dan melahirkan enam orang anak. Midrash (kitab-kitab pertama dalam Talmud) pula berpendapat bahawa Keturah ialah orang yang sama dengan Hagar (Siti Hajar), namun periwayat Islam semuanya senada mengatakan bahawa selepas kewafatan Siri Sarah, Siti Hajar menyusul kemudiannya. Lalu, Keturah dan Hajur merupakan individu yang berbeza.
Seorang ahli akademik memetik nama sebenar Keturah ialah Imtali binti Yakfur. Namun begitu, dalam at-Tabari meriwayatkan bahawa nama ibunda Nabi Ibrahim AS ialah Anmuta dan ada juga pendapat mengatakan bahawa nama ibunda Nabi Ibrahim AS ialah Anmatala binti Yakfur, manakala pengkaji juga menyatakan nama ibunda baginda ialah Emtelai binti Karnabo. Percubaan untuk me’nusantara’kan nama Keturah ini tetap kabur kerana nama Anmatala atau Emtelai langsung tidak berbunyi Nusantara dan ia pekat dengan bahasa Semitik seperti Aramean atau Ibrani.
Anak-anak Keturah pula menjadi ketua-ketua suku bangsa-bangsa Semitik di Timur Tengah. Imam at-Tabari dan Ibnu Athir menukilkan bahawa Yaqsan bin Ibrahim berkahwin dengan Ra'wah binti Zamar bin Yaqtan, lalu melahirkan bangsa Berber manakala Madyan dan Medan kekal di suatu tempat yang mengekalkan nama Madyan di sana melahirkan keturunan Nabi Syuaib AS.
Jokshan pula merupakan bapa kepada Sheba dan Dedan yang dimana keturunannya akan membangunkan peradaban Arab terkenal di Yaman. Mereka membina kota di Selatan Semenanjung Arab. At-Tabari mengatakan bahawa isteri Adnan (nenek moyang bangsa Qurasy) yang bernama Mahdad binti Laham ialah anak cucu kepada Jokshan.
Senang cerita, dari sumber-sumber Arab dan Yahudi ini, kita tahu bahawa generasi pertama daripada Keturah ini adalah orang-orang semitik yang membentuk kabilah Arab yang berbeza daripada Ismailiah dan Qahtan. Tiada kaitan langsung dengan Bangsa Melayu. Keturah dan anak-anak mereka juga adalah figura yang diagungkan di Timur Tengah. Kaitan Keturah dengan Bangsa Melayu amat menyimpang daripada logik akal kerana di zaman tersebut.
Oleh itu, tuntutan-tuntutan yang menyatakan bahawa Keturah adalah nenek moyang orang Melayu adalah tidak tepat dan menyimpang daripada sejarahnya yang tersendiri. Kenyataan ini turut disokong oleh kajian DNA yang terkini iaitu MtDNA Melayu yang kaya dengan DNA Austronesia dan Austroasiatik, bukan DNA Mediterranean ataupun Semitik. MtDNA ialah kajian DNA sepihak ibu sahaja kerana MtDNA diwarisi kepada wanita sahaja. Jika bangsa Melayu berasal daripada Keturah, maka pasti DNA Melayu kaya dengan DNA Semitik.

Oleh: Helmi Effendy dan Nornizam Jamal
RUJUKAN:
At-Tabari, Tarikh Ar-Rusul wa al-Muluk (The History of at-Tabari), terjemahan oleh William M. Brinner (1987), State University of New York Press
Ibn Athir, Al-Kamil fi at-Tarikh (Edisi Bahasa Arab), al-Maktaba al-Assrya, Beirut, 2008
--
Kami ulas sejarah Keturah dengan panjang lebar dalam buku kami, KITAB TAMADUN YAHUDI. Kalau anda nak teliti keturunan Keturah, dan sejarah anak-anak keturunan mereka, bolehlah beli buku kami, KITAB TAMADUN YAHUDI yang tengah diskaun di Shopee: http://bit.ly/3MkDT6b

Copy and paste: 5.4.2023 > 14 Ramadan 1444H: 12.30 pm

Tuesday, 4 April 2023

Zikir Diterima Walaupun Tidak Khusyuk, Namun Berusahalah Meraih Kekhusyukan Dalam Ibadah

SUMBER : ISLAM ITU INDAH

Fikiran kita begitu mudah melompat dari satu perkara ke satu perkara. Apabila tangan mula mengangkat takbir dalam solat atau ketika duduk di tikar sejadah membaca doa dan zikir sekalipun, fikiran boleh melayang memikirkan hal-hal yang berlaku hari ini – dihon sewaktu masuk simpang, abang kedai salah beri pesanan dan 1001 macam babak kehidupan lagi.

Sehingga mungkin terbit soalan di benak, bernilaikah zikir yang diucapkan dalam keadaan hati yang lalai. Fikir kita, ia sekadar di bibir, tidak meresap jauh ke dalam diri atau memberi kesan pada sanubari.

Tetapi, sebagai umat Islam, mengingati Allah adalah amalan yang digesa walau dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring. Bermakna, zikir tidak boleh ditinggalkan. Dalam apa jua keadaan pun kita masih perlu berusaha mengingati Allah.

Syeikh Ibn Ataillah Al-Iskandari Rahimahullah berkata:

Maksudnya: “Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagal menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir lebih bahaya daripada lalai ketika berzikir. Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar”.
(Rujuk Syarah Hikam al-Ataiyyah hal. 55)

Justeru, sebagai umat Islam, kita diingatkan untuk tidak meninggalkan zikir sekalipun hati tidak benar-benar fokus dengan zikir yang diucapkan. Ia adalah lebih baik daripada tidak berzikir langsung.

Tidak mustahil apabila kita melazimi zikir berkali-kali, akhirnya rasa khusyuk datang dan Allah mencampakkan kesedaran dalam hati.

Orang yang berzikir tetap mendapat pahala walaupun tidak mengetahui maknanya, namun sudah tentu jalan yang lebih baik adalah menambah baik kualiti amalan zikir dengan memahami dan menghayati apa yang diucapkan.

Copy and paste: 4/4/2023 > 13 Ramadan 1444H: 12.02 pm


Siapakah Zulkarnain? Baca Artikel Ini Untuk Ketahui

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Zulkarnain merupakan raja yang adil dan bijaksana. Ia telah menjelajahi bumi sebelah Timur dan Barat.

Zulkarnain seorang mukmin penyebar agama Allah, mengajak penduduk negeri-negeri yang ditaklukannya untuk beriman kepada Allah SWT.

Dalam perjalanan ke belahan Bumi bagian Barat, Zulkarnain bertemu sebuah kaum yang hidup dalam ketakutan. Dalam kitabnya, Al Biddayah wan Nihayah, Ibnu Katsir mengatakan, Alquran menyebut kaum itu baina as saddain (daerah yang terdapat di antara dua gunung). Mereka mendapati kaum itu, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan (Surat Kahfi ayat 93). Mereka sangat ketakutan akan kazaliman dan kerusakan yang dibuat Yajuj dan Majuj.

Oleh karena itu, Zulkarnain membangun dinding pemisah dan menutup celah di antara kedua gunung agar dapat menutup jalan Yajuj dan Majuj. Da penjarakan Yajuj dan Majuj di negerinya sendiri.  Bangunan seperti bendungan itu dibuat dari besi. Dinding besarnya terdiri dari potongan besi dan tembaga.

Syaikh Hamid Ahmad Ath Thahir Al Basyuni dalam karyanya Qashahil Quran mengungkapkan, Yajuj dan Majuj merupakan keturunan Adam AS dari keturunan Yafits bin Nuh AS.

Pelajaran dari Kisah Zulkarnain

Penyampaian kisah dalam Alquran, menurut Ibnu Katsir, tujuan utamanya bukan sekadar emberitahukan hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya. Akan tetapi, sebagai contoh dan pelajaran bagi manusia.

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal”(Surat Yusuf ayat 111).

Adapun pelajaran yang dapat dipetik dalam kisah Zulkarnain:

Zulkarnain adalah contoh raja yang saleh, yang diberikan kekuasaan dari Timur hingga Barat. Meskipun memiliki kekuasaan yang besar, Zulkarnain adalah seorang yang saleh, taat, dan bertakwa.

Kesalehan Zulkarnain tidak berubah karena kedudukan, harta, dan jabatan yang dimilikinya. Sebaliknya, ia menegakkan kebenaran dan menghanucrkan segala bentuk kemungkaran serta tunduk dan taat atas kepada Tuhannya.

Copy and paste: 4/4/2023 > 13 Ramadan 1444H: 11.42 am

6 Waktu Mustajab Untuk Berdoa, Usah Putus Asa, Berdoalah

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Antara 6 Waktu Paling Mustajab Berdoa

Sungguh indah keajaiban doa. Berbisik di lantai tika bersujud, namun dapat didengari sampai ke langit. Kita diberi kelebihan doa sebagai tempat meminta apa yang sering dihajati di dalam hati.

Dan sesungguhnya Allah saja apa yang tahu apa yang terkandung di dalam hati kita dan Dia jualah yang menentukan perkara terbaik untuk kita.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu percaya dan bersangka baik kepada Allah dengan segala ketentuan dan rezeki yang dilimpahkan.

Waktu mustajab yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambaNya perlu dimanfaatkan dengan taat agar segala cita-cita yang dihajati termakbul.

ANTARA 6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA & DIKABULKAN HAJAT

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH

Apabila terdengar azan berkumandang, segeralah membersihkan diri untuk bersiap menghadap Yang Maha Esa. Allah amat menyenangi hambaNya yang meninggalkan segala hal keduniaan dan mematuhi seruan dariNya sejurus tiba waktu.

Ketika azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

2. SEMASA HUJAN TURUN

Waktu hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.

Hujan yang turun turut disertai dengan rezeki dan rahmat bagi hambaNya yang taat dan tidak putus-putus berdoa. Satu hadis sahih membuktikan bahawa waktu tersebut doa mudah dimakbulkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” 
(Hadis Riwayat Al Hakim)

3. DUA WAKTU PADA HARI JUMAAT

Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah. Hari yang juga dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari merupakan hari yang diwajibkan untuk mengerjakan Solat Jumaat bagi lelaki dan amalan sunat seperti membaca Surah Al-Kahfi serta memperbanyakan zikir-zikir lain.
Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:

“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata :

Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.
(Hadis Riwayat Muslim)

4. SEPERTIGA TERAKHIR MALAM

Melakukan solat sunat tengah malam dan mengorbankan waktu tidur bukanlah perkara yang mudah dengan komitmen yang dipikul saban hari. Namun, kekuatan doa pada solat tahajud ini adalah ibarat panah yang tepat pada sasaran.

Pada ketika sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Junjungan besar Rasulullah s.a.w juga turut mengamalkan serta menggalakkan umat Islam keseluruhannya untuk menggunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk beribadat dan berdoa kepada Allah.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI

Amat bertuahlah bagi hamba Allah yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.

Pada Hari Arafah, jemaah haji yang berada di Arafah tidak berhenti beristighfar, berdoa dan beribadah sehingga terbenam matahari.

Umat Islam yang lainnya juga perlu menggunakan waktu mustajab ini sebaiknya untuk berdoa supaya mendapat keredhaan dan keampunan Allah serta hajat yang lainnya.

Sabda Rasulullah SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi).

6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA

Ibadah puasa merupakan benteng untuk menahan nafsu serta menjadikan mukmin lebih tawadhuk dengan merasakan keperitan orang yang sering berlapar.

Selain kelebihannya pada aspek kesihatan, orang yang berpuasa juga mempunyai kelebihan yang lain seperti dapat dimakbulkan doa yang diminta pada Allah pada dua waktu utama iaitu ketika bersahur dan berbuka.

Sesuai dengan hadis yang dikemukakan tentang keajaiban waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu.

Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh.

Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA BERDOA KEPADA ALLAH

Berdoa pada waktu-waktu mustajab merupakan cara kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan serta kejayaan dunia dan akhirat dari Ilahi.

Di samping itu, rajinlah juga berdoa kepada Allah pada setiap masa, tanpa hanya menunggu waktu-waktu yang disebutkan di atas ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi setiap hambaNya.

Semoga amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup.

Copy and paste: 4.4.2023 > 13 Ramadan 1444H: 7.23 am