Saturday, 11 December 2021

PERIHAL PEMBUATAN BILAH PEDANG DARI TIMUR JAUH

ARTIKEL OLEH :: Welized Caliz Vowe
Raja Pedang...
Dalam mitologi Norse dan suku-suku Jermanik Kuno,legenda tentang pedang yang terhebat seringkali muncul.Dalam Beowulf,kita akan menjumpai pedang bernama Hrunting dan Nægling,yang digambarkan ‘terlalu kuat’,’ hebat ’ dan ‘gagah’.Dalam Kriemhild,kita akan menemui satu pedang yang hebat yang membunuh Attila yang juga memiliki pedang terhebatnya ‘Sword of Mars’.

Dalam Riwayat King Athur,kita akan menemui pedang legenda orang- orang Inggeris,bernama Excalibur.Menariknya Excalibur memiliki nama kunonya iaitu Cala-brun,Cala-brum atau Cali-bourne menunjukkan ia berasal dari kata akar ‘Cala’ (Qala).
Kononnya,pedang terhebat orang Inggeris ini ditempa di satu kawasan kepulauan legenda zaman-berzaman yang disebut,Avalon!

Dalam bukti-bukti dari sarjana-sarjana Islam yang terkenal,pendapat-pendapat mereka tentang pedang Qala’i yakni pedang purba yang dibikin oleh orang-orang Melayu dari Kedah Tua.Selain sifat-sifat pedang Qala’i yang digariskan oleh mereka:
1) Kuat
2) Tahan lasak
3) Ringan
4) Bilah yang berlapis-lapis
5) Berkilat,tidak mudah karat …terdapat satu lagi sifat pedang-pedang Qala’i yang membezakan ia daripada pedang-pedang yang lain.

Swords were made Al Biruni's study of iron mentioned 'shaburqan' (hard iron) swords called Qala name after Kalah, the place where the material came from, 'You hear a ring from Qala, but harsh tone from anything else.

Pedang Qala’i memiliki bunyi khasnya yang tidak terdapat pada pedang-pedang lain!
Perhatikan Fakta ini,yang diambil dari tradisi Arab dan Parsi purba:
Bunyi (ringing sound) ini adalah sebenarnya legenda di kalangan masyarakat Yahudi,Arab dan Parsi.Ia adalah identiti khas sehingga tradisi mereka acapkali menegaskan,tiada pedang lain yang memiliki bunyi gemerincing seperti pedang buatan Kedah Tua ini.
Sesuatu yang menarik,apabila ditelusuri sejarah Pahlawan Meja Bulat King Athur,seorang daripadanya yakni Putera Valiant memiliki pedang yang bernama ‘The Singing Sword’ yang akan berbunyi pada masa-masa tertentu.Pedang ini akhirnya dipasangkan dengan pedang yang bernama. Qala-brum itu!
Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dan dikomentar oleh al-Biruni,terdapat 3 pedang yangterbaik dan tinggi kualitinya di dunia iaitu pertama,pedang Yaman,yang kedua,pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.

Namun,ahli geografi terkenal,Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.Keanehan lain terjadi apabila seorang lagi sarjana tersohor Islam,al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab,sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’.
Mengapa pedang Qala’i ini memiliki kaitan misteri dengan kedua-dua pedang yang lain itu?
Di sini kita dapat menghidu bahawa akhirnya pedang Qala’i ini sebenarnya adalah pedang yang paling  terbaik di dunia dan paling terunggul mengatasi semua pedang apabila suku Jurhum yang menanam pedang Qala’i di telaga Zamzam itu sebenarnya berasal dari Yaman!

“Yamani Sword” 
Menurut Al-Kindi dalam kitabnya ar- Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf ﺭﺳﺎﻟﺔ ﺇﻟﻰ ﺑﻌﺾ ﺇﺧﻮﺍﻧﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﺴﻴﻮﻑ menyatakan bahawa di sana terdapat 3 jenis pedang yang paling terbaik kualitinya di dunia:
1) Pedang Yaman
2) Pedang Qala’i
3) Pedang as-Saif al-Hindi

Namun catatan Abu Dulaf dan Idrisi menjelaskan misteri Qala’i ini bahawa pedang-pedang Qala’i ini berasal dari Zabag atau Qalah yakni Kedah Tua pada masa silam. Misar Ibnu Muhalhil adalah nama sebenar Abu Dulaf yang melawat Kedah pada 940 masehi.
Al-Kindi juga menyatakan bahawa Qalah/Kedah adalah salah satu sumber pembuatan pedang-pedang berkualiti.
Menurut al-Biruni dalam kitabnya Kitab al-Jamahir fi ma`rifat al-jawahir ﺍﻟﺠﻤﺎﻫﺮ ﻓﻲ ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺍﻟﺠﻮﺍﻫﺮ bahawa besi-besi dari Qalah memiliki unsur ‘sharbuqan’ atau jenis besi keras dan besi ini adalah salah satu campuran dalam menghasilkan besi-besi Damaskus.
Daripada cerita cerita yang lepas tidak syak lagi,apa yang dikatakan sebagai ‘pedang Hindi’ itu sebenarnya adalah ‘pedang Qala’i’ yang dieksport terlebih dahulu ke Mozambique dan seterusnya di-rebranded sebagai ‘al-saif al-hind’.
Jadi dalam senarai pedang-pedang terbaik al-Kindi,pedang kualiti yang ketiga yakni ‘pedang Hindi’ telah checkmate kepada pedang Qala’i.

The Best Quality Sword in The World according to al-Kindi:
1) Yamani
2) Qala’i
3) al-Saif al-Hind (rupanya pedang Qala’i yang dilabelkan semula)
Sekarang tinggal 2 pedang ini:
1) Yamani
2) Qala’i
Dari manakah asal-usul pedang Yamani?Adakah pedang ini memang berasal dari orang Yaman?
Atau sebenarnya ia adalah pedang Qala’i yang dijenamakan semula oleh orang-orang Melayu Kedah untuk menawan pasaran pedang di Timur Tengah?
Atau sebagai satu strategi untuk monopoli pasaran,jadi semua pedang yang terbaik jenamanya seperti pedang Yamani,pedang Qala’i dan Pedang Hindi adalah buatan orang Melayu Kedah??
Perkara ini terbongkar apabila al-Kindi mengesan satu lagi jenis pedang Arab iaitu al-Fa’liyya juga sebenarnya adalah dari jenis Qala’i yang berasal dari Yaman!
Jelas,pedang-pedang Qala’i juga dieksport ke Yaman,yang merupakan pelabuhan utama Tanah Arab yang mengadap ke lautan Hindi.
Perkara lebih terbongkar apabila suku Jurhum yang membawa pedang Qala’i ini ke Mekah adalah berasal dari cabang bangsa Arab Qahtan yang merupakan penduduk asal Yaman!
Bagaimana pedang Yamani juga adalah pedang Qala’i yakni pedang buatan orang-orang Melayu purba dari Kedah Tua Akan menjelaskan misteri suku Jurhum ini yang memiliki pedangQala’i ini.

Membongkarkan cross-reference di antara usia tapak arkeologi Sungai Batu di Kedah dan industri pemperosesan besinya yang kini mencapai usia 500 tahun sebelum Masehi adalah bertepatan dengan rekod Arab sehingga mencapai era Nabi Ismail a.s yang telah mengahwini seorang gadis dari suku Jurhum!
Abdul Muttalib telah bermimpi pada suatu hari.Ada suara yang menyuruhnya menggali telaga. Abdul Muttalib merasa pelik.Suara itu memberitahu nama telaga itu; Zamzam.
Dia mula mencari-cari telaga misteri itu.Setelah menempuh pelbagai dugaan,akhirnya dia mula menggali.Kaumnya,orang-orang Quraisy mula merasa pelik dengan tindakan Abdul Muttalib.Mengapa menggali di tepi Kaabah?
Kemudian,orang-orang Quraisy mula berkerumun apabila Abdul Muttalib menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i.
Soalannya,mengapa pedang buatan Kedah Tua boleh tertanam di permukaan telaga Zamzam yang masih terbenam?
Ada riwayat lain yang agak banyak;menyebutkan pedang jenis yang sama,telah ditemui di telaga zamzam,ketika datuk Nabi s.a.w yakni Abdul Muttalib menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail.

Riwayat-riwayat itu termasuk:
1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi
Di sini kita menemui item yang sama; pedang Qala’i,buatan dari Kedah Tua,yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan loji-loji pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.
Persoalannya,bagaimana pedang itu boleh ada di atas telaga zamzam yang  terbenam itu?
Apa maksudnya dua patung kijang emas bersama-sama pedang orang Melayu dari Kedah Tua itu?Adakah patung-patung kijang emas itu benar-benar kepunyaan orang-orang Arab di sekitarnya?
Siapa yang menanamnya?
Untuk menjawab semua persoalan ini,kita mestilah memahami sejarah suku Jurhum yang hidup ketika era Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s,beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w!
Di antara pedang-pedang yang pernah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w,terdapat satu pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain.Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya.
Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang bergelombang’. Didapati dari rampasan perang dari salah satu suku Yahudi yang terkenal di Madinah,pedang ini menariknya bernama Qala’i,pedang yang kita kenal adalah berasal dari Kedah Tua.
Kita akan menyiasat dari manakah suku-suku Yahudi mendapatkan pedang aneh ini.
Pedang Qala’i milik Rasulullah s.a.w yang tersimpan di Istana Topkapi di Turki memiliki asal-usulnya yang tersendiri.Salah satu versi popular ialah ia berasal dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa,iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah.
Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah?
Ada ceritanya.Dari sini kita tahu produk orang-orang Melayu dahulukala digunakan oleh orang-orang Yahudi.Ini bermakna produk orang Melayu Kedah Tua menyebar ke seluruh seantero dunia sehingga masuk ke dalam rumah-rumah perwira Yahudi yang di sana tergantung pedang-pedang Qala’i yang berasaskan teknologi pamor keris.
Mengapa dalam banyak-banyak pedang,pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi s.a.w?
Lantas Nabi s.a.w memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu?
Akhirnya semua misteri ini kembali kepada rahsia dari catatan seorang ahli geografi Arab bernama Idrisi pada tahun 1154 Masehi, di dalam kitabnya Al-Rujjar:
“Orang-orang Zabag (Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”
“Wallahualam”

Sumber : Bani Tanah Melayu
Copy and paste:
11 Disember 2021 > 6 Jamadilawal 1443H: 5.57 am

Kelebihan Mencintai Al Quran

1. Tidak nyanyuk sampai tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.

3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.

6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.

Ustaz Abdullah Mahmood

Majalah Anis

Copy and paste:
11 Disember 2021 > 6 Jamadilawal 1443H: 12.04 am

Friday, 10 December 2021

Perlu Ke Sedekah AlFatihah Kat Org Mati?

Rupa2nya...Ust Don Beri Penjelasan MENGEJUTKAN !!!

Sering menjadi persoalan, perlu ke sedekah Al-Fatihah kpd ibubapa atau sape2 yg sudah meninggal dunia? Ustaz Don Daniyal tampil memberi penjelasan yg intipatinya LEBIH BESAR & MENGEJUTKAN !!! Hanya dgn share saje pun anda sudah mendapat pahala. Perlu Ke Sedekah AlFatihah pd Org Mati? Rupa2nya...

USTAZ DON BERI PENJELASAN MENGEJUTKAN !!!SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH UNTUK IBUBAPA KAMU SETIAP SELEPAS SOLAT SUBOH...

Ini merupakan nasihat Ustaz Don kpd anak2 yg masih hidup didunia ini supaya diluaskan pintu rezeki bagi mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda:-

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kpd kedua ibubapa kamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)”…nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW:-

“Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kpd kedua ibubapanya dlm sehari”...

Huraian Hadith:-
Jgn sesekali meninggalkan doa kpd kedua ibubapa (baik yg hidup mahu pun yg sudah tiada) Allah akan memurahkan rezeki kpd mereka yg tidak putus2 berdoa kpd kedua ibu bapa (hidup atau mati). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT.

Semasa berdoa, berdoalah dgn bersungguh2.…. Tadah tgn dan Bayangkan wajah kedua org tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yg banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yg lupa berdoa kpd kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Bagi yg berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jgn lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yg kita dapat dari Allah (e..g. Makanan, Kesihatan, Kasih Sayang, Ilmu dsbnya ..) In Syaa Allah. Berusaha dan bertawakal.… In Syaa Allah

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsbnya ….. tapi dgn hati yg tulus ikhlas dan doa kita utk ibu dan bapa kita….. Mari kita Cuba. Allahhuakhbar

Caranya:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka. Aminn yarabillialamin.
“(Doa ini utk org tua kamu yg masih hidup)

Untuk yg sudah meninggal:-
“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Tolong!!!
Tolong!!!
Tolong!!!
Tolong!!!

Kepada Semua umat Islam, Jangan Baring Masa Azan. Nanti Jenazah Kita Jadi Berat.
Jangan Bercakap Masa Azan Jugak !!!
Nanti Payah Kita Nak Mengucap Kalau nak Mati...!
Masa Nilah Syaitan Mula Berbisik

"Tak Payah Copy... Bukan Dapat Apa Pun..."

Sekarang Nii Korang Diberi Dua Pilihan.
1. Sebarkan Maklumat Ini Pada Orang Lain.
2. Simpan Kat Moment Tanpa Bermanfaat Untuk Orang lain

I ❤ ALLAH
I ❤ ALLAH
I ❤ ALLAH

Saya cabar anda menghantar text ini pd 3 group...nk tengok betapa sygnye anda terhadap ALLAH S.W.T".

MAYAT ORANG ISLAM YANG XSOLAT 1,000 TAHUN DAHULU

Mayat orang Islam yg x sembahyang pada 1,000 tahun dulu masih diseksa sehingga kini.
Korang percaya x?
Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8,000 tahun seksaan neraka.

Jika kita sehari 5 waktu x solat? 5 x 8000 = 40,000 tahun.
Subhanallah ringan- ringankanlah tangan korang untuk share benda ni.

Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain. Malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali setiap hari.

Bila2 masa jer malaikat boleh tarik nyawa kita .

Sebarkan agar umat Islam tahu !

✅KIRIMKAN INI SEMAMPUMU DAN SEIKHLASMU KEPADA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKANLAH WALAU HANYA PADA 1 ORANG MANUSIA

Copy and paste: Whatsapp Group
10 Disember 2021 > 5 Jamadilawal 1443H: 7.15 am

Wednesday, 8 December 2021

AMALAN MENJADI DEBU BERTERBANGAN

SUMBER DARI FACEBOOK

1. Di dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa akan ada manusia di hari kiamat nanti yang akan membawa amalan yang banyak sebagai bekalan akhirat. Namun apabila dipersembahkan kepada Allah Ta’ala, amalan tersebut menjadi habuk yang berterbangan, sedikit pun tidak memberikan manafaat kepada tuannya. 
Firman Allah: وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا “Dan Kami bicarakan (persembahkan) apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” ☆ (Surah al-Furqan: 23) 
Pada asasnya, konteks ayat ini ditujukan kepada mereka yang kufur, namun pengajarannya perlu kita fikirkan. 

2. Mengapa amalan menjadi debu? 
Menurut Sheikh al-Sha’rawi, perkara ini berlaku kerana mereka melakukan sesuatu amalan hanya kerana manusia dan dunia. Justeru, mereka sudah pun mendapat faedahnya di dunia iaitu mereka menjadi masyhur dan disegani manusia di dunia. Jadi amalan ini telah diperolehi manfaatnya didunia kerana niatnya hanya dunia semata. Disebabkan amalan tersebut tidak dilakukan kerana Allah, maka ia tiada nilai di sisi Allah di akhirat kelak. 

3. al-Imam al-Sayuti memberikan penafsiran yang lebih tegas. Menurut beliau, amalan menjadi sia-sia adalah kerana mereka hanya menjadi baik di hadapan manusia. Namun, apabila di belakang manusia, mereka melakukan maksiat, perbuatan yang dilarang oleh Allah. Mereka melakukan maksiat tersembunyi. Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith. 

Sabda Nabi: لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا، فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا”، قَالَ ثَوْبَانُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا، جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ، وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ، قَالَ: “أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ، وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ، وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ، وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا “Aku sangat mengenali beberapa golongan manusia dari kalangan umatku yang datang pada Hari Kiamat dengan kebaikan yang banyak seumpama Bukit Tihamah Baidha’. Namun, Allah menjadikan amalan tersebut seperti debu-debu yang berterbangan (sia-sia).” 
Lalu Thauban Radhiayallahu ‘Anhu bertanya : “Wahai Rasulallah, beritahulah kepada kami ciri-ciri golongan tersebut? Terangkanlah kepada kami supaya kami tidak menjadi seperti mereka. Sesungguhnya kami tidak mengetahuinya. 
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun bersabda : “Sesungguhnya mereka adalah dari kalangan saudara-saudara kalian, dari golongan yang sama kulit dengan kalian dan mereka melakukan pada waktu malam sepertimana yang kalian lakukan. Namun demikian, apabila mereka bersendirian dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah, mereka sanggup melanggarnya.” 

4. Ayat Quran dan hadith ini menggambarkan bahawa betapa Allah ingin mendidik kita supaya melakukan sesuatu hanya untuk Allah. Amalan kita hanyalah untuk Allah dan Allah tidak akan mengecewakan hambanya. Amalan untuk manusia adalah sesuatu yang tidak pasti. Manusia terkadang mengecewakan terkadang menggembirakan. Mari kita bermuhasabah.

Copy and paste:
8 Disember 2021 >3 Jamadilawal 1443H: 12.13 pm

Tuesday, 7 December 2021

Malayan Campaign

SUMBER: BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun telah  melancarkan serangan amfibi di pantai utara, Tanah Melayu di Kota Bharu dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui jalan darat di negeri pantai timur, Pada masa yang sama, mereka turut mendarat di di Pattani dan Singgora, Thailand dan menyeberang sempadan Thailand-Malaysia dan terus mara ke Jitra, Kedah. Mereka kemudiannya berpecah kepada dua pasukan di mana pasukan pertama menuju ke Pulau Pinang seterusnya mara ke selatan melalui persisiran pantai barat dan pasukan kedua pula menuju ke bandar-bandar utama di negeri sekitar pantai barat. Tentera Jepun telah berjaya menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada 15 Februari 2015. Tanah Melayu telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun dalam masa 10 minggu sahaja.

Pasukan penyerang utama Jepun pada ketika itu adalah Tentera Darat Ke-25 Jepun. Pasukan ini ditubuhkan pada 5 Julai 1941 di bawah perintah Markas Tentera Darat Imperial Jepun. Pasukan ini kemudiannya dipindahkan  kepada Tentera Darat Wilayah Ketujuh Jepun danbernaung di bawah Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan pada 6 November 1941. Semasa penaklukan Tanah Melayu, di bawah kepimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita pasukan ini telah dipertanggungjawabkan sebagai pasukan penyerang utama Jepun. Semasa dalam usaha penaklukan Tanah Melayu, pasukan ini memiliki sedikit kelebihan dari segi kekuatan anggota, bantuan udara, kereta kebal penggempur yang ringan, koordinasi taktik yang baik serta pengalaman dalam Perang China-Jepun Kedua. Pasukan ini juga menggunakan infantri berbasikal dan kereta kebal ringan sebagai kaedah utama yang memberi keupayaan untuk bergerak pantas merentasi bentuk muka bumi Tanah Melayu yang diselubungi hutan hujan tropika yang tebal. Kepimpinan yang mantap dan efisyen oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita juga merupakan salah satu faktor pasukan penyerang utama ini digeruni tentera British.

Tomoyuki Yamashita dilahirkan di sebuah perkampungan kecil bernama Osugi Mura di Pulau Shihoku pada 8 November 1885. Selepas lulus dari Akedemi Kadet pada tahun 1905, Beliau telah menghadiri Maktab Peperangan Tentera Darat Jepun bermula pada tahun 1913 hingga tahun 1916. Sekitar tahun 1919 hingga 1922, beliau telah ditugaskan sebagai Atase Pertahanan di Berlin, Jerman dan Bern, Switzerland. Pada 6 November 1941, Yamashita dilantik menjadi Panglima Ketumbukan ke-25 Tentera Jepun. Kejayaan tentera Jepun menumpaskan tentera British secara tidak langsung telah menaikkan nama Yamashita. Ini adalah kerana di bawah pucuk pimpinannya, beliau telah berjaya mengalahkan tentera British yang berkekuatan seramai 130,000 orang meskipun kekuatan tentera Jepun pada ketika itu hanya 30,000 orang. Kejayaan dan kehebatan Jeneral Yamashita telah membuatkan beliau mendapat gelaran “Harimau Malaya”.

Tentera Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Whales dan HMS Repulse telah diaturgerak menuju ke kawasan pendaratan Jepun di Kuantan. Walaubagaimanapun, akibat kelemahan taktikal tentera laut British, Tentera Jepun telah berjaya menyerang dan menenggelamkan kedua-dua kapal dalam masa yang singkat. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu telah berpecah kepada dua pasukan. Satu pasukan telah bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan dan satu pasukan lagi bergerak ke selatan menuju ke Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, tentera Jepun telah melaksanakan serangan bom ke atas Pulau Pinang. Serangan bom yang bertalu-talu setiap hari akhirnya memaksa tentera British berundur secara tergesa-gesa sehinggakan senjata, bot, bekalan, serta stesyen radio yang masih berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dan jatuh ke tangan tentera Jepun. Pada 17 Disember 1941 tentera Jepun telah berjaya menakluki Pulau Pinang sepenuhnya.

Serangan Jepun diteruskan sehingga mereka berjaya menduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra. Mejar Jeneral Saburo Kawamura, yang merupakan Pemerintah Briged Ke-9 ketika itu, telah mengarahkan pasukan di bawah pimpinan Kolonel Saeki diberikan tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pihak Jepun menawan jambatan Jitra sebelum tentera British meletupkannya dan turut mengarahkan Rejimen Ke-40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Namun, serangan yang telah dilaksanakan telah gagal berikutan cuaca yang buruk. Walaubagaimanapun, pihak tentera Jepun bernasib baik kerana serangan balas pasukan Punjab tidak berhasil ekoran serangan tersebut tidak diseleras dengan baik berikutan kelemahan  sistem perhubungan tentera British. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.  Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Akibat dari penaklukan itu, tentera British terpaksa berundur ke selatan.

Menjelang minggu kedua Januari 1941, keseluruhan kawasan utara Tanah Melayu telah Berjaya ditawan sepenuhnya oleh tentera Jepun. Pada masa yang sama juga, Thailand secara rasminya telah menandatangani Treaty of Friendship dengan kerajaan Imperial Jepun bagi membentuk perikatan. Dalam perjanjian tersebut, Jepun telah membenarkan Thailand untuk menguasai kesultanan di utara Tanah Melayu bagi mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan itu. Tentera Jepun meneruskan kemaraan mereka dan seterusnya menawan Ipoh pada 26 Disember 1941. Tentera Jepun kemudiannya terus mara menuju ke selatan dan setibanya di Kampar, mereka telah ditentang hebat oleh tentera British. Pertempuran Kampar berlangsung antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942. Peperangan selama tiga hari tiga malam itu akhirnya berjaya membuat tentera British berundur.

Jepun meneruskan kemaraannya dan berjaya menumpaskan tentera British di Trolak. Kepantasan tentera Jepun mengatasi pertahanan di Trolak, yang berjarak lima batu di utara Slim River telah menonjolkan kecermelangan penggunaan kereta kebal Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia II.  Tentera Jepun seterusnya mara ke Slim River untuk menghalang tentera British meletupkan Jambatan Slim River dan ketibaan mereka di jambatan lebih awal daripada yang dijangka. Tentera British yang tidak menyangka pertahanan di Trolak tumpas dalam masa yang singkat, tidak sempat bersedia untuk menghadapi serangan tentera Jepun. Tentera Jepun berjaya mematikan fius bom tersebut dan peristiwa tersebut berjaya dirakam oleh jurukamera British di mana memperlihatkan aksi seorang pegawai Jepun bernama Leftenan Watanabe melompat keluar daripada kereta kebal dan menghunus pedang lalu memotong fius bagi peletup pemusnah di jambatan itu. Pertempuran di Slim River menjadi terkenal kerana ia merupakan salah satu pertempuran yang singkat semasa Perang Dunia Ke-2 dicatatkan dalam sejarah. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River dan berjaya memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor dan meninggalkan Kuala Lumpur dan. ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun telah menduduki Kuala Lumpur tanpa sebarang tentangan pada 11 Januari 1942. Pada ketika ini Singapura berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.

Barisan pertahanan British telah ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged India Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia pula diletakkan pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas . Pada 15 Januari 1942, Divisyen Ke-5 Jepun yang merupakan pasukan tentera utama Jepun telah tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan tentera Australia Divisyen Ke-8, di bawah pemerintahan Mejar Jeneral Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun telah mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh Tentera Imperial Australia di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun di mana seramai 600 anggota tentera Jepun telah terkorban.

Pihak Jepun kemudiannya mengatur taktik baru dengan cara mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas. Percaturan tekatik yang baru itu telah menghasilkan pertempuran paling sengit dalam sejarah penaklukan Tanah Melayu. Pertempuran itu bermula pada 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sg Muar. Namun, kesilapan Mejar Jeneral Bennet menempatkan Briged India Ke-45 yang tidak berpengelaman dan masih mentah mempertahankan tebing selatan Sg Muar menyebabkan tentera Jepun berjaya mendarat dari laut dan memusnahkan hamper keseluruhan briged tersebut serta mengorbankan Komandernya, Brigadier Duncan.

Pihak British telah mengarahkan Batalion 2/19 dan 2/29 (sebahagian Divisyen Ke-8 Australia) bergerak ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Pasukan itu diketuai oleh Leftenan Kolonel Anderson Australian Imperial Force (AIF). Tentera India yang berundur telah bergabung dengan tentera Australia dan membentuk Pasukan Muar. Pasukan ini telah bertempur untuk membuka laluan pengunduran bagi sisa-sisa Tentera Komanwel yang berada id utara. Pertempuran ini telah menyebabkan ramai anggota pasukan ini mati dan cedera. Selepas misi untuk membuka laluan tersebut tercapai, Pasukan Muar telah berundur ke Parit Sulong. Setibanya Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong, mereka telah mendapati bahawa kawasan itu telah berada dalam tangan pihak musuh. Leftenan Kolonel Anderson mengarahkan anggotanya berundur dan cuba menyelematkan diri mereka masing-masing berikutan ramai anggota pasukannya mati dan cedera semasa pertempuran yang lepas. Anggota-anggota yang masih berkemampuan telah berundur ke Markas Batalion di Yong Peng dan mereka yang tercedera pula (sekitar 140 anggota) ditinggalkan atas ihsan tentera Jepun. Walaubagaimanapun, 4 orang anggota telah di seksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong oleh Tentera Jepun. Lt Kol Anderson telah dianugerahkan Victoria Cross bagi tindakannya semasa berundur.

Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari 1942 dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau walaupun telah menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest. Pertahanan terakhir Tentera Komanwel di Johor yang tertumpu sepanjang Batu Pahat-Kluang-Mersing telah diserang dengan sekeras-kerasnya oleh tentera Jepun. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu telah jatuh ke dalam tangan Jepun.

Ekspedi Berbasikal  Jejak Yamashita

Mengimbau kembali peristiwa bersejarah ini, satu ekspidisi berbasikal telah dilaksanakan oleh Kolej Tetera Darat (KTD), Kem Segenting, Port Dickson. Ekspidisi jelajah berbasikal ini melibatkan seramai 226 peserta terdiri daripada Jurulatih Pegawai dan staf serta bakal-bakal pegawai Tentera Darat (TD). Ekspidisi yang berjarak 385 km ini, memakan masa selama sembilan hari bermula dari 23 Februari 2015 hingga 3 Mac 2015.

Pencetusan idea bagi ekspidisi ini telah diilhamkan oleh Komandan KTD, Kol Abdul Aziz Ahmad bertemakan Sejarah Perang Dunia Ke-2. Malah, pemilihan laluan bagi ekspidisi ini iaitu dari Port Dickson, Negeri Sembilan–Ulu Tiram, Johor juga adalah salah satu laluan yang sama digunakan oleh pasukan Infantri Berbasikal Tentera Darat Jepun Ke-25 yang diketuai oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Berikutan daripada itu, ekspedisi ini dinamakan “Jejak Yamashita”.

Menurut beliau, meskipun aktiviti ini dilaksanakan sempena Hari Ulang Tahun TD (HUT TD) Ke-82 namun objektif sebenar adalah untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada bakal-bakal pegawai TD disamping membentuk semangat kerjasama antara mereka. “Sejarah Ketenteraan merupakan salah satu silibus yang terkandung dalam peperiksaan bagi kenaikan pangkat Kapt ke Mej. Justeru, dengan melalui dan merasai sendiri pengalaman ini, saya yakin bahawa bakal-bakal pegawai dapat menggambarkan peristiwa bersejarah ini dengan lebih jelas dan memabantu mereka dalam perkhidmatan pada masa akan datang”, ulas beliau lagi.

Selain itu juga, dalam perjalanan ekspidisi tersebut terdapat beberapa aktiviti Program Jiwa Murni telah dilaksanakan. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara tentera dan rakyat dan dilaksanakan di Madrasah Al Ehsan di Asahan, Melaka dan Kompleks Japerun di Machap, Johor.

Salah seorang peserta, Pegawai Kadet Lee Wei Szer yang berbangsa cina berkata “Pengalaman ini merupakan pengalaman paling berharga buat saya. Malah ia benar-benar menguji daya ketahanan mental dan diri saya. Dunia ketenteraan sememangnya penuh variasi dan mempunyai keunikan tersendiri serta kejutan”. Bagi Lee, menjadi kaum minoriti bukan masalah buat dirinya. Malahan beliau tidak pernah rasa disisihkan kerana budaya ketenteraan sentiasa mengajar mereka untuk bersatu dalam apa jua keadaan tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Beliau turut menyeru agar orang awam menyertai tentera bagi merasai keunikan yang dialaminya sendiri.

Ekspedisi Jejak Yamashita ini berjaya ditamatkan pada 3 Mac dengan jayanya dan Majlis Penutup dilaksanakan oleh Komandan KTD.

COPY AND PASTE: 7 DISEMBER 2021 > 2 JAMADILAWAL 1443H: 7.25 AM

Monday, 6 December 2021

HAKIKAT YANG SEBENARNYA:SUTAN PUASA PENGASAS SEBENAR KUALA LUMPUR!??


Mohd Azrone Sarabatin dan Siti Haliza Yusop
bhsastera@bh.com.my
April 8, 2018 @ 5:32pm
KUALA LUMPUR: Memperbetulkan sejarah amat sukar dan itulah yang berlaku dalam isu berkaitan pembuktian siapa pengasas sebenar Kuala Lumpur.
Dakwaan ia diasaskan Sutan Puasa, usahawan perlombongan dan pedagang timah berketurunan Mandailing dari Sumatera, Indonesia bukan sesuatu yang mudah diterima.
Ini kerana selama ini, ahli sejarah Malaysia berpendapat Yap Ah Loy, seorang Kapitan Cina, adalah pengasas bandar raya ini yang asalnya kawasan perlombongan bijih timah.
Membetulkan fakta berkenaan sama dengan kesukaran menyanggah kajian yang merumuskan Pulau Pinang dibuka Francis Light, selain fakta Singapura diterokai Stamford Raffles dan James Cook membuka Australia.
Dalam hal berkaitan Kuala Lumpur, buku tulisan Abdur-Razzaq Lubis, berjudul 'Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur' mendedahkan maklumat baharu berhubung sejarah ibu negara Malaysia.
Ini diakui Profesor Emeritus Penyelidikan dan Geografi Asia dari University of British Columbia di Vancouver, Kanada, Terry McGee.
Dalam prakata untuk buku berkenaan, beliau ada menyebut bahawa hasil kajian Abdur-Razzaq itu memberi interpretasi baharu berhubung sejarah awal Kuala Lumpur dan daerah pedalamannya.
McGee sendiri banyak membuat penyelidikan mengenai proses perbandaran orang Melayu di Kuala Lumpur dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1960-an untuk pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).
Buku berkenaan memberi fokus terhadap peranan Sutan Puasa semasa era awal aktiviti perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur pada pertengahan kurun ke-19.
Abdur-Razzaq berkata, penulisan naskhah itu adalah usahanya melakukan kajian kesarjanaan bagi membuktikan data dan fakta mengenai pengasas sebenar Kuala Lumpur.
Katanya, ia sekali gus menolak penamaan Yap Ah Loy atau Raja Abdullah yang juga Orang Besar Jajahan Klang sebagai pengasas ibu negara Malaysia seperti diterima dalam kebanyakan teks hari ini.
"Yap Ah Loy digulingkan dan diturunkan daripada 'takhta' sebagai pengasas Kuala Lumpur, kemudian diangkat dan dicalonkan pula Raja Abdullah, tetapi ia tidak dibuktikan.
"Kita tahu polemik akan timbul (fakta Sutan Puasa pengasas Kuala Lumpur), malah ada yang sudah mula menolak naskhah ini tanpa membacanya terlebih dulu.
"Bagaimanapun kajian saya ini akan membuktikan secara ilmiah mengenai individu sebenar yang menjadi pengasas Kuala Lumpur, iaitu Sutan Puasa," katanya pada majlis bicara buku tulisannya itu di Galeri Petronas, di sini hari ini.
Abdur-Razzaq berkata, penulisannya mengenai Sutan Puasa atau Sutan Naposo, mengambil masa lebih lima tahun untuk disempurnakan disebabkan pelbagai cabaran dalam membuat kajian dan mendapatkan bahan rujukan.
"Meskipun Sutan Puasa tidak berkahwin, beliau membawa sekali anak saudaranya dikenali Haji Jafaar, ketika berhijrah ke Tanah Melayu dan daripada situ, keturunan Sutan Puasa berkembang di negara ini," katanya.
Dalam pada itu, penyanyi terkenal tanah air yang juga keturunan Sutan Puasa, Datuk Sheila Majid, berkata beliau sudah mendengar cerita sumbangan Sutan Puasa dalam membuka Kuala Lumpur oleh ibu dan bapa saudaranya sejak kanak-kanak lagi.
"Sutan Puasa wira dalam keluarga kami, tetapi kami tidak dapat memberitahu orang lain mengenainya kerana kami tidak mempunyai rujukan dan ia mungkin juga tidak akan dipercayai.
"Saya gembira kerana Abdur-Razzaq membuat kajian komprehensif ini, sekali gus dapat menunjukkan kepada masyarakat mengenai sumbangan Sutan Puasa sebagai individu yang bertanggungjawab membuka Kuala Lumpur," katanya.
INFO
Buku 'Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur'
- Setebal 615 muka surat, turut memuatkan peta dan gambar lama Kuala Lumpur
- Bermula dengan bab bertajuk 'The Naming of Kuala Lumpur'.
- Antara lain menyentuh sejarah Sungai Lumpur dan Pangkalan Lumpur, dua nama sering digunakan dalam dokumen lama.
- Bab Dua menyentuh beberapa nama disebut sebagai pengasas Kuala Lumpur, termasuk Yap Ah Loy; Kapitan Cina pertama, Hiu Siew dan Raja Abdullah.
- Bab Tiga dan seterusnya menyentuh peranan Sutan Puasa, orang Mandailing pada zaman awal kewujudan Kuala Lumpur.

Copy and paste:
6 Disember 2021 > 1 Jamadilawal 1443H: 9.10 am

KERAJAAN GANGGA NEGARA

SUMBER: FB BANGSA NUSANTARA JAYA

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu - Hindu lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja.
Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas dipersetujui penyelidik sejarah pada masa kini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja.
SEJARAH
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Zamburi, berdasarkan buku Geographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan menyamai sebutan Gangga Negara. G. Coedes dalam The Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula mencadangkan ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat, maka ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad kedua tahun Masihi, iaitu merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy. Menurut catatan Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara telah diasaskan oleh anakanda Merong Mahawangsa yang bernama Raja Ganjil Sarjuna. Kerajaan ini terletak di kawasan Beruas, sekitar selatan Gunung Bubu, ke arah timur Bukit Segari dan di tepi Sungai Dendang. Kerajaan ini turut merangkumi kawasan Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Bidor, Tanjung Rambutan dan Sungai Siput ,selain berubah-ubah dipercayai ekoran perubahan aliran sungai.Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu. Gangga Negara dipercayai sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara bererti negeri dalam bahasa Sanskrit. Empayar Gangga Negara musnah ekoran serangan dan penjarahan Raja Rajendra Chola Deva I dari Coromandel, India sekitar 1025-1026. Dipercayai bahawa Raja Gangga Negara, iaitu Raja Gangga Shah Johan terkorban dalam peperangan tersebut.
PERDAGANGAN
Pelabuhan Gangga Negara terletak di pusat-pusat seperti Pengkalan, Bidor, Sungai Siput, Tanjung Rambutan dan Lembah Kinta. Barang-barang yang telah didagangkan di pelabuhan ialah emas, bijih timah, rempah-rempah, kayu barus dan damar.
ARTIFAK
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah menemui artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.
POKOK BERUAS
Beberapa batu nisan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, Namanya Malikul Mansur. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malikul Mansur yang dibuang oleh Sultan Malikul Mahmud. Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.
RUJUKAN;
National Library of Malaysia. Sejarah Malaysia. URL accessed April 14 2006.
Laman Rasmi Muzium-Muzium Negeri Perak Diarkibkan 2006-09-07 di Wayback Machine. URL accessed April 14 2006.
http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/hindu.htm Diarkibkan 2006-06-23 di Wayback Machine
http://muzium.perak.gov.my/m_br_bahan.html Diarkibkan 2006-09-07 di Wayback Machine Beruas Museum
Beruas: kerajaan Melayu kuno di Perak, Othman bin Mohd. Yatim, Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman (Nik.), Abd. Hamid Zamburi, Zainol Haji Hussin, Abd. Latib Ariffin, Persatuan Muzium Malaysia, Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara, 1994 - Beruas (Kingdom)

Copy and paste:
6 Disember 2021 > 1 Jamadilawal 1443H : 9.02 am

Thursday, 2 December 2021

Melayu Bermoyangkan Orang Asli

SUMBER > HARIAN METRO


Sekumpulan penyelidik dan pakar pelbagai bidang mendapati bangsa Melayu memang asal usulnya hasil evolusi Orang Asli, sekali gus menolak teori migrasi dari Yunnan atau wilayah selatan China yang lebih popular dan diterima umum selama ini.
Dapatan itu dimuatkan dalam buku bertajuk Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda dihasilkan tiga penyelidik membabitkan Zaharah Sulaiman, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, dilancarkan di ibu negara.
Zaharah dalam kesimpulan ringkas dibuatnya merumuskan, manusia kuno pertama yang mendarat di Segenting Kra adalah Semang dan Senoi.
Menurutnya, hasil evolusi Orang Asli ini iaitu kumpulan Haplo (kumpulan moyang) terbahagi pula kepada beberapa yang lain seperti Jahai, Lanoh, Temiar dan Mendrik, seterusnya kepada keluarga lebih besar seperti Jakun, Kanaq, Seletar, Orang Laut dan suku lain, sering disebut sebagai Proto Melayu oleh pakar genetik barat.
"Orang Melayu secara genetik sama dengan Semang dan Senoi. Cuma orang Melayu dulu tinggal di pesisir laut. Sebab itu, kita berbeza dengan Orang Asli. Namun, hasil genetik memang sama," kata pakar arkeologi dan warisan pelancongan, Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bukti arkeologi memang mendapati orang Melayu dari Benua Sunda, malah usia genetiknya lebih lama dari India dan China.
"Kita sudah lama menolak teori Yunnan. Kita memang menyangkal adanya migrasi (hijrah) dari utara ke selatan. la tak mungkin berlaku. Jadi, tak ada Melayu Porto dan Melayu Deutro seperti didakwa dalam teori Yunnan. "Sebenarnya, orang Melayu yang bergerak dari Benua Sunda ke tempat lain," katanya ketika dihubungi. Sehubungan itu, beliau me- nyarankan masyarakat menerima pakai hasil maklumat berkenaan yang diperoleh melalui kajian lengkap me rentasi pelbagai disiplin. Menurutnya, mana-mana bahan bacaan termasuk teks pembelajaran yang mendakwa orang Melayu hanya berasal dari Yunnan juga wajar ditulis semula.
"Melayu berevolusi di Benua Sunda. Setiap maklumat yang mengatakan Melayu dari Yunnan itu perlu ditulis semula. Ia penting untuk mem berikan penjelasan kepada generasi baru," katanya. Dr Zuliskandar berkata, beliau juga bersetuju kepulauan di rantau ini termasuk Semenanjung Malaysia pada awalnya bercantum, dikenali sebagai Benua Sunda. -"Maknanya sebelum sepuluh ribu tahun lalu, Semenanjung Tanah Melayu , Jawa, Sumatera dan Borneo adalah tanah daratan dan kita boleh berjalan ke tempat itu. "Selepas sepuluh ribu tahun, kita terpisah (terpecah menjadi semenanjung dan pulau). Ia disebabkan kenai- kan paras air laut dan pen- cairan global. "Hal ini seperti pencairan ais yang berlaku di Antartika sekarang. Maknanya, dunia Melayu menjadi pulau. Dan di benua inilah asal orang Melayu," katanya.
Sumber : Harian Metro
Copy and paste:
2 Disember 2021 > 27 Rabiulakhir 1443H: 5.32 am

Tuesday, 30 November 2021

Misteri Piramid Di Kepulauan Nusantara

SUMBER > FB BANGSA NUSANTARA JAYA

Seperti yang kita tahu piramid adalah bangunan yang dibina oleh orang dahulu bagi tujuan keagamaan dan ritual pengkebumian. Antara Piramid yang terkenal adalah Piramid Giza di Mesir, Piramid Suku Aztec dan beberapa lagi. Namun tahukah anda di Nusantara juga ada penemuan piramid purba yang tidak kurang hebatnya. Piramid ini letaknya di Gunung Padang, Indonesia (bentuk piramid ini membentuk gunung).
Pertama kali ditemukan oleh wartawan Belanda, Van De Oudheidkundige Dienst pada tahun 1914. Gunung Padang lebih dikenali dengan nama "Millennia" oleh penduduk tematan.
Lokasinya berada di kampung Karyamukti, Cianjur, Daerah Jawa Barat, Indonesia. Dan bangunan piramid ini dideskripsikan sebagai megalitik tertua di Asia Tenggara.
Walaupun pada awalnya nampak seperti bangunan kuno biasa. Namun pada lapisan permukaannya penuh dengan batu vulkanik yang disusun menjadi sebuah bangunan. Dan masyarakat tempatan mengungkapkan bahawa lokasi tersebut merupakan lokasi yang sangat keramat dan suci (sama ciri seperti tamadun mesir purba).
Gunung Padang adalah sebuah piramid tertua di dunia saat ini yang berjaya ditemukan. Satu dari beberapa piramid yang ditemukan di Asia Tenggara (dipercayai di nusantara terdapat lebih banyak lagi). Piramid purbakala ini ditemukan memiliki lorong-lorong yang tersembunyi di bawah permukaan bangunan namun tersorok selama berabad-abad kerana proses semulajadi.
Penelitian Radiometric dan Geoelectric dilakukan pada tahun 2012, dan hasilnya telah dipastikan bahawa Piramid purbakala Gunung Padang tidak hanya berada di atas bukit saja, namun mencakupi seluruh bukitnya.
Berdasarkan hasil analisa sampel dari bukit dan struktur bangunan, terungkap bahawa Piramid Gunung Padang adalah bangunan purbakala yang paling menakjubkan di dunia yang telah tersembunyi sekitar 10 000 tahun lamanya, dan menurut laporan ada menyebutkan usia dari Piramida Gunung Padang sekitar 23 000 tahun. Angka ini tentunya sangat menakjubkan dan dapat dipastikan bahawa Piramid Gunung Padang adalah sebuah monumen kuno antara yang tertua di dunia saat ini.
Misteri yang menarik dari tapak Piramid Gunung Padang ini selain umurnya yang tua adalah ditemukan juga begitu banyak struktur yang terkubur dengan bahan sejenis simen yang telah digunakan sebagai bahan mortar atau pun semacam perekat di bahagian bahagian tertentu dari bangunan tersebut. Dimana struktur bahan bangunannya terdiri dari 45 % biji besi, 41 % silika dan 14 % tanah liat. Dikatakan pula bahawa campuran ini memberikan lekatan yang sangat kuat dan tahan lama. Ini merupakan bukti mengejutkan dari tingkat kecanggihan teknik bangunan pada masa itu.( sampel dihantar ke Laboratory, BETALAB, Miami, USA).
Salah seorang penulis Fortean terkenal, Graham Hancock, telah memberikan sebuah hipotesis yang menyatakan bahawa Gunung Padang memegang bukti penting mengenai "Kota Atlantis Yang Hilang".
Dalam artikelnya "Signs of The Times", Hancock menceritakan pengalaman dia dengan Danny Natawidjaja(PhD)., seorang ahli geologi senior dari Pusat Penelitian Geoteknologi di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia. Mereka mengunjungi Gunung Padang dan membincangkan tentang kepentingan dari penemuan ini. Menurut Natawidjaja, monumen ini berumur lebih dari 22 000 tahun.
"Bukti geofisikal adalah jelas. Gunung Padang bukanlah sebuah bukit semulajadi, akan tetapi sebuah piramid buatan manusia dan asal-usul pembangunannya jauh sebelum akhir dari zaman ais yang terakhir. Ini adalah sebuah pekerjaan yang sukar bahkan pada proses yang paling rumit. hal ini menjadi hujah mengenai jenis kemampuan alatan canggih yang dikerahkan dalam masa pembangunannya, melampaui pembangunan piramid Mesir atau tapak megalitik terbesar di Eropah lainnya. Saya dapat menyimpulkan bahawa kita sedang melihat suatu pekerjaan dari sebuah peradaban yang hilang dan yang cukup maju", ungkap Natawidjaja.
Hancock menyatakan bahawa sangat sulit untuk membantah apa yang telah diungkapkan oleh Dany Natawidjaja,selari dengan penelitian yang telah dilakukan bersama. Hal ini membuat kita percaya bahawa peradaban yang hilang yang dimaksudkan adalah suatu peradabantinggi yang pernah lahir dan ada pada puncak zaman ais terakhir, dimana hal ini pula yang pernah dikemukakan oleh Plato yang didokumentasikan dalam dialog Timias falsafah Yunani dan Critias (yang bercerita mengenai Atlantis).
Para pengkaji juga sebenarnya menyatakan bahawa terdapat banyak lagi piramid yang tersembunyi di Asia Tenggara dan tak terkecuali di Malaysia. Mungkin lokasinya yang jauh di pedalaman hutan dan ada yang sudah dilitupi dengan tumbuhan menyukarkan lagi penemuan. Mereka percaya bahawa Kepulauan Melayu banyak menyimpan khazanah yang berharga yang masih belum ditemukan. Melalui penemuan Piramid ini telah membuka mata kita bahawa suatu ketka dahulu bangsa kita juga mampu membina sebuah tamadun yang
hebat.

Penemuan arkeologi ini patut diceritakan kepada generasi kita agar jati diri mereka kuat dan tidak terlalu mengagungkan tamadun luar. Sekian.
~ST~
Kredit : Pena Kalam
Copy and paste: 30 November 2021 > 25 Rabiulakhir 1443H: 9.23 am