Sunday, 28 March 2021

Kompleks Arkeologi Sungai Batu Diisytihar Tamadun Tertua Asia Tenggara

SUMBER: MSTAR

Isnin, 23 Mei 2016 5:48 PM

SUNGAI PETANI: Kompleks Arkeologi Sungai Batu pada Isnin melakar sejarah buat negara dan Asia Tenggara apabila diisytihar secara rasmi sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau itu.

Acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengisytiharan oleh pakar arkeologi daripada Universiti Oxford, Profesor Dr Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Ia berlangsung pada majlis penutupan Festival Kedah Tua 2016 di sini yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah.

Lima pakar arkeologi mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rome menandatangani plak pengisytiharan itu, kata Mokhtar kepada Bernama.

Malangnya pakar arkeologi Mesir, Dr Zahi Hawas, tidak hadir ke Persidangan Antarabangsa Kedah Tua menyebabkan kita tidak berjaya mendapatkan beliau untuk menandatangani plak itu," katanya.

Beliau sepatutnya hadir sebagai pakar tamadun Mesir tetapi tidak dapat dihubungi pada saat akhir. Sekiranya ada keperluan untuk kita ke Mesir dan dapatkan tandatangannya, kita akan ke sana, kata Mokhtar.

Menurutnya, pengisytiharan itu akan membantu melancarkan usaha mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke arah menjadikan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia.

Selain itu, ia juga akan membantu membangunkan tapak arkeologi itu sebagai produk arkeopelancongan, katanya.

Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hendak menjalankan usaha pemuliharaan tapak ini pada masa akan datang, tambahnya.

Persidangan Antarabangsa Kedah Tua (KTIC) yang berakhir semalam dianjurkan bersempena Festival Kedah Tua 2016 bagi mengetengahkan tamadun Kedah Tua serta kepentingannya di rantau Asia Tenggara.

Copy and paste: 28/3/2021 @ 15 Syaaban 1442H: 9.31 pm

Archaeologists search for a king in Sungai Batu

Friday, 09 Jun 2017 01:10 PM MYT

By Opalyn Mok

THE MALAY MAIL

GEORGE TOWN, June 9 — Tucked between plantations along a quiet country road near Merbok, Kedah, a team of archaeologists and students are busily excavating at a site that is known as South-east Asia's oldest civilisation.
This is Kedah Tua in Sungai Batu, an ancient civilisation that dates back to 535 BC, earlier even than Borobudur in Java (9th century AD) and Angkor Wat, Cambodia (12th century AD).
That's not all... this kingdom was a major iron exporter at the time, complete with mines, a smelting factory, a port and administrative buildings to support the industry.
What is missing are remnants of a palace, its thriving city and the burial sites of its people.
Since 2009, archaeologists and archaeology students from Universiti Sains Malaysia’s (USM) Centre for Global Archaeological Research (CGAR) have been excavating the site to find these remnants and piece together the rise and fall of this ancient advanced civilisation in Kedah.
The kingdom of Kedah Tua
“In 535 BC, Kedah Tua was already exporting iron and this means its social hierarchy in the world was very high, they must have had a raja but so far, we have yet to uncover evidence of one,” said CGAR director Datuk Mokhtar Saidin.
“We call it Kedah Tua because we are still not sure about what type of kingdom there was during that period,” he added.
Kedah Tua was known as kedaram, kataha, kalaha or cheh-cha previously and this is directly linked to its iron industry because those words mean iron in different languages.
He said it was not just any ancient civilisation but an advanced one with geologists to detect and mine iron and the technology to smelt it.
Iron needs 1600 degrees Celsius to smelt and in that period, the Kedah Tua kingdom already had that technology.
“The technology must be from somewhere else, from the migration of people from the west to the east, the knowledge flows to China,” Mokhtar said.
Rewriting history
When the site was discovered back in 2009, Mokhtar said they didn't know the significance of it.
“There was no mention of this site in the history books, no mention of a thriving iron industry in Malaya or an advanced civilisation in the area we didn't know civilisations existed here back in 535 BC so we didn't know what we had found until we pieced everything together,” he said.
The discovery of 12 jetties to form a major port off Sungai Batu was a sure sign that this was not just any small iron smelting plant but evidence of a thriving civilisation that was a major iron exporter to the world.
“It preceded Borobudur, it preceded Angkor Wat, it is history we never knew and discovering it as a civilisation meant history has to be changed the oldest civilisation in South-east Asia is here in Malaysia, in Kedah Tua, not Borobudur,” he said.
Mapping burial grounds
After almost 10 years of excavating the site, Mokhtar believes there are still more discoveries waiting to be found.
Apart from the iron smelting industry, the port and the accompanying ruins of administrative buildings, they also found a monument of ritual.
“Back in 535 BC, they practised animism, we can clearly see the monument facing Gunung Jerai and we believe that from the 6th century onwards, they moved on to Hindu-Buddhism as we can see signs of a stupa which is indicative of Buddhism,” he said.
He added the Hindu-Buddhism influences could be due to the Silk Route when traders passing by stopped here and introduced their beliefs and religions to the people.
“We have yet to find burial grounds of the civilisation and we do not know how the kingdom fell but I have mapped out over 40 sites that I believe could be the burial grounds,” he said.
Based on other civilisations of the period, Mokhtar believes that the burial grounds will be very near the mountain, which is the nearby Mount Jerai.
“I've mapped the sites from Mount Jerai to Sungai Muda to Sungai Merbok, the burial grounds must be around here and we are also looking for the habitation site and most importantly, the istana,” he said, using the Malay word for palace.
Mokhtar and his team have a long way to go trying to find more evidence of the ancient civilisation because he believes the kingdom was spread out over 1,000 square kilometres from Sungai Batu up to Jeniang and Sik.
Links to Guar Kepah
The origins of the Kedah Tua civilisation are unclear but Mokhtar does not dismiss the possibility of the people being descendants of the prehistoric settlement found in Guar Kepah, only about 20 kilometres away.
“The Neolithic settlement in Guar Kepah is about 5,000 years old before they found iron while Sungai Batu is 2,600 years old so it is possible that it took them about 2,500 years to slowly move to Sungai Batu, to develop and eventually learn iron smelting,” he said.
“So, we have prehistory and just 20 kilometres away, we have civilisation, there could be a connection somewhere but I will still need to look for more evidence,” he said.
Guar Kepah is where three Neolithic shell middens were discovered by the British back in 1850s and a total of 41 prehistoric skeletons were excavated and brought to the National Natuurhistorisch Museum in Leiden, Holland.
Last month, Mokhtar and his team found a complete skeleton at the site that is about 5,710 years old. His team has continued excavating the site while a planned Guar Kepah Archaeological Gallery will be built there after excavation works are complete.
Mokhtar believes there is a link between Sungai Batu’s civilisation to the Bujang Valley. He believes the civilisation started at Sungai Batu before it spread out to the valley but again, he needs to find more evidence to prove the links.
“Even the first Muslim sultan, in the 12th century, was also dealing in the iron industry right up until the 15th century,” he said.
Sungai Batu Archaeological Complex
The Sungai Batu site was acquired by Jabatan Warisan Negara and is now known as the Sungai Batu Archaeological Complex.
While Mokhtar and his team continue to excavate the site, the complex is open to the public and visitors.
It is proving to be a popular visitors' spot with some opting to stay for two days to observe the excavations and even join in.
“This is the start of archaeotourism in Sungai Batu and we have already introduced the first ever living culture gallery for visitors to experience excavations for themselves.
“The complex has a total of 97 excavated sites and apart from guided tours, visitors can also have hands-on experience excavating, brick making and iron smelting the way it was done during ancient times.
“This is our way of educating the people on how advanced we already were back in 535 BC, before there were handphones and internet, people were already mining iron, smelting iron and exporting it,” he said.
The living culture gallery and hands-on experiences are also a way to spur interest in a field that many perceive to be “boring,”, he added.
USM CGAR now has several archaeotourism packages for visitors that include its Archaeology Park, Lenggong Valley and Sungai Batu.
Find out more at its Facebook page: sahabatarkeologiusm or call 04-6533-357.

Copy and paste: 28 March 2021 @ 15 Syaaban 1442H: 8.38 pm

Kekeliruan Tentang Hak Pekerja Seks

Oleh Dr Ahmad Sanusi - dari FB

1. Portal akhbar Samudera melaporkan bagaimana Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengeluarkan kenyataan mempertahankan hak asasi pekerja seks. Dato’ Dr Madeline Berma dipetik menyatakan: “pekerja seks di Malaysia bukan sahaja didiskriminasi malah dianggap melakukan jenayah.”
2. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya SUHAKAM ini menimbulkan kekeliruan apabila hak pelacuran dianggap sebagai hak yang mesti diberikan kepada sebahagian manusia malah kenyataan ini seakan membawa maksud industri pelacuran tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Dibimbangi nanti, pengedar dadah juga menuntut agar hak kebebasan mesti diberikan kepada mereka untuk mencari rezeki.
3. Disinilah titik perbezaan yang jelas antara pendirian syariat dan corak pemikiran liberal. Golongan liberal menganggap manusia mesti diberikan ruang kebebasan dalam memilih bidang pekerjaan termasuk menjadi pelacur atau hak pekerja seks sedangkan syariat Islam meletakkan garis panduan yang jelas berhubung perkara ini.
4. Islam mengangkat nilai wanita begitu tinggi dan menyelamatkan mereka dari menjual maruah mereka. Anehnya golongan liberal memperjuangkan pula kebebasan hak pelacuran bagi seorang wanita. Bukankah perjuangan liberal ini menjatuhkan maruah wanita?
5. Larangan melibatkan diri dalam industri pelacuran telah jelas melalui ayat-ayat yang melarang perlakuan zina. Allah mengeji pengamal zina dan menyifatkan zina sebagai seburuk-buruk perlakuan (Surah al-Isra:32). Malah Rasulullah memelihara wanita daripada terjebak dalam industri zina ini. Sabda Rasulullah:
لا مُسَاعاة في الإسلام، مَن سَاعى في الجاهلية، فقد لحق بعصَبَته
“Tiada pelacuran dalam Islam. Sekiranya seseorang melakukannya pada zaman Jahiliah maka anak yang diperolehi akan dinasabkan kepada Tuannya (hamba perempuan tersebut).” (HR Muslim).
7. Bahkan di dalam kaedah Usul Fiqh, para sarjana Islam telah meletakkan satu kaedah khas dalam menangani perkara ini. Kata mereka:
وما ادى الى الحرام فهو حرام
Sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram
Iaitu sekiranya pekerjaan pelacuran ini membawa kepada zina yang telah diharamkan, maka industry sex work (pelacuran) ini sudah tentu haram. Anehnya golongan liberal memperjuangkan pula sex work ini.
8. Islam memuliakan wanita, mengangkat wanita pada kedudukan yang tinggi. Islam memelihara maruah wanita dari dinodai. Apa yang diperjuangkan oleh liberal seakan merendahkan hak wanita. Memberikan hak yang keliru dalam mempertahankan pelacuran.
9. Bahkan sekiranya seorang wanita tersebut sudah terlanjur menjadi pelacur sekalipun, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Dalam sebuah hadith, Rasulullah menjelaskan bagaimana Allah memberikan ganjaran terhadap pelacur yang memberi minum kepada anjing. Begitu tinggi nilai yang Islam letakkan kepada hambanya yang kembali kepada kebenaran.
Semoga Allah membimbing kita semua.

Copy and paste: 28 March 2021 @ 14 Syaaban 1442H: 10.52 am

Friday, 26 March 2021

Kepercayaan Datuk Gong atau lebih dikenali sebagai Datuk Keramat.

Oleh Veera Saravanan 
Sumber : FB Malaysiaku Dulu Dulu Official

Semalam Boi ada cerita tentang nombor amat ekor kan. Dapat ilham untuk bagi pencerahan tentang kepercayaan Datuk Gong la pulak.
Bagi korang yang tak tahu, mungkin korang akan anggap yang ni perkara biasa je. Tapi korang tahu tak, dewa yang disembah itu majoritinya adalah orang Melayu? Ya! Ia adalah ‘Dewa Melayu’ yang dikenali sebagai ‘Datuk Gong’ atau ‘Na Tuk Kong’ dalam bahasa Cina. Bentuk patung dewa tu jugak ada ciri-ciri Melayu (macam gambar kat atas).
Kenapa patung tu macam orang Melayu? Macam mana kepercayaan Datuk Gong ni boleh muncul? Betul ke yang disembah tu ‘Dewa Melayu’? Itulah mungkin persoalan yang bermain kat minda korang sekarang. Oleh itu, mari kita bermula dengan sejarahnya…
Penyembahan terhadap Datuk Gong ni dikatakan mula bertapak kat Malaysia sejak awal abad ke-19 lagi. Datuk Gong ni boleh dianggap sebagai dewa tempatan yang menjaga kesejahteraan, keamanan, kekayaan dan kesihatan. Apa yang uniknya, amalan ni hanya wujud kat Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand je (nusantara).
Sebab tu lah, kita takkan dapat jumpa Datuk Gong ni kat negara China, Taiwan atau sebagainya. Untuk nak buat korang lebih faham, segalanya bermula pada abad ke 19 bila berlaku penghijrahan rakyat China ke Asia Tenggara. Masa tu diorang bawa amalan dan kepercayaan diorang sekali. Dalam waktu yang sama, mereka cuba menyesuaikannya dengan amalan masyarakat tempatan (Melayu).
Sekitar kawasan luar bandar di Malaysia, sesetengah kuil yang dilukis berwarna kuning atau warna merah di tepi jalan atau di bawah pokok boleh ditemui, dan kuil-kuil ini biasanya disembah oleh penduduk yang tinggal di kawasan sekitar. Dewa Melayu yang disembah oleh orang Cina di Malaysia dipanggil Datuk Kong, Datuk Gong atau Datuk Keramat.
Kuil-kuil tersebut biasanya mempunyai reka bentuk fusion Cina-Melayu, dengan unsur-unsur Islam seperti hiasan bulan sabit. Di dalam bilik yang sederhana, sebuah patung yang menggambarkan Datuk diletakkan.
Patung Datuk Gong (拿督 公 Nadu-Gong) biasanya menggambarkan seorang lelaki Melayu yang berpakaian Kostum Melayu Tradisional, memakai songkok atau tengkolok kepala, keris dan pakaian tradisional Melayu. Objek untuk upacara penyembahan juga akan diletakkan di atas sebuah altar di hadapan patung tersebut.
Mereka percaya Dewa Datuk Gong ini menjaga kesejahteraan, keamanan, kekayaan, dan kesihatan.
Sejarah asal Datuk Gong
Datuk/Dato adalah gelaran terhormat masyarakat Melayu kepada seseorang dan juga gelaran kepada orang tua. Manakala, Gong pula adalah gelaran hormat masyarakat Cina kepada dewa-dewa mereka. Ramai yang beranggapan penyembahan Datuk Gong adalah kepercayaan masyarakat Cina. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak sepenuhnya benar.
Penyembahan terhadap Datuk Gong ini dikatakan mula bertapak di Malaysia sejak awal abad ke-19 lagi. Masyarakat Melayu pada zaman itu masih ada yang percayakan konsep animisme sebelum kedatangan Islam.
Asimilasi dari kepercayaan ini membentuk konsep kepercayaan Datuk Kong yang rata-ratanya terdiri daripada orang melayu yang telah meninggal dunia. Maka apabila dikaitkan dengan amalan orang Melayu pada masa dulu, ia berkaitan rapat dengan pemujaan ‘semangat’ terhadap sesuatu tempat yang dianggap keramat.
Cara penyembahan Datuk Gong
Penyembahan Datuk Gong pada asalnya disembah bukan dalam bentuk patung, tetapi tablet (papan yang ditulis namanya), pokok tertentu, busut atau batu. Tetapi disebabkan zaman yang berubah, patung mula diukir.
Penyembahan Datuk Gong selalunya dilakukan melalui orang pengantara untuk memanggil roh Datuk Gong. Mereka biasanya menawarkan bunga segar, sireh, rokok daun, hirisan pinang, dan buah-buahan tempatan. Sebahagian penting dari ritual itu juga melibatkan pembakaran kemenyan.
Tetapi upacara ini turut mempunyai pantang larangnya sendiri di mana orang yang ingin meminta bantuan daripada Datuk Gong tidak boleh memakan daging khinzir sekurang-kurangnya sehari sebelum berjumpa Datuk. Bagi wanita wang datang haid pula, mereka dianggap tidak suci dan tidak boleh menyentuh Datuk, terutama sekali di bahagian kepala.
Interaksi budaya antara Melayu dan Cina
Konsep Datuk Gong ini muncul dari campuran amalan orang Cina dan Melayu. Dr Lee Yok Fee, Pensyarah Jabatan Ekologi UPM menyimpulkan bahawa kepercayaan ini diturunkan dari generasi ke generasi dan muncul hasil dari interaksi budaya dan amalan dari dua bangsa iaitu Cina dan Melayu.
Justeru, tidak hairanlah jika kepercayaan terhadap Datuk Gong ini masih dipraktikkan lagi sehingga kini kerana ia adalah satu bentuk kepercayaan yang telah direvolusikan di tanah Malaysia sendiri yang mengamalkan konsep bebas beragama.
Kredit info kepada Soscili dan Kata Malaysia.

C&P: 26/3/2021 @ 12 SYAABAN 1442H: 12.42 PM

Thursday, 25 March 2021

ISU TAPAK WARISAN DI SUNGAI BATU MERBOK, KEDAH: 4 FITNAH, 5 FAKTA, 5 RUMUSAN

 FITNAH 1:

Kerajaan Negeri menghalau sekumpulan penyelidik yang berada di atas tapak warisan yang menjadi kajian arkeologi Sg Batu.
FITNAH 2:
Kerajaan Negeri tidak mahu usir sekumpulan penduduk yang mendiami tanah secara tidak sah di sebelah tapak warisan.
FITNAH 3:
Kerajaan Negeri mahu bina jalan di atas tapak warisan.
FITNAH 4:
Kerajaan Negeri tidak peka dengan tapak warisan dan mahu menghapuskan sejarah.
____________
FAKTA 1:
a. Tapak warisan arkeologi di Sg Batu Merbok adalah milik Jabatan Warisan Negara, selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005. Akta ini melindungi tapak-tapak warisan arkeologi negara melalui penyelidikan, pemuliharaan dan pemeliharaan.
b. Tapak ini bukan milik mana-mana kumpulan penyelidik. Walau bagaimanapun, difahamkan Jabatan Warisan Negara memberi kebenaran kepada mana-mana kumpulan penyelidik untuk menjalankan kajian di atas tapak tersebut mengikut syarat-syarat tertentu.
FAKTA 2:
a. Di sebelah tapak warisan ini, ada tanah kerajaan yang didiami sebilangan keluarga secara tidak sah. Ada juga sebuah maa'had tahfiz, juga dibina secara tidak sah.
b. Tanah ini milik Kerajaan Negeri, bukan milik penduduk berkenaan, bukan milik Jabatan Warisan, bukan milik pengkaji berkenaan.
FAKTA 3:
a. Oleh kerana sebahagian besar keluarga ini hidup dalam keadaan susah dan kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memindahkan mereka ke tempat lain. Tanah Kerajaan Negeri sangat terhad.
b. YAB MB mengarahkan supaya Pejabat Daerah Kuala Muda mengambil tindakan untuk plotkan tanah berkenaan mengikut ukuran yang munasabah supaya dapat didiami oleh keluarga yang tiada tapak rumah dan benar-benar memerlukan.
c. Dalam masa yang sama, satu kawasan tanah hendaklah dikhususkan sebagai kawasan penampan, yang menjarakkan antara tapak warisan dan tapak rumah penduduk yang akan dibina. Tujuannya supaya tapak warisan berkenaan tidak terganggu atau tercemar apabila ada penempatan penduduk di tapak yang baru kelak.
d. Membela orang miskin yang tidak ada tapak rumah untuk didiami juga adalah satu keutamaan sama seperti memelihara tapak warisan.
FAKTA 4:
a. Terdapat sebatang jalan yang ada bagi menghubungkan kawasan penduduk berkenaan dengan jalan raya utama.
b. Difahamkan, jalan ini juga dibina secara tidak sah. Jalan ini didapati lalu di atas tapak warisan arkeologi berkenaan.
c. Keadaan ini tidak boleh terus dibiarkan kerana akan mengganggu dan mencemarkan tapak warisan arkeologi berkenaan.
d. Demi memelihara tapak warisan dan memberi kemudahan kepada penduduk berhampiran, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengalihkan jalan berkenaan dari tapak warisan kepada tapak baru yang terletak di atas tanah kerajaan. Tapak jalan yang baru ini lokasinya bersebelahan dengan tapak warisan.
FAKTA 5:
a. Kontena yang digunakan oleh pengkaji untuk menempatkan peralatan kajian didapati berada di atas tapak jalan baru yang dicadangkan dibina bagi kemudahan penduduk. Tanah itu tuannya Kerajaan Negeri.
b. Jalan belum dibina. Baru dicadangkan sahaja. Kontena pengkaji dan pengkaji itupun tidak dialihkan atau dihalau. Semuanya masih elok berada di situ sehingga hari ini.
c. Untuk selesaikan masalah ini, pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Kuala Muda dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) telah berunding dengan kumpulan pengkaji, tuan punya kontena berkenaan.
d. Setelah rundingan, ada 2 cadangan penyelesaian:
SATU: Kontena pengkaji dipindahkan masuk ke dalam tapak warisan arkeologi. Tuan punya tapak warisan, Jabatan Warisan Negara telah beri keizinan. Difahamkan begitu.
DUA: Jika kontena itu tidak mahu dialihkan, maka Kerajaan Negeri bersedia melencongkan jalan supaya tidak mengganggu kontena pengkaji.
e. Tidak dapat dipastikan cadangan mana yang menjadi pilihan kumpulan pengkaji. Yang pasti, Kerajaan Negeri bersedia memberi keutamaan kepada kehendak kumpulan pengkaji, sebagai satu langkah menyokong mereka meneruskan kajian di atas tapak warisan.
____________
RUMUSAN
1. Tiada langsung tindakan menghalau kumpulan penyelidik di atas tapak warisan Sungai Batu. Bahkan Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah bagi memastikan tapak warisan arkeologi Sg Batu terus terpelihara.
2. Penduduk yang ada di atas tanah berhampiran tapak warisan tidak akan dipindahkan. Mereka akan diberikan lot tanah yang sesuai untuk didiami mengikut undang-undang tanah dan syarat ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
3. Tiada jalan yang akan dibina Kerajaan Negeri di atas tapak warisan. Jalan yang sedia ada secara tidak sah akan dialihkan ke kawasan di luar tapak warisan.
4. Kerajaan Negeri akan terus memelihara tapak warisan Sungai Batu sebagai bahan sejarah yang membentuk tamadun dunia.
5. Tamadun membentuk peradaban manusia. Manusia yang memahami tamadun merupakan manusia yang menjunjung adab dan tatasusila. Tindakan menyebarkan fitnah melulu penuh emosi tanpa usul periksa adalah tindakan tidak bertamadun dan boleh memusnahkan peradaban.
(Sumber: Sidang Media YAB Menteri Besar Kedah pada 9 Mac 2021 di Wisma Darul Aman)
Afnan Hamimi
Wisma Darul Aman

Copy and paste: 25 March 2021 @ 11 Syaaban 1442H: 12.20 pm

Keunikan Beijing

SUMBER : FB KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD

Menjadi pusat budaya, politik dan pendidikan negara China, selain menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008, Beijing telah menjadi destinasi yang cukup mempesona bagi pencinta seni.
Dengan rasa kasih sayang, aroma teh wangi yang dicampur dengan seni dan warisan yang utuh, lawatan ke Beijing pasti akan meninggalkan 1,001 kenangan terindah.
Menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, Tembok Besar China mesti dikunjungi semasa berada di Beijing.
Tembok sepanjang 8.850 kilometer dengan dinding bergerigi besar mengalir di pergunungan dan pemandangan yang menarik meletakkannya sebagai monumen ikonik yang cukup mempesona dalam senarai mana-mana pelancong.
Dataran Tiananmen di tengah-tengah Beijing juga merupakan salah satu tempat yang mesti dikunjungi oleh dek keunikannya dan fungsinya melindungi pintu masuk ke Kota Larangan suatu ketika dahulu.
Menara Tiananmen, Monumen Usahawan Rakyat, Majlis Orang Besar dan Majlis Peringatan Mao Zedong adalah antara tarikan berdekatan di Dataran Tiananmen.
Ditubuhkan pada tahun 900 Masihi, Kota Terlarang adalah antara struktur yang paling penting dan dihargai di China. Kota Larangan, yang dulunya merupakan istana, kini telah menjadi Museum Istana, yang memaparkan berbagai koleksi artifak dan karya seni dari dinasti Ming hingga Qing.
Mahu melihat keunikan seni kontemporari yang berkembang di China, Beijing 798 Art Zone yang hampir seperti New York Greenwich Village atau Soho adalah tempat yang tepat.
Terdapat banyak galeri, studio dan kafe seni di sini. Pertunjukan dan pameran juga kerap diadakan dan sesuai untuk anda yang gemarkan seni.
Satu lagi keunikan seni pertukangan Cina yang mesti dikunjungi semasa berada di Beijing ialah Stadium Nasional Beijing yang lebih dikenali sebagai Stadium Bird's Nest kerana seni pembuatan unik ini diilhamkan oleh sarang burung.
Struktur ikonik ini juga antara tarikan pelancong utama dan taman ski dan akan menjadi kompleks hiburan.
Terus mengembara ke Beijing, menonton persembahan opera pasti akan membuat anda terhibur. Seni teater bukan sahaja menghiburkan, tetapi menggabungkan banyak aspek termasuk gaya, muzik, nyanyian, dialog, mime, akrobatik dan tarian.
Naratif yang lebih merupakan kisah semasa pemerintahan dinasti, peristiwa sejarah penting yang diadaptasi daripada kesusasteraan Cina klasik menambah keunikan persembahan opera ini.
Sekiranya anda berpuas hati untuk melihat peninggalan bersejarah dan tempat-tempat menarik di Beijing, mengunjungi Pasar Ya Xiu dan Pasar Xiu Shui pasti akan membuat anda tersenyum lebar, terutamanya mereka yang suka aktiviti membeli-belah.
Di dua pasar ini, anda berpeluang mengadakan sesi tawar-menawar untuk pelbagai barang termasuk sutera dan pakaian, ciptaan dan cenderahati Cina seperti set teh, bahan kaligrafi dan lukisan.
Pasar ini juga terkenal dengan barang palsu dengan nama seperti beg tangan atau sandal terbaik di Beijing. Pasar Ya Xiu di Jalan Sanlitun dan Pasar Xiu Shui juga di Jalan Changan.
Menjamu selera di Beijing juga sangat mudah dengan adanya beberapa restoran makanan halal yang menyediakan pelbagai jenis menggoda.
Sekiranya anda ingin menikmati daging kambing dan kebab yang enak, Donglaishun Muslim Restaurant adalah lokasi. Hidangan daging kambing beku, sup kambing yang dibumbui dan yogurt buatan sendiri di Restoran Xinjiang juga memberikan perut anda nyanyian gembira.
Restoran Hongbinlou dengan itik Peking halal dan ekor daging lembu goreng dengan sos di Hong Bin Lou juga merupakan antara hidangan yang pasti dapat memenuhi selera anda.

Lain-lain Bacaan:


Copy and paste: 25 March 2021 @ 11 Syaaban 1442H: 10.28 am

Tuesday, 23 March 2021

Benarkah perkataan keling sensitif?

Oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Sampai bila nak tunduk kepada ultra kiasu, walhal kita di pihak benar?
NAK jadi apa dengan Malaysia ni? Perkataan keling pun tak boleh tulis dan sebut, sedangkan mahkamah putuskan boleh? Dari segi epistimologinya pun tiada masalah.
Bagaimana dengan nama Zainal Kling, Masjid Kapitan Keling. Apakah selepas ini tidak boleh digunakan ‘keling’ itu.
Seorang aktivis masyarakat India semalam mengecam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung definisi perkataan ‘tambi’ dalam laman sesawang jabatan tersebut yang didakwa sebagai menghina masyarakat India di Malaysia.
Ini selepas DBP memberi definisi kepada perkataan ‘Tambi’ sebagai: “panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita”.
Isunya bukan perkataan ‘tambi’ tetapi ‘keling’. Sekali lagi kita membuang masa dengan membicarakan soal istilah. Sedangkan banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian.
Lebih ekstrem lagi, beliau akan menghantar satu notis kepada DBP menuntut permohonan maaf kepada orang ramai. Kerajaan harus melihat perkara ini dan memberi amaran kepada semua sektor kerajaan dan separa sektor untuk melarang pengunaan kata-kata menghina terhadap mana-mana kaum di Malaysia.
Hebatkan? DBP diminta minta maaf, kerajaan diberikan amaran, sedangkan perkataan ini sudah sah boleh digunakan.
Beliau ini siapa? Beliau ada baca buku ke tidak?
Dahulu, perkataan keling ini adalah perkara ini, langsung tidak sensitif. Tiba-tiba semenjak dua menjak ini, perkataan keling menjadi sensitif.
Sebelum itu, ada beberapa laporan polis telah dibuat terhadap mereka yang menggunakan perkataan keling. NGO lapor polis kes Zaidi sebut ‘keling’ (Malaysiakini 2 Disember 2014). Ayatnya berbunyi:
“Jadi ini menunjukkan bahawa Melayu Pulau Pinang tak kiralah mamak ke, keling ke, menyokong Umno di Pulau Pinang.”
Dalam kes lain, berita bertajuk, DAP: Dr M perlu henti guna ‘keling’ (Malaysiakini 10 April 2018). Antara kata-kata Dr M, “Saya nak guna perkataan Keling. Orang Keling kata, ‘podah’.
Pemimpin ultra kiasu Pulau Pinang memberi amaran kepada Dr M supaya menghentikan penggunaan keling.
Kita pun tunduk dan akur. Inilah hebatnya rakyat Malaysia, demi orang lain, sanggup berkorban. Saya tabik.
Sedangkan, pada 14 Mei 2009, Mahkamah Tinggi memerintahkan bahawa penggunaan istilah ‘keling’ dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ianya adalah untuk tujuan pembelajaran.
Hakim Lau Bee Lan, yang memutuskan demikian dalam kamar, kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Tsfahanie Tasnim. (Mstar 14 Mei 2009)
Pada 29 Disember, 2006, Nik Tsfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah ‘keling’ yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini.
Menurut peguam DBP, Md Radzi Mustafa, hakim Lau dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah ‘keling’ dalam kamus itu bukan ‘mala fide’ (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.
Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.
Ditanya sama ada istilah ‘keling’ masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md Radzi ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.
Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM Ramli @ Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah tersebut.
Antara lain, Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari kamus tersebut.
Pada 28 Februari, 2005, DBP mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan istilah itu dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bukan bertujuan jahat, menimbulkan kacau-bilau, menganggu keamanan, merangsang rasa benci, permusuhan, dendam, tidak harmoni atau perpecahan seperti yang didakwa oleh APIM.
Dalam afidavit sokongan bagi membatalkan saman itu, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad mendakwa APIM tidak mempunyai ‘locus standi’ (hak di sisi undangundang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.
Persoalan saya, aktivis ini dan ultra kiasu sebelum ini, baca atau tidak sejarah perkataan ‘keling’ ini. Begitu juga dengan keputusan mahkamah. Semua mahu dipolitikkan.
Inilah akibatnya apabila manusia lupa sejarah, lupa asal usul. Tidak mengambil perkembangan apa yang berlaku disekeliling. Dia nak dia sahaja.
Untuk makluman, perkataan ‘keling’ dipercayai berasal dari kerajaan India kuno, Kalinga.
Dalam bahasa ibunda saya, Cina Hokkien, kami menyebut masyarakat India sebagai ‘kelinga’
Jelas di sini, dari segi epistimologinya memang tidak ada masalah. Ia telah digunakan sejak zaman berzaman.
Tiba-tiba hari ini tidak boleh guna. Cuba tanya pemimpin Cina ultra kiasu, apa perkataan yang digunakan merujuk orang India.
Apakah selepas ini, orang Hokkien tidak boleh lagi menggunakan perkataan yang telah digunakan ribuan tahun hanya kerana ia tidak disukai. Apa semua ini?
Apakah selepas ini Masjid Kapitan Keling turut diminta ditukar namanya dengan membuang perkataan keling, menjadi Masjid Kapitan sahaja. Saya cukup kasihan kawan saya yang bernama Zainal Kling. Apakah selepas ini, pemimpin ultra kiasu akan meminta Zainal Kling memohon maaf kepadanya?
Hairan sungguh saya, beriya-iya menentang penggunaan perkataan ‘keling’, tetapi dalam isu pengganas LTTE, senyap seribu bahasa. Sebenarnya kamu nak apa? Beri betis nak peha. Kaduk sudah naik junjung.
Sampai bila kita akan terus tunduk kepada ultra kiasu ini sedangkan kita di pihak yang benar?
Ridhuan Tee Abdullah

C&P : 23/3/2021 @ 10 Syaaban 1442H : 7.30 pm
20
4 comments
1 share
Like
Comment
Share