Saturday, 28 November 2020

Semenanjung emas(Golden Chersonesse)

Sumber: Daeng Zaddam : FB KINGDOM OF TANAH MELAYU

Acapkali kita selalu mendengar tentang semenanjung emas atau golden chersonesse,tapi tak apalah biarlah cerita ini naik beberapa kali pun,kerana ulangkaji itu penting supaya kita tidak lupa dengan sejarah bangsa ini.

1- Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi, ahli astrologi dan ahli kaji bintang Greek yang terkemuka telah menulis, mengolah dan menyusun sebuah buku yang diberi tajuk Geographia yang mengandungi peta-peta bentuk muka empayar Rom sewaktu pemerintahan empayar Roman pada seawal abad kedua.

2- Seperti mana yang kita tahu melalui buku teks di sekolah-sekolah pada hari ini, Ptolemy telah menamakan semenanjung Malaysia sebagai Golden Chersonese atau pun Aurea Chersonesus yang bermaksud Semenanjung Emas atau Tanah Emas. Melalui Wikipedia, ada dinyatakan disitu bahawa nama Golden Chersoneseini diberikan kerana reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang pada waktu itu, sangat terkenal sebagai pembekal emas yang terkenal di seluruh dunia. Ini juga disokong oleh teks-teks Buddha Theravada yang menggelarkan semenanjung tanah melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas.

3- Benarkah negara kita yang tercinta ini sebenarnya kaya dengan unsur yang paling mahal didunia itu? Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa nama Gunung Ledang pernah disebut didalam kitab Injil Hebrew versi Raja James, Book of Job 28:16 yang dipetik sebagai menyebut:

"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire"

4- Ophir atau Mount Ophir seperti mana yang disebut oleh Book of Job tersebut adalah merujuk kepada Gunung Ledang. Sehingga ke hari ini Gunung Ledang dikenali dengan nama inggerisnya, Mount Ophir. Pedagang-pedagang jawa di era Majapahit menggelarkannya sebagai Gunung Ledang yang membawa maksud Gunung Dari Jauh. Para Pedagang – pedagang China yang sering menyusuri Selat Melaka pula menggelarkan gunung ini dengan nama Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas. Terdapat beberapa tempat lagi yang turut dikenali sebagai Ophir, malah para sarjana masih lagi berdebat dan bertentang pendapat tentang lokasi sebenar Mount Ophir seperti yang di sebut didalam Injil mereka itu. Melalui perbandingan rekod-rekod purba dengan reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal dengan emas ini, saya rasa Gunung Ledang adalah lokasi yang tepat.

Kerajaan Nabi Sulaiman, didalam mendapatkan bekalan emas telah menghantar kapal-kapal ke Ophir. Namun kapal-kapal ini mengambil masa yang sangat lama untuk kembali. Para sarjana ada membuat perbandingan dan kesimpulan yang direkodkan didalam The London Quaterly Review jilid 86-87 yang diterbitkan pada tahun 1850 yang menyatakan seperti berikut:

"In truth, as Solomon’s ships, which brought back this gold,were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold"

5- William James Perry didalam bukunya The Children of the Sunyang diterbitkan pada tahun 1927 ada merekodkan seperti berikut:

"The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization"

6- Terdapat begitu banyak loji-loji kuno yang digunakan untuk melombong emas dijumpai berselerak di merata semenanjung. Loji-loji ini didapati menggunakan teknologi-teknologi yang terlalu tinggi sehingga kan menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dibina dan dikendalikan oleh orang melayu sehinggakan ada yang mengatakan bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. Perry dipetik sebagai menyebut:

"In this same region of the Tui valley have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state"

7- Perry juga memetik catatan Hugh Clifford berkenaan dengan penemuan loji-loji emas kuno ini. Clifford tampak lebih terbuka untuk menerima penemuan-penemuan loji-loji emas kuno ini sebagai jawapan kepada persoalan kenapa Semenanjung Tanah Melayu digelar sebagai The Golden Chersonese.

"The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time tons of their precious metal"

8- Adakah benar Semenanjung Tanah Melayu ini sememangnya kaya dengan emas? Kita sering mendengar cerita dan hikayatSultan Melaka mengutuskan rombongan yang diketuai oleh laksmana tersohor, Hang Tuah, ke Gunung Ledang dengan hasrat untuk menyunting serta memperisterikan seorang Puteri tinggal di gunung tersebut. Puteri cantik jelita yang terkenal dengan namaPuteri Gunung Ledang itu, seperti mana yang kita tahu, telah memberikan beberapa syarat-syarat untuk dipenuhi oleh Sultan sekiranya baginda Sultan ingin memperisterikan dirinya. Salah satu daripada syarat-syarat tersebut adalah sebuah jambatan emas daripada Gunung Ledang ke Istana Melaka.

9- Ada cerita yang mengatakan bahawa baginda Sultan tidak dapat memenuhi kesemua syarat-syarat tersebut dan ada pula yang mengatakan bahawa Sultan dapat memenuhi syarat-syarat tersebut kecuali syarat yang terakhir, yang seperti mana kita dengar, adalah semangkuk darah putera Baginda itu sendiri. Kiranya kita mengambil pendapat yang terkemudian, kita boleh menyimpulkan bahawa Melaka pada masa itu mempunyai jumlah simpanan emas yang banyak.

10- Mengikut catatan Thomas Stamford Raffles didalam The Malay Annals pula mencatatkan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi kesemua syarat-syarat tersebut kecuali yang terakhir itu. Stamford Raffles dipetik sebagai mencatatkan seperti berikut:

"Then Tun Mamed returned and / descended to the laksamana and Sang Satia, and informed them of what had passed; after which they all returned and related the whole of the old woman’s conversation to Sultan Mahmud Shah, who said, ” all these requests may be complied with, but the taking of blood is an unpleasant business, and I have no inclination for it at all.”

Copy and paste: 28/11/2020 : 12 Rabiulakhir 1442H: 6.56 pm

Mount Ophir: Rahsia Gunung Ledang

Oleh : Firhan Fauzi

Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,telah mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju disebut Sundaland ini.Kemudian akibat dari sebab-sebab perubahan cuaca dan geografi seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah berpindah ke lain-lain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya telah menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di Timur Tengah,atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak begitu jauh.

Dua pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul sememangnya menimbulkan misteri kepada pakar-pakar geografi sejak sekian lama.Jika Pentas Sunda diangkat,seluruh Kepulauan Melayu sebenarnya menjadi satu benua baru yang besar.

Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio Santos.

Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat, dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan bangsanya.

Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup-nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba berfikir tentangnya.

Beribu tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan berlayar ke Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu wilayah yang pernah dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang mencari sesuatu yang amat berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu dinamakan sempena dengannya.

"THE KING SOLOMON'S MINES"

"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire"

(Book of Job 28:16 -King James Version)

Untuk membuka peti-peti rahsia di 'Gua Rahsia' kita perlu tahu katakuncinya (password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.

Sebagaimana perubahan Bahasa Melayu dari zaman ke zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan seorang Raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama 'Samarinda'.Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja, Fan Shih-Man adalah seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita misalnya,yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.

Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari sukukaum Bugis-Makasar.Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka.

INGAT!MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan bangsa asing yang lain.

Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:

Gunung

Laut

Pantai

Pulau

Bunga

Wangi-wangian

Nusantara

Pelbagai bangsa

Nabi Ibrahim

Budaya Vedic

Anak-anak Keturah

Madyan

Madai/Madayu

Malai/Malayu

Iskandar Zulkarnain

Parsi

Nabi Nuh

The Land of The Gods

Sundaland

Mesir Kuno

Rempah dan kemenyan

Judah

Nabi Sulaiman

Ophir

Gunung Ledang

Suvarnabhumi

Golden Chersonese

EMAS

Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita buka jika menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya orang Melayu yang berdarah Melayu sahaja yang boleh menimbulkan 'instinct' menjejak asal-usulnya.Sesetengahnya akan terbuka 'vision' dengan sendirinya apabila melihat katakunci sahaja.Sesetengahnya perlukan masa,mengkaji dan mengkaji.Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal dari orang Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari mana,dari Planet Zargus agaknya.'Madyan' adalah satu bangsa yang disatukan dengan suku-suku Parsi yang lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain dalam Al Quran.Jadi cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab ini mendakwa raja-raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain. Abaikan kata 'Makaduniah' kerana perkataan ' Zulkarnain' itu didapati dari teks AlQuran dan kata 'Makaduniah' tidak pula muncul dalam Al Quran.

Ingat,di permulaan kitab itu,Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata 'Goa'.Kekeliruan terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain itu,dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon) sebagai maksud 'Iskandar Zulkarnain' itu.Alexander The Great memang terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah menyerang benua itu satu masa dahulu.Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata 'Iskandar Agung' ini boleh diterima kerana bertepatan dengan gelaran yang diberi oleh sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada raja itu.

*Cyrus The Great

Tetapi dari mana datangnya 'Zulkarnain' ini?'Zulkarnain' bermaksud pemilik dua tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander 'The Two Horns Keeper'.Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis,gambar raja Parsi itu menunjukkan mahkotanya terdapat dua cabang besar di atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil nama raja itu tetapi gelarannya.Mereka tidak memanggil,"Wahai Tuanku Iskandar" tetapi dengan gelaran "Wahai Pemilik Dua Tanduk" menunjukkan kemegahan dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi Muhammad s.a.w.Baginda kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai "Ya Rasulullah..." bukannya "Ya Muhammad...."

Dari kata 'Rempah dan Kemenyan' kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat (Timur Tengah).Satu teori yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.

Para pedagang India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah 'diindiakan' sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya menjadi 'kuasa besar' di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China.

PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapal-kapal.Ini lebih mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad yang ganas dan hauskan kepala manusia.

Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan keagungan.Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan pinggan mangkuk.Emas juga dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-kuil.Warna emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan empayar-empayar.Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia akan menjadi raja dan menguasai kekayaan.Emas melambangkan tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang mati akibat perebutan logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan darinya.Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi bangsa yang mengenal apa itu emas merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa yang dikaitkan dengan logam ini mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan perdagangan mahupun asakan peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa tersebut.

BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATA mustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas.Apakah itu besi Kursani?

Manuskrip-manuskrip purba telah mengenal satu kawasan di dunia yang dipanggil 'BUMI EMAS' walaupun lombong-lombong emas juga diusahakan di Afrika dan oleh orang Nubia,namun tempat mereka tidak pula terkenal sebagai 'semenanjung emas','pulau emas' mahupun 'bumi emas'.Namun sejak berabad lamanya nama Suvarnabhumi meniti dikalangan bibir para Brahmin yang membaca kitab Purana dan Ramayana merujuk satu wilayah yang kaya dengan emas.

The Golden Chersonese

Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah anda apakah gelaran antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini?

Gelaran politik antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom,Kisra Parsi dan raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai 'wilayah emas'.Dari manakah gelaran ini berasal?

Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra, Raghuvamsa yang ada menyebutkan nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun Aryan yang bersambung pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria seperti Babylon,Ur,Kish dan Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea,Assyria dan Babilon,sudah pasti raja-raja Israel dan Judah mendengarnya juga.


Mengikut kitab-kitab Hindu ini,Nusantara pada zaman kuno terbahagi kepada dua bahagian:

*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah Melayu)
*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa)

Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.Dalam Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana Rama mencari Sita yang diculik Ravana.

LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA MENYEBUTKAN NUSANTARA INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama dan Sita adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau Melayu sebagai 'Pulau Emas'.Di dalam Kathasagaras,satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini 'the fabulous Land of Gold'-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud 'menakjubkan' itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan "Wow!Menakjubkan!"?

Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya.JIka para raja-raja atau dewa-dewi Hindu ini sampai ke pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan rimba sahaja adakah ini layak digelar 'the fabulous Land of Gold'??

SEBENARNYA MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN YANG MENGGUNAKAN EMAS SECARA BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.Mungkin mereka menemui istana emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai gelang dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin ketika itu terselit keris emas dipinggang seorang laksamana Melayu.

Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahun-tahun menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan nama Chin-chou yang bererti 'Negeri Emas'.Ini tidak menghairankan kerana ketika itu Emperor-emperor Melayu Sriwijaya telah mampu mengeluarkan matawang emas.

Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata 'Suwarandib' ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama 'Suvarnadwipa' dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.

Pada zaman dahulu sekiranya pedagang India tidak memperolehi emas dari pedagang Parsi dan Yunani,mereka akan berlayar ke Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil mereka.Sejak Emperor Vespasian dari empayar Rom menghentikan bekalan syiling emas kepada para pedagang India;disebabkan ketidakseimbangan ekonomi akibat pembelian emas besar-besaran oleh pedagang India ini,mereka terus tertumpu ke Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas.

Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika beliau menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya Geographike Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat negeri Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah bagi mengawet mumia misalnya.
Naskah Yunani tahun 70 Masehi, Periplous tes Erythras Thalasses, mengungkapkan bahwa Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos, yang ertinya Pulau Emas.

OLEH ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBAGAI 'GOLDEN CHERSONESE' nama antarabangsa baginya ketika zaman kuno dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon,juga raja-raja India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama 'Pulau Emas Yang Menakjubkan' sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan Purana.

Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai 'Monkey Chersonese' sudah tentu dirinya akan dihina dan diperlecehkan oleh para sarjana Yunani dan Parsi,mungkin petanya tidak dipedulikan atau dibakar kerana mengelirukan para pengembara dan pedagang lain.

Telah diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah ratus,kemenyan dan wangi-wangian.Para pedagang,raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah sudah mendatangi Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping mencari emas,mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus (dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur,sebagaimana tercantum pada naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi.

Jadi bayangkan para Firaun sedang menerima delegasi-delegasi pedagang yang mempersembahkan rempah ratus dari Timur Jauh.BAYANGKAN SEORANG PENIAGA MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU CENDANA DI BAZAR-BAZAR KOTA UR,URUK DAN KISH.

Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon's Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera,perhiasan Cherubim,meja altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan lilin-lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax sumatrana;Lubban Jawi yang terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.

"And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and precious stones"

(1 Kings 10:11 -King James Version)

Nabi Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan Israel Raya,memerintahkan pembinaan tempat ibadat yang agung dan dipenuhi perhiasan-perhiasan keemasan.

"Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the walls of the houses withal"

(1 Chronicles 29:4 -King James Version)

Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. 

Kitab Al-Quran, Surat Al-Anbiya‘ ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).

"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu"

(Al-Anbiya' ayat 81)

Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU??

Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah lokasi-lokasi di Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,

"Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be .... in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met to trade..."

Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans tidak berada berdekatan dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut 'banyak pulau'.Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Fiipina.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon"

(2 Chronicles 8:18 -King James Version)

Namun satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota Hellenistik yang lain.


"Lombong Emas Raja Sulaiman"

Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifat-sifat bitara logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan. Keunggulan sifat-sifat fizikal logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan sifat-sifat kimianya seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini dalam kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar dan mahal, membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya datang dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat dalam batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang terdapat di negara-negara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi jumlah pengeluaran.

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun kelihatan rawak, taburan ini sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman Perm-Trias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung Malaysia ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida masif,dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah Utara-Selatan. Perubahan batuan dinding yang terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian, pengargilitan dan pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida. Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh dikelaskan sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja menjelajah longgokan primer ini masih rendah.

Mengapakah Gunung Ledang digelar 'Mount Ophir'?

Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik Malayo-Polynesian.

Renungkan puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.

Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.

Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce, ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??

-------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII

Copy and paste: 28/11/2020 : 12 Rabiulakhir 1442H : 2.32 pm

Bingkisan dari insan yang mencintai "ALAM MELAYU".

Oleh: Daeng Iskandar

Bacalah sangat menarik dari admin untuk members Kingdom❤️

Bahawasanya Indonesia dan Malaya adalah dua nama baru daripada satu negeri yang dahulunya hanya satu, tidaklah ada orang yang akan dapat memungkiri lagi. Dilihat ke dalam sejarah lama, belumlah lama perpecahan ini. Baru setahun saja setelah Kota Melaka diduduki Portugis, Adipati Muhammad Yunus dari kerajaan Demak di Jawa telah mencuba menyusun sebuah angkatan laut hendak merampas Melaka kembali dari tangan musuh bersama itu. Dan sesudah itu, berkali-kali pula raja-raja Aceh di antaranya Iskandar Muda Mahkota Alam berusaha hendak mengusir Portugis dari bandar Melaka sehingga akhirnya Portugis dapat juga dinyahkan setelah Aceh dan Johor bersekutu dengan Belanda.

Anak Raja Perak pernah dirajakan di Aceh dan anak Raja Kedah pernah dijadikan menantu oleh sultan-sultan Aceh. Raja Melaka yang paling akhir, Sultan Mahmud Syah mangkat di Kampar, Sumatera Tengah. Kerajaan Melayu yang besar di dalam kurun ketujuh belas meliputi Riau, Johor, Pahang, Terengganu dan pulau-pulau Lingga. Pahlawan Melayu yang besar Almarhum as-Syahid fi Sabilillah Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau, yang tewas di Teluk Ketapang kerana hendak merampas Melaka dari tangan Belanda. Sepatutnya pahlawan besar ini diperingati sebagai seorang gagah perkasa di Indonesia dan Malaya seluruhnya. Beliau berdarah Bugis dan Melayu. Beliau pahlawan kepunyaan Sulawesi, kepunyaan Riau dan kepunyaan Tanah Melayu juga. Perjuangannya meliputi kedua bahagian dari tanah air kita.

Di Malaya sekarang orang tidak berpengetahuan dalam tentang sejarah Mataram dan Demak, tentang Banten dan Sulawesi dan tentang sejarah Perang Bonjol. Dan di Indonesia sekarang sangat picik (sempit) pengetahuan orang tentang Melaka, tentang kerajaan Langkasuka, tentang Dato’ Dol Said di Naning dan lain-lain sebagainya. Sebabnya ialah kerana tarikh tanah air kita yang hakikatnya satu itu, sudah lama tidak kita yang menyusunnya lagi tetapi telah disusun oleh orang lain.

“Sejarah Melayu” menyebut asal-usul keturunan raja-raja Melayu ialah dari Bukit Siguntang Mahameru di Palembang, Sang Sapurba nama rajanya, bercabang ke Bintan dan Minangkabau naik ke Singapura dan akhirnya ke Melaka. Sebab itu maka nama Melayu itu mulai timbulnya ialah di Pulau Sumatera. Penyelidikan tawarikh membuktikan kebesaran Srivijaya yang di zaman jayanya pernah menaklukkan negeri Siam, Burma dan Kemboja. Kebesaran Srivijaya itu diwarisi oleh Majapahit berpusat di Pulau Jawa.

Jika ditilik kepada sejarah raja-raja Melayu yang ada sekarang, baik kesultanan tua seperti raja-raja Perak dan Kedah atau kesultanan yang agak baru seperti Johor dan Negeri Sembilan, bertemu jualah pertalian dengan tanah asal pulau-pulau itu. Kesultanan Perak dari keturunan Sultan Muzaffar Syah ibni Almarhum Sultan Mahmud Syah (Marhum Kampar); Kesultanan Terengganu, Pahang dan Kelantan bertali dengan Riau. Kesultanan Johor dan Selangor bertali dengan Luwu (Bugis), Kedah dengan Aceh dan Negeri Sembilan dari Minangkabau.

Setelah menilik asal-usul Raja-Raja, mari kita tilik pula asal-usul penduduk Semenanjung Tanah Melayu itu. Peribumi yang sebenar asli tidak ada, hanyalah orang Sakai atau orang Jakun. Adapun yang selebihnya, baik yang berlama-lama atau yang berbaru-baru, adalah datang dari pulau-pulau Melayu (Indonesia) juga. Sudah ada sejak zaman Srivijaya, zaman Majapahit dan zaman Melaka. Di tiap-tiap negeri ada perkampungan Jawa, orang Banjar, orang Mandahiling, orang Rawa, orang Bonjol, orang Aceh, orang Bugis, orang Bawean (Boyan) dan lain-lain. Orang pindah dari Pulau Sumatera terutama Minangkabau amat banyak ke Malaya sesudah Perang Padri (1836) dan kemudian setelah Belanda memaksa memajukan pungutan cukai belasting (1908). Dan lama sebelum itu suku Minangkabau telah mendirikan Negeri Sembilan dengan memakai adat Perpatih Nan Sebatang. Rajanya dari Minangkabau yang pertama ialah Raja Melewar. Dua pemimpin Angkatan Muda di Malaya adalah keturunan daripada bondongan baharu sejak kurun kedua puluh ini, yakni Dr. Burhanuddin dan Boestamam. Ayah Dr. Burhanuddin adalah orang Sungai Jambu Batu Sangkar. Ayah bonda Boestamam berpindah dari Salido, Pesisir Selatan (Painan) Pasir Selatan. Panglima Salleh yang melawan Cina sesudah Jepun kalah, adalah berasal dari Banjar. Adapun pendeta bahasa yang masyhur Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) adalah orang Negeri Sembilan. Ibunya turunan Minangkabau, sebab itu dia adalah orang Minangkabau sukunya Somolenggang dan menurut pepatah, “kecil bernama gadang (besar) bergelar” waktu mudanya bergelar ‘Lebai Kari’. Ayahnya keturunan Bugis sebab itu dia orang Bugis.

Seorang ulama’ besar yang masyhur di Malaya iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin pernah menjadi mufti di negeri Johor dan di negeri Perak. Beliau adalah orang Empat Angkat Bukit Tinggi. Di luar negeri seumpama di Mesir, di Iraq dan di Mekah pergaulan anak Melayu dengan anak Indonesia amatlah rapatnya. Tidaklah kurang di antara mereka itu yang turut bekerja keras membantu anak-anak Indonesia di dalam perjuangan kemerdekaan. Orang luar negeri memandang tidak ada perbezaan anak Melayu dengan anak Indonesia kerana memang tidak berbeza kecuali di dalam nasib politik.

Oleh sebab itu tidaklah hairan jika orang yang berdarah Melayu apabila sampai di Malaya merasa sebagai di negerinya sendiri. Dan tidaklah melebih-lebih jika seorang yang dizahirkan di Indonesia merasa juga bahawa Malaya itu adalah tanah airnya. Ikatan kain seseorang, lilitan serban pak lebai, letak songkok di kepala sama belaka tidak ada perbezaan sedikit pun. Itulah sebab apabila sebahagian dari tanah air mereka mencapai kemerdekaan iaitu pulau-pulau Indonesia, seluruh bahagian Malaya dan Sarawak dan Brunei bergembira dan merasa dirinya pulalah yang merdeka. Sebaliknya yang berdiam di Indonesia pun demikian pula, mereka merasa sedih sebab kaum bangsanya di Malaya masih terjajah dan turut gembira mendengarkan bahawa kerajaan British telah sudi memberikan pemerintahan merdeka sendiri bagi Malaya.

Seketika hebatnya revolusi bertumpah darah dan bertebus nyawa di Indonesia maka hangat sengangarnya dirasakan juga di Malaya. Di tahun 1945, terjadilah pertempuran yang amat dahsyat di antara orang Melayu yang amat dihinakan oleh orang Cina. Di Siam Selatan, timbul perlawanan yang hebat dari Haji Sulong. Di tahun 1950, timbullah huru-hara di Singapura yang terkenal dengan “huru hara Natrah”. Semuanya itu ada gejala dan sengangar daripada Revolusi Indonesia.

Menilik kepada semuanya itu, tidaklah boleh orang hairan jika saya pun mencintai Malaya sebagaimana saya mencintai pulau Sumatera dan negara Indonesia juga. Sebagai seorang Indonesia saya menuntut kembali Irian Barat ke dalam pangkuan ibu pertiwi Indonesia, tetapi jiwa raga saya lebih dekat ke Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu.

Sebagai seorang pengarang, karangan-karangan saya mendapat perhatian yang penuh di Malaya, sebagaimana di daerah-daerah Indonesia yang bahasa Melayu bukan bahasanya yang kedua. Sebabnya ialah kerana kegiatan saya mengarang mulai timbul di Medan dari tahun 1936 sampai masuknya Jepun. Pengiriman buku-buku saya lebih cepat dari Medan ke Malaya daripada ke Jawa sendiri dan bahasa yang saya pakai masih banyak bentuk Melayunya, kerana bahasa Minangkabau bukanlah bahasa yang berdiri sendiri melainkan bahasa Melayu juga dengan pelat daerah. Bahasa Melayu yang dipakai di Medan lebih dekat juga ke Malaya. Sehinggakan Almarhum doktor Mansur pernah berkata: “Kalau semacam bahasa yang dipakai saudara Hamka itu yang bahasa Indonesia, redhalah saya memakai bahasa Indonesia”.

Adapun dalam pemakaian huruf Melayu yang di Malaya sendiri dinamai orang huruf Jawi, alhamdulillah saya menulisnya sama cepat dengan menulis huruf rumi (lain) kerana sejak saya pandai menulis, huruf Melayu inilah yang banyak terpakai. Karangan-karangan ayah saya seluruhnya ditulis dengan huruf Melayu (Jawi). Itulah yang saya baca. Karangan saya yang mula-mula (1925) bernama ‘Khatibul Ummah” saya tulis dengan huruf Melayu. Karangan saya yang kedua (1928) bernama “Si Sabariah” saya tulis juga dengan huruf Melayu.

Petikan daripada buku ‘Kenangan-Kenanganku di Malaya‘ (ms 6 – 12 ) karya Buya Hamka terbitan Jejak Tarbiah. ‘Kenangan-Kenanganku di Malaya’ diterbitkan pertama kali pada tahun 1957 di Singapura dalam tulisan Jawi.

Daeng Iskander

Copy and paste: 28/11/2020 : 12 Rabiulakhir 1442H: 2.25 pm

KEDAH TUA

 Dari FB Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara

Kedah Tua Bilangan 1

Sejarah Kedah Tua. Mulai hari ini Adminah akan bercerita tentang Kedah Tua. Penulisan bergantung pada cerita. Ada ringkas dan ada panjang. Dan tentunya akan bersambung-sambung. Bismillah.

Kedah, sebuah negeri yang tertua di dalam Semenanjung Malaysia. Terdapat kesan tinggalan sejarah prasejarah bersambung kisahnya sehingga ke Kedah moden hari ini.

Guar Kepah, biarpun sekarang berada di wilayah Pulau Pinang namun tiada siapa dapat menolak sejarah yang terukir Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah. Dan di Guar Kepah yang dijumpai kulit-kulit kerang dan diangkat negeri Pulau Pinang sebagai sebuah kawasan sejarah. Biarpun dengan tidak mengaitkan tempat ini adalah Kedah lama, makna penemuan kulit-kulit kerang ini bahawa pesisir pantainya telah berpenghuni sejak 3000 tahun yang lampau.

Melalui kajian arkeologi, kawasan yang dijumpai ditanda sebagai kesan Kedah Tua bermula kurun ke 8 Sebelum Masehi hingga kurun ke 14 Masehi. Biarpun sejarah lisan dan sejarah yang dikutip di dalam Hikayat Merong Mahawangsa bahawa Kerajaan Kedah Tua sangat besar. Menelan negara-negara lain di dalam Asia Tenggara.

Kerajaan Kedah Tua kerajaan Melayu. Kini dicorakkan di atas peta berdasarkan tinggalan melalui arkeologi atau cari gali, Kedah Tua berkembang dari Sungai Batu Merbok Kedah merangkumi Bukit Choras yang terletak di Utara Gunung Jerai, Jeniang, Lembah Sungai Merbok sehinggaSungai Muda. Termasuk ianya ke Cheruk Tok Kun di selatan Kedah.

Kedah Tua merupakan sebahagian empayar dalam Kerajaan Maritim Sriwijaya yang memiliki hubungan perdagangan dan politik yang rapat dengan Selatan India dan China.


Kedah Tua Bilangan 2

Sehingga ke hari ini, sejarah Kedah Tua direkodkan berdasarkan bukti penemuan seramik-seramik asing, candi dan arca Hindu Buddha serta inskripsi di sekitar Sungai Bujang dan Sungai Mas menunjukkan bahawa Lembah Sungai Merbok dan Muda merupakan pusat perdagangan amtarabangsa Kedah Tua. Rekod masa aktif adalah hingga kurun ke 14 Masehi.

Kini satu lagi sejarah baharu ditimbulkan dengan lebih jelas dan berfakta di mana sebenarnya Kedah Tua lebih lama dari awal masehi ke 2. Penemuan tapak-tapak tinggalan yang membentuk sebuah kompleks yang lengkap dengan industri, pelabuhan, pergudangan dan kepercayaan yang bertarikh paling lama tercatat adalah sejak tahun 788 Sebelum Masehi, membawa kepada pengikhtirafan para sarjana sejarawan dunia bahawa Kedah Tua adalah sebahagian tamadun terawal dunia.

Dengan penemuan berjuta-juta jongkong dan sisa besi terlebur di Sungai Batu dan daerah-daerah lain yang bersambung melalui Sungai Muda, berpandu pada catatan-catatan bertulis dalam kitab sejarah pelbagai negara misalnya Arab, India, China, Korea, Pakistan, Jepun, tamadun Kedah Tua adalah satu-satunya tamadun yang berasaskan ekonomi. Tamadun-tamadun dunia lain tumbuh berasaskan ugama atau kepercayaan.

Kehebatan Kedah Tua tersingkap dengan kesan tinggalan yang serba lengkap, tersusun, luar biasa dan bertaraf dunia.

Pelabuhan-pelabuhan utama seperti Sungai Batu, Sungai Mas dan Pengkalan Bujang muncul secara berturutan dan bergantian mengikut peredaran masa dan perubahan muka bumi. Dan ketiganya menunjukkan aktiviti perlabuhan, perindustrian dan sosial penggunaannya adalah antarabangsa. Sesuai dengan kedudukan Semenanjung Malaysia itu sendiri sebagai pusat sehenti untuk pelayaran atau jalan laut dari arah Timur dan Barat.

Sejak kurun ke 8 Sebelum Masehi dengan bangun sebagai sebuah tamadun unggul hingga ke abad ke 14, Kedah Tua mula merosot pada penghujung abad ke 14.

Fungsinya iaitu sebagai pusat perdagangan entrepot utama di pesisir Selat Melaka digalas cantik oleh Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi.

Kedah Tua masih beroperasi tetapi dalam skala yang sederhana dan menurun. Tinggalan-tinggalan seramik dari pelbagai negara terus dijumpai di sekitar Lembah Merbok mewakili kurun ke 14 hingga ke 17 Masehi. Namun jumlahnya tidaklah banyak dengan pengesanan seramik adalah dari China dan negara-negara Asia Tenggara dan juga Eropah.

Kesultanan Melayu Melaka mampu bangkit selama 1 kurun sahaja sebelum bumi Melayu bermula dengan kisah penjajahan bertarikh kurun ke 16 Masehi.

Namun, Kedah Tua tetap menunjukkan kedatangan pedagang luar negara terus datang singgah.


Kedah Tua Bilangan 3

Sumber bertulis berkenaan Kedah Tua diperolehi daripada Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

Hikayat Merong Mahawangsa mempunyai 14 bab yang menceritakan bagaimana Langkasuka dibuka. Hikayat ini dipercayai ditulis oleh 'Fakir' yang hidup pada masa Sultan Muadzam Shah iaitu anak kepada Sultan Kedah yang pertama iaitu Sultan Mudzafar Shah 1.

Namun penulisan 'Fakir' ini boleh mencetuskan sedikit pertanyaan bagaimana beliau menulis sejak zaman Sultan Muadzam Shah sehingga 10 lagi Raja selepasnya. 'Fakir' ini juga bercerita mula bahawa Sultan Muadzam Shah menyuruhnya menulis Sulalat-us-Salatin, bukannya Hikayat Merong Mahawangsa.

Bab ke dua hikayat menceritakan tentang Pulau Langkapuri yang didiami oleh seekor burung garuda selepas peperangan Seri Rama dan Raja Anduman. Pembantu keduanya adalah garuda itu sendiri.

Apabila mendapat tahu perkahwinan anak Raja Rom dan anak Raja China, Garuda berhasrat menghalang perkahwinan sekaligus menghalang jodoh yang merupakan 4 rahsia Allah SWT. Garuda memohon izin Nabi Sulaiman AS untuk menghalang jodoh tersebut. Nabi Sulaiman AS tidak bersetuju tetapi membiarkan sahaja garuda berbuat demikian bagi menjadi teladan akibat makhluk ingin mengatasi ketentuan Allah SWT. Garuda berjanji tidak akan berada di langit atau di bumi jika gagal menghentikan perkahwinan tersebut.

Bab ke tiga hikayat adalah tentang kisah Garuda menyerang istana Maharaja China dan menyambar puteri raja benua China serta dua orang suruhannya. Di bawa ketiganya dengan cengkaman kuku lalu terbang pulang ke Langkapuri.

Sementara itu Raja Rom meminta Raja Merong Mahawangsa menemani anak Raja Rom ke benua China bagi tujuan pernikahan. Raja Merong Mahawangsa berketurunan Indera Dewa manakala isterinya berketurunan Raja Raksasa atau/ Gergasi.

Sejenak untuk difikirkan. Kaum raksaksa atau gergasi adalah kaum yang menjaga kepercayaan menyembah Tuhan yang Satu iaitu dipercayai tauhid kepada Allah SWT.

Pelayaran Merong dan anak Raja Rom menggunakan dua buah bahtera serta beberapa kapal pengiring.

Garuda menyerang Raja Merong dan Anak raja Rom di mana ianya adalah sebahagian usaha untuk menggagalkan terus perkahwinan seraya membunuh Anak Raja Rom. Serangan ke atas bahyera oleh garuda berlaku di perairan Kuala Changgong, Kuala Tawai, Kuala Parit. Ketiganya burung garuda tewas. Kuala Morib tidak ada apa-apa serangan. Di Pulau Salang bahtera anak Raja Rom terus belayar ke Tanjung Hujung Salang dan diserang Garuda kerana ketika itu bahtera Merong Mahawangsa berhenti untuk bekalan air dan kayu.

Bahtera anak raja Rom karam bersama kapal-kapal pengiring yang lain.

Bab ke empat mengisahkan Raja Merong berhenti dan membuka negeri di timur Pulau Seri dan dinamakan Langkasuka.selepas tidak menemui anak Raja Rom.

Sekali lagi kata kunci menarik di dalam Hikayat Merong Mahawangsa adalah, penduduk Langkasuka semasa kedatangan Raja Merong Mahawangsa adalah kaum gergasi atau raksaksa atau kaum yang mengamalkan ajaran tauhid.

Bab ke 5 berkisar tentang anak Raja Rom yang hanyut terdampar di Pulau Langkapuri dan dijumpai oleh tunangnya sendiri iaitu anak Raja China. Anak Raja China menyembunyikan anak Raja Rom tanpa pengetahuan Garuda.

Biarpun diculik, layanan Garuda kepada anak Raja China sangat baik. Gelaran yang dipanggil puteri Raja China kepada Garuda adalah nenek. Satu hari anak raja China meminta garuda mengambil bajunya di istana raja China. Selesai tugas garuda mewujudkan hiruk pikuk di istana Raja China dan mengambil peti baju anak raja China, Garuda pergi menyembah Nabi Sulaiman AS dengan tanggapan anak Raja Rom telah mati dan jodoh sudah terputus.

Nabi Sulaiman AS menyuruh Garuda melihat di dalam peti baju anak raja China. Alangkah terkejut garuda apabila melihat anak Raja Rom keluar dari peti kain tersebut.

Dalam keadaan takut yang amat sangat, Garuda dan sekalian makhluk yang ada di istana Raja Sulaiman AS mendengar pesanan daripada nabi Allah tersebut iaitu 4 perkara yang tidak boleh manusia dan malaikat tentukan iitu:

1) Rezeki
2) Ajal
3)Jodoh penceraian
4) Penceraian.

Garuda dihukum ke laut Kalzum di mana tak ada seorang manusia pun di pulau tersebut. Sementara aank Raja Rom dan anak Raja China dihantar oleh Raja Jin Sharman menggunakan peti baju yang sama milik anak Raja China ke China dan perkahwinan berlangsung seperti mana mengikut kehendak Nabi Allaj Sulaiman AS.

Kedah Tua Bilangan 4

Bab 6 Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan bagaimana permulaan negeri Kedah. Raja Merong Mahawangsa membuka Langkasuka. Baginda menghantar menterinya ke Pulau Percha, Aceh dan negeri Raja Kelinggi atau Burma bagi bertanya khabar dan mengahwinkan putera baginda. Di Burma, menteri Raja Merong berjumpa dengan Menteri Rom dan membawa pulang Menteri Rom ke Langkasuka. Betapa leganya hati Merong apabil mendapat tahu anak Raja Rom telah selamat dinikahkan dengan anak Raja China.

Raja Merong menikahkan anaknya dengan anak seorang Raja. Tak dinyatakan anak Raja mana dari tiga negeri di atas. Anak baginda digelar Raja Merong Mahapudisat lalu naik sebagai Raja. Raja Merong Mahawangsa berpesan untuk merajakan cucu-cucunya di sebelah utara, selatan dan timur Langkasuka. Baginda pulang ke Rom.

Bab 7 mengisahkan Kedah di bawah Raja Merong Mahapudisat. Baginda mempunyai 3 putera dan seorang Puteri. Ketiga-tiga Baginda dilatih dengan ilmu persenjataan dan memanah sambil berkuda. Bagi memenuhi permintaan Raja Merong Mahawangsa, putera sulung Raja Merong Mahapudisat dihantar ke negeri Siam Lanchang. Putera kedua membuka Perak. Puteri tunggal baginda di hantar ke Pattani dengan gajah putih yang dipanggil orang Gemala Johari. Tidak hairanlah pattani terkenal dengan gajah putihnya. Puteri itu diberi keris yang dinamakan Lela Masani.

Dan Putera Bongsu baginda kekal memerintah Kedah Zamin Tauran.

Bab 8 bermula apabila Raja Langkasuka iaitu Raja Seri Mahawangsa menggunakan 'Seri' bagi memudahkan surat dihantar dengan nama Raja tersebut. Andai dibuang perkataan 'Seri' maka gelarannya adalah Raja Mahawangsa. Kota sudah berpindah ke Serokam iaitu di Tikam Batu sekarang kerana Kota Langkasuka semakin jauh dari laut. (Sungai Batu?). Pada zaman inilah bunga emas mula diperbuat orang dan dihantar bagi meraikan kelahiran anak saudara Baginda di Siam dengan harapan penghantaran bunga emas adalah bagi tujuan mengeratkan hubungan sesama Raja. Putera baginda dikahwinkan dengan cucu Nang Miri gergasi dan Bergelar raja Seri Inderawangsa. Kota Raja Seri Maha Inderawangsa berpindah ke Sungai Emas (Kota Kuala Muda).

Bab 9 sepenuhnya menceritakan tentang Raja Bersiong. Samada Raja Bersiong adalah wujud atau tidak, ramai para sarjana memberi pendapat watak Raja Bersiong direkayasa sebagai perlambangan kezaliman seorang Raja terhadap rakyat negeri Kedah pada masa silam.

Raja Bersiong ditulis secara mitos dan diselang selikan dengan fakta sejarah yakni beberapa peristiwa dan tempat adalah tepat. Raja Bersiong bermain dengan dua watak. Zalim dan dalam satu masa yang sama menggambarkan seorang raja yang berdaulat.

Perlu dikaitkan dengan penulisan mula saya. Asal usul Raja Bersiong adalah bilamana Raja Seri Maha Inderawangsa yang berkahwin dengan wanita misteri yang cantik daripada keturunan Nang Miri (bangsa gergasi/ raksaksa). Perkahwinan ini tidak mendapat restu dari datuk Raja Bersiong atau ayah kepada Raja Seri Inderawangsa. Raja Seri Maha Inderawangsa tidak mengendahkan tegahan ayahandanya dan tetap bertegas mahu berkahwin.

Hasil perkahwinan tersebut, Raja Bersiong dilahirkan selepas kemangkatan datuknya semasa ayahnya menaiki takhta Kedah. Nama Raja Bersiong adalah Raja Ong Maha Perita Deria.

Pada masa pemerintahan ayahanda Raja Bersiong, pusat pemerintahan adalah Sungai Emas. Merujuk kepada tempat Sungai Emas adalah tidak jauh dari Kota Kuala Muda.

Apabila Raja Bersiong yakni Raja Ong Maha Perita Deria menaiki takhta, pusat pemerintahan beralih ke Kota Aur yang turut terletak berhampiran Sungai Muda di kawasan daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kota itu dinamakan Aur kerana banyak buluh aur yang menjadi hutan mengelilingi kotanya.

Kedah Tua Bilangan 5

Raja Bersiong meminta bantuan Acheh membina Kota Aur. Pada masa ini Pulau Seri dah menjadi Gunung Jerai, Pulau Jambul menjadi Bukit Jambul, Pulau Kering menjadi Gunung Keriang dan Pulau Tanjung bertukar menjadi daratan.

Kedudukan Kota Aur di bahagian kawasan Gunung Jerai. Raja Ong Maha Perita Deria mengahwini seorang wanita tempatan sebagai permaisuri yang dikatakan sangat cantik dan berbudi bahasa. Karektor Permaisuri berbeza dengan Raja Bersiong. Rakyat Negeri Kedah berasa takut dengan kerana Rajanya yang zalim. Para pembesar negeri terpaksa memberi nasihat kepada Raja melalui Permaisuri tetapi tak diendahkan oleh Raja Bersiong.

Raja Ong Maha Perita Deria banyak melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap rakyat jelata. Bagi membina kota-kota istana, Baginda memeras kerongat rakyat tanpa belas kasihan.

Gigi siong Raja telah pun tumbuh sebelum kejadian gulai sayur bayam bercampur dengan darah berlaku. Dikisahkan dalam hikayat, tumbuhnya siong Raja menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat jelata.

Petikan siung tumbuh di dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

'Hatta pada suatu Raja tengah dihadap oleh orang sekalian, maka titahnya kepada seorang Menteri, "Hendaklah tuan hamba mamri dekat beta, lihat gigi hamba ini, terlalu sakit antara gigi manis, keduanya itu baharu tumbuh pula, bakatnya sahaja baharu jadi."

Maka dilihat oleh Menteri, disembahnya, "Siung, Tuanku."

Maka titahnya pula, "Pada fikiran rasa beta, tidak patut hendak tumbuh siung." Ia berkata-kata itu sambil ketawa pula, "Jika hendak tumbuh siung pun tentulah ada daripada mula jadi atau daripada masa sedang kecil dahulu."

Maka sembah seorang Menteri, "Apa yang kegemaran tuanku di dalam pensantapan lauk nasi di dalam sehari-hari ini:"

Melalui kisah inilah Raja diberi gelaran Raja Bersiong. Malah Baginda dikatakan bersikap seperti binatang buas dan memakai kalung taring babi hutan. Ketika itulah terjadi peristiwa gulai sayur bayam bercampur dengan darah tukang masak istana. Kerana kesuntukan masa dan takut akibat murka Raja maka kejadian campuran sayur dengan darah dirahsiakan sehinggalah ditanyai oleh Baginda. Setelah itulah maka perintah dikeluarkan agar banduan seorang demi seorang dibunuh dan darahnya dicampur dalam hidangan sayur kegemaran Raja.

Raja turut memakan hati dan jantung manusia. Bekalan darah, hati dan jantung adalah dari banduan dan turut melibatkan rakyat jelata.

Sebenarnya watak seorang Raja sanggup makan manusia wujud dalam kisah-kisah rakyat dari India. Pengaruh India di dalam hikayat ini dipengaruhi oleh agama Hindu dan berkembang dalam bentuk lisan dan berpindah kepada bentuk penulisan yang menjadi sumber sejarah tempatan.

Berbalik kepada kisah raja Bersiong, kalangan pembesar mula bersatu dan muncul sedikit demi sedikit penentangan terhadap pemerintahan Raja Bersiong di Kota Aur. Kiranya kisah ini berlaku di Kota Aur.

Penentangan rakyat jelata disokong oleh Menteri KeEmpat dan Permaisuri. Raja Bersiong berjaya digulingkan dengan motif atau niat sebenar adalah mengadili Raja dengan keadilan. Raja Bersiong lari dan tidak ditemui dalam penentangan tesebut di mana simpulan kuat bahawa Raja sesekali takkan jatuh daulatnya. Kerajaan Kedah diperintah oleh Menteri Keempat sehingga menunggu Raja Baru ditabal.

Baling dikatakan lokasi yang dituju oleh Raja Bersiong setelah dikejar oleh tentera Menteri Keempat. Baginda menetap di sebuah rumah dalam kebun sirih yang berhampirann sempadan dengan Pattani.


Copy and paste:

28/11/2020 : 12 Rabiulakhir 1442H: 2.01 pm

BENARKAH HANG JEBAT PEMBELA RAKYAT

Oleh: Saufy Jauhary

Hang Jebat menjemput rakyat jelata masuk ke istana dan menjamu mereka semuanya makan. Hang Jebat juga mengarahkan pegawai menyembelih dua ekor lembu, sepuluh ekor kambing dan seratus ekor ayam untuk dijamu pada rakyat jelata. Tidak cukup dengan itu, Hang Jebat memecahkan bilik Perbendaharaan Negara dan mengambil semua harta-harta seperti intan, berlian dan emas yang tersimpan di dalam bilik tersebut untuk diberikan pada rakyat. Kata Hang Jebat, “Ini hak rakyat, aku akan kembalikan kepada rakyat!” Maka diberikannya harta-harta tersebut kepada rakyat yang hadir di istana tersebut, “Haa..ambil ini semua, ini semua hak kamu, ambil semua..ambil!!” laung Hang Jebat sambil mencampakkan permata kepada mereka semua. Kemudian ketika rakyat jelata memberi sembah kepadanya sebagai ucapan terima kasih, segera Hang Jebat menolak seraya berkata: “Jangan, jangan sembah aku! Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat…rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk memberi jasa kepada rakyat. Dan aku rela mati untuk rakyat. Kerana aku mahukan keadilan, keadilan, keadilan…!”

Begitulah dialog Hang Jebat yang dilakonkan oleh seniman Nordin Ahmad di dalam filem Hang Jebat tahun 1961. Dialog yang sungguh mempersonakan setiap orang yang mendengarnya. Lagak Hang Jebat bagaikan seorang wakil rakyat yang sedang memberikan khidmatnya kepada rakyatnya. Siapakah yang bergelar rakyat yang tidak akan terpesona dengan dialog tersebut? tidak mungkin ada melainkan individu itu bukan seorang rakyat. Maka hasil daripada kejayaan filem ini ramailah di antara kita yang hingga kini menanggapi Hang Jebat sebagai wira rakyat lebih daripada Hang Tuah, kerana Hang Jebat membela rakyat sedangkan Hang Tuah hanya membela rajanya. Namun adakah watak Hang Jebat yang dilakonkan di dalam filem tersebut menggambarkan peribadi Hang Jebat yang sebenarnya di dalam sejarah?

Untuk mengetahui hal tersebut hendaklah diselidiki daripada dua sumber utama karya sastera agung bangsa Melayu iaitu Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Mengapa dua karya ini perlu diambil kira? 

Kerana dua karya inilah sumber utama asal usul kisah keperwiraan Hang Tuah lima bersaudara. Jika nama Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya tidak ditulis di dalam dua buah karya ini maka pada hari ini masyarakat pasti tidak mengenal siapakah gerangannya yang menjadi laksamana dan panglima-panglima di zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

Sebenarnya di dalam karya-karya tersebut tidak ada petunjuk bahawa Hang Jebat membela rakyat. Bahkan Hang Jebat dilihat melakukan kezaliman kepada rakyat dengan melakukan pembunuhan sesuka hatinya. Tujuan Hang Jebat melakukan penderhakaan adalah semata-mata untuk membela kematian Hang Tuah yang telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka. 

Hal tersebut berdasarkan ucapan Hang Jebat di dalam Hikayat Hang Tuah: “Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah (Hang Tuah) maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.” Di dalam Sulalatus Salatin pula Hang Jebat berkata: “Hei Tuah! Adakah lagi engkau? Adalah sangka aku engkau sudah mati, maka aku mahu membuat pekerjaan terlanjur demikian ini.”

Kezaliman Hang Jebat terhadap rakyat jelata dirakamkan di dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Di dalam Sulalatus Salatin, dinyatakan bahawa Hang Jebat telah membunuh gundik raja dengan cara yang mengaibkan: “Maka dipandang oleh Hang Tuah gundik raja yang dibunuh dan dihiris Hang Jebat dari muka lalu ke farajnya dan ditelanjanginya; maka oleh Hang Tuah sambil bertikam itu dikuiskannya kain perempuan itu dengan kakinya, seperti diselimuti, tertutup semua tubuhnya.”

Manakala di dalam Hikayat Hang Tuah pula, setelah Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah, dengan nyawa yang masih bersisa Hang Jebat telah mengamuk dan membunuh segala rakyat jelata yang dijumpainya tanpa belas kasihan: “Maka Hang Jebat pun lalu keluar mengamuk di tengah pasar itu. Maka orang Melaka pun beribu-ribu mati dan luka daripada laki-laki dan perempuan. Maka negeri Melaka pun huru-haralah. Maka Hang Jebat pun masuk mengamuk daripada suatu kampung kepada suatu kampung, daripada satu lorong kepada suatu lorong, daripada suatu tempat kepada suatu tempat itu; banyak mati dan luka; keluar masuk membunuh seperti orang gila. Maka bangkai pun bertimbun-timbun, pada segenap lorong dan segenap kampung dan pintu dan jambatan penuh dengan bangkai. Maka hari pun hampir malam. Maka Hang Jebat pun keluar dari dalam negeri. Ia membunuh orang luar negeri seperti sewah menyambar ke sana ke mari. Maka rakyat isi negeri itu pun keluar dari negeri membawa anak bininya; setengah mendapatkan raja. Setelah baginda melihat demikian itu , maka baginda pun terlalu dukacita melihat rakyatnya demikian itu, seperti alah oleh musuh lakunya, masing-masing membawa dirinya ke sana ke mari. Arkian setelah genap tiga malam Laksamana khalwat itu, maka Laksamana pun hendak ke sungai. Maka dilihat oleh Laksamana Si Jebat mengusir orang di pasar itu, seperti helang menyambar ke sana ke mari. Maka Laksamana pun berseru-seru sambil berdiri melihatkan kelakuan Hang Jebat membunuh. Maka Laksamana pun berseru-seru dengan nyaring suaranya, katanya, “Hai Jebat, padalah engkau membunuh orang beribu-ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga; sudahlah. Sekarang segala nyawa orang berpuluh-puluh ribu tiadakah tertanggung atas kepalamu?!” Arkian maka suara Laksamana itu pun terdengarlah kepada Hang Jebat; Hang Jebat pun segera datang mendapatkan Laksamana. Maka dilihatnya Laksaman ada terdiri. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, padalah engkau membunuh orang yang berpuluh ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga!” Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian itu, maka Hang Jebat pun segeralah menyembah kaki Laksamana, serta katanya, “Hai orang kaya, segeralah buangkan diperhamba. Daripada orang lain membunuh hamba, baiklah orang kaya mendapatkan tangan kepada diperhamba.””

Tindakan Hang Jebat membunuh ribuan rakyat jelata itu membuktikan bahawa Hang Jebat bukanlah pembela rakyat. Masakan orang yang membela rakyat tergamak membunuh rakyat jelata demi melampiaskan dendam semata-mata. Malah dialog Nordin Ahmad seperti di dalam filem Hang Jebat itu tidak ditemui di dalam kedua-dua hikayat. Dialog tersebut adalah rekaan pengarah filem tersebut iaitu Hussain Haniff. Menurut Hidir Ali Razali, pengarah Hussain Haniff telah terpengaruh dengan pemikiran seorang sasterawan bernama Ali Aziz. Ali Aziz telah mencipta teorinya di dalam penulisan bertajuk “Hang Jebat Pelaku trajidi ”(1960). Penulisan Ali Aziz ini telah memaparkan Hang Jebat daripada watak protagonis kepada seorang yang berwatak antagonis yang bersih dari kejahatan serta sahabat yang setia. Ali Aziz telah mengolah watak Hang Jebat dengan menarik hingga keberkesanan olahan dari Ali Aziz itu telah menarik minat seorang pengarah muda yang mempunyai sifat memberontak bernama Hussain Haniff untuk menterjemahkan penulisan tersebut ke layar perak.

Filem sulong arahan Hussain Haniff ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu. Sebelum itu masyarakat Melayu seringkali didendangkan dengan kepahlawanan Hang Tuah dan penderhakaan Hang Jebat. Setelah Hang Jebat ditayangkan di pawagam dengan sekelip mata persepsi masyarakat ketika itu telah berubah. Menurut Ali Aziz kebanyakan yang tertulis di dalam buku-buku berkaitan sejarah Hang Tuah sebelum ini menyatakan kisah Hang Jebat menderhaka seringkali dilihat dari sisi tidak bersih, dan dari situlah tercetus ilham untuk beliau menulis kisah ini. Hal ini disebabkan Ali Aziz sangat terdedah dengan karya penulis tragedi seperti William Shakespeare antaranya Julius Caeser, Macbeth, King Lear, Hamlet dan Othelo.

Timbul persoalan, bolehkah kita menjadikan Hang Jebat sebagai simbol orang Melayu untuk tidak sentiasa hanya tunduk kepada Sultan dan pemerintah? Maka jawapannya tidak boleh. Pertama telah dibuktikan bahawa cerita Hang Jebat seorang pembela rakyat adalah tidak tepat, yang benarnya Hang Jebat adalah seorang penderhaka yang menderhaka kepada Sultan untuk menuntut bela di atas kematian sahabatnya. Tidak sepatutnya untuk menjadikan seorang penderhaka sebagai idola. Yang sepatutnya diangkat sebagai idola pastilah seorang tokoh yang mempunyai imej yang bersih, baik budi dan bukan orang yang berimej jahat.

Kedua, di dalam hukum syariat Islam, menjadi penderhaka kepada pemerintah adalah haram. Seorang pemerintah Islam itu wajib ditaati segala perintahnya selagi perintah tersebut makruf bukan perkara maksiat,bukan perkara yang merosakkan akidah dan akhlak. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan ulil amri (pemerintah)di antara kalian.” 
[An-Nisaa: 59]

Juga sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
“Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) pada apa-apa yang dia cintai atau dia benci kecuali jika dia disuruh untuk berbuat kemaksiatan. Jika dia disuruh untuk berbuat kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat.” 
[HR. Al-Bukhari (no. 2955, 7144), Muslim (no. 1839), at-Tirmidzi (no. 1707), Ibnu Majah (no. 2864), an-Nasa-i (VII/160), Ahmad (II/17, 142) dari Sahabat Ibnu ‘Umar. Lafaz ini adalah lafaz Muslim]

Daripada Abi Bakrah r.anhu, bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ أَكْرَمَهُ أَكْرَمَهُ اللهُ، وَمَنْ أَهَانَهُ أَهَانَهُ اللهُ
“Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya.” 
[Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (6988)] [Hadith ini dinilai sahih oleh Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, 496/1]

Daripada Abu Hurairah r.anhu, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، يَأْوِيْ إِلَيْهِ الضَّعيفُ، وَبِهِ ينتَصِرُ المظلومُ، وَمَنْ أَكْرَمَ سُلْطَانَ فِي الدُّنْيَا أَكْرَمَهُ اللهُ يَوْم َالقِيَامَةِ
“Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi yang mana orang yang lemah akan pergi kepadanya. Dengannya akan dibantu orang yang dizalimi dan barangsiapa yang memuliakan Sultan di dunia ini maka Allah akan memuliakannya di hari Kiamat.” 
[Lihat: al-Jami’ al-Saghir (4817)] [Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai hasan]

Kesimpulannya, tidaklah tepat tindakan sesetengah orang Melayu menjadikan Hang Jebat sebagai idola mereka. Tindakan Hang Jebat menderhaka kepada Sultan jelaslah bukanlah sifat yang mulia malah tidak menepati syarak. Hang Jebat bukan wira rakyat, Hang Jebat tidak pernah mengagihkan harta-harta negara kepada rakyat sebagaimana dalam filem Hang Jebat. Filem itu adalah sekadar filem dan telah diubah dan diolah dari fakta sejarah yang sebenar. Hendaklah rakyat khususnya orang Melayu Islam dan secara amnya rakyat Malaysia berbilang bangsa menumpahkan taat setia kepada kerajaan yang dipimpin oleh Yang Di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

SUMBER:-

1) Filem Hang Jebat (1961)
2) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, A. Samad Ahmad (Penyelenggara), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3) Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad (Penyelenggara), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
4) Hidir Ali Razali: Hang Jebat Pelaku Terajidi. Siapa Ali Aziz?, rencana Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik.
5) Ahlus Sunnah Taat Kepada Pemimpin Kaum Muslimin: https://almanhaj.or.id/1399-ahlus-sunnah-taat-kepada-pemimp…

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Copy and paste: 28/11/2020 : 12 Rabiulakhir 1442H; 1.51 pm


MISKIN DUNIA TAPI JUTAWAN AKHIRAT

Oleh Huswatun Hasanah

AHMAD DAWJEE JUTAWAN INDIA MUSLIM YG MEWAKAFKAN 1.2 EKAR TANAH DI JALAN PERAK, JUTAAN LOT SAHAM DI BURSA SAHAM LONDON TETAPI MATI DALAM FLAT KECIL DI JALAN MASJID INDIA

Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luasnya sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.

Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.

Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.

Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun.

Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.

Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat betapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.

Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.

Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.

* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk 'Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah' dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.

#JutawanAkhirat

اللهم اجعلنا منهم...
Ya Allah, jadikan kami seperti mereka...

Copy and paste:
28/11/2020: 12 Rabiulakhir 1442H: 1.45 pm