Wednesday, 28 October 2020

SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA

 Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekalan di perjalanan, beliau membeli 1 kg kurma daripada pedagang tua berhampiran Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang & dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak hampir di timbangan. Menyangka kurma itu bahagian daripada yang beliau beli, Ibrahim memungut & memakannya. Setelah itu langsung berangkat menuju Al-Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Masjid Al-Aqsa. Beliau memilih tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Solat & berdoa dengan penuh khusyuk.Tiba2 beliau mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya.*

*_“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud & wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,”_* *kata salah satu daripada sang malaikat.*

*_“Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat (4) bulan lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil Haram,”_* *jawab malaikat yang satu lagi.*

*Ibrahim bin Adham terkejut sekali, beliau tergamam. Jadi selama empat (4) bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya & mungkin amalan2 lainnya tak diterima oleh Allah SWT, gara2 memakan yang bukan haknya.*

*_“Astaghfirullahal adzhim!”_* *Ibrahim beristighfar. Dia terus berkemas untuk berangkat ke Mekkah menemui pedagang tua si penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang dimakannya. Dia tidak menemukan pedagang tua itu, melainkan seorang anak muda.*.

*_“Empat (4) bulan yang lalu, saya membeli kurma di sini daripada seorang pedagang tua. Di manakah beliau sekarang?”_* *tanya Ibrahim.*

*_“Dia sudah meninggal dunia sebulan yang lalu. Sayalah sekarang meneruskan pekerjaannya menjual kurma,”_* *jawab anak muda itu.*

*_“Innalillahi wainna'ilaihi roji’un. Kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?”_*

*Kemudian Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya. Anak muda itu mendengarkannya.*

*_“Engkau sebagai ahli waris org tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?”_*

*_“Bagi saya tidak ada masalah. Insya-ALLAH saya halalkan. Tapi saya tidak tahu dgn saudara2 saya yang 11 orang lagi. Saya tidak berani mewakili mereka, kerana mereka juga mempunyai hak waris sama dengan saya.”_*

*_“Di mana alamat saudara2mu? Biar saya temui mereka satu persatu,"_* *lanjut Ibrahim.*

*Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui mereka. Meskipun rumahnya berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju halalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.*

*Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham tiba di bawah kubah Sakhra, Madjid Al-Aqsa. Tiba2 beliau mendengar dua (2) malaikat yang dulu sedang berbual2.*

*_“Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara2 makan sebutir kurma milik org lain.”_*

*_“Oh, tidak.., sekarang doanya sudah dimakbulkan,"_* *kata malaikat yang lainnya.*

*_"Dia telah mendapat penghalalan daripada ahli waris pemilik kurma itu. Diri & jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali daripada kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas.”_*

*Kalau sebutir kurma saja membuat doa terhalang, bagaimana dengan ratusan ribu, bahkan berjuta wang yang kita ambil selama ini sebenarnya bukan sepenuhnya hak kita?*
*Itu akhirnya membuat kita jauh daripada ALLAH kerana harta yang masuk ke perut kita terlalu kotor keadaannya. Akibatnya dari sudut yg lain - ahli keluarga kita: anak2 menjadi nakal, suami/isteri bergaduh, banyak penyakit, selalu ditipu/tertipu, perselisihan sesama keluarga, & gangguan2 lainnya.*

*Hal ini kemungkinan besar disebabkan oleh harta yang dimiliki bukan hak kita. Sebab itu semua doa2 kita tidak sampai ke langit.*

*_لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله_*

*Wallahu a'lam bissawab...*


Copy and paste: 28 Oktober 2020 / 11 Rabiulawal 1442H : 2.13 pm

Monday, 26 October 2020

SEBAB ITU SAYA FAHAM

RENUNGAN SEPINTAS LALU!

Saya pernah tengok pesakit yang anaknya ramai. Ada lelaki, ada perempuan. Tapi setiap kali nak datang rawatan di hospital, dia terpaksa minta dihantar oleh kawan dan jiran. 

Tapi, saya juga pernah tengok orang yang langsung tak ada anak. Tak berkahwin sampai lanjut usia. Tinggal sendiri. Tapi setiap kali datang, sentiasa ada anak saudara bergilir-gilir teman dia dari mula sampai habis sesi.

Sebab itu, saya faham... 

Saya pernah tengok sepasang warga emas datang berteman bibik. Anak-anak semua berjaya. Semua di oversea. Belikan satu kereta Alphard khas supaya kerusi roda mak dan ayah boleh muat di dalamnya. Tak sempat berpanas hujan, driver dah siap menunggu sehabis masa. Tapi mak ayah murung, taknak bekerjasama. Bibik kata dia selalu sebut, rindu nak anak-anak dia.

Tapi, saya juga pernah lihat ibu ayah dari anak yang biasa-biasa. Kerja pun bukan ada-ada. Selalu kena tolak kerusi roda mak ayah dari seberang jalan sampai berpeluh-peluh dahi. Tapi, sentiasa ada untuk teman mak ayah dari mula sampai tamat rawatan. Mak marah pun, dia diam je sengih tak cakap apa.

Sebab itu, saya faham.....

Saya pernah tengok ibu yang membebel pada anak yang patah pinggul akibat kemalangan. Ibu kata anak tu menyusahkan dia sebab nak kena ambil cuti. Susah nak ulang alik bawa ke hospital. Tak dengar cakap dia katanya. Sebab itulah jadi begitu.

Tapi, saya juga pernah lihat emak yang begitu gigih sekali mendukung anak kelainan upayanya dengan penuh senyum. Sedikit pun takda rungutan. Padahal kalau tengok, saiz anak dah sama besar pun dengan saiz badan emak.

Sebab itu, saya faham....

Saya pernah jumpa pesakit yang suka merungut. Hidupnya penuh dengan komplen. Macam tak ada benda yang baik. Walau dia nampak sihat dan aktif, tapi sentiasa komen tentang sakit dia ibu jari tangan dia yang seketul tu. Dia kata, stress dengan tangan tu.

Tapi, saya juga pernah jumpa seorang pegawai besar syarikat telekomunikasi yang diuji dengan lumpuh. Dari jadi orang besar, dia hilang semuanya sekelip mata. Tak pernah dia nak kata sedih. Dia kata itu rezeki. Yang dia doa, bukanlah supaya kaki dia sembuh semula. Dia cuma minta supaya boleh sujud semula dengan sempurna.

Sebab itu, saya faham...

Saya pernah jumpa seorang lelaki yang terpelajar. Kerja pun hebat. Gaya tak kalah. Tapi bila kehendak dia tak diikut, diamuk dan diharuknya semua orang macam orang lain ni takda perasaan. Adab dengan level otak dia macam tak syncronized. 

Tapi, saya juga pernah didatangi lelaki yang sekolah tak habis pun. Badan dia besar. Ada tatu di bahu. Kalau dia jentik sekali, saya boleh koma. Tapi, cakap dia penuh hormat. Sikit tak pernah marah ke apa. Sekejap-sekejap ucap terima kasih. Sikit-sikit cakap thank you. Sopan sungguh lah nak kata.

Sebab itu, saya faham...

Kisah hidup kita berbeza, jangan pernah persoal apa yang dia dapat hari ini kerana kita tak pernah tahu apa yg pernah dia lalui. Jika kita tak mampu mendoakan & membantu mereka, janganlah pula kita bersangka buruk & menghina mereka.

We eat from a different plate. Our journey is also different. Take the positive side.🌹🌹

Banyak-banyaklah bersyukur. 

If not, we never had enough.

Hidup adalah sesi pembelajaran.

Duduk.

Tengok.

Belajar.

Fahamkan.

Faham, kan?

Hidup senang, hati tenang, jiwa lapang💝💝

#jomshare

#MogaBermanfaat

#copypasteshare

Copy and share : Whatsapp Group Otai Greenwood Park

26 Oktober 2020 / 9 Rabiulawal 1442H : 8.05 pm

Sunday, 25 October 2020

Saintis Temui Perahu Purba Tertua Asia Tenggara Di Pahang

 Kredit to: Perindu Bulan / Khalifah Media Networks

Penemuan perahu purba Asia Tenggara ni mengejutkan ramai pihak barat tetapi kenapa orang Malaysia sendiri tak berbangga dengan kehebatan tamadun kita pada masa lalu? Tolong jangan abaikan artikel ni.

PENEMUAN “PONTIAN BOAT” TAHUN 1926 YANG MENGGEMPARKAN ASIA TENGGARA

“Tegas Asyaari, pengkaji pada masa itu cuba membandingkan perahu yang ditemui pengkaji British, IHN Evans pada 1926 dengan beberapa penemuan bot purba di Asia Tenggara terutama daripada segi saiz dan bentuknya.

“CA Gibson Hill dalam tulisannya pada 1956 turut mengupas secara terperinci mengenai penemuan bot purba berkenaan yang dianggarkan dibina sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masihi berdasarkan kajian karbon yang dilakukan.

“Meskipun perahu berkenaan ditemui dalam keadaan amat rapuh dan hampir rosak keseluruhannya, ia masih dapat dibentuk semula.

“Penemuan The Pontian Boat adalah sebahagian daripada bukti kajian arkeologi maritim mengenai pelabuhan purba, perahu dan kapal purba di rantau ini.” 

– Berita Harian, Pelayaran Melayu silam teroka seluruh dunia

Srikandi nak fokuskan kepada ‘The Pontian Boat’ atau Perahu Pontian itu yang ditemui oleh Athur Evans di Pahang pada tahun 1926. Ini kerana cerita pasal perahu purba ini jarang diketengah dan diraikan padahal ia adalah penemuan menarik dalam sejarah maritim negara terutamanya tentang sejarah pelayaran bangsa Melayu di Asia Tenggara.

Evans ada mencatatkan bahawa perahu purba ini dibuat menggunakan kayu merawan di mana taburan pokok yang menghasilkan kayu ini didapati tumbuh begitu banyak di semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya.

Mengapa penemuan ini penting? Ini kerana pentarikhan perahu purba ini dibuat sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masehi dan ini disepakati adalah setara dengan zaman Funan! Seorang pengkaji, Gibson-Hill pernah berpendapat ia dibina sekitar 500 Masehi.

Namun angka ini tidak berapa tepat kerana selepas dibuat pentarikhan melalui ujian pentarikhan-karbon, kayu yang digunakan untuk membuat perahu ini didapati berusia antara 260 Masehi hingga 430 Masehi, membuatkan Perahu Pontian adalah perahu tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara setakat ini!

Ini semua ada dijelaskan dalam buku Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300-1800 oleh Prof. John N. Miksic.

Menarik tak? Rupanya banyak perkara menarik tentang sejarah pelayaran kita yang lalu. Perahu purba tertua… bayangkan jika kapal-kapal purba di Tapak Arkeologi Sungai Batu ini dapat diangkat dan dipulihara, agak-agak berapakah usianya?

Kita ada tamadun tertua di Asia Tenggara. Kita juga ada perahu purba tertua di Asia Tenggara. Ini barulah ngam membuktikan bangsa kita adalah pembina tamadun dan perdagangan maritim yang disegani dan paling berprestij di seluruh Asia Tenggara.

Perahu Pontian di Pahang tu diakui sebagai perahu purba tertua di Asia Tenggara yang direkodkan setakat ini. Ini dicatat oleh Prof John N. Miksic dalam bukunya. Tapi macam tak pernah dengar kan? Padahal ini satu rekod yang sangat berharga kepada kita. Kita selalu mengaku bangsa pelayarlah, empayar maritim lah… tapi kapal nye mana? Perahu nye mana?

Sebabnya kita tak berapa war-warkannya. Syiar dia takde. Agama pun ada syiar dia. Benda macam ni pun kena lah didakwahkan kepada masyarakat, barulah mereka tahu perahunya ada, baru dapat bangkitkan estim-diri dan semangat patriotisme. Syiar kapal penjajah Portugis pula kekal sampai hari ni. Sebab itu benda ni dipandang sepi oleh generasi kita. Maka yang tertanam dalam otak anak-anak kita, kapal Flor de la Mar…kapal Jack Sparrow…

Nah! Sekarang kita ada PERAHU PURBA TERTUA DI ASIA TENGGARA. Ini boleh jadi satu “national treasure’. Tamadun tertua dah ada, gandingkanlah dengan perahu tertua. Ini boleh jadi satu produk pelancongan di negara kita.

Bila dah ada dalam peta pelancongan negara, maka orang luar akan datang ke sini nak tengok bagaimana rupa perahu tertua di Asia Tenggara tu yang bukannya di Thailand, bukannya di Kemboja, bukannya di Indonesia apatah lagi di Singapura. Rupa-rupanya ia ada di Malaysia di negara kita! Bukan sahaja pelancong malah para pengkaji akan datang untuk mengkaji, para pelajar akan datang untuk tugasan mereka.

“The Malays were great seafarers who once dominated most parts of Southeast Asia. For centuries, they built great kingdoms, huge monuments and pioneered maritime technologies in strengthening their grip over a huge maritime area extending from Madagascar in the West to the Indonesian islands in the East.

(Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, The Unsung Malay History)

Bangsa yang diakui pelayar terbaik, berkemahiran tinggi malah sebelum orang Cina berani berlayar jauh-jauh, kita sudah berlayar bebas dari timur ke barat. Malah kapal-kapal kita jadi ‘transporter’ bagi empayar Funan dan sebagainya berdagang sampai ke Rom. Maka nah! Ini dia perahu tertua di Asia Tenggara yang sepatutnya jadi SIMBOL zaman-zaman keemasan pelayaran ketika itu.

Untuk itu jangan harap serpihan perahu itu saja. Kena bina tugu perahu purba tu, atau bina balik perahu tu macam Indonesia promosikan kapal dalam ukiran bas-relief Borobudur tu. Tegakkan ia di Pahang. Biar anak-anak Melayu tengok model perahu tertua yang pernah ada setakat ni di Asia Tenggara. Thailand pun takde, Vietnam pun takde.

Bina galeri pelayaran purba dengan model-model perahu purba yang lain macam Perahu Butuan di Filipina. Barulah nampak menarik perhatian gah di mata umum. Lebih lanjut, ia boleh jadi satu tema untuk Malaysia khasnya negeri Pahang. “The Oldest Ancient Vessel in Southeast Asia” contohnya, tak ke power tu?

Mana nak cari ‘luck’ macam ni? Cuba perahu ni jumpa kat Thailand. Kat Patani contohnya. Terus diorang buat filem patriotik agaknya. Terus klaim orang Thai sebagai bangsa pelayar paling purba di Asia Tenggara. Kita pun terkebil-kebil sambil makan tomyam.

Sumber: Patriot

PELAYAR MELAYU PURBA TEROKA DUNIA

Kapal Samudraraksa yang kini dipamerkan di Borobudur, Magelang, Indonesia menjadi bukti kehebatan pelayar Melayu zaman silam meneroka setiap pelosok dunia terutama pada era kegemilangan Empayar Srivijaya sekitar abad ke-7.

Samudraraksa yang dibina semula dalam tempoh enam bulan berdasarkan ukiran asal pada dinding Candi Borobudur, turut mampu membelah lautan dalam pelayaran selama tujuh bulan menuju ke Ghana sebaik pembinaannya selesai sekitar 2002.

Selepas menyempurnakan pelayaran ke Afrika Selatan, komponennya diceraikan sebelum dihantar semula ke Indonesia untuk dipasang dan dipamerkan di muzium di Borobudur.

Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Asyaari Muhamad, berkata pembinaan semula Samudraraksa dibuat berdasarkan idea pelawat British yang mahu melihat sama ada imej kapal yang diukir pada dinding candi itu benar-benar boleh belayar.

“Pelayaran kapal itu yang turut disertai 30 krew berjaya sampai ke Ghana, sekali gus membuktikan kapal Melayu memang sudah lama berlayar jauh ke seluruh dunia.

“Kepakaran pelayaran yang dimiliki membolehkan berlakunya pelbagai aktiviti perdagangan di alam Melayu pada zaman lampau,” katanya dalam Siri Wacana ATMA: Memartabat Warisan Arkeologi Maritim di Malaysia di UKM di sini.

Acara kendalian Pengarah Akademi ATMA, Prof Dr Supyan Hussin itu turut disertai Pengarah Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Ruzairy Arby dan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Jabatan Muzium Malaysia, Samsol Sahar.

Asyaari berkata terdapat empat hingga lima panel khusus di Candi Borobudur yang menampilkan imej mengenai pelayaran awal di Asia Tenggara.

Selain Samudraraksa, imej kapal lain yang terdapat di candi Borobudur juga sering digunakan sebagai perbandingan dalam pengkajian sejarah maritim di Asia Tenggara, termasuk ketika penemuan sebuah perahu di kawasan paya bakau di Pontian, iaitu The Pontian Boat.

Tegas Asyaari, pengkaji pada masa itu cuba membandingkan perahu yang ditemui pengkaji British, IHN Evans pada 1926 dengan beberapa penemuan bot purba di Asia Tenggara terutama daripada segi saiz dan bentuknya.

“CA Gibson Hill dalam tulisannya pada 1956 turut mengupas secara terperinci mengenai penemuan bot purba berkenaan yang dianggarkan dibina sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masihi berdasarkan kajian karbon yang dilakukan.

“Meskipun perahu berkenaan ditemui dalam keadaan amat rapuh dan hampir rosak keseluruhannya, ia masih dapat dibentuk semula.

“Penemuan The Pontian Boat adalah sebahagian daripada bukti kajian arkeologi maritim mengenai pelabuhan purba, perahu dan kapal purba di rantau ini,” katanya.

Menurut Asyaari, meskipun arkeologi maritim adalah sesuatu yang menarik terutamanya dalam pengkajian tinggalan budaya berkaitan laut tetapi ia masih lagi dianggap sebagai bidang baharu di negara ini.

Oleh itu katanya, kajian arkeologi maritim negara sebelum ini lebih banyak dilakukan penyelidik luar seperti Sten Sjostrand, Michael Hatcher dan Michael Flecker.

Sebahagian peserta Siri Wacana ATMA Memartabat Warisan Arkeologi Maritim di Malaysia berlangsung di UKM, Bangi. – Foto Eizairi Shamsudin

“Meskipun bidang ini dianggap baharu, negara kita sebenarnya sudah memiliki kepakaran gabungan mereka dari institusi dan agensi kerajaan, sekali gus membolehkan 100 peratus kajian arkeologi bawah air dilakukan sendiri.

“Tapak kapal karam Bidong antara contoh tapak pertama yang dikaji sepenuhnya oleh pakar tempatan. Setakat ini 25 peratus daripada keseluruhan tapak itu sudah kita terokai,” katanya.

Asyaari berkata, kekuatan kepakaran dalam bidang arkeologi maritim perlu terus diperkukuhkan dengan memastikan kursus berkaitan diwujudkan pada peringkat universiti dalam masa terdekat.

“Kita sebenarnya sangat kekurangan ahli arkeologi dalam bidang ini justeru sangat penting memastikan adanya pelapis baharu atau kita akhirnya terpaksa kembali bergantung kepada pengkaji luar seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ruzairy berkata terdapat sejumlah 832 tapak arkeologi di negara ini dengan 143 daripadanya tapak bawah air dengan paling banyak terletak di Melaka diikuti Johor dan Pahang.

Katanya, JWN kini dalam usaha mengumpul lebih banyak lagi tapak termasuk di Sabah dan Sarawak. Warisan bawah air di negara ini katanya masih berada pada peringkat yang baik dan menjadi tanggungjawab JWN memastikan setiap tapak arkeologi bawah air di negara ini terjaga, terkawal serta dinaiktaraf.

“Tapak ini perlu diberi suntikan untuk dijadikan tapak pelancongan dan kebanyakan daripadanya sudah dinaikkan sebagai arkeologi pelancongan.

“Paling utama ialah usaha semua pihak memartabatkan warisan maritim dan arkeologi bawah air ini kerana nilai sejarahnya yang tinggi selain kepentingannya kepada tanah air,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Copy and paste: 25 Oktober 2020 / 8 Rabiulawal 1442H: 10.31 am

Sejarah Kedah Tua dalam sastera India

Oleh Siti Hawa Yusop
Berita Harian Online : 7 Disember 2019

KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai aspek politik dan pentadbiran Kedah Tua adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Meskipun terdapat sumber sastera sejarah seperti al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa memiliki naratif tersendiri mengenai Kedah Tua tetapi kesahihannya masih belum boleh dibuktikan secara keseluruhan melalui data arkeologi.

Sehingga kini, kebanyakan data sahih yang diperoleh adalah daripada sumber India.

Hal ini berdasarkan, kedudukan pelabuhan Kedah Tua di pintu Selat Melaka serta Teluk Benggala dan Pantai Timur India, menyebabkan Kedah Tua lebih menjadi pilihan pedagang India dalam hal perdagangan berbanding pelabuhan lain di Kepulauan Melayu.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nasha Rodziadi Khaw, berkata perhatian diberikan pedagang dan pengembara India itu secara tidak langsung menyebabkan wujudnya sumber India yang banyak mengenai kerajaan Kedah Tua misalnya dalam bentuk prasasti kerajaan juga karya sastera.

Nasha berkata, antara sumber India termasuk syair Pattinappalai dan Sillappadikaram dari abad kedua Masihi, Kisah Jataka (abad keempat Masihi), Kathasaritsagara dan Kaumudimahotsava (abad kelapan Masihi) serta Parunkathai (abad ke-10 Masihi).

“Bagaimanapun, penggunaan teks terbabit sebagai sumber sejarah masih boleh diperdebatkan disebabkan tujuan naratif karya sastera yang lebih kepada kesenian dan bukan bertujuan sebagai rekod sejarah.

“Hal ini sedikit berbeza untuk prasasti memandangkan ia dokumen rasmi yang cuma boleh dikeluarkan pihak pemerintah dan tidak lagi boleh dipinda selepas dipahat pada sesuatu masa,” katanya pada Bicara @ Muzium: Negara Kota Yang Hilang yang dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Kamarul Baharin A Kasim di Auditorium JMM, di sini.

Tambah Nasha, keadaan ini menyebabkan prasasti menjadi sumber terpenting yang mampu memberi gambaran paling konkrit mengenai masa lampau Kedah Tua.

Walaupun setakat ini masih belum ditemui sebarang prasasti di Lembah Bujang mengenai perkembangan Kedah Tua, gambaran sedemikian ditemui pada Prasasti Kepingan Leiden Besar di India Selatan.

Nasha berkata, sehingga kini, prasasti mengenai Kedah Tua yang datang dari India kebanyakannya dikeluarkan oleh raja dari Kerajaan Chola. Hal ini boleh dikaitkan dengan hubungan politik atau ekonomi dengan empayar yang menguasai Kedah Tua sejak zaman Sanggam lagi.

Prasasti Kepingan Leiden Besar itu menurut Nasha, dikeluarkan Raja Rajaraja I yang dipahat menggunakan bahasa Sanskrit dan Tamil sekitar 1006 Tahun Masihi.

Berdasarkan penelitian semula terhadap terjemahan awal prasasti itu, dapat disimpulkan mengenai sejarah politik dan hubungan antara kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Chola.

Pemerintah Chola katanya, memberi beberapa gelaran kebesaran kepada Raja Srivijaya dan dalam konteks politik antarabangsa, ia menunjukkan pengiktirafan Chola kepada Srivijaya sebagai pemerintah yang memiliki kedudukan setara dengannya.

“Di samping itu, pemerintah Srivijaya turut diberi gelaran Makara Dhvaja bermaksud pemegang lambang Makara, iaitu makhluk laut mistik yang menjadi tunggangan Dewa Varuna, iaitu Dewa Laut dalam agama Hindu.

“Gelaran itu menunjukkan penguasaan kerajaan Srivijaya terhadap laut dan ia selari dengan data sejarah dan arkeologi yang menunjukkan penguasaannya kepada jaluran perdagangan maritim,” katanya.

Nasha berkata, daripada aspek politik, kedudukan Kedah Tua pada awal kurun ke-11 Masihi dapat ditafsir menerusi satu gelaran diterima Raja Chulamanivarman yang bermaksud “Pemerintah kerajaan Srivijaya yang menjalankan pentadbiran di Kedah Tua”.

Pemerhatian semula terhadap beberapa perkataan Sanskrit memberi terjemahan alternatif yang lain.

Frasa ‘kaṭaha-adhipatyam-atanvat’ misalnya dapat dipecahkan kepada tiga elemen utama, iaitu kataha (Kedah), adhipatyam (kata nama adhipati) dan atanvata (kata kerja ātanvate).

“Perkataan adhipati bermaksud kekuasaan, kepunyaan dan atanvate bermaksud meluaskan, melaksanakan, menguatkuasakan dan apabila digabung diterjemahkan semula sebagai yang meluas atau melaksanakan kekuasaannya di Kedah Tua,” katanya.

“Dalam ayat seterusnya pada prasasti itu, Chulamanivarman hanya dirujuk sebagai Raja Kedah dan ini jelas menunjukkan cuma pada kurun ke-11 Masihi, Kedah Tua berada di bawah pemerintahan langsung kerajaan Srivijaya,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Baharin berkata Bicara @Muzium: Negara Kota Yang Hilang dalam konteks ini merujuk kepada kerajaan atau negara kota yang pernah menjadi pusat pemerintahan sesebuah kerajaan yang hilang pada zaman sejarah moden.

“Sehingga kini, bukti kewujudan kerajaan awal di Nusantara yang bersifat negara kota masih dapat dilihat daripada beberapa aspek seperti binaan dan tinggalan kota, candi serta batu bersurat dalam bentuk bahasa Melayu kuno dan Sanskrit serta artifak.

“Kota ini wujud sekitar abad satu hingga 14 Masihi dan mempunyai pengaruh besar daripada aspek politik, ekonomi dan sosial merangkumi kebudayaan serta kepercayaan masyarakat pada zaman itu,” katanya.

Copy and paste: 25 Oktober 2020 : 8 Rabiulawal 1442H; 10.11 am

Saturday, 24 October 2020

KOLEKSI SEJARAH: 2017-2018-2019 (UPDATED).

 Kredit to Yoo Mat from FB Sungai Batu - Tamadun Melayu 788 SM

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt dan selawat ke atas baginda Rasulullah saw. Memandangkan artikel penulisan aku dah mencapai 165 buah yang merangkumi pelbagai peradaban dan fakta sejarah sepanjang tempoh 2017, 2018 dan 2019 ini maka aku mengumpulkan kembali segala karya tak seberapa aku ini di dalam satu ruangan yang akan memudahkan kepada semua sahabat aku, khususnya kepada sahabat yang pemalas nak arwah untuk memutar kembali ruangan 'timeline' aku ini. Akhir kalam, sentiasa doakan aku agar ditetapkan keikhlasan di dalam hati untuk sentiasa menyebarkan ilmu tanpa sebarang kesulitan dan kebodohan.

Wassalam #YooMat (Jiji Azizan)

"Moving Forward As One"

• Nota:

1. Silakan 'share' ataupun 'save' kalau belum ada 'mood' membaca.

2. Tekan 'link' yang disediakan untuk membaca.

_____________________________

1. PERADABAN MESIR KUNO.

• Ankh: Simbol Kehidupan - https://www.thepatriots.asia/ankh-simbol-kehidupan/

• The Eye of Horus: Anubis Dewa Kematian - https://www.thepatriots.asia/anubis-dewa-kematian-sembahan…/

• Dewi Isis: Titisan Air Mata Membanjiri Sungai Nil - https://www.thepatriots.asia/dewi-isis-air-matanya-membanj…/

• Piramid: Struktur Bentuk Binaan Makam Sang Raja -

• Qarun: Dilaknat Tuhan Kerana Harta - https://www.thepatriots.asia/qarun-manusia-pertama-yang-me…/

• Sphinx: Soalan Maut Penunggu Gerbang Mesir - https://www.thepatriots.asia/teka-teki-seekor-sphinx/

• Pharoah of Alexandria: Menara Yang Terbakar Di Langit Mesir -

https://www.thepatriots.asia/apa-yang-kita-harus-tahu-tent…/

• Mengapa Kebanyakan Tugu dan Monumen Peradaban Mesir Kuno Kehilangan Hidung? -

• Pelusium: Kucing Menjadi Senjata Pasukan Parsi Mengalahkan Firaun -

• Sistem Nombor Tamadun Mesir Kuno -

• Helikopter Abydos: Membongkar Kepalsuan Pengangkutan Modern Zaman Firaun -

• Nebuksemekh: Laungan Penunggu Makam Lautan -

• Raja Narmer: Tokoh Penyatuan Empayar Mesir Purba -

• Firaun Ahmose I: Pejuang Kemerdekaan Rakyat Mesir Menentang Hyksos -

• Firaun Akhenaten: Raja Mesir Yang Menyembah Allah swt? - https://www.thepatriots.asia/firaun-akhenaten-penyebar-aga…/

• Tablet Ea-Nasir: Surat Aduan Pelanggan Pertama Di Dunia Direkodkan -

• Tiga Musim Yang Penting Kepada Masyarakat Mesir Purba - https://www.thepatriots.asia/pentingnya-musim-kepada-sekto…/

• Senarai Para Firaun Kerajaan Mesir -

2. PERADABAN CHINA.

• Shang Yang: Pengasas Undang-Undang Dinasti China Qin - https://www.thepatriots.asia/shang-yang-individu-disebalik…/

• Dinasti Qin: Naga Gergasi Dataran China.

Bahagian Pertama: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=362617014150895&id=100012077979449

Bahagian Kedua: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=369679256778004&id=100012077979449

• Kaisar Wu Zetian: Gundik Istana Yang Menyandang Mahkota Naga -

• Almanak Keluarga Lu: Mahakarya Klasik Dinasti China Kuno -

• Makam Gergasi Maharaja Pertama China -

• Goujian: Keutuhan Pedang 'Excalibur' Tamadun China - https://www.thepatriots.asia/pedang-legenda-tamadun-china/

• Cheng Ho: Ahli Diplomatik, Pemimpin Armada Dinasti Ming Tujuh Ekspedisi Lautan.

Bahagian Pertama: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=270419066704024&id=100012077979449

Bahagian Kedua: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=271384529940811&id=100012077979449

Bahagian Ketiga: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=272976059781658&id=100012077979449

• Tragedi Pembantaian 460 Orang Ilmuwan Konfusius -

3. PERADABAN AWAL ISLAM.

• Bangsa Arab: Pembahagiannya Mengikut Sejarah - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=252845368461394&id=100012077979449

• Apakah Itu Negeri Syam? - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=250912318654699&id=100012077979449

• Abrahah: Jalur Yang Digunakan Oleh Tentera Bergajah Menyerang Kota Mekah - https://www.thepatriots.asia/abrahah-tentera-bergajah-yang…/

• Bagaimanakah Bentuk Akhlak Rasulullah saw? -

• Mitos Di Sebalik 10 Muharram - https://www.thepatriots.asia/mitos-disebalik-10-muharram/

• Sejarah Takbir Raya: Seruan Kemenangan Islam -

• Saad Bin Abu Waqqash: Duta Rasulullah saw Ke Dataran China - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=251857178560213&id=100012077979449

• Hijra: Sejarah Penciptaan Kalendar Penganut Agama Islam -

• Fasa Fitnah Pertama Umat Islam.

Abdullah bin Saba: Akar Sebuah Fitnah -

Pembunuhan Khalifah Uthman: Permulaan Pertumpahan Darah Para Syuhada -

Ringkasan Peristiwa Pembunuhan Khalifah Uthman -

Pertempuran Jamal: Terlaksananya Agenda Para Munafik - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=330334610712469&substory_index=0&id=100012077979449

• Hassan bin Ali: Khalifah Kelima Khulafa ar-Rasyidin - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=250865161992748&id=100012077979449

4. TAMADUN ISLAM BANI UMAYYAH.

• Muawiyah: Peribadi Mulia Yang Difitnah.

Bahagian Pertama: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=315310758881521&substory_index=0&id=100012077979449

Bahagian Kedua: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=320619038350693&substory_index=0&id=100012077979449

Bahagian Ketiga: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=332033367209260&substory_index=0&id=100012077979449

Bahagian Akhir: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=332942860451644&substory_index=0&id=100012077979449

• Armada Umayyah: Seruan Jihad Merentasi Lautan Mediterranean - https://www.thepatriots.asia/perluasan-kuasa-empayar-umaiy…/

• Battle of Tours: Terlepasnya Peluang Kekuasaan Islam Bertapak di Perancis - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=255320741547190&id=100012077979449

• Umar Abdul Aziz: Legasi Para Khalifah Rasyidin - https://www.google.com/…/khalifah-umar-abdul-aziz-jelm…/amp/

• Iyas Bin Muawiyah: Sherlock Holmes Dunia Arab-Islam - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=272566129822651&id=100012077979449

5. TAMADUN ISLAM BANI UMAYYAH II: SEPANYOL.

• Sepanyol: Enam Fasa Kekuasaan Islam Di Andalusia - https://m.facebook.com/story.php…

• Bani Umayyah II Andalusia: Kelahiran Setelah Kejatuhan - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=300481437031120&id=100012077979449

• Siapakah Pencipta Model Glob Bumi Yang Pertama Di Dunia? - https://www.thepatriots.asia/al-idrisi-pencipta-glob-perta…/

• Sayyida al-Hurra: Lanun Muslimah Penguasa Lautan Mediterranean -

6. TAMADUN ISLAM BANI ABBASIYAH.

• Harun ar-Rashid: Kelahirannya Memartabatkan Peradaban Islam Abbasiyah - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=276948669384397&id=100012077979449

• Kota Bundar Baghdad: Benteng Pertahanan Ibukota Abbasiyah - https://www.thepatriots.asia/kota-bundar-baghdad-senibina-…/

• Penemuan nama Allah swt Terukir Di Atas Lembaran Pakaian Bangsa Viking? - https://www.thepatriots.asia/penemuan-tulisan-nama-allah-d…/

• Ibnu Fadlan: Catatan Bukti Hubungan Viking dan Bani Abbasiyah - https://www.thepatriots.asia/pertembungan-peradaban-islam-…/

• Fall of Crete: Pengakhiran Kekuasaan Islam Di Pulau Kriti - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=272674489811815&id=100012077979449

• Abu Wafa: Nama Ulama Islam Yang Tidak Diubah Di Kawah Bulan - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=267052190374045&id=100012077979449

• 27 Karya Agung Ibnu Sina - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=259185534494044&id=100012077979449

• Astrologi: Hulagu Khan Hampir Membatalkan Hasratnya Menakluk Baghdad - https://www.thepatriots.asia/astrologi-dan-hulagu-khan-bal…/

• Saladin: Kewafatannya Diiringi Bunyian Meriah Loceng Gereja Eropah - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=271944729884791&id=100012077979449

7. TAMADUN EMPAYAR ROM DAN SEJARAH PERADABAN AGAMA KRISTIAN.

• Perbezaan Tahun Sebelum Masihi dan Tahun Masihi - https://www.thepatriots.asia/perbezaan-tahun-masihi-m-dan-…/

• Julian Dan Gregorian: Sejarah Penciptaan Kalendar Dunia - https://www.thepatriots.asia/sejarah-penciptaan-kalendar-m…/

• Alexander the Great: Kehancuran Empayar Setelah Kematiannya - https://www.thepatriots.asia/hari-hari-kematian-alexander-…/

• Valentine: Memperingati Kematian Saint Valentine - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=262000577545873&id=100012077979449

• Greek Fire: Senjata Penyembur Api Milik Rom Byzantine - https://www.thepatriots.asia/greek-fire-senjata-paling-amp…/

• Lembah Baka: Kota Suci Di Dalam Quran dan Bible - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=391171074628822&id=100012077979449

• Benarkah Jesus Dilahirkan Pada Musim Sejuk? - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=390561808023082&id=100012077979449

• Dewa Janus: Dewa Tahun Baharu - https://www.thepatriots.asia/dewa-janus-ritual-agama-pagan…/

• Kratos: Dewa Perang Yunani -

• Halloween: Perayaan Pagan Celtic Yang Dimodernisasi -

• Jack o Lantern: Sejarah Ukiran Labu Ketika Perayaan Hantu -

• Cupid: Panahan Cinta Dari Yunani Ke Rom -

8. PERADABAN EMPAYAR PARSI.

• Empayar Parsi: Mukaddimah - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=264598190619445&id=100012077979449

• Istana Putih al-Madain: Runtuhnya Kemegahan Kota Parsi Ctesiphon -

• Para Kisra Empayar Parsi - https://m.facebook.com/story.php…

• Nowruz: Sambutan Tahun Baharu Majusi -

9. PERADABAN ASIA TENGAH.

• Peacock Throne: Hilangnya Singgahsana Permata Dunia Mughal - https://www.thepatriots.asia/peacock-throne-khazanah-palin…/

• Kumbhalgarh: Tembok Besar di India - https://www.thepatriots.asia/india-pun-ada-tembok-besarlah/

• Gunbalad: Perang Dinasti Hotaki Menjatuhkan Empayar Safawiyyah - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=273468916399039&id=100012077979449

• Hashashin: Organinasi Pembunuh Elit Benteng Alamut - https://www.thepatriots.asia/siapakah-organisasi-hashashin…/

• Ulugh Begh: Pembina Planetarium Samarkand - https://www.thepatriots.asia/ulugh-begh-planetarium-paling…/

• Misi Pencarian Makam Genghis Khan -

10. TAMADUN ISLAM TURKI UTHMANIYYAH.

• Vlad the Impaler: Drakula Yang Memusuhi Muhammad al-Fatih -

• Order of the Dragon: Organisasi Rahsia Bangsawan Kristian, Musuh Empayar Turki Uthmaniyyah - https://www.thepatriots.asia/order-of-dragon-organisasi-ra…/

• Al-Fateh: Kewafatan Diiringi Dentuman Meriam Rom - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=296195317459732&id=100012077979449

• Sultan Suleiman Agung: Puncak Keemasan Turki Uthmaniyyah - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=295824364163494&id=100012077979449

• Perang Dua Empayar Agung: Turki Uthmaniyyah VS Safawiyyah - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=302647673481163&id=100012077979449

• Piri Ries: Kartografer Uthmaniyyah Pelakar Peta Greenland - https://www.thepatriots.asia/piri-reis-ilmuwan-agung-islam…/

• Sultan Alp Arslan: Pertempuran Kain Kafan -

11. MISTERI SEJARAH DUNIA.

• Menorah: Harta Pusaka Umat Yahudi Yang Lenyap Ditelan Zaman - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=252059505206647&id=100012077979449

• Ashabul Ukhdud: Penggali Parit Yang Dilaknat Tuhan - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=270578813354716&id=100012077979449

• One Piece: Terselitnya Sejarah Nama Para Tokoh Lanun - https://www.thepatriots.asia/sejarah-lanun-dan-anime-one-p…/

• Avatar The Last Airbender: Hubungan Dengan Seni Pertahanan Diri China - https://www.thepatriots.asia/gerakan-kung-fu-dalam-avatar-…/

• Bra Tertua Ditemui Di Austria -

• Yahuarcocha: Tasik Berdarah Tragedi Pembantaian Huayna Capac - https://www.thepatriots.asia/tasik-paling-berdarah-dalam-s…/

• Otak Segar Setelah Melangkaui 2500 Tahun -

• Penemuan Gula-Gula Getah 10,000 Tahun - https://www.thepatriots.asia/gula-gula-getah-berusia-10-00…/

• Smiley: Moyang Segala Emoji -

• Kondom: Sarung Pisang Tertua Ditemui Di England -

• Botol Susu Berusia 5000 Tahun - https://www.thepatriots.asia/botol-susu-usia-5000-tahun-di…/

• Infinity Gauntlet: Sarung Tangan Thanos Di Dunia Nyata -

• Sup Tulang Paling Tua Di Dunia Ditemui Di China -

• Sandwich: Sejarah Makanan Dari Seorang Penjudi -

• Enochian: Bahasa Malaikat Yang Dilenyapkan Tuhan -

• Sutera Labah-Labah -

• Najis Paling Bernilai Di Dalam Sejarah -

• Sodre Astrolobe: Astrolobe Zaman Reconquista -

• Dream Catcher: Azimat Gelung Suci Penangkal Mimpi Buruk -

• Asal-Usul Sejarah Unicorn - https://www.thepatriots.asia/asal-usul-sejarah-unicorn/

• Antikyhthera: Komputer Analog Purba Yunani -

• Lima Buab Kitab Sihir Yang Mematikan - https://www.thepatriots.asia/5-buah-kitab-sihir-yang-perna…/

13. PERADABAN JEPUN DAN KOREA.

• Shinigami: Mitos Dewa Maut Jepun - https://www.thepatriots.asia/shinigami-mitos-dewa-maut-mas…/

• Tengu: Legenda Goblin Gunung Kurama - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=272658576480073&id=100012077979449

• Pertempuran Laut Myeongnyang: Strategi Menggunakan Arusan Air Laut - https://www.thepatriots.asia/pertempuran-myeongnyang-strat…/

• Geobukseon: Kapal Perisai Besi Kura-Kura Pertama Di Dunia - https://www.thepatriots.asia/kapal-perang-geobukseon-kapal…/

• Perang Kentut Pada Zaman Jepun -

• Legendary Sannin: Sejarah Dongeng Klasik Pemerintahan Edo -

14. BAITULMAQDIS: KOTA SUCI REBUTAN AGAMA SAMAWI.

• Kronologi Baitulmaqdis.

Bahagian Pertama: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=376258852786711&id=100012077979449

Bahagian Tambahan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=377836609295602&id=100012077979449

Bahagian Kedua: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=382421895503740&id=100012077979449

• Donald Trump: Pengisytiharaan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=374167892995807&id=100012077979449

• Mengapa Angkatan Tentera Malaysia Tidak Menyerang Israel? - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=375342686211661&id=100012077979449

15. PERANG DUNIA KEDUA & KETENTERAAN.

• Armada Kuning: Kisah Terperangkapnya 17 Buah Kapal Di Terusan Suez Selama Lapan Tahun - https://www.thepatriots.asia/15-kapal-yang-terperangkap-ya…/

• Operasi Jaywick - https://www.thepatriots.asia/operasi-jaywick-kisah-6-koman…/

• Crijnssen: Kapal Perang Menyamar Menjadi Pulau Tropika-

• Better Days: Mesej Kod Morse Yang Tersembunyi Di Dalam Sebuah Lagu - https://www.thepatriots.asia/better-days-mesej-kod-morse-y…/

16. PROJEK MEGA.

• Laut Sahara: Projek Gila Membina Lautan Di Gurun Sahara -

• Mengapa Sut Angkasawan Mempunyai Dua Warna? - https://www.thepatriots.asia/mengapa-angkasawan-memakai-su…/

• Kaca Mata Pengimbas Wajah Dari China -

• Tank Pemadam Api Republik Indonesia -

17. SEJARAH BANI ISRAIL.

• Navi: Para Utusan Tuhan Dalam Kepercayaan Agama Yahudi -

• Hanukkah: Festival Cahaya Yahudi - https://www.thepatriots.asia/hanukkah-festival-cahaya-yahu…/

• 9 Simbol Suci Agama Yahudi -

18. SEJARAH PARA NABI.

• Iram: Kota Atlantis Padang Pasir Nabi Hud a.s -

• Hegra: Laungan Gempita Di Kota Nabi Saleh a.s - https://www.thepatriots.asia/hegra-kemusnahan-dan-kehancur…/

• Babylonia: Perjalanan Nabi Ibrahim a.s Mencari Tuhan -

• Sodom: Kota Maksiat Umat Nabi Luth a.s -

• Ibrahim a.s: Hembusan Wahyu Membina Baitullah -

• Tel Rumeida: Kota Kelahiran Nabi Ishak a.s - https://www.thepatriots.asia/tel-rumaida-runtuhan-kota-pen…/

• Saba: Ratu Balqis Pemerintah Wanita Yang Bertemu Dengan Nabi Sulaiman a.s -

• Laut Merah: Lokasi Tenggelamnya Bala Tentera Firaun Ketika Memburu Nabi Musa a.s -

• Ninawa: Menyingkap Sejarah Di Sebalik Bayangan Nun - https://www.thepatriots.asia/niwana-menyingkap-disebalik-b…/

• Jerusalem: Lokasi Pertempuran Pasukan Thalut Menentang Raja Jalut -

• Malikul Misr: Siapakah Sosok Raja Ketika Nabi Yusuf a.s Menjadi Bendahara Mesir? -

- TAMAT -

Copy and paste: 24 Oktober 2020 / 7 Rabiulawal 1442H : 5.20 pm