Saturday, 26 September 2020

TAIPING , PERAK

Taiping dahulunya dikenalai sebagai Klian Pauh.

Tahukah anda kenapa Taiping digelar Bandar Warisan....kerana kebanyakan "yang pertama" dan "Yang Tertua" di Malaysia terdapat di Taiping....
  1. Bangunan Telegraf yang pertama dibina pada tahun 1876. 
  2. Landasan Keretapi pertama di Tanah Melayu dibina pada tahun 1885 yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang).
  3. Penjara yang pertama dan tertua di Malaysia ialah Penjara Taiping dibina pada 1879 oleh Captain T.C.S. Speedy
  4. Hospital tertua di Malaysia ialah Hospital Taiping dibina pada tahun 1880 malah mencatat sejarah sebagai Hospital pertama di Malaysia dilengkapi kemudahan x-ray.
  5. Muzium yang pertama dan tertua di Malaysia ialah Muzium Taiping yang dibina pada tahun 1883 dari cetusan idea Sir Hugh Low. Kurator Muzium yang pertama ialah Leonard Wary Jr.
  6. Taman Tasik yang pertama di Malaysia juga di Taiping (Taman Tasik Taiping) yang dibuka pada tahun 1880.
  7. Zoo Taiping adalah merupakan Zoo tertua di Malaysia dirasmikan pada 7 Mac 1964.
  8. Kawasan rehat Tanah Tinggi yang tertua di Malaysia ialah Bukit Larut di Taiping yang dikenali juga dengan nama Bukit Maxwell. Ia diterokai pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak ketika itu.
  9. Mengikut rekod, Taiping adalah bandar pertama dibangunkan oleh British, lebih dahulu dari Kuala Lumpur.
  10. Sekolah Inggeris yang pertama di bina di Taiping iaitu King Edward 11 School pada 1883.
  11. Sekolah perempuan pertama di Tanah Melayu ialah Lady Treacher Girls School di Taiping pada 1883.
  12. Pejabat Pos pertama di Tanah Melayu di bina pada 1884 di Taiping.
  13. Balai Polis yang pertama dibina di Taiping pada 1879. 
  14. Rumah Rehat pertama di Malaysia dibuka pada 1870 di Taiping, Perak. 
  15. Mahkamah Majistret pertama di Malaysia ditubuhkan pada 1874 di Taiping oleh Capt. T.C.S Speedy.
  16. Menara jam pertama di Malaysia terdapat di Taiping dibina pada tahun 1890.
  17. Padang Golf pertama di Malaysia dibina di Taiping pada tahun 1894.
  18. Kelab Lumba Kuda yang pertama ditubuhkan di Taiping pada tahun 1885. 
  19. Kolam Renang yang pertama di negara ini dibuka di Taiping pada tahun 1870 di Kaki Bukit Larut. 
  20. The Esplanade yang pertama di Malaysia dibuka pada 1890 di Taiping oleh Colonel Robert S.F. Walker
  21. Akhbar Inggeris pertama diterbitkan di Tanah Melayu ialah akhbar Perak Pioneer di Taiping pada tahun 1890.
  22. Akhbar Melayu yang pertama dikeluarkan di Taiping iaitu Akhbar "Seri Perak" pada Jun 1893. 
  23. Akhbar berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga diterbitkan di Taiping iaitu akhbar "Perak Vethamani" pada 1890. 

Ini hanya sebahagian yang disenaraikan... terdapat "33 first" in Malaysia terdapat di Taiping....


Last but not least ... saya di Lahirkan di Old Kamunting Road Taiping,Perak 57 tahun yang lalu....🤣🤣🤣🤣😎



Post on FB 26 September 2018

26 September 2020 / 8 Safar 1442H : 7.26 am





Friday, 25 September 2020

ASAL USUL NAMA MELAYU

 Kredit : Fastabiqul Khoirot - FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

Cuma mengingatkan...................
arti sebenar Melayu yang digelapkan sejarah oleh Imperialis
Sumber Kedua Lebih Sahih daripada sumber sebelum.

Perkataan Melayu asalnya ialah daripada perkataan Arab “al-Mala-u”.
'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran “Mala-u” mula wujud semasa zaman Merong Mahawangsa menerima Islam dan menyebarkan dakwah Islam. Pendakwah atau mubaligh Islam daripada tanah Arab dan Tanah India menikahi pribumi tempatan iaitu suku-suku tempatan. Golongan ini dipandang mulia lalu digelar “Mala-u”. Siapa-siapa pribumi tempatan yang memeluk Islam layaklah dia digelar sebagai “Mala-u”.

Jadi Melayu bermaksud mulia. Tanah Melayu adalah tanah yang mulia atau penduduknya yang mulia dengan Islam. Jadi bangsa Melayu ialah asal namanya Bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia dengan Islam.

Nama Melaka ialah nama yang diubah oleh Imperialis. Asal nama negeri Melaka ialah Malakat iaitu tempat pertemuan seluruh umat Islam atau umat manusia. Negeri Malakat ialah negeri yang diperintah dan didiami oleh bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia.
Sesiapa sahaja yang menetap di Tanah Mala-u. Ialah orang Islam yang mempunyai pakej Islam, mampu bertutur bahasa Mala-u, maka layak digelar Mala-u. Sekalipun datang daripada tanah Arab, India dan China.
Wallahhua’lam.
___________________________________________________________
"Kita adalah Singa yang hidup tidak ubah seperti lutong. Menyangka dirinya adalah lutong. Yakin bahawa datuk neneknya juga berketurunan lutong, Disebabkan diajar oleh penjajah untuk hidup seperti lutong."

1.Melayu ciptaan Imperialis dan dikehendaki Imperialis:
-Tidak takut Allah, mudah disogok dan dirasuah. Korupsi.
-Lemau, pemalas, sasau dan nanas.
-Banyak adu domba, iri hati dan tuduh menuduh.
-Tidak intelek, khianat, gopoh dan cetek pemikiran.
-Tidak berakhlak, suka melaknat dan mencela.
-Mudah ditipu dan suka menipu sesama bangsa sendiri.
-Berpecah belah dan banyak sengketa.
-Murtad dan sekular.

2.Jati diri Melayu sebenar seperti zaman datuk nenek moyang yang gemilang:
-Tunduk, patuh dan berserah pada Allah. Ini tunggak utama jika tidak tiadalah layak untuk menggelar Melayu kerana erti Melayu sahaja ialah tunduk dan berserah pada Allah.
-Kesantunan yang tinggi, berbudi pekerti, berlapang dada dan indah berbahasa.
-Intelek yang tinggi dan berfikiran jauh.
-Berkemahiran dan gigih berusaha.
-Rajin bekerja serta bijak berniaga.
-Tidak gopoh sentiasa hemat dan usul periksa.
-Tawadhuk dan menghormati semua manusia dan bangsa.
-Bijak mengatur langkah dan strategi.

Pilihlah sama ada nak jadi Melayu ciptaan Imperialis atau jati diri kita yang sebenar. Renungkan apa kata orang Arab dulu mengenai Melayu yang dipetik daripada kitab lama.

( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس

“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtub
_____________________________________________________________

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawangsa. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi bangsa Melayu dahulu ialah bangsa yang taat pada Allah. Telah menjadikan tanah air mereka sebagai tanah Melayu yang bererti tanah dakwah atau tanah yang penduduknya rata-rata tunduk dan berserah pada Allah. Mereka telah memanfaatkan kelebihan strategik Tanah Melayu sebagai tempat muafakat iaitu perjumpaan semua bangsa dari Timur dan Barat untuk menyebarkan Islam disamping berdagang. Sanggup menerima mana-mana bangsa dan suku yang mahu menetap di Tanah Melayu dan boleh mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu andai mereka Muslim dan boleh berbahasa Melayu sebagai tanda ukhwah yang dipamerkan oleh nenek moyang kita dahulu. Dek kerana ini kita dibenci dan tamadun kita dimusnahkan penjajah tak bersisa.
Jati diri kita ialah jati diri Islam iaitu tunduk,patuh dan berserah pada Allah. Siapa dakwa dia orang Melayu dan memperjuangkan Hak Melayu perlu ada sifat tunduk dan patuh pada perintah Allah disamping berserah pada ketentuan Allah. Begitu juga berakhlak dan berbudi tinggi.
Pertuturan orang Melayu dulu menggunakan perkataan Hamba dan Tuan Hamba. Semasa bertuturpun mengingatkan kita hamba pada yang Esa.
Marilah bersama kita kembali perbaiki bangsa kita supaya tahu jati diri dan identiti. Bangsa kita atau tak kira apa bangsa akan kembali mulia hanya dengan Islam. Perkasakan Islam kita. In shaa Allah bangsa kita akan kembali gemilang dan dikenal semula sebagai bangsa dakwah.

COPY n Paste utk bahan bacaan semasa PKPB

Artikal sekadar perkongsian.

Copy and paste: 25 September 2020 / 7 Safar 1442H : 7.56 am

SEJARAH SI BONGKOK PAHLAWAN JOHOR.

 Kredit : Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan

ADA beberapa tokoh misteri yang nama mereka ‘hilang’ dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.

Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan; Abdul Latip Talib, memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangan mereka.

“Antara tokoh terbabit adalah Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.

Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor.

“Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.

Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.

Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.

Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.

Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.

Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.

Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.

Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.

Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.

Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.

Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.

Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.

Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.

Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.

Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.

Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

Lirik lagu Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Inggeris label pemuda cacat sebagai pengganas

“SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

“Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.

Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.

Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.

Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.

Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.

“Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.

Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.

Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.

Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.

“Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.

“Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.

Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memulihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.

“Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar. Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya

Kredit Sejarah Kesultanan Alam Melayu

Copy and paste: 25 September 2020 / 7 Safar 1442H : 7.51 am

Warkah Wasiat Raja Haji Faya Sabayala Allaha في سبيل الله pada semua bangsa Melayu

 Kredit: Mahamada Al Mahadaya - FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

SEGALA puji bagi Allaha dan selawat salam ke atas Nabi serta keluarganya sekalian. Ke hadrat umat Melayu di seluruh dunia. Wa Baa’da و بعد, maka inilah warkah daripada Raja Haji yang fakir lagi hina di depan Allaha Taa’alaya. Demi malaikat yang menjadi saksi, demi pena yang melarikkan wacana dan demi lembaran yang menjadi wahana.

Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknat Allaha. Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu.

Adapun kita adalah orang-orang Melayu yang beriman kepada Allaha Taa’alaya juga menyakini bahawa peristiwa itu hanyalah asbab yang telah menyatukan orang-orang Melayu dari Teluk Ketapang, Selangor, Rembau dan dari Batang Tiga untuk menghambat Belanda keluar dari Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera sebelum kita berkubu di Teluk Ketapang. Orang Serani, Cina dan India turut bergabung dengan kita dalam peperangan ini. Kini Gabenor Belanda menjadi seperti tikus di kejar naga berkubu di Kota Melaka. Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.

Yakni dengan kata lain, peperangan ini adalah untuk mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang telah di rampas oleh penjajah kepada orang-orang Melayu yang sudah beratus tahun membina kehidupan, membina kota dan pelabuhan di tanah air ini. Jikalau terdapat satu pun kampung, daerah, kota dan pelabuhan yang terbakar dan di tawan oleh penjajah, maka seluruh orang Melayu di seluruh kampung, daerah, kota dan pelabuhan wajiblah bangun menentang dan menghalau mereka. Sesungguhnya orang-orang Melayu itu bersaudara dan kita tidak akan kalah dalam mana-mana peperangan pun, jika kita bersatu padu di jalan Allaha.

Syahdan untuk kita bersatu di jalan Allaha bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia bagai mengepal pasir yang kering. Syaitan adalah musuh yang nyata sama ada yang terang-terang terlihat pada mata kasar mahupun yang berselindung di sebalik hati manusia. Terbukti kebenaran wahyu sejak kakiku berjejak di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Bangka, Pontianak, Mempawah dan negeri-negeri Melayu yang lain.

Telah bersungguh-sungguh aku membantu meleraikan persengketaan yang berlaku sesama sendiri dan mematahkan muslihat penjajah laknat Allaha. Mana dapat dibuat damai, maka damailah yang kumeterai. Mana yang berkehendakkan peperangan, maka peperanganlah yang kupimpin kerana sudah dua ratus (200) tahun lebih kita masih dijajah bahana berebutkan kuasa yang tidak habis-habisnya, saling berhasad dengki dan bersubahat dengan musuh. Yang ruginya rakyat jelata. Tanah diambil, hasil di peras dan tubuh diperhamba.

Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis di atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al Qoroana di sebelah kananku. Kitab Dalil Al Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku.

Sungguhpun demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut. Berwajah Melayu berhati Belanda. Usahlah di tanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naiknya. Apabila Allaha mengkehendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiadalah siapapun yang dapat mengelakkannya.

Biarkan sahaja mereka menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai seorang lelaki Melayu yang sejati! Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allaha. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allaha Taa’alaya. Matimu di medan perang ini, tandanya celakalah engkau di akhirat kelak.

Seyugia, ketahuilah saudaraku. Walau apapun yang terjadi kepadaku janganlah di mungkirkan kafiat jalanku ini kerana ia akan hanya mengulangi kekhilafan malaikat apabila Allaha menyatakan kehendak-Nya mahu menciptakan manusia untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi yang akan ada di kalangan manusia saling menumpahkan darah.

Janganlah kita lupa pengakuan azali kita di depan Allaha. Janganlah kita melupai ilmu yang Allaha ajarkan secara langsung daripada sisi-Nya kepada kita. Kerana dengan itulah kita, manusia ini, di bangga-banggakan Allaha di hadapan para malaikat-Nya, kata Allaha ‘Sudah kunyatakan bahawa aku lebih mengetahui daripada apa yang kamu tahu.’

Allaha Maha Besar!
Andai aku mati di medan perang ini akan berlanjutan fitnah demi fitnah yang tidak habis-habis, menghujani orang-orang Melayu di sepanjang sejarah akan datang. Manusia Melayu munafik, pengkhianat, pendengki dan petualang akan sentiasa muncul di kalangan kalian sebagai semut hitam yang melata di atas batu hitam pada waktu malam, tanpa bulan dan bintang.

Akan ada di kalangan kalian, Melayulah juga ia, yang akan menyambung lidah Belanda menuduh aku berjuang dan berperang kerana mabukkan harta dan kuasa. Sesungguhnya moyang poyangku para Opu Daeng Lima Bersaudara bukanlah mahu di sanjung-sanjung dan di megah-megah. Memadailah kukatakan apa yang kami inginkan ialah bangsa kita umat Melayu ini hidup bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

Maka Maha Adillah Allaha Taa’alaya sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami ini yang akan menyambung perjuangan kami. Mereka menyambut panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidaklah seramai golongan munafik dan petualang.

Mereka berani mati sehinggalah si petualang bangkit daripada sujud tatkala imam dan jemaah masih bersujud, lalu di tancamkan pisau di belakang antara mereka. Maka sesekali tidak mengundang gundah kerana apabila sudah datang janji Allaha, maka syahidlah dia. Jika yang di tikam itu masih terus hidup, maka dia akan menjadi saksi kepetualangan si munafik tersebut, lalu mudahlah di cam dan di berkas seketika itu juga. Maha Besar Allaha Yang Awal dan Yang Akhir.

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawasanya umat Melayu tidak akan sesekali ghaib daripada muka bumi ini yang Allaha telah takdirkan gunung, dataran, sungai, kuala, selat dan lautan untuknya. Semuanya akan di wariskan Allaha kepada raja yang adil lagi saksama dan pembesar yang mukmin dan mukminat untuk memerintah. Maka Allaha mengurniakan rahmat dan berkat daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan semua penduduk bumi dan langit mendoakan kesejahteraan bagi segenap isi negeri.

Sesungguhnya akan tibalah pada hari dan zaman itu orang-orang Melayu semuanya akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allaha. Mereka bersedia berperang dengan musuh daripada belahan dunia mana sekalipun. Kota-kota mereka terbina daripada peradaban ilmu yang dihiasi dengan mutiara kebijaksanaan. Ulama dan cendikiawan diterima sebagai penasihat ulil amri. Para ahli sufi terbebas daripada fitnah ajaran sesat dan batil.

Rakyatnya cukup makan dan untung berniaga, tanpa ada penindasan dan perampasan. Kaum-kaum lain mendapat naungan dan jaminan keadilan sehingga taat dan setia mereka tidak berbelah bahagi lagi. Zaman makmur itu akan tiba juga apabila hak-hak Allaha di penuhi. Hak-hak rakyat dilaksanakan. Peraturan-peraturan mereka di timbang dengan syariat dan di sukat dengan adat.

Syahadan, ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Ingatlah bahawa ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait. Justeru tetapkanlah waspada sebagai pengawal di pintu gerbang zaman makmur. Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga. Runtuhnya zaman makmur kerajaan Melayu sebelum ini adalah kerana raja dan pembesarnya sudah ada biduk, tetapi serempu pula. Lalu timbullah perebutan, hasad, iri hati dan sengketa. Kalau rakyatnya pula suka menuntut piutang lapuk. Di telan kemewahan di lambung mabuk. Ada juga yang menjadi seperti itik bertaji. Tandanya, keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya sahaja.

Musuh yang nyata di setiakawankan. Manakala sesama sendiri sanggup ‘berjuang’ hingga memancung leher. Kesudahan mereka adalah dengan suul khatimah kerana lekat pada ingatan mereka akan harta dan kuasa yang terlepas daripada tangan. Di pamerkan pula tempatnya di neraka jahanam, Wa Naa'wadza Ba Allaha و نعوذ بالله. Itulah jihad di jalan syaitan adanya. Benarlah, ujian-ujian daripada Allaha turun bersama-sama zaman makmur.

Maka jika kita alpa dan lalai diri dengan melakukan kegiatan dan perbuatan yang di larang Allaha, maka tunggulah bala bencana daripada tujuh petala bumi dan tujuh petala langit bertali arus menimpa umat Melayu itu. Ya Allaha menitis pula air mataku. Ketahuilah bahawa aku tidak pernah menitiskan air mata sebagai seorang lelaki Melayu berhati kecut. Tetapi air mataku ini mengalir apabila memikirkan anak cucu cicit yang terkemudian hari. Apalah pula ujian dan balanya; apalah pula sengketanya; apalah pula pengkhianatannya; apalah pula penyelewengannya dan apalah pula kesudahannya.

Segala ribut badai perasaanku menyatu bersama ingatan terhadap junjungan nabi kita ketika saat-saat Sakarat Al Maut menjelang, telah terucap di mulutnya yang mulia ‘umatku, umatku, umatku!’ Aduhai Nabi kekasih Allaha! Ingatlah pada zaman manapun kalian berada sentiasalah berselawat ke atas nabi dan beramal dengan sunnah-sunnahnya kerana itulah penyelamat agung penyedar daripada alpa dan lalai, pengikis sifat munafik dan menghidupkan jiwa.

Ya Allaha limpahkan selawat dan salam ke atas Mahamada pada awalnya
Ya Allaha limpahkan selawat dan salam ke atas Mahamada pada akhirnya.
Ya Allaha limpahkan selawat dan salam ke atas Mahamada pada setiap ketika.

Tatkala sampai di baris ini, aku sedang melihat berpuluh kapal perang armada Belanda pimpinan Peter van Braam dari Betawi itu, sudahpun tiba di pantai. Demi Allaha, yang hidup dan matiku hanyalah di tangan-Nya, sedikitpun aku tidak berasa gentar, apatah lagi untuk berundur walau seinci pun ke belakang kerana kuyakini Allaha sentiasalah ada bersamaku dengan panji janji-Nya dan panji kebenaran-Nya. Biarlah luka di dada jangan luka di belakang.

Rencana si munafik itu sampailah ke kemuncaknya apabila mereka dapat masuk menyelinap ke dalam kubuku, merampas pemurasku yang disandarkan ke dinding, maka ketika itu sampailah ilham daripada Allaha kepadaku. Bahawa aku kini hanya ada sebilah badik tersisip di pinggang dan hijap yang terangkat antara aku dengan Tuhanku.

Seraya langsung aku memanjatkan doa, “Ya Allaha sesungguhnya aku telah di zalimi dan di khianati. Aku bentangkan ke hadrat-Mu seluruh pengharapan-Mu dengan segala fakir dan hina diriku, Engkau jadikanlah warkahku ini terhijab daripada pandangan mata setiap munafik dan musuh-musuhku serta Engkau peliharakanlah warkahku ini hingga sampai ke hujung zaman agar dapat dibaca dan ditilik oleh anak cucu cicit kami pada kemudian hari.

“Ya Allaha. Tidak sampai hati mahu kupinta celaka untuk segolongan Melayu yang bersubahat dengan penjajah itu. Ya Allaha jadikanlah anak cucu cicit kami di kemudian hari berjuang dan berperang dengan lebih berani dan gagah di jalan-Mu. Ya Allaha tempat aku juga di sisi kekasih-Mu, Rasul Allaha yang aku rindui dan cintai segenap hatiku sekiranya aku gugur di jalan-Mu Ya Allaha. Sungguh Engkau Maha Mengabulkan doa.”

Tatkala itu munafik-munafik itu mahu menangkap aku yang masih bertimpuh di atas sejadah. Namun demikian dengan kuasa Allaha Taa’alaya segala sendi pada tubuh mereka, terkunci kaku seperti patung adanya. Maka bingkaslah aku daripada duduk lalu aku pandang satu persatu wajah-wajah Melayu munafik itu. Benarlah, peluru perak pemecah kubu yang kuat. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.

Tiada gunanya lagi kata-kata kerana perut tidak bertelinga. Sesudah itu berjalanlah aku menuju ke muka kubu dan tersergamlah kapal perang penjajah laknatullah itu pada pandanganku. Inilah Raja Haji yang kalian cari-cari. Syarak yang mengata, adat yang memaksa. Dengan badik di tangan kanan dan Dalilul Khairat di tangan kiri, lidahku berwiridkan selawat.

Bammm!!!

Bunyi bedilan sebuah meriam daripada salah sebuah kapal Belanda yang muncungnya dihala ke batang tubuhku, bergema ke udara. Ah! Sungguh beruntung pengkhianat itu kerana dapat menyaksikan lagi kuasa Allaha apabila peluru lela rentaka meletup di dalam lubangnya sendiri, lalu terpelantinglah askar Belanda berselerak di atas kapal dan sebahagiannya pula jatuh ke dalam laut. Beranak pinaklah pula bunga-bunga api membakar kapal perang itu. Panglima Perang Belanda Peter van Braam nyatalah amatlah terkejut adanya. Bertambah maraklah lagi semangat jihad yang menjulang-julang dalam dada pejuang-pejuang Melayu. Bertambah amuklah mereka hingga berkecamuk barisan penembak pasukan askar Belanda itu.

Lantas bertafakurlah aku apabila melihat keadaan itu. Aku berserah sepenuhnya kepada Allaha untuk menetapkan apa jua keputusan-Nya. Beberapa ketika kemudian dapatlah aku ilham daripada-Nya seraya aku bermohon, “Ya Allaha aku berserah kepada-Mu seluruh jiwa dan ragaku. Aku rela syahid Ya Allaha di jalan-Mu, daripada kehormatanku dan kehormatan umat Melayu ini dipijak-pijak oleh penjajah laknat ini setelah di tipudayakan oleh petualang daripada bangsa kami sendiri.” Arakian Panglima Perang Belanda itu sendiri segera menyalakan sumbu ubat bedil merim lela rentaka yang muncungnya dihalakan tepat ke dadaku.
Bammm!!!

Maka sampailah janji Allaha. Mencurahlah darah daripada dadaku.
Jasadku rebah ke tanah. Tiada Tuhan Melainkan Allaha. Maka terpinga-pingalah para munafik dan petualang apabila melihat askar penjajah memijak-mijak batang tubuhku, membakar Al Qoroana dan Dalil Al Khairat. Badikku pula dilemparkan ke dalam laut. Pecahlah kapi, putuslah suai. Datanglah masyghulku, tetapi seketika itu juga difahamkan Allaha kepadaku bahawa itulah tanda-tanda doaku yang telah dimakbulkan Allaha.

GLOSARI:
• Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja = Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
• Bagai mengepal pasir yang kering = Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.
• Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah = Yakin maksud tercapai.
• Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait = Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.
• Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga = Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
• Sudah ada biduk, tetapi serempu pula = Berebut kuasa.
• Menuntut piutang lapuk = Melakukan sesuatu yang sia-sia.
• Itik bertaji = Sangat penakut tetapi sombong.
• Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya = Perbuatan yang pandir.
• Biarlah luka di dada jangan luka di belakang = Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.
• Peluru perak pemecah kubu yang kuat = Kerana duit semuanya dibongkarkan
• Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang = Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.
• Perut tidak bertelinga = Nasihat yang tidak akan diturutkan
• Syarak yang mengata, adat yang memaksa = Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan
• Pecahlah kapi, putuslah suai = Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat.

Copy and paste: 25 September 2020 / 7 Safar 1442H : 7.46 am

Tuesday, 22 September 2020

Cara Membaca Permulaan Ayat Al-Quran yang tiada baris

 

4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )

Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah At Taubah ni?

A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu

Jawapannya Bm penerangan dibawah baca ya refresh pengetahuan

*4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )*

_Pesanan Awal : Sila baca dengan tenang & jangan stress untuk faham..._

1️⃣Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.

Cth :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ)
[Surah Ya-Seen : 65]

Contoh bacaan : Al-Yauma

Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;

2️⃣
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.

Cth :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡا صَـٰلِحِینَ)
[Surah Yusuf : 9]

Cara bacaan : Uqtuluu

3️⃣
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.

Cth :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَاا وَثِقَاا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
[Surah At-Tawbah : 41]

Cara bacaan : Infiruu

4️⃣
Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.

Cth :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]

Cara bacaan : Ishlauha

Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Jemput share...


Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2489552021149149&id=100002831261904

Copy and paste: 22 September 2020 / 4 Safar 1442H : 8.14 am

Sunday, 20 September 2020

ANGKA 40 DALAM ISLAM

 



"LIFE BEGIN AT 40"  dikarang oleh Walter B. Pitkin pada tahun 1932.
Merujuk kepada Kitab Bible (disebut 149 kali), 40 adalah simbol penantian, persiapan, ujian atau hukum-hukum. 
Angka 40 diiktiraf oleh masyarakat Barat sebagai bermulanya sebuah kehidupan sebagaimana ditulis oleh Walter B. Pitkin dalam bukunya "Life Begin at 40". 

Manakala para ulama Islam berpendapat biasanya orang yang sudah berumur 40 tahun, jika masih tidak berubah terus dengan kemungkaran maka ia akan kekal dengan perangai itu. Jika sudah biasa dengan perkara baik maka mereka akan sentiasa istiqomah dengan kebaikan. 

Orang yang sudah mencapai usia 40 kena lihat balik kehidupan yang telah dilaluinya dan betapa banyak nikmat Allah yang telah dikecapinya. 
Usia 40 adalah setengah daripada jangka hayat manusia , jika dipanjangkan usia mencecah 80 tahun dan selebihnya. 

Allah s.w.t juga telah mengajarkan kepada kita supaya berdoa ketika berusia 40 tahun dalam Al Quran iaitu dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15 :

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” 

Didalam Al Quran angka 40 disebut sebanyak 4 kali iaitu Surah Al-Ahqaf ayat 15 (seperti yang disebut diatas)....
Surah lain yang menyebut angka 40 ialah :

"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empatpuloh malam. "
(Surah Al-Baqarah ayag 51)

"Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tigapuloh malam, serta kami genapkan jumlah dengan sepuloh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam."
(Surah Al-A'raaf ayat 142)

"Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun."
(Surah Al-Ma'idah ayat 26)

Kenapa 40?
Belum ada kajian dibuat untuk menyingkap rahsia angka 40 dalam al Quran namun ada pendapat ulama tasawuf mengatakan 40 hari atau malam merupakan waktu yang sesuai untuk menyucikan diri. 

Dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15 (diatas), kita diajar berdoa ketika usia 40 tahun kerana usia 40 adalah lambang kesempurnaan dan kematangan. 
Imam Sadiq percaya manusia mencapai tahap kesempurnaan ketika berusia 33 tahun dan mereka akan mengekalkan tahap kesempurnaan itu hingga mencapai umur 40 tahun. Rasulullah s.a.w. pun dilantik menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun. 

Angka 40 pun ada disebut dalam tanda-tanda besar kiamat berlaku. Kebanyakan angka 40 yang disebut dalam Al Quran dan hadis merujuk kepada takwim hijrah yang menjadi rujukan utama. 
Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa Dajjal akan menjarah di muka bumi selama 40 hari. 

Rasulullah s.a.w ditanya , "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?"
Baginda menjawab, " Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang."

Didalam hadis lain pula, Nabi s.a.w. ada menyebut, "Sesungguhnya pembatas neraka ada empat tembok yang tebal. Setiap tembok jaraknya sejauh 40 tahun."
(HR At-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Ada beberapa lagi hadis Nabi s.a.w yang menyebut angka 40...antaranya apabila seseorang Muslim meninggal dunia hendaklah disolatkan oleh 40 orang lelaki, solat Jumaat dikerjakan jika jemaahnya ada 40 orang, juga ada hadis menyebut 40 amalan mudah untuk mendapat ganjaran syurga... dan sebagainya...

Apabila bercerita tentang sesuatu kebaikan, angka 40 digunakan....
Mengapa tidak disebut angkat 60 atau angka lain?.... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh).

2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun).

3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun).

4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati).

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.

Jika ada yang mengatakan Life begin at 40, ingatlah bahawa kematian memanggil kita pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia.... ada yang tak sempat mencecah usia 40 telah dipanggil menemui penciptanya.... jangan nak tunggu usia 40 baru nak memulakan kehidupan seperi anggapan masyarakat Barat , rugi dan sia-sialah jika ditakdirkan usia tidak panjang.... 

Rasulullah bersabda, "Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati." 

Jangan tertipu dengan kehidupan dunia yang isinya bersifat sementara, hanya akhirat yang kekal selama-lamanya....

Dunia di tangan akhirat di hati...

Hj Zulheimy Maamor😄😄

20/9/2020 : 2 Safar 1442H : 10.26 pm





Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi

 Kredit : Wikipedia

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di Melaka pada tahun 1402 Masihi.

Ini sekaligus mengiyakan penemuan artifak lama Melaka yang jarang didengar yang menjelaskan teori penubuhan Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah mengesahkan ketetapan 5 resolusi yang telah diputuskan untuk menolak pendapat penulis-penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400 masihi atau 1278 sebaliknya mengambil keputusan tarikh sebenarnya adalah pada 1262 masihi.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan tersebut dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.[1] Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011.[2]

Ali Rustam juga menegaskan, kajian yang dilakukan itu berdasarkan daripada sumber-sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

Antara tempat yang dilawati oleh penyelidik di wilayah Indonesia termasuklah Kepulauan RiauPulau PenyengatPulau SingkepPulau Lingga, wilayah Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta wilayah Sumatera Barat di Padang dan Batu Sangkar.

Jawatakuasa penyelidik diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya, selain diwakili oleh Naib Canselor KUIM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim, Dr. Zulkarnain Abdul Rahman (Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Malaya) dan Prof. Dr. Mohamad Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya).

Penyelidik bersama ialah Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (Jabatan Sejarah, Universiti Malaya), Prof. Dr. Nordin Husin (Pengerusi, Program Sejarah, Politik dan Strategik), Prof. Dr. Noriah Mohamad (Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail (Universiti Sains Malaysia) dan Prof. Madya Ubaidilah Muhammed (Jabatan Pengajian Tiong Hua, Universiti Malaya).

Sebab-sebab utama penetapan tahun 1262 sebagai tahun muktamad Melaka diasaskan adalah:

  • Tarikh asal 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai sandaran fakta yang kukuh sebagai tahun sebenarnya penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada.
  • Seminar tersebut turut bersetuju berdasarkan tulisan Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu (MS 18 Stamford Raffles), kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 hijrah bersamaan 1262 masihi.
  • Rumusan penyelidik telah menolak tahun 1400 dan 1278 sebagai tahun pengasasan Kerajaan Melayu Melaka kerana kesepakatan sarjana Barat (Portugis) bukan berdasarkan fakta sejarah.
  • Ini juga termasuk Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar dan cakap.

Cara pengiraannya adalah berdasarkan kajian terhadap tempoh pemerintahan sultan-sultan Melaka yang dicatatkan di dalam naskhah Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu. Hal tersebut adalah seperti berikut:

1) Raja Seri Iskandar Syah (Parameswara) = 20 tahun pemerintahan

2) Sultan Mahkota (Raja Kecil Besar) = 2 tahun pemerintahan

3) Sultan Muhammad (Raja Tengah) = 57 tahun pemerintahan

4) Sultan Abu Syahid (Raja Ibrahim) = 1.5 tahun pemerintahan

5) Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) = 40 tahun pemerintahan

6) Sultan Mansur Syah (Raja Abdul) = 73 tahun pemerintahan

7) Sultan 'Alauddin Riayat Syah (Raja Raden) = 33 tahun pemerintahan

8) Sultan Mahmud Syah (Raja Mamat) = 30 tahun pemerintahan

  • Jumlah tempoh kerajaan kesultanan Melayu Melaka ialah 256.5 tahun Qamariah.
  • Jumlah 256.5 Qamariah ini apabila ditukarkan kepada tahun Syamsiah menjadi 249 Masihi.
  • oleh itu 1511 Masihi (tarikh muktamad kejatuhan Melaka) ditolak dengan 249 Masihi menjadi 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah.

Kesultanan Melaka

  • 1400Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
  • 1403Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
  • 1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.
  • 1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
  • 1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
  • 1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
  • 1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
  • 1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
  • 1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
  • 1446: Raja Kassim menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
  • 1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.
  • 1456Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
  • 1458Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
  • 1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
  • 1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
  • 1498: Tun Perak meninggal dunia.
  • 1500Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara.
  • 1509Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
  • 1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana difitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan. Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah memeritahkan Tun Muthahir dan keluarganya dihukum bunuh.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya lalu mengambil Tun Fatimah sebagai isterinya dan dimashurkan sebagai Puan Besar. Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.

Pemerintahan Portugis

  • 1511Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
  • 1513Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.
  • 1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
  • 1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".
  • 1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
  • 1525Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.
  • 1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.
  • 1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.
  • 1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.
  • 1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
  • 1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.
  • 1551: Gabungan JohorJapara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.
  • 1553: St. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan CantonChina dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke GoaIndia.
  • 1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
  • 1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
  • 1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.
  • 1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.

Kejatuhan Portugis ke atas Johor dan penempatan Belanda di Kota Melaka

  • 1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.
  • 1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge cuba untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.
  • 1615-1616Acheh menyerang Melaka.
  • 1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka kembali.
  • 1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.

Pemerintahan Belanda

Kota Di Melaka pada 1604.
  • 1641: Pihak Johor menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Belanda. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Sultan Abdullah Johor.
  • 1645Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
  • 1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.
  • 1650Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
  • 1710Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
  • 1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
  • 1756Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.
  • 1784Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.
  • 1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.
  • 1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
  • 1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.
  • 1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.
  • 1819Sultan Hussain Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.

Pemerintahan British

  • 1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).
  • 1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.
  • 1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatinya.
  • 1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London.
  • 1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.
  • 1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).
  • 1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun.
  • 1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.
  • 1948Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
  • 1956Tunku Abdul RahmanPerdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

Kemerdekaan

  • 1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
  • 1963: Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.
  • 1989: Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.

Rujukan