Tuesday, 26 May 2020

BUKAN SEKADAR PANTUN

Kredit : FB Sejarah Tanah Melayu
            Amir Syah - FB Kesultanan Alam Melayu





Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang 3,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Di manakah Pulau Pandan ?
Pulau Pandan tidak berada di Malaysia, yang ada hanya Pasar Pandan.

Gunung Daik ?
Gunung Daik pun sama, ia tidak terletak di sebelah Gunung Ledang atau di Gunung Kinabalu.

Dah tu kenapa orang Melayu suka guna nama Pulau Pandan dan Gunung Daik ?
Sebab Gunung Daik dan Pulau Pandan adalah sebahagian dari Empayar Kerajaan Melayu Melaka satu masa dahulu sebelum legasinya disambung oleh Kerajaan Johor-Riau.
Ianya terletak di kepulauan Lingga di selatan Johor. Pantun ini sebenarnya SANGAT LAMA, ketika itu orang dari Johor, Singapura, Riau, Lingga, Barat Sumatera bercakap bahasa Melayu dan apa sahaja yang terdapat ditempat mereka dikongsikan bersama, kerana kita dahulunya SEBUAH KERAJAAN YANG SAMA !.
Pulau Pandan sebenarnya adalah satu Pulau yang jauh ke tengah laut tetapi berada dalam satu kawasan berhampiran dengan Gunung Daik berada diatas pulau Lingga.
Tentunya, gunung Daik itu bercabang 3 dan ianya terletak di Kampung Pahang Daik, Lingga.
Kampung Pahang di Lingga ?...
Macam pernah dengar nama tu di Malaysia kan ..

Cabang tertinggi namanya GUNUNG DAIK, Cabang tengah namanya PENJANTAN dan cabang paling rendah namanya CINDAI MENANGIS.
Pedagang dahulu menjadikan Gunung Daik ini sebagai tanda untuk ke Pulau Lingga dan mereka pasti melalui Pulau Pandan dahulu.
Pulau dan Gunung ini banyak membantu pedagang datang berniaga, sesuai dengan maksud pantun,...Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga, indahnya sulaman maksud bahasa orang Melayu, jadilah alam yang sentiasa memberi menfaat kepada orang lain, sentiasa dikenang sepanjang zaman.
Copy and paste: 26 May 2020 / 3 Syawal 1441H: 11.11 am

KENAPA INDONESIA TIDAK MEMPUNYAI SULTAN?


Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.
Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.
Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.

Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenerel Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang sama dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.
Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana, ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jeneral Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.
Tengku Amir Hamzah, Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit. Beliau tidak lari saat nak dibunuh , beliau berkata " lari dari binjai patik pantang,Patik ialah keturunan Panglima, kalah di gelanggang sudah biasa".
*Di Malaya, bersyukurlah kita di atas kegagalan Gagasan Indonesia Raya*
*Jika tidak, belum tentu apakah nasib Islam, Melayu dan Raja-raja.*
HATI HATI DENGAN YANG NAMANYA ''PEJUANG RAKYAT''..PADAHAL MEREKALAH GUNTING DALAM LIPATAN.
Baca sejarah jatuh nya raja raja melayu di indonesia. Jangan biarkan sejarah disana jadi disini.
Kredit MALAYSIA TANAH MELAYU

Copy and paste: 26 May 2020 / 3 Syawal 1441H: 11.01 am

Saturday, 23 May 2020

KENALI PARA ULAMA KESULTANAN MELAKA


Mungkin ramai dari kalangan kita yang mengenali sultan dan pahlawan Kesultanan Melaka, tetapi berapa ramai yang mengenali para ulama Kesultanan Melaka? Berikut adalah senarai ulama-ulama Kesultanan Melaka yang saya himpunkan setakat ini:-
1) Sayyid Abdul Aziz
Beliau berasal dari Hijaz berkemungkinan dari Mekah atau Madinah. Kemudian dari pelabuhan Jeddah, beliau belayar ke Melaka bersama rombongannya untuk berdakwah. Beliau adalah ulama yang berjasa mengislamkan Parameswara, pengasas Kesultanan Melaka.

2) Maulana Jalaluddin
Seorang ulama yang rapat dengan Sultan Muzaffar Syah (Raja Kasim). Beliau menyelamatkan Sultan Muzaffar Syah dari terus terbuang dari istana oleh Raja Rokan. Beliau seterusnya membantu Sultan Muzaffar Syah mendapatkan kembali takhta Kesultanan Melaka dari Sultan Abu Syahid yang dipengaruhi Raja Rokan.

3) Sayyidi Arab
Beliau adalah ulama yang tinggal di Melaka zaman Sultan Muzaffar Syah. Nama sebenarnya tidak diketahui. Beliau terkenal sebagai seorang pemanah handalan dan sering membawa panah ke mana sahaja beliau pergi.

4) Syeikh Datuk Kahfi
Beliau dilahirkan di Melaka dan merupakan anak kepada Datuk Ahmad. Dari Melaka beliau belayar ke Tanah Arab untuk menuntut ilmu agama. Setelah itu, beliau berhijrah dan menetap di Gunung Jati, Cirebon. Beliau mendirikan sekolah pengajian (pesantren) di Gunung Jati dan membantu dakwah Sunan Gunung Jati.

5) Syeikh Ahmad Majnun
Syeikh Ahmad Majnun seorang ulama yang hidup di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat di Pengkalan Kempas, Linggi dikatakan dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi tujuan berdakwah. Berdasarkan inskripsi pada batu bersurat yang terdapat di sisi makam beliau, Syeikh Ahmad Majnun wafat pada tahun 802 H bersamaan 1467 M.

6) Maulana Abu Bakar
Beliau adalah seorang ulama tasawuf. Beliau datang ke Melaka dari Mekah atas arahan gurunya iaitu Maulana Abu Ishak dan membawa satu kitab bertajuk الدر المنظوم. Kedatangan beliau di Melaka disambut dengan penuh gemilang oleh Sultan Mansur Syah. Di Melaka, beliau menganjurkan pengajian di istana dan menjadi guru kepada Sultan dan para pembesar Melaka.

7) Kadi Maulana Yusuf
Beliau adalah Kadi Kesultanan Melayu Melaka, jawatan dalam bidang agama yang tertinggi. Beliau adalah cucu Sayyid Abdul Aziz, pendakwah yang mengislamkan Parameswara. Beliau sangat dihormati oleh seluruh masyarakat Melaka termasuk sultan sehinggakan Sultan Melaka sendiri berjalan kaki ke rumahnya untuk menuntut ilmu.

8) Kadi Munawwar
Beliau adalah anak kepada Kadi Maulana Yusuf. Beliau dilantik menjadi Kadi Kesultanan Melaka oleh Sultan Mansur Syah setelah ayahnya mengundurkan diri dari jawatan tersebut. Antara kepakaran Kadi Munawwar ialah seni bermain beladau (sejenis golok) dan membuat periuk api dan mercun.

9) Sultan Ala’uddin Riayat Syah
Baginda merupakan Sultan Melaka ke-7 dan dikenali sebagai sultan yang adil dan soleh. Baginda seorang yang mahir dengan ilmu-ilmu agama di mana baginda juga sering memberi kuliah-kuliah agama kepada raja-raja di bawah naungannya dan kepada kaum kerabatnya. Pada batu nisannya tertera perkataan berikut:-

“Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Ala’uddin ibni Sultan Mansur ibni Sultan Muzaffar Syah. Rahmat dan kesejahteraan Allah barang terlimpah ke atas rohmu wahai wali Allah yang terpilih”
10) Syeikh Ismail
Beliau mendapat gelaran Sultanul Arifin kerana alimannya. Pada zamannya, Pulau Besar dan Upeh (Tengkera) menjadi pusat pengajian Islam di Melaka. Ramai yang datang ke Melaka untuk berguru termasuk Maulana Ishaq, ayah kepada Maulana Ainul Yaqin (Sunan Giri).

11) Maulana Sadar Jahan
Beliau seorang ulama Hijaz yang datang ke Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Beliau menjadi guru utama kepada Sultan Mahmud Syah dan kerabatnya disebabkan kealimannya. Beliau turut terlibat dalam perang Melaka Portugis 1511 malah peranannya dalam medan perang sangat ketara.

12) Syeikh Jailani Mendik Masab
Beliau lebih dikenali dengan nama Datuk Machap. Beliau ialah seorang ulama dan pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar, Sulawesi. Beliau datang ke Melaka untuk berdagang sekitar tahun 1500 iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Keilmuannya dalam bidang agama dan ketinggian akhlaknya telah menarik perhatian Sultan sehingga beliau dilantik menjadi Imam Diraja. Ketika Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Datuk Machap berjuang bersama-sama umat Islam di Melaka untuk mengusir Portugis dari Melaka.

Jika tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk memiliki buku Rahsia Penaklukan Melaka 1511 atau buku-buku penulisan saya yang lain, bolehlah tekan link di bawah:-
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Copy and paste: 23 May 2020 / 30 Ramadan 1441H : 6.44 pm

Kekejaman Komunis Bintang Tiga

...masih ada yang tidak tahu?
Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan .Ditangkap dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha. Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan. “Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.
Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu. Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.
“Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.
“Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya. Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.
Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan. Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.
“Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.
Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan. Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.
Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya. “Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.
Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan Cina. “Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina.
Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya. PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara.
“Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.
Fahami sejarah kemerdekaan
KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata. Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.
Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940. Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946.
Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.
Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok.
Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa. Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan. Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.
Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya. Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.
Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.
Info Kes-Kes keganasan komunis
· Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947
Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.
· Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948
Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak. Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.
· Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948
Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.
· Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948
Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.
· Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950
Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.
· Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950
Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.
· Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950
Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
· Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950
150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.
· Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950
Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.
· Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951
Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.
· Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951
Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.
Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.
· Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)
Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.
Sumber: Atas pagar
Copy and paste: 23 May 2020 / 30 Ramadan 1441H : 6.29 pm

Friday, 22 May 2020

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

22 May 2020 / 29 Ramadan 1441H : 7.00 am

OPS TERUMBU

Kredit : Lee AimpointRed - FB Group Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan

Terima Kasih kepada semua Wira-Wira Negara terdahulu dan sekarang kerana bertungkus lumus menjaga perairan daulat negara kita (Malaysia).

Anggota/krew awal yang bertugas dalam membina pulau Layang-Layang milik Malaysia:
  • TUDM krew Pesawat Nuri di tugas untuk misi mengangkut anggota/krew tugas dan barang-barang.
  • Rejimen Kor Jurutera ditugaskan untuk membina platform berasaskan scalf folding beralas papan sebagai lantai untuk membolehkan pesawat Nuri mendarat. Dengan kata lain untuk membina heli pad, kerja pembinaan tugu dan kerja membina bangunan untuk menempatkan anggota GGK/Gerup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut/PASKAL dan lain-lain (hanya tinggal tapak bangunan dan tugu sahaja kerana bangunan baru di bina 1 kilometer dari tapak bangunan/rumah lama ini).
  • Krew KD Raja Jarom
  • Krew KD Sri Banggi
  • Jurutera swasta Time Engineering.
  • Krew Divers yang dipertanggungjawabkan untuk membuat canal atau terusan bagi membolehkan small craft memasuki 'blue lagoon' menggunakan bahan letupan.
  • Tentera Laut DiRaja Malaysia
  • Gerup Gerak Khas (GGK)
  • Pasukan Khas Laut (PASKAL)
  • Syarikat SIN MATU Sdn. Bhd (pulau-pulau dinaiktaraf kemudiannya)
  • Dan lain-lain yang turut terlibat dalam penugasan ini.
Inisiatif untuk memiliki Pulau Layang-layang dilakukan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil-alih tampok Kerajaan pada tahun 1981. Beliau telah mengarahkan supaya TLDM membina satu 'penanda' yang menunjukkan ia telah diduduki oleh Malaysia disebabkan pulau ini juga di tuntut oleh China, Filipina dan Vietnam. Sejak itu, Tun terus menerus membangunkan dan mewujudkan kedaulatan Malaysia di pulau itu. Pada masa ini Malaysia mempunyai penempatan tetap anggota TLDM dan lain-lain yang berpangkalan di situ.
Pada awal tahun 1980an langkah pertama kerajaan Malaysia pada masa itu adalah menghantar komando GGK dan PASKAL dahulu untuk menduduki dan menakluk Stesyen Lima/Layang-Layang yang belum dibina langsung. Hanya di kelilingi air laut dan terumbu karang sahaja, bila air laut surut dan apabila air laut mula naik dengan laju, komando-komando kita PASKAL dan GGK bersusah payah untuk mencari tempat perlindungan yang selamat memanjat batang pokok yang telah di tanam dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan di harungi ribut, hujan lebat, binatang laut berbisa dan musuh.
Pada waktu itu juga (1980an) PASKAL dan GGK telah dihantar bertugas menjaga terumbu-terumbu kecil yang lain berhampiran dengan pulau Layang-Layang di perairan Malaysia ini. Dan tahun 1980an yang lalu juga detasemen elit ini telah ditempatkan di lima terumbu/pulau yang menjadi milik Malaysia sehingga ke hari ini seperti Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Layang-Layang, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa pulau ini sebenarnya berasal dari tongkang atau barge yang diperbuat dari besi yang ditunda dari tanah besar semenanjung yang kemudiannya ditimbus dengan pasir sehingga merata. Ia mengambil masa sebulan untuk sampai ke sini (bergantung kepada cuaca).
Perubahan yang amat ketara berlaku dengan pesatnya beberapa tahun selepas itu. Pokok-pokok rhu dan rumput mula ditanam, menjelmalah daratan yang kekal akhirnya. Ia mengandungi 2 buah blok kediaman, 2 buah hangar, menara pemerhati dan banyak lagi.
Manakala harga pakej untuk percutian/menginap di resort pulau Layang-Layang ini bermula dari RM 10,000 dan ke atas untuk pakej 6H/5M beserta penerbangan pergi balik, penginapan dan makan. Dan kebiasaan dan kebanyakannya pelancong dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China datang bercuti di pulau Layang-Layang ini.

Unsung Hero
Hero Live Forever


Lain-lain Sumber:

Copy and paste: 27 April 2020 / 4 Ramadhan 1441H : 7.48 am

Copy and paste: 22 May 2020 / 29 Ramadan 1441H : 5.19 am

Malam ini 29 Ramadhan bertepatan dengan malam Jumaat.

Kredit : FB PONDOK HABIB

22 May 2020 / 29 Ramadan 1441H

Al-Imam Abdullah Al-Haddad menjelaskan : " Jika malam ganjil bertepatan dengan malam Jumaat , maka malam tersebut kemungkinan besar MALAM LAILATUL QADAR "
Jangan lewatkan malam ini, Allah SWT membuka pintu ridho dan rahmatnya seluas mungkin bagi mereka yang mendekat denganNYA
Sebarkan dan raih pahalanya !
-----+----+----------+-------------+--------------+------------+---------+
الليلة ليلة الجمعة وهي ليلة الجمعة الأخيرة من رمضان ومن مزاياها :
١_آخر ليلة في الليالي القدرية الوترية
٢_وليلة جمعة وليلة الجمعة من الليالي الفضيلة
٣_ وقد تكون آخر ليلة وهي ليلة ٢٩ يعتق الله فيها أكثر مما اعتق في الشهر كله
٤_ يذكر بعض العلماء والاولياء أن شهر رمضان إذا دخل بالجمعة فتكون ليلة القدر ليلة ٢٩ ليلة جمعة

فاحرصوا على الاجتهاد فيها من عصر يوم الخميس إلى فجر الجمعة
وحثواانفسكم وازواجكم وابناءكم واقرباءكم وكل المسلمين بالالحاح على الله بالدعاء لرفع البلاء والوباء عن المسلمين
جعلنا الله وإياكم من عتقائه ورزقنا حبه ورضاه والفردوس الأعلى من غير سابقة عذاب ولا عتاب ولا فتنة ولا حساب 💚

(الحبيب عبد الرحمن الجفري)
Mafhum terjemahan drpd Sidna Ustaz Alaydrus, kalam daripada al Habib Abdul Rahman al Jufri daripada Hadhramaut,
"Malam ini ialah malam Jumaat yg terakhir daripada bulan Ramadhan,ada padanya banyak keistimewaan.
Antara keistimewaannya adalah,
1. Malam terakhir daripada malam2 ini (malam yang ke-29,malam yang ganjil) ini adalah malam Laylatul Qadar.
2) Malam ini juga malam Jumaat yang memang maklum ada kelebihannya,terlebih lagi malam Jumaat ini berada di dalam 10 hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
3) Akhir malam ini,malam ke 29 Ramadha, diriwayatkan bahawa Allah akan membebaskan ramai hamba²Nya lebih daripada sebulan keseluruhannya
4) Sebahagian ulama dan auliya ada mengatakan bahawa bulan Ramadhan bila ia masuk pada Hari Jumaat maka ada yang mengatakan bahawa malam Laylatul Qadarnya adalah malam yang ke 29.
Maka ambillah peluang untuk berijtihad bersungguh² pada malam ini bermula daripada Asar hari Khamis hingga fajar(esok pagi) di hari Jumaat.
Dan gesalah diri masing², isteri masing², anak² masing² dan kaum kerabat masing² dan sekalian kaum Muslimin supaya bermunajat kepada Allah,supaya Allah singkapkan bala dan waba' yang menimpa kaum Muslimin.
Moga² Allah swt jadikan kita semua dalam kalangan orang yang bebas daripada belenggu api neraka 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Moga² Allah swt juga kurniakan kepada kita cinta kepadaNya dan mendapat redha daripadaNya, juga mendapat ganjaran syurga Firdaus yang tinggi,
من غير سابقة عذاب ولا عتاب ولا فتنة ولا

حساب 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Sila sertai instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/
Copy and paste: 22 May 2020 / 29 Ramadan 1441H : 4.23 am

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Kredit : Sayful Jamel > MOTIVASI

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan hal ini ke 3 grup dan kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.
Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...........
Saya doakan semua yang mengaminkan dan membagikan 2 grup doa ini sukses dunia akherat aamiin 🙏
Ucapan adalah doa.. 🤲

Copy and paste: 22 May 2020 / 29 Ramadan 1441H: 4.06 am

Perlukah Malaysia Bantu Rohingya?

Kredit : FB Revolusi Melayu Baru

Memandangkan akhir-akhir ini telah tular pelbagai sentimen buruk yang ada pada orang pelarian Rohingya di dalam Malaysia. Ada di antara mereka yang tidak menjaga adab dan suka berbuat kotor. Malah ada yang menipu untuk mendapatkan simpati dan bantuan. Juga saya sendiri (penulis) terkejut kerana menyaksikan mereka orang rohingya yang menekan butang-butang rumah bukan untuk menjual barang tetapi untuk meraih simpati dan meminta bantuan dari orang awam sambil menunjukkan kad pelarian PBB mereka.
Manakan tidak, sifat-sifat ini yang telah disaksikan oleh rakyat Malaysia sendiri akhirnya kantoi dek kepantasan berita di laman sosial. Sikap buruk ramai orang Rohingya (bukan semua) di dalam Malaysia ini akhirnya membuatkan rakyat kurang senang dan akhirnya berkempen untuk tolak pelarian Rohingya dari Malaysia.
Jadi adakah ini kaedah terbaik bagi menangani masalah ini?
1. Berkasih sayanglah sesama Muslim.
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
[Riwayat al-Bukhari (13)]

Hadis ini ialah sebab utama kenapa kita sebagai Muslim tetap juga perlu membantu saudara kita Rohingya. Mereka ialah saudara seiman kita dan maka tetap juga lah perlu membantu mereka apatah lagi apabila konflik yang berlaku di Myanmar bukan sahaja melibatkan kaum, malah seruan kebencian juga telah dihalakan kepada Islam seluruhnya sebagaimana yang dilaungkan oleh sami-sami mereka.
Hatta mereka sedang memusuhi Rohingya dengan sentimen Islam. Kononnya Rohingya ialah Muslim maka perlu dibunuh. Sentimen ni sebenarnya sedang mencabar umat Islam seluruhnya.
2. Walaupun begitu, rujuk lah kita kepada Al-Quran sebagaimana dalil,
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
[Surah Ar-Ra’d:11]

Ini menunjukkan walaupun mereka dibantu oleh Malaysia atau mana-mana negara Islam lain sekalipun, keadaan konflik ini tidak akan selesai selagi mereka tidak mengubah diri mereka sendiri. Oleh itu, beberapa candangan telah difikirkan dan akan disenaraikan di dalam artikel ini.

CANDANGAN UNTUK ORANG ROHINGYA
1. Kekuatan akidah perlu diperkuatkan. Diri mereka perlu kuat pegangan dengan Islam. Agar apa sahaja pejuangan mereka selepas ini akan menjadi perjuangan Islam dan bukan perjuangan untuk kaum mereka semata-mata. Fahami erti syahid agar mereka tidak akan lari dari perang.

2. Orang-orang Rohingya itu sendiri perlu bertahan dan membina kekuatan daripada dalam samada dari segi politik mahupun dari segi ketenteraan (Jika mampu) . Mereka perlu mengumpulkan orang-orang mereka yang sangat ramai itu (sehingga Bangladesh terpaksa buatkan pulau khas untuk pelarian Rohingya) dan membentuk kesatuan bagi mengalahkan musuh Islam tersebut.
Tidak ada gunanya lagi mereka lari ke negara orang kemudian berasa aman padahal tanah mereka sendiri sedang tergadai sambil tersenyum sementara Islam 'kalah' di Myanmar. Mereka perlu bangkit daripada isu ini. Jika mereka benar berjuang kerana Allah, maka percayalah Allah bersama mereka.
Tidak kah mereka mengambil ibrah daripada peristiwa Rasulullah dikeluarkan dari Mekah ke Madinah? Lalu Allah menurunkan ayat,
إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
Jikalau tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.
[Surau At-Taubah 40]

Tidakkah diambil pengajaran bahawa keluarnya Muslimin dari Mekah ke Madinah, bagi membina kekuatan untuk kembali mengambil Mekah. Sehingga berlaku beberapa sesi peperangan antara Muslimin dengan Musyrikin. Sehinggalah Fathul Mekah.
Maka mahu atau tidak, orang Rohingya perlu berusaha untuk mengubah diri mereka sendiri. Kemerdekaan sesuatu tanah itu bukan hanya dengan lari dan bergambar sambil makan dengan VVIP. Tetapi kemerdekaan ini berjaya selepas segmen-segmen darah pejuang yang gugur. Selepas segmen-segmen berpecah kepala dalam politik. Sehinggalah merdeka tanah ini bukan hanya dengan titisan peluh pertempuran, tetapi juga dengan titisan darah pertempuran. Kemerdekaan ini tidak akan dikecapi hanya dengan titisan peluh pelarian lalu tak pulang. Bukan juga dengan titisan tangis ketakutan.
Bukan syarat untuk menjadi pelarian. Walaupun Rohingya kekal di Myanmar, percayalah Allah bersama kalian, dan jika di luar, bina kekuatan.
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ
Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.
[Surah Al-Hadid: 4]

3. Orang-orang Rohingya di luar daripada Myanmar perlu membuat kesatuan sesama mereka dan membentuk tenaga. Berganding bahu dalam mendapatkan balik tanah mereka di Myanmar. Rohingya di luar daripada Myanmar agak bebas. Maka mereka boleh fikirkan kaedah-kaedah untuk mendapatkan kan kembali tanah mereka. Sepatutnya ini yang lebih mereka fikirkan daripada mereka sibuk meminta hak itu dan hak ini di dalam negara orang. Mereka perlu kembali berusaha untuk pulang ke rumah mereka.

CANDANGAN UNTUK KERAJAAN MALAYSIA
Disebabkan kegusaran rakyat Malaysia kepada Rohingya yang datang memenuhi Malaysia ini, maka banyak lah candangan-candangan seperti di bawah muncul.

1. Kita perlu juga bantu mereka. Kerana dalil di atas tadi bahawa mereka ialah Muslim. Maka sangat perlu juga untuk membantu mereka sekadarnya.
2. Jelaskan kepada mereka bahawa Malaysia ialah negara berdaulat yang mempunyai rakyatnya tersendiri dan mereka (Rohingya) adalah bukan rakyat Malaysia.
3. Had kan keizinan NGO untuk memberikan bantuan kepada pelarian. Maksudnya, hanya membenarkan beberapa NGO sahaja di setiap negeri untuk memberikan bantuan kepada pelarian. Hal ini kerana sekarang pun ramai di antara mereka sebenarnya boleh bekerja di dalam negara, jadi sebenarnya bukan lah mereka itu tak cukup makan. Malah sampai pula berita kepada saya bahawa mereka menipu untuk mendapatkan lagi bantuan daripada NGO lain kononnya belum pernah mendapat bantuan. Sedangkan rakyat Malaysia sendiri ramai asnaf yang dilepas pandang.
4. Hadkan penerimaan pelarian. Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat lambakan warga asing sebagaimana yang telah kita lihat dek PATI di Kuala Lumpur.
5. Tidak memberikan sebarang hak pemilikan tanah kepada pelarian. Hal ini bagi mengekang lambakan hak milik asing di dalam negara.
6. Meneliti semula hak warganegara untuk anak pelarian yang lahir di Malaysia.
7. Tidak menafikan hak pelarian untuk mendapatkan perubatan dan pendidikan di Malaysia. Namun mereka ialah setaraf dengan bukan warganegara.
dan candangan seterusnya mungkin para pembaca juga boleh kemukakan. Jika ada, boleh luahkan di bahagian komen supaya admin boleh baca nanti.
Candangan-candangan ini muncul kerana gusarnya warganegara Malaysia dengan kedudukannya jika pelarian seperti Rohingya ini selalu diberi muka. Bukan lah tidak kasih kepada saudara kami, namun kerisauan setelah melihat telatah mereka telah mengaburkan sifat 'kesian' rakyat Malaysia.
Adapun begitu kami tidak bersetuju pula jika Malaysia berhenti membantu orang Rohingya. Kerana mereka juga saudara kita. Namun bantuan Malaysia kepada mereka perlu dibatas-bataskan agar kedudukan rakyat Malaysia akan kekal aman dan makmur.
Kesimpulan:
- Kita mestilah berkasih sayang sesama Muslim.
- Rohingya perlu mengubah diri mereka sendiri.
- Rakyat Malaysia tidak mahu kedudukannya tergugat.

Wallahualam
[Revolusi Melayu Baru]


Copy and paste: 22 May 2020 / 29 Ramadan 1441H : 3.57 am