Tuesday, 31 March 2020

Penemuan Patung Avalokitesvara Membuktikan Kewujudan Kerajaan Melayu Gangga Negara

Kredit: ORANG PERAK



Terdapat sesetengah pihak yang hanya percaya bahawa orang-orang Melayu mula menetap di negeri Perak setelah kesultanan Perak diwujudkan. Mereka terpengaruh dengan dakwaan bahawa negeri ini hanyalah hutan tebal sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Shah tiba.

Untuk menepis dakwaan ini, orangperak.com ingin menceritakan sejarah penemuan patung yang berkait dengan ajaran Buddha dan sekaligus membuktikan wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu yang menganut ajaran Hindu-Buddha sebelum tibanya Kerajaan Melaka dan kemudian Kerajaan Perak yang memerintah negeri ini di zaman yang terkemudian.


Sebelum tibanya Sultan Muzaffar Shah yang mewujudkan Kesultanan Perak, terdapat beberapa kerajaan silam yang pernah wujud dan memerintah negeri ini sebelum itu. Kerajaan Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan silam yang terdapat di negeri Perak.
Namun begitu, kurangnya kajian dan bukti serta jumpaan artifak yang dapat menyokong serta menguraikan rahsia kewujudan kerajaan ini berserta kerajaan-kerajaan awal yang lain yang terdapat di negeri Perak.
Kerajaan-kerajaan awal lain yang pernah ada di negeri Perak selain daripada kerajaan Gangga Negara ialah kerajaan Beruas dan Manjung.
Gangga Negara memerintah di Perak dengan jayanya dan mempunyai tamadun yang hebat namun kerajaan kemudiannya dimusnahkan oleh serangan Raja Rajendra Chola daripada India. Apabila Gangga Negara musnah, barulah lahir dua buah kerajaan yang mengambil alih kekuasaannya, iaitu Kerajaan Melayu Beruas dan kerajaan Manjung.
Berdasarkan sumber tempatan iaitu teks Sejarah Melayu, Kerajaan Gangga Negara ialah sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Sungai Dinding iaitu dari Kuala Sungai Dinding ke Sungai Dendang dan merangkumi kawasan Pengkalan Baharu, Segari, Beruas, Lembah Kinta, Bidor, Sungai Siput, Pengkalan di Ipoh serta kawasan-kawasan sekitarnya. Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan besar pada masa itu dan pusat pemerintahannya sentiasa berubah-ubah.
Sumber sejarah khususnya daripada Sejarah Melayu yang mengesahkan tentang penyerangan “Raja Suran” dan sekaligus menyatakan dengan terperinci mengenai kedudukan Gangga Negara ini, Sejarah Melayu menyatakan bahawa:
‘‘….., setalah beberapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri. Gangga Nagara namanya, Raja Gangga Shah Johan nama rajanya. Adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga: ada sekarang kotanya di darat Dinding ke sana Perak sedikit ….’’
Ayat ini jelas menyatakan bahawa Gangga Negara tersebut berada di kawasan darat wilayah Dinding (kini Manjung) yang berada di negeri Perak. Ibu negeri kerajaan ini diceritakan dengan jelas di dalam kitab Sejarah Melayu iaitu lokasinya yang terletak di atas bukit.
Menurut sumber dari tulisan Ptolemy dalam Geographike Huphegesis yang dicatatkan pada tahun 150 Masihi pula ada menyentuh mengenai sebuah kerajaan yang disebut sebagai “Konkonagara”, dan negara ini dikatakan berada di Sungai Bernam atau Sungai Perak.
Konkonagara seakan-akan menyerupai nama Gangga Negara dan sekiranya kita merujuk kepada catatan Ptolemy ini maka kerajaan tersebut diandaikan sudah pun wujud sekitar kurun ke 2 lagi.
Namun yang pasti bahawa kerajaan itu bertempat di negeri Perak dan lokasinya mungkin di sekitar kawasan yang meliputi kawasan Kinta, Utara Dinding dan Kawasan Perak Tengah. Yang mana kawasan tersebut adalah luas. Tambahan pula, tempat yang begitu tepat bagi kerajaan ini tidak dapat dibuktikan tanpa mempunyai sebarang kesan atau artifak.
Pada awal tahun 1900 an, terdapat beberapa penemuan barangan artifak berupa patung Buddha diperbuat daripada gangsa di Tanjung Rambutan dan juga di Pengkalan di Ipoh pada tahun 1931. Penemuan ini sekaligus menguatkan bukti wujudnya kerajaan-kerajaan awal di Perak.
Kemudian pada tahun 1936 pula telah ditemui sebuah patung jenis Avalokitesvara di Bidor dan ianya menguatkan lagi bukti ini. Hasil kajian arkeologi mengesahkan bahawa patung-patung Buddha ini datang daripada zaman Gupta di India yang wujud pada kurun ke 5 dan ke 6 Masihi.
Penyelidikan dan usaha arkeologi yang dijalankan di kawasan Tanjung Rawa di Kuala Selinsing, Perak seterusnya menemui banyak barang artifak seperti butiran manik, periuk belanga, barangan perhiasan, cincin emas dan cap mohor yang tertulis dalam tulisan Palava.
Hasil kajian secara klinikal mempercayai bahawa bahan-bahan artifak ini adalah daripada kurun ke 7 Masihi. Penemuan bukti arkeologi ini turut menguatkan hujah bahawa sudah wujud sebuah kerajaan awal di Perak selewat-lewatnya pada kurun ke 5 atau ke 6 Masihi yang bernama Gangga Negara.
Patung diperbuat daripada gangsa yang seberat 63 kg dan setinggi 93 cm ialah Avalokitesvara, salah satu “Bodhisattva” seperti kepercayaan Buddha. Ia dijumpai di Bidor, di sebuah bandar kecil di negeri Perak, Malaysia pada tahun 1936 di sebuah kilang bijih timah kepunyaan Anglo Oriental, iaitu sebuah syarikat terbesar bijih timah milik British ketika zaman British Malaya.
Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke 7 hingga 12 Masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha.
Diiktiraf sebagai Artifak Warisan Kebangsaan, patung ini dipercayai berusia dalam lingkungan abad ke 7 hingga abad ke 12 ketika pemerintahan Raja-raja Melayu beragama Hindu-Buddha.
Kemakmuran dan kekayaan yang dimiliki hasil kekuatan kerajaan Gangga Negara berjaya mempertahankan diri daripada serangan kerajaan Srivijaya pada tahun 850 Masihi.
Kerajaan Gangga Negara didakwa telah musnah pada kurun ke 11 Masihi, apabila diserang Chola dibawah pimpinan Raja Rajendra Chola pada tahun 1025 Masihi.
Peristiwa ini turut tercatat dalam kisah serangan kerajaan Chola atas Srivijaya dan negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu khususnya peristiwa serangan terhadap kerajaan Kadaram atau Kedah.
Ramai sarjana menyatakan bahawa serangan ini merangkumi penaklukan terhadap kerajaan Gangga Negara. Fakta ini turut sama dipersetujui dalam sumber tempatan khususnya melalui sumber catatan Sejarah Melayu.
Namun, terdapat sedikit perbezaan berkaitan nama raja yang menyerang Srivijaya serta kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara, iaitu Raja Suran. Tidak dapat dipastikan sama ada Raja Rajendra Chola I dan Raja Suran adalah orang yang sama.
Banyak kajian yang mendapati bahawa kedua-dua pemimpin ini sememangnya dua individu yang berbeza. Namun apa yang pasti adalah, kerajaan Gangga Negara yang pernah memerintah dari kurun ke 5 sehingga kurun ke 11 masihi telah dimusnahkan oleh kerajaan Chola pada pada tahun 1025 Masihi.
Ini sekaligus menepis dakwaan bahawa Chola yang membentuk budaya dan peradaban Melayu kerana kerajaan-kerajaan Melayu silam sudah didirikan lama sebelum serangan kerajaan Chola. Serta Raja Suran atau pun Raja Chulan bukanlah Raja Rajendran Chola seperti yang didakwa seperti sesetengah pihak.
Serangan Chola membawa kepada jatuhnya kerajaan Srivijaya dari dinasti Sailendra dan masa serangan itu berlaku hampir sama dengan perjalanan pulang sami terkenal ajaran Buddha iaitu Atisa dari Sumatera ke India pada 1025.
Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H: 10.01 pm

DNA MELAYU dan YUNAN langsung TIDAK ADA KAITAN


Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin


Persoalan tentang siapakah Melayu dan dari manakah asal usulnya sering kali menjadi perdebatan ramai. Ada yang berpendapat bahawa bangsa Melayu itu sendiri tidak wujud. Melayu dikatakan terlahir daripada perkahwinan campur antara “penduduk tempatan” dengan saudagar-saudagar Cina, India, Arab dan Siam yang singgah di Semenanjung Tanah Melayu untuk berdagang semasa zaman kemahsyuran empayar-empayar di Tanah Melayu. Spekulasi tentang siapakah “penduduk tempatan” inilah yang kerap kali menjadi bahan perdebatan antara ahli akademik, pakar sejarah, ahli politik dan tidak terkecuali para keyboard warriors di laman-laman sosial.

Melayu sebenarnya bukanlah satu bangsa yang hanya wujud di Malaysia tetapi orang Melayu telah wujud sekian lama di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kepulauan yang terletak di antara Lautan India dan Lautan Pasifik ini mengunjur sejauh 4,000 batu dari timur ke barat dan 1,300 batu dari utara ke selatan dan merupakan kepulauan yang terbesar di dunia.

Kepulauan Melayu dibentuk oleh beribu-ribu buah pulau kecil dan pulau-pulau besar seperti Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina dan termasuk juga Semenanjung Malaysia. Sebelum berlakunya banjir besar yang menenggelamkan Pentas Sunda dan tamadunnya lebih kurang 10,000 tahun yang lalu, kumpulan pulau yang terletak di atas Pentas Sunda dipercayai bersambung sebagai satu tanah besar yang memudahkan pergerakan dan interaksi manusia di atasnya.

Akibat daripada kejadian banjir besar ini, sebahagian penduduk di Pentas Sunda terpaksa berhijrah dan mereka ini dipercayai telah memulakan penempatan baharu di Asia Timur dan Kepulauan Pasifik .

Teori Out of Taiwan oleh Peter Bellwood menyatakan bahawa penutur bahasa Austronesia telah berhijrah keluar dari Taiwan dan bergerak ke arah Asia Tenggara sekitar 10,000 tahun dahulu dan membawa bersama mereka teknologi penanaman padi. Memandangkan bahasa Melayu merupakan salah satu cabang bahasa Austronesia, maka orang Melayu juga dianggap sebagai berasal dari Taiwan.

Kepercayaan bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau selatan negara China juga dipercayai timbul daripada pemahaman bahawa penduduk terawal di Asia Tenggara adalah berasal daripada kumpulan manusia yang bergerak keluar dari selatan China ke Taiwan dan seterusnya ke Asia Tenggara (arah pergerakan utara ke selatan).

Populasi lebih awal

Walau bagaimanapun,kepercayaan yang bertapak sekian lama ini telah berjaya digugat apabila bukti daripada kajian DNA menunjukkan pergerakan manusia di Asia dan Asia Tenggara adalah sebaliknya. Kajian menggunakan Single Nucleotide Polymorphisms (SNPs) yang telah diterbitkan dalam majalah Science yang bertajuk, Mapping Human Genetic Diversity in Asia pada tahun 2009 menunjukkan bahawa Asia Tenggara adalah lokasi terawal kemasukan manusia dari Afrika ke Asia.

Dalam kajian ini, sebanyak 50 peratus haplotype yang ditemui (kumpulan SNPs pada satu kromosom yang diwariskan bersama-sama dipanggil haplotype) dalam populasi Asia Timur hanya terdapat dalam populasi di Asia Tenggara. Ini menunjukkan bahawa Asia Tenggara merupakan sumber utama bagi takungan genetik populasi di Asia Timur seperti China dan Taiwan. Bukti ini seterusnya menyokong bahawa pergerakan manusia di Asia adalah dari arah selatan ke utara.

Analisis filogenetik menggunakan penanda SNPs telah meletakkan Orang Asli Semang dan orang Melayu pada cabang yang lebih awal berbanding populasi di Asia Timur yang secara langsung menunjukkan bahawa Orang Asli Semang dan Melayu adalah satu populasi yang lebih “awal” berbanding populasi di China dan Taiwan.

Selain bukti daripada kajian menggunakan SNPs, penjujukan penuh DNA mitokondria juga telah membuktikan bahawa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Semang) adalah berasal daripada kumpulan manusia moden terawal yang bergerak keluar dari benua Afrika. Pergerakan ini berlaku lebih kurang 60,000 – 75,000 tahun dahulu melalui jalan darat di sepanjang pesisir pantai melalui India ke Asia Tenggara dan seterusnya ke Australasia (Tajuk penerbitan: Single, rapid coastal settlement of Asia revealed by analysis of complete mitochondrial genome; Science 2005).

Pada zaman ini, kemungkinan besar laluan ke arah utara terhalang oleh cuaca yang ekstrem, bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan kawasan gurun. Laluan pantai yang lebih landai dan cuaca yang kurang ekstrem mungkin antara faktor kenapa kumpulan manusia yang bergerak ke arah selatan berjaya tiba di Asia Tenggara.

Kajian serupa yang dilakukan ke atas 10 sub-etnik Melayu (Kelantan, Bugis, Banjar, Jawa, Acheh, Minang, Mendeleng, Rawa, Champa dan Pattani) menggunakan DNA mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun (Nur Haslindawaty Abd Rashid, tesis PhD, 2013) dan turut berkongsi haplogroup (kumpulan DNA mitokondria) yang sama dengan Orang Asli.

Penemuan ini membuktikan bahawa orang Melayu juga berasal daripada kumpulan manusia yang bergerak keluar dari Afrika lebih kurang 60,000-75,000 tahun dahulu yang kemudiannya menjadi penghuni terawal di Kepulauan Melayu. Kajian menggunakan pelbagai jenis penanda DNA telah membuktikan bahawa kesemua sub-etnik Melayu mempunyai persamaan genetik yang sangat tinggi (Edinur et al, 2009; NurWaliyuddin et al., 2014).

Penemuan ini telah mengukuhkan lagi kepercayaan tentang asal usul dan hubung kait antara populasi awal di Kepulauan Melayu. Kesemua sub-etnik Melayu ini ternyata berasal dari susur galur yang sama dan berkongsi keturunan yang sama. Namun demikian, pada hari ini, mereka telah dipisahkan oleh sempadan geografi dan politik dan hasilnya mereka terlihat sebagai populasi yang berbeza.

Pemisahan ini walau bagaimapun tidak dapat menafikan hubungan mereka yang telah dibuktikan secara genetik, sama seperti hakikat kewujudan mereka di Kepulauan Melayu sejak 60,000 tahun dahulu. Mungkin bagi sesetengah pihak, pengetahuan tentang sejarah dan asal usul sesuatu bangsa tidak penting. Kenapa kita perlu bersusah payah memahami kejadian yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu?

Adakah perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh nenek moyang kita masih relevan untuk dipelajari? Harus diingat, pandangan kita tentang sejarah sebenarnya membentuk pandangan kita tentang masa hadapan. Gagal menghayati sejarah bermakna kita gagal menghargai dan menghormati usaha keras nenek moyang kita, sedangkan hasil darinya kita nikmati hari ini.


Sumber : Cari Gold Forum
Copy and paste: 31 March 2020/ 7 Syaaban 1441H: 9.49 pm

1500 Year Old Bible Claims Jesus Christ Was Not Crucified – Vatican In Awe


Resource : Cari Gold Forum
3/4/2020 - 10 Syaaban 1441H: 9.50 pm

MISTERI KAPAL HANTU SELAT MELAKA

Kredit Harian Kosmo



LONDON - Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan dokumen rahsia mengenai panggilan kecemasan menyeramkan yang diterima daripada sebuah 'kapal hantu' sebelum semua anak kapal berkenaan ditemui mati di Selat Melaka pada tahun 1948, lapor portal Mirror Online kelmarin.


Berdasarkan rekod, laporan mengenai insiden di atas kapal SS Ourang Medan itu ditulis oleh C.H Marck Jr. selaku penolong kepada Timbalan Pengarah CIA pada tahun 1959, Allen Dulles, kepada penerima yang tidak dikenali.

Dokumen rahsia itu yang kemudian didedahkan kepada umum pada tahun 2013, tidak menolak bahawa entiti asing bertanggungjawab terhadap kematian semua anak kapal SS Ourang Medan.

Menurut laporan itu, CIA percaya tragedi yang menimpa kapal itu dapat menjadi petunjuk kepada siri kehilangan kapal lain di Selat Melaka yang merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk dunia.

“Saya yakin tragedi SS Ourang Medan menyimpan jawapan kepada banyak kemalangan dan kehilangan misteri di laut yang belum dapat diselesaikan,” kata penulisnya.

Laporan itu ditulis beberapa tahun selepas kapal milik Belanda itu membuat panggilan kecemasan SOS pada tahun 1948 semasa belayar di Selat Melaka di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 turut hilang pada tahun 2014.

Berdasarkan portal berita The Sun, sebelum siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian krunya, kapal itu meletup, terbakar dan karam ke dasar laut.

“Semua anak kapal termasuk kapten kapal mati, ada yang terbaring di bilik carta dan di anjung kapal dengan mata yang terbeliak,” kata panggilan kecemasan itu seperti dalam laporan terperinci CIA.

Isyarat SOS menerusi kod Morse itu dibuat oleh juru semboyan di atas kapal SS Ourang Medan yang kemudian diterima kru sebuah kapal yang berada tidak jauh darinya, Silver Star. Beberapa kapal penyelamat bergegas untuk mencari kapal berkenaan dan menemuinya kira-kira 80 kilometer dari koordinat lokasi yang diberikan.

“Tiada makhluk yang hidup di atas kapal ini. Kapten kapal terbaring dan mati di anjung kapal. Mayat kru lain ditemui bergelimpangan di bilik roda, bilik carta dan bilik pegawai,” kata pasukan penyiasat seperti dalam laporan dokumen berkenaan.

Pegawai penyiasat kemudian meninggalkan kapal itu. Tidak lama kemudian, satu letupan berlaku di atas kapal SS Ourang Medan sebelum ia tenggelam dan tidak dapat dilihat lagi. – Agensi




Copy and paste: 31 March 2020 / 7 Syaaban 1441H : 9.31 pm

IBRAH AL-KAHFI: FIQH MENDEPANI BENCANA.

Dalam beberapa hadith, Nabi menjelaskan bahawa surah al-Kahfi adalah bekalan untuk melindungi diri dari fitnah Dajjal. Ia merupakan kemuncak ujian ke atas manusia. Terkandung di dalam surah al-Kahfi, kaedah-kaedah mendepani bencana, sekalipun di waktu sebelum munculnya Dajjal.

⚫ Bersembunyi, Jangan Keluar.

Ketika Ashabul Kahfi terancam, Allah mengilhamkan mereka agar bersembunyi. Mereka mendiam di dalam gua dalam tempoh 309 tahun. Uzlah mereka berpahala, kerana ingin menjaga keselamatan diri.

Dalam beberapa petunjuk hadith-hadith Nabi, terdapat juga pesanan agar bersembunyi ketika munculnya fitnah yang dahsyat. Nabi menjelaskan bahawa yang duduk lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik dari yang berjalan & yang berjalan lebih baik dari yang berlari. 

Sekalipun pesanan Nabi itu terkait dengan fitnah konflik kekacauan. Namun kefahaman yang perlu diambil adalah, ada ketikanya sikap pasif itu perlu.

⚫ Jika Perlu Keluar, Seorang Wakil Sahaja.

Saat Ashabul Kahfi disedarkan dari tidur yang lama, mereka terasa lapar. Lantas mereka mewakilkan hanya seorang sahaja dari mereka untuk keluar dari gua bagi mendapatkan makanan.

Wakil itu pula dikirimkan dengan duit yang telah disediakan & dipesan agar cari makanan-makanan keperluan yang terbaik, yang sesuai dengan kondisi mereka. Bukan sekadar itu, wakil tersebut diingatkan agar berwaspada. Dia perlu sentiasa beringat bahawa pemergiannya bukan untuk berlibur.

فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا 

"Maka suruhlah salah seorang dari kamu semua agar pergi ke kota dengan membawa duit & hendaklah dia mencari makanan yang terbaik. Maka bolehlah dia bawa pulang kepada kamu rezeki itu. Dan hendaklah dia berjalan secara cermat, berwaspada agar tidak sekali-kali menceritakan hal kamu semua kepada seorang pun" - al-Kahfi 19.

⚫ Tidak Meninggalkan Faktor Asbab.

Kisah terakhir dalam surah al-Kahfi, Allah menceritakan perihal seorang maharaja yang adil & hebat. Zulqarnain dikurniakan kekuasaan oleh Allah, menakluk Timur & Barat.

Di awal penceritaan, Allah menggambarkan bahawa Zulqarnain seorang yang kuat berusaha. Sikap mengambil asbab merupakan syarat bagi melengkapi tawakkal yang benar. Islam tidak mengajar umatnya berserah pada takdir tanpa usaha.

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

"Sesungguhnya Kami telah kurniakan buatnya kekuasaan ke atas dunia. Dan Kami telah datangnya bersamanya bagi setiap sesuatu, sebab" - al-Kahfi 84.

⚫ Komunikasi Antara Rakyat & Pemerintah.

Dalam kisah Zulqarnain, Allah menceritakan aduan rakyatnya yang sedang berdepan dengan ancaman Ya'juj & Ma'juj. Sekalipun bahasa rakyatnya sukar difahami, namun Zulqarnain tetap memenuhi permintaan mereka & tidak menjadikan masalah komunikasi sebagai alasan.

وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْمًا لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا

"Dia (Zulqarnain) berjumpa dengan kaum antara dua (lereng bukit) yang hampir tidak difahami kata-kata mereka" - al-Kahfi 93.

⚫ Kerjasama Antara Rakyat & Pemerintah.

• Rakyatnya memiliki kesedaran yang tinggi. Mereka yang terlebih dahulu mengambil langkah awal, mengadu kepada Zulqarnain akan bahaya yang datang dari Ya'juj & Ma'juj. Bukan sekadar itu, rakyatnya menawarkan diri untuk dikutip bayaran khas bagi mendepani ancaman tersebut.

يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا 

"Wahai Zulqarnain, sesungguhnya  Ya'juj & Ma'juj merupakan perosak di atas muka bumi ini. Maka apakah perlu kami berikan kepadamu bayaran untuk kamu binakan antara kami & mereka tembok pemisah?" - al-Kahfi 94.

• Zulqarnain pantas memberi respon positif dengan tidak mengambil kesempatan untuk menambah beban rakyatnya. Bahkan beliau menyatakan apa yang sedia ada dalam perbendaharaan negara sudah memadai.  Zulqarnain meminta kerjasama rakyatnya agar dapat sama-sama membina tembok pertahanan yang memisahkan mereka dengan Ya'juj & Ma'juj.

مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

"Apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhanku adalah lebih baik. Maka bantulah aku dengan kekuatan tenaga agar aku buatkan tembok penghalang antara kamu semua & mereka" - al-Kahfi 95.

Sememangnya apabila berlaku bencana, komunikasi & kerjasama antara rakyat & pemerintah mesti diurus sebaik mungkin. Bahkan, pemerintah perlu terlebih dahulu mengeluarkan belanja & menunjukkan contoh pengorbanan bagi mendepani bencana.

⚫ Berkongsi Semangat Positif & Berdoa.

Allah telah berpesan kepada Nabi & kita semua agar terus berhubung dengan orang-orang baik. Mudah-mudahan kebaikan mereka, termasuk semangat ketaatan dari mereka dapat dikongsi bersama.

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ

"Dan bersabarlah kamu (wahai Muhammad)  agar tetap bersama dengan golongan yang sentiasa mengadu kepada Tuhan mereka di waktu pagi & petang dengan mengharapkan keredhaanNya" - al-Kahfi 28.

Begitu juga Allah telah mengajar kita akan doa Ashabul Kahfi yang sesuai dipanjatkan ketika waktu sukar & tertekan. Doa ini sebagai permintaan kepada Allah agar Dia kurniakan rahmat buat kita & agar Dia kurniakan petunjuk. Sememangnya di waktu panik, kita sangat perlukan petunjuk.

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan Kami, kurniakan buat kami dari sisimu rahmat & sempurnakanlah petunjuk yang lurus dalam urusan kami" - al-Kahfi 10.

⚫ Sebuah Pedoman.

Al-Quran merupakan kitab petunjuk. Walaupun bencana Covid-19 yang melanda dunia hari ini, belumlah sampai ke tahap fitnah Dajjal sepenuhnya yang terkait dengan pedoman surah al-Kahfi.

Namun melihat kaedah-kaedah umum yang termuat di dalam surah tersebut, menyedarkan kita bahawa al-Quran telah awal-awal mengajar umat Islam agar menjadi golongan yang pandai mengurus diri ketika datangnya bencana.

Semoga Allah selamatkan kita, di dunia & di akhirat. Amin.

Abdul Mu'izz Muhammad
27 Mac 2020.

Copy and paste : Whatsapp Group Keluarga Maamor Yang Chik
1/4/2020 - 7 Syaaban 1441H : 5.54 pm

SANDOKAN - THE TIGER OF MALAYSIA



Seorang novelis berbangsa Itali bernama Emilio Salgari pernah menulis satu novel dibawah kategori fiksyen yang berjudul “Sandokan” sekitar tahun 1849. Novel ini diterbitkan secara berjilid-jilid dan jualannya umpama pisang goreng panas di benua Eropah suatu waktu dahulu. Novel ini juga diangkat menjadi satu filem animasi berjudul “Sandokan” dan sehingga sekarang filem animasi ini sentiasa memenuhi ruang tayangan di stesen-stesen tv di seluruh dunia termasuk Malaysia. Siapakah Sandokan ini sehingga membenarkan seorang bangsa Eropah mengangkatnya sedemikian rupa? Inilah artikel untuk kali ini kerana hakikatnya Sandokan bukanlah seorang individu yang diterbitkan dari imaginasi seorang penulis novel TETAPI Sandokan adalah seorang anak jati bangsa Sabah yang gah namanya di Pulau Borneo suatu waktu dahulu.


Sandokan adalah pemuda dari etnik Sungai iaitu salah satu masyarakat pribumi Sabah dan dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Kampung Melapi iaitu sebuah perkampungan di tepi Sungai Kinabatangan, Sabah. Ayah beliau bernama Maringgan dan juga di dalam bahasa sungai juga digelar dengan jolokan “Taribong Mandok Awan” yang bermaksud “Harimau Terbang”. Digelar sedemikian rupa kerana ayah Sandokan ini bukanlah calang-calang orangnya iaitu penuh ilmu di dadanya samada di dalam tingkah peperangan darat mahupun lautan. Maringgan adalah tokoh yang amat dihormati di kawasan sekitar Sungai Kinabatangan dan Sandokan mewarisi pangkat Ketua Kampung Melapi itu daripada ayahnya dan kerana akrabnya Sandokan dengan ayahnya maka banyaklah ilmu perang yang diwariskan kepada Sandokan.

Dan kerana itu juga Sandokan mendapat jolokan yang sama seperti ayahnya iaitu “Taribong Mandok Awan”. Ibu Sandokan bernama Adoran juga anak Sungai dan perkahwinannya dengan Maringgan dikurniakan dengan 5 orang anak lelaki iaitu Kasannudin, Paid, Manggi, Sandokan dan Pagkon. Pejuang anak Sungai yang gah namanya di bumi Sabah suatu waktu dahulu iaitu Pengiran Digadong Sammah bin Pengiran Ebey merupakan keturunan secara langsung kepada Sandokan. Pengiran Sammah adalah anak Sungai yang bangun menentang penjajahan British North Borneo di Kinabatangan sehingga dihukum mati oleh pemerintah British North Borneo pada 12hb Februari 1884.

Keluarga Sandokan adalah antara keluarga etnik Sungai yang berpengaruh di Kinabatangan kerana secara azalinya mereka adalah keluarga yang kaya raya hasil daripada perniagaan keluarga iaitu sarang burung. Keluarga Sandokan sehingga sekarang dikatakan masih lagi mewarisi perniagaan sarang burung di kawasan sekitar Gua Gomantung. Kerana berkuasanya keluarga Sandokan di situ sehingga membenarkan mereka mempunyai kawasan perkuburan yang dikhaskan untuk keluarga mereka satu kawasan di Gua Gomantung. Kawasan perkuburan ini dijaga baik sehingga ke hari ini oleh waris-waris keluarga Sandokan. Kehebatan Sandokan di dalam perniagaan sarang burung serta memperjuangkan kebatilan di bumi Kinabatangan tersangat gah sehingga beliau menjadi kebencian kepada British North Borneo. Inilah antara ceritera kehebatan individu yang digelar oleh bangsa Eropah sebagai “lanun” sedangkan hakikatnya beliau merupakan pejuang tempatan bangsa Sabah suatu waktu dahulu.

Kehebatan Sandokan bukan sahaja di bumi Kinabatangan tetapi juga beliau telah banyak menabur bakti di sebuah kerajaan negeri yang pernah berada di bumi Sabah suatu waktu dahulu iaitu Kerajaan Marudu. Sandokan merupakan sahabat baik kepada pemerintah Kerajaan Marudu iaitu Syarif Osman. Sekitar awal tahun 1800M Kerajaan Marudu dibawah kepimpinan Syarif Osman merupakan sebuah kerajaan yang kaya raya baik dari segi ekonomi dan social kerana lokasinya yang strategic untuk sesiapa sahaja datang berniaga. Pada ketika itu British North Borneo tidak senang dengan kebolehupayaan Kerajaan Marudu di bawah pentadbiran Syarif Osman kerana ianya menganggu perluasan kuasa mereka di bumi Sabah pada waktu itu. Syarif Osman yang mendapat khidmat sepenuhnya oleh Sandokan telah gah namanya sehingga ke Sulu di Filipina malah mereka juga telah menguasai kawasan sempadan samada lautan mahupun daratan pada masa itu.

Kemuncak keagungan Kerajaan Marudu adalah apabila pada Ogos 1845, Kerajaan Marudu dibawah pimpinan Syarif Osman dengan Sandokan sebagai tulang belakangnya telah berperang dengan tentera British North Borneo yang juga dibantu oleh James Brooke dari Sarawak Kingdom. Dengan bala tentera yang ramai ditambah lagi dengan penggunaan kapal sekonyer daripada James Brooke menyebabkan akhirnya Syarif Osman dibantu Sandokan kalah di dalam peperangan tersebut. Apabila kalah, Sandokan dan Syarif Osman telah berundur ke Pulau Kuraman (Momprachem).

Ketika di Pulau Kuraman, Sandokan telah membina kubu dan di sinilah Sandokan dengan tenteranya yang terdiri daripada anak watan Sabah yang lain telah meningkatkan operasi menyerang balas kepada penjajahan British North Borneo di Sabah serta turut menyerang mana-mana kerajaan negeri di Sabah pada waktu itu yang bersekongkol dengan British North Borneo. Menurut cerita dikatakan British North Borneo berang dengan tindakan Sandokan telah bertindak menyerang perkampungan Sandokan di Melapi, Kinabatangan sehingga menyebabkan ramai keluarganya telah berhijrah keluar daripada Kinabatangan dan merekalah antara penduduk awal yang mendiami Sandakan, Sabah sekarang malah nama Sandakan itu sendiri diberi berdasarkan kepada nama Sandokan.
Berang dengan kejadian yang menimpa keluarganya, Sandokan berserta Syarif Osman yang di dalam buangan semakin merancakkan penentangan mereka. Kekuatan bala tentera Sandokan ini juga dibarisi oleh pelaut daripada bangsa Portugis iaitu Yanez de Gomera dan Tremel-Naik dari Benggala. Dengan gabungan inilah Sandokan berperang di laut dengan tentera British North Borneo dan James Brooke dan setiap bahtera Sandokan akan dinaikkan bendera peribadi Syarif Osman dari Kerajaan Marudu iaitu bendera merah harimau. Dan kerana itulah Sandokan dilabelkan sebagai Lanun bagi British North Borneo dan James Brooke sedangkan hakikatnya Sandokan adalah pejuang tempatan bangsa Sabah yang bangun menentang penjajahan mereka.

Inilah sekelumit sejarah Sandokan iaitu individu yang dilabelkan oleh bangsa Eropah sebagai Lanun di dalam novel Sandokan oleh seorang novelis berbangsa Itali iaitu Emilio Salgari. Lebih memeritkan lagi di dalam novel terkenal itu Sandokan dikatakan adalah rekaan semata-mata sedangkan Sandokan itu wujud sebenarnya di bumi Sabah. Sudah menjadi lumrah bagi bangsa Eropah melabelkan sesiapa penentang mereka sebagai lanun seperti juga Rentap Libau, bangsa Sarawak dari etnik Iban yang dilabelkan sebagai lanun oleh pemerintahan James Brooke di Sarawak Kingdom. Sandokan, bangsa Sabah dari etnik Sungai juga mendapat nasib yang sama.

Sejarah ini sengaja digelapkan daripada pengetahuan kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan Sabah Sarawak khususnya kerana tidak mahu kita mengetahui sejarah sebenar kita sendiri sedangkan suatu waktu dahulu kita juga pernah ada pahlawan yang terbilang yang bernama Sandokan “The Tiger Of Malaysia”.



Pautan:



Sumber: Cari Gold Forum
3/4/2020 - 9 Syaaban 1441H; 1.16 pm (Jumaat)

MENINGGALKAN TIGA KALI SOLAT JUMAAT DALAM SUASANA COVID- 19

Assalamu’alaikum ustaz, sekiranya ditakdirkan Perintah Kawalan Pergerakan yang turut melibatkan larangan menghadiri solat Jumaat dan solat berjemaah sekarang ini akan dipanjangkan tempohnya, adakah saya termasuk dalam amaran yang terdapat dalam hadis berkenaan mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut itu ? Mohon penjelasan.

Jawapan :

Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Menghadiri solat Jumaat merupakan salah satu tuntutan syarak kepada setiap lelaki beragama Islam yang mukallaf. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Surah Al-Jumu‘ah (9)

Maka dapat difahami bahawa menghadiri dan mendirikan kewajipan solat Jumaat merupakan ciri seorang mukmin yang mendahulukan tanggungjawab seorang hamba kepada Allah S.W.T mengatasi sebarang kepentingan duniawi seperti berjual beli pada masa tersebut.

Meskipun begitu, tuntutan menghadiri solat Jumaat secara berjemaah ini diberikan keringanan kepada mereka yang mempunyai keuzuran yang diambil kira di sisi syarak untuk tidak menghadirinya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran.

Riwayat Ibn Majah (793)

Menurut hadis di atas, secara asasnya seseorang itu dituntut untuk menghadiri solat berjemaah sekiranya dia mendengar panggilan azan. Meskipun begitu, jika ada keuzuran tertentu maka dia diberi pengecualian untuk hadir menyahut seruan tersebut. Manakala dalam sebuah riwayat yang lain, para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W apakah yang dimaksudkan dengan keuzuran ? Maka Rasulullah S.A.W. menjawab :

خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ

Maksudnya : Perasaan takut ataupun sakit.

Riwayat Abu Daud (551)

Maka jelas daripada hadis di atas bahawa perasaan takut atau sakit termasuk dalam kategori uzur yang membolehkan seseorang itu untuk tidak hadir ke masjid bagi solat berjamaah. Kemudian para fuqaha memperincikan lagi akan tahap ketakutan yang membolehkan seseorang itu tidak menghadiri solat berjemaah dan juga solat Jumaat. Ini seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ali al-Qaradaghi seperti berikut :

‘’Harus untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan virus yang sedang tersebar disebabkan oleh perasaan takut dijangkiti virus tersebut.’’ Beliau juga menyebut bahawa keharusan tersebut perlulah disyaratkan dari sudut ketakutan penyebaran itu benar-benar yakin berlaku dan bukanlah pada sangkaan semata-mata. Rujuk https://bit.ly/2WvN367

Justeru, bertitik tolak dari nasihat dan pandangan pakar yang berautoriti berkenaan cepatnya Covid-19 ini merebak, maka dikeluarkan arahan supaya segala aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dihentikan sementara waktu. Maka ketidakhadiran umat Islam ke masjid pada tempoh ini merupakan suatu keuzuran yang diambil kira di sisi syarak iaitu wujudnya perasaan takut akan jangkitan virus ini.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa memang benar terdapatnya ancaman terhadap mereka yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali secara berturut-turut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu al-Ja’d al-Dhamri (sebahagian menyatakan Al-Dhumairi) R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci jantung hatinya.

Riwayat Abu Daud (1052)

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Jabir bin Abdillah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلاَثًا مِنْ غَيْرِ ضَرُورَةٍ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang dharurat maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.

Riwayat Al-Nasa’ie (1370)

Kedua riwayat hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita ancaman dan amaran yang terdapat di dalam hadis tersebut terikat dengan keadaan meninggalkan solat Jumaat kerana mengambil enteng, meremehkan ia, serta meninggalkan perlaksanaannya tanpa sebarang dharurat.

Syeikh Badruddin al-‘Aini dalam syarahan beliau terhadap hadis riwayat Abu Daud di atas berkata : ‘’Bab ini menjelaskan tentang kerasnya ancaman bagi perbuatan meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran’’. Beliau menambah, perkataan تهاونا بها membawa masud : ‘’(Meninggalkannya) kerana malas serta culas dalam melakukannya’’. Rujuk Syarah Abi Daud, Badr al-Din al-‘Aini (4/371).

Manakala Mulla ‘Ali al-Qari ketika mengulas hadis tersebut menukilkan kata-kata Al-Thibi yang menyebut : ‘’(Iaitu meninggalkannya dengan tujuan menghina)’’. Kemudian dinukilkan pendapat ulama lain yang menyebut : ‘’Meninggalkannya kerana mengambil mudah’’. Rujuk Mirqaat al-Mafatih, Mulla ‘Ali al-Qari (3/1024).

Maka jelas kepada kita bahawa ancaman yang dimaksudkan di dalam hadis di atas merupakan ke atas mereka yang meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan di sisi syarak. Manakala mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan ada keuzuran, maka mereka tidak termasuk dalam ancaman tersebut. Sebaliknya, diberikan ganjaran sama seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W :

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat.

Riwayat Al-Bukhari (2996)

Penjelasan panjang lebar berkenaan hal ini boleh dirujuk kepada Al-Kafi #1661: Ganjaran Solat Berjemaah Di Rumah Jika Meninggalkan Perlaksanaannya Di Masjid Disebabkan Keuzuran menerusi pautan berikut https://bit.ly/33wpOu7

Penutup

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan yang dikemukakan di atas, maka kami berpendapat sekiranya tempoh kawalan pergerakan ini mengambil masa yang lama sehingga membawa kepada terlepasnya perlaksanaan solat Jumaat sebanyak tiga kali, mengambil kira faktor takut merebaknya Covid-19 dengan lebih meluas, maka mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan keuzuran ini tidak termasuk di dalam ancaman yang terdapat di dalam hadis-hadis tersebut. Wallahu A’lam.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Copy and paste: Whatsapp Group xKD SRI REJANG
31 March 2020 / 6 Syaaban 1441H : 12.55 pm

Sejarah Dunkin Donut


BAGI penggemar donat, jenama Dunkin’ Donuts sudah tentu tidak asing lagi buat mereka. Dunkin’ Donuts adalah syarikat pengeluar donat dan kedai kopi global rantaian Amerika Syarikat (AS) yang berpusat di Canton, Massachusetts di Greater Boston.Produk rantaiannya termasuklah donat, bagel, barangan dibakar (baked good), dan pelbagai jenis minuman panas dan ais.

Ia diasaskan pada 1950 oleh William Rosenberg di Quincy, Massachusetts.

Dengan sebuah trak kantin, Rosenberg memulakan perniagaan menyediakan kopi, pastri dan sandwic kepada pekerja kilang dan tapak pembinaan.

Namun, selepas melihat sebahagian pendapatan perniagaannya datang daripada kopi dan donat membuatkan Rosenberg mengorak langkah untuk membuka kedai sendiri.

Pada 1948, dia membuka kedai kopi dan donat pertamanya di Quincy, Massachusetts dengan nama ‘Open Kettle’, sebelum ditukar kepada Dunkin’ Donuts dua tahun kemudian.

Seawal 1955, Rosenberg melibatkan perniagaan Dunkin’ Donuts kepada francais dan kemudian syarikat ini semakin berkembang serta melobi di pameran perdagangan untuk mewujudkan kumpulan industri yang menjadi Persatuan Francais Antarabangsa.

Sebelum 1990, pesaing utama Dunkin’ Donuts adalah Mister Donut, tetapi pada Februari tahun yang sama, Mister Donut dibeli oleh pemilik Dunkin’ Donuts, Allied-Lyons.

Pada 2002, Rosenberg meninggal dunia akibat kanser dalam usia 86 tahun.

Anak lelaki Rosenberg terus mengembangkan perniagaan itu dengan pengambilalihan Baskin-Robbins and rangkaian sandwic, Togo’s.

Bermula 2003, jenama Dunkin Donuts digiatkan semula dengan mengalihkan tumpuan daripada donat untuk kopi.

Tahun berikutnya, ibu pejabat syarikat itu dipindahkan ke Canton, Massachusetts.

Menjelang Mac 2014, pasaran antarabangsa terbesar Dunkin’ Donuts adalah Korea Selatan, yang mewakili hampir 40 peratus daripada semua jualan antarabangsanya dengan lebih 900 cawangan di negara itu.

Sehingga 2014, Dunkin’ Donuts telah dimiliki Dunkin’ Brands Inc.

Kini, Dunkin’ Donuts mempunyai lebih 6,000 kedai di 30 buah negara antaranya AS, Malaysia, Aruba, Bahamas, India, China, Korea, Kuwait dan Lebanon.

Kebanyakan cawangan Dunkin’ Donuts itu dimiliki dan dikendalikan oleh francaisi sendiri.

Selain kedai, Dunkin’ Donuts boleh ditemui di stesen gas, pasar raya, pusat membeli-belah dan medan selera lapangan terbang, dan kedai Walmart.



 Copy and paste : 1/4/2020 - 7 Syaaban 1441H: 12.35 pm
Reactions:

Some of the problems of resurrection (COVID 19)

1-Zohor prayers replace Friday
A) can pray zohor is done early in the situation being blocked to the mosque like now. No need to wait until the time that usually friday prayers are done
B) can be bermusafir on Friday morning and not illegal. This is because illegal you is because in a common state of safar on Friday causes Friday prayers to be not. While in the current situation, Friday can't be done.
(Bermusafir far at this time depends on the permission of the authorities)

Solah congregation
A) the reward of prayer dimasjid insyaallah will be obtained by those who are in the usual days of melazimi come to kemasjid.
B) while the reward of prayer is also obtained by those who do not have the chance to do the congregation in the place. For example being held in a ward without friends, no friends in the house because the child is not around yet, or not yet mumayyiz and others. As for if you are able to pray in the house but the prayer of the congregation is not done then he does not get the reward of the congregation even though the the comes to the
C) is called Azan and iqama for prayers that are done at home even though alone and even though the nearby mosque has been singing the azan. Singing Azan at home as usual no change
D) Azan is only done by men. So if there is only a man then he does all the deeds of Azan, iqama and become a priest
E) women are only iqama if she prays alone or with the congregation that all women
F) if the body's make while praying is a happiness (like prayer in the ward) then it does not increase the reward of the bow. Because it is estranged due to an excuse
G) Mom can't be a priest to a son
H) if a man is not valid to be a priest because not enough conditions are legal to be a priest then better even must pray not done in a bow. Disampin should be the man who is taking the chance of the present to learn and improve his solatnya until he can be a priest
Management Corpse Management 19
A) the corpse must be bathed if possible and does not harm the people of life.
B) if the him can hurt the living and there is no way to avoid harm then let it be ditayammumkan. Confirmation can hurt that him can bring hurt hurt coming from expert and trusted experts
C) Tayamum should be done on facial skin and both hands without berlapik. That is like the usual way of tayamum
D) if tayamum like that can't be done then there is no tayamum his on the packaging that covers it (this is based on the school school)
E) if the body cannot be bathed and ditayammumkan because of the reasons confirmed by the expert and trusted experts then there is no prayer of the corpse his because in the school of shafii the corpse prayer is only valid while the most less corpse has been ditayammumkan
F) can be bertaklid with the madhhab that punishes the legal prayer of the corpse if there is an obstacle from bathing and mentayammumkannya
G) if there is a corpse prayer for him then can pray the supernatural corpse is done for those who live far from the corpse area
H) in a situation that is blocked from going out of the house then the supernatural prayers can be done even for those who are close to imam ramli
I) must take care of the body as best as possible
Mosque
A) fardu kifayah ensures there is a prayer in every mosque. But in a situation it is blocked, it is only done praying by those who are allowed
B) Azan should be is until heard
C) can't use donation money for mosque purposes for charity purposes. Authorities should remove from the source of zakat to the asnaf, the source of treasure property submitted to baitul mal and issued social contribution instructions to the hartawan.
Copy and paste : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
31 March 2020 / 6  Syaaban 1441H : 8.14 am

Covid 19: where did morals, personality and self-identity go?

Resource: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
• President China Xi Jin ping visits the mosque and asks Muslims to pray for the country to be spared from the plague crisis they are going through;
• Italian Prime Minister declare surrender, hoping for help of power from the sky;
• Palestine - the country that every day is attacked / oppressed by Israel, is not attacked by the plague of covid 19 but the people are now able to pray in the mosque while praying asking for the help of Allah safety for residents of the whole world;
• It was said that last week some Iran youths were deceived / affected by one fake news - drinking alcohol @ alcohol could kill the virus 19 virus, instead of those who found death.... are they muslim or otherwise?
Question:
• The people who used to be evil / evil can turn into good? ;
• The people who used to be good can turn into evil / evil??

Because of the sebuku of gardenia bread, the people of Malaysia and also no exception to the Muslims who are Muslims become chaos - hara / haru - blue just because they cannot buy bread, defame and curse all the actions of the government until they forget about morality, personality and identity as the Has been taught by the prophet and the prophet?
It's more sad that there are people who run back to the village and there are those who are going out to enjoy - fun / walk - the road to leave the residential area which is being attacked by the disease which they should be together with the shoulder to answer the call of the government fighting the plague of covid 19 in their own residence - Each?!
Don't they act like the same as the incident of uhud when the army archer group was deceived by the trap of the quraysh quraysh..??
They denied the command of the warlord @ Prophet Muhammad Rasulullah (S.A.W) due to greed, being chaos / haru - blue fighting for the spoils of war, until it caused the army of uhud to be defeated by the enemy's army until it resulted in a terrible death!!

Titah under the dymm spb of the agong:
Is there still our courtesy, obedience and loyalty to the king and the country???

Reflection:
• Message & memory of teachers, "every living must find death"
"if afraid to die - wrong"
"if you don't want to die - it's also wrong"
"if you're too brave to die - it's wrong"
" work first, then surrender. This is called tawakkal "

• Can it be death to us? ;
• Can be the death of the plague of covid 19 to the past before it takes more lives? ;
• \ which one was the end, is the secret of ALLAH RABBUL ' Alamin..

• The meaning of the word of God:
" O you who have believed! Give your trust to God with truth, and never die unless you are in Islam ".
(a-3:102)

• May Allah forgive all his servants and protect all his creatures;
• May this land return back to recovery as ever.


Copy and Paste: 31 March 2020 / 6 Syaaban 1441H : 8.11 am