Tuesday, 24 September 2019

ADAKAH AKU BERDOSA?

1. Dosa dengan Allah - penyelesaian : Taubat Nasuha
  • Menyesali perbuatan dosa
  • Meninggalkan perbuatan dosa
  • Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
2. Dosa dengan Makhluk - Penyelesaian : Taubat Nasuha serta :
  • Memohon kemaafan
  • Mengembalikan semula hak orang lain atau meminta halal daripada tuan empunya. 
  • Jika ia berhubung tuduhan atau fitnah, perlu menjelaskan semula kebenaran kepada orang yang mendengarnya. 
DOSA DENGAN MAKHLUK ADA 4 JENIS:
    1. Berhubung dengan dirinya - memfitnah, mengumpat, berbohong dan memalukan orang di khalayak ramai. 
    2. Berhubung dengan hartanya  - mencuri , merampas, menipu atau tidak melangsaikan hutang. 
    3. Berhubung dengan keluarganya - menzalimi dan menjatuhkan maruah keluarga orang lain.
    4. Berhubung dengan agamanya - menuduh seseorang itu syirik, bidaah, murtad, zalim, kafir, munafik dan lain-lain.
DOSA BESAR
Abu Talib Al-Makki didalam Qut al-Kulub berpendapat bahawa dosa-dosa besar itu ada 17 jenis. 

HATI:
  • Syirik kepada Allah
  • Berterusan melakukan maksiat
  • Putus asa daripada Rahmat Allah
  • Rasa aman daripada balasan Allah.
LIDAH
  • Bersaksi bohong
  • Menuduh orang berzina
  • Melakukan sihir
  • Sumpah Palsu
PERUT
  • Meminum arak
  • Memakan harta anak yatim dengan aniaya
  • Memakan riba
KEMALUAN
  • Zina
  • Liwat
TANGAN
  • Membunuh
  • Mencuri
KAKI
  • Lari daripada Perang fi sabillillah.
SELURUH BADAN
  • Menderhakai ibu dan bapa

DOSA KECIL
Kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia.

BAGAIMANA DOSA KECIL BOLEH MENJADI DOSA BESAR
  • Melakukan dosa kecil terus-menerus
  • Memandang ringan dosa yang dilakukan.
  • Merasa gembira ketika melakukan dosa kecil
  • Memandang remeh jika Allah menutup aibnya membuat dosa kecil itu.
  • Menceritakan dengan megah terhadap dosa kecil yang dilakukannya.
  • Ia menjadi ikutan orang. Misalnya seseorang yang alim itu apabila membuat dosa kecil maka ia akan menjadi ikutan orang. 
CARA MENGUBATI DIRI DARIPADA DOSA
  1. Berdamping dengan guru yang mursyid yang menunjukkan jalan ke akhirat dengan banyak memberi tunjuk ajar cara bertaubat yang sebenar. 
  2. Menyegerakan taubat sekalipun dosa kecil. 
  3. Mengingati ayat - ayat Allah yang mengandungi peringatan dan azab bagi mereka yang melakukan dosa dan maksiat. 
  4. Menceritakan atau membaca kisah-kisah nabi dan para sahabat serta wali-wali Allah. Belajar daripada pengalaman mereka menundukkan hawa nafsu dan jatuh bangunnya mereka menuju Allah. 
  5. Mengingati balasan segera yang akan Allah timpakan kepada kita semasa di dunia lagi dan ditahan rezeki kita lantaran kerana banyaknya dosa kita. 
  6. Mengingati hukuman Allah di akhirat atas setiap dosa dan maksiat yang dilakukan. 
  7. Mendampingi sahabat-sahabat yang sentiasa memberi nasihat tentang agama. 
  8. Memperbanyakkan ibadah dan zikrullah serta tidak berputus asa dengan Allah. 
(Majalah Q&A Bil 11 - 10/2012)
24.9.2019 : 8.05 pm

WAHAI UMAT! DENGARLAH BICARA NABI MU

PERSAUDARAAN MUSLIM IBARAT SATU BANGUNAN
Daripada Abu Musa al-syari r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Seorang Mukmin terhadap Mukmin yang lain adalah seperti bangunan, sebahagiannya mengikut bahagian yang lain."
Baginda bersabda sambil menjalinkan jari-jarinya. 
(Riwayat Bukhari)

KASIH SAYANG BERMULA DALAM RUMAHTANGGA.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w mencium cucundanya Hassan bin Ali dan pada saat itu disisi Baginda seorang lelaki bernama al-Aqra' bin Habis. Al'Aqra berkata, " Aku mempunyai sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun diantara mereka."
Rasulullah s.a.w. memerhati lelaki itu sambil bersabda, "Barangsiapa tidak menyayangi , dia tidak disayangi. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

KASIH SAYANG ALLAH TERLETAK PADA SEJAUH MENYAYANGI
Daripada Jabir bin Abdillah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda, "Barang siapa yang tidak menyayangi manusi Allah tidak menyayanginya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

PERSAUDARAAN MUSLIM IBARAT SATU JASAD
Daripada Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan kaum Muslimin dalam hal saling menyayangi, saling mengasihi dan saling bertolong bantu adalah seperti satu jasad. Jika satu anggotanya berasa sakit maka anggota lain turut merasakannya dengan tidak boleh tidur dan merasa deman. " 
(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

SUMBER KASIH SAYANG ADALAH DARI ALLAH S.W.T.
Daripada Sayidatina Aisyah r.a. 
"Ada beberapa orang Badwi berjumpa dengan Rasulullah, lalu mereka berkata, " Apakah engkau suka mencium anak-anak?"
Baginda menjawab, "Ya". 
Mereka berkata, " Tetapi demi Allah ! kami tidak pernah mencium anak-anak."
Rasulullah s.a.w bersabda, " Apa yang boleh aku lakukan ketika Allah  telah mencabut telah mencabut sifat belas kasihan daripada hati-hati kalian."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

KEHORMATAN SEORANG MUSLIM
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak boleh mengkhianatinya, berbohong kepadanya dan meninggalkannya tanpa ditolong. Seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu haram kehormatan, harta dan darahnya. Takwa itu disini.Cukuplah seorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudara Muslimnya."
(Riwayat at-Tirmizi)

SENTIASA MEMIKIRKAN ORANG LAIN
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika salah seorang daripada kamu menjadi Imam solat, maka ringankanlah solat kerana ada diantara Makmum itu lemah, sakit atau tua (dalam riwayat lain, mempunyai hajat). Tetapi jika sola bersendirian panjangkanlah solat sesuka hati kamu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

PERSAUDARAAN SEBAGAI PETUNJUK KEPADA KESEMPURNAAN IMAN
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

ORANG ISLAM BERSAUDARA
Daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menzalimi dan menyerahkannya kepada musuh. Barang siapa memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya. Sesiapa membantu menyelesaikan kesusahan Muslim lain, Allah melapangkan orang itu daripada masalah Hari Kiamat. Sesiapa menutup keaiban saudara Muslimnya, Allah menutup keaibannya pada Hari Kiamat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

HAK-HAK TERHADAP SAUDARA MUSLIM
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima, menjawab salam, menziarahi sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangannya dan tasymit (mendoakan apabila dia bersin)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

LARANGAN DALAM PERHUBUNGAN
Darpada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kalian saling dengki-mendengki, saling menipu, benci-membenci, berpaling muka dan janganlah membeli sesuatu yang telahpun dibeli oleh saudara kalian. Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim merupakan saudara kepada Muslim yang lain. Tidak menzalimi, menghina dan enggan memberikan pertolongan. Takwa itu disini."
(Rasulullah menunjukkan arah dadanya sebanyak 3 kali.)
(Riwayat Muslim)

TUNTUTAN AGAMA AGAR MENOLONG SAUDARA MUSLIM
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah akan menolong seorang hamba selama mana dia menolong saudara Muslimnya."
(Riwayat Muslim)

(Majalah Q&A 10/2012)
24/9/2019: 1.19 pm

MUTIARA KATA - KEHIDUPAN DAN KEMATIAN


  1. Di dunia ini hanya ada 3 hari. Hari semalam dan itu sudah berlalu. Hari esok yang mungkin kamu tidak akan bertemu. Hari ini, inilah hari mu, maka manfaatkannya. 
  2. Membazir masa lebih dahsyat daripada mati kerana membazir masa menjauhkan kamu daripada Allah dan akhirat, sedangkan mati memisahkan kamu daripada kehidupan dan manusia sahaja. 
  3. Apabila manusia menyelami kesempitan hidup, barulah dia menyedari keluasan Rahmat Tuhan. 
  4. Kamu bukanlah satu-satunya orang yang bersedih pada saat ini, dan bukan semua orang sebahagia yang kamu sangka. 
  5. Dunia ini memang medan air mata. Yang paling indah ialah pertemuan, yang paling sukar ialah perpisahan. Walau bagaimanapun kita boleh mengikat kedua-duanya dengan kenangan.
  6. Kalau hidup ini tidak susah, nescaya kita tidak keluar daripada perut ibu dengan menangis. 
  7. Indahnya hidup ini kita boleh menangis sambil tersenyum di bibir dan boleh ketawa sambil berair mata. 
  8. Sesiapa yang mencintai Allah, dia pasti melihat segala sesuatu adalah cantik. 
  9. Hidup ini seperti minum kopi, semakin pahit semakin mengasyikkan. 
  10. Bukanlah orang bahagia orang yang tiada masalah lansung. Orang bahagia sebenar ialah orang yang boleh hidup dengan masalah. 
  11. Jika semalam sudah terlepas, kita masih ada hari ini. Jika hari ini akan berlalu, kita masih ada esok. Akhirat itulah esok sebenar. 
  12. Seindah mana pun hari-hari semalam, ianya tidak akan kembali. Seindah manapun hari ini, akan berlalu jua. Seindah manapun hari esok, belum lagi tiba. Bahkan secantik-cantik apa pun di dunia, ingat di sana ada kematian. 
  13. Jangan bermuka masam, kerana kita tidak tahu siapa yang jatuh hati dengan senyuman kita. 
  14. Semua akan baik pada akhirnya. Jika belum baik, maknanya itu bukan akhirnya lagi. 
  15. Lebih baik menyesal kerana melakukan sesuatu daripada menyesal kerana tidak melakukannya. 
  16. Sesiapa yang mengenali kematian, maka apa jua kesusahan selain itu kecil sahaja. 
  17. Sekolah mengajar kita sesuatu pelajaran, kemudian menguji kita. Kehidupan pula menguji kita dahulu barulah memberi pengajarannya. 
  18. Hidup ini terlalu singkat untuk menyimpan rasa kecewa dan menyesali kesilapan. 
  19. Hidup ini tidak lain hanya himpunan perasaan kita tentang kehidupan.
  20. Jika kita hidup untuk diri sendiri, kita akan rasakan hidup ini singkat dan berakhir dengan matinya kita. Jika kita hidup untuk Allah, kita akan rasakan hidup ini panjang dan berterusan walaupun selepas kita mati. 
  21. Tidak syak hidup ini mahal tetapi tetap tidak semahal dirimu dalam hidup ini. 
  22. Hidup tanpa berjasa, itulah mati sebelum tiba masanya. 
  23. Hidup ini tiada apa-apa sehinggalah kita menemui perkara yang membuatkan kita sanggup berkorban hidup untuknya. 
  24. Jika kita tidak tahu apa itu kehidupan, bagaimana kita hendak mengerti apa itu kematian. 
  25. Bahagialah orang yang hidupnya penuh jasa kerana dia tahu hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perbuatan sia-sia. 
  26. Hidup ini ibarat mimpi. Mati yang mengejutkan kita daripadanya. 
  27. Hidup ini singkat. Cuma musibah yang menyebabkannya rasa lama. 
  28. Kita tidak akan membesar tanpa rasa sakit. Kita tidak akan belajar tanpa buat salah. Kita tidak akan berjaya tanpa pernah gagal. Dan kita tidak akan mencintai sesuatu tanpa akan kehilangannya. Inilah kehidupan. '
  29. Keresahan tidak mampu menghalang kesulitan esok sebaliknya hanya mencuri keseronokan hari ini. 
(Majalah Solusi 80 - 2015)
24.9.2019: 11.17 am

4 KUNCI MENJAGA HATI

MENJAGA PERUT:

  • Banyak berpuasa sunat
  • Pilih makanan yang halal
  • Menjaga adab makan dan minum
  • Makan makanan yang berkualiti
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Ambil perhatian terhadap kesusahan jiran dalam bab pemakanan. 
MENJAGA MATA:
  • Gunakan mata untuk melihat kebesaran Allah s.w.t dan menjalankan kemudahan harian seperti membaca buku dsb.
  • Elak daripada melihat perkara yang haram. 
  • Jaga Kesihatan mata. 
  • Banyak membaca al-Quran. 
  • Memakai celak
MENJAGA KEMALUAN:
  • Segera berkahwin
  • Menjaga hubungan intim antara suami dengan isteri.
  • Elakkan tempat maksiat
  • Elakkan pergaulan dengan bukan mahram.
  • Menjaga kesihatan dan kebersihan kemaluan. 
  • Bercita-cita mempunyai anak yang ramai. 
MENJAGA LIDAH :
  • Gunakan lidah untuk berdakwah
  • Tidak menyakiti kawan dan jiran
  • Selalu bertasbih kepada Allah s.w.t. 
  • Selalu membaca al-Quran. 
  • Elakkan mengumpat, memfitnah dan mencaci.
  • Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut, gusi dan gigi. 
(Majalah Solusi 05/2013)
24.9.2019 : 10.40 am

Monday, 23 September 2019

PETANDA KEMATIAN HUSN AL-KHATIMAH - PENGAKHIRAN HIDUP YANG INDAH

Kematian yang paling baik adalah kematian dalam Husn al-Khatimah (pengakhiran yang baik) manakala kematian yang buruk adalah kematian dalam Su'ul al-Khatimah (pengakhiran yang buruk).
Kunci untuk mendapatkan Husn al-Khatimah ialah keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Keadaan sewaktu sakaratulmaut tergantung kepada amalannya semasa sihat. Jika buruk amalan seseorang itu ketika sihatnya,maka buruklah keadaan saat kematiannya. Manakala jika baik amalannya ketika sihatnya, maka baiklah keadaan saat kematiannya. 

PETANDA KEMATIAN HUSN AL-KHATIMAH:
  1. Mengucap 2 kalimah syahadah sewaktu meninggal dunia. 
  2. Kening berkeringat (berpeluh)
  3. Meninggal pada Malam Jumaat atau hari Jumaat. 
  4. Mati syahid di medan perang atau ketika berjuang di jalan Allah s.w.t. 
  5. Penyakit Taun,penyakit perut, tuberkulosis dan bengkak pada selaput dada di tulang rusuk (tumor).
  6. Terbakar
  7. Tenggelam atau ditimpa runtuhan.
  8. Meninggal disebabkan melahirkan anak. 
  9. Mempertahan harta yang hendak dirampas. 
  10. Mempertahankan agama dan dirinya. 
  11. Dalam keadaan ribat (berjaga di perbatasan).
  12. Ketika melakukan amal soleh.
  13. Memberi nasihat kepada pembesar yang zalim.
(Ustaz Fauzi Abdul Hamid - Majalah Solusi 05/2013)
23/9/2019 : 9.06 pm


10 SAHABAT RASULULLAH S.A.W YANG DIJAMIN SYURGA.


  1. ABU BAKAR AS - SIDDIQ R.A. : Sahabat Nabi yang paling rapat merangkap Bapa Mertua Rasulullah s.a.w, beliau ialah bapa kepada Aisyah r.a. Beliau sanggup berkorban harta dan dirinya kerana kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. 
  2. UMAR AL-KHATTAB R.A. : sahabat kedua yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w.  dan juga Bapa Mertua kepada Baginda. 
  3. UTHMAN BIN AFFAN R.A. : Sayangnya baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan 2 puteri  baginda dengan beliau sehingga beliau digelar 'Zu al-Nur'ain (yang memiliki 2 cahaya hati). 
  4. ALI BIN ABU THALIB R.A. : Sahabat, sepupu dan juga menantu Rasulullah s.a.w (berkahwin dengan Fatimah Puteri Baginda). Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa kedudukan Ali dengannya seperti kedudukan Nabi Harun a.s. dengan Nabi Musa a.s. 
  5. TALHAH BIN UBAIDILLAH R.A. : Seorang saudagar yang berjaya. Namun, beliau sanggup keluar dari 'comfort zone'  demi agama Islam. Baginda Rasulullah s.a.w pernah menyatakan bahawa sesiapa yang mahu melihat syahi yang masih berjalan di atas muka bumi ini, tengok Talhah bin Ubaidillah r.a. 
  6. ZUBAIR BIN AWWAM R.A. : merupakan sahabat, sepupu (ibunya ialah kakak ayah Nabi s.a.w.), anak saudara Khadijah r.a. dan juga merupakan biras Nabi s.a.w kerana isterinya ialah Asma binti Abu Bakar iaitu kakak kepada Aisyah r.a. 
  7. ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH R.A. : dalam peperangan Badar, Abu Ubaidah terpaksa membunuh ayahnya sendiri yang tidak henti-henti menghalangnya dan merupakan musuh umat Islam ketika itu. 
  8. SA'AD BIN ABI WAQQAS R.A.:  beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah dan RasulNya. Ibunya yang masih kafir mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur namun beliau enggan mematuhi kehendak ibunya. Beliau adalah merupakan orang pertama yang melepaskan anak panah dalam peperangan. 
  9. SA'ID BIN ZAID R.A. : Adik ipar kepada Umar Al-Khattab. Beliau bersama isterinya Fatimah Al-Khattab pernah dipukul oleh Umar Al-Khattab yang ketika itu belum Islam dan akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendengar bacaan Al Quran dari adiknya. 
  10. ABDUL RAHMAD BIN AUF R.A : seorang ahli perniagaan yang hebat dan sangat kaya raya. Namun semua kekayaannya digunakan untuk jalan Allah. Beliau juga tidak terlepas satu peperangan bersama Rasulullah s.a.w. malah setelah Rasulullah s.a.w wafat, beliau menanggung segala perbelanjaan hidup para isteri Rasulullah s.a.w.
23 September 2019 : 8.35 pm

MENANGANI PANAS BARAN

Panas baran adalah disebabkan kesukaran menangani perasaan marah. Ia dipengaruhi oleh syaitan dan merupakan pintuk untuk syaitan memasuki hati manusia. 

Punca Panas Baran:
  • Sikap yang diwarisi dari ahli keluarga
  • Emosi yang tidak terkawal, berlaku agresif, rasa dikecewakan, sifat ego atau tekanan perasaan. 
  • Persekitaran dan didikan. 
  • Gejala Sosial
  • Masalah kewangan atau keluarga. 
  • Bebanan kerja. 
Langkah menangani panas baran: 
  • Latih diri memberi pandangan positif tanpa menimbulkan kemarahan sekalipun. 
  • Menenangkan diri perlahan-perlahan. 
  • Mengawal perasaan marah dari dalam diri. 
  • Menarik nafas panjang dan dalam-dalam
  • Belajar menjadi masyarakat yang bertamadun. 
  • Mengamalkan sikap bertolak ansur. 
  • Mencipta hidup yang aman dan harmoni. 
Risiko individu panas baran:
  • Terdedah dengan serangan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan migrain. 
  • Dijauhi atau dipulaukan masyarakat sekeliling. 
  • Jiwa kosong, tekanan perasaan atau murung yang melampau. 
  • Hilang kerjaya, kedudukan atau jawatan. 
  • Menyebabkan perceraian, pergaduhan, kecederaan atau kemalangan. 
  • Melakukan kesalahan jenayah atau penderaan. 
Menangani orang Panas Baran: 
  • Jangan menjawab caci makinya, sebaliknya bersabar menghadapinya. 
  • Jangan menambah lagi kemarahannya dengan melakukan sebarang provokosi kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang lain.
  • Cuba elakkan daripada mencapai senjata tajam atau barang keras dan jika perkara tersebut berlaku, minta bantuan orang yang pakar untuk merampas senjata yang dipegangnya. 
  • Jangan menghampirinya jika dia telah sedia memegang senjata tajam.
  • Cuba bercakap dengannya dengan nada yang perlahan dan lembut. 
  • Minta dia menarik nafas panjang dan dalam-dalam dan ajarnya beristighfar. 
  • Memberinya minuman yang sejuk.
Tip hilangkan panas baran secara psikologi:
  • Berfikir secara positif dan tenang
  • Elakkan daripada memekik atau bertindak agresif. 
  • Tarik nafas panjang dan dalam-dalam - banyakkan membaca buku-buku agama dan motivasi.
  • Kenali diri - ketahui faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran. 
  • Bezakan perkara dalam kawalan diri atau sebaliknya 
  • Dapatkan nasihat dan bimbingan. 
Tip hilangkan panas baran secara Islam: 
  • Mengubah posisi - Hadis Rasulullah s.a.w. : Jika kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan mengurangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring. " - (Riwayat Muslim). 
  • Berwuduk - Hadis Rasulullah s.a.w , "Marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah maka hendaklah berwuduk." - (Riwayat Abu Daud). 
  • Membaca Ta'awuz - iaitu "Aauuzubillahiminasyaitonirrajiim" bermaksud "Ya Allah lindungilah aku daripada syaitan yang direjam."
  • Banyakkan berzikir, bersalawat, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. 
  • Kawal lisan 
  • Minum air sejuk kerana ia mampu memadamkan api kemarahan. 
  • Berkata pada diri : ingatkan diri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. 
(Majalah Solusi 05/2013)

23.9.2019 : 7.37 pm


KABINET SYAITAN

Syaitan mempunyai organisasi tersusun dan bersistematik. Mereka dipimpin oleh ketua dan mempunyai Menteri serta Ahli Jawatankuasa khas yang diberikan potfolio tertentu. 
Syaitan juga ada pengkhususan dalam bidang masing-masing sesuai dengan pangkat dan kepakaran. 
Jom kita tinjau "KABINET" syaitan :
  1. IBLIS : Ketua bagi semua syaitan. 
  2. DASIM : Meruntuhkan rumahtangga. 
  3. KHANZAB : menimbulkan rasa waswas semasa sedang solat. 
  4. AL-WAHAN : menimbulkan rasa waswas tatkala berwuduk. 
  5. AL-A'WAR : mengajak lelaki dan wanita menghampiri zina. 
  6. ZALANBUR : mencipta suasana zalim dalam urus niaga. 
  7. MISWAT : bertanggung dalam perkara dusta. 
  8. THABR : menghampiri manusia yang ditimpa musibah dan berusaha menjadikan manusia rasa teramat gelisah serta tidak redha menerima ujian. 
Ingatlah syaitan mempunyai ramai 'pembantu', tetapi 'pembantu' yang paling berbahaya dan ganas ialah hawa nafsu. 
Kerjasama erat antara hawa nafsu dengan Syaitan inilah yang banyak memporak-perandakan hidup manusia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti. 

- Majalah Solusi 05/2013
23.9.2019 : 5.57 pm

MUI PUSAT MENGHARAMKAN PLURALIAME & LIBERALISME

Fatwa MUI Tentang Haramnya Pluralisme, Liberalisme, dan Sekulerisme Agama

Memperhatikan: Pendapat Sidang Komisi C Bidang Fatwa pada Munas VII MUI 2005.

Dengan bertawakkal kepada Allah SWT

MEMUTUSKAN

Menetapkan : Fatwa Tentang Pluralisme, Liberalisme, dan Sekulerisme Agama
Pertama : Ketentuan Umum
Dalam fatwa ini, yang dimaksud dengan, Pluralisme agama adalah suatu paham yang mengajarkan bahwa semua agama adalah sama dan karenanya kebenaran setiap agama adalah relatif, oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mengklaim bahwa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah. Pluralisme agama juga mengajarkan bahwa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup berdampingan di surga.

Pluralitas agama adalah sebuah kenyataan bahwa di negara atau daerah tertentu terdapat berbagai pemeluk agama yang hidup secara berdampingan.

Liberalisme agama adalah memahami nash-nash agama (al-Qur’an dan Sunnah) dengan menggunakan akal pikiran yang bebas, dan hanya menerima doktrin-doktrin agama yang sesuaid engan akal pikiran semata.

Sekulerisme agama adalah memishkan urusan dunia dari agama, agama hanya digunakan untuk mengatur hubungan pribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial.

Kedua : Ketentuan Hukum

Pluralisme, Sekulerisme, dan Liberalisme agama sebagaimana dimaksud pada bagian pertama adalah paham yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Umat Islam haram mengikuti paham Pluralisme, Sekulerisme dan Liberalisme agama.

Dalam masalah aqidahdan ibadah, umat Islam wajib bersikap eksklusif, dalam arti haram mencampuradukkan aqidah dan ibadah umat Islam dengan aqidah dan ibadah pemeluk agama lain.

Bagi masyarakat muslim yang tinggal bersama pemeluk agama lain lain (pluralitas agama), dalam maslah sosial yang tidak berkaitan dengan aqidah dan ibadah, umat Islam bersikap inklusif, dalam arti tetap melakukan pergaulan sosial dengan agama lain sepanjang tidak saling merugikan.

Ditetapkan di : Jakarta
Pada tanggal : 21 Jumadil Akhir 1426 H/28 Juli 2005 M.

Musyawarah Nasional VIIMajelis Ulama Indonesia
Pimpinan Sidang Komisi C Bidang Fatwa 
KH. Ma’ruf Amin 
Ketua

Drs. H.Hasanuddin M. Ag
Sekretaris

Pimpinan Sidang Pleno:
Prof. Dr. H. Umar Shihab
Ketua.

Prof. Dr. HM. Din Syamsuddin
Sekretaris.
Copy and paste : Whatsapp Group Otai Greenwood Park I
23.9.2019 : 6.54 am

Sunday, 22 September 2019

THE FIRST IN RECORD

  1. Abd Aziz Ibn Saud : The first king of Saudi Arabia (1932-53)
  2. Abdullah bin Qais Harthi : The first Muslim Naval commander created in the time of Caliph Uthman bin Affan r.a.
  3. Abdul Latief Al-Baghdad : the first Islamic astronomer to gave a complete and accurate description of the human skull and facial bones.
  4. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan : The father of Modern Chemistry, the founder of the world's first refining method.
  5. Abu Sa'd Ala Ibn Sahl : Mathematician and Optician - the first person to discover the Common Law.
  6. Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani :developed Trigonometry - the first to show the generality of Sine Theorem, developed the new method of construction on the tables and introduced the secant  & Cosecant for the first time. 
  7. Ahmad Ben Bella : The first President of Independent Algeria.
  8. Al-Asmai : The first scientist to make a contribution to the field of zoology.
  9. Al-Battani @ Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah: Father of Trigonometry, mathematician and astronomer of Islam. The first person to produce a Contangents Table.
  10. Al-Biruni  @ Abu al-Raihan Muhammad ibnu Ahmad Biruni (973-1048M) : the first person to lay the foundation for Modern trigonometry, using mathematical methods to determine the direction of the Qiblah. He discussed the earth spinning on its axis 600 years before Galileo's efforts were known. He was also a critic of Aristotle's theory of physics.
  11. Al-Farabi @ Abu Nasr Mohammad Ibn Farakh al Farabi (961M) : The first Islamic scholars to classify Science.
  12. Al-Jahiz @ Abu Uthman Amr Ibn Bakr al-Kinani al-Furqani al-Basri :The first Islamic zoologist who wrote "The Book of Animals".
  13. Al-Kasyi : known as the "Tenth Father", who first introduced the decimal number in 1430.
  14. Al-Khawarizmi @ Muhammad bin Musa Khawarizmi (780M - 850M) : Founder of Algebraic Science.
  15. Al-Rahman al-Sufi: the first person to write a book on astronomy. The name of the star he introduced is still used by Western astronomers to this day.
  16. Al-Razi @ Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Razi (865-925M): discover smallpox. He is also the founder of Psychoanalytic Medicine (eye surgery).
  17. Al-Wahib bin Abdul Malik : The Caliph of Umawi , the first to establish a hospital in Damascus in 707 AD.
  18. Al-Zahrawi @ Khalaf bin Abbas Zahrawi al-Andalusi : world medical pioneers and the first person to sew the wound to reduce bleeding. Author of the book At-Tasrif Liman Ajaza an at-Ta'lif, a medical encyclopedia, surgery and dispensary. He also introduced 150 surgical instruments used to this day. Died 427H.
  19. Alan B. Shephard Jr. : The first American to manned space flight in 1961. 
  20. Albert Cushion Read (Lt.Cmdr) : The first crossing of the North Atlantic by air on 16-27 May 1919.
  21. Albert P. Carry (Dr.) : the first to reach both Poles, North Pole on 3 May 1952 and South Pole on 12 February 1961. 
  22. Alexander Cartwright Jr. : established the first rule of Modern Baseball game in 1845.
  23. Alexander T.Augusta (Major) : the first black surgeon in US Army. 
  24. Alexei Leonov : the first spacewalk in 1965 from USSR.
  25. Ali Abbas al-Majusi : The pharmacologist who discovered analgesic is now known as anesthetics.
  26. Alice Wells : the first policewoman - Los Angeles Police Department in 1910. 
  27. Ambrogio Calepino : produced the first known dictionary in 1502 at Italy. 
  28. Amelia Earhart : the first woman to make solo flight across Atlantic in 1932. 
  29. Amerigo Vespucci : the first to identified America as their own continents, not part of Asia. 
  30. Amy Johnson : English aviator - the first woman to fly solo from England to Australia - presumed drowned. 
  31. Andreas George Papandreou : Greece's first socialist Prime Minister (1981-89).
  32. Anita Newcomb Magee (Dr.) : the first woman Army Surgeon in 1898. 
  33. Arthur Ashe : the first blace tennis player to win the US Open (1968), the Australian Open (1970) and the Wimbledon men's competition in 1975. 
  34. Arthur Griffith : founded Sinn Fenn in 1905 and the first President of the Irish Free State in 1922. 
  35. Arthur Whitten Brown (Sir) : the first ever crossing of the Atlantic Ocean by aeroplane  in June 1919 together with Captain John Alcock. 
  36. Augustus : the first Emperor of Rome in 31 BC.
  37. Barbara Allen Rainey : the first woman pilot in the history of US Navy. 
  38. Baron Charles Dupin : the first to draw the Coroplet Map in 1826. 
  39. Baroness Bertha Sophie Felicita van Suttner : the first woman to win Noble Peace Prize in 1905. 
  40. Benazir Bhutto : the first woman leader of a Muslim country - Prime Minister of Pakistan. 
  41. Benjamin O. Davis (General) : the first black General in the U.S. Regular Armed Forces. 
  42. Blanche Stuart Ascott : the first woman pilot in 1910. 
  43. Bob Marley : Jamaican raggae singer - the first rock superstar to emerge from a developing country. 
  44. Bobby Fischer : the first U.S. Player to win the world championship in chess in 1972.
  45. Buddy Holly : American rock singer - to first rock singer to use the back-up lead, rythm and bass guitar with drum. Died in place crash in 1959. 
  46. Bumpachio Ariga @ Ahmad Ariga : The first Japanese convert to Islam in 1909.
  47. Caroline Mikkeisen : the first woman to set foot on Antartica in 1935. 
  48. Chaim Wiezmann : the first President of Israel (1949-52).
  49. Charles Augustus Lindbergh : the first man to fly the Atlantic solo and nonstop in 1927. 
  50. Charles de Gaulle : French first President of the 5th Republic. 
  51. Charles Young (Colonel) : the first black to reach the rank of Colonel in U.S. Military. 
  52. Christian Barnard (Dr.) : performed the first heart transplant in 1967. 
  53. Constantine 1 : the first Christian of Roman Empire in 312 BC. 
  54. Countess Markiewicz : the first woman to be elected to the British Parliament in 1918. 
  55. Clyde Plangborn & Hugh Herndon : the first non-stop Pacific Flight on 3-5 October 1931.
  56. Clyde William Tombough : the first to record Planet Pluto in February , 1906.
  57. Daniel C. James (General) : first black 4-star General in U.S. Armed Forces. 
  58. David Ben-Gurion :the first Prime Minister of Israel (1948-53).
  59. David Stirling : founder of the British Special Air Services (SAS).
  60. Edmund Halley : made the first prediction of Halley's Comet. 
  61. Edmund Hillary (Sir) : made the first ascent of Mount Everest in 1953 with Sherpa Tenzing Norgay. 
  62. Enrico Fermi : Built the first nuclear reactor at Chicago in 1942. 
  63. Ernest Rutherford : the first scientist to split atom in 1911. 
  64. Ferdinand : the first King of Spain. 
  65. Ferdinand Magellan : the first man to sail around the world in 1519. 
  66. Florence Nightingale : founder of the Nightingale School of Nurses - the first such school in the world. She was the first woman to receive Order of Merit. 
  67. Fran Phillips : the first woman to set foot on the North Pole on 5 April 1971. 
  68. Francis Drake (Sir) : the first Englishman to sail around the world. 
  69. Francis Victor Wallington (Captain) : the first person to be awarded Military Cross in 1918.
  70. George Washington : first President of the U.S.A (1789-97).
  71. Gerardus Mercator : the first person to use the term 'Atlas' to describe the collection of maps.
  72. Gerty Theresa Cori : the first woman to win the Noble Prize for Physiology in 1947. 
  73. Golda Meir : Israel's first female Prime Minister (1969-1974).
  74. Harriet Quimby : the first woman to fly across English Channel in 1912. 
  75. Harry G. Cramer (Sargeant) : the first American soldier to died in Vietnam War in 1956.
  76. Hastings Banda : first President of Nyasaland, 1963.
  77. Hatshepsut's (Queen) : the first Great woman in recorded History. 
  78. Helmut Kohl : the first chancellor of Reunited Germany in 1990. 
  79. Ibnu Al-Haytham @ Abu Ali al-Hassan ibn al-Haytham (965-1039M) : The first Muslim Physicist. He has produced over 100 books on mathematics, physics, philosophy, medicine and astronomy.
  80. Ibnu Bajjah @ Abu Bakr Muhammad Ibnu Yahya al-Sagh: Master of Physics in Andalusia.He was also the first scholar of Islamic philosophy in the West.
  81. Ibnu Firnas @ Abbas bin Farnas (194H-274H) : the first person to discover the clock. He was also the earliest to discover the theory of Aviation and was the first attempt to fly with wings.
  82. Ibnu Ishak @ Muhammad bin Ishak bin Yasar bin Khityar Muthalabi (80H - 151H) : His most famous book is As-Sirah an-Nabawiyah, the first written book of history.
  83. Ibnu Khaldun (1332 – 1406M) : A leading Islamic historian, he was the first to write a historical book entitled "Muqadimmah".
  84. Ibnu Nafis @ Ali bin Abi Haram bin Nafis (609H - 687H) : the first person to do blood transfusions, liver, heart and eye transplants.
  85. Ibnu Yazid @ Khalid bin Yazid :  the first  to talk about Chemistry and also the first to lead a Greek book translation activity.
  86. Ibnu Yunus : discovered Pendulum earlier than Galileo Galilie and a clockwork designer. He was also the first person to introduce the observatory.
  87. Ibnu Zuhr @ Abu Marwan Abdul Malik ibn Zuhr (1113-1162M) : the first parasitologist, one of the greatest physicians and clinicians of the Muslim Golden Era. 
  88. Igor Ivan Sikorsky : built the first 4-engine aircraft in 1913, the first successful helicopter in 1939. 
  89. Isabel Peron : the World's first woman President (Argentina from 1974-1976). 
  90. Jack Dempsey : the first World Championship (Middleweight) for Boxing in 1884 in New York. 
  91. Jacques-Dominique de Cassini : the first to draw Topography maps in 1793. 
  92. James Hetherington : the first person to wear a top hat in public. 
  93. Jean-Baptiste Constant Moans : the first known stamp dealer in 1855. 
  94. John F. Kennedy : the first Roman Catholic and the youngest man to be elected U.S. President. 
  95. John Glenn : first American to orbit the earth. 
  96. John L. Sullivan : the first Boxing World Heavyweight Championship (1889-92).
  97. John Nelson :  The first English converts to Islam in 1584M.
  98. John Paul II : the Polish Pope and first non-Italian Pope for 450 years. 
  99. John Salk : the first to discovered the Polio Vaccine. 
  100. John Tomlynson : the first known stamp collector on record. 
  101. Joseph Nicephore Niepce : take the world's first photograph in 1822.
  102. Julian Sorell Huxley (Sir) : the first Director General of UNESCO (1946-48)
  103. Junko Tabei : The first woman to reach the summit of Mount Everest in 1975.
  104. Karl Schwarzchild : German Astronomer - the first to proposed the Black Hole in space in 1916.
  105. Karoline Mikkelsen : the first woman to set foot on Antartica on February 20, 1935
  106. Katherine Knight : The first Australian woman  to be sentenced to a Natural Life Term without parole for murder. 
  107. Khenthaus : the first Queen of Egypt. 
  108. Koca Mi’mar Sinan Aga : Head of Turkish Government Architects - The world's first earthquake engineer.
  109. Lee Kuan Yew : Singapore's First Prime Minister. 
  110. Louis Bleriot : the first flight across the English Channel , 1909. 
  111. Louis Botha : First Prime Minister of South Africa (1910-19). He led the Boer Forces against the British during the Boer War. 
  112. Margaret Hilda Thatcher : Britain's first Woman Prime Minister in 1979. 
  113. Marie Curie : the first woman to win a Noble Prize in 1903 and the first person to win 2 Nobel Prizes. 
  114. Mary 1 : Queen of England from 1553, the first woman to rule England. 
  115. Mary Randolph : Author of  "The Virginia Housewife" and wife of Gen.Robert E. Lee, first person to be buried at Arlington National Cemetery. 
  116. Mary Roberts Rinehart : America's first woman war correspondence during the World War 1.
  117. Matthew Alexander Henson : the first African-America to reach the Pole and planted the American Flag on April 6,1909. 
  118. Michelle Norris (Private) : the first woman to be awarded the Military Cross for her action in Iraq on June 11, 2006 while serving with The Princess of Wales Royal Regiment. 
  119. Milton Obote : Uganda first Prime Minister after independence (1962-66)
  120. Mohammed Ali Jinnah : the first Governor General of Pakistan (1947-48).
  121. Nancy Witcher Astor (Lady) : the first woman to take her seat in Parliament. 
  122. Naomi Uemura : Japanese explorer and mountaineer - the first person to reach the North Pole in a solo trek across the Artic Ice Gap on May 1, 1978.
  123. Nasiruddin al-Tusi : the first person to build the observatory in 1259M.
  124. Neil Armstrong : US Astronaut - the first man to set foot on the moon in 1969. 
  125. Niels Bohr : Danish physicist who was the first to apply quantom theory to explain the stability of the nuclear model of the atom. 
  126. Otto von Bismarck (Prince) : The first Chancellor of United Germany. 
  127. Pandit Jawaharlal Nehru : the first Prime Minister of India (1947-1964).
  128. R.A. Fessenden : the first person to transmit speech by radio. 
  129. R.H.Lawler : performed the first homo transplantation of the Kidney in the human in 1950. 
  130. Ralph Johnson Bunche : the first black to be awarded the Nobel Peace Prize in 1950. 
  131. Ramsay MacDonald : the first British Labour Prime Minister (1924, 1929-31). 
  132. Richard M. Nixon : The first U.S. President to resign from office in 1974 and the first U.S. President to visit Communist China in 1972. 
  133. Roald Amundsen : the first man to reach the South Pole in 1911. 
  134. Robert Edwin Peary : the first man to reach the North Pole in 1909. 
  135. Robert Walpole (Sir) : Britain's first Prime Minister from 1721-1742. 
  136. Roger Banniser (Dr.Sir) : the first man to run a mile in 4 minutes in 1954. 
  137. Roscoe Robinson Jr. (General) : the first black in U.S. Army to  attain 4-star rank. 
  138. Sabur bin Sahl : Write the first formula for pharmacy.
  139. Sally Ride : the first US woman in space onboard the shuttle Columbia in 1983.
  140. Selma Lagerlof : the first female Noble literature
  141. Sidney W. Souers (Rear Admiral) : the first Director of US Central Intelligence. 
  142. Sinclair Lewis : the first American to win the Nobel Prize for Literature in 1930. 
  143. Sultan Kalaminja @Mohamed Ibn Abdullah :  The first Sultan of Maldives - died on a voyage to perform Hajj pilgrimage to Mecca.
  144. Sun Yat Sen (Dr.) : the first President of the Republic of China (1911-12). He played the leading role in the overthrow of the Manchus Dynasty. 
  145. Surahwadi : Founder of Theory of Light - the first person to put forth the theory of natural punishment on earth and other planets.
  146. Thurgood Marshall : first black justice - appointed by President Lyndon B. Johnson in 1967.
  147. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj : Malaysia's first Prime Minister (1957)
  148. Valentine Tereshkova : first woman in space (1963) from USSR in Vostok 6. 
  149. Victor Emmaneul II : King of Sardinia - Piedmont  and the first King of Italy - establishing Rome as Capital City in 1870. 
  150. Victoria Woodhull : the first female candidate for US President in 1872. 
  151. Vinnie Ream : first woman artist to be commissioned by US Government - sculpted the Lincoln Statue in Capitol at the age of 18. 
  152. Vivian Ernest Fuchs (Sir) : the first overland crossing  of Antartica in 1932. 
  153. Warren Hastings : the first Governor General of Bengal (1773-85)
  154. Wiley Hardemann Post : the first man to fly solo around the world on 15 July 1933. 
  155. William Caxton : His book "Recuyell of the Historyes of Troy" in 1475 was the first book to be printed in English. 
  156. William Herschel : A German Astronomer who first discovered Planet Uranus in 1781. 
  157. William Thomas Cosgrave : the first President of the Irish Free State (1922 - 1932). 
  158. Yuri Gagarin : the first man in space in 1961 when his Vostok Satellite circled the Earth, died in a plane crash. 
  159. Zulfikar Ali Bhutto : the firs civilian President of Pakistan (1971 - 1973)