Sunday, 16 June 2019

TEKNOLOGI MELAYU MEREMPUH BADAI

Oleh Al Semantani 
Sejak Abdullah Munsyi seorang kerani Melayu keturunan mamak dan Arab menulis mengenai bangsa ini, besar sungguh inferiority complex yang dialami mereka. Bangsa ini dicemuh sebagai sebuah bangsa yang pemalas dan tak kenal dek untung. Sehingga kini kita tidak mengetahui apakah niat sebenar Abdullah Munsyi membuka pekung didada yang mungkin tidak wujud atau hanya wujud dalam sebahagian kecil masyarakat Melayu sahaja. Ada pihak berpendapat mereka melontarkan tohmahan dan cabaran bertujuan sebagai kritikan membina, namun pada pendapat saya ianya langsung tidak dapat membina keperibadian bagi masyarakat Melayu kemudiannya malah melemahkannya sehingga ke tahap- yang paling dasar. Mungkin Abdullah merasa lebih superior kerana mendapat tempat didalam masyarakat penjajah kolonial dan menjadi orang kepercayaan mereka. Mungkin juga kerana beliau tidak pernah mengaggap diri beliau sebagai Melayu sebabnya dia bukan keturunan Melayu tulin dan hanya menjadi Melayu kerana tinggal dikawasan orang Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Pendapat yang mengatakan bahawa ianya hanyalah kritikan atau motivasi yang membangun, bagi saya adalah sesuatu yang kurang berasas. Jika bangsa-bangsa lain sebagai contohnya bangsa cina, mereka tidak akan sesekali merendah-rendahkan martabat dan cara hidup bangsa mereka di hadapan bangsa lain apatah lagi bangsa barat yang dianggap mereka sebagai orang gasar yang kurang bertamadun tidak seperti orang-orang timur. Begitu juga dengan bangsa India, Jepun dan Korea. Mereka seboleh-bolehnya mahu menonjolkan semua unsur-unsur positif sahaja mengenai bangsa mereka kepada bangsa lain dan menutup segala kelemahan walaupun ianya ternyata wujud. Semangat patriotism seperti inilah yang telah membangkitkan alter bagi bangsa-bangsa mereka sehinggakan bangsa mereka boleh menjadi salah satu bangsa yang disegani dunia sehingga sekarang.
Ada juga pihak yang menuduh bangsa yang satu ini adalah bangsa yang penakut dan tidak sukakan cabaran! Apa?...PENAKUT? oh tidak, tidak sama sekali! Bangsa Melayu ini sejak ribuan tahun adalah diantara bangsa yang sangat pemberani sifatnya. Sifat kebenarian orang Melayu boleh dilihat sepanjang lembaran sejarahnya. Sejak kemasukan Islam ke Nusantara orang Melayu telah diperkenalkan dengan konsep kehidupan akhirat yang kekal abadi dan mati shahid, maka sifat berani untuk mati itu menjadi semakin tebal dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu berani mati namun bukan mati sia-sia atau mati katak sebaliknya mati dalam keadilan dan mati yang bermanfaat. Hal ini dapat dilihat dengan memerhatikan adat orang dulu-dulu yang suka menghantar anak-anak mereka belajar silat. Apabila anak itu diserahkan kepada guru silat akan disertakan sekali dengan kain putih sehelai yang melambangkan kain kafannya, sintok dan limau nipis untuk memandikan jasadnya dan ayam putih untk kenduri arwahnya. Orang tua dahulu tahu risikonya amat besar apabila menyerahkan anak untuk belajar silat pada zaman dahulu kerana dahulu silat tidak diajar secara olok-olok dan senjatanya juga adalah senjata tajam yang betul.
Semangat keberanian orang Melayu jugalah yang telah menyebabkan mereka bisa menyebar keseluruh kepulauan Nusantara dan membina tamadun yang gah suatu ketika dahulu. Sejarah telah mencatatkan bahawa kegiatan perdagangan yang ulung di rantau ini telah bermula sejak 200 tahun sebelum masihi lagi iaitu dimasa kegemilangan empayar Rom di Barat dan Dinasti Han di China. Pada peringkat awalnya kapal-kapal dagang cina dan India tidak mampu menempuh badai lautan yang begitu hebat bagi mereka. Mereka hanya mengemudi kapal-kapal mereka di pesisran pantai mengelilingi benua-benua sehingga sampai ke destinasi. Mereka juga tidak berani menempuh laut cina selatan yang sentiasa bergelora dan juga takut untuk merentasi Temasik dan selat Melaka. Sesetengah ahli sejarah berpendapat mereka pada awalnya amat takut untuk melepasi selat Melaka untuk terus ke India kerana kuatir diserang lanun-lanun Melayu yang amat banyak ketika itu. Jadi mereka hanya membataskan jalan perdagangan mereka di Vietnam, Thailand dan segenting kra sahaja. Namun alasan yang lebih munasabah ialah mereka takut untuk menempuhi geloran di musim-musim monsoon dan tambahan lagi mereka pada ketika itu masih tidak mempunyai teknologi perkapalan yang dapat mengatasi masalah tersebut.
Kedudukan ini mula berubah apabila para pedagang Melayu mula memasuki era perdagangan antarabangsa pada zaman kegemilangan empayar Funan sekitar abad ke 4 masihi. Para pedagang Melayu ini mempunyai sejenis kapal layar yang dipanggil Jong dan membawa muatan rempah ratus yang belum pernah dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Rempah tersebut adalah seperti buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan buah pala. Selain itu orang Melayu juga memperkenalkan kapur barus dan kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya. Disinilah teknologi maritim orang Melayu telah membawa kemakmuran terhadap bangsanya sehingga terdirinya empayar Srivijaya dan seterusnya empayar Melaka.
Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku. Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.
Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di buritan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.
Pebggunaan teknologi ini bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika. Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!
Menurut catatan fa xian iaitu seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan daratan gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan mengguanakan kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang boleh menerkam badai adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak gunung. Pada tahun 399 masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat dari Changan menuju ke utara India untuk bertapa dan menuntut ilmu. Beliau memilih jalan darat yang membawanya merempuh padang pasir, memanjat gunung karakoram, meniti lerengan setinggi 8000 kaki dimana udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha menngangkat kaki. Selepas bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya beliau kembali ke China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani mengambil laluan yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.
Dari utara India beliau tururn ke Sri Lanka menaiki kapal pedagang Melayu bersama 200 penumpang lain menuju kepulauuan Melayu. Apa yang dialaminya adalah lebih mengerikan daripada masa perjalanannya ke India melalui daratan dahulu. Kapal ini menurutnya tidak menyusuri pantai seperti kapal-kapal lain tetapi ia merentas lautan Hindi menuju ke Aceh dan seterusnya ke selat Melaka. Dua hari berlayar fa xian menceritakan ribut besar telah melanda lautan. Ribut ini berterusan selama 13 hari menyebabkan berlakunya kerosakan besar kepada kapal. Anak-anak kapal membaikinya di sebuah pulau dan mereka meneruskan perjalanan ke selat Melaka. Pengalaman fa xian di lautan Hindi selama 13 hari ini diikuti pula dengan dilanda taufan dari laut china selatan.
Lebih dasyat lagi bahana taufan ini sehingga kapalnya sesat selama 70 hari di laut sebelum beliau sampai balik ke kampong halamannya. Riwayat fa xian ini membuktikan bahawa sejak zaman Srivijaya lagi pera pelaut Melayu telah menemukan jalan pintas yang merbahaya kepada kapal-kapal bangsa lain. Jalan-jalan ini adalah jalan kurus yang merentas lautan dalam. Hanya keberanian mereka sahaja yang membolehkan mereka menerokainya. Penggunaan jalan pintas ini membolehkan jong-jong mereka menjimatkan masa perjalanan dalam perdangangan antarabangsa diantara timur dengan barat. Justeru itu sebelum kewujudan Melaka lagi Srivijaya telah menjadi pusat entreport yang terulung selama enam abad.
Rumusannya keberanian bangsa Melayu menghadapi badai inilah maka terhasilnya teknologi pelayaran yang membolehkan mereka berlayar jauh dan menerkam badai. Mereka melihat badai sebagai sebuah halangan yang mengancam cita-cita mereka dan harus ditempuhi. Sekian. Wallah hu a’lam.
Copy and paste: Tamadun Melayu Sg Batu 582 SM
16 June 2019: 4.06 pm

Saturday, 15 June 2019

Masyarakat Melayu malas? Pakar arkeologi dedahkan kajiannya

3/5/2018 21:28Update: 4/5/2018 15:52
Oleh: UMMU RABBISYFINA ABDUL HAMID

BERITAMediacorp: Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang rajin dan aktif sejak 700 tahun lalu dengan tanggungjawab dan peranan yang berbeza - dari bidang pertukangan, hingga ke perdagangan dan ilmu perakaunan.

Itulah antara hasil kajian Profesor John N. Miksic dari Universiti Nasional Singapura (NUS) yang menemui 300,000 bukti arkeologi yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu.

Bahan bukti ini dirakamkan dalam buku ilmiah,‘Singapore – The Silk Road of the Sea, 1300-1800’, yang memenangi Hadiah Sejarah Singapura pada Januari lalu.

BERITAMediacorp bertemu dengan pakar arkeologi ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyelidikannya itu.

MASYARAKAT MELAYU TERDAHULU MAHIR DALAM PELBAGAI BIDANG

Menyingkap semula sejarah lama Singapura, mungkin ramai yang masih menggambarkannya sebagai sebuah ‘kampung nelayan’ yang mundur.

Namun, kisah Singapura bermula jauh sebelum Sir Stamford Raffles menjejakkan kaki di sini, pada tahun 1819.

Profesor Miksic membentangkan sejarah Singapura dalam konteks perdagangan maritim jarak jauh antara tahun 1300 hingga 1800, dengan adanya bidang-bidang pekerjaan yang kurang diketahui tentang masyarakat Melayu.

"Jadi mereka membuat gerabak sendiri, mereka juga membuat barang-barang dari logam, mereka mengolah tembaga untuk membuat kail untuk tangkap ikan, mereka juga membuat barang-barang dari besi, mereka juga membawa barang-barang seperti keris dan tombak, senjata," kongsi penyelidik itu yang mengambil hampir 10 tahun untuk menyiapkan buku ilmiah tersebut.

Beliau turut berkongsi bahawa dapatan penting hasil galian yang dijalankan beliau bersama pasukan pengkajinya selama hampir 20 tahun di 10 lokasi yang berbeza.


BUKTI SEJARAH PECAHKAN MITOS 'MELAYU MALAS'

Menurutnya lagi serpihan tembikar yang ditemuinya serta logam dan batu-bata lama menunjukkan gambaran yang penting tentang masyarakat Melayu - bahawa ia menggambarkan hasil pertukangan bangunan yang canggih ketika zaman tersebut.

Bahkan menurut Profesor Miksic, bukti-bukti ini juga antara lain menunjukkan dengan jelas kerajinan masyarakat Melayu terdahulu, dan secara tidak langsung memecahkan mitos dan tanggapan bahawa masyarakat Melayu terdahulu malas.

"Orang Melayu memang dari dulu sudah terkenal sebagai orang awal yang membuat kota, yang mendirikan bandar menjadikan satu sistem perhitungan untuk perdagangan.

"Orang-orang Portugis pertama datang ke Brunei, mereka hairan sekali melihat sistem yang dipakai orang-orang akauntan di Brunei untuk menghitung perdagangan. Jadi mereka sudah pandai sekali orang-orang Melayu," jelasnya.


PENTING PELAJARI PERINTIS SINGAPURA SEBELUM 200 TAHUN

Dalam memperingati 200 Tahun Singapura diasaskan tahun depan, Profesor Miksic berkata amat penting untuk mengenali sejarah Singapura seawal abad ke-14.

"Jadi ini merupakan satu kesempatan untuk kita melihat lebih dahulu lagi, bukan hanya melihat 200 tahun, tetapi melihat 200 tahun itu sebagai satu tempoh dalam sejarah Singapura.

"Orang Inggeris bukan orang yang utama yang bertempat di sini yang memainkan peranan utama, orang Melayu, Bugis, Jawa, Minangkabau dan juga orang-orang Cina yang ada di Selat Melaka orang-orang India yang sudah lama berdagang di sini," tambahnya lagi.

HANG TUAH - MITOS ATAU BUKTI SEJARAH MELAYU?

Menyentuh tentang individu signifikan daripada masyarakat Melayu, Profesor Miksic turut mengambil perhatian tentang teks klasik lama seperti Sulalatussalatin, atau Sejarah Melayu.

Menurutnya beberapa bukti sejarah yang ditemuinya sebenarnya sejajar dengan apa yang dirakam di dalam teks tersebut dan teks klasik yang lainnya.

Ditanya sama ada Hang Tuah merupakan hanya mitos Melayu atau individu sebenar, ini pendapatnya:

"Saya yakin bahawa ada seorang laksamana yang wataknya, keperibadiannya seperti Hang Tuah yang disebut dalam sejarah Melayu kerana ada seorang laksamana yang disebutkan juga dari sumber dari Jepun dari abad-15, mahupun Portugis.

"Namanya tidak pernah disebutkan, tapi wataknya, keperibadiannya bahawa perwira yang juga pandai, dan mempunyai bakat untuk bertemu dengan orang lain, itu semunya terbukti dengan sumber-sumber lain, jadi pasti ada orang yang seperti Hang Tuah.

"Namanya tidak penting, tapi orang yang sepertinya, yang jadi laksamana, yang juga dasar kegiatannya di Singapura, tersebut dalam Sejarah Melayu juga, dan kami dapatkan banyak sekali bukti dari arkeologi bahawa ada satu pelabuhan dengan armada laut yang cukup besar di sini pada zaman Melaka," kongsinya bersama BERITAMediacorp.

Atas kajiannya yang terperincinya itu, Profesor Miksic menang anugerah Hadiah Sejarah Singapura, bernilai $50,000 yang diadakan buat julung-julung kalinya, tahun ini.  

- BERITAMediacorp/ur
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/pemimpin-masyarakat-karyawan-sokong-bahawa-kita-adalah-sebuah/4295352.html

Copy and paste from Facebook
15 Jun 2019: 9.41 pm

Friday, 14 June 2019

KISAH CHONG CHOR, PENGGANAS KOMUNIS DARI TRONOH

Chong Chor adalah seorang komander Unit Penggempur Keenam Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah melibatkan diri dalam aktiviti pengganas komunis lebih 50 tahun. Sebenarnya, beliau dilahirkan di Canton yang mana hari ini dikenali dengan nama Guangzhou di China. Kemudian, Cong Chor dibawa oleh ibunya berhijrah ke Tanah Melayu yang bertempat di Tronoh, Perak pada tahun 1929.
Chong Chor mula bergiat aktif dalam komunisme seawal usia 13 tahun lagi. Penghujung penglibatannya, beliau ditangkap oleh polis Cawangan Khas (SB) di hadapan kedai tekstil yang cukup terkenal iaitu Globe Silk Store di Jalan Tunku Abdul Rahman bersama pengawal peribadinya, Yeong Nam pada 2 Mac 1988 yang mana pada ketika itu beliau berusia 66 tahun. 

Selepas ditangkap pada 1988, Chong Chor terus hidup selama 11 tahun dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 9 Mei 1997 kerana sakit jantung. Jika anda masih ingat pada hari kematiannya itu begitu ironi dengan hakikat dia memimpin pasukan pengganas yang membunuh sesama sendiri yang dianggap pengkhianat dan rakyat yang tidak berdosa, semata-mata mahu menegakkan fahaman komunisme di Tanah Melayu.

Menurut fail sulit pengakuan Chong Chor yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum tahun 2013, beliau ada mendedahkan kekejaman parti terhadap pengganas komunis menerusi program Kempen Penghapusan iaitu mengesan dan menghapuskan anggota yang disyaki ejen kerajaan atau pengkhianat.
Program Kempen Penghapusan itu mendedahkan tebalnya sikap curiga, syak wasangka dan paranoid sesama sendiri yang menghantui kepimpinan pengganas komunis sepanjang gerakan bersenjata dalam hutan belantara di Tanah Melayu, khususnya di selatan Thailand yang menjadi markas mereka.

Chong Chor pernah memberitahu polis Cawangan Khas (SB) semasa dalam tangkapannya bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan kempen tersebut. Tetapi pada masa yang sama, beliau juga mengaku pernah menjatuhkan hukuman mati terhadap tujuh anggotanya sendiri atas tuduhan menjadi ejen kerajaan. Pergolakan dalaman Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebenarnya telah menyebabkan perpecahan yang serius di mana parti itu berpecah kepada tiga penjuru iaitu satu sebagai pusat pemerintah, yang kedua Rejimen kelapan dan ketiga dan yang terakhir adalah Rejimen ke 12 yang mana maklumat ini tidak diketahui ramai. Laporan pengakuan Chong Chor ini juga memaparkan kemusnahan harta benda akibat perbuatan khianat pengganas komunis. 
Chong Chor, sebagai pemimpin veteran PKM dengan pangkat anggota rizab Jawatankuasa Pusat, pengetahuannya mengenai komunisme dianggap sangat teguh. Atas kegigihan, keyakinan dan dedikasinya memperjuangkan komunisme, dia dihormati kesemua anggota Unit Penggempur Keenam dan juga anggota-anggota komunis lain dalam parti. Menurut pengakuan Chong Chor, Unit Penggempur Keenam Parti Komunis Malaya (PKM) telah kehilangan seramai 168 anggota sejak penubuhannya pada 1 Oktober 1973 iaitu 83 orang ditembak mati pihak keselamatan, 27 lagi mati atas sebab-sebab lain, 38 ditangkap dan 20 lari meninggalkan unit itu.

Generasi muda rakyat Malaysia hari ini perlu lebih faham dan jelas tentang pengganas komunis dan perjuangannya serta tindakannya untuk menjahanamkan negara kita. Ingatlah betapa sengsara hidup datuk nenek moyang kita dahulu di Tanah Melayu. Kekejaman komunis ini sebenarnya melangkaui isu kaum dan anda harus ingat, komunis membunuh bukan sahaja kaum Melayu tetapi juga kaum Cina yang tidak menyokong mereka.
#Kredit Xpost Radikal
Copy and paste : FB Pecinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan
14 Jun 2019 : 11.11 pm

Thursday, 13 June 2019

THE FOUR MAZHAB

1. Imam Abu Hanifah - Kufa, Iraq (80-148H)
2. Imam Malik – Madinah, Saudi Arabia (93-179H)
3. Imam Ash-Shafi’i – Gaza, Palestine (150-204H)
4. Imam Ahmad ibn Hanbal – Baghdad, Iraq (164-241H)

5. Imam Bukhari – Bukhara, Uzbekistan (194-256H)
6. Imam Abu Dawud – Sistan, Iran/Afghanistan (202-275H)
7. Imam Muslim – Neyshabur, Iran (204-261H)
8. Imam ibn Majah – Qazwin, Iran (209-273H)
9. Imam At-Tirmidhi – Termiz, Uzbekistan (209-279H)
10. Imam An Nasai – Nasa, Turkmenistan (215-303H)

40 GREAT STUDENTS OF IMAM ABU HANIFAH.
Imam Abu Hanifah had thousands of students. Imam Abu Yusuf, Imam Muhammad and Ibn Mubarak were the most famous students of Imam Abu Hanifa. Imam Abu Hanifah had a council of 40 students who lived and studied in his academy. He has reportedly spoken on 83,000 juristic issues.
Whenever an issue came to the attention of Imam Abu Hanifah’s council they used to discuss the matter for months and reach a conclusion based on the consensus. The council used to resolve the problems of the community, they were unlike some of the scholars today who are harsh and send people away.
They used to “speculate” and “assume” issues and then passed Fatwa’s on them. The Fiqh of Imam Abu Hanifah is compatible and applicable to modern times.
28 of Imam Abu Hanifah’s students became judges in different towns, cities and provinces and 8 became Imams, capable of passing legal rulings according to the Qur’an and Sunnah.
The 40 Students of Imam Abu Hanifah and the Ulama of the founding Hanafi School:
1. Imam Zufar (d.158H)
2. Imam Malik bin Mighwal (d.159H)
3. Imam Dawood Taa’ee (d.160H)
4. Imam Mandil bin Ali (d.168H)
5. Imam Nadhar bin Abdul Kareem (d.169H)
6. Imam Amr bin Maymoon (d.171H)
7. Imam Hiban bin Ali (d.173H)
8. Imam Abu Ismah (d.173H)
9. Imam Zuhayr bin Mu’aawiyah (d.173H)
10. Imam Qaasim bin Ma’n (d.175H)
11. Imam Hammad bin Abi Hanifah (d.176H)
12. Imam Hayyaaj bin Bistaam (d.177H)
13. Imam Shareek bin Abdullah (d.178H)
14. Imam Aafiyah bin Yazeed (d.180H)
15. Imam Abdullah ibn Mubarak (d.181H)
16. Imam Abu Yusuf (d.182H)
17. Imam Muhammad bin Nuh (d.182H)
18. Imam Hushaym bin Basheer Sulami (d.183H)
19. Imam Abu Sa’eed Yahya bin Zakariyyah (d.184H)
20. Imam Fudhayl bin Iyaadh (d.187H)
21. Imam Asad bin Amr (d.188H)
22. Imam Muhammad bin Hasan as Shaybani (d.189H)
23. Imam Ali bin Mis’ar (d.189H)
24. Imam Yusuf bin Khalid (d.189H)
25. Imam Abdullah bin Idrees (d.192H)
26. Imam Fadhl bin Moosa (d.192H)
27. Imam Ali bin Tibyaan (d.192H)
28. Imam Hafs bin Ghiyaath (d.194H)
29. Imam Wakee bin Jarrah (d.197H)
30. Imam Hisham bin Yusuf (d.197H)
31. Imam Yahya bin Sa’eed al Qattan (d.198H)
32. Imam Shu’ayb bin Ishaq (d.198H)
33. Imam Abu Mutee Balkhi (d.199H)
34. Imam Abu Hafs bin Abdur Rahmaan (d.199H)
35. Imam Khalid bin Sulayman (d.199H)
36. Imam Abdul Hameed (d.203H)
37. Imam Hasan bin Ziyaad (d.204H)
38. Imam Abu Aasim Nabeel (d.212H)
39. Imam Makki bin Ibraheem (d.215H)
40. Imam Hammad bin Daleel (d.215H)

The pillars of this committe were Imam Abu Yusuf, Imam Zufar, Imam Dawood Taa’ee, Imam Yusuf bin Khaalid, Imam Yahya bin Zakariyyah, Imam Muhammed, Imam Abdullah ibn Mubarak and Imam Abu Hanifah himself. With regard to this committee, Imam Wakee who was the teacher of Imam Shafi’i said:
“How could there have remained any errors in this work of Imam Abu Hanifah when he had with him experts of Hadith, experts of Tafseer, experts of Fiqh, experts in Arabic… A person who has such people as companions cannot be wrong because there would always be someone to correct him if he erred”
May Allah have mercy on them all
By Mufti Afzan Hossen

SUNNI SCHOOLS OF LAW (Madhab)
Approximate distribution of the four main Sunni legal schools. Islamic law is known as the Shari'ah. The Shari'ah is based on the Qur'an and the Sunnah, and those who ascribe to different interpretations of the law pray in the same mosques with no hostility between them.
The four major Sunni schools of law, and the scholars for whom they are named, known as the four Imams, are as follows (The four Imams are often described as "founders" of the schools. However, the schools were effectively founded by their disciples and followers and did not really exist until after their deaths.
Hanafi School (named after Abu Hanifa)
Hanafites Abu Hanifa (d. 767), was the founder of the Hanafi school. He was born in Iraq. His school is considered to have more reason and logic than the other schools. Muslims of Bangladesh, Pakistan, India and Turkey follow this school.

Maliki School (named after Malik ibn Anas)
Malikites Malik ibn Abbas(d. 795) developed his ideas in Medina, where he apparently knew one of the last surviving companions of the Prophet. His doctrine is recorded in the Muwatta which has been adopted by most Muslims of Africa except in Lower Egypt, Zanzibar and South Africa. The Maliki legal school is the branch of Sunni that dominates in nearly all of Africa, except Egypt, the 'Horn' area and the East Coast countries.
Shafi'i School (named after Muhammad ibn Idris ash-Shafi`i)
Shafi'ites Al-Shafi'i (d. 820) was considered a moderate in most areas. He taught in Iraq and then in Egypt. Present Muslims in Indonesia, Lower Egypt, Malaysia, and Yemen follow this school. He placed great emphasis on the Sunna of the Prophet, as embodied in the Hadith, as a source of the sharia. Scholars have argued that it was Shafi'i who first attributed special significance to the Sunna of the Prophet as opposed to that of the early Muslim rulers and other prominent Muslims.[4]
Hanbali School (named after Ahmad bin Hanbal)
Hanbalites Ahmad ibn Hanbal (d. 855) was born in Baghdad. He learned extensively from al-Shafi'i. Despite persecution during the period of Mutazalite domination, he held to the doctrine that the Qur'an was uncreated (which the Mutazalites rejected). This school of law is followed exclusively in Saudi Arabia.
These four schools are somewhat different from each other, but Sunni Muslims generally consider them all equally valid. There are other Sunni schools of law, although many are followed by only small numbers of people and are relatively unknown due to the popularity of the four major schools; also many have died out or were not sufficiently recorded by their followers to survive. Fear that constantly adding to the law could result in distortion or in misuse or in the intrusion of human content resulted in the work of the four Imams gaining recognition as comprehensive and definitive, closing the so-called "gate of ijtihad." Subsequently, the task of jurists was to interpret the existing corpus of law, taken to be a divinely revealed code that required no supplement.
The notion that lawmaking is a purely divine task leaves both rulers and jurists with the task of interpretation, not of legislation. Innovation (bida) in matters of law or religion is considered to be heresy, while taqlid (imitation) is a virtue. Some Sunnis—inspired among by, among others, Muhammad Iqbal regard all fiqh as interpretation, and argue that even the opinions of the four Imams and of the greatest scholars of the past should not be binding on succeeding generations, since even better interpretations might be possible. In this view, the sources of the law are divine and infallible but anything written about them are the product of fallible people.
Diversity in unity
Interpreting the Shari'ah to derive specific rulings (such as how to pray) is known as fiqh, which literally means understanding. A madhhab is a particular tradition of interpreting fiqh. These schools focus on specific evidence (Shafi'i and Hanbali) or general principles (Hanafi and Maliki) derived from specific evidences. The schools were initiated by eminent Muslim scholars in the first four centuries of Islam.
As these schools represent clearly spelled out methodologies for interpreting the Shari'ah, there has been little change in the methodology per se. However, as the social and economic environment changes, new fiqh rulings are being made. For example, when tobacco appeared it was declared as "disliked" because of its smell. When medical information showed that smoking was dangerous, that ruling was changed to "forbidden."
Current fiqh issues include things like downloading pirated software and cloning. The consensus is that the Shari'ah does not change but fiqh rulings change all the time. Differences in what can and can not be consumed as halal (for example, all seafood for Malikis but only fish for Hanafis) as well as some divergence of opinion in other areas exist. The prayer ritual differs slightly across the schools.
However, it is generally considered that the four schools agree on all major issues and that where they differ, they offer probable interpretations of God's will. Difference (Ikhtilaf) is widely held to be positive, based on the oft-cited hadith, "difference of opinion in the community is a token of divine mercy."[5]
There may be scholars representing all four madhhabs living in larger Muslim communities, and it is up to those who consult them to decide which school they prefer. Each of the four schools give priority to different tools, or usul, in interpreting the law.
For example, Hanbalis are reluctant to rely on anything other than an explicit reference in the Qur'an or hadith (sunnah) which in practice leave a lot of scope for local practice, while Hanafis are probably the most open to the use of maslaha—that is, what seems to be in the public interest based on the exercise of reason.
Local custom was recognized by Muhammad. It allows rulers and governments to regulate such matters as what side of the road people drive on, who qualifies for a license, for example. Hanafi himself allowed the use of any language during prayer (which includes recitation of the opening chapter of the Qur'an), although this was later restricted to those who did not know Arabic. His original ruling was based on the opinion that what mattered was the "meaning" of the Qur'an, which can be communicated in "translation" as well as in Arabic.
Many Sunnis advocate that a Muslim should choose a single madhhab and follow it in all matters. However, rulings from another madhhab are considered acceptable as dispensations (rukhsa) in exceptional circumstances..
Copy and paste from Facebook
13 June 2019: 2.44 pm

Tuesday, 11 June 2019

KISAH UNTUK PENCARI ILMU

Ada seorang pelajar dari Indonesia menuntut ilmu di Rubath Tarim pada zaman Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri. Setelah di sana 4 tahun, pelajar itu minta pulang. Dia minta izin pulang kepada Habib Abdullah.
“Habib, saya mahu pulang saja.”
“Lo, kenapa?” tanya beliau.
“Bebal otak saya ini. Untuk menghafalkan setengah mati, tidak pantas saya menuntut ilmu, saya minta izin mau pulang.”
Habib Abdullah berkata “Jangan dulu, sabar.”
“Sudah Bib, saya sudah empat tahun bersabar, sudah tidak kuat, lebih baik saya menikah saja.”
Lalu beliau berkata “Sebentar, saya mau mengetes dulu bagaimana kemampuanmu menuntut ilmu.” pelajar itu menjawab “Sudah bib, saya menghafalkan setengah mati, tidak hafal- hafal.”

Habib Abdullah kemudian masuk ke kamar, mengambil surat-surat untuk pelajar itu. Pada masa itu surat-surat dari Indonesia ketika sampai di Tarim tidak langsung diberikan. Surat tersebut tidak akan diberikan kecuali setelah pelajar itu menuntut ilmu selama 15 tahun.
Kemudian Habib Abdullah menyerahkan seluruh surat itu kepadanya, kecuali satu surat.
Setelah diterima, dibacalah surat-surat itu sampai selesai. Satu surat yang tersisa kemudian diserahkan.
“Ini surat siapa?” tanya Habib.
“Owh, itu surat ibu saya.”
“Bacalah!”
Santri itu menerima surat dengan perasaan senang, kemudian dibacanya sampai selesai.
Saat membaca, kadang dia tersenyum sendiri, sesekali diam merenung, dan sesekali dia sedih.
“Sudah kamu baca?” tanya beliau lagi.
“Sudah ya habib.” “Berapa kali?” tanya beliau.
“Satu kali ya habib." “Tutup surat itu! Apa kata ibumu?”
“Ibu saya berkata saya disuruh mencari ilmu yang benar, bapa sudah membeli kereta baru. Adik saya sudah diterima bekerja di sini, dan lain-lain.”
Isi surat yang panjang itu dia berhasil menceritakannya dengan lancar dan lengkap. Tidak ada yang tertinggal.
“Baca satu kali kok hafal? Katanya bebal gak hafal-hafal, sekarang sekali baca kok langsung hafal dan bisa menyampaikan.” kata Habib dengan pandangan serius.
Pelajar itu bingung tidak bisa menjawab. Dia menganggap selama ini dirinya adalah seorang yang bodoh dan tidak punya harapan. Sudah berusaha sekuat tenaga mempelajari ilmu agama, dia merasa gagal. Tetapi membaca surat ibunya satu kali saja, dia langsung paham dan hafal.

Habib Abdullah akhirnya menjelaskan kenapa semua ini boleh terjadi. Beliau mengatakan:
ﻷﻧﻚ ﻗﺮﺃﺕ ﺭﺳﺎﻟﺔ ﺃﻣﻚ ﺑﺎﻟﻔﺮﺡ ﻓﻠﻮ ﻗﺮﺃﺕ ﺭﺳﺎﻟﺔ ﻧﺒﻴﻚ ﺑﺎﻟﻔﺮﺡ
ﻟﺤﻔﻈﺖ ﺑﺎﻟﺴﺮﻋﺔ

“Sebab ketika engkau membaca surat dari ibumu itu dengan perasaan GEMBIRA. Ini ibumu, coba jika engkau membaca syariat Nabi Muhammad Saw dengan bahagia dan bangga, ini adalah Nabiku, niscaya engkau sekali baca pasti langsung hafal. ”
Banyak saudara-saudara kita (atau malah kita sendiri) yang tanpa sadar mengalami yang dirasakan pelajar dalam kisah di atas. Jawabannya adalah RASA CINTA. Kita tidak menyertakan perasaan itu saat membaca dan mempelajari sesuatu, sehingga kita merasa diri kita bodoh dan tidak punya harapan berjaya.
Banyak orang merasa bodoh dalam pelajaran, tetapi puluhan lagu-lagu cinta hafal di luar kepala. Padahal tidak mengatur waktu khusus untuk menghafalkannya.
(Habib Abdullah bin Umar Assyatiriy adalah ayahanda Habib Salim bin Abdullah Assyatiriy)

Copy and paste: FB Jom Cari Ilmu dan Cintai Masjid
11 Jun 2019: 3.38 pm

PERSAMAAN SYI'AH & WAHHABI

Syiah dan Wahhabi sama-sama sesat dan berbahaya, hanya saja Syiah lebih sesat dan Wahhabi lebih berbahaya.

Syiah dan Wahhabi sama-sama bukan Ahlussunnah wal Jamaah (Aswaja), hanya saja Syiah lebih jauh dari Ahlussunah Wal Jama'ah dan Wahhabi gemar menyamar sebagai Ahlusunnah Wal Jama'ah.

Syiah dan Wahhabi sama-sama Mujassimah, hanya saja Syiah lebih moderat dan Wahhabi lebih ekstrim (tajsim). Aqidah Mujassimah meyakini Allah bertempat, dan tempatnya di langit atau Arsy, padahal langit atau Arsy adalah makhluk Allah dan mustahil Allah memerlukan makhluk yang namanya tempat.

Syiah dan Wahhabi sama-sama saling me-wahhabi-kan dan men-syi'ah-kan .  Syiah suka mewahhabikan orang dan Wahhabi suka mensyi'ahkan orang.

Syiah dan Wahhabi sama-sama punya hobi mengkafirkan, hanya saja Syiah hobi merendahkan (mengkafirkan) Sahabat Nabi dan Wahhabi hobi merendahkan (mengkafirkan) kedua orang tua Nabi.

Syiah dan Wahhabi sama-sama minoritas, hanya saja Syiah lebih banyak (sekitar 20%) dan Wahhabi lebih sedikit (kurang 1% dari total penduduk muslim).

Syiah dan Wahhabi sama-sama ahli dalam bertaqiyah, hanya saja Syiah bertaqiyah sebagai pengikut Ahlul Bait dan Wahhabi bertaqiyah mengaku Ahlussunnah wal Jamaah (sebelumnya mengaku Muwahhidun, Pemurni Tauhid, pengikut Manhaj Salaf, Atsari, Salafi).

Syiah dan Wahhabi sama-sama bermusuhan dan bahkan sampai saling mengkafirkan. Hanya saja Syiah lebih vokal dan Wahhabi lebih radikal. Tidak sedikit pengikut Syiah menghukumi Wahhabi adalah kafir dan banyak pula pengikut Wahhabi berbangga diri dengan teriakan #SyiahBukanIslam .
Itulah kenapa ulama Ahlussunnah wal Jamaah menyebut SYI'AH & WAHHABI BAGAI KOTORAN UNTA DIBELAH DUA alias mirip sekali.

Sedangkan Ahlussunnah wal Jamaah atau Aswaja berada di tengah-tengah di antara keduanya.
Aswaja adalah golongan muslim mayoritas yang beraqidah Al Asy’ariyyah atau Al Maturidiyyah, yang meyakini Allah Ada Tanpa Tempat, Tanpa Arah dan Tak Terikat Waktu sebagaimana aqidah Rasulullah SAW. Aswaja merupakan pengikut Madzhab Imam yang Empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i, Hanbali), yang mengikuti Quran dan Sunnah yang sebenar-benarnya.

Aswaja merupskan pengikut thariqoh shufiyyah jalan tasawuf yang lurus. Inilah Ahlussunnah wal Jamaah, bukan Wahhabi ngaku Salafi, bukan pula Syiah Rafidhi.

Semoga kita dan zuriyat kita dilindungi oleh Allah daripada fahaman sesat lagi menyesatkan seperti wahhabi dan syiah…….
Aamiin.

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
11/6/2019: 3.11 pm

PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 TAHUN HINGGA 70 TAHUN.

Tidak banyak orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, karena inilah saat yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia. Akhir yang baik (Husnul Khatimah) atau akhir yang buruk (Su'ul Khatimah).

ALLAH SWT juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35 -  37 berikut ini :
"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu."
(Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berpikir bagi orang yang mau berpikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang² zalim tidak ada seorang penolongpun."                                                         
Sahabat Ali R.A., Ibnu Abbas R. Anhumma dan  Abu Hurairah R.A. menjelaskan firman ALLAH SWT di atas (yang artinya) :

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir," bahwa artinya sampai mencapai usia enam puluh tahun.

▶ Sedangkan yang dimaksud 'pemberi peringatan' dalam ayat di atas menurut para ulama adalah adanya uban di rambut kepala dan 'Sang Pemberi Peringatan' yaitu Nabi Muhammad SAW. 

Rasulullah SAW juga menguatkan ayat di atas (yg artinya) : 
"ALLAH SWT memberi udzur kepada seseorang yang diakhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun." (HR Bukhari no. 6419).

Ibnu Hajar Rah mengatakan : "Makna hadits" bahwa udzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang yang mengatakan, 'Andai usiaku dipanjangkan, aku akan melakukan apa yang diperintahkan kepadaku'.

Dengan usia yang mencapai 60 tahun, maka tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah keta'atan dan KONSENTRASI PENUH UNTUK AKHIRAT ... !
Rasulullah pernah bersabda bahwa usia umatnya adalah berkisar di antara 60 - 70 tahun !
Sedikit yang berhasil melewatinya."(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Dan, "Pertarungan maut itu berada  di antara usia enam puluh tahun hingga usia tujuh puluh tahun."(HR Bukhari).  

Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi' Tabiin)  memberikan tausyiah : Barang siapa yang meyakini  perjumpaan dengan Sang Khalik, ia harus sadar bahwa ia akan ditanya. Dan siapa yang yakin hal ini, ia harus menyiapkan jawabannya,"  jelas Fudhail.

"Lalu bagaimana jalan keluarnya" ?  "Caranya mudah."  Lalu Imam Fudhail  menjelaskan tentang  teori bertaubat: 
❇ "Beribadah dan beramal solehhlah di sisa usiamu, karena ALLAH SWT sangat menyayangi terhadap hamba-Nya yang mau menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada-Nya, INSYAA  ALLAH, 
ALLAH SWT akan ampuni dosa² yang telah lalu dan berikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di Akhirat-Nya ALLAH SWT."

▶ Disaat kita sudah berumur 50 tahun atau apalagi sudah menginjak usia 60 tahun atau bahkan lebih, maka  biasakan ber-Do'a memohon perlindungan dari ketidak-berdayaan, malas, fitnah dan dijauhkan dari  siksa kubur :

“Allahuma Inni A’udzubika Minal ‘Ajzi Wal Kasali Waljubni Walharam Wa A’udzibika Minal Fitnatil Makhya Wamamati Wa A’dzubika Min ‘Adzabil Qabr”...)

Artinya :  “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah & malas, penakut & tua.  Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup & mati, aku juga berlindung dari siksa kubur".

Neraka Jahannam sepanjang hidup,  Syurga  sepanjang hidup

Jangan merasa aneh, inilah kehidupan.  Hakikatnya tak ada yang memberimu manfaat selain solatmu. 

Alam itu  aneh ???, 
Jenazah disusul dengan jenazah....,  
Kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian terus bermunculan... ada yg mati karena kecelakaan,   ada krn sakit, ada yang tiba2 mati tanpa diketahui sababnya.  Semuanya tinggalkan dunia ini dan mereka semua akan dikuburkan,  itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba,  persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.

▶ Wahai orang yang menunda Taubat dengan alasan karena masih muda, 
Kuburan bukanlah tempat untuk orang dewasa saja,
kuburan tempat manusia segala usia..

Sungguh Dunia itu hanya 3 hari :
Hari Kemarin: kita hidup disitu, dan tidak akan kembali lagi
Hari ini : kita jalani namun tak berlangsung lama
Besok: kita tidak akan tahu apa yg akan terjadi.

▶ Maka saling memaafkanlah antara saudara dan sesama, bersedekahlah..., Karena aku engkau dan mereka pasti akan pergi meninggalkan gemerlapnya dunia ini untuk selamanya ...

Ya Allah kami memohon keridhaannmu  husnulkhotimah dan beruntung dengan mendapatkan surga dan selamat dari api neraka...

Barangsiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan maka ia akan mati dengan kebiasaan itu.

Dan barangsiapa yang mati dalam suatu keadaan maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut

Jika kau sudah membaca tulisan ini kau sudah mendapatkan pahalanya, namun bila kau menyebarkannya dan orang lain mendapakan manfaat juga maka akan dilipat gandakan pahalanya

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017 
11//6/2019: 3.10 pm

Sunday, 9 June 2019

Penjagaan Makanan Selepas Pembedahan Jantung

Perlunya menjaga pemakanan dan kesihatan diri selepas pembedahan jantung … oleh Mary Easaw John Pengurus Kanan Perkhidmatan Diet
by INSTITUT JANTUNG NEGARA - The National Heart Institute of Malaysia on Monday, October 18, 2010 at 6:52pm

PEMBEDAHAN pintasan jantung CABG ialah pembedahan major yang dilakukan untuk mengatasi masalah angina sakit dada akibat kekurangan bekalan darah ke jantung disebabkan saluran darah sempit atau tersumbat. Salur darah arteri atau vena dari bahagian badan yang lain akan diambil dan dipasang sebagai saluran pintasan menggantikan salur darah yang tersumbat tadi bagi membolehkan jantung menerima bekalan darah secukupnya. Selepas pembedahan pintasan jantung lebih cepat anda sembuh kesihatan jantung dan paru paru menjadi lebih baik. Sebagai pesakit anda bertanggungjawab ke atas kesihatan sendiri .Antara tanggungjawab berkenaan ialah

* Menjaga luka pembedahan
* Mengambil ubat mengikut waktu atau jadual ditetapkan
* Mengawal dan menjaga berat badan
* Memperbaiki kesihatan jantung dan paru paru
* Menghadiri sesi rehabilitasi kardiak
* Melakukan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan

Jika pesakit mendapat zat secukupnya sebelum pembedahan keputusan pembedahan biasanya baik. Ini bermakna hasil pembedahan sangat bergantung kepada status nutrisi pesakit. Satu perkara yang andaperlu ingat kadar penyembuhan setiap pesakit berbeza dan ia ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk tahap kesihatan keseluruhan. Kehilangan selera makan berat badan susut dan sembelit adaiah isu biasa yang dialami kebanyakan pesakit dalam beberapa minggu pertama selepas pembedahan. Ini sebabnya anda perlu belajar serba sedikit mengenai ilmu pemakanan supaya anda boleh mengamalkan pemakanan berkhasiat dapat kembali bekerja dan menjalani kehidupan produktif. 

Berikut adalah beberapa panduan praktikal yang boleh membantu anda mendapat khasiat pemakanan sebaik baiknya dalam tempoh enam minggu pemulihan.

  • Makan kerap (lima hingga enam kali) tetapi dalam kuantiti sedikit.Badan anda lebih mudah menerima khasiat pemakanan berbanding anda makan banyak untuk tiga kali (makan pagi, tengah hari dan malam)
  • Ambil sedikit makanan kegemaran anda untuk merangsang selera. Contohnya sedikit nasi lemak, roti canai atau teh tarik. Pastikan kuantiti diambil adalah kecil.
  • Makanan yang kaya nutrien atau zat sangat penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan merangsang kesihatan anda.
  • Antara cara yang boleh memperkayakan makanan anda ialah perkayakan makanan dengan lebih kalori. 
  • Sapu jem madu kaya atau mentega kacang pada roti atau biskut kraker
  • Tambah kismis atau kekacang pada oat atau emping jagung yang dimakan bersama susu
  • Tambah lebih minyak atau marjerin pada nasi atau bihun ketika menyediakan makanan
  • Memperkayakan makanan dengan protein
  • Masukkan susu penuh krim pada minuman telur hancur, sup atau bubur kacang
  • Tambahkan ayam, ikan, ikan bilis, daging atau tauhu pada hidangan sayur sayuran dan bubur
  • Kalori daripada cecair lebih mudah diambil terutama ketika anda kurang sihat. Contohnya; Susu susu soya minuman yogurt dan minuman bersusu seperti air bandung, lassi manga, jus buah. Minuman bermalta dengan atau tanpa bijirin, Minuman tambahan yang diperkaya khasiat boleh dibeli di farmasi atau hospital
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengawal tekanan darah dan mengelak masalah retensi air (berlebihan air dalam badan)
  • Pilih satu saja sama ada garam atau sos soya ketika memasak
  • Elak menggunakan monosodium glutamate (MSG)
  • Kurangkan pengambilan makanan berproses contohnya makanan dalam tin, sosejdan mi segera
  • Ikan masin, sayur jeruk, telur masin, asam dan kerepek mengandungi banyak garam. Ia perlu dikurangkan atau dielakkan sekurang-kurangnya dalam tempoh penyembuhan

* Untuk pesakit yang ada kencing manis
o Periksa paras gula anda dengan glucometer dengan kerap atau pergi ke klinik terdekat untuk jalani pemeriksaan
o Hadkan pengambilan makanan dan minuman bergula kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah sukar dikawal
o Beli minuman tambahan dari farmasi. Jika tidak tahu tanya ahli farmasi jenis minuman yang sesuai untuk anda

Pesanan penting.

* Jangan ambil sebarang ubat tradisional atau persediaan herba sepanjang tempoh pemulihan Ini kerana kesan ubat tradisional atau herba tidak diketahui dan ia mungkin boleh berinteraksi dengan ubat yang diberi doktor. Anda boleh ambil pil multivitamin jika perlu.
* Nasihat untuk pasangan atau ahli keluarga pesakit. Beri kerjasama dan bertolak nsur dalam soal makanan dalam tempoh ini . Jika anda tidak pasti makanan apa yang sesuai dihidangkan berbincanglah dengan pakar pemakanan.
* Bawa pasangan dan ahli keluarga untuk rawatan susulan di klinik pesakit luar selepas enam minggu bagi mendapat pelan pemakanan lebih terperinci. 

Jika ada pertanyaan mengenai pemakanan anda boleh hubungi talian 03 26178248 atau 2600 6596. Setiap sesi konsultasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit Bantuan daripada pakar pemakanan akan memudahkan anda menyediakan makanan yang berkhasiat tetapi masih enak.

Sumber:

9/6/2019: 7.51 pm

KD HANG TUAH (F433 DAN F76)



Terdapat 2 buah kapal yg dinamakan KD Hang Tuah dalam perkhidmatan TLDM dari 1964 sehingga kini.
1. KD Hang Tuah F433
- siap dibina pada tahun 1944
- kapal ini adalah jenis friget kelas "Loch"
- semasa dlm Royal Navy dinamakan HMS Loch Insh (K433)
- dibeli pada 1963 dan ditauliah sebagai KD Hang Tuah (F433) pada 2 Oklober 1964
- semasa konfrontasi ia mengawal perairan Tawau, Sabah
- dijadikan kapal latihan pada 1971
- dilupuskan (scrap) pada 1977
- berat 1,435 tan, panjang 93.8 meter, lebar 11.8 meter
- kelajuan 20 knot
- krew 114
- senjata 1 x meriam QF 4" Mark V, 4 x QF 2 pounder, 4 x 20mm Oerlikon, 2 x Squid (3 barel) mortar anti-kapalselam.


2. KD Hang Tuah F76
- dilancarkan pada tahun 1966
- kapal friget kelas Type 41/Type 61
- asalnya dibina utk Tentera Laut Ghana (akan dinamakan Black Star) tapi dibatalkan atas faktor kos pembinaan yg meningkat
- ditauliahkan didalam Royal Navy pada 1973 sebagai HMS Mermaid (F76)
- diperoleh TLDM pada April 1977 bagi menggantikan KD Hang Tuah yg pertama
- dijadikan kapal latihan pada 1992
- pada 1995 hingga 1997 dibaikpulih dan penggantian enjin baru serta meriam utama digantikan dgn 57mm Bofor
- berat 2,300 tan, panjang 103.5 meter, lebar 12.2 meter
- kelajuan 24 knot
- krew 210
- senjata 1 x 57mm Bofors, 2 x 40mm Bofors

Copy and paste: FB Veteran Tentera Laut
9 June 2019 : 7.03 pm

Saturday, 8 June 2019

TOKOH SEJARAH - RAJA CHULAN

Pernah dengar Jalan Raja Chulan kat Kuala Lumpur? Hari ini kami nak cerita sikit pasal Raja Sir Chulan, Raja Di-Hilir Perak yang bukan calang-calang orangnya.
Raja Chulan dilahirkan pada 1 Julai 1869 di Tanjung, Brambong. Raja Chulan mendapat pendidikan awal di Malacca High School dan kemudiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Raja Chulan merupakan orang Melayu malah Malaysia pertama yang menjadi anggota penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan British (Malayan Civil Service) MCS pada tahun 1890.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai ahli Federal Law Committee pada 1924 di mana Raja Chulan merupakan individu bertanggungjawab mendesak British menerima lebih banyak orang Melayu menyertai pentadbiran kerajaan MCS.
Raja Chulan juga lantang dalam isu-isu lain disepanjang pentabiran British di Negeri-Negeri Melayu. Baginda tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan ketika itu untuk mengenakan cukai import petrol dan minyak tanah kerana ianya akan membebankan rakyat bawahan.
Pesuruhjaya Tinggi British Sir Cecil Clementi pernah menyebutkan bahawa, tiada orang Melayu di zaman moden ini yang melaksanakan tugas dengan baik bagi negara dan rakyatnya berbanding Raja Sir Chulan.
Raja Chulan merupakan perintis (trendsetter) kepada penjawat awam orang Malaya di zaman British. Tidak keterlaluan jika Raja Chulan diberi gelaran Bapa Penjawat Awam Malaysia kerana beliau merupakan orang Malaysia pertama yang menjadi penjawat awam dalam pentadbiran British.
Dalam mesyuarat persekutuan 1931, Raja Chulan mencadangkan pembetukkan Rejimen Askar Melayu untuk meransang semangat cintakan negeri oleh orang Melayu. Raja Chulan juga seorang peminat kereta dan merupakan individu pertama di Malaya yang menggunakan kenderaan tanpa nombor pendaftaran tetapi cuma tulisan ‘Raja Di-Hilir’ sahaja di kereta baginda.
Raja Chulan dianugerahkan Highest Order of the British Empire KBE Knighthood yang membawa gelaran Sir oleh King George V pada tahun 1930.
Terima Kasih Raja Chulan!
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
8 June 2019 : 4.23 pm