Tuesday, 9 October 2018

NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND : 9 OKTOBER 2018

Sambungan dari:
NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND: 8 OKTOBR 2018

Hari terakhir di New Zealand.
Semua anggota rombongan Check Out Motel jam 10.00 pagi untuk melawat sekitar Auckland sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 

CORNWALL PARK
Cornwall Park di Auckland ialah sebuah taman yang direka untuk tujuan rekreasi. Ianya terkenal dengan rekabentuk lanskapnya dengan pelbagai jenis-jenis pokok matang. 
Sir John Logan Campbell, Datuk Bandar Auckland pada tahun 1901 adalah penduduk Auckland sejak 1840. Beliau telah mengamanahkan Cornwall Park seluas 230 ekar sebagai Amanah Persendirian pada 10 Jun 1901. 





  






ONE TREE HILL
One Tree Hill adalah Puncak Gunung Berapi dengan ketinggian 182 meter (597 kaki) di Auckland. One Tree Hill terletak bersebelahan dengan Cornwall Park. 
Di atas puncak bukit terdapat sebuah obelisk iaitu Tugu Peringatan untuk kaum Maori. Terdapat sebuah patung Pahlawan Maori dihadapan Tugu itu. 
Dibawah obelisk itu terdapatnya kubur Sir John Logan Campbell yang telah yang telah menyumbangkan 5000 pound untuk obelisk itu. 






  


Selesai lawatan ke Cornwall Park dan One Tree Hill, rombongan dibawa bersiar-siar ke Bandar Auckland sebelum berangkat ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. 



  
  

Demikianlah berakhirnya lawatan rombongan Kembara Sufi Travel and Tours ke Northern Island New Zealand, banyak kenangan manis serta pengajaran telah dapat dikongsikan bersama oleh setiap anggota rombongan. 
Semoga hubungan erat setiap anggota rombongan akan terus berkekalan dan tidak berakhir di sini sahaja... Aamiin. 






Rombongan bertolak dari Auckland jam7.30 petang waktu New Zealand dan tiba di Tanahair pada jam 3.45 pagi. 

CENDERAHATI DARI NEW ZEALAND




Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
9/10/2018: 10.57 p.m

Monday, 8 October 2018

NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND : 8 OKTOBER 2018

Sambungan dari:
NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND: 7 OKTOBER 2018

Selesai sarapan pagi, rombongan dibawa terus ke bandar Hamilton, sebuah bandar di daerah Waikato.
Perjalanan dari Taupo ke Hamilton adalah sejauh 152 km dan mengambil masa perjalanan 1 jam 53 minit. 



Berposing dulu sebelum bertolak ke Hamilton

HUKA FALLS
Huka Falls adalah rangkain air terjun yang merupakan sebahagian daripada Waikato River iaitu sungai yang terpanjang di New Zealand ni. Waikato River berpunca dari Lake Taupo, yang juga merupakan tasik yang terbesar di negara ni. Isi padu air yang mengalir disini ialah sebanyak 220,000 liter sesaat. 
Disini juga terdapat satu spot yang digelar Ice Blue Snow White dimana airnya berwarna putih kebiru-biruan, memang sungguh cantik. 



  

  




  


HAMILTON GARDEN
Taman Botani Hamilton seluas 58 hektar ini mempunyai keterampilan Hortikultural dan imaginasi. Tertetak di tebing Sungai Waikato merupakan sebuah taman tarikan pelancong yang paling popular di Wilayah Waikato. Ianya telah berjaya menarik lebih dari 1 juta pelancong dan menganjurkan lebih dari 2,000 acara setahun. 








HAMILTON JAMIA MOSQUE
Rombongan kemudian melawat ke sebuah masjid yang terdapat di Hamilton iaitu Masjid Jamia Hamilton. 







Selesai lawatan, rombongan dibawa kembali ke Auckland untuk istirehat di Airport Kiwi Motel. 

Selesai Sesi lawatan untuk 8 Oktober 2018. 
Bersambung ke:
NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND: 9 OKTOBER 2018

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
8/10/2018: 10.04 p.m