Monday, 13 August 2018

SOLAT CUKUP 5 WAKTU TAPI MALAIKAT TETAP SERET KE NERAKA KERANA MELAKUKAN INI...

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?”

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

“Siapakah anda?”

Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda”

“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

“Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!”

“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

“Awak ingatkah itu semua??”

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…

Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan
mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi….

(-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)
Copy and paste
13 Ogos 2018 : 10.43 pm

LGBT DALAM PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM

“Dan Nabi Lut juga (Kami – [Allah – Tuhan yang Maha Esa] utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.” 
(Qur’an, Surah al-A’raf – 7:80-84)

Apabila kita membicarakan tentang isu-isu berkaitan LGBT, Islam sering mendapat kecaman hebat daripada ramai orang-orang bukan Muslim kerana ajarannya yang tidak “mesra” LGBT. Namun, hakikatnya, ramai yang telah terlepas pandang bahawa Islam sebenarnya bukanlah satu-satunya agama yang menentang sebarang perlakuan LGBT.
[Agama Yahudi]
Kisah Nabi Lut AS dan kaumnya yang mengamalkan hubungan sejenis turut terukir dalam kitab Taurat sepertimana yang terdapat pada hari ini, meskipun dalam versi cerita yang sedikit berbeza dengan apa yang diceritakan di dalam al-Qur’an;
“Apabila dua malaikat itu tiba di Sodom pada petang itu, Lot sedang duduk di pintu gerbang kota. Sebaik sahaja dia nampak mereka, dia bangun dan pergi berjumpa dengan mereka. Dia bersujud di hadapan mereka dan berkata, “Tuan-tuan, sila singgah di rumah saya. Tuan-tuan dapat membasuh kaki dan bermalam di rumah saya. Jika mahu, esok tuan-tuan dapat bangun awal dan meneruskan perjalanan.” Tetapi mereka menjawab, “Terima kasih, tetapi kami akan bermalam di sini saja, di padang kota.” Lot mendesak mereka, maka akhirnya mereka masuk bersama dengan dia ke dalam rumahnya. Lot menyediakan hidangan lazat dan membakar roti secukupnya, lalu mereka makan.
“Sebelum para tetamu itu tidur, orang Sodom mengepung rumah itu. Semua orang lelaki di kota itu, baik yang tua mahupun yang muda berada di situ. Mereka memanggil Lot dan bertanya, “Di manakah orang yang datang bermalam di rumahmu? Serahkan mereka kepada kami, supaya kami dapat bersemburit [berhubungan seksual] dengan mereka!” Lot keluar dari rumahnya lalu menutup pintu. Dia berkata kepada orang Sodom di situ, “Saudara-saudara, saya mohon, janganlah lakukan perbuatan sejahat itu! Dengarlah, saya mempunyai dua orang anak perempuan yang masih dara. Biarlah saya serahkan mereka kepada kamu, dan kamu boleh melakukan apa saja terhadap mereka. Tetapi janganlah apa-apakan tetamu saya, kerana saya wajib melindungi mereka.” Tetapi mereka berkata, “Pergi! Engkau orang asing mahu mengarah kami? Pergi! Jika tidak, kami akan mengajar engkau lebih berat daripada mereka.” Kemudian mereka menolak Lot dan maju untuk memecahkan pintu. Tetapi kedua-dua tetamu itu menghulurkan tangan dan menarik Lot masuk ke dalam rumah, lalu menutup pintu. Selepas itu mereka membutakan semua orang yang berada di luar, sehingga orang ramai itu tidak dapat mencari pintu rumah.
Kedua-dua tetamu itu berkata kepada Lot, “Jika kamu mempunyai anak lelaki, anak perempuan, menantu atau sanak saudara lain yang tinggal di dalam kota ini, bawalah mereka keluar dari sini, kerana kami akan memusnahkan tempat ini. TUHAN sudah mendengar tuduhan-tuduhan berat terhadap penduduk di sini dan Dia menghantar kami untuk memusnahkan kota Sodom.” Kemudian Lot memberitahu kedua-dua orang bakal menantunya, “Lekaslah keluar dari sini, kerana TUHAN akan memusnahkan tempat ini.” Tetapi mereka menyangka Lot bergurau sahaja. Pada waktu subuh, malaikat-malaikat itu mendesak Lot supaya lekas berangkat. “Cepatlah,” kata mereka. “Bawalah isterimu dan kedua-dua orang anak perempuanmu, dan pergilah dari sini, supaya kamu tidak mati apabila kota ini dimusnahkan.” Lot berlambat-lambat, tetapi TUHAN mengasihani dia; oleh itu kedua-dua tetamunya memegang tangan Lot, isterinya, serta kedua-dua orang anak perempuannya, dan membawa mereka ke luar kota. Selepas itu satu daripada malaikat itu berkata, “Larilah, selamatkanlah diri kamu! Jangan menoleh, dan jangan berhenti di lembah. Larilah ke pergunungan supaya kamu tidak terbunuh!” Tetapi Lot menjawab, “Janganlah suruh kami lari ke pergunungan. Memang tuan sudah banyak menolong saya dan menyelamatkan saya, tetapi pergunungan itu terlalu jauh. Jangan-jangan bencana akan menyusuli saya dan saya akan mati sebelum tiba di sana. Lihat, ada kota kecil yang tidak jauh dari sini. Benarkanlah saya lari ke sana supaya selamat.” Malaikat itu menjawab, “Baiklah, aku tidak akan memusnahkan kota itu. Cepat! Larilah! Aku tidak dapat berbuat apa-apa sebelum kamu sampai di sana.” Oleh sebab Lot mengatakan kota itu kecil, maka kota itu dinamakan Zoar.
Matahari sedang terbit ketika Lot tiba di Zoar. Tiba-tiba TUHAN menurunkan hujan belerang yang berapi ke atas Sodom dan Gomora. Kedua-dua buah kota itu dimusnahkan, termasuk seluruh lembah dan semua tumbuh-tumbuhan serta penduduk di situ. Tetapi isteri Lot menoleh, lalu dia berubah menjadi tiang garam.”
(Taurat, Bareshit 19:1-26)
Kitab Bareshit (dan keseluruhan Taurat) juga merupakan sebahagian daripada Perjanjian Lama dalam Bible/Alkitab, kitab suci agama Kristian. Maka ianya juga merupakan satu kisah yang turut diyakini oleh umat Kristian. Disebutkan lagi dalam kitab Taurat;
“Janganlah engkau tidur dengan lelaki sebagaimana caranya orang-orang bersetubuh dengan perempuan, kerana itu suatu perkara yang keji.”
(Taurat, Wayiqra 18:22)

Perlakuan homoseksual merupakan sesuatu yang amat berat sehingga ajaran kitab Taurat memperuntukkan hukuman yang begitu berat – yakni hukuman mati;
“Jika seorang lelaki bersetubuh dengan seorang lelaki lain, mereka melakukan perbuatan yang hina dan menjijikkan. Mereka berdua mesti dihukum mati; mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri.” 
(Taurat, Wayiqra 20:13).

[Agama Kristian]
Sepertimana Islam, agama Kristian berdasarkan ajaran kitab sucinya, Bible/Alkitab, adalah agama yang begitu keras menentang sebarang perlakuan LGBT. Perkara ini bukan hanya didukung oleh ajaran-ajaran dalam bahagian Perjanjian Lama (yang juga merupakan kitab suci dalam agama Yahudi) kitab Bible/Alkitab (sepertimana yang telah disebutkan dalam kitab Taurat), tetapi turut didukung oleh ajaran-ajaran dalam bahagian Perjanjian Baru, malah oleh tokoh kedua terpenting dalam agama Kristian sendiri – Paulus;
“...Wanita melakukan hubungan jenis dengan sesama wanita, dan hal itu tidak sepatutnya dilakukan. Begitu juga halnya dengan lelaki; mereka tidak lagi melakukan hubungan jenis dengan wanita, melainkan berahi terhadap sesama lelaki. Lelaki melakukan hubungan jenis dengan sesama lelaki, dan hal itu memalukan. Oleh itu mereka menerima hukuman yang setimpal dengan dosa mereka.” 
(Bible, Roma 1:26-27)

“Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak melakukan kehendak TUHAN tidak akan menikmati Pemerintahan TUHAN [Syurga]. Janganlah tipu diri kamu sendiri. ...orang homoseksual, atau yang mencuri,...mabuk... – orang-orang seperti itu tidak akan menikmati Pemerintahan TUHAN [Syurga].” 
(Bible, 1 Korintus 6:9-10)

[Agama Hindu]
Secara umumnya, penganut Hindu mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang perbuatan LGBT – ada yang menolak, ada yang menyokong dan ada yang bersifat neutral. Kitab perundangan agama Hindu, Manusmriti misalnya memandang perbuatan homoseksual sebagai sesuatu yang harus disucikan dan menyeru mereka yang melakukannya untuk mandi membersihkan diri mereka;
“Mana-mana lelaki dvija (golongan berkasta Brahmin, Ksatria dan Vaisya) yang melakukan hubungan luar tabii dengan lelaki lain,... haruslah mandi dengan mengenakan pakaiannya.” 
(Undang-Undang Manu 11:175)

[Agama Buddha]
Kitab-kitab agama Buddha, selain mengenalpasti dua jantina lelaki dan perempuan, turut mengenalpasti dua golongan manusia dengan kecelaruan jantina, iaitu; ‘ubhatobyanjanata’ (khunsa) dan ‘pandaka’ (secara harfiahnya, ‘tiada telur’ – istilah yang biasanya digunakan bagi merujuk kepada lelaki lembut). Dalam padanan dunia moden pada hari ini, dua golongan ini amat berkait rapat dengan golongan LGBT.
Sebagai satu agama yang begitu mementingkan kehidupan monastik (dengan menjadi sami) sebagai satu jalan untuk mencapai Nirvana (pembebasan daripada kitaran kelahiran semula / kebahagiaan abadi), teks Buddha menjelaskan bahawa seseorang ‘pandaka’ tidak layak untuk ditahbiskan sebagai seorang sami, sebagaimana kata-kata Sang Buddha dalam kitab Pali (Tipitaka) – Vinaya Pitaka;
“Ketahuilah para bhikkhu [sami], bahawa seseorang pandaka itu tidak boleh ditahbiskan (sebagai seorang bhikkhu). Janganlah kalian mentahbiskan mereka, dan mereka (pandaka) yang telah ditahbiskan, haruslah ditarik kembali pentahbisannya.” 
(Petikan daripada Mahakandhaka – Mahavagga, Pabbajja)

Haruslah kita tahu bahawa Sang Buddha tidak memperincikan jenis pandaka yang dilarang untuk menyertai Sangha (komuniti sami), tetapi menyebutkan ‘pandaka’ secara umumnya, lantas merujuk kepada semua jenis ‘pandaka.’
[Kepercayaan Masyarakat Cina]
Masyarakat Cina secara tradisinya, begitu mementingkan zuriat keturunan, sebagai pewaris dalam jalur kekeluargaan. Meng Zi (孟子 Mencius), seorang tokoh, sarjana dan ahli falsafah paling berpengaruh dalam peradaban bangsa Cina selepas Konfucius (Kong Zi), dalam mengajarkan tentang falsafah ‘Xiao’ (孝 ketaatan kepada ibu bapa) yang merupakan falsafah teras dalam Konfucianisme, pernah menyebutkan dalam kitabnya;
“Adanya tiga perkara yang bertentangan dengan ketaatan kepada ibu bapa (iaitu menderhakai ibu bapa), dan tidak mempunyai zuriat keturunan merupakan hal yang paling utama.” 
(Meng Zi, Li Lou Shang 离娄上 – 4A:26)

Jelasnya, hubungan homoseksual tidak akan dapat menghasilkan anak secara naturalnya. Maka ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip falsafah Konfucianisme yang menjadi teras dalam tamadun bangsa Cina.
Tradisi masyarakat Cina, terutamanya ajaran Dao, sering menjelaskan segala perkara dengan berpasang-pasangan, ertinya, dua perkara yang saling bertentangan antara satu sama lain tetapi pada masa yang sama, saling melengkapi, misalnya – ‘yin’ dan ‘yang’ (阴阳), gelap dan terang, malam dan siang, dingin dan panas, dan semestinya – perempuan dan lelaki. Perkara ini juga jelas disebutkan di dalam al-Qur’an bahawa segala ciptaan Tuhan itu berpasangan;
“Dan segala sesuatu Kami [Allah – Tuhan yang Maha Esa] ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” 
(Qur’an, Surah adh-Dhariyat – 51:49)

Sebagaimana Tuhan tidak menciptakan siang dengan siang, atau gelap dengan gelap; begitu juga, Tuhan tidak menciptakan lelaki dengan lelaki, atau perempuan dengan perempuan. Sebagaimana kita memahami ‘siang dengan siang’ (siang selamanya di seluruh alam tanpa malam di mana-mana bahagian alam ini) sebagai sesuatu yang luar biasa, begitu juga haruslah kita fahami bahawa ‘lelaki dengan lelaki’ atau ‘perempuan dengan perempuan’ bukanlah sesuatu yang normal.
Melihat kepada hukum dan unsur alam lagi, seperti magnet (besi berani) misalnya, dua magnet dengan dua kutub yang berbeza akan saling menarik antara satu sama lain, manakala dua magnet dengan dua kutub yang sama akan sentiasa menolak antara satu sama lain. Begitulah perumpamaan hubungan sejenis yang tidak seimbang dengan ‘Dao’ dan hukum alam (law of nature). Maka, ‘yang dengan yang’ dan ‘yin dengan yin’ jelasnya bertentangan dengan falsafah ‘yin dan yang.’
* * *
Penulisan ini adalah sebahagian daripada petikan halaman 205-213 yang diambil daripada buku:
“TITIK PERSAMAAN ANTARA ISLAM & AGAMA LAIN”
Perbahasan lebih lanjut tentang agama-agama yang telah disebutkan tadi boleh dibaca dalam buku tersebut. Turut dibincangkan beberapa persoalan dan dakwaan seperti “hubungan sejenis itu normal kerana haiwan juga mengamalkan hubungan sejenis” dan “Islam menafikan ‘hak-hak’ kemanusiaan golongan LGBT?”
Tempahan buku boleh dibuat di;
Whatsapp: +6 013-5430843 (Klik: http://titikpersamaan.wasap.my)
Facebook Messenger: facebook.com/nobleunitypublishing
Emel: nobleunitypublishing@gmail.com

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Noble Unity Publishing.
Beli sekarang:-

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
13 Ogos 2018 : 09.05 pm

KAABAH ITU BERHALA?

Daniel Yusoff
Cemuhan Non-muslim dan murtadin terhadap kiblat umat islam. Kaabah Itu Berhala?
Assalamualaikum...Alhamdulillah dan ucapan terima kasih Abg Ngah buat rakan dalam group Bani Jawi ni sebab inform kat Abg Ngah pasal group murtadin dan kafirun (Kiub Batu Itu Berhala) yang lancang mempersenda, memaki hamun dan memburukkan islam. Abg Ngah dah balas kenyataan mereka melalui penulisan Abg Ngah. Tapi macam biasa laa depa akan konar leper kita punya fakta dan seboleh bolehnya memancing kita untuk marah dengan provokasi yang berbagai. Alhamdulillah Abg Ngah tak terpancing sikit pun dengan pojokan kata nista mereka. Inilah penulisan yang Abg Ngah up kan dalam group tersebut. Sengaja Abg Ngah kongsikan penulisan ni untuk pembacaan ahli group Bani Jawi.
Soalan: Kenapa orang islam sembah batu (Kaabah). Jadi, samalah macam orang non-muslim yang sembah berhala tu.
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, syabas saya ucapkan kepada orang yang tanya soalan dan selalu diulang untuk memancing kemarahan umat islam kononnya nak diajak berdebat. Sebab apa saya mengucapkan syabas pada depa ni? Sebab depa sebenaqnya nak ambil tahu mengenai islam. Tapi tu laa, kadang dah tahu tapi sengaja nak cari pasal. Sebab hati depa kosong dan tak tenteram sebenarnya. Hati mereka penuh dengan kebencian yang menebal. Islam bukanlah agama yang ganas, keras dan kasar, jika sesiapa yang ingin bertanya mengenai islam, insya-Allah akan dijawab dengan baik dan penuh kehormatan tanpa mempunyai kepentingan peribadi. Kerana, umat islam sudah dilatih untuk bersikap lemah lembut tidak kira pada sesiapa pun. Kepada yang non-muslim, murtadin yang ada dalam group ni.
Rakan-rakan dari non-muslim mesti terkeliru, kenapa bila orang islam beribadat, pasti mereka menghadap ke kiblat yakni Kaabah. Mereka sembah batu ke? Kata sembah Allah swt, macam cakap tidak serupa bikin sahaja. Lebih baik jadi macam kami, benda yang kami sembah tu hanya ada di depan mata kami sahaja, dekat dan lebih khusyuk. Tidak susah hendak pergi jauh-jauh sampai ke mekah untuk melihat Kaabah dan menunaikan haji. Begitulah kefahaman anda (non-muslim) terhadap kiblat orang islam. Jadi betul ke orang islam ni sembah batu (Kaabah)?
Sama sekali tidak untuk jawapan di atas, orang islam hanya menjadikan Kaabah sebagai kiblat dan tidak lebih daripada itu. Maii sini aya akan huraikan dalam bentuk perbandingan, supaya lebih jelas dan terperinci.
1. Kaabah bukan tuhan, kaabah adalah satu binaan yang dibuat daripada batu bata. Batu kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti mana juga batu hajarul aswad yang berada di sisi bangunan kaabah. Hanya sebagai tanda bahawa ummat islam menghadapnya apabila beribadat. manakala orang yang menyembah berhala percaya bahawa patungnya itu mempunyai kuasa yang tersendiri.
2. Orang islam hanya menghadap ke tapak Kaabah, bukan menyembah Kaabah. Perkataan menyembah dan menghadap adalah dua perkataan yang berbeza dari segi frasa dan makna. Maksud sembah membawa pengabdian sepenuh hati, manakala menghadap pula membawa maksud menghalakan diri ke arahnya. Sedangkan orang yang menyembah patung berhala akan menyembahnya dan percaya bahawa ia sebagai tuhan yang memberi rezeki contohnya.
3. Bukti lain bahawa umat islam hanya menghadap Kaabah sebagai tapak kiblat dan bukannya menyembah kaabah ialah, walaupun Kaabah diangkat dan dipindahkan ke KLCC atau pun tempat yang lain sebagai contoh, umat islam tetap akan menghadap ke tapak Kaabah. Manakala orang yang menyembah berhala tetap akan menghala ke arah berhala walaupun dipindahkan ke seberang jalan sekali pun.
4. Menghadap ke arah satu tapak kiblat adalah satu keajaiban dalam islam, bayangkan di seluruh pelusuk dunia terdapat berbilion umat islam, tetapi ketika beribadat umat islam hanya menghadap ke Kaabah. Ini bermakna, kaabah adalah SIMBOLIK kepada penyatuan dan titik penyeragaman ibadah umat islam hanya semata-mata untuk menyembah Allah swt yang ESA (esa dan satu adalah berbeza, esa tidak memerlukan bilangan). Manakala, orang yang menyembah patung berhala mempunyai beratus-ratus ribu patung berhala yang berbeza-beza dan mempunyai puluhan ribu mazhab.
5. Menjadi bukti ketaatan seorang muslim kepada tuhannya, Allah memerintahkan muslim agar menghadap kiblat ketika beribadah, maka kita sebagai orang islam patuh dengan arahan tersebut. Seandainya tuhan memerintahkan umat islam menghadap ke arah sebiji batu sekalipun sudah tentu umat islam akan menghadapnya, kerana umat islam adalah umat yang paling taat kepada tuhannya. Manakala orang yang menyembah berhala akan memilih patung yang dia hendak sembah mengikut kehendak diri dia.
6. Jika benar orang yang menyembah berhala menyatakan bahawa umat islam menyembah kaabah, sudah pasti umat islam akan membina sebuah replika seperti kaabah kemudian letakkannya di hadapan rumah, jadi tidak perlu umat islam pergi jauh-jauh sehingga ke mekah untuk menunaikan haji dan umrah, atau pun umat islam tidak perlu lagi menghadap ke arah kiblat, kerana Kaabah sudah berada di hadapan mata. Maka sudah pasti umat islam tidak akan melakukan perkara tersebut, kerana bukan bangunan kaabah tersebut yang menjadi kepentingan umat islam, hanya tempat suci (tapak kaabah) sahaja yang penting bagi umat islam.
7. Seperti keterangan di atas tadi bahawa Kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa atau kelebihan tertentu, kalau pun Kaabah itu ditukar dalam bentuk gambar atau lukisan, maka tidak akan ada apa-apa kesan jika kaki memijaknya, buktinya ada pada sejadah umat islam, ketika solat bukan ke sejadah itu akan diletakkan di atas lantai dan umat islam akan duduk di atasnya. Manakala orang yang menyembah berhala akan meletakkan gambar-gambar tuhan mereka di tempat tempat yang mulia dan mereka percaya bahawa gambar itu membawa tuah.
8. Rakan-rakan non-muslim dan murtadin menjawab, kami bukan menyembah patung berhala. Kami hanya menjadikan patung-patung berhala itu sebagai wasilah untuk menyembah Allah swt, tidak boleh ke? Bukan ke Allah swt itu maha kuasa tanpa ada sedikit pun kekurangan, dia tidak memerlukan sesuatu pun untuk menjadi wasilah kepadanya, malah dia menyuruh kita menyembahnya tanpa ada satu wasilah, walau pun kita seorang ahli maksiat yang melangit tinggi dosanya. Cuba fikir-fikirkan ibrah ini, kalau lah kita mempunyai isteri, tiba-tiba semasa kita pergi ke outstation untuk beberapa hari urusan kerja, isteri akan rindu pada kita dengan melihat gambar kita, tetapi dia bukan melihat gambar kita, dia melihat seorang lelaki lain yang ada dalam gambar tersebut, cuba bayangkan bagaimana perasaan kita sebagai suaminya. Cuba bayangkan pula, rakan-rakan dari non-muslim yang menyembah patung berhala, cakap pada saya berapa ratus ribu patung yang sudah kalian sembah? Terlalu banyak bukan. Adakah rindu pada pencipta alam ini, tetapi benda lain pula yang ditatapnya. Sungguh ini tidak adil.
Kesimpulan.
Saya mengajak kepada rakan-rakan dari non-muslim dan murtadin berfikir sejenak, adakah amalan ibadah kita itu betul-betul berdasarkan fitrah yang ada pada diri kita atau pun kalian hanya menipu diri sendiri tanpa ada rasa. Kita telah dihadiahkan oleh Allah swt dengan akal yang sihat dan baik, tidak kah kita terfikir kepada siapa yang sepatutnya kita sembah. Bukan ke tuhan yang hebat itu hanya ada satu (esa)? Fikirkan sejenak, pasti akan ada jawapan.
Copy and paste:
FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
13 Ogos 2018: 8.58 pm

THE CHINESE DILEMA

YE LIN SHENG pemegang PhD, Penulis buku THE CHINESE DILEMMA. Kalau tak sempat baca bukunya, baca dan sebarkanlah rumusan bukunya seperti berikut...
APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA:
1. Pandangan ini adalah dari Ye Lin- Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di: 
- Malaysia, 
- Hong Kong, 
- Australia, 
- Thailand, 
- Singapura, 
-.Britain dan 
- Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysia lah yang paling : 
- tidak bersyukur, 
- kejam, serta 
- mengkhianati perjanjian ataupun 
- tidak mahu rujuk perlembagaan Malaysia

Dalam buku Ye Lin- Sheng The Chinese Dilemma - East West Publishing, Australia, 2003, Ye Lin- Sheng menulis:
2. Pengiktirafan orang Cina: 
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang- orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat.

Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana- mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik"
3. Keangkuhan orang Cina: 
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini.

Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka.
Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina"
4. Perkauman orang Cina: 
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu.

Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial.
Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia daripada orang Melayu. Apa yang ada di minda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina. Sebab itu orang Cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini.
Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis"
5. Penghinaan orang Cina : "Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah "Menghina" terhadap orang Melayu.
Dalam dialek Cina yg tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, Bangsa yang tidak Bertamadun.. Malahan orang Cina yang memeluk Islam dikatakan telah ‘masuk Melayu’.
Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi Askar atau Polis kerana anggap itu kerja kotor dan hanya Eksklusif kepada kaum Melayu sahaja.. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan Tamadun Cina lebih tinggi berbanding Budaya dan Tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun.. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘Ketuanan orang Putih’ kerana menganggap tamadun dan Budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap Tamadun Melayu -Bumiputera."
6. Sikap negatif orang Cina : 
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan Kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka.

Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan Usahawan atau Syarikat2 Melayu.. di mana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang Cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka.
Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat"
7. Isu Tuan Rumah: 
"Siapakah Tuan Rumah Negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku Tuan Rumah, dan orang Cina dan India sebenarnya hanya
lah sbg tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat.

Orang Cina Malaysia sepatutnya berasa malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi Kerakyatan.... Akhirnya mereka cuba hendak merampas serta menindas Tuan Rumah - Bangsa Melayu. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar dan ramai.
Jika saya: Ye Lin Sheng, penulis Buku, adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan Perlembagaan dan Sosial Kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar"
8. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah oleh Cina : 
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah satu Bangsa yang bersopan santun dan kaya dengan kesabaran...

Sudahlah mereka bersusah payah Berjuang bermati- matian untuk membebaskan diri dari Jajahan Barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah pula untuk merampas dari orang Cina yang memegang kuasa ekonomi di Tanah airnya.. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana mereka sudah diberi peluang utk mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari negara China berasa malu dengan sikap Bangsa saya sendiri yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina Malaysia terlalu keras, Ekstrim serta Perkauman.
Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak lagi menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal. serta menyebarkan ideologi Komunis sehingga kini.. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang Cina Malaysia sedang Menjajah Orang Melayu... Mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata"
Rujukan Buku:
The Chinese Dilemma 
*LIN-SHENG*

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
13 Ogos 2018 : 8.50 pm

MELAYU - BANGSA TERKUAT DI DUNIA?

Hamid Addin
Kita selalu dimomokkan dengan kelemahan bangsa kita. Kononnya Melayu itu sendiri diambil daripada istilah ‘layu’, bangsa paling pemalas di dunia adalah bangsa Melayu, dan sebagainya yang menjurus kepada ke’layu’an bangsa Melayu itu sendiri.
Tetapi jika saya katakan bahawa bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang paling kuat di dunia, adakah anda percaya?
Nah, di sini saya selitkan sedikit fakta berkaitan kekuatan bangsa Melayu. Semoga kita tidak terus layu lagi.
Semua orag tahu bahawa Melaka dikuasa oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Portugis ketika itu dikepalai oleh Alfonso de Albuquerque. Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultakun Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugis pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan). Persoalannya, adakah impian Portugis tercapai?
Ya, Portugis memang berjaya memperluaskan wilayahnya serta membolot kekayaan yang melimpah ruah hasil daripada penjajahan ke atas Melaka. Namun, Portugis sebenarnya gagal dalam satu misi mereka yang paling utama, iaitu keagamaan.
Mereka gagal dalam memurtadkan masyarakat Melayu yang ketika itu begitu kuat dengan agama Islamnya. Walaupun paderi-paderi agama dibawa khas ke Melaka serta pembinaan gereja-gereja yang begitu banyak (malah gereja-gereja itu masih berdiri utuh di muka bumi Melaka), namun itu tidak langsung menggoyangkan aqidah masyarakat Melayu yang tinggal di saku.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Belanda juga sama seperti Portugis, mahu memurtadkan masyarakat Islam di Melaka. Namun ternyata usaha mereka hanya sia-sia. Akhirnya pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.
Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.
Sama seperti penjajah-penjajah sebelum ini, British juga mempergiatkan usaha dalam menyebarkan ajaran Kristian kepada umat Islam di Tanah Melayu. Dibinanya sekolah-sekolah methodist dalam usaha untuk mencucuk pemikiran pelajar-pelajar Melayu supaya beralih kepada agama Kristian. Pihak gereja juga memberi bantuan yang besar dalam membantu masyarakat Melayu yang miskin, moga-moga mereka terbuka hati untuk menerima agama Kristian. British juga cuba mahu menukar bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Takuh Melayu.
Namun? Hasilnya tetap sama, bangsa Melayu yang hebat ini tetap berpegang teguh dengan aqidah mereka serta bahasa Melayu tetap menjadi tunjuang dan asas kepada kekuatan bangsa Melayu.
Sesudah Inggeris, Jepun pula menyusul. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.
Jepun dengan tindakan rakus dan kasar mereka juga cuba untuk menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi. Usaha mereka itu nyata sia-sia. Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Komunis dalam tempoh yang singkat, iaitu selama dua minggu. Cubaan Komunis untuk menyebarkan fahaman komunisme dan atheis (tidak percaya pada tuhan) hanyalah umpama menuang air ke daun keladi, tidak berbekas langsung kepada masyarakat Melayu Islam.
Mungkin cerita di atas tidak dapat menggambarkan kekuatan bangsa Melayu secara total. Untuk memberikan keadilan dan timbang tara yang lebih sempurna, saya akan membandingkan pula bangsa Melayu yang dikatakan lemah dan layu ini dengan bangsa-bangsa yang lain yang wujud di muka bumi ini.
British seperti mana yang kita tahu, juga telah menjajah India serta Australia. Hasilnya? British berjaya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di kedu-dua negara tersebut. Agama Kristian juga telah menjadi agama rasmi di Australia sementara ramai masyarakat India telah memeluk agama Kristian. Negara-negara di benua Afrika juga terkena tempias yang sama hasil daripada penjajahan British di tanah air mereka.
Argentina dan Brazil juga menerima tamparan yang sama. Kedua-dua negara yang begitu gah dengan bola sepaknya sebenarnya juga lemah, malah tidak dapat menandingi Malaysia, atau yang lebih tepat, bangsa Melayu. Argentina yang dijajah oleh Sepanyol akhirnya menjadikan bahasa Sepanyol sebagai bahasa rasmi mereka. Kerana itu kita melihat ramai pemain-pemain bola daripada Argentina seperti Messi dapat bermain di Liga Sepanyol dengan mudah tanpa mengalami masalah bahasa.
Begitu juga Brazil yang dijajah oleh Portugal akhirnya tunduk kepada tekanan dan menjadikan bahasa Portugal sebagai bahasa rasmi bagi negara mereka.
Kita lihat pula negara China. Negara China yang kononnya gagah juga sebenarnya lemah pegangannya. Negara ini akhirnya tunduk dengan fahaman Komunisme selepas kemenangan Komunis di China yang ketika itu dimimpin oleh Mao Zedong.
Russia yang merupakan negara yang terbesar di dunia juga terkena tempiasnya. Negara kuasa besar dunia itu juga turut mengalah dan dikuasai oleh fahaman komunisme yang ketika itu tersebar dengan luasnya ke seluruh dunia.
Ketika itu, hampir separuh negara dunia menerima fahaman Komunis. Namun, antara negara yang mampu membendung fahaman ini daripada tular ialah Tanah Melayu. Harapannya moga fahaman Komunis ini terus terkubur di Malaysia baru.
Masih tidah dapat melihat dengan jelas akan kekuatan bangsa Melayu?
Baiklah, bangsa Melayu itu bukan sahaja terdiri daripada negara Malaysia, malah mencakupi Negara Indonesia, Thailand, sebahagian Kemboja serta utara Filipina.
Filipina dahulu merupakan negara Islam. Namun selepas sahaja Sepanyol menawan negara ini, habis punah aqidah Islam di sana. Agama Kristian menjadi agama rasmi. Namun, selatan Filipina masih utuh dengan keislamannya. Kenapa? Kerana mereka adalah bangsa Melayu.
Hal tersebut juga berlaku di Selatan Thailand. Walaupun mereka ditekan dengan hebatnya, namun aqidah dan tauhid mereka masih utuh di dalam sanubari. Kerana apa? Kerana mereka juga bangsa Melayu yang sama seperti kita. 
Begitu juga Indonesia yang begitu menjaga agama Islamnya walaupun dijajah dengan begitu lama oleh penjajah Belanda.
Hakikatnya, bangsa Melayu itu menjadi kuat kerana agama Islam. Bangsa lain juga tetap akan dipandang tinggi dan menjuadi kuat kerana Islam. Jika tidak kerana agama Islam, bangsa Melayu pasti tidak dimuliakan dan dipandang hina.
Moga dengan perkongsian ini, kita tidak terus bersikap lemah diri dan layu dek kerana kemeLAYUan yang ada pada diri kita. 
Ingatlah, bangsa Melayu adalah bangsa yang dipandang mulia di sisi Allah SWT hanya kerana agama Islam.
Ghostwriter & Peminat Sejarah

Copy and Paste: FB Kebangkita Bani Jawi (Nusantara)
13 Ogos 2018 : 8.45 pm

KISAH KEWUJUDAN NAGA DI NEGERI PAHANG?

Copy and paste
Oleh: Azam Ramli
FB: Kebangkita Bani Jawi (Nusantara)
Ada pun di Pahang ini ada tiga ekor Naga yang bernama Seri Gumun dan Seri Pahang di Tasik Chini dan Seri Daik yang tidak diketahui dimana lokasi.
Pada tahun 1926 sewaktu banjir besar yang menengelamkan banyak kampung-kampung di Pahang ada ramai saksi yang menyaksikan seekor naga atau ular besar menghilir Sungai Tembeling dan seterusnya mengilir Sungai Pahang hingga ke Kuala Pahang.
Dipercayai inilah Naga terakhir Sungai Pahang yang bernama Seri Daik.

Terdapat lagi dua ekor naga asing yang diberi nama Seri Kemboja dan Seri Siam yang suka menganggu kemakmuran dan keamanan Negeri Pahang.
Dikatakan naga-naga Pahang yang bernama Seri Gumun dan Seri Pahang pernah bertempur dengan dua ekor naga asing ini tetapi tewas sebab naga-naga ini ada kelas kekuatan tersendiri.

Dari segi kekuatan dan kesaktian seekor naga itu diukur dari jenis sisipnya mengikut turutan terkuat seperti berikut sisip emas, sisip perak, sisip gangsa, sisip besi dan sisip biasa.
Naga ini mempunyai pengawal-pengawalnya yang terdiri dari buaya-buaya putih.

Dari mana asalnya naga-naga ini?
Menurut yang empunya cerita ...pada zaman dahulu ada satu ilmu yang diamalkan oleh orang-orang Melayu iaitu bertapa menjadi seekor naga.
Kebanyakkan ilmu ini diamalkan oleh raja-raja dahulu di iringi pegawal-pengawalnya yang juga bertapa menjadi buaya-buaya.
Pada masa itu mereka masih berpegang teguh kepada ajaran Hindu. Tujuannya ialah untuk menjadi kuat dan menjadi seorang yang digeruni bagi menjaga negeri masing-masing.
Pertapaan menjadi seekor naga ini akan memakan masa selama seratus tahun untuk mereka mendapatkan sisik emas.

Dalam masa 25 tahun pertama mereka akan mendapat sisik besi.
25 tahun kedua akan mendapat sisik gangsa.
25 tahun ketiga akan mendapat sisik perak.
Akhirnya bila sampai 25 tahun keempat iaitu apabila genap seratus tahun tahun pertapaan itu sisik mereka akan bertukar menjadi emas.
Jangka masa pertapaan itu bukan sahaja sisik mereka akan bertukar tetapi juga mereka akan mendapat berbagai kesaktian dan kelebihan.
Badan naga ini tersangat besar dan panjang. Jika ia berenang di lautan ombak akan beralun seperti bukit.

Semasa pertapaannya itu ia telah mengalami perubahan sisiknya daripada sisik biasa kepada besi.Kemudian bertukar menjadi gangsa.Selepas gangsa ,bertukar menjadi perak .Kemudian bertukar menjadi emas apabila sampai seratus tahun.
Tempat pertapaannya adalah di gua-gua di dalam lautan atau selat, ditasik-tasik,dan ditepi sungai-sungai.Semasa pertapaannya ,seluruh badannya akan diseliputi oleh lumut dan lumpur yang amat tebal.
Disebabkan oleh badannya yang dibaluti oleh lumpur dan lumut itu maka banyaklah ikan -ikan besar dan kecil di lubuk tempat pertapaannya itu.Selama pertapaannya mereka tidak pernah bergerak atau berjalan ke sana ke mari.

Sesekali ia hanya mengerakkan badannya ...apabila ia menggerakkan badannya sedikit ...air akan berkocak dan ombak akan beralun besar. Keadaan ini terjadi tidak semena-mena...tidak ada angin...tidak ada apa-apa...air akan berkocak dengan kuat. Penduduk-penduduk dan hidupan di sekitarnya amat memahami keadaannya...Semua hidupan di dalam hutan kawasan tersebut akan menjadi kecut...dan takut sekiranya mereka akan bergerak.
Walaupun mereka mempunyai kekuatan, ia ada kelemahannya....sekiranya ia bergerak dari pertapaannya ia hendaklah bergerak pada malam hari....sekiranya hari siang ia akan menjadi batu...sekiranya ia tidak dapat kembali kepada tempat pertapaannya.Pada waktu siang ia boleh meninggalkan jasadnya dan menjadi orang biasa seperti kita.
Apabila ia mati ia akan menjadi batuan seperti gunung ganang dan pulau-pulau.Jika ia dilautan ia akan bergerak bebas tidak hari siang atau malam ia boleh ke sana-sini membawa jasadnya yang amat besar.
Seri Daik adalah yang tertua...dan telah mencapai tahap sisik emas semasa hidupnya. Pertapaan Mengikut yang empunya cerita...Seri Daik dikunci pergerakkannya dan tidak boleh bergerak-gerak sehinggalah pada masa sekarang....dikunci oleh seorang pendita (pada masa itu masyarakat menganggap orang yang berkebolehan seperti itu dikatakan seorang pendita...padahal ia adalah seorang Islam yang bertaraf wali Allah...mengunci Sang Daik dengan kalimah-kalimah Allah...sehinggalah terbentuknya beberapa sungai dikelilingi badan Seri Daik).
Orang Melayu pada masa dahulu suka mengamalkan ilmu pertapaan (ilmu agama Hindu sebelum kedatangan Islam....pendekatan adalah baik...iaitu menjaga negerinya daripada serangan musuh-musuh...yang pada masa dahulu menggunakan hikmat-hikmat sakti...dan ia adalah merupakan ilmu hitam yang mempercayai kekuatan jin-jin dan syaitan...tidak mempercayai kekuatan sang penciptanya iaitu Allah).
Dari filem Dracula Untold kita melihat bagaimana seorang putera Raja dari Eropah menguna ilmu syaitan menjadi hantu dracula melawan musuh.
Sekarang ini apa persiapan kita pemimpin-pemimpin Melayu menjaga negeri dari diserang dan diporakperandakan oleh musuh-musuh samada dari dalam dan dari luar?
Waallahu 'alam
Copy & paste
Kredit: Fadhli DS - group fb Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

Saturday, 11 August 2018

2018 - IPOH / GUA MUSANG / CAMERON HIGHLAND

PROGRAM GO RED FOR WOMEN
KG. POS BROOKE LAMA, GUA MUSANG, KELANTAN
11 OGOS 2018

Pada 10 Ogos 2018, saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (AT YJM) telah bertolak ke Gua Musang untuk program Pemeriksaan Kesihatan di Kg. Pos Brooke Lama, Gua Musang, Kelantan. 

Kami telah mengambil keputusan untuk bermalam di Gunung Rapat Ipoh kerana perjalanan dari sini ke Pos Brooke lebih selesa daripada bermalam di Gua Musang. 


Perjalanan dari pejabat kami di Kuala Lumpur ke Gunung Rapat mengambil masa 2 jam 11 minit dengan perjalanan sejauh 197 km. 

Kami menginap di Hillcity Hotel yang terletak di Jalan Gopeng, Kg. Gunung Rapat, Ipoh. 



Hillcity Hotel
227, Jalan Gopeng
Kg. Gunung Rapat
31350 Ipoh, Perak
Tel: 05-313 5555

Hotel ini merupakan mercu tanda ikonik yang sangat popular pada era 80'dan dan 90'an. Namun hotel ini telah menutup operasi selepas pandemik COVID-19. 
Ia dahulunya terkenal sebagai lokasi pilihan untuk majlis perkahwinan dan seminar kerana kedudukannya yang strategik menghadap pemandangan bandar dan berdekatan dengan Tokong Sam Poh Tong.





Gunung Rapat mengambil sempena bukit-bukit Batu Kapur yang rapat-rapat dan mempunyai gua-gua klasik didalamnya. Hampir semua gua-gua ini dijadikan penempatan kaum Cina dan tokong yang stragik untuk tujuan perlancongan. Limau Tambun dijual di sepanjang jalan berhadapan dengan Taman Soon Choon dan Taman Taufik.Kawasan Petempatan dibina kira kira pada tahun 1957.Kampung ini pernah ditadbir oleh kerajaan british . Jumlah penduduk di Gunung Rapat telah meningkat ke 3880 orang pada tahun 2010. Penduduk Cina di sini merangkumi 43% manakala penduduk melayu merangkumi 40%

Disebelah malam, kami keluar untuk makan malam di Meru Raya, Ipoh sambil bersiar-siar menikmati keindahan bandar Ipoh. 
Bandar Meru Raya terletak di utara Bandaraya Ipoh dan pekan terdekat adalah Jelapang dan Chemor. 



 Makan malam agak special kerana perut terlalu lapar setelah menempuh perjalanan jauh..malam ini makan nasi dengan kambing bakar.




Disebelah pagi 11 Ogos 2018, kami bertolak dari hotel kami di Gunung Rapat menuju ke Kg Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan.


Perjalanan dari Gunung Rapat Ipoh menuju ke Kg Pos Brooke Lama di Gua Musang mengambil masa 1 jam 25 minit dengan perjalanan sejauh 80 km. 

GUA MUSANG
Gua Musang adalah sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Negeri Pahang di selatan, Negeri Terengganu di Timur dan Negeri Perak di Barat. 
76% penduduk Gua Musang adalah Kaum Melayu dan 13% Kaum Orang Asli manakala selebihnya adalah kaum Cina dan India. 

Antara peristiwa bersejarah di Gua Musang yang paling terkenal ialah Pertempuran Sungai Semur yang berlaku pada 15 Mac 1950. Dalam peristiwa tersebut, 17 anggota tentera dari Platun ke 12, Kompeni D, Batalion ke 3 Rejimen Askar Melayu DiRaja telah terkorban dan 8 cedera dalam serang hendap pengganas Komunis yang berlaku di Sungai Semur, Gua Musang. Bagaimanapun 29 pengganas komunis telah berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut.






Foto tahun 2012 dalam perjalanan ke Kota Bharu melalui Gua Musang



POS BROOKE
Pos Brooke adalah kawasan penempatan orang Asli di daerah Gua Musang, Kelantan. 
Pos Brooke diwujudkan oleh Kerajaan British ketika era Darurat kerana ketika itu orang Asli dianggap oleh Kerajaan British dalam Rancangan Briggs sebagai kunci utama kemenangan untuk melawan komunis. Oleh itu beberapa pos telah diwujudkan ketika itu antaranya ialah Pos Telanok di Ulu Jelai,  Pos Brooke di Gua Musang dan Pos Betau di Kuala Lipis. 
Pos Brooke (Fort Brooke di zaman British) pernah menjadi kem Latihan Pasukan Perintis VAT 69 (Komando Polis) di awal penubuhannya. 

Fort Brooke mengikut catatan Roy Follows yang pernah berkhidmat di Fort Brooke pada 1954  dibina oleh pasukan Elite British, Special Air Service bersama pasukan Jungle Squad (Polis Hutan). Ia dinamakan Fort Brooke bersempena nama Pegawai Memerintah SAS British ketika itu. 



Pintu Masuk ke Kg. Pos Brooke Lama di Gua Musang, Kelantan



 Surau Al Amin Kg.Pos Brooke Lama, Gua Musang, Kelantan



Pemandangan indah dan tenang yang menyejukkan mata memandang. 









 Puan Hjh Ainon bt Kuntum, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia telah menyampaikan ceramah Kesihatan kepada penduduk Orang Asli di Kg. Pos Brooke

Antara penduduk Orang Asli yang turut hadir mendengar Ceramah Puan Hjh Ainon


  
 Bergambar kenangan bersama penduduk Orang Asli di Pos Brooke

 Cenderahati kepada Imam Surau Al-Amin, Kg. Pos Brooke Lama

Bergambar kenangan dengan  2 beradik di Kg. Pos Brooke






Selesai program di Kg. Pos Brooke, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland untuk bermalam di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya. 

Perjalanan dari Kg Pos Brooke Lama,Gua Musang ke destinasi penginapan kami di Perumahan Makmur, Cameron Highland mengambil masa 1 jam dengan perjalanan sejauh 41 km. 



Perumahan Makmur terletak di Cameron Jaya di Tanah Rata, 300 meter dari perkampungan Orang Asli. Terbanyak kemudahan Homestay disediakan di sini. 





CAMERON HIGHLAND
Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron di Negeri Pahang mempunyai ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10 darjah celcius hingga 20 darjah celcius.
Nama Cameron Highland diambil sempena nama Sir William Cameron, iaitu seorang juruukur British yang telah diarahkan oleh Kerajaan British ketika itu untuk melakukan pemetaan sempadan Pahang dan Perak pada tahun 1885.

Rujuk Sejarah Cameron Highland:
1. Wikipedia - CAMERON HIGHLAND


























Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami singgah dahulu di sebuah tempat untuk memberi peluang kepada Setaf membeli barang atau cenderahati untuk dibawa pulang.
Kami tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 4.00 petang. 

Latest Update:
14 Oktober 2023 : 10.12 pm
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL