Thursday, 26 July 2018

SYIAH KHOMEINI

Oleh Daniel Yusof
24 Julai 2018

Syiah Khomeini bukan Ahlul Bait keturunan Rasulullah: Waspada tipuan Syiah Iran. Sebenarnya Khomeini berbangsa Singh dan beragama asli Sikh.
Assalamualaikum...Selamat malam group Bani Jawi. Abg Ngah nak tanya...hangpa percaya kaa Khomeini tu adalah Ahlul Bait? Betoi kaa dia keturunan nabi. Harini Abg Ngah nak kongsi sikit pasai Khomeini yang diagungkan sesetengah orang melayu yang mengaku islam tetapi sebenarnya bermazhab Syiah. Bukti bahwa Khomaeni berasal dari India dan apa yang Abg Ngah bagitau dalam penulisan ini ada pada gambaq-gambaq yang Abg Ngah lampirkan sebagai bukti. Takut orang cakap Abg Ngah fitnah. Semoga penulisan Abg Ngah hari ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu buat semua.
Banyak orang terutama Melayu islam kita percaya bahwa Khomeini seorang Ahlul Bait. Hangpa jangan percaya. Dia merupakan orang asli India keturunan kaum beragama Sikh. Tapi betul kaa dia bukan islam. Maii kita singkap tabir hakikat Khomeini sebenaqnya. Apa asal agamanya? Hal apa lagi yang belum diketahui Muslimin tentangnya?
Keluarga Sikh Khomeini.
Ayah Khomeini ni sebenaqnya berasal dari selatan negara India yang menganut agama sikh dan ibunya adalah anak dari seorang imam di tempat peribadatan agama sikh di Kasmir. Tau dak apa maksud sikhisme itu? Sikhisme (bahasa Punjabi: ਸਿੱਖੀ) adalah salah satu agama besar di dunia yang bertolak belakang dengan islam. Agama ini berkembang terutamanya pada abad ke-16 dan 17 di India. Kata Sikhisme berasal dari kata Sikh, yang berarti “murid” atau “pelajar”.

Dan tentunya, Abg Ngah tidak sembarang karang penulisan, bahwa dia asalnya dari kaum penganut agama sikh di India. Hal ni diakui sendiri oleh Ulama syi’ah Musa Al-Musawi. Dia mengatakan pada kitabnya Al-Jumhuriyyah Ats-Tsaniyah:
“Datuk Khomaeni datang dari India sebelum 120 tahun yang lalu. Dan dia tinggal di kota Khumain di Iran. Dan ayahnya adalah Musthafa bin Ahmad dan dikenal sebagai “Singh” lahir tahun 1842 di Kashmir dari keluarga penganut agama sikh. Dan ayah Singh adalah penjual Khamr dan memiliki hubungan hangat dengan Inggris. Dan setelah dia mengenal seorang wanita muslimah yang bernama Thahirah dan dia adalah anak dari pedagang muslimin, maka dia menetapkan untuk memeluk agama islam agar dapat menikah dengan wanita tersebut. Maka keluarganya mengancam untuk membunuhnya. Maka dia lari bersama Thahirah dari Kashmir ke kota lokfo. Dan Singh masuk islam di tangan Sayyid Hamid Husain penulis Kitab ‘Aqabat Al-Anwar. Dan cucu dari pakciknya Khomaeni bernama Wud dan dia tinggal di dekat kota Srinagar ibu Kota Kashmir dan dia penanggung jawab tempat-tempat peribadatan Sikh disana. Dan inilah info-info yang dikumpulkan oleh penulis dari ulama-ulama syi’ah di Kashmir” (Al-Jumhuriyyah Ats-Tsaniyah hal. 352)
Abg Ngah lampirkan gambar kat bawah sebagai bukti di bawah.

Ada satu keterangan gambaq menggunakan bahasa Parsi. Gambaq Khomaeni di masa kecilnya sedang didukung oleh ayahnya. Diambil dari kitab “Malik Kiyan” karangan Dr. Humaid Khowajah Nushairi. Kitab depa sendiri yang bersaksi dan gambarnya jelas. Dan sebenarnya Khomaeni sendiri mengakui bahwa dia adalah seorang India. Dan ini banyak yang tidak diketahui oleh kaum Muslimin. Dia berkata sendiri dalam kitabnya Syarh Du’a Sihr bahwa dia adalah orang India. Dia menamai dirinya dengan “As-Sayyid Ruhullah bin Musthafa Al-Khomaeni Al-Hindi”. Al-Hindi adalah berasal dari India.
Begitulah Khomaeni yang bukan Ahhlul Bait. Pada awal hidupnya dia menulis risalah dan kitab dengan namanya Hindi (asal India). Kemudian tiba-tiba berubah menjadi Musawi dan kemudian memakai kain penutup kepala warna hitam. Tetapi saudaranya Khomaeni enggan untuk mengubah nasab keluarganya dari Singh menjadi Musawi. Dan dia juga enggan untuk memakai kain penutup kepala hitam. Akhirnya, Khomaeni mengurungnya hingga membunuh saudaranya.
Maka orang pertama asal India dari kaum penganut agama sikh yang menguasai Iran dan memperbudak orang syi’ah dan memut’ah wanita-wanita syi’ah sekehendak perutnya adalah Khomaeni.
Bagaimana dia dipastikan sebagai Ahlul Bait, sedangkan nasabnya saja masih sangat diragukan.

Khomaeni meletakkan simbol khas agama nenek moyangnya “sikh” sebagai simbol negara Iran. Maka sangat mirip simbol bendera Iran dan simbol bendera kaum agama sikh. Ingat naa, lambang kat bendera Iran tu bukan lambang atau perkataan Allah seperti yang kita sangka.
Bahkan ada versi lain yang menyatakan dia adalah keturunan Inggris walau India adalah tempat tinggalnya. Ayahnya bernama William Richard Williampshon. Dia lahir di kota Bristol dan ibunya seorang India Kashmir. Berita ini diambil dari salah satu kabar media dari India yang telah dikabarkan pada tahun 80-an. Jadi, macam mana Khomaeni dapat dipastikan sebagai Ahlul Bait keuturnan Nabi, sedangkan nasabnya saja tidak diakui oleh ulama syi’ah dan yang lainnya?
Dengan demikian, mengutip Abu Muntashir Al-Balusy, Pengisi Kajian Al Amiry mengatakan bahwa,
“Sesungguhnya Khomaeni tidak bernasab kepada silsilah nasab yang dikenal”.

Apa-apa pun mohon kita dijauhkan dari ajaran macam ni. Laa ni pun dok nampak dah sikit-sikit ajaran ni berkembang. Mohon Allah selamatkan anak bangsa kita dari terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua InsyaAllah.
Copy and paste:
FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
26 Julai 2018: 09.15pm


TAZKIRAH CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah. 

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya? 

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah. 

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah. Share ilmu agama , kuliah , ilmu yg bermanfaat.
Hentikanlah daripada mengadu domba, menghantar wasap berbaur fitnah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

- Ustaz Iqbal Zain -

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)
Copy and paste
Whatsapp Group Haji 2/2017
26 Julai 2018 : 09.05 pm

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

☝🏼Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

Copy and Paste :
Whatsapp Group Skot 139/80 Lumut
26 Julai 2018 : 9.01 pm

Tuesday, 24 July 2018

2018 - MQA CYBERJAYA

PROGRAM : WORKPLACE
TEMPAT : AKADEMI KELAYAKAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
TARIKH : 24 - 26 JULAI 2018





Program Pemeriksaan Kesihatan di Akademi Kelayakan Malaysia (MQA) kali ini dijalankan di pejabat baru mereka di Jalan Teknokrat 7, Cyber 5, Cyberjaya. Sebelum ini program di MQA dijalankan di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya. 

Perjalanan dari pejabat Yayasan Jantung Malaysia di Jalan Semarak ke Cyberjaya adalah sejauh 36 km dan mengambil masa lebih kurang 36 minit. 

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN), telah ditukar kepada nama sekarang setelah Kerajaan memutuskan  untuk menggabungkan LAN dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK, KPT) pada 21 Disember 2005. Ianya menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi bagi sektor awam dan swasta. 
MQA bertanggungjawab melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dalam menjamin kualiti pengajian tinggi di negara ini. 


Cyberjaya dibangunkan daripada ladang kelapa sawit seluas 2,890 hektar terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, bersebelahan Putrajaya. Ianya diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Silicon Valley di Amerika Syarikat. 
Bandar ini telah dirasmikan pada Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 




Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
24.7.2018: 12.48 pm

Saturday, 21 July 2018

2018 - KEMBARA KELANTAN - KOTA BHARU

PROGRAM PERTAMA: KOMUNITI 2018
TEMPAT: MASJID SULTAN MANSOR, JALAN SIREH, KOTA BHARU, KELANTAN
TARIKH: 21 JULAI 2018

Pada Hari Jumaat 20 Julai 2018, saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah bertolak dari pejabat kami di Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan untuk 2 program yang akan dijalankan di sana. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sejauh 430 km mengambil masa perjalanan selama 6 jam 42 minit. Kami melalui Lebuhraya Karak exit di Bentong dan kemudian melalui lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Merapoh ke Kg. Seberang Jelai terus ke Kota Bharu. 

Kami telah berhenti rehat di Hentian Rehat Gua Musang Kelantan untuk makan tengahari. 

Gua Musang terletak di Selatan negeri Kelantan. Daerah Gua Musang bersempadan dengan Pahang di Selatan, Terengganu di Timur dan Perak di arah Barat. 
Gua Musang pernah melalui zaman gelap ketika era Komunis di Tanah Melayu dahulu. Di sini pernah berlaku serangan kejam oleh Komunis pada 4 Januari 1943 dimana ramai penduduk Gua Musang dibunuh oleh Komunis. 
Di sini juga pernah berlaku peristiwa "Pertempuran Sungai Semur" pada tahun 1948 dimana 16 anggota tentera dari Batalion Ke 3 Rejimen Askar Melayu terkorban dalam serangan hendap komunis. 




Kami menginap di Diamond Hotel di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semasa program.





Diamond Hotel
PT376, Wisma Koop Guru
Jalan Pengkalan Chepa
15400 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-742 1514

Hotel pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KGMK). Berdekatan dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Stadium Sultan Muhammad IV dan Pasar Siti Khadijah. 

Kedai bersebelahan Hotel Diamond dimana saya selalu makan malam di sini.





Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan yang dibuka pada tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II. 
Dalam Sejarah, Kota Bharu ialah tapak pendaratan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua. 

Kota Bharu telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam pada 1 Oktober 2005.

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN - MASJID SULTAN MANSOR
Program Pemeriksaan Kesihatan dijalankan di Perkarangan Masjid Sultan Mansor yang terletak di Jalan Kg. Sireh, Kota Bharu Kelantan.





Dikenali juga Masjid Jamek Sultan Mansor atau Masjid Kampung Sireh siap dibina pada 1 Februari 1985 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ismail Petra pada 5 April 1985. 




 Semasa Program, kami telah dibantu oleh jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu





Seramai 105 orang penduduk berhampiran dengan Masjid telah hadir untuk menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan dari jam 9 pagi hingga 2 petang. 
Selesai program di Masjid Sultan Mansor kami pulang ke hotel kerana keesokannya ada satu lagi program akan dijalankan. 

PROGRAM KEDUA : KOLEJ 2018
TEMPAT : KOLEJ POLY TECH MARA KOTA BHARU
TARIKH : 22 JULAI 2018
Inilah adalah program kami kali kedua di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu. Kali pertama diadakan pada 26 April 2016. 



Kolej Poly Tech MARA sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Kolej Poly Tech MARA Cawangan Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1994.













Seramai 100 orang pelajar dan setaf Kolej Poly Tech MARA telah hadir untuk menjalankan pemeriksaan Kesihatan dari jam 09.00 pagi hingga jam 02.00 petang. 

Selesai program kami akan bermalam satu malam lagi di hotel dan akan meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya pada 23 Julai 2018. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat,K.L
21 Julai 2018: 2.49 p.m



Wednesday, 18 July 2018

Tempat Terjadinya Kebangkitan Islam Kedua

Akhir Zaman
Kita telah melihat hadis-hadis tentang Kebangkitan Islam kedua. Hadis-hadis itu menyebutkan janji Tuhan tentang kebangkitan Islam kedua di akhir zaman ini. Kita telah ketahui bahawa ciri-ciri zaman zekarang adalah telah memenuhi ciri-ciri akhir zaman. Kerosakan ada dimana-mana. Hampir semua aspek kehidupan manusia telah jauh dari Tuhan.
Islam sudah tidak mempunyai jati diri. Islam sudah dipandang sebelah mata oleh musuh-musuh Islam. Bukan kerana besarnya musuh-musuh Islam, tapi kerana lemahnya umat Islam itu sendiri. Kita telah ketahui bahawa banyak negara-negara Islam yang kaya raya, menjadi "ceti dunia" atau dengan kata lain negara penderma. Tapi apa yang terjadi? Mengapa Islam tidak dipandang megah? Hal itu terjadi kerana umat Islam sudah seperti buih di lautan dan telah terkena penyakit Al Wahan. Seperti hadis Rasulullah SAW:
Rasulullah SAW bersabda: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus. "Sahabat bertanya," Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat? "Sabda Rasulullah," Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut. "Sahabat bertanya lagi," Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? "Jawab Rasulullah," Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan. "Sahabat bertanya lagi," Apakah itu Al Wahan? "Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati".
Tetapi dengan keadaan seperti itu Tuhan berjanji melalui lidah Rasulullah bahawa Islam akan kembali bangkit untuk kedua kalinya di akhir zaman ini. Hadis Rasulullah SAW:
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya "Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman ".
Bagaimana pun kerosakan di dunia, Tuhan telah berjanji melalui Rasulullah SAW, Islam pasti akan kembali bangkit untuk kedua kalinya.
Di hadis lain disebutkan bahawa:
Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya: "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya: "Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?". Beliau menjawab: "Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi. "
Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda:
"Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi ". (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
Dari Tsauban RA, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Dari hadis-hadis diatas, kebangkitan Islam kedua ternyata akan bermula dari Timur. Tetapi pertanyaanya Timur sebelah mana? Jika kita melihat pola penyebaran Islam ketimur oleh para sahabat dan para tabiin, tabiut tabiin dan para pejuang-pejuang dahulu, kita akan melihat bahawa mereka bergerak kearah Timur hingga berhenti ke wilayah Asia Tenggara ini. Telah kita ketahui menurut sejarah bahawa PengIslaman Indonesia banyak dilakukan oleh saudagar-saudagar dari hujurat. Tapi sebenarnya peniaga-peniaga dari hujurat itulah utusan-utusan dari khalifah-khalifah Islam zaman itu untuk mengislamkan timur. Rasulullah memang tidak menyebutkan Timur sebelah mana. Tetapi jika kita kaji, kita lihat sejarah dengan teliti, maka kita akan dapat melihat suatu pola yang cukup memberi alasan logik mengapa Asia Tenggara adalah Timur yang dimaksudkan.
Contoh saja Jawa atau Nusantara secara umumnya. Sebelum Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama budha-hindu dan menganut kepercayaan animisme dan dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali yang langsung berasal dari timur tengah. Mereka terkenal dengan sebutan wali songo. Banyak ditemui di beberapa kawasan di Malaysia makam para wali-wali. Bahkan di daerah Barus, Sumatera Utara, ditemui makam Sahabat Rasulullah yang di nisan tersebut bernama Syeikh Rukunuddin.
Jika kita kaji lagi setelah Indonesia dijajah selama 350 Tahun oleh penjajah Belanda ketika itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara, tetapi ternyata umat Islam dia Asia Tenggara tidak boleh di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak berlaku di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang semula Islam menjadi bukan Islam. Kita boleh melihat sejarah Senegal, Mali, Nigeria dan sebagainya.
Selain itu, di tanah Nusantara ini kepercayaan terhadap Imam Mahdi sangat kuat. Mereka mengenalinya dengan nama Ratu Adil. Hal ini berkat dari para wali dan juga kitab-kitab yang ada di nusantara ini iaitu Joyoboyo, babad cirebon.
Mengapa perkara itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Rom, atau Parsi yang waktu itu menjadi Empire. Jawapannya adalah kerana mereka menagih janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahawa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kuasa dunia. Tetapi Tuhan itu semuanya melalui Kebangkitan Islam kedua.
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
18 Julai 2018 : 12.50 pm

Thursday, 12 July 2018

TRAGEDI NURI

HARI Isnin, 18 Disember 1989. Cuaca sebagaimana kebiasaan pada musim tengkujuh di Kuching, Sarawak masih tidak menentu dan beberapa kawasan rendah sudah ditenggelami air berikutan hujan lebat beberapa hari sebelumnya.
Di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Kuching pula, sebuah helikopter Nuri seawal pukul 8 pagi sudah bersedia menerbangkan 16 penumpang termasuk empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), masing-masing dua orang berpangkat Jeneral dan tiga Kolonel.
Mereka terdiri daripada
Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang (ayah kepada Kapt Shareef Mustaffa (B) Logistik.)
Panglima 3 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Hasbullah Yusuf yang lebih dikenali sebagai Bond Hasbullah (ayah kepada Maj Azril TUDM)
Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (RRD), Leftenan Kolonel Mohd. Johari Selan
Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Leftenan Kolonel Tunku Abdul Aziz Tunku Osman
Pegawai Staf Satu (Operasi) 1 Divisyen, Leftenan Kolonel Mustafa Kamal Mohd. Yusoff (ayah kepada Lt Col Fajim Juffa TUDM - Pilot)
Antara krew lain yg terkorban adalah 
AQM Ramle Kachong
Lt (U) ZuLkifLy Abu Samah
Kapt (U) Fauzi Awab 
Lt (U) Shahid

Destinasi yang dituju mereka ialah Kem Sematan untuk menghadiri majlis penutup Kursus Risik Tempur. Namun, berikutan halangan cuaca buruk, penerbangan helikopter pelbagai guna itu terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 8.50 pagi.
Penangguhan hampir sejam itu rupa-rupanya memberi petunjuk bahawa penerbangan berkenaan adalah yang terakhir buat kesemua penumpang.
Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).
Dua buah pesawat Alouette telah dikerah untuk mengesan Nuri yang membawa individu penting dalam hierarki kepimpinan ATM itu sehinggalah pencariannya menemui noktah. Ia ditemui terhempas di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer (km) ke barat laut Kuching.
Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.
Apa yg berlaku adalah sebahagian drpd rentetan tragedi pesawat tersebut :
25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.

19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.

30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth
Kerajaan Malaysia membeli 40 pesawat Nuri atau dikenali sebagai Sikorsky S61 Sea King pada 1968 daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat yang berperanan pada peringkat awal memberi bantuan logistik kepada Tentera Darat sebelum diperluaskan untuk operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan. Helikopter Nuri itu, yang mula diperkenalkan di persada antarabangsa sewaktu Perang Vietnam yang berakhir pada 1975, menggunakan dua enjin General Electric berkuasa kuda 15,000 mempunyai kelajuan maksimum 220 km sejam. Helikopter pelbagai guna seberat 3,652 kilogram itu mempunyai kemampuan membawa 21 penumpang termasuk tiga anak kapal.
..=WRA=
Copy and Paste : FB Kelab Veteran Tentera Malaysia
12 Julai 2018 : 1.08 pagi

Wednesday, 11 July 2018

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

 🔴Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat💞

Copy and paste : Whatsapp Group Haji 2/2017
11 July 2018 : 2.27 pm

Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

💧Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

💧Tahukah Anda?

Bahwa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah.*
Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

💧Tahukah Anda?

Bahwa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

💧Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran..

💧Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia.
Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahwa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari siksa kubur.

💧Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat,
maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali kematian...

💧Tahukah Anda?

Bahwa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat,* 
Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa.

Rasulullah S.A.W bersabda :*
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." 
(HR. Al-Bukhari)

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
11 Julai 2018 : 2.25 pm