Saturday, 24 February 2018

KEMBARA TURKI 24 FEBRUARI 2018 (CAPPADOCIA - ANKARA - BOLU)

Selepas sarapan pagi, rombongan bertolak ke Ankara yang merupakan ibukota Turki. Ankara ialah kota terbesar kedua selepas Istanbul. 

Perjalanan dari Cappadocia ke Ankara mengambil masa 3 jam 30 minit dengan jarak perjalanan sejauh 309 km. 






  





ATATURK MAUSOLEUM
Rombongan kemudian dibawa melawat ke Atarturk Mausoleum Cankaya, Ankara. Disini terletak makam Mustapha Kamal Ataturk , pemimpin Perang Kemerdekaan Turki dan juga Presiden pertama Turki selepas kejatuhan Kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyyah. 


















Selesai lawatan di Makam Mustapha Kamal Ataturk, rombongan meneruskan perjalanan ke Bolu, sebuah daerah yang terletak di Utara Barat Turki. 
Perjalanan dari Ankara ke Bolu mengambil masa 2 jam 53 minit dengan jarak perjalanan sejauh 216 km. 
Bolu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Hittite yang memerintah sekitar tahun 2000 SM. Ia kemudian menjadi bandar utama kepada Kerajaan Bithynia (279 SM - 79 SM). 
Semasa zaman Kerajaan Rom Purba, bandar ini dikenali sebagai Claudiopolis bersempena nama Maharaja Claudius. 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sejarah Bolu boleh rujuk ke laman Wikipedia :





HOTEL PENGINAPAN





Karpalas Hotel
Kasaplar Mahalessi
D-100 Karayolu Uzeri
14100 Bolu Merkez / Bolu
Turkey
Tel: + 90 374 254 40 40




Friday, 23 February 2018

KEMBARA TURKI 23 FEBRUARI 2018 (CAPPADOCIA)

Sambungan dari :
KEMBARA TURKI 22 FEBRUARI 2018 (PAMUKKALE-KONYA-CAPPADOCIA)

Selepas bersarapan pagi di hotel, rombongan telah dibawa untuk melawat di sekitar bandar Cappadocia. 


Aturcara Lawatan - 23 Februari 2018

UNDERGROUND CITY OF KAYMAKLI
Bandar  Gua troglodyte bawah tanah digali seawalnya di zaman Hittite ini dihubungkan melalui terowong dan bersambung antara satu bandar bawah tanah dengan bandar bawah tanah yang lain. Dikatakan terdapat lebih 100 terowong bawah tanah di sini. 

Tempat ini dibuka pada tahun 1964 yang sebelumnya dikenali sebagai Enegup. 



GEROME OPEN MUSEUM
Gerome Open Museum yang terletak di Nevsehir, Turkey adalah merupakan kesan runtuhan abad ke 4. Antara kesan runtuhan yang terdapat di sini adalah kesan runtuhan biara, gereja dan rumah yang diukir menjadi batuan gunung berapi yang lembut. 

Ia hanya 15 minit berjalan kaki (1.5km, 1 batu) dari Gerome Village Culture. Ia mengandungi potongan batu dari gereja-gereja, dengan lukisan dinding yang cantik dengan warna yang masih mengekalkan kesegaran asalnya. Muzium ini juga mempamerkan contoh seni bina batu yang unik dan teknik fresco. Muzium Terbuka Goreme tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1984, dan merupakan salah satu daripada dua tapak warisan UNESCO yang  pertama di Turki.

Kebanyakan gereja-gereja yang terdapat di sini dibina pada abad ke 10, 11 dan 12. 

PASABAG VALLEY & UCHISAR VILLAGE
Pasabag Valley terletak lebih kurang 3 km arah utara Gerome
Pasabag Valley juga dikenali dengan nama "Monk Valley" kerana ditempat ini pendeta-pendeta Kristian dahulu menjadikan sebagai tempat perlindungan dan mencari keredhaan Tuhan. 
Perkampungan Uchisar yang terletak di Uchisar Belediyesi / Nevsehir adalah sebuah perkampungan troglodyte dimana penduduk tempatan mengukir batu-batu untuk dijadikan kediaman mereka. 





















































CERAMIC SHOP



Rombongan kemudian dibawa ke Kapadokya Seramik yang terletak di Avanos. Cappadocia terkenal dengan seramik buatan tangan yang cantik. Seramik merupakan seni Turki kuno.