Sunday, 5 March 2017

PERISTIWA DI MAHSYAR

*Selalulah membaca berita-berita akhirat dan menyampaikannya...InsyaAllah akan meningkatkan keimanan kita...ini adalah perkara benar dan WAJIB kita mengimaninya dan semua kita PASTI akan melaluinya...*
*PERISTIWA DIMAHSYAR*
1) Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2) Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3) Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4) Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
5) Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6) Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7) Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8) Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9) Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10) Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11) Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12) Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13) Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
14) Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
15) 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16) Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17) Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
18) Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19) Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20) Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21) Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22) Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23) Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24) Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
25) Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26) Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
27) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28) Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29) Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30) Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
(Kitab Aqidatun Najin)
karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad AlFathani.

Thursday, 16 February 2017

2017 - PERLIS INDERA KAYANGAN / MSU COLLEGE SG PETANI

Alhamdullillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah mengabulkan doa ku selama ini untuk dapat menjejakkan kaki ke Bumi Perlis Indera Kayangan kerana Perlis adalah satu-satunya negeri di Malaysia ini yang aku belum pernah jejaki lagi... 
Dengan menjejakkan kaki ke bumi Perlis ini maka aku telah berjaya menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair dari Perlis sampailah ke Sabah...

Perjalanan kami ke Perlis bermula pada 14 Februari 2017 dari Pejabat kami di Yayasan Jantung Malaysia, Jalan Semarak , Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Perjalanan sejauh 378 km mengambil masa lebih dari 4 jam. 

Kami tiba di Sungai Petani pada jam 7 petang dan menginap di Hotel D'Vista Sungai Petani yang terletak di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani. Kami singah di Sungai Petani kerana kami ada program Pemeriksaan Kesihatan di MSU College Sungai Petani pada 15 Februari 2017. 




Ini merupakan kali kedua aku menginap di Hotel D'Vista Sungai Petani ini. Kali pertama adalah pada tahun 2014 ketika kami mengadakan program Pemeriksaan Kesihatan di Central Point Sungai Petani yang terletak tidak jauh dari hotel ini. 

Rujuk : YJM Heartweek 2014 - Central Square Sg. Petani

D'Vista Hotel
Jalan Kampung Baru
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel : 04-425 1111    Fax: 04-425 1112



Anggota Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia yang terlibat dalam Program di Sungai Petani dan Arau Perlis.

Kelihatan Komplek Beli Belah Central Point dimana kami pernah mengadakan program Kesihatan di sana pada tahun 2014.


MSU COLLEGE SUNGAI PETANI
Pemeriksaan Kesihatan di MSU College pada 15 Februari 2017 telah dihadiri oleh seramai 57 orang pelajar dan setaf. 

MSU College dulunya dikenali sebagai Kolej PTPL di Sungai Petani Kedah terletak di Jalan Bakar Arang, Taman Sentosa, Sungai Petani Kedah. Ia merupakan salah satu dari 2 kampus MSU yang terletak di Utara Semenanjung. Ianya terletak hanya 500 meter dari hotel penginapan kami. 















Setelah selesai program di MSU College Sungai Petani lebih kurang jam 2 petang, kami meneruskan perjalanan terus ke Kangar, Perlis. Perjalanan sejauh 128 km mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. 



Sepanjang di Perlis kami menginap di Hotel Federal Kangar yang terletak di Kampung Tok Peduka, Kangar, Perlis. 

Federal Hotel
Kampung Tok Peduka
01000 Kangar
Perlis
Tel: 04-976 6288



FEDERAL HOTEL, KANGAR, PERLIS




Anggota Team Awareness Yayasan Jantung Malaysia di Hotel Federal, Kangar, Perlis
15.2.2017

Pemandangan bandar Kangar di hadapan Hotel penginapan kami

Bertemu sahabat lama anggota Skot 139/80 TLDM, Musib Senawi

Yang paling menyeronokkan aku semasa di Kangar ini ialah dapat bertemu kembali dengan rakan Seperjuangan aku Skot 139/80 (TLDM) ia itu Musib Senawi yang menetap di Utan Aji, Perlis. Kami sama-sama berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia. 





KOLEJ KOMUNITI ARAU, PERLIS




Pada 16 Februari 2017, kami mengadakan program Pemeriksaan di Kolej Komuniti Arau yang terletak di Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang, Arau, Perlis. Program berlansung dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Seramai 96 orang pelajar dan setaf telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 

Kolej ini ditubuhkan pada 12 Jun 2001 dengan menjalan 2 kursus sepenuh masa iaitu Sijil Pelukis Plan Senibina dan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan). 
Pada awal penubuhan, KKAP menumpang beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara menantikan bangunan tetap di Tambun Tulang, Perlis untuk siap. Pada bulan November 2005, KKAP telah berpindah ke bangunan tetap di Jalan BN (sekarang Jalan Tengku Budriah). Pada masa itu, KKAP menjalankan tiga (3) lagi kursus sepenuh masa iaitu Sijil Komputer dan Sokongan, Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Pemprosesan Kawalan Mutu Makanan.
Selain kursus sepenuh masa, KKAP juga menawarkan kursus-kursus pendek di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).  Kursus pendek disediakan untuk manfaat komuniti bagi meningkatkan kemahiran (upskilling), melatih semula tenaga manusia (reskilling), menambahkan pengetahuan, memberi nilai tambah kepada produk/perkhidmatan dan lain-lain lagi. KKAP merupakan hab pembelajaran sepanjang hayat yang ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi kerajaan untuk memudahkan komuniti akses kepada pendidikan.













17/2/2017 - PADANG BESAR DAN KUALA PERLIS

Sepanjang di Perlis kami mendapat satu hari bebas iaitu pada hari Jumaat 17 Februari. Jadi kami mengambil peluang ini untuk berkunjung ke Padang Besar dan Kuala Perlis.  Salah satu rancangan kami adalah untuk ke Wang Kelian, namun hampa apabila kami dapati ianya telah ditutup kerana sebab-sebab tertentu. 

Dari Federal Hotel, Kangar ke Padang Besar adalah sejauh 33.4 km mengambil masa 36 minit perjalanan sahaja. 


PADANG BESAR,PERLIS
Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand. Ia bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar. 
Ia adalah merupakan destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. 




Van Yayasan Jantung Malaysia yang paling banyak berjasa kepada kami.. telah menjelajah dari Utara ke Selatan , Timur dan Barat Semenanjung. 









Dari Padang Besar, kami menuju ke Wang Kelian, namun kami merasa hampa kerana ianya telah pun ditutup kerana beberapa sebab. 


Wang Kelian merupakan sebuah bandar di negeri Perlis dalam kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran dengan bandar SatunThailand.
Wang Kelian merupakan pintu keluar antara Malaysia dan Thailand. Sejak 1992, pintu masuk Wang Kelian- Wang Prachan ini bebas untuk keluar masuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad namun kelepasan itu dibatalkan pada 1 Feb 2008 (dikembalikan pada 4 Disember 2008) dan dibatal semula pada 1 April 2015. Timbalan Menteri, Datuk Mohd Johari Baharom mahu kebebasan keluar masuk ini ditarik balik demi keselamatan negara. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Wang Kelian dikendalikan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Senjata api, barangan dagangan, rokokarakdadah dan pendatang asing mudah bolos melalui pintu Wang Kelian. Berikutan itu, Jabatan Imigresen membatalkan kelepasan yang diberikan bermula 1 April 2015 meskipun dibantah kerajaan negeri Perlis. Kerajaan negeri Perlis bercadang membincangkan isu Wang Kelian bersama Menteri Dalam Negeri berikutan aktiviti pelancongan dan ekonomi Perlis akan terjejas hasil perlaksanaan peraturan baru itu.
Menurut Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara dibuat antara Indonesia, Malaysia, Thailand pada 1992 yang membenarkan rakyat dari negara-negara sempadan dibenarkan bebas keluar masuk kerana mereka mempunyai tali persaudaraan ketiga-tiga pihak. 
Rujuk : Wikipedia - Wang Kelian
Destinasi kami seterusnya ialah Kuala Perlis. Perjalanan sejauh 56.5 km mengambil masa perjalanan lebih kurang 50 minit.


KUALA PERLIS

Kuala Perlis terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan Laut selain dari Kuala Kedah. 
Yang paling terkenal di Kuala Perlis ialah Laksa Kuala Perlis dan juga Ikan Bakar. 



Dari Kuala Perlis, kami terus pulang ke Hotel untuk beristirehat kerana esoknya kami ada satu lagi program Kesihatan di Kampung Guar Lepai, Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis. 
18/2/2017 - KG. GUAR LEPAI, JALAN PADANG NYU, ARAU , PERLIS
Program terakhir kami di Perlis ialah Program Komuniti di Kampung Guar Lepai, yang terletak di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis. Hanya 53 orang penduduk telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 
Turut hadir ialah sahabat ku Musib Senawi (Skot 139/80 TLDM)





















19/2/2017 - PULANG KE KUALA LUMPUR
Setelah beberapa hari berada di Sungai Petani dan Arau Perlis , maka tiba masa kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada 19 Februari 2017. 



SELAMAT TINGGAL KEDAH / PERLIS...in sya Allah ada rezeki kami datang lagi....







Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6 Mac 2017 : 10.25 pm