Wednesday, 21 December 2016

Taubat Seorang Syiah Yang Berfikir

Seorang bekas penganut Syiah hadir ke pejabat kami setelah membuat temujanji. Beliau ingin mengetahui bagaimana untuk belajar akidah Islam serta berhadapan dengan masyarakat terutamanya ahli keluarga. Saudara Ahmad Iqram yang mengendalikan perbincangan ini manakala saya hanya bertindak sebagai pemerhati kebanyakan masa.
Saudara 'AS' dilahirkan dalam keluarga Syiah Ismailiah. Namun sejak kecil beliau mempunyai pelbagai kemusykilan mengapa beliau berbeza dengan majoriti rakannya. Beliau tertanya mengapa pergi sembah kubur sedangkan kita boleh berdoa terus kepada Allah SWT?
Mengapa terlalu mengagungkan setiap perkataan Mullah sedangkan Rasulullah SAW itu lebih mulia? Jikalau Abu Bakar, Umar & Uthman kafir dan begitu jahat, kenapa di zaman Nabi SAW, Baginda boleh berperang dengan orang musyrik dan menewaskan mereka, kenapa Nabi SAW tidak buang sahaja mereka malahan Nabi SAW melantik Abu Bakar r.a sebagai imam ketika Baginda sakit?
Maka beliau merasa ada sesuatu yang tidak kena dan mula mencari. Menurutnya, beliau telah menghantar mesej kepada beberapa asatizah tetapi mesej tidak dibalas. Berjumpa dengan asatizah tetapi hanya menjawab Syiah tak betul tanpa memberitahu kenapa Syiah tak betul. Bila ditanya lanjut, mereka pula kata dia tak faham. Kerana tak fahamlah dia tanya dan kalau ustaz tak jelaskan macam mana dia nak faham, ujarnya.
Pernah diajak oleh sahabatnya untuk ke majlis selawat di Stadium Melawati tetapi apabila majlis bermula, beliau tidak boleh terima langsung kerana itulah apa yang beliau lakukan semasa dalam Syiah. Menurut 'AS' beliau tidak mahu keluar dari Syiah dan masuk ke dalam fahaman Syiah yang bertopengkan Ahlus sunnah. Saya terkejut beliau berkata demikian dan saya minta beliau huraikan kenapa beliau berkata demikian.
Katanya, apa yang mereka lakukan sebagai Syiah ada dalam majlis selawat dan qasidah. Menanggalkan serban dan melambai-lambai serta bertawassul di kuburan adalah benda yang dia biasa buat sebagai Syiah. Dia tak boleh terima kerana jikalau boleh berdoa terus kepada Allah, kenapa nak ke kubur? Nampak pula seperti orang yang pergi jirat Cina minta nombor.
Suatu hari, beliau ternampak buku bertajuk "Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah SAW" karangan DrMAZA. Kemudian beliau menonton ceramahnya di YouTube dan kemudian menonton ceramah Dr Rozaimi. Baginya, ceramah mereka lebih boleh diterima akal sebab ianya logik dan ada bukti.
Kini beliau mahu belajar Islam. Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Beliau mahu belajar sejarah Islam. Beliau juga mahu berdakwah nanti. Beliau terdetik untuk menghubungi kami setelah membaca perkongsian kami tentang dialog bersama Belum Muslim dan kisah penghijrahan mereka ke Islam. Beliau merasakan beliau kini adalah seperti muallaf yang baru mula belajar tentang Islam.
Sahabat semua, doakan agar saudara "AS" diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat terutamanya ahli keluarganya serta kekuatan untul istiqomah mendalami ilmu Islam. Kami di MRM bersetuju untuk mengajar beliau secara peribadi kerana tidak mahu mendedahkan identiti lagi. Beliau sempat solat Asar bersama kami dan memberikan sedikit motivasi kepada kakitangan serta sukarelawan MRM.
*Gambar dan post ini telah mendapat kebenaran dari saudara "AS" untuk dikongsikan agar menjadi inspirasi untuk kita semua.
Sumber : Facebook (Multiracial Reverted Muslim)

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI


1. "Barangsiapa mengucapkan 'Subhanallah wabihamdihi' (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) sehari 100 kali, maka kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan." (HR. Bukhari: 5926)
2. "Rasulullah ﷺ bersabda: "Barangsiapa ketika pagi mengucapkan: "SUBHAANALLAHIL AZHIIM WA BIHAMDIHI (Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, dan ketika datang waktu petang juga melakukan seperti itu, maka tidak ada satu makhluk pun yang dapat menyamai apa yang ia lakukan." (HR. Abu Daud: 4427)
3. "Rasulullah ﷺ bersabda: 'Barang siapa, ketika pagi dan petang, membaca doa; Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang juga pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dan itu.'" (HR. Muslim: 4858)
4. Pernah ditanya orang: 'Apakah ucapan zikir yang paling afdlal (utama), ya Rasulullah? ' Jawab beliau: 'Ucapan zikir yang dipilihkan Allah bagi para malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya, ialah; Subhanalahi wa bihamdihi (Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia).' (HR. Muslim: 4910)
5. "Rasulullah ﷺ telah bersabda: 'Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi berat timbangannya dan disenangi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Pengasih iaitu, Subhanallah wa bihamdihi subhaanallaahil azhim (Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung)." (HR. Muslim: 4860)

SUMBER DARI FACEBOOK

NUKILAN DARI SEORANG PENGURUS JENAZAH

Dah bertahun-tahun isteri saya mengurus dan memandi jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah diurus mandi pada setiap bulan.
Soalan yg kerap saya tanya kepada isteri saya ialah :
1. Muda @ tua?
2. Di mana (taman @ kampung)?
3. Sakit apa?
4. Mati bila?
5. Mati dimana?
6. Anak berapa orang?
6. Agak2 berapa umur anak yang sulong?

Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepada saya apa punca mati? bagaimana si mati diurus juga sebelum/selepas mati? Dan sikap waris kepada si mati?
Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu :
1. Bawah 55 tahun hampir 70 % mati kerana barah.
2. Atas 56 tahun hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.
90 % keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada org2 tua tempatan yang selalu tunggu berada disisi si sakit hingga di saat mati, ada pengetahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja mati dan kebetulan ada talian saudara.
60% keadaan jenazah yang mati warga taman di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkan sukar semasa mandi, kurang terurus bersih kerana tiada orang2 tua sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yang siang malam kerja, tidak ingat mati, renggang jiran, renggang surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian dan langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. Walaupun disuruh dan diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.
Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi dan kapan jenazah dirumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat dimasjid @ sekiranya mati dihospital mereka lebih suka segalanya dibuat dihospital.
Lebih tragis ada waris terlepas cakap "tidak mahu menyusahkan" yang dirumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital /masjid / surau dan terus ke kubur.
Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas dan banyak luka.
Kesimpulannya :
* Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
* Ingat kembali bagaimana kita jaga/ urus ibubapa kita semasa mereka sakit dan bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka mati.
* Lebih tragis bagaimana anak2 kita nanti akan jaga/urus semasa kita sakit dan selepas kita digelar jenazah.
- Bacaan quran, solat, doa dan semuanya boleh diupah kerana anak2 kita BERJAYA dan KAYA tetapi HANYA DOA DARI ANAK YANG SOLEH diterima di sisi Allah SWT walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.
Renung²kan lah ... dan pada tahap mana kita beri didikan agama utk anak2 kita. Semua tu nanti bakal ditanya Allah.
(c&p)

Sumber dari Facebook

BUAT MEREKA YANG MENGHIAS LIDAHNYA DGN KATA KATA AGAMA UNTUK MERAIH HARTA.

“Aduhai engkau yang mengaku mencintai Allah ‘Azza wa Jalla, namun masih juga mencintai lainnya!Dia-lah yang jernih dan selainnya adalah keruh.
Apabila engkau mengeruhkan kejernihan itu dengan mencintaiselain-Nya, maka Dia akan membuatmu sedih. Allah Ta’alla akan melakukan seperti yang dilakukan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Yakub a.s.
Ketika keduanya cenderung kepada anak mereka masing-masing, Dia lantas menguji dengan anak yang mereka cintai itu.
Demikian pula terhadap nabi kita, Muhammad saw. Ketika beliau cenderung kepada kedua cucunya, Hasan dan Husein, kemudian Jibril datang dan bertanya kepada beliau, “Apakah engkau mencintai mereka?” Maka beliau menjawab, “Ya!” Lalu, Malaikat Jibril berkata, “Salah seorang dari mereka akan diracuni. Dan yang lainnya akan dibunuh.”
Maka saat itu, beliau mengeluarkan Hasan dan Husein dari hatinya dan mengosongkannya hanya untuk Allah ‘Azza wa Jalla.
Kegembiraan dengan keduanya berubah menjadi kesedihan terhadap mereka. Allah SWT itu cemburu terhadap hati para nabi, wali, dan hamba-hamba-Nya yang saleh.
Wahai orang-orang yang mencari dunia dengan kemunafikan...!
Bukalah tanganmu! Engkau tidak akan melihat apa-apa di sana. Celaka engkau! Engkau tidak mahu bekerja, engkau hanya makan harta orang lain dengan menjual Agamamu. Bekerja adalah perbuatan semua nabi.
Tak seorang pun dari mereka yang tidak bekerja, dan pada akhirnya mereka mengambil imbalan dari makhluk dengan izin Tuhan mereka.
Wahai orang yang mabuk dengan arak dunia, syahwat, dan kepandiran, sebentar lagi kalian akan sedar ketika berada di liang kubur.”
(Syekh Abdul Qadir Al-Jailani pada 18 Rajab 545 H. Dikutip dari kitab Fath Ar-Rabani wa Al-Faidh Ar-Rahmani)

Saturday, 17 December 2016

2016 - NEGERI SEMBILAN : SEREMBAN 2, PAROI DAN SENAWANG

Tahun 2016 -  Program Kesihatan Yayasan Jantung Malaysia tahun 2016 melibatkan 3 program. 

SMK SEREMBAN 2 - 19 APRIL 2016
Ini merupakan program tahunan dimana pada tahun 2016 program Pemeriksaan kesihatan di Sekolah ini diadakan pada 19 April 2016. 
Seramai 171 orang pelajar dan Setaf Sekolah SMK Seremban 2 telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan. 



Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2(SMK S2) terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan bersebelahan dengan Green Street Homes dan kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.
Datin Maznah Bt Yusof ialah pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 pertama En. Jamil B Mohd. Tahir dan diganti oleh Pn. Hjh. Sadariah Bt Md Jali pada bulan Julai 2003 serta En. Abdul Wahid B Abdul Ghani dan En. Mad Pazir B Md. Ahair selaku GPK Ko-kurikulum dan GPK Hal-Ewal Murid.






Sepanjang berada di sini kami menetap di Hotel S2 yang terletak di Jalan Persiaran S2 B2. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke S2 Hotel di Seremban 2 mengambil masa 52 minit sahaja dengan jarak perjalanan sejauh 66.4 km. 

Seremban 2 adalah sebuah bandar Satelit tertelak hampir 4 km dari bandar Seremban. 

S2 Hotel
74, Jalan Persiaran S2 B2
Seremban 2
70300 Seremban
N. Sembilan
Tel: 06-601 6880

PROGRAM MINGGU JANTUNG SEREMBAN
TERMINAL 1 SHOPPING CENTRE 
26-28 OGOS 2016


Program Minggu Jantung Seremban di adakan di Kompleks Membelibelah Terminal 1 bermula dari 26 sehingga 28 Ogos 2016. 
Sepanjang program dijalankan seramai 188 orang telah menjalani ujian Pemeriksaaan Kesihatan. 

Kali terakhir saya pernah hadir untuk program yang sama di Terminal 1 ialah pada 19-21 Oktober 2012. 

Rujuk:
YJM 2012 - Seremban Heartweek 2012



Terminal One Shopping Centre (sebelum ini dikenali sebagai Terminal One Mall) , lebih dikenali sebagai T1 oleh penduduk Seremban, terletak ditengah Bandar Seremban. Ia dirasmikan pembukaannya pada bulan Ogos 1996 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Perbadanan Pengurusan Terminal 1
LG 11 (3B/3C), Lower Ground Floor
Terminal One Shopping Centre
No. 20B, Jalan Lintang
70200 Seremban, N.Sembilan
Tel: 06-767 3193     Fax: 06-767 3196




Saya bersama 2 anggota team Awareness YJM Cik Izzatul dan En. Khalaf

Bergambar kenangan bersama setaf Pentadbiran Kompleks. 









CARLTON STAR HOTEL, SEREMBAN
Sepanjang program dijalankan kami menginap di Carlton Star Hotel yang terletak di Jalan Dato Sheikh Ahmad Seremban tidak jauh dari Terminal 1 Shopping Centre (Walking Distance).

Carlton Star Holdings Sdn Bhd
No. 47 Jalan Dato' Sheikh Ahmad
70000 Seremban, N.Sembilan
Tel: 06-762 5336    Fax: 06-762 0040










PROGRAM KOMUNITI - TAMAN PAROI JAYA
17 DISEMBER 2016

Program terakhir tahun 2016 telah dijalankan di Taman Paroi Jaya, Seremban pada 17 Disember 2016. Seramai 76 orang penduduk berhampiran telah hadir untuk menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan sepanjang hari tersebut. 


En. Mohd Salehuddin Abdul Malek, Pengurus Program YJM

Stadium Tuanku Abdul Rahman (lebih dikenali Stadium Paroi) terletak dihadapan tapak program kami. Stadium ini dibuka pada tahu 1992 mengambil nama sempena Yang di Pertuan Agong yang pertama yang juga Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu. 


Antara yang hadir ialah Abang Sepupu ku yang menatap di Paroi




Semasa program kami menetap di One Garden Hotel yang terletak di Jalan Bandar Senawang 15, Seremban. 

One Garden Hotel
N0.279, Jalan Bandar Senawang 15
70450 Pekan Senawang, Seremban
Negeri Sembilan , Malaysia

Tel:  06-6793939
        016-2130639
Fax:  06-6793929

 



Demikianlah program YJM di Negeri Sembilan sepanjang tahun 2016. 

Thursday, 15 December 2016

2016 - SELANGOR: BATU CAVES, AMPANG DAN SHAH ALAM

Program Yayasan Jantung Malaysia di Negeri Selangor bagi tahun 2016, saya terlibat dengan 3 program. 

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN - ALLOY MTD GROUP, BATU CAVES, SELANGOR
1 JUN 2016

Program Pemeriksaan Kesihatan di Alloy MTD Group di Batu Caves, Selangor telah dihadiri oleh seramai 120 orang setaf. 





Bertemu dengan En. Gagarin, bekas Pegawai navigasi KD Sri Negri Sembilan. Kami pernah bertugas satu kapal ketika dengan TLDM dahulu. 


Syukur Alhamdullillah program di Alloy MTD ini telah mempertemukan saya kembali dengan bekas Pegawai Navigasi (Navigation Officer), Gagarin Mohd Zainal ketika berkhidmat dengan TLDM di atas kapal peronda KD Sri Negri Sembilan. Kami pernah sekapal dulu, dan kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah di HangZhou, China pada tahun 2003. 

PROGRAM KOMUNITI - KG. AMPANG CAMPURAN, SELANGOR
20 NOVEMBER 2016
Seramai 83 orang telah menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan di Kg Ampang Campuran, Selangor pada 20.11.2016. 




PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN 
MSU COLLEGE SHAH ALAM
15.12.2016

Seramai 62 pelajar dan setar Kolej MSU Shah Alam telah menjalani ujian Pemeriksaan di Kolej tersebut pada 15 Disember 2016. 

MSU College Shah Alam terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. 








Program di MSU College Shah Alam merupakan program terakhir di Negeri Selangor bagi tahun 2016. In sya Allah tahun 2017, kami akan berusaha untuk mencari program di beberapa daerah di Selangor.