Sunday, 13 April 2014

2014 - KUALA GANDAH, LANCHANG, PAHANG


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Gandah, Pahang
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah terletak 15 km dari Pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang.
Gajah-Gajah liar yang ditangkap akan dihantar ke pusat konservasi ini untuk dilindungi dan dilatih. Gajah-gajah ini kemudiannya akan ditempatkan semula di kawasan-kawasan perlindungan seperti di Taman Negara, Pahang. 



Saya berpeluang mengunjungi pusat ini ketika menghadiri mesyuarat Program Kesedaran Penyakit Jantung di Kampung Bolok Hulu di Lanchang, Pahang yang terletak bersebelahan dengan PKGK pada 20 Mac 2014. 
Di sini juga terdapat perkampungan orang Asli yang sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negeri. 
Perkampungan Orang Asli yang sering menjadi kunjungan Pelancong Asing. 
 




Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Tujuannya adalah untuk meminimumkan risiko pelupusan spesis gajah di negara ini. 


Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka untuk memastikan anak-anak gajah ini terus hidup. 

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun disebabkan oleh pengecilan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Pencerobohan ini menyebabkan berlakunya konflik dan kerugian pihak terbabit. Jika gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera, mereka mungkin akan mati sama ada ditembak atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  

Rujukan : 
1. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah




En Mohd Salehuddin Abd Malek, Pengurus Program Yayasan Jantung Malaysia

Mohd Shafiq Mahdzar, staff Yayasan Jantung Malaysia yang merupakan penduduk asal Kampung Bolok Hulu, Lanchang, Pahang. 




Pusat ini juga dibuka untuk pelawat. Boleh rujuk laman web NRE untuk keterngan lanjut.



Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia

Friday, 11 April 2014

HUKUM JUAL BELI HARI JUMAAT

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9′ dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma’[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
Petikan dari laman web islam itu indah - http://www.islamituindah.my

Wednesday, 9 April 2014

2014 - PUSPANITA , PUTRAJAYA


Tarikh: 9 April 2014
Lokasi: Dewan D'Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya



Program Komuniti Yayasan Jantung Malaysia bagi bulan April berlansung di Dewan Sri Endon di Putrajaya pada 9 April 2014. 
Program ini adalah atas Jemputan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) untuk ahli-ahli PUSPANITA. 
Program kali ini dibantu oleh Jururawat-jururawat dari Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak, KL. 
Seramai 129 ahli dan kakitangan PUSPANITA telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang program ini. 





Pameran Poster dari Yayasan Jantung Malaysia

Sebahagian dari Ahli-Ahli PUSPANITA sedang menunggu giliran untuk menjalani ujian Saringan.

Friday, 4 April 2014

ILMU DAN ULAMA

BAB 1: ILMU DAN ULAMA.
NIAT: PERMULAAN SEGALA AMALAN.
:Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin al-Khattab r.a., beliau berkata: ’’Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ’Sesungguh semua amalan perbuatan adalah (dinilai) mengikut niat dan sesungguhnya setiap orang (dinilai berdasarkan) apa yang di niat. Sesiapa yang melakukan hijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya (dinilai) kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang melakukan hijrah kepada (untuk mendapatkan) dunia, dia akan memperolehmya, atau kepada (untuk) wanita, dia akan mengahwininya. Maka hijrahnya itu (dinilai) kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.’’
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim - al-Arba’un an-Nawawiyyah)
Keterangan:-
*Amalan hanya diambil kira jika disertai dengan niat. Apa yang dimaksudkan dengan amalan segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh mukalaf sama ada fardu atau sunat: sedikit atau banyak.
*Hijrah ialah telah meninggalkan sesuatu kepada yang lain. Maksudnya dalam syarak ialah meninggalkan larangan Allah SWT.
(Tuhfah al-Ahwazi)
@Hadis sahih 1-300.
....................................

BALASAN MENGKHIANATI ILMU
: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka.’ (Riwayat Muslim)
Keterangan:-
*Pendustaan ialah memberitahu sesuatu yang bercanggah dengan hakikanya yang sebenar.
*Walaupun orang yang tidak sengaja membuat pendustaan tidak berdosa, tetapi berkemungkinan ia berdosa dengan memperbanyakkan kesilapan adalah sesuatu kesalahan. (Fath al-Bari)
@Hadis sahih 2-300.
...................................

KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN ILMU
: Dirgwayatkan dari Abdullah bin ’Amr r.huma., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah mengenai bani Israel dan tiada dosa.’’ (Riwayat al-Bukhari)
Keterangan:-
*’’Ayat’’: Bermaksud nasihat atau pedoman yang membezakan perkara baik dan buruk.
*Nabi SAW telah menegah daripada menceritakan tentang bani Israel ketika hukum-hakam Islam dan tapak agama belum kukuh, kerana dikhuatiri fitnah. Apabila tiada lagi perkara yang perlu dikhuatiri maka diizinkan agar boleh diambil iktibar. (Fath al-Bari)
@Hadis sahih 3-300.
.....................................

FAEDAH MEYAMPAIKAN ILMU
: Diriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Allah menyerikan seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami, lalu dia menghafalnya sehingga dia menyampaikannya (kepada orang lain). Kemungkinan orang yang membawa (meriwayatkan) sesuatu hadis kepada orang yang lebih memahami daripadanya dan kemungkinan juga orang yang membawa suatu hadis tidak memahaminya.’’ (’Riwayat Abu Daud)
Keterangan:-
*’’Menyerikan’’: Mengelokkan akhlak dan meninggikan darjat.
*Hadis ini menunjuk wajibnya menuntut ilmu (tafaqquh), bersungguh-sungguh mengkaji makna hadis dan merumuskan perkara yang tersingkap disebalik hadis. (’Aun al-Ma’bud)
@hadis sahih 4-300.
...................................

TIADA PENGECUALIAN MENUNTUT ILMU.
: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim.’’
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la)
@hadis sahih 5-300.

ILMU ASAS KEBAIKKAN.
: Diriwayatkan daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.huma., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya.’’
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:-
* Tiada kebaikan bagi orang yang tidak memahami dan mempelajari kaedah-kaedah dan perkara cabang dalam agama Islam.
@hadis sahih 6-300.
....................................

KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU.
: Diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqash r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu adalah warak.’’
(Riwayat al-Hakim)

KETERANGAN:-
* Kelebihan: menambah ilmu lebihan disukai dan lebih utama daripada menambah ibadat.
* Warak ialah meninggalkan perkara syubhah (terdapat kesamaran) atau sesuatu yang diragukan, ataupun meninggalkan sesuatu kerana khuatir kepada sesuatu kejahatan yang lain. Manakala takwa ialah meninggalkan perkara haram.
(Dr. Haji Zahazan Mohamed)
@hadis sahih 7-300.
....................................

WARISAN YANG MENGUNTUNGKAN.
: Diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesungguhnya para ulama ialah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham, sesungguhnya mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, ia telah mendapat bahagian yang banyak lagi sepurna.’’
KETERANGAN:-
* ’’Dinar dan dirham’’: Perkara dunia.
* Para nabi tidak mengambil perkara dunia melainkan sekadar keperluan sahja.
* ’’Sesiapa yang mengambilnya’’: Boleh juga difahami dengan erti perintah daripada Nabi SAW, iaitu siapa yang mengambilnya hendaklah ia mengambik dengan banyak dan janganlah berasa cukup dengan sedikit.
(Tuhfah al-Ahwazi)
@hadis soheh 8-300.
.....................................

KETINGGIAN DARJAT ORANG YANG BERILMU.
: Diriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Kelebihan orang yang berilmu atas orang abid (orang yang rajin beribadah) adalah seperti kelebihan ku atas orang yang paling rendah darjatnya dalam kalangan kamu.’’
(Riwayat at-Tirmizi)
@hadis sahih 9-300.
....................................

GANJARAN MENYAMPAIKAN ILMU.
: Diriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi: hinggakan semut didalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan didarat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara baik kepada manusia.’’
(Riwayat at-Tirmizi)
@hadis sahih 10-300.
......................................

BERHATI-HATI MENYAMPAIKAN ILMU.
: Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesiapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia memdapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka. Dan sesiapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya. tanpa mengurangi sedikit pun dosa mereka.’’
(Riwayat Muslim)
@hadis sahih 11-300.
......................................

MENUNJUK CONTOH TELADAN YANG BAIK.
: Diriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Ansari r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran pahala seumpama pahala orang yang mengjkutinya.’’
(Riwayat Muslim)
@hadis sahih 12-300.
.......................................

KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA.
: Diriwayatkan daripada Tamin ad-Dari r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Agama ialah nasihat. ’’Kami bertanya: ’’Terhadap siapa?’’ Baginda menjawab: Terhadap Allah, kitab-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya.’’
(Riwayat Muslim)

KETERANGAN:
* ’’Nasihat terhadap Allah’’: Beriman kepada Allah, sifat-sifat-Nya dan menyucikan-Nya daripada seberang kekurangan. Melakukan ketaatan dan menjauhkan maksiat.
* ’’Nasihat tehadap kitab-Nya’’: Mengimani bahawa ia adalah kalam Allah yang diturunkan, menghormati kedudukannya yang tinggi, membacanya dengan betul dan tidak melanggar batasannya.
* ’’Nasihat terhadap Rasulullah’’: Mempercayai risalahnya, beriman kepada segela apa yang dibawanya, mentaati, membela, mengidupkan sunah, memerangi musuhnya dan menolong orang yang menyokongnya.
* ’’Nasihat terhadap pemimpin’’: Membantu dan mentaati pemerintahan atas dasar kebenaran, mengingati mereka dengan baik terhadap perkara yang diabaikan, tidak memberontak dan menjinakkan hati menusia agar mentaati mereka.
(Syarah Shahih Muslim)
@hadis sahih 13-300.
......................................

ANCAMAN MENYEMBUNYIKAN ILMU.
: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui, kemudian ia menyembunyakannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat.’’
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

KETERANGAN:
* ’’Dikekang dengan kekangan daripada api neraka’’: Mulut orang itu dikekang sebagai balasan setimpal atas perbuatannya. Ini kerana, ia mengekang mulutnya sendiri dengan berdiam, sedangkan ia perlu memperkatakan sesuatu pada ketika itu.
(Faidh al-Qadir)
@hadis sahih 14-300.
......................................

BAHANA KEHILANGAN ULAMA DAN KETENDUSAN ILMU.
: Diriwayatkan daripada Abdullah bin ’Amru r.huma, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu dengan mencabutnya daripada manusiah. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehingga apabila tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal, (Ketika itu) manusia akan melantik ketua-ketua jahil. Apabila mereka ditanya (tentang sesuatu), mereka mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Maka, mereka telah sesat dan menyesatkan orang lain.’’
(Riwayat al-Bukhari)
@hadis sahih 15-300.
......................................

PEMIMPIN YANG SESAT
Diriwayatkan daripada Tsauban khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: ’’Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang menyesatkan.’’
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

KETERANGAN
*Pemimpin yang sesat adalah pemimpin yang menyeru ke arah melakukan bidaah, kefasikan dan maksiat.
(Tuhfah al-Ahwazi)
@hadis sahih 16-300.

-----------------------
[sumber dari 300 HADIS BIMBINGAN KE ARAH MENCARI REDHA ALLAH Oleh DR. HAJI ZAHAZAN MOHAMED
dan AHMAD HASSAN MOHD. NAZAM]

Sunday, 30 March 2014

2014 - CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH

VENUE : CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH
DATE: 26 - 30 MARCH 2014 

Program Minggu Jantung bagi tahun 2014 dimulakan dengan Program Minggu Jantung Sungai Petani 2014 yang berlansung dari 26 - 30 Mac 2014 bertempat di Central Square Sungai Petani. 
Seramai 424 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan manakala 85 menjalani ujian Elektrokardiogram (ECG) sepanjang tempoh program ini dijalankan. 
Yayasan Jantung Malaysia telah kerjasama dari pihak Hektar Property Sdn Bhd (Central Square Management) serta bantuan jururawat-jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Kolej Kejururawatan Sungai Petani dan juga dari Pantai Hospital Sungai Petani. 

CENTRAL SQUARE SUNGAI PETANI


Central Square Sungai Petani dibina pada 1997 adalah salah satu mercu tanda bandar Sungai Petani. Walaupun kini telah wujud pusat membeli belah yang terbaru seperti AmanJaya Mall dan Village Mall, Central Square tetap dikunjungi oleh pelanggan. 

Nasi Kandar Nasmir, aku sering makan tengahari di sini kerana Karinya yang kawww... 

UJIAN SARINGAN KESIHATAN 
Seperti biasa ujian Saringan Kesihatan YJM adalah Ujian Kolesterol, Ujian Glukos, Ujian Tekanan Darah, BMI dan lain-lain. 











SUNGAI PETANI, KEDAH


Sungai Petani adalah sebuah bandar yang terbesar di Kedah. Ia terletak berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang dan kira-kira 70 km dari bandar Alor Setar. 
Sungai Petani dikatakan mengambil nama sempena sebatang anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok. 
Bandar ini dijangkan akan dinaikkan taraf bandaraya menjelang tahun 2015.



D Vista Hotel yang terletak di Jalan Kg Baru, Sungai Petani adalah hotel dimana kami menginap sepanjang berada di Sungai Petani. 




Warong Marina 3 terletak di hadapan Hotel D'Vista ... disini kami makan malam setiap selesai program selepas 10 Malam. 




D' Vista Hotel
Jalan Kampung Baru
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel: 04-425 1111
Fax: 04-425 1112
Web: http://www.dvistahotel.com/contact.php


Balai Polis Sungai Petani agak unik kerana kerana ia adalah sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1916, terletak di Jalan Ibrahim. 







Sebuah lagi bangunan lama yang terdapat di Sungai Petani ialah Bangunan HSBC bank yang dibina pada tahun 1921. 






 







Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Pada 18 Februari 2014, semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat Penyelarasan di Central Sungai Petani, sebelum tol Sungai Petani Utara, kereta kami telah terkena serpihan batu dari Lori di Hadapan menyebabkan cermin belakang kereta telah pecah. 
Kami membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani untuk claim insuran. 




Kami pulang semula ke Kuala Lumpur selesai program pada 31 March 2014.