Tuesday, 22 October 2013

2013 : MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR, JOHOR

LOKASI: MAKTAB RENDAH SAINS MARA, MUAR, JOHOR
TARIKH: 22 OKTOBER 2013


Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muar ialah 184 km (2 jam perjalanan)

Yayasan Jantung Malaysia meneruskan program Peringkat Sekolah di Maktab Rendah Sains MARA, Muar Johor pada 22 Oktober 2013. 
Seramai 106 murid dan 3 orang guru telah menjalani ujian kesihatan yang dijalankan pada hari tersebut. 


MRSM Muar terletak kira-kira 10 km dari bandar Maharani,Muar di mukim Bakri daerah Muar, Johor. Ia dibuka pada tahun 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang.
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM adalah merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihampir setiap negeri di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil. 20 tahun 1966 sebagai usaha MARA untuk melatih bumiputera dalam bidang latihan dan pendidikan. 
Terdapat 48 buah MRSM di seluruh Malaysia. 43 buah di Semenanjung manakala bakinya 5 buah MRSM di Sabah dan Sarawak.






Jururawat dari Klinik Kesihatan Batu 5 Bakri Muar turut membantu dalam program tersebut. 

MUAR, JOHOR
Daerah Muar terletak di Barat Laut negeri Johor. Daerah Muar terdiri daripada daerah Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, Segamat di Timur dan Batu Pahat di Selatan. 
Perkataan 'Muar' dikatakan berasal dari perkataan 'Muara' . Sejarah Muar dikatakan telah bermula lebih awal dari Sejarah Melaka, namun kerana tiada catitan sejarah yang sempurna dan bukti arkeologi, sejarah silam Muar kurang diketahui umum. 
Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Bandar Muar juga tercatat dalam sejarah negara dimana di sini pernah berlaku pertempuran hebat (Battle of Muar) antara Tentera Imperialis Jepun dengan Briged ke 8 Tentera Australia di Jambatan Gemensah dan Sungai Muar. Ianya berlaku pada 14 - 22 Januari 1942.











Hotel penginapan kami ketika program:
Jalan Bakri, Taman Orkid
84000 Muar
Johor

Jarak hotel ke MRSM Muar hanyalah 9 km sahaja. 


Zulheimy Maamor
YJM
2.11.2013

Saturday, 19 October 2013

MENANG tp AIB: Kalimah Allah


The best artikel ilmiah so far ialah dari Dr.Zaharuddin krn jituan ilmiah beliau yg memisahkan ‘dalil primary’ dgn ‘dalil’ yg bukan sebenarnya dalil dalam isu ini. e.g. ada yg mencampuradukkan isu apa Bible kata dgn isu apa Qur’an dan Hadith kata. Saya setuju dgn konklusi beliau bhw:

“Jelas dari dalil-dalil ini menunjukkan nama Allah sebagai TUHAN TIDAK EKSKLUSIF kepada orang Islam sahaja, cuma orang Islam adalah eksklusif pada pandangan Allah kerana menggunakannya dengan betul dan tepat.” (Dr. Zaharuddin)

Walaubagaimanapun, Dr.Zaharuddin move on to say bhw langkah utk mengharamkan penggunaan Kalimah Allah oleh non-Muslims adalah berdasarkan maslahat umat, bukan dalil2 primary agama.

“Ada yang …… menyatakan bahawa kebenaran TIDAK BOLEH diberi kerana Kristian menggunakan nama ALLAH PADA KONTEKS DAN MAKSUD YANG SALAH, seperti dikaitkan sebagai Tuhan bapa, mensyirikanNya dan sebagainya. Bagi saya ini bukanlah hujjah yang betul untuk melarang, kerana JIKA semua penganut Kristian menggunakan Nama Allah pada tempat yang betul maka tidaklah mereka menjadi Kristian, lalu mereka akan seolah mengikut Islam secara paksaan pula. Bukankah mereka bukan Islam dan mempunyai keyakinan agama tersendiri?. Maka kita tidak boleh memaksa mereka untuk mengikut penggunaan nama Allah pada tempat yang betul menurut aqidah Islam kerana mereka BUKAN ISLAM (atau belum). Apa yang boleh dilarang adalah MENYEBAR KEKELIRUAN DAN AJARAN SALAH MEREKA (MENURUT PERTIMBANGAN AQIDAH ISLAM) ITU KEPADA UMAT ISLAM.” (Dr.Zaharuddin)


Maknanya kalau seorang ustaz berlawan hujah dgn seorang paderi yg mengunakan al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan hujahnya dan ustaz ini ingin membuktikan bhw penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim itu HARAM BERDASARKAN PRIMARY ISLAMIC SOURCES, maka memang ustaz ini hanya menegakkan benang yg basah teruk. 

USTAZ PASTI KALAH HUJAH DALIL DGN PADERI ITU! 

Paderi akan buktikan bhw beliau lebih faham al-Qur’an dan Hadis dari ustaz itu. 

Bahkan yg lebih teruk, ustaz itu akan dipandang sebagai sengaja putar belitkan tafsiran ayat al-Qur’an dan Hadits utk tujuan politik.

Kalau paderi ini tanya ustaz itu juga, “Ok. Saya tak guna al-Qur’an dan Hadis sebagai panduan hujah kali ini. Kita guna sejarah pula. 

Dalam sejarah sejak Nabi Muhammad dan ‘generasi ‘Salaf’ dan ‘Khalaf’, adakah PERNAH khilafah haramkan bukan Muslim guna kalimah Allah?” 

Jawapan ustaz ialah: MALAYSIA BOLEH! Jgn banding Msia dengan negara lain. Kalau tak setuju, keluar dari Malaysia. Pindahle ke negara lain! 

Maka, paderi tanya lagi, “Ok. Saya tak guna sejarah. Kita guna ilmu masyarakat pula. 

Apakah sebab umat kamu begitu emo sampai nak haramkan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim di Malaysia wlpn kamu dah kehabisan dalil al-Qur’an dan Hadis?”

Ustaz jawab, “Kerana kamu orang Kristian ada konspirasi murtadkan/kelirukan umat Islam di Malaysia! Kamu jahat!”

Paderi tersenyum, “Kalau kami guna kalimah Allah, kamu akan murtad dan keliru. Kami tak risau pun orang Kristian jadi keliru sebab kami yakin konsep ketuhanan Trinity jauh lebih jelas dari konsep ketuhanan Tawhid. Kamu tak yakin dgn kejelasan Tawhid?”

Ustaz terdiam. Fikir lama, lalu jawab, “Tawhid jauh lebih jelas dari Trinity. Kita percaya Tuhan itu SATU. Satu tetap satu. Tetapi Trinity percaya Tuhan itu satu dalam tiga, tiga dalam satu. Mcmmana satu boleh jadi tiga, tiga boleh jadi satu??? Pening! Bagi kami, SATU ADALAH SATU. Mudah kira.”

Paderi senyum lagi. “KALAU BENAR TAWHID ITU JELAS, MENGAPA TAKUT UMAT MUSLIM DI MALAYSIA JADI KELIRU DAN MURTAD? SEPATUTNYA KAMI YG TAKUT UMAT KRISTIAN YG AKAN KELIRU DAN MURTAD JIKA KAMI GUNA KALIMAH ALLAH!”

Ustaz dah kehabisan minyak. Tak tau apa lagi minyak nak jual tapi Ustaz terpaksa jawab juga utk bela maruah Islam, “Sebab propaganda kristian jauh lebih hebat dari dakwah kami!”

Paderi tanya lagi, “Dakwah Kristian jauh lebih hebat??? Kamu adalah majoriti besar tp kami minoriti kecik kentot. 

Islam adalah Agama Persekutuan. Maknanya KAMI DILARANG MENYEBARKAN AGAMA KAMI KPD KAMU TETAPI KAMU BOLEH SEBARKAN ISLAM KPD KAMI. 

Umat Kristian dibenarkan murtad DENGAN MIUDAH tetapi umat kamu, khususnya Melayu Muslim tak dibenarkan murtad secara legal. 

Kami jauh byk rintangan dakwah dari kamu. 

Kamu ada kuasa dan kewangan didirikan byk jabatan2 agama, institusi2 Islam, masjid2. Kamu ada byk tv channels dan radio channel yg Islamik. Kamu ada pelbagai sekolah, pondok, universiti Islam dimana setiap semester kamu lahirkan beribu ‘ustaz2’. Semua pelajar2 Muslim disekolah diwajibkan belajar ttg asas2 TAWHID. 

Kamu memang dah berkali2 ajar umat kamu sejak di bangku tadika lagi utk mengira Tuhan itu satu maknanya satu, bukan dua, bukan tiga. TAKKANLE MASIH TAK PANDAI NAK KIRA SATU ITU SATU, BUKAN DUA, BUKAN TIGA SELEPAS 56 TAHUN KAMU MEMERINTAH!!”

Ustaz tergetar2 tangannya menahan emosi. Nabi kata JANGAN MARAH 3x. P.Ramlee kata kalau marah, kena jual!

Ustaz menyahut, “Saya nak bela Islam, bukan Muslim sekarang. Ya, UMAT Islam goblok, kata orang Jawa. Kami TAK PANDAI KIRA satu bukan tiga wlpn dah diajar berulang2 selama 56 tahun. 

Berkata rektor KUIS, Prof. Halim, para graduan agama lebih 80% tak ada kesedaran dakwah. Bahkan ada yg menyusahkan orang yg nak berdakwah. Ustaz2 hanya tau berbalah sama sendiri soal luaran kecil2 agama dan mengeluarkan hukum agama yg tak realistik sehingga orang Islam sendiri benci pada Islam, lalu menjadi liberal. Kita beruniform ‘Islam’ tapi tiada roh Islam.

Kami mempolitikkan agama berlebih-lebihan sehingga meletakkan Ketuanan satu bangsa atas shahadah kami. Kami bersungguh2 mencari2 asal usul bangsa kami dari belajar asal usul solat Nabi yg betul. Kami keturunan Nabi, keturunan timur tengah, keturunan Alexander The Great!

Terlalu byk kontradiksi dalam dunia kami: Parti Islam tak Islamik. Parti Melayu tak Melayu. Parti Rakyat tak Rakyat. Kami BUKAN khayru ummah.

Janganlah nilai ISLAM berdasarkan kegoblokan umat kami. KAMILAH ‘MUALLAF’ SEBENARNYA!

KALAULAH ISLAM BENAR2 TERTEGAK DALAM HATI KAMI, kami sudah pasti akan memperjuangkan HAK KAMU UTK GUNA KALIMAH ALLAH sebagaimana Negara Kristian Habsyah melindungi kebebasan beragama Sahabat Nabi dulu wlpn pada mulanya Raja Najasyi belum Islam. KALAULAH keimanan kami kuat, kami pasti KAMU YG AKAN MURTAD beramai2. Tawhid jauh lebih jelas dari Trinity!

Tetapi kalaulah umat islam sekarang peluk kristianiti beramai2, SEBENARNYA AKAN BAWA KERUGIAN YG LEBIH BESAR UTK AGAMA KAMU KRN KAMI AKAN ROSAKKAN IMEJ KRISTIANITI SEBAGAIMANA KAMI ROSAKKAN IMEJ ISLAM SENDIRI! Maka, janganlah guna Kalimah Allah supaya kami tidak murtad ke agama kamu! Kalimah Allah hanya MILIK EKSKLUSIF MUSLIM MALAYSIA. Selamatkan agama kamu dari kekeliruan dan keegoan kami tapi KENALLAH ISLAM YG TIDAK DIKORUP OLEH KAMI! Kalau kamu peluk Islam, kamu lebih layak menjadi pemimpin agama dari kami!”

(Artikel ini lebih utk orang awam spt saya ini dan ‘muallaf’ utk bermuhasabah diri dan juga utk mengelak imej Islam terus tercemar oleh tangan kita sendiri. Allah swt dalam surah an-Nasr menasihati kita supaya pada setiap ‘kemenangan’, kita beristighfar. Check balik diri umat kita. Ingat punca kekalahan umat Islam di perang Uhud wlpn kita HAMPIR menang. Saya sedang berusaha menulis sebuah artikel yg lebih ilmiah dari ini ttg isu Kalimah Allah)

XIFU NASER AL-MAJNUN
HP: 011-3310-2071

Friday, 18 October 2013

MENATA IKHLAS MERAIH BAHAGIA


Sahabat, setiap manusia pasti menginginkan kehidupan yang bahagia, menikmati hidup ini tanpa merasa terbebani oleh berbagai masalah. dan hal ini hanya akan dirasakan orang yang sungguh-sungguh berupaya ikhlas, menjaga setiap amalnya, baik amal ibadah maupun amal shalih dalam kehidupan bermasyarakatnya, hanya bagi Allah.


Tidak terbersit keinginan untuk dipuji, dihargai, dihormati makhluk. Ringan saja ketika melakukan sesuatu, yang penting baginya adalah ridha dan berkah Allah. Ia tahu bahwa tugasnya di dunia ini hanya dua, pertama luruskan niat selalu, hanya demi meraih cinta Allah, lalu selanjutnya ia harus menyempurnakan ikhtiar agar hasil yang diharapkan betul-betul optimal, terbaik yang dapat dipersembahkannya.

Sehingga ia tidak perduli dengan penghargaan orang lain, ia tetap bersemangat beramal shalih, baginya yang terpenting, apa yang dilakukannya mendapat ridha Allah. Rezeki baginya adalah ketika ia mampu berbuat meluruskan niat dan beramal dengan amal terbaik.

Untuk mencapai tingkatan ikhlas tertinggi, yaitu meraih ridha Allah. Menurut Imam Ali radhiallahu ‘anhu, ada beberapa level ikhlas, antara lain; 

✔ PERTAMA, ikhlasnya seseorang untuk meraih kebahagiaan duniawi. Ketika berdoa pun, ia berharap keinginan duniawi semata. Walaupun ini tingkatan terendah, namun lebih baik karena ia hanya meminta hanya kepada Allah saja.

✔ KEDUA, ikhlasnya seorang pedagang, ia berusaha ikhlas namun dengan menghitung-hitung pahala terlebih dahulu. Jika suatu amal banyak mendatangkan pahala, pasti ia semngat mengerjakannya. Berharap amal tersebut dapat menghapuskan dosa serta menguntungkan duniawinya.

✔ KETIGA, ikhlasnya seorang hamba sahaya, ia takut sekali dengan ancaman Allah, sehingga ia berusaha ikhlas dalam berbuat, hanya demi Allah agar Allah tidak murka kepadanya.

✔ KEEMPAT, ikhlasnya orang yang berharap syurga, balasan baik bagi Allah, sehingga amal yang dikerjakannya betul-betul diperuntukkan sebagai bekal hidup diakhirat kelak, agar ia meraih surga; balsan tertinggi dari Allah.

✔ TINGKAT TERAKHIR, KELIMA, ikhlas tingkat tertinggi, ia pasrah dengan ketentuan Allah. baginya ia berbuat terbaik hanya demi keridhaan dan berharap cinta Allah. Ia hanya berkehendak dapat berjumpa Allah kelak, selain itu terserah Allah, ia tidak begitu peduli dengan balasan Allah. Cukup baginya cinta dan persuaan dengan Allah nanti. Subhanaallah, mudah-mudahan suatu saat kita kita dapat meraih tingkatan ikhlas tertinggi ini. Amiin.

Untuk menjadi seorang yang ikhlas pasti memerlukan latihan (riyadhah), berat memang pada walanya, namun jika sungguh-sungguh berupaya, pasti akan berbuah keikhlasan yang tiada bandingnya dengan kehidupan dunia ini.

Cubalah mulai berusaha melupakan setiap amal yang kita lakukan, seakan-akan kita tidak pernah melakukannya. Dan jangan membeda-bedakan amal besar atau amal kecil, semua amal sama saja, upayakan berbuat terbaik dalam amal apapun juga.

Lupakan pula penghargaan dan celaan orang lain, upayakan bersikap biasa-biasa saja dengan semua yang kita lakukan. serta jangan berharap balasan berbentuk pujian, materi atau penghargaan dari orang lain, bisa jadi balasan amal itu berupa pahala atau ridha Allah, bukankah hal itu lebih baik. 

Marilah kita senantiasa menata keikhlasan hati, dengan mulai mencuba berlatih dalam setiap kesempatan amal. Dengan begitu, mudah-mudahan suatu saat bahagia teraih, dunia akhirat. Aamiin. 

Oleh KH. Abdullah Gymnastiar
________________
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)” (Ar-Rahman: 60) 
Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)

Thursday, 17 October 2013

4 GOLONGAN LELAKI KE NERAKA


BERIKUT adalah 4 golongan lelaki ke neraka. Semoga kita tidak tergolong sebagai golongan lelaki berkenaan.


PERTAMA:Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, membaca Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA:Isterinya; Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

KETIGA:Abang-abangnya; Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT:Anak Lelakinya; Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman ALLAH S.W.T.:

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda agar mereka bukan 4 Golongan Lelaki Ke Neraka. Kasihankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dengan penuh ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab dan bukan dari golongan 4 itu.

Sumber: Facebook (Layar Minda)
17 Okt 2013

DALAM KEKURANGAN PASANGAN ADA KEBAIKAN

Namanya saja kurang, tak ada orang yang mau, karena ia tidak sesuai dengan harapan yang biasanya melahirkan masalah. Kurang adalah pahit dan terbatas, karenanya semua orang mau menjauhinya.


Sesuatu yang pasti ada namun pahit, karena itu menerimanya jadi berat, agak susah dan relatif sulit, bahkan ada beberapa orang yang kurang bisa menerimanya atau paling tidak dalam kondisi tertentu lahir indikasi tidak menerima, hingga akhirnya muncul kekesalan terhadapnya, lebih-lebih bila ternyata kekurangan ini lalu menjadi yang tertuduh, kambing hitam persoalan.

Anggaplah kekurangan pasangan melahirkan persoalan, akan tetapi bukankah dia juga memiliki kebaikan-kebaikan? Dan secara umum kebaikannya lebih besar dan lebih banyak. Karena itu janganlah kita melulu memandang dengan mata marah dan kesal, karena lumrah kalau dalam kondisi marah dan kesal, yang terlihat di depan mata adalah keburukan.

Imam asy-Syafi’i berkata,

عَيْنُ الرِضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَة
كَمَا أَنّ عَيْنَ السُخْطِ تُبْدِى المَسَاوِيَ

Mata kerelaan itu buta terhadap segala aib sebagaimana mata kebencian membuka keburukan 

Al-Qur`an mengajak melihat dua sisi, kelebihan dan kekurangan secara berimbang, dalam konteks perceraian yang biasanya terjadi dalam kondisi benci, ayat al-Qur`an memerintahkan untuk tidak melupakan keutamaan di antara pasangan, firman Allah,(yang artinya) 

“ … Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 237).

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dari Abu Hurairah,

لاَيَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Hendaknya seorang mukmin tidak membenci seorang mukminah, jika dia tidak menyukai satu perangainya niscaya dia menyukai yang lain.” (HR. Muslim).

Tidak ada manusia tanpa kekurangan dan kekeliruan termasuk kita. Jika itu yang ada dalam fikiran kita, bukankah hal yang sama juga ada dalam fikiran pasangan kita? Kalau begitu bilakah kita dengan pasangan berbaikan bila yang ada dalam fikiran hanya kekurangan semata? Bacalah ucapan penyair ini.

مَنْ ذَا الَذِى تُرْضَى سَجَايَاه كُلُّهَا
كَفَى بِالمَرْءِ نُبْلاً أَنْ تُعَدَّ مَعَايِبُهُ

Siapa gerangan yang seluruh sifatnya diterima cukuplah seseorang itu dianggap baik jika aib-aibnya terhitung

Itu kekurangan dari sisi orang lain yang memandang, bagaimana dari sisi pemiliknya? Tak ada manusia yang bersih dari kekuarangan, maka tak ada jalan lain kecuali usaha memperbaikinya, memang kita tak akan pernah bisa membuangnya sebersih-bersihnya, tak jadi soal karena ia bukan bisnis kita, sebaliknya bisnis kita hanya sebatas mengupayakan diri melepaskan diri dari kekurangan, kalau pun tidak bisa semuanya, paling tidak ada sedikit yang terbuang dan itu sudah cukup.

Wallahu a’lam.

(Dikutip semula dengan beberapa perubahan dari laman: kisahmuslim.com/menerima-kekurangan-pasangan/) 

________________
“TIDAK ADA BALASAN KEBAIKAN KECUALI KEBAIKAN (PULA)” (AR-RAHMAN: 60) 

Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)
Foto Illustrasi: Flickr.com
Grafiks: bicara.hidayah

Sunday, 13 October 2013

MENCARI HIDAYAH DI DALAM KEHIDUPAN


HIDAYAH ialah petunjuk Allah kepada hamba-Nya untuk jalan yang baik. Amat banyak caranya untuk mendapatkan hidayah.

Ada cara kita berusaha dan ada pula cara pemberian Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

Cara berusaha ialah dengan melakukan segala ibadat, amal, membuat kebajikan, menolong sesama manusia dan apa juga perbuatan baik yang diredai oleh Allah سبحانه وتعالى.

Hidayah yang satu lagi ialah pemberian Allah yang terdapat dalam pelbagai bentuk. Umpamanya memberikan kefahaman agama.

Oleh yang demikian, kita sebagai Muslim hendaklah sentiasa berdamping dengan Allah kerana ia dapat membawa kepada kedamaian. Cara ini boleh diusahakan dan tidak dikhususkan kepada seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan saja.

Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa meminta petunjuk atau hidayah daripada Allah سبحانه وتعالى dan kita tidak rugi walau sedikitpun jika selalu berdampingan dengan Allah.

Sekiranya manusia dibiarkan seorang diri mencari kebenaran yang hakiki tanpa pedoman dan petunjuk, ditakuti mereka akan tersesat kerana untuk mencari kebenaran terlalu panjang dan bercabang-cabang.

Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana keadaan manusia yang mencari kebenaran seorang diri, sepertimana firman-Nya dalam surah al-An'am ayat 76-78 yang bermaksud:

|| “Ketika malam telah menjadi gelap, manusia yang mencari-cari ternampak bintang lalu ia pun berkata, inilah Tuhanku. Apabila bintang itu padam dan hilang tenggelam, ia mengatakan aku tidak suka Tuhan yang hilang. Bila dilihatnya bulan mengambang ia pun berkata, itulah Tuhanku.”

|| “Setelah bulan jatuh ia pun berkata, sesungguhnya jika Tuhan tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk ke dalam orang-orang yang tersesat dan apabila dia melihat matahari terbit, maka ia berkata, inilah Tuhanku yang lebih besar dan apabila matahari terbenam dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang mahu mempersekutukan.”

Ayat yang disebutkan dalam surah al-An'am itu mengenai kisah Nabi Ibrahim ‘alaihi sallam yang menunjukkan kepada kaumnya bagaimana untuk mencari Allah سبحانه وتعالى yang sebenar. Nabi Ibrahim yang telah mengenali Alah cuba mengajak kaumnya berfikir kewujudan Allah yang sebenarnya.

Allah yang bersifat pengasih dan amat penyayang itu mengasihi seluruh umat manusia dan sentiasa memberi hidayah kepada umatnya supaya dapat mengenali Tuhan.

Untuk mencapai matlamat itu Allah memilih beberapa Nabi dan Rasul yang ditugaskan menerima wahyu dan menyampaikan pengajaran itu kepada umat manusia.

Oleh yang demikian nabi, rasul, wahyu dan juga al-Quran menjadi petunjuk kepada umat manusia keseluruhannya.

Apakah jalan mendapatkan hidayah? Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Sesungguhnya akal boleh digunakan untuk mendapatkan hidayah. Pergunakanlah akal yang diberikan Allah kepada manusia itu sebaik-baiknya.

Hidayah tidak datang dengan sendirinya. Hidayah adalah sesuatu yang perlu dicari dan diselidiki, perlukan usaha oleh manusia kerana salah satu daripada ciri Islam ia tidak datang dengan sendiri tetapi ia datang dengan kita mencarinya.

Sesungguhnya, petunjuk Allah itu amat penting untuk mencari hakikat kebenaran. Jalan menuju ke arahnya adalah amat mudah sekali.

Di dalam Islam tidak ada perantaraan. Sesungguhnya perasaan keyakinan dan penumpuan yang sepenuhnya menjadi asas mencapai hidayah.

Antara ayat al-Quran yang dapat memandu manusia mencapai petunjuk Allah ialah:

|| “Sesungguhnya tidak ada seorang di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah dan mereka tidak mengetahui bila mereka dibangkitkan.” (Ayat 65, surah an-Naml).

|| “Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut, sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui.” (Ayat 97, surah al- An'am).

Setelah menghayati keadaan sekeliling dan mencari tanda-tanda kebesaran Allah selama ini diharapkan semuga iman kita kepada Allah akan bertambah dan hidayah yang kita cari selama ini akan terhasil.
____________
Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)

Saturday, 12 October 2013

US Naval officer and NASA astronaut Sunita Williams accepted Islam


Sunita Williams 2nd Indian Lady who went to the Moon on 09/07/2011, immediately after her return yesterday on Earth has declared that she embraced ‘ISLAM’ as her Faith and convertedd to It.
She said that from the moon the whole earth looked very black and dark except the 2 places which were bright and shining, when I looked through the Telescope, she added.
Amazingly those two spots were MAKKAH and MADINA, in the Arabian peninsula. She also added that at the moon all the Frequencies failed but I still could hear the sound of ADHAAN.
Sunita Williams (born September 19, 1965) is a United States Naval officer and a NASAastronaut. She was assigned to the International Space Station as a member of Expedition 14 and then joined Expedition 15. She holds the record of the longest spaceflight (195 days) for female space travelers.
Williams was born in Euclid, Ohio to Deepak Pandya and Bonnie Pandya, who reside in Falmouth, Massachusetts. Dr. Deepak Pandya is a famous neuroanatomist. Williams’ roots on her father’s side go back to Gujarat in India and she has been to India to visit her father’s family. She is of Slovenian descent from her mother’s side; therefore, she is Indian-Slovenian American.
She is married to Michael J. Williams, a Federal Police Officer in Oregon. The two have been married for more than 20 years, and both flew helicopters in the early days of their careers. She has a pet Jack Russell Terrier named Gorby which was featured with her on the “DogWhisperer” television show on the National Geographic Channel on November 12, 2010. Her recreational interests include running, swimming, biking, triathlons, windsurfing, snowboarding and bow hunting. She is an avid Boston Red Sox fan.
Williams is the second woman of Indian heritage to have been selected by NASA for a space mission after Kalpana Chawla and the second astronaut of Slovenian heritage after Ronald M. Sega. She holds three records for female space travelers: longest spaceflight (195 days), number of spacewalks (four), and total time spent on spacewalks (29 hours and 17 minutes).
12.10.2013

Keutamaan Hari Jumaat


1) Hari Jumaat Adalah Kemuliaan Buat Ummat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa dia mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:

“Kita adalah ummat yang akhir yang wujud di dunia ini dan ummat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk Syurga) pada Hari Kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu diberikan Al-Kitab daripada kita. Kemudiannya, hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberi pilihan) kepada mereka (untuk mendekatkan diri kepada ALLAH), tetapi mereka berselisih padanya (tidak mahu menerimanya), lalu ALLAH memberi petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut – iaitu Jumaat). Hari bagi Yahudi ialah esok (Sabtu) dan bagi Nasrani pada hari selepas esok (Ahad).” [³]

(HR al-Bukhari & Muslim)

2) Jumaat Adalah Sebaik-baik Hari

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu pula Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga.” [¹]

(HR Muslim)

3) Jumaat Dan Jumaat Berikutnya Adalah Penebus Dosa Jika Menepati Syaratnya

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna kemudian mendatangi solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan memperhatikan (dengar dengan teliti) khutbah, maka diampunilah dosa yang dilakukan antara hari itu sampai hari Jumaat berikutnya dan ditambah dengan 3 hari. Dan barangsiapa yang bermain kerikil, maka sia-sialah Jumaatnya.” [¹]

(HR Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Solat fardhu yang lima, Jumaat yang satu sampai Jumaat berikutnya, dan Ramadhan yang satu sampai Ramadhan berikutnya adalah merupakan mukaffirat (penebus) dosa-dosa yang dilakukan di antara kesemuanya itu selagi dosa-dosa besar dijauhinya.” [¹]

(HR Muslim)

4) Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat Tanpa Uzur Syar`i

Dari Abu Hurairah dan Ibnu `Umar radhiAllahu `anhum bahawasanya kedua-duanya telah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda di atas mimbarnya yang maksudnya:

“Orang-orang yang biasa meninggalkan solat Jumaat mesti segera meninggalkan kebiasaannya itu atau kalau tidak maka ALLAH akan mengunci hati mereka kemudian mereka termasuk orang-orang yang lalai.” [¹]

(HR Muslim)

5) Ada Saat Yang Istimewa Dikabulkan Permintaan

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawasanya ketika Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membicarakan hari Jumaat, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Pada hari itu (Jumaat) ada suatu saat di mana apabila ada seorang muslim yang sedang solat bertepatan dengan saat itu kemudian ia memohon sesuatu kepada ALLAH, nescaya ALLAH mengabulkan permohonannya.” Dan Baginda mengisyaratkan dengan tangannya menunjukkan bahawa saat itu sangat sebentar. 

Sumber: Facebook
12.10.2013

Doa Hari Jumat..


Bismillâhir Rahmânir Rahîm..


Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad

Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Alhamdulillâhil awwali qablal insyâi wa ihyâ’, wal-âkhiri ba’da fanâil asy-yâi, al-‘alîmil ladzî lâ yansâ man dzakarahu, walâ yanqushu man syakarahu, walâ yakhîbu man da’âhu, walâ yaqtha’u rajâhu.

Segala puji bagi Allah, Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan,Yang Akhir setelah punah semua,Yang Maha Tahu,Yang Tak Melupakan orang yang mengingatNya, Yang Tidak Merugikan orang yang mensyukuri-Nya, Yang Tidak Mengecewakan orang yang memohon pada-Nya, Yang Tidak Memutuskan harap orang yang mengharap-Nya

Allâhumma innî usyhiduka wa kafâ bika syahîdâ, usyhidu jamî’a malâikatika wa

sukkâna samâwâtika wa hamlata ‘arsyika wa man ba’atsta min anbiyâika wa rusulika wa ansya’ta min ashnâfi khalqika.

Ya Allah, aku mintakan kesaksian-Mu dan cukuplah Engkau sebagai saksi. Aku mintakan kesaksian seluruh malaikat-Mu penghuni langit-Mu dan pemikul arasy-Mu serta yang Kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-Mu dan yang Kau ciptakan dari berbagai makhluk-Mu

Innî asyhadu annaka Antallâhu lâ ilâha illâ Anta wahdaka lâ syarîka laka, walâ ‘adîla walâ khulfa liqawlika walâ tabdîla, wa anna Muhammadan shallallâhu ‘alayhi wa âlihi ‘abduka wa rasûluka, addâ mâ hammaltahu ilal ‘ibâdi, wa jâhada fillâhi ‘azza wa jalla haqqal jihâdi, wa annhu basysyara bimâ huwa haqqun minats tsawâbi, wa andzara bimâ huwa shidqun minal ‘iqâbi.

Aku bersaksi, sesungguhnya Engkau Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau, Tunggal Tak Berserikat dan Tak Bertara firman-Mu tak berubah dan tak berganti, dan sesungguhnya Muhammad saw hemba-Mu dan Rasul-Mu,

ia penuhi apa yang Kau bebankan padanya untuk semua hamba
ia berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya
ia memberi kabar gembira tentang pahala yang sejati
ia mengancam dengan siksa yang sesungguhnya

Allâhumma tsabbitnî ‘alâ dînika mâ ahyaytanî, walâ tuzigh qalbî ba’da idz hadaytanî, wa bahlî milladunka rahmatan innaka Antal Wahhâb, shalli ‘alâ Muhammadin wa ‘alâ âli Muhammad, waj’alnî min atbâ’ihi wa syî’atihi, wahsyurnî fî zumratihi, wa waffiqnî liadâi fardhil jumu’âti wa mâ awjabta ‘alayya fîhâ minath thâ’âti, wa qasamta liahlihâ minal ‘athâi fî yawmil jazâ’, innaka Antal ‘Azîzul Hakîm.

Ya Allah
Teguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan aku
Janganlah gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki aku
Karuniakan padaku rahmat dari sisi-Mu
Sungguh, Engkaulah Maha Pemberi
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadikanlah aku dari pengikut dan golongannya
Kumpulkan aku pada kelompoknya
Bimbinglah aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at, yang Kau wajibkan atasku untuk aku taati dan Kau bagikan karunia pada hari pembalasan pada orang yang layak menerimanya.
Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana..

Aamiin Allahumma Aamiin..

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw.
(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

ORANG YANG BERAMAL DI WAKTU MUDA AKAN BERMANFAAT UNTUK WAKTU TUA-NYA


-Dalam surat At Tiin, ALLAH telah bersumpah dengan tiga tempat diutusnya para Nabi ‘Ulul Azmi yaitu:


[1] Baitul Maqdis yang terdapat buah tin dan zaitun – tempat diutusnya Nabi ‘Isa ‘alaihis salam,

[2] Bukit Sinai yaitu tempat ALLAH berbicara langsung dengan Nabi Musa ‘alaihis salam,

[3] Negeri Mekah yang aman, tempat diutus Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Setelah bersumpah dengan tiga tempat tersebut, ALLAH Ta’ala pun berfirman,

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” (At Tiin [95] : 4-6) 

Maksud ayat “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” ada beberapa pendapat. Di antara pendapat tersebut adala:

(1) “Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya sebagaimana di waktu muda yaitu masa kuat dan semangat untuk beramal.” Pendapat ini dipilh oleh ‘Ikrimah.

(2) “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.” Menurut Ibnu ‘Abbas, ‘Ikrimah, Ibrahim dan Qotadah, juga Adh Dhohak, yang dimaksudkan dengan bagian ayat ini adalah “dikembalikan ke masa tua renta setelah berada di usia muda, atau dikembalikan di masa-masa tidak semangat untuk beramal setelah sebelumnya berada di masa semangat untuk beramal.” Masa tua adalah masa tidak semangat untuk beramal.

Seseorang akan melewati masa kecil, masa muda, dan masa tua. Masa kecil dan masa tua adalah masa sulit untuk beramal, berbeda dengan masa muda.

An Nakho’i mengatakan,

“Jika seorang mukmin berada di usia senja dan pada saat itu sangat sulit untuk beramal, maka akan dicatat untuknya pahala sebagaimana amal yang dulu dilakukan pada saat muda. Inilah yang dimaksudkan dengan firman ALLAH (yang artinya): bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” 

Ibnu Qutaibah mengatakan,

“Makna firman ALLAH (yang artinya), “Kecuali orang-orang yang beriman” adalah kecuali orang-orang yang beriman di waktu mudanya, di saat kondisi fit (semangat) untuk beramal, maka mereka di waktu tuanya nanti tidaklah berkurang amalan mereka, walaupun mereka tidak mampu melakukan amalan ketaatan di saat usia senja.

Karena ALLAH Ta’ala Maha Mengetahui, seandainya mereka masih diberi kekuatan beramal sebagaimana waktu mudanya, mereka tidak akan berhenti untuk beramal kebaikan. Maka orang yang gemar beramal di waktu mudanya, (di saat tua renta), dia akan diberi ganjaran sebagaimana di waktu mudanya.” (Lihat Zaadul Maysir, 9/172-174)

Begitu juga kita dapat melihat pada surat Ar Ruum ayat 54.

“ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (Ar Ruum: 54) 

Jadi, usia muda adalah masa fit (semangat) untuk beramal. Oleh karena itu, manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Janganlah disia-siakan.

JIKA ENGKAU MASIH BERADA DI USIA MUDA,
MAKA JANGANLAH KATAKAN: JIKA BERUSIA TUA, BARU AKU AKAN BERAMAL

Allahu a’lam bishawab
__________
Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)