Friday, 11 May 2012

2012 - JOHOR (TEBRAU CITY & KLUANG)

Jarak perjalanan Kuala Lumpur ke Johor Bharu

Sejak mula bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia pada 2 Februari 2012, saya telah mengembara hampir keseluruh pelusuk Tanahair. Inilah pengalaman yang amat menyeronokkan. 
Banyak gambar yang telah saya ambil namun tak kesemuanya dapat saya abadikan dalam album koleksi saya di rumah...
Saya ingin abadikan gambar kenangan tempat-tempat yang saya pergi agar gambar itu tidak hilang begitu sahaja.

Saya mulakan perjalanan dengan negeri Johor pada tahun 2012.


TEBRAU CITY JOHOR BAHRU
21-26 Februari 2012


Johor Bahru memang tidak asing bagi saya, kerana ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia yang berpengkalan di Woodlands Singapura, saya sering berulangalik ke Johor Bahru ketika itu. 


Saya berada di Tebrau City adalah kerana menjalankan program Minggu Jantung Johor 2012 bermula dari 21 - 26 Februari 2012 bertempat di AEON Tebrau City (dulu dikenali Tebrau City Jusco). 




AEON Tebrau City dibuka pada tahun 2006 merupakan salah satu daripada Kompleks AEON di Negeri Johor .



Check In Hotel di Jalan Harmonium 33/1, Taman Desa Tebrau, Johor Bharu terletak hanya 1 km ke AEON Tebrau City.



Van Yayasan Jantung Malaysia yang kami gunakan untuk perjalanan.

KLUANG, JOHOR
9 JUN 2012

Pada bulan Jun sekali lagi saya dan Team Yayasan Jantung Malaysia ke Johor, tapi kali ini kami ke Kluang Johor untuk program "Go Red for Women" yang diadakan pada 9 Jun 2012 bertempat di Dewan SJK (Cina) Chong Hwa 2, Kluang, Johor. 


SJK (Cina) Chong Hwa 2 terletak di hadapan Hotel Chinatown, tempat kami menginap semasa program. 


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa 2 atau nama ringkasnya SJK(C) Chong Hwa 2, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di 90, Jalan Lambak.


BANDAR KLUANG
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 300,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandaraya ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru & bandaraya kedua terbesar Johor, Batu Pahat. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T.
Kami menginap di Chinatown Hotel kerana kedudukannya yang terletak betul-betul di hadapan Dewan SJK (CIna) Chong Hwa II
Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Pada tahun 1920, dengan mempunyai 5 000 orang penduduk, Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Mulai tahun 1932, Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang.
Dalam tahun 1957, Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Lima tahun kemudian pada tahun 1962, 5 buah Majlis Tempatan telah di tubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampung Paya, Majlis Tempatan Kampung Gajah, Majlis Tempatan Sri Lalang, Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh.






MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM "GO RED FOR WOMEN"
Mesyuarat penyelarasan kempen telah diadakan pada 10 Mei 2012 di Pejabat Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kluang di Bangunan Persekutuan, Kluang,Johor. 







ZENXIN ORGANIC PARK



Salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Kluang ialah Zenxin Organic Park iaitu sebuah Taman Organik yang pertama dibuka kepada orang ramai. Aku pernah mengunjungi Ladang seluas 100 ekar ini pada 1 November 2008 semasa Lawatan Sambil Kerja The Institution of Engineers, Malaysia


ZENXIN AGRI-ORGANIC FOOD SDN. BHD. 
No.8, (PLO 67) Jalan Teknologi 1,Kawasan Perindustrian Mengkibol,86000 Kluang, Johor,Malaysia
Tel: +60 (7) 7728199, +60 (7) 7736899
Fax: +60 (7) 7766799
Email: zenxinkluang@zenxin.com.my, zenxin.organic@gmail.com



Inilah 2 daerah di Johor yang saya kunjungi sepanjang tahun 2012... Selepas ini saya akan paparkan foto-foto negeri-negeri lain yang saya kunjungi. 

Tarikh: 11 Januari 2015

Saturday, 28 April 2012

2012 - MELAKA (AEON BANDAR BARU & LUBOK CHINA)


AEON BANDARAYA MELAKA
23-28 MARCH 2012



Program Minggu Jantung Melaka 2012 berlansung di AEON Bandaraya Melaka dari 23 hingga 28 March 2012. AEON Bandaraya Melaka terletak di Kawasan Bandar, Daerah Melaka Tengah, Peringgit.


HANG TUAH CITY HOTEL, BUKIT BARU, MELAKA
Sepanjang di Melaka kami menginap di Hang Tuah City Hotel (sebelum ini dikenali dengan Straits Meridian Hotel)  yang terletak di Taman Malinja , Bukit Baru, Melaka.






MENARA TAMING SARI


Menara Taming Sari dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Ia adalah Menara Gyro yang pertama di Malaysia dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records. Mempunyai ketinggian 110 meter, pengunjung boleh melihat panorama bandaraya Melaka dari atas Menara ini.
Dinamakan sempena nama Keris Taming Sari, iaitu senjata yang digunakan oleh Legenda Melaka Pahlawan Hang Tuah. 

Taming Sari Tower.JPG





BUKIT BARU, MELAKA


Beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang berada di Melaka. 



Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia di bina ada tahun 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. 






LUBOK CINA, MELAKA
28 APRIL 2012

Lubok Cina Melaka adalah kampong arwah ibu ku Hjh Yang Chik. Aku bersama Abang dan kakak-kakak ku pulang ke kampong pada 28 April 2012 untuk meninjau tanah pusaka peninggalan arwah ibu kami. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lubok Cina adalah sejauh 102 km. 










15.1.2015