Sunday, 2 February 2003

2003 - TAIPING, PERAK

Kenangan percutian keluarga ke Taiping, Perak pada tahun 2003

Pada 2 Februari 2003, saya dan keluarga telah bercuti ke Taiping,Perak. Saya memang dah lama teringin ke Taiping kerana Taiping adalah bumi kelahiran saya pada 2 Julai 1961 di Old Kamunting Road, Taiping, Perak.

Kami sekeluarga menginap di Hotel Seri Malaysia yang terletak di Jalan Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, Perak.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping adalah sejauh 276 km dan mengambil masa perjalanan selama 3 jam 6 minit.


















KELAPA LINE QUARTERS
JALAN KAMUNTING, TAIPING
3 FEBRUARY 2003
Kelapa Line Quarters terletak di Jalan Kamunting Lama, Taiping, Perak. Setelah 42 tahun (1961-2003), barulah kali pertama saya dapat melihat rumah dimana saya dilahirkan pada 2 Julai 1961 di Kuarters Tentera ini. Ketika itu Arwah ayah saya berkhidmat dengan Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Setahun selepas saya dilahirkan, ayah dihantar ke Congo,Afrika untuk berkhidmat dengan PBB pada 1962. 
Saya tidak pasti tidak rumah itu masih wujud lagi atau sudah dirobohkan ketika saya update blog ini pada 23 Jun 2024.  







MUZIUM PERAK
JALAN TAMING SARI, TAIPING, PERAK
Muzium Perak yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping, Perak ini dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Terdapat bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobiologi di Muzium ini. 





ZOO TAIPING
JALAN TAMAN TASIK TAIPING
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah adalah Zoo tertua di Malaysia dirasmikan pada 7 Mac 1964. Terletak di Jalan Taman Tasik Taiping, sebuah kawasan semula jadi berhampiran Bukit Larut (Maxwell Hill). 







Kenangan kami ketika singgah solat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, Kuala Lumpur
Kemaskini: 23 Jun 2024 : 11.44 pm













Friday, 25 October 2002

2002 - HATYAI & SONGKHLA

Lawatan Setaf The Institution of Engineers, Malaysia ke Hatyai dan Songkhla pada Bulan Oktober 2002. 
Kami bertolak dari Pejabat kami di Petaling Jaya dengan menaiki bas dan bertolak pada jam 10.00 malam. 
Kami singgah di Changloon, Kedah untuk berhenti makan dan istirehat. 
Untuk masuk ke Hatyai, kami kena melalui Pemeriksaan Imigresen di Komplek Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah. 

Bukit Kayu Hitam di Kedah adalah bandar Sempadan Malaysia-Thailand dan ia juga adalah pengakhiran Lebuhraya Utara Selatan. Di seberang Kompleks Imigresen adalah bandar Ban Dan Nok terletak di daerah Sadao, Wilayah Songkhla, Selatan Thailand. 




SONGKHLA, THAILAND


Songkhla dahulunya dikenali sebagai Singgora adalah sebuah bandar di Thailand berhampiran dengan sempadan Semenanjung Malaysia. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" atau "Kota Singa" khususnya dikalangan negara-negara Barat sebelum Perang Dunia kedua. 
Songkhla mengikut sejarah adalah sebuah kota Kerajaan Melayu lama yang dulu dikenali Langkasuka. Ia telah berada dibawah kekuasan Thai sejak abad ke 18. 
Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan Hatyai,Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla. 
Pada 8 Disember 1941, Pasukan ke 25 Tentera Imperial Jepun dibawah pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita membuat pendaratan di Songkhla dan Pattani dan telah menggunakan bandar-bandar ini untuk landasan pendarata Tentera Jepun dalam kempen menakluk Malaya. 




HATYAI, THAILAND
Hatyai merupakan bandar yang ke 4 terbesar di Thailand terletak di selatan Thailand berhampiran sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam. Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla
Nama Hat Yai adalah singkatan bagi "Ma Hat Yai" bermaksud Pokok Ma Hat besar. 








Demikianlah berakhirnya lawatan 4 hari ke Hatyai dan Songkhla.