Sunday, 29 July 2001

2001 - TIANANMEN SQUARE BEIJING

THE TIANANMEN SQUARE, BEIJING
TIANANMEN SQUARE
Dataran Tiananmen ialah dataran besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China. Tiananmen (Pintu Damai Syurga) terletak arah utara dan memisahkan dataran ini dengan Kota Larangan (The Forbidden City). Dataran ini adalah seluas 40.5 hektar (100. Ekar) dan merupakan dataran yang terbesar di dunia.
Berhampiran dataran ini juga terletaknya Makam Mao Zedong (Pengasas Republik Rakyat China pada 1949). Makam ini telah disiapkan pada tahun 1977.
Di sinilah pada 15 April 1989berlakunya siri tunjuk perasaan yang dipimpin oleh pelajar, cendekiawan dan aktivis buruh di Republik Rakyat China. Kematian akibat rusuhan ini adalah antara 2,000 hingga 3,000 orang mengikut angka Persatuan Pelajar China  dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. 


Bersama rakan-rakan The Institution of Engineers, Malaysia



Saturday, 28 July 2001

2001 - THE FORBIDDEN CITY BEIJING


THE FORBIDDEN CITY OF BEIJING
Kota Larangan (Forbidden City) adalah merupakan istana Maharaja China yang mula digunakan semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming. Kini ia menempatkan Muzium Istana yang dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.
Istana ini telah digunakan oleh Maharaja China hampir 500 tahun sehingga Maharaja Puyi dari Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.Dibina atas perintah Maharaja Zhu Di (Maharaja ke 2 Dinasti Ming) pada tahun 1406 hingga 1420 ia mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik. Kota ini telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia  pada tahun 1987.








Dalam rangka lawatan Setaf The Institution of Engineers Malaysia pada tahun 2001, kami telah berpeluang untuk melawat Kota Larangan di Kota Beijing, China. Teringat saya kepada 2 buah filem yang pernah saya tonton suatu ketika dahulu yang mana penggambaran dilakukan di Kota Larangan ini. 


Filem "The Last Emperor" yang dikeluarkan oleh Columbia Pictures pada tahun 1987 mengisahkan kehidupan Maharaja Puyi , iaitu Maharaja China yang terakhir yang telah digulingkan pada tahun 1911. 
Filem "Shanghai Noon" lakonan Jackie Chan dan Owen Wilson yang diterbitkan pada tahun 2000. 



Sunday, 18 February 2001

2001 - 2002 - GENTING HIGHLAND

Genting Highland juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Genting adalah pusat Peranginan yang terletak di Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar terletak di Pahang dan sebahagian kecil di Negeri Selangor. 

Genting dibangunkan oleh mendiangTan Sri Datuk Seri (Dr.) Lim Goh Tong (1918 - 2007) pada tahun 1965 dan siap pada Januari 1971. Beliau telah menubuhkan Genting Highland Berhad (Kini Genting Groups) pada 27 April 1965 bersama Allahyarham Mohamed Noah Omar. 

Saya bertuah kerana pernah 3 kali menginap di Genting Highland iaitu pada 2001 di Genting View Resort dan pada 2002 ketika ISO Training di Awana Golf and Country Resort Genting Highland dan pada 2007 Di Genting International Convention Centre ketika bekerja dengan The Institution of Engineers Malaysia di Petaling Jaya dari 1999 - 2011. 


Mesyuarat Penyelarasan Seminar di Genting View Resort ketika bersama The Institution of Engineers Malaysia.




The Institution of Engineers, Malaysia ISO Training di  Awana Golf and Country Resort dari 25-27 May 2002.

Menghadiri Seminar di Genting International Convention Centre pada May 2007. 


Pada tahun 1993, atas cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia ketika itu, sebuah bandar dibangunkan di atas tanah seluas 81 hektar di sekitar tapak stesen kereta kabel Genting Skyway. Ia dinamakan Gohtong Jaya sempena nama Lim sebagai tanda kenangan atas usahanya dalam pembangunan Genting Highlands.


Resorts World Genting kini mempunyai 7 rangkaian Hotel dengan salah satu dari hotelnya iaitu First World Hotel memegang gelaran Rekod Dunia Guinness sebagai hotel terbesar di dunia dari 2006 hingga 2008 dan mendapatkan semula gelaran pada tahun 2015 dengan jumlah 7,351 bilik berikutan kesiapan Menara 3.

Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Lim Goh Tong

RUJUKAN:

1. WIKIPEDIA - GENTING HIGHLANDS

2. RESORTS WORLD GENTING

Update: 19 May 2022 :9.09 pm

Tuesday, 31 October 2000

2000 - BANGKOK & PATTAYA


Sepanjang bekerja dengan The Institution of Engineers,Malaysia saya telah banyak kali dapat mengunjungi Negara Thailand iaitu pada tahun 2000, 2002, 2006 dan 2007. Antara Daerah yang telah saya kunjungi di Thailand ialah Bangkok & Pattaya, Haatyai dan Songkhla dan ChiengMai. 
Sebenarnya Thailand bukanlah asing bagi ku kerana semasa dalam perkhidmatan Tentera Laut dulu saya telah banyak kali ke Thailand.


Sedikit info mengenai Thailand
Thailand mengikut sejarah didirikan pada tahun 1238M yang dikenali sebagai Sukhothai dan kemudian Ayutthaya. Ia bersempadan dengan Laos, Kemboja dan Myanmar (Golden Triangle). Thailand dahulunya dikenali sebagai Siam sehingga tahun 1949 perkataan “Thai” yang bermaksud ‘bebas’ mula digunakan.
Thailand merupakan negara yang ke 51 terbesar di dunia. 95% penduduk Thailand berugama Buddha. 

BANGKOK & PATTAYA , 2000


Bangkok, ibukota Thailand dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di negara ini. Dikenali di Thailand sebagai Krung Thep Maha Nakhon terletak di delta Sungai Chao Phraya.


Don Muang International Airport yang terletak di Vibhavadi Rangsi Road telah digunakan sebagai Lapangan Terbang Komersial sejak tahun 1924. Ianya adalah salah satu dari lapanganterbang tertua di dunia. 

Selepas pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 28 September 2006, Lapangan terbang ini kemudian menjadi kemudahan untuk penerbangan tentera dan awam. 

** Lapangan Terbang ini telah ditutup pada April 2006 setelah Lapangan Terbang Suvarnabhumi beroperasi. 




Prince Palace Hotel yang terletak di Damrongrak Road dinamakan sempena nama Field Marshal Putera Kromaluang Nakhon Chaisri Suradej iaitu anak kepada Raja Rama V





Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand(Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau 'Basin Chao Phraya'. Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.

Berikut adalah beberapa keping gambar sekitar lawatan ke Bangkok dan Pattaya pada tahun 2000.
















Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di daerah Yai, Bangkok, ditebing Barat Thonburi Sungai Chao Phraya. Nama kuil ini dikatakan sempena nama Tuhan Hindu Aruna. Wat Arun adalah mercu tanda Thailand yang paling terkenal . 

PATTAYA 2000

Pattaya adalah merupakan sebuah Bandar yang terletak di Pantai Timur Teluk Thailand kira-kira 165 km dari tenggara Bangkok. Ianya merupakan sebuah Bandar pelancongan yang cukup terkenal di Asia. 

TOWN IN TOWN HOTEL, PATTAYA

Semasa di Pattaya, kami menginap di Town in Town Hotel di Central Pattaya Road, Chonburi, Thailand.

TOWN IN TOWN HOTEL Pattaya
206 moo9, Central Pattaya Road, Pataya City, Chonburi 20260, Thailand



Royal Garden Plaza terletak di Beach Road Pattaya sebuah pusat membeli membelah. Di Tingkat 3 plaza ini adalah Ripley's Believe it Or Not Museum yang menjadi tarikan pelancongan di Pattaya. Apabila memasuki bangunan ini kita akan dapat lihat sebuah pesawat terhempas (bukan betul) yang dibuat oleh pihak muzium untuk menarik perhatian pelancong. Muzium ini adalah sebahagian dari Muzium Amerika "Ripley's Believe it or Not" dinamakan sempena nama seorang pengembara dan wartawan terkenal Amerika Robert Ripley yang telah melawat lebih 200 negara di dunia untuk mengumpul barangan-barangan yang luar biasa. 


Kenangan manis ketika bertugas di Institute of Enginees Malaysia dari 1999 sehingga 2011 tak mungkin dapat ku lupakan. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update: 
30 July 2023 > 12 Muharram 1445H: 10.44 am