Monday, 31 August 1981

HARI KEBANGSAAN 1981

Kesemua dalam gambar ini adalah dari Intake 139 kecuali Rahman Arab dari intake 137


Pernahkah anda menyertai Perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Putrajaya atau di peringkat negeri masing-masing...?
Sepanjang hidup saya, hanya sekali saya pernah menyertai kontijen Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 1981.

Saya ketika itu berkhidmat di Kapal KD Raja Jarom, mewakili Kontinjen Zon Selatan TLDM iaitu Kontijen dari Woodlands, Singapura (ketika itu Kapal-Kapal TLDM masih lagi beroperasi di Singapura).
Oleh kerana KD Raja Jarom ketika itu masih dalam pembaikan di Limbungan MSE, Pasir Gudang,kami telah dipilih mewakili zon selatan ke Perbarisan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Zon Selatan ketika itu adalah kontinjen TLDM dari Woodlands, Singapura dan anggota TLDM yang bertugas di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur.
Manakala Zon Utara adalah dari Pengkalan di Lumut, Perak.

Bertolak dari Stesen Keretapi Johor Bahru ke Kuala Lumpur, masing-masing membawa senjata M16. Oleh kerana kami adalah kumpulan pertama yang menggunakan uniform 2B baru menggantikan yang lama (berseluar pendek), jadi kami menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang ketika itu. Semasa tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, ramai mata memandang ke arah kami. Mungkin selama ini mereka biasa nampak Askar berbaju Hijau menggalas senjata... tapi kali ini pasukan yang berbaju biru dan setiap orang menggalas senjata.
Semasa menunggu terak, kami singgah minum di cafeteria di stesen keretapi KL. Seorang Pak Cik kerana ingin tahu... bertanya kepada saya yang kami ini dari mana. Bila saya katakan pada Pakcik tu kami adalah Tentera Laut dari Woodlands, Singapura, dia terkejut dan bertanya kenapa ramai anggota Tentera Laut Singapura berada di Kuala Lumpur dan membawa senjata pula.... kami ketawa dan berkata pada Pakcik tu bahawa kami ialah Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia yang berpengkalan di Woodlands, Singapura.... baru pakcik tu rasa lega dan katanya tak sangka pula anggota TLDM masih berpengkalan di Singapura walaupun Singapura telah lama keluar dari Malaysia.. saya nyatakan yang TLDM sekarang dalam proses berpindah secara berperingkat dari Singapura ke pengkalan Baru di Lumut, Perak....
(Pengkalan TLDM di Woodlands Singapura sekarang ini ini jadi Singapore West Prison... sedihnya bila kenangkan tempat yang aku tinggal diberek bujang dulu sekarang ni jadi tempat tinggal banduan pula....)



Semasa di Kuala Lumpur kami menumpang di Kem Transit Jalan Ampang. Bergambar kenangan dengan anggota dari Tentera Darat yang turut serta dalam Perbarisan tersebut.

Kem Transit, Jalan Ampang, K.L

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Updated: 27 May 2026: 11.02 p.m

Thursday, 30 July 1981

KD GANAS, 1981

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
MALAYSIAN BASE JETTY, WOODLANDS, SINGAPORE
3.2.1981 - 27.7.1981

\

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
SOUTH CHINA SEA
JULY 1981

Tahun 1981, setelah menamatkan Kursus Asas Komunikasi Radio di KD Pelandok, Lumut, Perak, kami akan ditempatkan di unit masing-masing. Saya bersama 809023 ODCR Roseli Md Zin (American) telah di tempatkan di atas Kapal Penyerang Laju (Misil) , KD GANAS yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Pegawai Memerintah KD Ganas ketika itu ialah N/400438 Lt Kdr Abdul Rashid Md Isa.


KD Ganas adalah merupakan salah sebuah kapal TLDM dari Sekuadron pertama Kapal Pembinasa Laju (Misil). Sekuadron ini terdiri dari 4 buah kapal iaitu KD Ganas, KD Perdana, KD Serang dan KD Ganyang. Ditauliahkan pada 20 Mac 1973 di Limbungan Cherboug, Perancis. Kapal ini adalah dari kelas PERDANA yang dilengkapi dengan Sistem Peluru Berpandu EXOCET MM 38 Missile.

Pegawai Memerintah pertama kapal ini ialah N/400179 Kdr TLDM Muhammad Yasin bin Hj Salleh.




 
Saya bersama skot saya ODCR Roseli menjalani Latihan sambil Kerja (OJT) selama 6 bulan.


Kami menaiki keretapi dari Ipoh ke Johor Bahru sebelum dibawa dengan trak ke Woodlands, Singapura. Ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura. Setelah tiba di Malaysian Base Jetty di Woodlands, kami mencari kapal masing-masing... namun kapal KD Ganas tidak kelihatan. Akhirnya kami diberitahu bahawa KD Ganas ketika itu berada di Sabah. Jadi saya dan Roseli akan ditumpangkan sementara di Pejabat Semboyan FOCRMNCCS di KD Malaya sehingga kapal kembali ke Singapura. 3 bulan lamanya kami di FOC RMNCCS (Fleet Operational Command, Royal Malaysian Navy Communication Contigency System).
FOCRMNCCS kini dikenali sebagai SKTLDM (Stesen Komunikasi TLDM).




Bangunan FOC RMNCCS (Bangunan Kayu).. Disitulah saya dan Roseli ditumpangkan selama lebih kurang 3 bulan sehingga KD Ganas kembali dari Sabah. 

Pengkalan TLDM di Woodlands kini berubah wajah menjadi SINGAPORE ADMIRALTY WEST PRISON .... HANYA TINGGAL KENANGAN


Ini adalah antara 2 orang senior saya semasa OJT di KD Ganas....RO Fuad dan RO Amir (lebih dikenali dengan Amir Lat) manakala seorang lagi ialah RM Basiran. Anggota Komunikasi KD Ganas yang saya ingat ketika itu selain Amir dan Fuad ialah Osman Desa (Penaga), Adnan (Donan), LRO Chua Eng Chai, LRO Rama, Yeoman Lee Ah Sang dan RS Hassan Mamak... yang lain saya tak berapa ingat...


CRS Hassan (Radio Supervisor KD Ganas)






Berakhirnya KD Ledang, berkubur di Laut Cina Selatan

Satu-satu kenangan yang tak mungkin saya lupakan semasa berkhidmat di KD Ganas ialah latihan Penembakan Peluru Berpandu (Exocet Missile) di Selat Singapura pada July 1981. Saya masih ingat lagi ketika latihan penembak Missile ini berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.  Kapal yang menjadi target ketika itu ialah bekas KD Ledang yang telah dilucutkan tauliah.
Setelah 6 bulan menjalani On Job Training di KD Ganas , saya ditukarkan ke KD Raja Jarom.


EX-KREW KD GANAS (1981)







Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Updated: 26/5/2026: 6.15 p.m

Wednesday, 31 December 1980

KURSUS LM KMR 1980 - 81


Dari Kiri : 809022 RO Zainol Ali, 809021 RO Mansor Ismail, 809025 RO Zulheimy dan 809027 RO Zulkepli 

Setelah menamatkan latihan Rekrut selama 6 bulan dan bercuti 2 minggu, kami kembali semula ke KD Pelandok, Pengkalan TLDM Lumut untuk meneruskan latihan kepakaran selama 6 bulan. Saya dan rakan-rakan di khususkan ke dalam cawangan Komunikasi dan latihan dalam bidang komunikasi juga berjalan selama 6 bulan. 


Sekolah Komunikasi, KD Pelandok, Pengkalan TLDM, Lumut, Perak. Disinilah lahir anggota Komunikasi TLDM dan disinilah saya menjalani kursus selama 6 bulan dalam bidang Komunikasi Radio dan Taktikal. 

BUKU RUJUKAN KURSUS KOMUNIKASI
Sepanjang kursus 6 bulan, kami menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk kursus dan kesemua buku Rujukan kami adalah didalam bahasa Inggeris. Buku-buku yang digunakan adalah buku Allied Communication Publication yang digunapakai juga di negara-negara Komanwel. 


Royal Naval Communication Publication 9 (RNCP 9), subtitled "Tactical Signalling and Manoeuvring," is an authoritative reference manual used by the Royal Navy and associated Commonwealth forces to coordinate fleet movements and maintain operational security.


QRRN1989 edition of BR 2, serves as the official constitutional and administrative framework governing all personnel serving within the British Naval Services and associated Commonwealth Forces. 


Allied Maritime Tactical Signal and Maneuvering Book, an active standard issued by the North Atlantic Treaty Organisation (NATO) to maintain operational cohesion across allied fleets. It is a multi-national operational standard to facilitate the dissemination of tactical orders and fleet maneuvering instructions among allied naval ships. 


Communications Instructions - Operating Signals, an Allied Communications Publication. This book is to act as a comprehensive operational dictionary of standardised military brevity codes.


Communicatioin Instruction - Radio Telegraph Procedure, an Allied Communications Publication, to establish standard operating procedures for military radiotelegraph communications, most notably, the structured transmission of Morse Code over HF radio circuits.


Admiralty Manual of Seamanship published by Her Majesty's Stationery Office. The Royal Malaysian Navy uses this BR 67 as a primary, baseline textbook for naval trainee officers, cadets and deck crew.Because the RMN was fundamentally built on the traditions, structure, and training regimes of the British Royal Navy, it inherited the standard British Book of Reference (BR) framework.

ODCR COURSE 1980: Dari Kiri : 809023 Roseli , 809037 Latif , 809033 Nasir , 809025 Zulheimy dan 809034 Baharuddin
Hanya Roseli dan Baharudin yang meneruskan perkhidmatan sehingga pencen...  Latif aku tak tahu dimana sekarang... dia discharge from service semasa dalam perkhidmatan .. terus lost contact... Nasir juga dah lost contact... 

Semua yang dalam gambar ini berkhidmat separuh jalan je (tak sampai pencen). 3 discharge semasa dalam Service (Zulkepli, Latif dan Zaini) , Rahim dan Nasir berhenti 13 tahun dan saya berhenti 16 tahun...


Salah satu kursus yang dijalani adalah kursus Radio Telegraphy yang antaranya adalah termasuk menghantar dan membaca Morse Code. Anggota Komunikasi TLDM mestilah mahir membaca Morse Code. 

Morse Key



Anggota komunikasi juga dimestikan menghadiri kursus Menaip sepanjang 6 bulan kerana kami difahamkan jika dikapal - kapal atau pengkalan anggota komunikasi perlu banyak menaip report dan Kawat-kawat yang diterima. 

Lumut Base Jetty pada tahun1980.... kelihatan dibelakang gambar ketika itu kapal-kapal TLDM masih belum lagi berpindah ke Lumut, Perak.. Kapal - kapal TLDM ketika itu masih lagi beroperasi di Malaysian Base Jetty di Woodlands, Singapura..

Di manakah mereka sekarang?

Setelah menamatkan kursus ODCR, maka kami masing-masing akan ditempatkan di kapal-kapal TLDM untuk menjalani Latihan Sambil Bekerja (OJT) juga selama 6 bulan. 
Saya dan 809023 ODCR Roseli Zin telah ditempat di Kapal Pembinasa Laju (Misil) iaitu KD Ganas yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. 

Ikuti selanjutnya latihan OJT selama 6 bulan di KD Ganas :



Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Updated: 27 May 2026: 11.09 p.m