** Nota ini saya kumpulkan sebagai rujukan mudah, saya gunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut ayat yang asal sebagai rujukan
- Teori Pentas Sunda > Bangsa Nusantara adalah perintis kepada peradaban Maritim dan perdagangan Laut.
- Bukti arkeologi Marin menunjukkan laut Asia Tenggara pada abad ke-16 telah dikuasai oleh kapal kargo besar jenis biasa, menunjukkan ciri-ciri kebanyakannya Asia Tenggara tetapi dengan campuran China.
- Catatan Antonio Pigafetta : Beliau ikut serta dalam pelayaran Ferdinan Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah pembantu Magellan.
- Maximillanus Transylvanus: Enrique the Malacca merupakan penterjemah berasal dari Maluku.
- dalam bukunya "Lendas Da India" (Legend of India) > beliau menyelitkan keagungan dan kehebatan kapal Mendam Berahi buatan Melayu.
- Dalam "Lendas da India" > pencatit Portugis yang mencatatkan bahawa sewaktu armada Portugis bertembung dengan kapal Melayu dari Acheh, kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tidak ada sesiapa yang berani hendak memanjanya dari mana-mana kapal Portugis.
Horst H. Liebner, Dr. : seorang Pengkaji Arkeologi Nusantara berasal dari Jerman ini menyatakan bahawa orang Melayu pada abad ke 10 sudah berupaya membina kapal yang berukuran 25 hingga 35 meter panjang dan 12 meter lebar.
Ibn Batutta: Kapal China terbesar dipanggil Chuan, dan beliau berkata Jong Melayu lebih besar berbanding Chuan.
James W. Hoover : Professor Sejarah Amerika > Orang Melayu mengembangkan kemahiran pelayaran sejak awal, menumpukan pada kapal yang dibina berdasarkan prinsip katamaran, menggunakan cadik. DNA sekali lagi memberikan petunjuk untuk penjajahan Melayu di Kepulauan Pasifik dan Madagascar, jelas di seberang Lautan Hindi.
Joao de Barros (1496-1570) : mencatat tentera pimpinan Alfonso de Albuquerque telah diserang oleh Jong dari Pasai semasa armada merekaberada di antara Lumut dan Belawan di Portugis mengambil maa 2 hari untuk mengalahkan jong tersebut.
John Crawfurd: Orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum orang-orang Eropah.
Jong:
- Kewujudan jong Melayu telah direkodkan sebelum penciptaan Atlas Miller pada tahun 1519. Atlas ini mungkin merupakan atlas Eropah pertama yang menggambarkan kapal-kapal tersebut, tetapi ia bukanlah dokumen pertama secara keseluruhan.
- Istilah "jong" telah direkodkan dalam bahasa Jawa Kuno dalam sebuah prasasti Bali abad ke-11. Perkataan itu juga digunakan dalam epik Jawa Kidung Panji Wijayakrama-Rangga Lawe pada akhir abad ke-13 dan awal abad ke-14.
- Pada tahun 1413, penterjemah Cina Ma Huan menggambarkan perdagangan maritim yang meluas yang dijalankan oleh Empayar Majapahit, yang bergantung pada jong. Teks sejarah Cina dari dinasti Yuan dan Ming juga merujuk kepada negara-negara Asia Tenggara, termasuk orang Melayu, yang menggunakan kapal sedemikian untuk aktiviti tentera laut dan perdagangan mereka.
Joyce E. Chaplin, Dr. : Dalam buku "Round About The Earth: Circumnavigation from Magellan to Orbit" - Enrique de Malacca atau Panglima Awang menjadi manusia pertama mengelilingi dunia.
K'ang T'ai: sumber China tahun 260M - mencatatkan jong Melayu yang mempunyai 7 liang layar dipanggil "Kunlun-Po". Perkataan 'Po" berasal dari perkataan Melayu iaitu 'perahu'.
- The Southeast Asian historians, O.W.Wolters (1967,153) wrote that the Chinese called the Southeast Asian maritime people and region "The Kunlun".
- Kunlun was also written in Juelun in Chinese records.
Kapal Melayu: Orang China menyebut Kun-lun po manakala orang India menyebutnya Dvipantra.
Kevin Reilly : dalam bukunya "The Human Journey: A Concise Introduction to World History" > Bangsa Melayu ialah bangsa paling awal dan pertama belayar di Lautan.
Kolandiaponta : (Ptolemy, 100 M) > gelaran orang-orang Greek kepada Jong Melayu dalam buku "Geographia".
- (gelaran pelaut Melayu) dengan kapal gah Kunlunpo direkodkan telah belayar dan berdagang di Guangzhou malah jauh sehingga ke Utara dan Timur China seperti Fujian dan Zhejiang seawal 300 S.M.
- Kunlun (崑崙): This term had a few meanings during the Tang dynasty. It most often referred to the dark-skinned peoples of Southeast Asia and the Malay Archipelago who were known for their seafaring and shipbuilding skills. The name is also associated with the mythical Kunlun Mountains in Chinese mythology. (Google overview).
- Catatan China pada abad ke-3 Masihi menyatakan bahawa kapal-kapal Melayu yang disebut Kun-lun Po besarnya melebihi 50 meter panjang dan terapung di permukaan air setinggi 4-5 meter. Kapal-kapal ini membawa antara 600 - 700 orang anak kapal dan muatan sekitar 250 hingga 1,000 tan barangan. Kapal-kapal ini belayar dengan laju ketika angin kencang dan gelombang yang besar. (Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi).
- Istilah kunlun bo dikenali oleh orang Yunani (Greeks) sebagai kilandiophonta, yang merupakan transkripsi perkataan Cina untuk "kapal Kun-lun". Ini adalah kapal pelaut besar dari rantau Asia Tenggara, yang digambarkan oleh ahli astronomi Yunani Ptolemy dan lain-lain dalam teks seperti Periplus of the Erythraean Sea.
- Dari Wikipedia: "Kun-lun po were ancient sailing ship used by Austronesian sailors from Maritime Southeast Asia, described by Chinese records from the Han Dynasty (202BC -9 AD).
- Kunlun po (崑崙舶): This literally translates to "Kunlun ship." It refers to large, oceangoing ships used by Austronesian sailors from Maritime Southeast Asia (Google overview).
Leonard Andaya, Prof.: Memperkenalkan istilah "Laut Tanah Melayu", merujuk kepada wilayah maritim konseptual Asia Tenggara, terutamanya Selat Melaka dan kawasan pantai sekitarnya.
Ludovico di Varthema : dalam pelayaran ke Melaka dan kepulauan Rempah pada 1505, dicatatkan bahawa Nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang ditumpanginya belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet.
Luzano Pancho Canlas: dalam bukunya bertajuk "Philippines 2 Millennium History" > Melayu adalah pelaut-pelaut berani yang mengembara merentasi lautan Selatan Pasifik yang luas di dalam perahu-perahu kecil dipanggil Balagay.
Lynda Norene Shaffer (Professor) :
- dalam penulisannya bertajuk "Southernization" dalam Journal of World History 5, Spring (1994) mengatakan bahawa pelaut Melayu telah pun belayar merentasi lautan ke India dan China seawal tahun 300 SM.
- “The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance overseas trade. The Chinese infact to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails. “
- Menjelang abad ketiga B.C.E. orang Cina telah mengambil perhatian tentang pelaut Melayu yang menghampiri pantai mereka dari Kepulauan "Kunlun" di laut selatan, yang orang Cina tahu adalah "gunung berapi dan sentiasa dikurniakan dengan kuasa yang mengagumkan dan kuat". . . . Orang Cina juga mengenali penduduk pulau ini sebagai pembina dan sebagai kru kapal laut yang terlibat dalam perdagangan luar negara jarak jauh.
- There is no doubt that the most intrepid sailors were the Malays, people who lived in what is now Malaysia, Indonesia, the southeastern coast of Vietnam and the Philippines.
- Sometimes before 300 B.C.E , Malay sailors began to ride the Monsoon.
- Malay sailors had reached the eastern coast of Africa at least by 1st century B.C.E. if not earlier.
- Pelayar-pelayar Melayu bertanggung-jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendang Dongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara.
- Indian traders and shippers and Malay sailors were also responsible for opening up an all-sea route to China.
- Pelaut Melayu seawall kurun pertama telah mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh, mereka mempunyai ilmu laut yang tinggi, belayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa menggunakan kompas atau carta, mengetahui kedudukan sebuah pulau dengan hanya melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dsb.
- Dalam "Maritime Southeast Asia to 1500" (1996) : Sejarah Maritim di Asia Tenggara bermula Sebelum Masihi (SM), bermula menerusi sejarah pembentukan masyarakat Melayu-Polinesia atau Malayo-Polynesia" dari Yunan, Selatan China.
M. Klaproth:
- dalam penulisannya yang bertajuk 'On The Names of China' (dalam Asiatic Journal, Vol XXIII, 1827), merumuskan bahawa perkataan "Cina" dan "China" itu sendiri berasal dari panggilan dan gelaran orang Melayu terhadap orang-orang dinasti Tsin (Qin) ( "چين" ) dibawah pemerintahan Maharaja Tsin-che-hwang-te yang dikatakan mula berdagang dengan pelaut-pelaut Melayu sekitar kurun ke-3 SM.
- Maharaja Tsin-che-Hwang-te telah mula berdagang dengan pelaut-pelaut Melayu sekitar kurun ke-3 S.M.
Maritime Silk Route : laluan yang menghubungkan Asia Tenggara, Asia Timur, Benua Kecil India, Semenanjung Arab, Afrika timur dan Eropah. Ia bermula pada abad ke-2 SM dan berkembang sehingga abad ke-15 Masihi. Dikendalikan oleh pelayar Austronesia di Asia Tenggara.
Nanchouiwuchih : oleh Wan Zhen, Orang Melayu ditonjolkan kerana kemahiran pelayaran dan kebolehan berdagang. Mereka adalah pembina kapal, pelaut dan pedagang yang hebat. Mereka membina dan melayari kapal besar yang dikenali sebagai "Kunlun-po" (kapal Melayu).
Nanhai Trade: rekod terawal Nanhai Trade antara China dan Tanah Melayu sudah wujud sejak 140 SM lagi seperti tercatat dalam Han-Shu.
Nanzhou Yiwuzhi : (Strange Things of the South) > Buku abad ke-3 oleh Wan Chen menerangkan kapal (kunlun-po) mampu membawa 600 - 700 orang, bersama lebih daripada 10,000 hu kargo.
Nicholas Tarling: mencatatkan kejayaan Kerajaan Srivijaya adalah hasil dari kemahiran orang Melayu dalam bidang Pelayaran.
Nicholas Thomas: bangsa Melayu telah belayar ke Lautan Pasifik seawal 3000 S.M.
O.C. Dahl: suku bangsa Melayu telah sampai ke Madagascar sejak tahun 686 SM. Disini bangsa Melayu mendirikan sebuah Kerajaan Merina yang terletak di tanah tinggi dan telah memerintah bangsa-bangsa pribumi di Madagascar.
O.W. Walters: Dalam "Early Indonesian Commerce: The Origin of Srivijaya":
- Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masihi lagi.
- Sebuah teks Yunani “Periplus of the Erythrean Sea” dicatatkan bahawa Kapal yang belayar ke Chryse (Semenanjung Tanah Melayu) dan ke Gangga dikenali sebagai Colandia dan sangat besar.
- Kerajaan Tambralinga pernah menghantar utusan ke China sekitar tahun 616M semasa Pemerintahan Dinasti Tang.
Paul Johnstone: dalam "The Seacraft of Prehistory" (1980) > mencatatkan bahawa pada kurun ke-3 SM, orang-orang Cina mula belajar membuat layar jenis "batten sail" dari pelaut-pelaut Melayu (K'un-lun po).
Periplous tis Erythras Thalassis : menyebut bagaimana para pedagang sutera belayar hingga ke Tamala, sebuah bandar di Myanmar yang terletak ke Barat Laut Semenanjung Tanah Melayu, dan kemudiannya menyeberangi Segenting Kra untuk ke Teluk Siam dan belayar seterusnya ke pelabuhan utama Qin iaitu Cattigara (kini Óc Eo di Barat Daya Vietnam).
- Sebuah Teks Yunani dicatatkan bahawa kapal yang belayar ke Chryse (Semenanjung Tanah Melayu) dan ke Gangga dikenali sebagai Colandia (Kolandiaphonta) dan sangat besar.
- Mengenai Chryse, dalam "Ang Kasaysayan ng Sinaunang Pilipinas - Part 3 : " Chryse is the Greek short name of gold-producing Chryse Chersonessos in the East Indies. This name was applied by the geographer Ptolemy to the Philippines which means isle of gold. It is located to the east of Khruses Kersonenson (The Golden Peninsula) which refers to Malaysia." "Ptolemy locates the islands of Chryse east of the Khruses Kersonenson, the “Golden Peninsula,” i.e. the Malaya Peninsula."
Pierre Yves Manguin (Professor) :
- menurut sumber China abad pertama Masihi, Kunlun-bo melawat pelabuhan Cina dan membawa jemaah Buddha menaiki kapal dalam perjalanan ke Sriwijaya (di Sumatera) dan India.
- Kapal-kapal Melayu memang tidak menggunakan paku, tetapi pasak dan tanggam untuk sambungan papan badan kapal.
- Kolandio Phonta merupakan sebuah kapal yang agak besar yang dimiliki dan dibina oleh penduduk asli Asia Tenggara.
- Perkataan Inggeris junk, yang sering digunakan untuk merujuk kepada kapal-kapal Cina, merupakan terbitan daripada perkataan Melayu jong.
- Menurut Sumber China dari abad ke 3 Masihi telah mencatatkan kehadiran kapal Besar Melayu yang dinamakan Kunlun Bo merapat di Pelabuhan Guangzhou. (Wan Chen dan K'ang T'ai)
Port Albert Maritim Museum : The Forgotten Masters of the Sea.
Prasasti Buddhagupta: ditemui di Seberang Prai, P. Pinang membuktikan bahawa Kerajaan Chih-tu benar wujud di Utara Malaysia sekitar abad ke 4-5 Masihi. Sejarawan J Laidlay pada tahun 1848 menterjemahkan teks prasasti itu yang ditulis dengan huruf Pallava (400-500M) dan bahasa Pali mengandungi ajaran Budha dan menyatakan kejayaan pelayaran oleh seorang nakhoda kapal bernama Budhagupta, seorang penduduk Negeri Tanah Merah (Chih-tu).
Richard L.Smith (2009): pelaut Melayu merupakan antara pelayar jarak jauh terawal dunia. Mereka membina kapal besar dengan teknologi sendiri, mencipta layar mereka sendiri dan mengemudi lautan luas.
Sarah Zhang : dalam artikel "Why Mandarin does not come from Chinese", The Atlantic (2019) > perkataan "Mandarin" pula berasal dari penggunaan perkataan "menteri" oleh pelaut-pelaut Melayu yang bermaksud pentadbir atau penasihat. Perkataan tersebut berasal dari perkataan Sanskrit "मन्त्रि" ("mantrī") yang digunapakai orang Melayu bermula kurun ke-7.
Simon Elegant : Dalam Far Eastern Economic Review (1999) > "Lima kurun dahulu Melaka dikunjungi 2,000 buah kapal sehari iaitu sesibuk Pelabuhan Singapura moden hari ini yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia."
Roger Blench : "The Prehistory of the Daic (Tai-Kadai) Speaking Peoples and the Austronesian Connection." (2009) > pelayar Austronesia atau Melayu sejak awal abad Masihi telah mengunjungi kawasan timur pesisiran laut Afrika.
Taiping Yulan (982 M) : sebuah buku oleh Kang T'ai menerangkan tentang kapal dengan tujuh layar dipanggil po atau ta po (kapal besar) yang boleh mengembara sejauh Syria. Perkataan 'po' mungkin berasal daripada perkataan Melayu 'perahu' (wikipedia).
Thomas Brightwell: dalam "The Pentateuch" > beliau berpandangan bahawa orang Melayu merupakan satu bangsa tersendiri yang muncul selepas peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh a.s. dan bangsa ini mungkin termasuk antara pelayar awal dalam sejarah manusia.
Tom Pires:
- catatan beliau dalam Suma Oriental mengakui yang kapal dan pedagang Melayu berulang-alik dari Nusantara ke Lautan Hindi hinggalah ke Teluk Parsi.
- Kapal Melayu menguasai hampir seluruh kepulauan timur.
- Suma Orientals :"The Malays were the Vikings of the East"
Undang-Undang Laut Melaka (1400-1511) : Kod Perundangan Sultan Melaka, digubah oleh sekumpulan nakhoda dan pembesar Melayu yang dipilih di istana.
Wan Chen : sumber China abad ke 3M > dalam "Strange Things of the South" mencatat kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang dengan muatan sehingga 1000 tan (merujuk kpd Jong Melayu).
- Ahmad Jelani Halimi, Prof.Madya Dr.:dalam Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.
- Willem Pieter Groeneveldt (1876) : 'Notes on the Malay Archipelago and Malacca, Compiled from Chinese Sources."
- Charles Donan Cowan - "Nineteenth Century Malaya - The Origins of British Political Control" (1961).
- Duarte Barbosa : The Book of Duarte Barbosa (1512).
- George Coedes: "The Indianized States of Southeast Asia", 1968
- Gaspar Correia: "Lendas da India"
- O.W.Wolters : "Early Indonesian Commerce", 1967
- Heidi Roupp: "Teaching World History: A Resource Book"
- Isabella L.Bird: "The Golden Chersonese and The Way Thither".
- Lynda N.Shaffer " Southernization" - Journal of World History 5, Spring (1994).
- Lynda N.Shaffer : "Maritime Southeast Asia to 1500" (1996).
- Prof. Pierre Yves Manguin: "The Southeast Asian Ship: An Historical Approach, Journal of Southeast Asian Studies 11 (2), 266-276 / "Trading Ships of the South China Sea: Ship Building Techniques and Their Roles in the History of Asian Trade Networks. Journal of the Economic and Social History of the Orient.
- Richard L.Smith: "Premodern Trade in World History", London, Routledge hlm. 86-118.
- Thomas Brightwell : "The Pentateuch",Bell, Arnold, 1840.
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim :Henry The Black - Panglima Awang Pelayar Melayu Pertama Mengelilingi Dunia" - Hijjaz Record Publishing (2020).
- Roger Blench : The Prehistory of the Daic (Tai-Kadai) Speaking Peoples and the Austronesian Connection." (2009).
- Dr. Joyce E.Chaplin: "Round About the Earth: Circumnavigation from Magellan to Orbit."
- Port Albert Maritime Museum : "THE FORGOTTEN MASTERS OF THE SEA: HOW ANCIENT ASIAN SHIPBUILDERS SHAPED GLOBAL EXPLORATION."
- Kang, Heejung (2015). "Kunlun and Kunlun Slaves as Buddhists in the Eyes of the Tang Chinese" (PDF). Kemanusiaan. 22 (1): 27–52.
- Manguin, Pierre-Yves (September 1980). "The Southeast Asian Ship: An Historical Approach". Journal of Southeast Asian Studies. 11 (2): 266–276. doi:10.1017/S002246340000446X. JSTOR 20070359.