Wednesday, 26 July 2017

Peha Lelaki Adakah Aurat?

1. ARG Johor mendapat permintaan luar biasa iaitu untuk membahaskan ilmu asas yang dipelajari di tadika dan sekolah rendah, iaitu tentang aurat lelaki. Inilah topik yang mengemparkan di Malaysia baru-baru ini, Innalillah. Namun begitu, oleh kerana permintaan tentang hal ini sangat tinggi maka ARG Johor mengambil inisiatif mengajar semula pendidikan asas sekolah rendah iaitu tentang aurat cuma kali ini dengan lebih ilmiah sesuai dengan golongan dewasa. Penjelasan ilmiah ini juga bertujuan supaya masyarakat tidak berpendapat bahawa majoriti ulama silap dalam membuat keputusan tentang aurat lelaki.
*Peha Lelaki Merupakan Aurat Mengikut Jumhur Ulama*
2. Peha lelaki adalah aurat merupakan pendapat jumhur atau majoriti ulama Ahlussunnah wal Jama’ah.
عمدة القاري شرح صحيح البخاري - (ج 6 / ص 221)
وأما الآخرون الذين هم خالفوهم وقالوا الفخذ عورة فهم جمهور العلماء من التابعين ومن بعدهم منهم أبو حنيفة ومالك في أصح أقواله والشافعي وأحمد في أصح روايتيه وأبو يوسف ومحمد وزفر بن الهذيل حتى قال أصحابنا إن الصلاة مكشوف العورة فاسدة وقال الأوزاعي الفخذ عورة إلا في الحمام وقال ابن بطال أجمعوا على أن من صلى مكشوف العورة لا إعادة عليه قلت دعوى الإجماع غير صحيحة فيكون مراده إجماع أهل مذهبه

“Majoriti ulama dari kalangan tabi’in dan selepasnya, termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Malik (pendapat yang shahih), Imam Syafi’i dan Imam Ahmad (riwayat yang shahih) dan lain-lain peha lelaki adalah aurat”.
قال ابن همام في فتح القدير ( 22 / 197 ): 
وَالْفَخِذُ عَوْرَةٌ خِلافًا لأَصْحَابِ الظَّوَاهِرِ

“Dalam mazhab Hanafi, peha adalah aurat”
قال في الشرح الكبير ( 1 / 215 ): 
عورة الرجل ما بين السرة والركبة في ظاهر المذهب نص عليه في رواية الجماعة وهو قول مالك. 
“Dalam mazhab Malik peha termasuk aurat”.

3. Demikian pendapat yang shahih dari mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal. Dan haram berfatwa dengan pendapat yang tidak muktamad atau tidak shahih.
*Orang Awam Tidak Boleh Mentarjih Aqwal Ulama Mazhab*
4. Entah kerana ingin nampak alim atau tidak, kadangkala orang awam atau asatizah merasa telah mempunyai autoriti mentarjih aqwal ulama madzhab. Padahal yang demikian adalah terlarang dan tidak beradab.
Dalam kitab al-Musawwadah (I/462) dinaqal pendapat Imam Abu Thayyib ath-Thabari. Beliau berkata:
لَيْسَ لِلْعَامِى اسْتِحْسَانُ الاَحْكَامِ فِيْمَا اخْتَلَفَ فِيْهِ الفُقَهَاءُ وَلاَ أَنْ يَقُوْلَ قَوْلُ فُلاَنٍ أَقْوَى مِنْ قَوْلِ فُلاَنٍ وَلاَ حَكَمَ لِمَا يَغْلِبُ عَلَى ظَنِّهِ وَلاَ اعْتِبَارَ بِهِ وَلاَ طَرِيْقَ لَهُ اِلىَ الاسْتِحْسَانِ كَمَا لاَ طَرِيْقَ لَهُ اِلىَ الصِّحَّةِ
“Seorang yang awam tidak boleh menilai baik hukum-hukum yang masih diperselisihkan para pakar fiqih. Tidak boleh mengatakan bahawa pendapat fulan lebih kuat daripada pendapat fulan lain serta pula tidak boleh menjatuhkan hukum pada masalah hanya berdasarkan prasangka kuatnya saja. Itu tidak muktabar. Dan tidak ada jalan bagi dia memberi penilaian baik, seperti halnya tidak ada jalan penilaian shahih."
5. Mentarjih pendapat ulama atau imam madzhab hanya layak pada ulama yang *sudah memenuhi kriteria dalam mentarjih*, dan bukan sembarangan orang.
6. Imam Ibnu Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-Ilmi (II/81) mengutip ucapan Imam Yahya bin Ibrahim sebagai berikut:
بَلَغَنِي أَنَّ اللَّيْثَ بنَ سَعْدٍ قَالَ: إذَا جَاءَ الاِخْتِلاَفُ أَخَذْنَا فِيْهِ بِالأَحْوَطِ
“Telah sampai kepadaku bahawa Laits bin Saad berkata: “Ketika datang perbezaan maka kami mengambil yang lebih berhati-hati”.
*Sanad Hadith Tentang Peha Lelaki*
7. Al-Bukhari dalam Shahih-nya berkata:
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَسْنَدُ وَحَدِيثُ جَرْهَدٍ أَحْوَطُ حَتَّى يُخْرَجَ مِنْ اخْتِلَافِهِمْ
“Hadith Anas (dalil bagi ulama yang menyebut peha bukan aurat) adalah lebih shahih sanadnya. Dan hadith Jarhad (dalil bagi ulama yang menyebut peha adalah aurat) lebih berhati-hati hingga dapat keluar dari khilaf ulama”.
8. Lalu mengapa majoriti ulama lebih mengamalkan hadith yang menyebut peha adalah aurat? Berikut ini adalah penjelasan al-Hafizh Badruddin al-Aini:
عمدة القاري شرح صحيح البخاري - (ج 6 / ص 219)
وحديث أنس أسند وحديث جرهد أحوط حتى نخرج من اختلافهم لما وقع الخلاف في الفخذ هل هو عورة أم لا فذهب قوم إلى أنه ليس بعورة واحتجوا بحديث أنس وذهب آخرون إلى أنه عورة واحتجوا بحديث جرهد وبما روي مثله في هذا الباب كأن قائلا قال إن الأصل أنه إذا روي حديثان في حكم أحدهما أصح من الآخر فالعمل يكون بالأصح فههنا حديث أنس أصح من حديث جرهد ونحوه فكيف وقع الاختلاف فأجاب البخاري عن هذا بقوله وحديث أنس أسند إلى آخره تقديره أن يقال نعم حديث أنس أسند يعني أقوى وأحسن سندا من حديث جرهد إلا أن العمل بحديث جرهد لأنه الأحوط يعني أكثر احتياطا في أمر الدين وأقرب إلى التقوى للخروج عن الاختلاف وهو معنى قوله حتى نخرج من اختلافهم أي من اختلاف العلماء وهو على صيغة جماعة المتكلم من المضارع بفتح النون وضم الراء

Maksud daripada ucapan al-Aini adalah: “Ulama berbeza pendapat tentang peha apakah aurat atau tidak? Sebahagian ulama menyebut bukan aurat dan mereka berhujjah dengan hadith Anas. Sementara ulama lain (majoriti ulama) berpendapat peha adalah aurat dan mereka berhujjah dengan hadith Jarhad. Dan menurut hukum asal, jika ada dua hadith yang berlawanan dalam satu masalah, maka yang digunakan adalah hadith yang paling shahih. Dan dalam hal ini, hadith Anas lebih shahih. Akan tetapi mengapa terjadi khilaf ulama? Jawapannya adalah apa yang dikatakan al-Bukhari, bahawa hadith Anas memang lebih kuat dan lebih baik sanadnya daripada hadith Jarhad, akan tetapi yang diamalkan oleh ulama adalah hadith Jarhad, kerana lebih berhati-hati dalam perkara agama dan lebih dekat kepada ketaqwaan, kerana keluar daripada khilafiyyah”.
9. Dengan demikian, AL-BUKHARI tidak pernah mengatakan bahawa peha lelaki adalah aurat sebagaimana pendakwaan sebahagian "Duktur". Bahkan, ada isyarat kuat beliau memilih hati-hati dengan mengatakan peha adalah aurat.
*Istinbath Ulama Dari Sisi Ushul Fikih*
10. Hukum adalah autoriti pakar fikih yang mujtahid yang mengerti soal ushul fikih dan lain-lain, bukan autoriti ahli hadith yang bukan mujtahid. Dari sisi istinbath ulama, khususnya dalam pandangan ilmu ushul fikih, hadith peha termasuk aurat adalah lebih kuat.
11. Alasannya adalah sebagaimana yang dikatakan asy-Syaukani berikut:
نيل الأوطار - (ج 2 / ص 50)
والحديث استدل به من قال إن الفخذ ليست بعورة وقد تقدم ذكرهم في الباب الأول وهو لا ينتهض لمعارضة الأحاديث المتقدمة لوجوه : الأول ما قدمنا من أنها حكاية فعل . الثاني أنها لا تقوى على معارضة تلك الأقوال الصحيحة العامة لجميع الرجال . الثالث التردد الواقع في رواية مسلم التي ذكرناها ما بين الفخذ والساق والساق ليس بعورة إجماعا . الرابع غاية ما في هذه الواقعة أن يكون ذلك خاصا بالنبي صلى الله عليه و سلم لأنه لم يظهر فيها دليل يدل على التأسي به في مثل ذلك فالواجب التمسك بتلك الأقوال الناصة على أن الفخذ عورة

Maksudnya: “Hadith yang menyebutkan bahawa peha bukan aurat tidak kuat untuk menentang hadith yang menyebutkan peha adalah aurat. Alasannya ada 4 perkara:
I. Hadith peha bukan aurat adalah kisah pekerjaan Nabi bukan perkataan Nabi
II. Hadith peha aurat adalah ucapan dari Nabi dan sifatnya umum (hukum am) untuk seluruh lelaki.
III. Riwayat Anas (tentang peha Rasulullah tersingkap) masih terjadi syak atau keraguan, kerana perawi masih ragu yang tersingkap daripada Rasulullah adalah peha atau betis. Dan betis bukan aurat menurut ijma’ ulama’
IV. Kisah peha Rasulullah terbuka, kebarangkalian kuatnya adalah khususiyyah bagi Rasulullah, kerana tiada dalil yang menunjukkan bahawa kita boleh mengikuti beliau dalam hal itu. Dengan demikian, bersandar dan berpedoman pada ucapan Nabi, bahawa peha adalah aurat adalah suatu kewajipan”.
*Mengapa hadith peha aurat tidak diamalkan ulama?*
12. Selain alasan yang dipaparkan oleh al-Bukhari dan asy-Syaukani di atas, ada alasan yang melatar belakangi mengapa mayoriti ulama tidak menggunakan hadith shahih yang dibuat hujjah oleh ulama yang menyebut peha bukan aurat. 
Mari kita semak dua hadith yang menjadi hujjah peha bukan aurat:

13. Hadith Pertama (Shahih Bukhari):
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا خَيْبَرَ فَصَلَّيْنَا عِنْدَهَا صَلَاةَ الْغَدَاةِ بِغَلَسٍ فَرَكِبَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَكِبَ أَبُو طَلْحَةَ وَأَنَا رَدِيفُ أَبِي طَلْحَةَ فَأَجْرَى نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي زُقَاقِ خَيْبَرَ وَإِنَّ رُكْبَتِي لَتَمَسُّ فَخِذَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَسَرَ الْإِزَارَ عَنْ فَخِذِهِ حَتَّى إِنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِ فَخِذِ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Hadith riwayat al-Bukhari ini menunjukkan bahawa peha Rasulullah tersingkap dan inilah hujjah minoriti ulama yang menyebut peha bukan aurat.
Akan tetapi kejadian dalam hadith ini adalah kejadian khusus. Al-Qurthubi berkata:
فتح الباري - ابن حجر - (ج 1 / ص 480(
قال القرطبي حديث أنس وما معه إنما ورد في قضايا معينة في أوقات مخصوصة يتطرق إليها من احتمال الخصوصية أو البقاء على أصل الإباحة ما لا يتطرق إلى حديث جرهد وما معه لأنه يتضمن إعطاء حكم كلي وإظهار شرع عام فكان العمل به أولى ولعل هذا هو مراد المصنف بقوله وحديث جرهد أحوط

Maksudnya: “Hadith riwayat Anas di atas berlaku dalam kes tertentu dalam masa yang khusus, yang ada keberangkalian kekhususan bagi Rasulullah atau asalnya adalah mubah yang tidak ada seperti dalam hadith Jarhad. Kerana dalam hadith Jarhad mengandungi hukum secara global dan memperlihatkan syariat secara umum. Maka yang lebih baik adalah mengamalkan hadith Jarhad. Dan mungkin kerana ini al-Bukhari mengatakan bahawa hadith Jarhad lebih hati-hati”.
14. Asy-Syaukani berkata:
السيل الجرار المتدفق على حدائق الأزهار - (ج 1 / ص 99(
أما الأول فقد اختلفت فيه الروايات هل هو الذي حسر الثوب عن فخذه أو انحسر الثوب بنفسه وأيضا تلك الحالة حالة حرب يغتفر فيها ما لا يغتفر في غيرها.

Maksudnya: “Hadith riwayat Anas tentang apakah peha Rasulullah sengaja disingkap atau tersingkap sendiri (tidak ada kesengajaan) masih dikhilafkan perawi hadith. Apatah lagi kejadian ini dalam keadaan perang yang ada pemaafan”.
15. Dalam Majallah Buhuth di katakan:
مجلة البحوث الإسلامية - (ج 77 / ص 102)
وقول الجمهور أحوط لما ذكره البخاري ، ولأن الأحاديث الأولى نص الموضوع ، وحديث أنس رضي الله عنه محتمل

“Pendapat jumhur ulama lebih hati-hati, selain kerana hadith sabda Nabi (peha adalah aurat) adalah nash jelas dalam masalah, sementara hadith tentang perbuatan Nabi yang tersingkap pehanya masih ihtimal (ada keberangkalian maksud lain)”.
16. Hadith Kedua (Shahih Muslim):
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُضْطَجِعًا فِي بَيْتِي كَاشِفًا عَنْ فَخِذَيْهِ أَوْ سَاقَيْهِ فَاسْتَأْذَنَ أَبُو بَكْرٍ فَأَذِنَ لَهُ وَهُوَ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ فَتَحَدَّثَ ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُمَرُ فَأَذِنَ لَهُ وَهُوَ كَذَلِكَ فَتَحَدَّثَ ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُثْمَانُ فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَوَّى ثِيَابَهُ
Hadith ini juga dibuat hujjah oleh ulama yang menyebut peha lelaki bukan aurat. Tetapi hujjah ini tidak kuat, kerana perawi hadith ini masih syak, yang tersingkap dari Rasulullah adalah peha atau betis?
Imam Muslim meriwayatkan:
كَاشِفًا عَنْ فَخِذَيْهِ أَوْ سَاقَيْهِ
Kerana adanya syak, maka ini tidak kuat untuk menolak kehujjahan hadith peha adalah aurat.
17. Imam Ibn Abdil Bar dalam at-Tamhid memberikan komentar hadith diatas:
التمهيد لما في الموطأ من المعاني والأسانيد - (ج 6 / ص 380(
وهذا حديث في ألفاظه اضطراب

“Lafazh hadith ini goncang”.
Selain daripada itu, peha terbuka yang dimaksudkan mungkin sekejap sahaja dan tidak berterusan terbuka.
*Ath-thabari mengatakan peha bukan aurat?*
18. Ada beberapa ulama yang menyebut, bahawa Imam Ibn Jarir ath-Thabari adalah salah satu ulama yang mengatakan bahawa peha bukan aurat. Tetapi yang demikian masih perlu disemak kembali. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani berkata:
فتح الباري - ابن حجر - (ج 1 / ص 481(
قال النووي ذهب أكثر العلماء إلى أن الفخذ عورة وعن أحمد ومالك في رواية العورة القبل والدبر فقط وبه قال أهل الظاهر وبن جرير والاصطخري قلت في ثبوت ذلك عن بن جرير نظر فقد ذكر المسألة في تهذيبه ورد على من زعم أن الفخذ ليست بعورة

“Ibn Jarir dalam kitab Tahdzibnya menyebutkan masalah ini dan menolak ulama yang menyangka bahawa peha bukan aurat”.
Disediakan Oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Sumber dari Facebook
26 Julai 2017 : 2.35 ptg

No comments: