Saturday, 15 April 2017

2017 - SINGAPURA

Pada 15 April 2017, saya dan 2 orang kakak saya telah berlepas ke Singapura dengan menaiki tren ETS dari Kuala Lumpur Gemas, Gemas ke Johor Bahru. 


ETS 5.jpg


KTM ETS (Electric Train Service) adalah perkhidmatan tren laju antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menggunakan pelbagai unit eletrik. Ianya diperkenalkan oleh KTMB pada 12 Ogos 2010. KTM ETS adalah perkhidmatan keretapi Elektrik kedua selepas KTM Komuter. 
Kelajuan operasi maksimum ETS adalah 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 penumpang. Ia juga adalah Keretapi menggunakan tolok meter (meter gauge) yang terpantas di Malaysia beroperasi antara Gemas di Negeri Sembilan dan Padang Besar di Perlis. 

Rujuk :





Kami menaiki tren ETD dari Kuala Lumpur ke Gemas. Di stesen Keretapi Gemas kami kena tukar ke Tren lama untuk ke Johor Bahru. 

STESEN KERETAPI GEMAS


Stesen Keretapi Gemas di Negeri Sembilan mula beroperasi pada tahun 1922 yang menghubung Laluan Pantai Barat (Padang Besar -Singapura) dan laluan Pantai Timur (Tumpat - Gemas). 

Stesen keretapi Gemas yang lama

Stesen Keretapi Gemas yang baru




Gemas Town
Pekan Gemas, N.Sembilan

Gemas ialah sebuah pekan kecil terletak di daerah Tampin, Negeri Sembilan berhampiran sempadan Negeri Sembilan dan Johor. 
Gemas mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ketika Perang Dunia kedua, Jambatan Gemencheh berhampiran Gemas adalah lokasi berlakunya pertempuran sengit antara Tentera Imperial Jepun dengan dengan Tentera dari Australia dari unit 2/30th Battalion, 8th Division, Australian Imperial Force. Unit ini ketika itu dibawah Perintah Lt. Col. Frederick Galleghan. 

Jambatan Gemencheh dimana berlakunya pertempuran sengit antara Tentera Jepun dan Tentera Australia ketika Perang Dunia Kedua. 

Perjalanan kami seterusnya ke Johor Bahru adalah menggunakan perkhidmatan Keretapi yang lama. 









JB SENTRAL, JOHOR BAHRU 


JB Sentral sign and entrance.jpg
Stesen Keretapi Johor Bahru - JB SENTRAL




Kami tiba di Stesen Keretapi JB Sentral pada petang 15 April 2017. 
Stesen Keretapi JB Sentral adalah stesen keretapi antara bandar yang terletak di antara Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Jim Quee, Johor Bahru. Mula beroperpasi pada 21 Oktober 2010, menggantikan stesen Keretapi JB yang lama.

Johor Bahru Railway Station.jpg
Stesen Keretapi Johor Bahru yang lama. 

Stesen keretapi Johor Bahru ini meninggalkan banyak kenangan buat diri saya. Kali pertama saya tiba di sini ialah pada tahun 1981. Ketika itu saya dan beberapa anggota TLDM baru selesai kursus di KD Pelandok, Lumut, Perak. Kami telah diarahkan bertukar ke Kapal yang ketika itu berpengkalan di Woodlands, Singapura. 

Kenangan di Stesen Keretapi Johor Bahru yang lama ketika dalam perjalanan dari JB ke KL untuk menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 1981. 



Johor Bahru sebelum ini dikenali dengan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri,  adalah ibunegeri Johor. Diasaskan pada tahun 1855 dengan nama Iskandar Puteri dan dinamakan Johor Bahru pada tahun 1862. 

Johor Bahru memang tidak asing bagi saya, kerana ketika berkhidmat di Singapura pada awal 1980'an , saya dan rakan-rakan akan turun ke Johor Bahru (Turun JB) pada setiap hujung minggu. Kami selalu lepak menghabiskan masa  di Kompleks Tun Abdul Razak.

Johor Bahru ditakluk oleh Tentera Jepun pada 31 Januari 1942, sebelum menawan Singapura pada 15 Februari 1942.

Ketika di Johor Bahru, saya dan kakak-kakak saya telah menginap di Erica Hotel Johor Bahru yang terletak di Bukit Meldrum, Jalan Tenteram, Tg. Puter Johor Bahru. 




























CLEMENTI AVENUE, SINGAPORE
Pada 16 April 2017, kami meneruskan perjalanan ke Clementi Avenue di Singapura untuk mengujungi bapa saudara kami yang tidak sihat. Kali terakhir saya ke sini ialah apabila Emak Saudara saya Allahyarhamah Fatimah bt Yasin meninggal dunia (saya tidak ingat bila). Kami menaiki keretapi dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura. 
Tiba di Woodlands, kami dijemput oleh Shahrin, suami kepada sepupu saya Zuraidah. Shahrin kemudiian membawa kami sarapan pagi dulu di Restoran Al-Azhar di Bukit Timah, Singapura. Bila sebut Bukit Timah, saya teringat Sejarah dimana di Bukit Timah ini Tentera British dibawah Lt. Gen. A.E. Percival menyerah diri kepada Tentera Jepun pada 15 Februari 1942 di Kilang Ford. 



Selepas bersarapan pagi, kami terus ke rumah Bapa Saudara kami yang terletak di Clementi Avenue. 







Sebelah petang kami kembali semula ke Johor Bahru dan akan pulang ke Kuala Lumpur menaiki Tren keesokan harinya. 






No comments: